Anda di halaman 1dari 2

Bagaimana Kencing Manis (Jenis 2)

Terjadi?
Sila fahami bahawa terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan
Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis
1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap
Kencing Manis Jenis 2.
Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu
memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi
untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada
bayi atau budak yang muda.
Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya
berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru
menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang
lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan
glukosa darah yang tinggi.
Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu
punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka
mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh
masalah Rintangan Insulin.
Apa itu Rintangan Insulin? Rintangan Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak
dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose
Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.

Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat.
Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan
mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak
insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan
untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini
menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadapa insulin. Insulin tidak boleh
merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam
sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan
gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing Manis... Jenis 2!