Anda di halaman 1dari 2

INHALATION THERAPY ~

DEFINISI :
~ satu prosedur di mana wap lembap atau wap berubat disedut melalui mulut ke
dalam terk pernafasan untuk memberi kesan setempat atau menyeluruh bagi
sesetengah penyakit khususnya penyakit di trek pernafasan seperti laringitis,
bronchitis dan sinusitis.
KAEDAH 'INHALATION THERAPY'..

wap lembap (sedutan lembap)


i) Sedutan wap tanpa ubat (steam inhalation - sedutan wap air
panas sahaja dengan menggunakan 'Nelson Inhaler'.
- hanya menggunakan air mendidih untuk sedutan.
- isikan Nelson Inhaler dengan air panas.
- arahkan pesakit menyedut wap melalui mulut dan hembus
melalui hidung.
ii) Sedutan wap dengan ubat (sedutan Nelson - bekas yang
digunakan dinamakan Nelson Inhaler)
- ubatan dicampur dengan air panas untuk mendapatkan
wapnya.

wap kering (sedutan kering)


- pemberian gas anaesthetic kepada pesakit.
cth : ether, nitrous oxide dan chloroform.

UBAT-UBATAN YANG DIGUNAKAN..

tinture benzoin
menthol crystal / menthol 2%
minyak eucalyptus

TUJUAN..
~ untuk melegakan trek pernafasan.
~ memberi kesan kepanasan, kelembapan di trek pernafasan.
~ mencairkan dan melonggarkan mukosa supaya mudah dikeluarkan
dengan cepat dan berkesan.
~ melegakan dispnea bagi membenarkan pengaliran udara dengan
lancar dan berkesan.
~ membantu dalam penyerapan ubat melalui paru-paru bagi kesan
setempat.
KONTRAINDIKASI..
- pesakit tidak boleh menerima arahan :
a) pesakit tidak sedar diri.
b) pesakit gangguan mental.
c) kanak-kanak.
- pesakit lumpuh.
- pesakit yang mengalami kecederaan di mulut.
- pesakit yang mengalami pendarahan.
- pesakit yang mengalami fraktur.
KOMPOSIT SKIL..

air panas mestilah 5 minit selepas didihan atau 80 degree celcius.


air panas diisi di bawah paras muncung.
'mouth piece' di balut dengan gauze dan di pasang bertentangan dengan
muncung alat sedutan Nelson Inhaler.
Nelson Inhaler mesti dibalut dengan sarung dan diletak didalam mangkuk.
cara sedutan - disedut dalam-dalam menggunakan mulut dan hembus
menggunakan hidung.