Anda di halaman 1dari 26

STEP BY STEP INSTALLING & UNINSTALLING

APACHE , PHP , MYSQL , PHPMYADMIN & WORDPRESS


Software sokongan yang digunakan:

Text Editor Adobe Bracket http://brackets.io/


Google chrome browser
Winzip Standart Windows 7

Sila download terlebih dahulu:

Apache
-> https://www.apachelounge.com/download
Php
-> http://windows.php.net/download
Mysql
-> http://www.mysql.com/downloads
phpMyadmin -> http://www.phpmyadmin.net/home_page/downloads.php
Wordpress - > https://wordpress.org/download/
o *Link mungkin akan berubah

Pemilihan 64bit atau 32bit bergantung kepada system pada windows anda. Perisian 32 boleh di jalankan
di System 64bit , Perisian 64bit tidak boleh dijalan kan di system 32bit.Jika anda memilih 32bit , pastikan
Apache, PHP dan Mysql 32 bit dan jika memilih 64bit kesemua kena 64bit.
Pastikan PC terpasang Visual Studio http://www.microsoft.com/en-my/download/details.aspx?id=30679

Cara install Apache


1. Double Click pada file httpd-2.4.10-win64-VC11 (mengikut kesesuaian pc anda)
2. Drag Folder Bernama Apache24 ke C:

3.

Run command prompt ,Tekan button start pada ruangan Search Programs and Files taip CMD
seperti langkah satu di dalam gambar di bawah , Run as administrator seperti langkah 2.

1. Change directory ke C dengan menaip cd\ dan enter seperti langkah 1 dalam gambar di bawah.
taip cd apache24\bin dan enter. Kemudian langkah 3 untuk Install Apache ,
taipkan httpd.exe k install dan enter

2. Masuk ke C:\Apache24\bin , Di dalam folder bin terdapat Aplikasi bernama ApacheMonitor.


Double Click aplikasi tersebut dan run.

3. Sepatutnya akan Muncul ApacheMonitor pada notification taskbar seperti rajah di bawah.Click
pada monitor apache tersebut dan start .Jika tiada masalah titik merah akan bertukar menjadi
Hijau.

4. Run Chrome , taipkan localhost pada adress dan enter. It Work! akan di paparkan jika anda
berjaya menginstall Apache.

Cara install PHP


1. Buatkan 1 forder bernama php di dalam C:
2. Double click php yang telah di download dan select all (ctrl+a).Drag semua file tersebut ke folder
php yang di buat tadi

3. Di dalam folder php cari file bernama php.ini-development .Rename kepada php.ini .

4. Buka file php.ini dengan aplikasi text editor kesukaan anda. Saya mengunakan Adobe Brackets.

5.

Ctrl+F dan cari perkataan extension_dir = "ext" dan buang semicolon ; di hadapannya tambah
c:\php\ di hadapan ext .Baris tersebut sepatutnya menjadi extension_dir = "c:\php\ext".

6. Click Kanan pada My Computer > Properties > Advance System Setting >Enviroment Variable di
bahagian System Variable Cari Path dan tekan Edit . Pada hujung baris tambahkan ;C:\php dan click
ok pada tetengkap edit system variable , ok pada tetingkap Enviroment Variable , ok pada System
Properties.

7. Didalam folder c:\php cari file bernama install.txt dan open . Ctrl+F dan carikan baris
For PHP 5 do something like this:.Copy baris di bawah ini seperti langkah 1 .Kemudian Open file
bernama httpd.conf yang terdapat di dalam folder c:\apache24\conf cari baris LoadModule , di
akhir LoadModule paste baris yang telah di copy tadi. Pada langkah 3 tambahkan _4 menjadi
seperti "c:/php/php5apache2_4.dll" .ini adalah kerana apache yang digunakan version 2.4 dan
didalam forder C:\php hanya terdapat file bernama php5apache2_4.dll bukanya php5apache2.dll .
Jika anda menggunakan Apache versi lain file ini akan bebeza dan anda perlu mengubah mengikut
file tersebut.
# For PHP 5 do something like this:
LoadModule php5_module "c:/php/php5apache2.dll"
AddType application/x-httpd-php .php
# configure the path to php.ini
PHPIniDir "C:/php"

8. Untuk menjadikan Apache default kepada index.php dan bukanya index.html .Open httpd.conf dan
carikan index.html dan gantikan dengan index.php

9.

Bagi menguji php berjaya di install atau tidak , phpinfo page boleh di buat dengan code ini
<?php phpinfo(); ?> save sebagai index.php ke dalam C:\apache24\htdocs

10. Setiap kali httd.conf di ubah anda perlu restart Apache .Click pada monitor Apache click restart.
11. Run Chrome dan taipkan localhost/index.php pada adress dan enter.Jika berjaya chrome akan
memaparkan infophp seperti dibawah ..

Cara install mySQL


1. Buat folder mysql di dalam C:
2. Double clicks mysql-5.6.21-winx64 (mungkin anda download file yg berbeza) yang telah di
download.
3. Double clicks mysql-5.6.21-winx64 sehingga nampak folder bin , data , docs dan lain lain ..
kemudian select all dah drag ke folder mysql yang telah di buat tadi.
4. Run command prompt change directory ke c dengan menaim cd\ dan enter , seperti langkah 1 .
Kemudian taipkan cd mysql\bin dan enter untuk masuk ke directory c:\mysql\bin . Untuk
install taipkan mysqld install .

5. Click kanan pada My Computer > Properties > Advance System Setting >Enviroment Variable di
bahagian System Variable Cari Path dan tekan Edit . Pada hujung baris tambahkan ;C:\mysql\bin
dan click ok pada tetengkap edit system variable , ok pada tetingkap Enviroment Variable , ok
pada System Properties.

6. Double Clicks pada Apache Monitor , click Services . Cari MySQL dan Start .

7. Untuk menghubungkan mysql dengan php , php.ini perlu di ubah. Cari baris
;extension=php_mysql.dll
;extension=php_mysqli.dll
;extension=php_pdo_mysql.dll
Buangkan semicolon di hadapanya. Kemudian SAVE.Restart Apache.

8. Bagi tujuan keselamatan database hendaklah mempunyai security password.Selepas install ,


mysql akan memberi 1 user iaitu root dan tiada password .Untuk membuat password pada user
root , masuk command prompt , change directory ke c: , kemudian ke c:\mysql\bin . Seterusnya
taipkan mysql u root p dan enter .Mysql akan meminta password , tetapi untuk kali pertama
anda hanya perlu enter kerana password belum diberikan. Untuk membekalkan password
kepada user root tersebut taipkan update mysql.user set password=password('utmspace')
where user = 'root'; dan enter .Saya berhajat untuk menjadikan utmspace sebagai password
dan anda bebas mengunakan pasword sendiri. Taip exit untuk keluar dari mySQL dan enter, taip
exit sekali lagi untuk keluar dari command prompt.

9.Kali ini kita perlu restart service mysql . Masuk ke services cari MySQL dan click restart.
Sekarang akaun root pada MySQL anda siap di pasang password.

Cara install phpMyAdmin


1. Buatkan folder phpmyadmin di dalam C:\Apache24\htdocs\phpmyadmin\ . Extract file
phpmyadmin yang telah di download tadi ke dalam C:\Apache24\htdocs\phpmyadmin\

2. Di dalam folder phpmyadmin "config.sample.inc " dan rename kepada "config.inc "
3. Open file tersebut padam semua dan paste code di bawah.Ubah xxx kepada password root
yang telah di buat tadi.Password saya = utmspace kemudian save.

$cfg['Servers'][$i]['auth_type'] = 'cookie';
Replace it with the following lines and enter your MySQL Password:
$cfg['Servers'][$i]['user'] = 'root';
$cfg['Servers'][$i]['password'] = 'xxx'; //Enter MySql Password //
$cfg['Servers'][$i]['auth_type'] = 'config';

4. Buka file php.ini , kemudia cari baris ;extension=php_mbstring.dll . Padam semicolon di


hadapanya dan save. Buka Apache Monitor dan Restart .

5. Taipkan localhost/phpmyadmin pada chrome . Chrome akan memaparkan login seperti di


bawah. Masukan user mysql anda root dan passwordnya utmspace dan click Go.

6. Sekarang phpmyadmin sedia untuk membina database.

Cara install Wordpress


1. Buatkan folder bernama wordpress di dalam c:\apache24\htdocs\ .Kemudian extract
wordpress.zip ke dalam folder yang telah di buat.

2. Di chrome taipkan localhost/phpmyadmin pada adress dan enter,di sini anda perlu

membuat satu database untuk digunakan oleh wordpress .Saya memberi nama
database tersebut sebagai wordpress dan click Create

3. Taipkan pada chrome localhost/wordpress kemudian anda sedia memasang wordpress.

4. Isikan Judul wordpress anda username , password dan email kemudian click install

wordpress

5. Click login dan kini anda boleh start blogging ..

Uninstalling Apache
1- Run command prompt as administrator. taip cd\ kemudian enter . Taip cd apache24\bin
kemudian enter .Taip httpd.exe k uninstall dan enter.

2- Masuk ke services. Cari Apache2.4 , Click Kanan dan stop. Sepatutnya Apache akan hilang dari
services komputer anda.

Uninstalling PHP
1- Delete Folder Php dan padam C:\php dalam Enviroment Variables path.

Uninstalling MySQL
1- Run command prompt as administrator taipkan cd\ kemudian enter . Taipkan cd mysql\bin dan
enter . Taipkan sc delete mysql dan enter .

2- Masuk ke services. Cari MySQL , Click Kanan dan stop. Sepatutnya MySQL akan hilang dari
services komputer anda.

2- 3 - Delete Folder mysql dan padam C:\mysql\bin dalam Enviroment Variables path.

Free .. copy and share .. Nurzul healme ..

Anda mungkin juga menyukai