Anda di halaman 1dari 3

Nama : Satyapriya a/p Kumar

No. Matriks : D20102045854

Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang betul perlu
dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri populasi
atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji
Sampel kumpulan kecil daripada populasi yang menjadi sasaran penyelidik untuk
melakukan penyelidikan. Sampel adalah anggaran. Perbezaan antara anggaran sampel
dengan populasi sebenar adalah ralat persampelan

Persampelan juga adalah

Strategi mendapatkan maklumat tentang sesuatu populasi daripada sampel yang


mewakili populasi tersebut.

merupakan kaedah statistik untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan


masalah tanpa menggunakan seluruh ahli populasi.

Prinsip utama: untuk memperolehi sampel yang benar-benar mewakili populasi


yang dikaji, dan memastikan sampel yang diambil melalui persampelan tidak
pincang.

Ujian statistik akan dilakukan ke atas sampel dan nilai ujian statistik ini akan
digeneralisasikan kepada nilai populasi kajian, yang dinamakan sebagai parameter.

Tujuan Persampelan dan Kebaikannya Adalah


Membuat kesimpulan terhadap populasi daripada sampel dengan menggunakan statistik
inferensi.
Mengurangkan kos, tenaga, dan masa penyelidikan. Murah untuk mengumpul maklumat
daripada sebahagian individu berbanding keseluruhan populasi. Namun penyelidik harus
berhati-hati supaya sampel benar-benar mewakili polulasi.
Membolehkan kajian dilakukan di kawasan atau ruang penyelidikan yang lebih besar.
Membenarkan penyelidik mendapatkan maklumat yang benar-benar dikehendaki apabila
pengukuran menyeluruh ke atas populasi tidak dapat dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai