Anda di halaman 1dari 9

Peranan wanita islam

Sejak kebelakangan ini, masalah wanita menuntut hak kebebasan yang sama rata dengan lelaki semakin
menjadi-jadi. Dalam hal ini, wanita islam juga tidak turut terkecuali dalam menuntut hak kebebasan
bersuara mereka. Adakah masalah ini berpunca daripada kejahilan mereka tentang kedudukan meraka
sebagai wanita dari sudut pandangan islam? Dan adakah ukuran kejayaan dan kedudukan wanita itu
harus dibandingkan dengan lelaki? Terdapat pelbagai aspek dalam islam membincangkan tentang
peranan wanita dan setakat manakah wanita islam harus berperanan.

Status Wanita Islam


Di sisi Allah, kaum wanita dan kaum lelaki mempunyai taraf yang sama dan hanya berbeza dari segi
ketaqwaan. Selain itu, wanita juga adalah pelengkap bagi lelaki dan lelaki adalah pelengkap. Hal ini
terbukti dalam satu firman Allah yang bermaksud:
Wanita adalah pakaian kepada lelaki dan kaum lelaki adalah pakaian mereka.
Selain itu, wanita juga merupakan satu amanah dan setiap amanah ini haruslah dijaga dengan baik iaitu
dijaga oleh seorang suami.
Kesimpulannya, wanita dalam islam hanya diletakkan di tempat yang boleh menjamin nilai kewanitaan
mereka.

Wanita Sebagai Hamba Allah


Wanita islam juga berperanan menunaikan segala perintah Allah iaitu rukun islam dan segala ibadah
yang lain. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk mengembangkan dan memperluaskan ajaran
islam. Peranan seumpama ini boleh dimainkan oleh wanita mengikut kemampuan yang termampu
mereka.

Wanita Dan Rumahtangga


Dari aspek rumahtangga, wanita tidak lari dikaitkan dengan peranan mereka sebagai seorang isteri dan
seorang ibu. Oleh itu, antara ciri yang harus ada dalam diri seorang wanita islam yang ingin menjadi
seorang isteri dan ibu adalah sifat solehah
Mahar

Mahar dan maskhawin adalah hak seorang isteri. Mahar adalah pemberian seorang suami kepada
seorang isteri sebagai bukti kerelaan menjadi suami. Oleh itu, wanita sebagai seorang isteri haruslah
menerima mahar tersebut sebagai hadiah yang sentiasa dikenakg sepanjang hayatnya.
Poligami
Dari aspek poligami, wanita tidak memainkan banyak peranan sebagai seorang isteri. Dalam hal ini,
suami memainkan peranan yang amat penting iaitu berlaku adil terhadap kesemua isterinya. Poligami
bukanlah sesuatu sikap ketidakadilan seorang suami terhadap seorang isteri. Sebaliknya poligami
merupakan satu jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah.
Wanita Dan Pendidikan
Dari aspek pendidikan pula, wanita sebagai seorang ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam
mendidik anak mereka. Perkara ini dibuktikan dalam satu pertanyaan kepada Rasullallah S.A.W tentang
siapa yang lebih penting dalam mendidik seorang anak. Dan Rasullah menjawab ibunya kemudian
barulah bapanya. Oleh itu, setiap wanita haruslah melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan
yang secukupnya seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kefayah agar dapat mendidik anak mereka dengan
berjaya.
Terdapat satu hadith Rasullallah menyatakan bahawa syurga terletak di bawak tapak kaki seorang ibu.
Daripada hadith ini, kita dapat menyimpulkan bahawa seorang ibu yang dapat menjamin syurga di
bawah tapak kakinya haruslah seorang ibu yang beriman, bertaqwa serta berilmu pengetahuan dan
bijaksana. Hal ini membuktikan bahawa menuntut ilmu bagi seorang wanita adalah amat penting kerana
wanita yang tidak berilmu sudah pasti tidak dapat mendidik generasi islam yang berjaya. Tambahan
pula, seorang wanita yang sudah pun berumah tangga berperanan menjaga kesihatan suami dan juga
anak-anaknya. Oleh itu, setiap wanita haruslah melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang
secukupnya. Kesimpulannya, peranan wanita dari aspek pendidikan adalah amat penting wanita dan
pendidikan adalah satu perkara yang tidak boleh dijauhkan.

Wanita Dan Politik


Dari aspek politik, tugas memimpin diserahkan kepada lelaki. Hal ini bukanlah kerana kaum wanita tidak
mempunyai hak dalam bidang kepimpinan. Hal ini adalah kerana tugas memimpin ini adalah berat
untung dipegang oleh seorang wanita atas dasar kelemahan dan kekurangan semulajadi yang terletak
dalam diri mereka. Walaubagaimanpun, kaum wanita mempunyai hak untuk menegur segala kebatilan
yang dilakukan oleh pemerintah.
Kesimpulan
Kesimpulannya, islam telah menempatkan wanita di rumahnya dan bukanlah wanita tidak boleh keluar
langsung. Mereka boleh keluar tetapi dengan tujuan-tujuan tertentu. Dan mereka juga boleh mencari
nafkah sendiri sekiranya tidak terdapat lelaki yang boleh menanggung nafkah nya.

KE ARAH PIMPINAN WANITA YANG SEBENAR


Aspek wanita dan kepimpinan mampu melahirkan masalah suasa yang mengelirukan. Menurut ahli ilmu
kemasyarakatan, pimpinan boleh lahir dalam tiga perkara iaitu pimpinan tradisional, religio-political dan
karismatik.
Dasar pimpinan
Kepimpinan di dalam islam bukanlah hanya tertumpu kepada seni mempengaruhi, mengarah dan
mengawal orang lain. Sebaliknya, ianya juga tertumpu kepada kepimpinan melalui akal, hati dan nafsu.
Selain itu, dasar kepimpinan dalam islam juga merupakan suatu dasar oleh wahyu. Kelemahan atau
kurangnya pimpinan menyebabkan mereka meletakkan keimanan mereka pada tempat yang
memusnahkan.
Penjajahan fikiran
Oleh kerana masyarakat islam pada masa kini berdepan dengan ancaman sekularisma serta kritikan dari
golongan orientalis yang bertujuan untuk menggugat keyakinan pemeluk agama islam, maka lahirlah
rasa tidak senang hati yang sengaja direka. Misalnya, wanita di dalam islam dianggap sebagai suatu
perkara yang tidak adil. Sebagai contohnya aspek poligami.
Sebenarnya, penjajahan tidak terbatas kepada penjajan politik dan ekonomi sahaja tetapi termasuk
penjajahan fikiran atau kebudayaanpengaruh tersebut telah disalurkan melalui sistem pendidikan dan
politik.
Pergerakan wanita
Di Negara islam, telah timbul kesedaran tentang pentingnya pelajaran kepada kaum wanita. Bidang
pelajaran dan peluang pekejaan telah terbuka luas kepada semua kaum wanita. Antara persoalan yang
turut mendapat tumpuan adalah masalah tidak dapat menikmati status dan hak-hak mereka. Lantas
kemudian, muncullah tokoh-tokoh yang memperjuangkan hak wanita seperti Syed Syeikh al-Hadi.
Wanita dan Pimpinan
Di dalam negara islam, wanita dan pimpinan adalah suatu perkara yang tidak sesuai malah terlalu jauh
menyimpang. Hal ini adalah kerana tidak pernah ada wanita yang dilantik sebagai nabi dan rasul atau
khalifah. Kebelakangan ini, ramai wanita wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan ini. Perkara ini
mungkin mendatangkan masalah seperti tertangguhnya masalah rumahtangga dan penjagaan anak.
Kesimpulannya, penglibatan wanita dalam kepimpinan boleh mengancam penerusan budaya islam.
Manakala penglibatan wanita dalam bidang politik pula lebih mendatangkan kemudaratan kepada
masyarakat meskipun tidak dikatakan haram.
Pimpinan diri

Setiap insan mestilah memimpin diri mereka ke arah kebenaran iaitu iman. Oleh sebab itu setiap insan
mesti berusaha membetulkan diri mereka terlebih dahulu. Pemimpin yang Berjaya ialah seorang yang
mempunyai istiqamah. Pimpinan diri merupakan kewajipan seorang muslim. Sebagai contohnya,
kepimpinan Rasullallah S.A.W. lebih ditonjolkan ole kepimpinan diri baginda sendiri.
Pimpinan unit
Pimpinan ini lebih tegas kalau dikatakan sebagai pimpinan kekeluargaan. Pimpinan keluarga ini juga
merupakan tanggungjawab seorang isteri oleh sebab suami terpaksa mencari nafkah. Setiap ibu
haruslah menganggap tugas ini sebagai tugas sambilan. Tugas mendidik dan memimpin anak adalah
tugas utama seorang ibu.
Pimpinan jemaah
Berhubung dengan pimpinan jemaah, peluang yang diberikan kepada wanita adalah terbatas. Hal ini
adalah kerana wanita hanya mampu memimpin dalam urusan kecil sahaja. Jika tugas ini diserahkan
kepada wanita maka tugas utamanya akan terjejas.
UMMAH SUMBANGAN WANITA TERHADAP PEMBANGUNAN
Ummah adalah golongan manusia yang tunduk kepada ajaran yang disampaikan melalui Rasul dan Nabi.
Golgan ini dibentuk atas dasar kesatuan aqidah dan akhlak.
Pembangunan ummah
Setiap ummah pasti akan menghadapi kejayaan dan kehancuran. Jika sejarah ummah itu berakhir
dengan kejayaan maka sesuatu yang perlu ditinjau itu bukanlah hanya pada bagaimana ummah tersebut
mencapai kejayaan tetapi juga bagaimana ummah tersebut boleh mencapai kehancuran agar data
dijadikan pedoman. Pembangunan sesuatu ummah bermula dari kesatuan aqidah iaitu beriman kepada
Allah dan menjauhi kemungkaran. Teguhnya sesuatu ummah itu adalah selama mana mereka patuh
kepada pedoman yeng ditentukan.
Wanita dan Pembangunan Ummah
Sejarah pembangunan suatu ummah ternyata penuh dengan rintangan. Namun segala rintangan
tersebut dapat diatasi dengan adanya kesungguhan dan keikhlasan. pembangunan ummah terbahagi
kepada dua tahap iaitu pembangunan awal dan pembangunan semula. Pembangunan awal adalah
pembentukan suatu ummah manakala pembangunan semula adalah kebangkitan semula ummah
setalah menghadapi kehancuran. Pembangunan awal telah berlaku di zaman Rasullallah S.A.W. Sebalik
hasil dari kejayaan Rasullallah S.A.W. telah menjadi tanda Tanya bagi golongan anti islam. Antara aspek
yang penting dalam asas penyatuan yang terdapat dalam ajaran islam adalah kesatuan berdasarkan
kalimah tauhid, muslimin hanya mengarah kepada Kaabah sahaja, berpandu kepada al-Quran,
perutusan dalam satu bahasa, kesatuan nilai dan perasaan tidak senang jika muslimin yang lain dalam
kesusahan. Di zaman Rasullallah telah tercatit setakat mana penglibataban wanita dalam pembangunan.
Antara wanita yang terlibat ialah Khadijah binti Khuwailid dan Aisyah r. a. yang talah menjadi rujukan

utama. Tinjauan ini bukanlah hanya pada isteri Rasullallah sahaja tetapi juga kepada sema wanita biasa
yang turut menyumbangkan tenaga mereka. Sebagai contohnya, terdapat wanita yang menyertai
perang Uhud di medan peperangan. Selain itu, ada juga wanita dan kanak-kanak yang pernah ditugaskan
untuk menggali kubur di medan peperangan.
Penyertaan wanita pada zaman Rasullallah bukan sahaja dalam bentuk yang manifest tetapi juga dalam
bentuk yang latent. Pada keseluruhannya, sumbangan wanita dalam bidang pembangunan terletak pada
pembangunan diri wanita itu sendiri. Jika baik wanita maka baiklah negara dan jika buruk sifat wanita itu
mak buruklah negara. Tugas untuk mempertahankan kedaulatan bukanlah hanya pada lelaki malahan
pada kaum wanita juga. Adalah kewajipan kepada semua lelaki dan perempuan untuk menentukan
setiap diri sudah mampu untuk membentuk masyarakat islam. Sesungguhnya, barang siapa ingin
melihat ummah islam sebagai suatu kaguman, hendaklah ia meredah segala marabahaya dan
mengharungi medan perang.
WANITA ISLAM DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat majmuk bukan suatu yang baru muncul malahan telah wujud pada zaman Rasullallah S.A.W.
iaitu ketika Piagam Madinah diperkenalkan. Detik pertemuan awal islam dengan masyarakat majmuk
dapat dikendalikan oleh Rasullallah S.A.W. dengan penuh kebijaksanaannya. Bagi masyarakat islam,
ternyata sekali bahawa kehidupan bermasyarakat majmuk memerlukan prinsip yang jitu dalam interaksi
dengan masyrakat bukan islam.
Keagamaan
Islam tidak mengamalkan dasar paksaan dan mempunyai peruntukan dasar yang dapat mewujudkan
kerukuna hidup antara kaum. Toleransi antara agama dalam islam islam :
-persamaan sumber seluruh agama samawi.
-keselarasan risalah Anbiya dan kewajipan umat islam beriman denganya.
-tidak ada paksaan dalam islam.
-penghormatan terhadap tempat-tempat ibadat.
-kewajipan bekerjasama dalam melaksanakan kebajikan dan menentang kejahatan.
Dengan ini, seluruh kaum akan mendapat hak sebagai warganegara. Walaubagaimanapun, ini tidak
bermakna orang Islam boleh menukar agama sesuka hati keranaIslam mempunyai hukumnya yang
khusus untuk murtad. Orang islam seharusnya menunjukkan sifat terpuji sehingga dengan sifat tersebut
mampu menjadi contoh kepada orang bukan Islam.
Pelajaran
Bagi wanita islam, pelajaran merupakan suatu kepastian. Meskipun yang paling utama ialah
penyempurnaan ilmu fardhu ain namun penyempurnaan ilmu fardhu kifayah juga amatlah penting. Di

kebanyakan negara islam yang dijajah terdapat system yang tidak menyenangkan roh islamkyah. Dalam
keadaan ini adakah wanita islam harus bersikap daif. Apa yang harus difahami ialah keadaan sementara
yang akan merugikan masyarakat islam kerana kitatidak pasti bahawa kekosongan yang ditinggalkan
oleh wanita islam akan diisi oleh lelaki islam tetapi sebaliknya diisi oleh orang lain.

Kebudayaan
Kebudayaan di dalam diri setiap wanita adalah amat penting. Peranan ibu dalam mendidik anak-anak
adalah suatu budaya yang unggul. Tugas dalam menyambung budaya islam kepada generasi yang lain
banyak mendatangkan cabaran dan menjadii semakin rumit jika berdepan dengan masyarakat majmuk.
Maka dalam situasi inilah wanita memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk generasi
islam yang tulen.
Ekonomi
Lapangan konomi adalah lapangan yang paling sensitive sekali. Jika keseluruhan lapangan ekonomi
golongan islam tidak besar peratusnya apatah lagi peratus bagi golongan wanita yang menceburi bidang
ekonomi. Secara puratanya lapangan perniagaan yang terlibat oleh kaum wanita kebanyakannya
dikendalikan oleh golongan wanita bukan islam.
Berhubung dengan saloon mendandan, kebanyakannya dimonopoli oleh golongan wanita bukan islam
sedangkan wanita islam tidak boleh mendedahkan auratnya kepada wanita bukan islam.
Pertahanan
Marcapada ini, penglibatan wanita dalam bidag ketenteraan telah mendapat tmpat oleh masyarakat
umum. Sejarah telah mencatitkan bahawa wanita islam pada zaman Rasullallah S.A.W. yang berperang
menggunakan senjata seperti Nusaybah yang melindungi Rasullallah S.A.W. dalam peperangan Uhud.
Sebagai kesimpulannya, wanita islam janganlah memandang sepi terhadap aspek pertahanan ini. Kaum
wanita juga haruslah melibatkan diri mereka di dalam bidang pertahanan ini.
Politik
Walaupun islam menolak agar kaum wanita wanita menjadi pemimpin di perigkat ketua negara atau
bidang yang melibatkan hukaman hadd, tetapi tidak bermakna islam tidak memberikan tempat langsung
kepada kaum wanita dalam bidang kepimpinan. Islam menitikberatkan kepimpinan jemaah. Oleh sebab
itu kesedaran politik mesti diperkembangkan dalam kalangan wanita islam.
Pada keseluruhannya, dapatlah digambarkan bahawa wanita islam dalam masyarakat majmuk menjadi
cermin ajaran islam itu sendiri.

PARTISIPASI WANITA DI DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH

Harakah Islamiyyah membawa maksud sebuah organisasi yang tetap memprjuangkan islam secara
terus menerus. Sebagai seorang islam yang sejati maka sudah pastilah prinsip amar makruf nahi
mungkar tetap didukung dan dilaksana di mana-mana. Hakikatnya, baik lelaki mahupun wanita
mempunyai peranan dalam mempertahankan islam. Hanya terdapat sedikit perbezaan pada cara
penyampaiannya mengikut keupayaan masing-masing.
Kepentingan Harakah Islamiyyah
Amatlah penting bagi setiap negara mempunyai Harakah Islamiyyah agar memberi kesedaran bagi
menghidupkan masyarakat islam serta melaksanakan sistem islam. Tugas manusia sebagai khalifah di
muka bumi ini amatlah berat. Kejayaan menjadi pasti apabila harakah islamiyyah itu merangkumi tiga
unsur iaitu :
(a) Generasi islam
Generasi islam yang mempunyai ertikata keimanan yang kukuh merupakan inti bagi masyarakat islam
yang akan lahir di masa akan datang. Selain itu, generasi ini juga haruslah mampunyai akhlak keimanan
seperti sanggup berkorban, tidak mementingkan diri, sabar, cekal, ikhlas dan benar.

(b) Kaedah yang menyeluruh


Sebuah harakah Islamiyyah haruslah mempunyai kaedah yang mudah difahami dan dikenali oleh semua
masyarakat.

(c) Mengatasi Segala Rintangan dan Halangan


Halangan dan rintangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis :

-rintangan dari pihak masyarakat sendiri.


-halangan dari kuasa yang menentang.
-halangan yang timbul dalam harakah itu sendiri.
Soal partisipasi wanita dalam Harakah Islamiyyah bukanlah sesuatu yang baru. Sejarah telah
menunjukkan bahawa wanita islam tidak pernah diabaikan dalam segenap peringkat. Partisipasi wanita
boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu partisipasi perseorangan dan partisipasi secara kolektif.

Partisipasi Perseorangan
Membentuk sebuah keluarga islam merupakan partisipasi perseorangan. Setiap keluarga islam
mengharapkan pengganti mereka yang lebih baik di hari ini. Hanya melalui pembentukan keluarga islam
sahaja maka pembentukan masyarakat islam akan lebih bermakna.
Partisipasi Kolektif
Partisipasi kolektif adalah partisipasi secara berkelompok. Namun, tidak ramai wanita islam yang berjaya
dalam bidang ini. Ramai wanita islam yang menyertai partisipasi secara perseorangan lantaran itu
partisipasi kolektif kurang berkesan. Tetapi terdapat juga segelintir golongan wanita yang berpendidikan
menceburu bidang partisipasi kolektif. Ternyatalah bahawa gongan pertama lebih mendapat tempat di
mata masyarakat kerana golongan tersebut berada dalam jentera pentadbiran dan pendidikan negara.

SUMBAGAN WANITA DI DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT


Masyarakat menurut definisi Nisbet membawa maksud masyarakat yang boleh dibentuk atas dasar
kepentingan bersama, penempatan, agama, bangsa, ras, pekerjaan, dan keturunan. Masyarakat islam
merupakan sebuah masyarakat yang unik dengan sistemnya yang khusus. Sumbangan wanita dalam
pembentukan Ummah dapat dibahagikan kepada dua iaitu pendekatan secara langsung dan secara tidak
langsung.
Sumbangan Secara Langsung
Maksud sumbangan secara langsung adalah kesan dari interaksi wanita dengan masyarakat. Wanita
diberi tempat di dalam bidang politik tetapi tidak lebih dari menentukan kepimpinan. Dalam usaha
mempertahankan sesuatu ummah maka para wanita mestilah memenuhi syarat berikut :
a. Wanita haruslah mempunyai ilmu fardu kifayah dan fardhu ain.
b. Bersedia terhadap sebarang halangan.
c. Mempunyai suatu tindakan yang menyeluruh.
Selain itu, wanita juga dapat membentuk generasi muslim yang sejati. Wanita dapat menyalurkan
sumbangan sebagai ibu dan pendidik. Agen pertama yang membentuk akhlak seorang bayi ialah kedua
ibu bapanya. Terdapat empat unsur kemampuan semulajadi bagi memperkembangkan peribadi seorang
manusia.
1. Pergerakan rambang
2. Naluri dan dorongan
3. Kecerdasan

4. Deria
Keluarga
Ciri sebuah keluarga islam telah ditentukan dari awal lagi. Untuk memastikan kelahian baka yang baik
calon suami haruslah memilih calon isteri yang berpandukan ajaran islam. Seorang bayi akan mengenali
ibunya dahulu dari orang lain. Oleh sebab itu seorang ibu harus berhati-hati dalam mendidik anak
mereka. Didikan bagi kanak-kanak dapa dilihat dalam lima tahap :
a. Membiasakan kehidupan kanak-kanak dengan suasana kehidupan muslim.
b. Memberi tauladan kepada kanak-kanak.
c. Memberi latihan ibadah seperti sembahyang dan puasa.
d. Rangsangan dalam ibadah.
e. Sinnut-takalif dan jihad.
Rakan sepermainan
Seorang kanak-kanak yang telah keluar bermain akan terpengaruh dengan rakan-rakan
sepermainannya. Jika pengaruh yang dibawa oleh rakannya adalah burk maka itulah yang membawa
kepada terbantutnya perkembangan watak muslim yang hendak dibentuk. Oleh itu, para ibu muslim
haruslah mengawal percampuran anak-anknya dengan akan sepermaina.
Peringkat persekolahan
Setelah menjangkau usia persekolahan, kanak-kanak akan lebih terpengaruh kepada gurunya. Di
peringkat inilah pertentangan antara pengajaran ibu dan guru jika nilai yang disogokkan adalah berbeza.
Jika dilihat dari sudut yang lain, dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan masyarakat bermula dari
pembentukan diri masing-masing, yang akhir sekali membawa kepada pembentukan keluarga dan
negara. Oleh itu, para wanita islam haruslah memainkan peranan mereka sebagai ibu dengan
menerapkan keimanan dalam diri anak-anak mereka.
Penyertaan wanita yang meluas dalam bidang pekerjaan menyebabkan mereka tidak dapat
melaksanakan tugas mereka sebagai ibu dengan sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak terpaksa
dijaga oleh orang gaji atau di nursery.