Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 1

PENGENALAN
Bahasa adalah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk
kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimah yang mempunyai makna tersendiri.
Bahasa juga mempunyai pelbagai definisi seperti 1 satu sistem untuk mewakili benda, tindakan,
gagasan dan keadaan. 2 Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep kepada
pemikiran orang lain. 3 Satu kesatuan sistem bermakna. 4 Satu kod yang digunakan oleh pakar
linguistik untuk membezakan antara bentuk dan makna. 5 Satu ucapan yang menepati tatabahasa
yang telah ditetapkan dan 6 satu sistem pertuturan yang dapat difahami oleh masyarakat
linguistik.
Menurut Kamus Dewan (1998), mentakrifkan bahasa sebagai sistem lambang-lambang
bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa
erat kaitannya dengan manusia, manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi. Menurut
beberapa

pengkaji

bahasa

seperti

Wilhelm

Von

Humboldt

seorang

sarjana

Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi, Ferdinand de Saussure seorang sarjana
linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat, F. Hockett
memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviorisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit,
John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal
berstruktur dan urutan-urutan bunyi dan Bloch dan Trager mendefinisikan bahasa sebagai satu
lambang pertuturan yang arbituari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

DEFINASI TATA BAHASA


Tatabahasa merupakan bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses
pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh
gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi
suku kata dan perkataan.
Menurut

Abdullah

Hassan

dalam

Tatabahasa

Pedagogi

Sekolah

Menengah

(2008),Tatabahasa merupakan susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara perkataan-perkataan


dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah
dikatakan sebagai tatabahasa. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan
selanjutnya bagaimana cara perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.
Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu
dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Contoh
pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan
awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang
subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai
morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis. Dengan perkataan lain, bidang
tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis.
Morfologi
Menurut Asmah Hj Omar (1993), morfologi didefinisikan sebagai peninjauan linguistik
yang menitikberatkan hubungan antara morfen-morfen dan varian morfen. John T. Jensen (1995)
mentakrifkan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman perkataan. Abdullah Hassan

(2005) menyatakan bahawa mofologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, prosesproses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan, manakala Nik Safiah
Karim et al. (2008), menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang menjadi struktur,
bentuk dan penggolongan kata.
Kamus Linguistik (1997) mendefinisikan bahawa morfologi ialah cabang tatabahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Kesimpulan daripada pendapat tokoh-tokoh bahasa
tersebut, morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata
Berikut penjelasan mengenai ilmu morfologi iaitu:
i. Struktur kata
Struktur kata ialah susunan bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
ii.Bentuk kata
Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tungal atau mengalami proses
pengimbuhan dan pemajmukan.
iii.Penggolongan kata
Penggolongan kata merupakan penjenisan kata berasaskan fungsi tatabahasa. Terdapat empat
golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
Unit-unit morfologi
Terdapat dua unit morfologi iaitu morfen dan kata. Menurut Asmah Hj. Omar (1993),
morfen ialah unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna dan terletak pada tingkat paling

bawah dalam skala tetingkat nahu. Morfen boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu morfen
bebas dan morfen terikat. Morfen terikat pula dibahagikan kepada tiga jenis iaitu morfen terikat
satuan, morfen terikat terbahagi dan morfen terikat kompleks..
Kata boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Sintaksi
Sintaksis berasal daripada perkataan Yunani iaitu sun yang bermaksud dengan dan
tattein yang membawa erti menempatkan bersama-sama. Dengan demikian, sintaksis dapat
diertikan sebagai menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata
atau ayat. Kata suntattein kemudian menjadi istilah syntexis dalam bahasa Belanda dan syntax
dalam bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur dan binaan atau konstruki ayat. Dengan lebih jelas lagi, sintaksis ialah ilmu
mengkaji ayat.
i.Binaan ayat
Secara umumnya sebuah ayat mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu subjek iaitu pelaku,
dan satu predikat iaitu cerita. Nik Safiah Karim et. al (2009) dan Abdullah Hassan (2006)
menyatakan subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang
diterangkan. Subjek lazimnya adalah perkara yang diceritakan dan terdiri daripada manusia,
benda, tempat atau perkara. Unsur-unsur subjek boleh terdiri daripada frasa nama, kata ganti
nama, frasa kerja yang berkuasa nama dan frasa adjektif yang berkuasa nama.

Predikat pula menurut Nik Safiah Karim el.al (2009) adalah merujuk kepada kumpulan
perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Oleh
itu, predikat merupakan bahagian ayat yang menceritakan perkara tentang manusia, benda ,
tempat atau perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat juga terdiri daripada frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.
Contoh:
Bil

Subjek

Predikat

Iman

seorang doktor

FN

Husna

mencuci pinggan

FK

Rumah itu

sangat cantik

FA

Hadiah itu

daripada ayah

FS

ii.Pola ayat dasar


Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menajdi asas pembentukan semua ayat lain. Ayat dasar
terhasil melalui gabungan dua frasa. Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat. Binaan
frasa terdiri sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar.
Ayat majmuk

Tatabahasa terdiri daripada dua skop bidang utama iaitu morfologi yang mengkaji pelbagai jenis
perkataan seperti struktur ayat, bentuk ayat dan golongan kata. Sintaksis pula menkaji pelbagai
perkataan seperti binaan ayat, pola ayat dasar, jenis-jenis ayat, ragam ayat dan ayat majmuk.

ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID


Bahasa merupakan medium yang penting untuk berhubung sesama manusia. Tanpa
bahasa, adalah mustahil bagi komunikasi dua hala berlaku. Bagi memastikan mesej yang hendak
disampaikan dapat difahami oleh si penerima, bahasa yang digunakan hendaklah betul. Di
Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar di kebanyakan sekolah dan institusi pengajian tinggi, serta menjadi bahasa pentadbiran
negara dan bahasa perhubungan. Tetapi didapati para pelajar banyak menggunakan konsep
tatabahasa yang tidak sesuai atau kurang tepat.
Kajian kali ini melibatkan tiga orang pelajar tahun 6 yang mana hasil karangan mereka
telah dianalisis kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.
Pelajar pertama bernama Luqman Hakim dari kelas 6 Angkasa telah membuat sebuah karangan
berbentuk laporan yang bertajuk Perkhemahan Badan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan
Setiawangsa. Terdapat beberapa kesalahan tatabahasa yang telah dilakukan oleh pelajar 1 ini,
antaranya;
1) Kesalahan tanda baca
i.

Dimana sepatutnya huruf besar digunakan bagi menunjukkan nama khas.


Perkhemahan Lencana Keris Gangsa

ii.

Tiada tanda noktah. Tanda noktah tidak perlu ditulis di tengah-tengah ayat.
Ayat terakhir sebelum pulang.

2) Kesalahan imbuhan
i.

Tiada imbuhan i di dalam perkataan

disertai - diserta
ii.

Pemilihan kata dan imbuhan yang salah


mengiring - pengiring

iii.

Kekurarangan imbuhan
dirikan - mendirikan

iv.

Tiada imbuhan yang digunakan pada perkatan buat


buat - membuat

v.

Kesalahan imbuhan ter


tesebut - tersebut

3) Kesalahan ejaan
i.

Terdapat beberapa kesalahan ejaan yang berkaitan dengan perkataan yang


seharusnya dirapatkan telah dilakukan oleh pelajar ini.
Contoh,
di bawa - dibawa
di beri - diberi
di sediakan disediakan
Imbuhan di sepatutnya dirapatkan bagi menunjukkan perbuatan yang dilakukan.

ii.

Kesalahan ejaan bagi perkataan tengahari. Perkataan ini sepatutnya diletakkan


berasingan.
tengahari - tengah hari

iii.

rengkas - ringkas

iv.

fasilililator - fasilitator

v.

ban yak - banyak

4) Kesalahan kata sendi


Pada ayat di waktu malam, pelajar telah menggunakan kata sendi yang salah. Kata
sendi yang perlu digunakan ialah pada .
. di waktu malam - pada waktu malam
5) Kesalahan kata ganda
Bercampur-bauk - bercampur-baur

Pelajar kedua

Anda mungkin juga menyukai