Anda di halaman 1dari 7

Kenali Penyakit TIBI

TAHUKAH ANDAAPA ITU PENYAKIT TIBI?


Kenali Penyakit TIBI, Penyakit Tibi atau dikenali dengan Batuk Kering ialah sejenis
penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Mycobacterium Tuberculosis.
Kebanyakan orang yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit TiBi oleh kerana sistem
pertahanan badan yang kuat untuk menghalang jangkitan. Akan tetapi kuman Tibi ini akan
berada di dalam keadaan yang tidak aktif. Penyakit Tibi Tidak Kenal Sesiapa.
Jika sistem pertahanan badan seseorang itu terjejas atau menjadi lemah. Kuman Tibi yang ada
dalam badan seseorang itu, akan menjadi aktif dan membiak, menyebabkan jangkitan Tibi
yang aktif.

Batuk
APAKAH TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI?

Batuk berpanjangan melebihi 2 minggu


Batuk berdarah
Deman berpeluh terutama pada petang atau malam
Kurang selera makan
Berat badan yang menurun
Mudah letih dan leman badan

Bersin
BAGAIMANA PENYAKIT TB BOLEH BERJANGKIT?

Penyakit Tibi boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang
mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap atau bersin.
Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko
dijangkiti kuman Tibi
Penyakit Tibi diluar paru-paru (EPTB) tidak akan menjangkiti orang-orang
disekelilingnya.

Rawat TiBi
ADAKAH PENYAKIT TIBI BOLEH DIRAWAT?
Terdapat empat jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi.
Ubat-ubat itu ialah:

Rifampicin (RIF)
Isoniazid (INH)
Pyrazinamide (PZA)
Ethambutol (EMB)

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan. Pada dua bulan
pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari.
Kemudian pada empat bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu.
Kebanyakkan pesakit Tibi dapat meneruskan aktiviti harian merela seperti biasa selepas dua
hingga empat minggu diberikan rawatan.

Pesakit TiBi
SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI RISIKO MENGHIDAP JANGKITAN PENYAKIT
TIBI?

Orang-orang yang mempunyai status kehidupan yang rendah dari segi keadaan sosial,
pendapatan, permakanan, kesihatan dan ubat-ubatan.
Pesakit yang menghidap penyakit AIDS.
Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetis, kanser, penyakit pulmonari
obstruktif kronik (sejenis penyakit ampus yang kronik) dan seumpamanya.
Pesakit yang memakan atau mengambil ubat steriod dalam jangka lama.
Warga emas.
Perokok tegar.

KAEDAH UNTUK MENGESAN PENYAKIT TIBI

Kesan TiBi
X-RAY DADA
Pancaran Sinar Dada (Chest x-ray) adalah antara kaedah bagi mengesan paru-paru yang
mempunyai atau pernah dijangkiti kuman Tibi.

Kuman TiBi

DIAGNOSTIC MICROBIOLOGY
Kaedah untuk mengesan kuman Tibi didalam kahak atau spesimen dari anggota tubuh badan
yang lain melalui smear atau kultur (culture)

Mantoux Test

Ujian Mantoux adalah ujian yang di lakukan untuk menyiasat samada individu itu
dijangkiti kuman Tibi atau tidak.
Ujian ini dilakukan pada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit
Tibi paru-paru (kontak terdekat) seperti ahli keluarga, kawan terdekat dan lain-lain.
Cecair Tuberculin disuntik di bahagian bawah kulit lengan. Individu yang terdedah
kepada jangkitan Tibi akan menunjukkan reaski positif dalam masa 48-72 jam pada
kawasan kulit yang disuntik, iaitu tanda kemerahan yang lebarnya lebih 10mm.
Individu yang menunjukkan reaksi positif akan diberi rawatan untuk mencegah dari
mendapat penyakit Tibi.

APA DIA JANGKITAN TUBERKULOSIS PENDAM? DARI MANA?


BAGAIMANA? BAGAIMANAKAH IA BERBEZA DARIPADA PENYAKIT
TUBERKULOSIS?

Risiko terdedah pada kes tuberkulosis aktif termasuk ahli keluarga/teman/rakan


sekerja yang sebelum ini berhubungan rapat dengan pesakit tuberkulosis pulmonari
yang kahak pesakit mengandungi kuman T.B/basilus.
Asimptomatik iaitu tidak mengadu batuk, demam, batuk berdarah, hilang selera
makan, susut berat badan.
C-Xray Tiada bayang abnormal
Kahak Negatif TB basilus
MANTOUX Positif 10 mm dan ke atas

KAEDAH RAWATAN: Tiada simptom selama pesakit dijangkiti, menjadi simptom


(Simptom pernafasan dan resaman) apabila pesakit yang dijangkiti menghidap TB aktif.
Orang yang dijangkiti ini akan dikenal pasti atau di diagnosis sebagai LTBI melalui Ujian
MANTOUX, apabila pesakit diskrin sebagai kontak atau menjalani ujian kesihatan.
Mantoux PPD (Purified protein derivative Terbitan protein terceria) TST (Tuberculin skin
test Ujian kulit tuberkulin)
MEMBERI TST

Suntik 0.1 ml dari 5 TU PPD larutan tuberkulin secara intradermis pada permukaan
volar lengan bawah dengan menggunakan jarum tolok 27
Menghasilkan bintat dengan diameter 6 hingga 10 mm

PENYAKIT TUBERKULOSIS

Mengadu batuk berpanjangan, demam, batuk berdarah, hilang selera makan, susut
berat badan.
C-Xray Tiada bayang abnormal
Calitan/kultur kahak positif mengandungi basilius/kuman TB
MANTOUX mungkin positif atau mungkin tidak

SIAPAKAH YANG MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT INI?


Selain daripada orang yang ada sejarah terdedah/berhubungan dengan pesakit TB, pelbagai
keadaan perubatan akan meningkatkan risiko perkembangan tuberkulosis aktif bagi sebarang
prevalens jangkitan tuberkulosis tertentu.
HIV, penyakit buah pinggang peringkat kritikal, mengambil suntikan drug, diabetes yang
memerlukan insulin, malignansi seperti penyakit Hodgkin dan penyakit yang dirawat dengan
ubat imunosupresif (Drug untuk mengurangkan sistem ketahanan normal badan) seperti
kortikosteroid.
ADAKAH PENYAKIT TIBI BOLEH BERJANGKIT KEPADA PASANGAN
MELALUI HUBUNGAN KELAMIN?
Penyakit TIBI bukanlah sejenis penyakit kelamin dan ia tidak akan berjangkit melalui
hubungan intim kelamin. Kuman TIBI akan mula merebak bergantung kepada jenis TIBI
yang dialami seseorang pesakit.
BERAPA BANYAK KUMAN TIBI AKAN KELUAR SETIAP KALI BERSIN ATAU
BATUK?
Pesakit TIBI akan menyebarkan kuman TIBI tersebut melalui batuk, bersin, bercakap,
meludah dan juga menyanyi yang dihemburkan ke udara. Sekiranya pesakit TIBI batuk atau
bersin sebanyak 40.000 titisan yang mengandungi kuman TIBI mula tersebar keudara.
Orang yang berada disekitar pesakit TIBI dalam jangka masa yang agak lama turut berisiko
dijangkiti kuman TIBI. Pesakit TIBI yang masih belum menerima rawatan TIBI boleh
menjangkiti orang lain 15-20 orang dalam setahun.

Anda mungkin juga menyukai