Anda di halaman 1dari 2

PERUNDANGAN

Ketum merupakan nama bagi pokok atau daun dimana turut dipanggil sebagai
pokok/daun biak. Pokok ini merupakan sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae iaitu pokok
berbunga. Pokok ketum banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan Indochina serta
Afrika. Mitragyna Speciosa Korth merupakan nama saintifik tumbuhan ini.

Di Malaysia, tumbuhan ini banyak ditanam dan tumbuh di sekitar utara dan tengah
Semenanjung Malaysia. Ini termasuklah negeri Perlis, Kedah, Perak, Kelantan termasuklah juga
beberapa wilayah di selatan Thailand. Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa kawasan
yang menanam tumbuhan ini secara persendirian dan ada juga yang ditanam seperti tanaman
komersil iaitu dalam skala yang besar.

Daun ketum dikatakan mempunyai khasiat di mana air rebusannya dapat membantu
memulihkan tenaga manusia serta beberapa penyakit . Namun begitu, sejauh manakah
keberkesanan khasiat daun ketum tersebut. Menurut Pengarah Institut Alam Sekitar dan
Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamad di
dalam satu temubual oleh Bernama telah menyebut peggunaan daun ketum secara tradisional
hanya membantu menguatkan sistem saraf tetapi bukan sebagai penawar yang terbaik.
Menurutnya lagi ketum tidak pernah disebut sebagai tumbuhan ubatan malah penggunaannya
secara berlebihan akan mendatangkan kemudaratan sama seperti bahaya dadah

Ketum sudah lama ditanam di Malaysia tetapi mula popular sejak awal tahun 2000
apabila orang ramai mula menghebohkan tentang khasiatnya. Apa yang membuatkannya lebih
popular adalah apabila berlaku air rebusan daun ketum telah dijual secara berleluasa.
Perkembagan ini diterukkan lagi dengan pelbagai bahan yang telah dicampur aduk ke dalam air
rebusan tersebut dengan ubat nyamuk dan sebagainya.

Walau apapun bahan tambah ke atas air rebusan ketum itu, hakikatnya daun ketum secara
semulajadinya mempunyai ekstrak yang dipanggil Mitragynine. Mitragynine memberi kesankesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai dadah seperti candu.

Mitragynine diklasifikasikan sebagai bahan psikoptropik sepertimana Jadual Ketiga Akta


Racun 1952. Undang-undang yang mengawal sebarang bentuk pengimportan, pengeksportan,
pembuatan, penjualan, pengeluaran, pemilikan dan penggunaan bahan psikotropik adalah
Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Undang-undang ini memperuntukkan hukuman denda tidak
lebih RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 4 tahun atau kedua-duanya sekali

Mungkin ramai yang menyifatkan hukuman ke atas kesalahan memiliki ketum ini adalah
ringan dan tidak seberat kesalahan memiliki dadah berbahaya walaupun kesan pengambilannya
hampir sama seperti pengambilan dadah. Ada juga yang berpendapat untuk kesalahan memiliki
bahan psikotropik sebegini sepatutnya diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya. Walau
apapun kedudukan semasa undang-undang ini, pihak berkuasa di Malaysia sentiasa melakukan
penguatkuasaan bagi membendung jenayah ini daripada terus berkembang dengan mengadakan
risikan, serbuan, siasatan serta pemeriksaan terperinci. Begitu juga dengan pihak Timbalan
Pendakwa Raya yang terus bertugas memastikan sabitan serta pendakwaan yang berkesan ke atas
tertuduh bagi kesalahan ini.

Walau apapun, penguatkuasaan ke atas jenayah berkaitan ketum ini perlu lebih
ditingkatkan. Pihak berkuasa Thailand telah mengharamkan penanaman pokok ketum. Oleh itu
sudah semestinya terdapat permintaan dari negara Gajah Putih berkenaan akan daun-daun ketum
dari Malaysia. Tidak mustahil terdapat usaha-usaha untuk menyeludup daun-daun ketum tersebut
ke Thailand yang mana menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding Malaysia. Oleh itu
penguatkuasaan yang telus, cekap dan efisien sudah semestinya dapat mengelakkan berlakunya
jenayah rentas sempadan antara dua negara ini.

Anda mungkin juga menyukai