Anda di halaman 1dari 4

PENENTUAN OBJEKTIF

Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan
dandapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya.
Kegunaan Objektif
Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku
atauobjektif perlakuan adalah banyak. Antaranya
:i. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkanguru, oleh
itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan
pelajar ii. Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilaikemajuan
perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaraniii. Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahanpe
ngajaran yang sesuai dan
relevaniv. Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategipengaja
ranv. Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir danpenyelia
apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu
pelajaranvi. Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan dib
erivii. Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiriviii. Membantu guru
dalam menyusun atur aktiviti susulan
Penulisan Objektif
Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen iaitu :i.
PerlakuanMenyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka
menunjukkanperlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan
yangditerimasebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai
contoh

perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti


memilih,merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lainii.
SyaratKeadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada
peralatan,bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan
sesuatuperlakuan.Sebagai contoh dengan membaca petikan yang diberi.iii.
KriteriaMenerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai

dalammelakukanperlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara


untuk menilaiperlakuan pelajar. Contoh, dapat memotong kayu dalam masa 10 minit,
dengan90% jawapan betul ,dengan tepat .Contoh objektif perlakuan :Di akhir
pelajaran, pelajar dapat menjawab 5 dari 6 operasi tambah yang melibatkannombor
kurang dari 10.
Rumusan penulisan objektif
Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar Objektif perlu ditulis dengan ringkas,
padat, jelas, jitu dan eksplisit Objektif mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan
pelajar Objektif perlu ditulis degan menggunakan perkataan oerbuatan yang
bolehdilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataanperkataanperlakuan itu tidak mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur
Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja, tetapi juga
melibatkandomain afektif dan psikomotor.
PENENTUKAN ISI PELAJARAN
Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalan Persediaan Mengajar adalah
seperti yangdinyatakan mengikut topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran .
Walaubagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran perlulah mengikut kebolehan
pelajar danprinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai contoh pemeringkatan isi
pelajaran disusunseperti berikut : Dari konsep yang mudah kepada yang kompleks
Dari senang kepada yang mudah Dari yang konkrit kepada yang abstrak Dari konsep
sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada yang belum tahu Relevan dengan
objektif yang telah ditentukan Mengikut urutan , teratur, mengikut perkembangan
semasa dan Dapat menggalakan penglibatan pelajar secara aktif untuk berfikir secara
kritis,analitis dan kreatif.

PEMILIHAN SUMBER
Bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, tahap
dankebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan sesuai dengan
keadaansetempat, mempelbagaikan penggunaan bahan ( dari gambar pegun
kepadapenggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik ,
berwarna,menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar.

PENENTUAN STRATEGI PENYAMPAIAN


Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran.
Walaubagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih
baikdigunakan. Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang
maksimum.Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan
sukatanpelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi
tersebut. Isi

pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar denganpelbagai
cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupunisi pelajaran
dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan menggunakan carapembelajaran
melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran,inkuiri dan penemuan
serta lakonan.Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah
dan teknikyang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan
keberkesananproses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada
strategi yangmelibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu
ditekankan.Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca,
menulisdan mengira) perlu juga di ambil kira.Berdasarkan kepada kepentingan dan
keperluan perancangan pelajaran adalah jelasmenunjukkan bahawa penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian yang teratur danberkesan akan dapat membantu
meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaranpelajar terutamanya
murid bermasalah pembelajaran.
BAHAN SOKONGAN KONKRIT
Bahan sokongan konkrit adalah merupakan antara jenis bahan bantu mengajar.Bahan
sokongan konkrit atau juga disebut bahan maujud banyak digunakan sebagaibahan
bantu mengajar terutama dalam kelas pemulihan matematik. Ini kerana bahankonkrit
dapat dilihat dan dipegang oleh murid dengan tangan mereka sendiri. Olehitu, semua
deria dapat mereka gunakan termasuklah mata, telinga, hidung dantangan. Ini
menggalakkan perkembangan psikomotor mereka. Contohnya lidi, batukecil dan
jari boleh digunakan bagi membantu mereka mengira dan membuat empatoperasi
asas. Manakala, model-model dua matra dan tiga matra boleh digunakanuntuk

mengajar tajuk bentuk-bentuk geometri.Bahan sokongan konkrit amat penting dalam


membantu pelajar dalam prosespembelajaran kerana bahan sokongan ini
dapat menyediakan satu asas kuat untukpelajar memahami sesuatu konsep. Ini
akan dapat membantu pelajar mendapatkan

hasil pembelajaran yang lebih kekal. Bahan sokongan konkrit ini juga dapat
menjadidaya penarik kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaranmereka. Di samping itu bahan sokongan konkrit dapat menyediakan
pengalaman-pengalama yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan
menjadikanpembelajaran lebih mendalam dan beragam.Dalam menyediakan bahan
sokongan konkrit, beberapa perkara perlu diambilperhatian oleh guru :i.Guru harus
peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai denganisi
kandungan pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar.ii.Guru mesti arif dan
tahu untuk mengendalikan bahan atau a lat tersebut agar pengajaran dan
pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia.iii.Bahan atau alatan harus
sentiasa berada dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya
serta cekap mempersuaikan keperluanmurid dan masa yang diperuntukan.