Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPP PERINGKAT ZON (SR & SM)


1.

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Undang-undang KOAM hendaklah dipatuhi bagi kejohanan ini kecuali peraturanperaturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknik Olahraga Majlis Sukan SekolahSekolah Pulau Pinang.

2.

KELAS / BILANGAN ACARA


2.1
Tiap-tiap peserta hanya boleh bertanding dalam kelas umur mereka sendiri
sahaja kecuali bagi acara-acara terbuka.
Untuk Kelas 3 dan 4, peserta
mestilah daripada pelajar sekolah rendah. Acara terbuka - (2 peserta dari
mana-mana kelas sekolah menengah sahaja)
2.2

Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta termasuk Acara Terbuka:Sekolah Menengah - 3 acara peseorangan dan 2 acara berpasukan
Sekolah Rendah

2.3

- 2 acara peseorangan dan 2 acara berpasukan

Setiap sekolah hanya boleh menghantar TIDAK LEBIH dari DUA (2) peserta
untuk setiap acara perseorangan termasuk acara terbuka dan SATU (1) pasukan
sahaja untuk setiap acara berpasukan bagi setiap kelas.

3.

YURAN PENYERTAAN
Acara Perseorangan
: RM1.00 bagi setiap penyertaan
Acara Berpasukan
: RM6.00 bagi setiap penyertaan
Semua bayaran mesti dibuat dengan cek berpalang atas nama Setiausaha/Bendahari
Zon masing-masing dan dihantar terus kepada Jawatankuasa/Sekolah Pengelola Zon
bersama-sama dengan disket penyertaan dan 2 salinan borang yang dicetak (hardcopy)
yang ditandatangani oleh pengetua/guru besar dan pengurus pasukan.

4.

PENYERTAAN MINIMA UNTUK SESUATU ACARA DI JALANKAN DI


PERINGKAT ZON
Sekurang-kurangnya penyertaan dari 3 peserta perseorangan dan 3 pasukan mesti
diterima untuk sesuatu acara dijalankan di peringkat zon.

5.

CABUTAN UNDI.
Jawatankuasa Pengelola yang akan bertanggungjawab atas semua cabutan mengenai
saringan dan lorong bagi acara balapan dan giliran melompat / melontar / membaling
bagi acara padang.

6.

PERUBAHAN WAKTU.
Kebiasaannya semua acara akan dijalankan tepat pada waktu yang ditetapkan dalam
jadual acara, tetapi Pengurus Pertandingan berhak menukarkan susunan acara jika
perlu. Adalah menjadi tanggungjawab Pengurus Pasukan untuk memastikan pesertapeserta di bawah jagaan mereka melaporkan diri pada masa yang ditetap walaupun
terdapat perubahan.

7.

PENARIKAN DIRI.
7.1
Semasa Taklimat Pengurus Pasukan
Semasa taklimat untuk Pengurus Pasukan, hanya perkara-perkara berikut
sahaja boleh dilakukan:7.1.1 Penarikan diri peserta TANPA pengganti.
7.1.2 Pengesahan peserta bagi acara Lari Berganti-ganti (maxima 6 peserta)
7.2

Semasa kejohanan dijalankan.


7.2.1 Seseorang peserta yang menarik diri dari mana-mana acara selepas
mengambil bahagian dalam pusingan awal TANPA surat pengesahan
daripada pegawai perubatan, adalah dianggap sebagai menarik diri
daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya
termasuk acara lari berganti-ganti.
1

8.

BANTAHAN.
Peraturan-Peraturan berkenaan bantahan seperti yang terdapat dalam peraturan 147,
IAAF, akan diikuti, termasuk syarat berikut :8.1
Jika terdapat bantahan tentang taraf kelayakan (status) seseorang peserta yang
tidak dapat diselesaikan sebelum pertandingan dimulakan, peserta itu boleh
bertanding di bawah bantahan (under protest) dan perkara itu akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Olahraga MSSPP Peringkat Negeri.
8.2

Sebarang bantahan bertulis kepada Jemaah Juri Rayuan mestilah disertai


dengan wang cengkeram sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus sahaja)
Sekiranya bantahan tidak berjaya, wang cengkeram tersebut tidak akan
dikembalikan.

9.

PERSEDIAAN PESERTA.
Semua peserta hendaklah bersedia untuk acara mereka masing-masing dan melaporkan
diri kepada Hakim Bilik Panggilan 25 minit sebelum waktu acara mereka bermula
(waktu acara seperti yang tercatat dalam Jadual Acara). Nombor acara untuk
melaporkan diri akan ditulis di papan tulis oleh Hakim Bilik Panggilan. Adalah menjadi
tanggungjawab Pengurus Pasukan untuk memastikan atlet-atlet mereka melaporkan diri
untuk acara mereka pada masa yang ditetapkan.

10.

MELAPORKAN DIRI DI TEMPAT PERTANDINGAN.


Semua peserta yang telah melaporkan diri kepada Hakim Bilik Panggilan akan dibawa ke
tempat pertandingan 10 minit sebelum acara mereka bermula. Semua peserta
dikehendaki bergerak dalam satu barisan semasa pergi dan balik dari tempat
pertandingan.

11.

HADIAH.
Hadiah-hadiah yang akan diberikan adalah berpandu kepada PERATURAN AM MSSPP
No. 14 & 15.2 seperti berikut :3 pasukan/peserta

: Johan, Naib Johan sahaja

4 atau lebih pasukan/peserta

: Johan, Naib Johan & Ketiga

10 atau lebih peserta


(untuk acara-acara 2000m dan ke atas sahaja): Pertama hingga keenam
(Acara Berpasukan : 6 pingat akan diberi kepada setiap pasukan yang berjaya)
12.

PENYAMPAIAN HADIAH.
Semua pemenang hadiah hendaklah melaporkan diri kepada Pengawas Hadiah
selepas sahaja Keputusan Akhir setiap acara diumumkan. Jika seseorang
pemenang hadiah tidak dapat melaporkan diri kerana sesuatu sebab yang tidak dapat
dielakkan maka Pengurus Pasukan yang berkenaan hendaklah menghantar wakil untuk
menerima hadiah bagi pihak peserta tersebut. Akan tetapi, jika ada sebarang bantahan,
upacara penyampaian hadiah akan ditangguhkan sehingga bantahan tersebut telah
selesai.

13.

NOMBOR PESERTA.
13.1 Semua nombor peserta mesti dicetak di atas kain putih berukuran 22.5sm X
17sm. Saiz nombor 11 sm tinggi X 3.5 sm lebar dengan tebalnya tulisan
1.5sm. Nombor-nombor mestilah mengikut siri nombor yang ditetapkan oleh
MSSPP kepada sekolah-sekolah (Rujuk Buku Rancangan Tahunan MSSPP
yang telah dihantar kepada setiap sekolah)
13.2 Nombor mesti disematkan di keempat-empat sudut; sehelai di atas dada dan satu
lagi di belakang dan jelas kelihatan. Nombor-nombor dan pin hendaklah
disediakan oleh sekolah masing-masing.
13.3 Peserta yang memakai nombor yang ditulis di atas plastik / kertas atau tidak
mengikut peraturan ini mungkin tidak dibenarkan mengambil bahagian.

14.

LARI BERGANTI-GANTI.
14.1 Setiap pasukan harus mendaftarkan tidak lebih dari 6 peserta untuk acara lari
berganti-ganti.
Pengesahan atlet-atlet untuk acara ini harus dilakukan
semasa mesyuarat Pengurus Pasukan.
Hanya peserta-peserta yang
2

berdaftar dalam borang lari berganti-ganti layak untuk berlari dalam acara
ini.
14.2 Peserta-peserta termasuk peserta simpanan yang hanya mengambil
bahagian dalam acara-acara Lari Berganti-ganti sahaja hendaklah juga
diberikan nombor peserta dan didaftarkan nama mereka dalam borang /
disket penyertaan.
14.3 Semua peserta acara ini dikehendaki memakai nombor peserta serta nombor
lorong (disediakan oleh sekolah) semasa mereka mengambil bahagian. Nombornombor lorong haruslah disematkan di atas nombor - nombor peserta. Nombornombor lorong hendaklah juga dicetak di atas kain. (Saiznya seperti dalam 13.1)
15.

ACARA JALAN KAKI.


Semua peserta untuk acara ini dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk
membolehkan Pengadil memerhati Peraturan Lutut Bengkok.

16.

PROSIDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN.


16.1
Para peserta hendaklah berbaris dalam satu garisan apabila dibawa masuk dan
keluar arena oleh Penyelia Peserta.
16.2

17.

Bagi Acara Balapan - Selepas tamat sesuatu perlumbaan, para peserta


hendaklah berada di lorong masing-masing dan mengadap para hakim balapan
untuk menunjukkan nombor peserta mereka. Selepas itu baru pulang ke tempat
peserta dengan serta-merta tanpa memasuki padang.

LOMPAT BERPAGAR.
Kelas Jantina Bil. Pagar Jarak Tinggi Pagar

18.

Pagar 1

Pagar-Pagar Pagar Akhir

10

110m

0.991m

13.72m

9.14m

14.02m

10

110m

0.914m

13.72m

9.14m

14.02m

10

400m

0.914m

45m

35m

40m

10

200m

0.838m

16m

19m

13m

1&2

10

100m

0.838m

13m

8.5m

10.5m

10

400m

0.762m

45m

35m

40m

10

200m

0.762m

16m

19m

13m

L/P

80m

0.762m

12m

8m

12m

ACARA GABUNGAN (COMBINED EVENTS)


PENTATHLON

Hari Pertama 100m L/Berpagar, Lompat Tinggi,


Melontar Peluru.
Hari Kedua

HEPTATHLON

- Lompat Jauh, 800m

Hari Pertama 110m L/Berpagar, Lompat Tinggi,


Melontar Peluru. 400m
Hari Kedua

- Lompat Jauh, Merejam Lembing, 1500m.

19.

CARA MEMBUAT TANDA - MARKING (UNTUK ARENA SINTETIK SAHAJA)


Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapor atau lain-lain bahan yang sama
untuk membuat tanda di tempat-tempat pertandingan. Mereka hendakalah menggunakan
'tape' yang disediakan oleh sekolah masing-masing / pihak pengelola.

20.

UKURAN PERMULAAN.
Bagi semua acara padang, ukuran permulaan akan berpandukan taraf-taraf untuk
menyertai peringkat zon. Budibicara hakim akan digunapakai.

21.

ACARA JARAK JAUH.


Semua acara jarak jauh termasuk acara jalan kaki, akan ditamatkan apabila pemenang /
bilangan yang layak (yang dikehendaki) telah diperolehi.
3

22.

TATATERTIB.
Referi berkuasa membatalkan sebarang penyertaan peserta yang melanggar tatatertib
atau berkelakuan biadap dan akan membuat keputusan serta-merta tentang aduan,
bantahan atau lain-lain hal berkaitan dengan peserta itu.

23.

KAWASAN ARENA.
Selain pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta-peserta yang bertanding, tiada
sesiapa pun termasuk pengurus pasukan dibenarkan memasuki kawasan pertandingan
tanpa kebenaran Pengurus Pertandingan.

24.

PENENTUAN KE PERINGKAT AKHIR.


100 meter, 200 meter, 400 meter, 4 x 100 meter, 4 x 200 meter, 4 x 400 meter
4 saringan
3 saringan
2 saringan

- 2 yang pertama
- 2 yang pertama & 2 lagi yang terpantas
- 3 yang pertama & 2 lagi yang terpantas

=8
=8

Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatat masa terbaik lebih daripada bilangan
yang dihadkan, cabutan undi akan dilakukan (tidak termasuk peserta-peserta yang jelas
layak) di hadapan Pengurus-Pengurus yang berkenaan untuk menentukan peserta yang
layak ke pusingan yang seterusnya.
(Memandangkan kesuntukan masa maka pihak pengelola berkuasa menentukan
bilangan saringan yang akan dijalankan)
25.

ACARA 4 X 200 METER (Kod 42)


25.1

Pelari pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan
1 stagger seperti pelari pertama dalam acara 4 x 400 meter.

25.2

Pelari kedua akan bersedia di garisan 1 stagger (garisan ini akan ditandakan).

25.3

Pelari ketiga akan bersedia di garisan stagger (seperti pelari kedua dalam
acara 4 x 400 meter). Selepas menerima baton dari pelari kedua, pelari ketiga
mesti berlari di lorong masing-masing sehingga selekoh pertama dan
kemudiannya ia boleh memotong masuk ke lorong pertama.

25.4

Pelari akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut kedudukan


pelari ketiga dan menerima baton dengan syarat ia tidak menghalang
atau menolak pelari lain.

26 KELAYAKAN KE PERINGKAT NEGERI


26.1 SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH
Peserta-peserta yang akan bertanding dalam peringkat negeri akan ditentukan /
pilih oleh pihak zon sendiri berdasarkan pencapaian atlet masing-masing.
27.

ACARA-ACARA KEJOHANAN
27.1

Semua acara yang dicatatkan dalam senarai acara wajib dipertandingkan di


peringkat zon (dengan syarat memenuhi Peraturan 4) KECUALI acara-acara
berikut. Semua peserta yang didaftarkan (perlu didaftarkan oleh sekolah
dalam borang penyertaan zon tetapi acara-acara berikut akan terus ke
peringkat negeri)
27.1.1
27.1.2
27.1.3
27.1.4
27.1.5
27.1.6

3000 meter Lari Berhalangan


2000 meter Lari Berhalangan
10000 meter Berjalan Kaki
Lombol Bergalah
Heptathlon
Pentathlon

: Kod 14
: Kod 15
: Kod 19
: Kod 24
: Kod 45
: Kod 46

Syarat untuk pertandingan acara-acara tersebut di peringkat negeri :a.


b.

Hanya akan dipertandingkan jika terdapat minima 3 peserta untuk


sesuatu acara.
Sekiranya acara tersebut dipertandingkan (memenuhi syarat 27.1b)
tetapi peserta terdiri kurang daripada 3 zon, maka pingat yang
diperolehi dalam acara berkenaan tidak akan ambil kira dalam
4

jumlah pungutan zon walaupun acara tersebut dipertandingkan di


peringkat negeri.
27.2

28.

Acara-acara di atas akan dipertandingkan di peringkat negeri jika terdapat


bilangan penyertaan yang mencukupi sahaja. Walau bagaimananpun,
penyertaan dalam acara-acara berkenaan HENDAKLAH dimasukkan di dalam
disket penyertaan sekolah dan dihantar kepada sekolah pengelola.

KEHILANGAN DAN KEMALANGAN


Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan sebarang harta
benda peserta / pegawai atau apa jua kemalangan sepanjang pertandingan. Walau
bagaimanapun, semua langkah kawalan/keselamatan akan diambil bagi mengelakkan
berlakunya sesuatu yang tidak diingini.
Pihak sekolah dikehendaki mendapatkan
kebenaran ibu bapa para peserta termasuk pengesahan kesihatan untuk penyertaan
mereka.

PERATURAN TAMBAHAN PENYERTAAN PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS

A.

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas (umur lebih 18 tahun) dibenarkan untuk mengambil


bahagian dalam kejohanan zon. di bawah kumpulan 18 TKB. Tetapi dihadkan
kepada 2 orang peserta sahaja (1 orang peserta lelaki dan 1 orang peserta
perempuan dalam Kategori 18 tahun ke bawah) sama ada kedua-duanya lelaki atau
perempuan atau seorang lelaki dan seorang perempuan). Jumlah acara maksima yang
dibenarkan adalah 2 acara untuk lelaki atau 2 acara untuk perempuan. Peserta-peserta
Tingkatan 6 Atas tidak dibenarkan menyertai acara yang sama dan acara
berpasukan. Rekod yang dicipta oleh atlet Tingkatan 6 atas tidak akan diambil
kira.

B.

Acara yang disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas akan diambil kira dalam jumlah
acara peserta 18 TKB.

Jawatankuasa Teknik Olahraga


Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang
Peraturan Olahraga MSSPP/lss/us/11

Anda mungkin juga menyukai