Anda di halaman 1dari 37

Pendekatan Koperatif Meningkatkan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 5

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mengikut sejarah pendidikan di Malaysia, baik Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961
mahupun Laporan Kabinet 1979, penegasan dan penekanan yang lebih dan berterusan
diberikan kepada asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini secara tidak langsung
menyumbang kepada kejayaan dalam merealisasikan cabaran keenam Wawasan 2020, iaitu
untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Konvesyen Nasional PIPP 2008 yang diadakan di Institut Aminudin Baki, Menteri Pelajaran
ada menyatakan bahawa kecemerlangan dan kemajuan sesebuah negara di dunia mempunyai
kaitan dengan kemantapan sistem pendidikan dan perancangan pendidikan yang dilaksanakan
dengan betul dan berjaya. Beliau juga ada menyatakan bahawa Malaysia dikenali sebagai
negara membangun kerana sistem pendidikan cemerlang. Selalunya kecemerlangan
pendidikan ini akan memberikan hasil yang bermutu dan memenuhi keperluan guna tenaga
manusia untuk memajukan sesebuah negara. Kemahiran asas ini boleh dipelajari melalui
interaksi manusia sesama manusia dalam kehidupan seharian. Ini adalah kerana pemahaman
terhadap pelbagai kandungan dan penyataan bermakna dalam bahasa terbina daripada
pemahaman manusia sesama manusia melaui interaksi yang berlaku (Davis dan Hersh, 1986).
Kepentingan lisan, bacaan dan menulis dalam kehidupan seharian memang tidak dapat
dinafikan. Kurikulumnya yang teratur dari segi struktur dan kandungannya yang tersusun
secara hierarki memerlukan seseorang murid menguasai asas berbahasa sebelum mereka
boleh menguasai bahasa Melayu untuk berinteraksi (PPK 2000).
Oleh itu walau apa pun tajuk dan kemahiran dalam bahasa Melayu Penulisan, yang pasti
untuk memastikan input maksimun diterima oleh murid, pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu Penulisan di dalam kelas perlu kepada strategi yang kemas berkesan dan teratur
supaya semua objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai sepenuhnya.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai ialah melalui pengalaman aktif,
reflektif dan pengabstrakan (Nik Azis, 1992). Ketiga-tiga unsur di atas melibatkan
penguasaan kemahiran, di samping menggunakan pengetahuan yang tertumpu pada,
penyelesaian masalah, pemikiran logik, kritis, analitis dan bersistem serta pemupukan nilai
murni.
Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem,
bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen
pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.

Oleh yang demikian, untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan, semua ini harus diikuti
dengan sistem yang betul dan teratur. Proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan dengan
cara yang lebih sistematik terutamanya dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa
proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
1.2 Latarbelakang Kajian
Bahasa Melayu Penulisan merupakan satu mata pelajaran yang penting dan mencabar bagi
kebanyakan murid. Bahasa Melayu Penulisan juga memainkan peranan yang sangat penting
dalam kehidupan harian. Oleh sebab itulah bahasa Melayu Penulisan perlu diberi penekanan
terhadap keupayaan memahami sesuatu tajuk dan perkembangan idea dalam pelbagai bentuk
penulisan.
Sepertimana selalu guru mengajar secara lisan atau chalk and talk (Osborne, Bell and
Gilbert, 1983) bagi tajuk bahasa yang abstrak tidak dapat membantu pelajar memahami
konsep bahasa dengan mendalam. Kaedah koperatif merupakan salah satu kaedah yang
dikenal pasti sebagai cara yang terbaik dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka dalam tajuk yang diajar.
Hasil temubual bersemuka dengan seorang guru yang berpengalaman mengajar bahasa
Melayu Penulisan selama lapan belas tahun di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu Puan
Noraini Sulaiman, beliau menyatakan bahawa kebanyakan murid tahun lima masih tidak
menyedari bahawa mereka sudah melangkah ke tahap dua. Cara dan budaya pembelajaran
murid tahap satu adalah berbeza dengan murid tahap dua. Murid-murid ini tidak menunjukkan
kesediaan yang cukup untuk menjalani kehidupan sebagai murid tahap dua. Secara tidak
langsung, murid ini tidak bersedia untuk menghadapi tajuk dan kemahiran yang lebih
mencabar.
Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung murid ini tidak akan dapat memahami isi
kandungan pelajaran dengan sepenuhnya dan mereka tidak akan dapat menguasai kemahiran
yang diajar dengan sempurna. Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya Psikologi Pendidikan
Kesediaan belajar adalah faktor yang penting untuk membawa murid ke arah menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan mudah , seronok dan berkesan.
Menurut Puan Noraini lagi, ramai murid tahun lima yang telah lupa atau tidak mengingati
teknik atau konsep yang telah dipelajari sebelum ini. Ini terutamanya berlaku di awal penggal
persekolahan. Kesannya, akan menjadikan mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan satu
matapelajaran susah bagi murid. Guru perlukan kemahiran dan pengetahuan untuk menarik
semula minat murid-murid. Untuk mempelajari sesuatu ilmu, pelajar hendaklah menguasai
kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan.(Mok Soon Sang . 2002).
Bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas juga menyumbang kepada tahap
kefahaman murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Bilangan murid yang ramai juga
akan mengakibatkan guru tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada seluruh kelas. Ini
akan mengakibatkan murid yang pasif akan tertinggal sewaktu pembelajaran. Oleh yang
demikian, seseorang guru itu perlu merancang pengajaran yang akan berlaku supaya murid
lebih bersedia untuk belajar. Oleh itu , pembelajaran secara koperatif adalah kaedah yang
paling berkesan untuk memenuhi kehendak pelbagai tahap kebolehan murid.

1.3 Pernyataan Masalah


Dalam setiap kelas, murid yang boleh dikategorikan kepada pelbagai tahap mengikut
kebolehan,iaitu cemerlang,sederhana dan lemah. Hasil daripada temubual dangan guru
didapati murid kurang kesediaan untuk belajar di dalam kelas.
Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu penulisan sering berhadapan dengan
masalah yang melibatkan pencapaian murid yang rendah. Ini merupakan satu cabaran bagi
guru-guru. Mungkin kerana ramai murid akan merasa bosan dengan pembelajaran bahasa
Melayu Penulisan, proses pembelajaran perlu dipelbagaikan dari masa ke semasa. Oleh itu
kajian yang dilakukan akan membantu meningkatkan pencapaian murid. Salah satu cara
pengajaran yang akan dilakukan adalah pengajaran secara koperatif.
Begitu juga dengan kesukaran murid untuk memahami kemahiran-kemahiran bahasa Melayu
Penulisan. Ini memerlukan pelbagai usaha dan penambaikkan yang sesuai dilaksanakan untuk
mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut. Pendidikan bahasa Melayu Penulisan di
peringkat sekolah menekankan penguasaan terhadap kemahiran lisan, bacaan dan menulis.
(Noor Azlan , 2004)
Pengajaran koperatif adalah pengajaran yang dilakukan melibatkan murid secara kumpulan
kecil. Cara pengajaan adalah berbeza dengan pengajaran secara tradisional. Oleh itu kajian
akan membuktikan bahawa pendekatan pengajaran koperatif dalam mata pelajaran bahasa
Melayu Penulisan akan meningkatkan pencapaian mereka.
1.4 Tujuan kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh peningkatan pencapaian bahasa Melayu
penulisan terutama untuk Bahagian B bagi murid tahun lima. Diharap dengan adanya kajian
sebegini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian penulisan di sekolah pada masa
hadapan.
1.4.1 Sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan
melalui perubahan dengan menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka
sendiri dan menjadi lebih kritis tentang amalan dan bersedia untuk mengubahnya. Ia
melibatkan guru dalam inkuari yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru lain.
1.4.2 Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan yang
paling stratejik yang sentiasa boleh diaplikasikan.
1.4.3 Mengetahui minat murid tentang kaedah sesuai dengan kemampuan dan kebolehan
murid.

1.5 Objektif Kajian


Objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:
1.5.1 Untuk meningkatkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan.
1.5.2 Untuk meningkatkan minat murid dalam bahasa Melayu Penulisan.
3

1.5.3 Untuk melihat perbezaan kefahaman pelajar lelaki dan perempuan dalam penulisan
tahun lima.

1.6 Persoalan Kajian


1.6.1. Adakah pendekatan koperatif meningkatkan bahasa Melayu penulisan tahun lima bagi
kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan.
1.6.2 Adakah pendekatan koperatif menarik minat murid tahun lima dalam bahasa Melayu
penulisan bagi kumpulan rawatan.
1.6.3 Adakah pencapaian murid perempuan lebih tinggi berbanding murid lelaki bagi
kumpulan rawatan dalam pembelajaran koperatif di kalangan murid tahun lima.
1.7 Kerangka Konsep

Rajah 1.0 : Kerangka konsep

1.8 Kepentingan Kajian


Dapatan kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
pengajaran dan pembelajaran.
1.8.1 Kepentingan kepada guru.
Semasa kajian ini dijalankan, akan terjadinya komunikasi pelbagai hala di antara murid dan
juga antara guru. Dalam masa yang sama juga , pelbagai aktiviti yang dijalankan akan
mewujudkan satu persekitaran belajar yang seronok dan ceria di dalam kelas. Ini akan
mewujudkan sikap yang bertanggungjawab serta kerjasama yang baik di antara ahli
kumpulan. Pada masa yang sama, guru juga dapat melatih rakan pembimbing untuk muridmurid lain.
1.8.2 Kepentingan kepada guru besar.
Selain itu,kajian ini juga diharap akan dapat membantu guru besar dan pihak pentadbir
sekolah dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dapatan
kajian ini diharap akan dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan semua guru di
sekolah.
1.8.3 Kepentingan kepada jabatan pelajaran.
Kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam usaha memberi pendedahan kepada guruguru lain tentang pelbagai kaedah dan gaya pengajaran terkini selaras dengan perkembangan
dan perubahan pesat dalam dunia pendidikan semasa.
4

1.8.4 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kajian ini juga diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam
menggubal kurikulum yang sesuai dan selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
agar mampu bersaing dalam era globalisasi yang serba mencabar ini.
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:
1.9.1 Menggunakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Gong Balai. Mereka bukan
merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian
ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid tahun lima.
1.9.2 Jumlah murid lelaki ialah 20 orang dan murid perempuan seramai 10 orang. Kumpulan
kawalan seramai 15 orang sementara kumpulan rawatan seramai 15 orang.
1.10 Definisi Operational
1.10.1 Pendekatan Koperatif
Pembelajaran Koperatif merupakan pembelajaran di dalam kumpulan kecil yang terdiri
daripada 4 hingga 5 orang daripada pelbagai kemahiran serta jantina. Setiap ahli tersebut akan
saling bantu membantu sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan satu tugasan demi
mencapai sesuatu tujuan. (Slavin , 1995). Di dalam kajian yang telah dibuat, murid telah
dibahagikan kepada dua kumpulan.
Pembelajaran Koperatif ialah satu proses pembelajaran yang melibatkan pelajar yang belajar
dalam kumpulan kecil. Setiap pelajar dalam kumpulan ini dikehendaki bekerjasama unutuk
memperlengkapkan dan memperluaskan pembelajaran diri sendiri dan juga ahli yang lain.
(Esah Sulaiman , 2003).
1.10.2 Murid-murid tahun lima
Murid-murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu tempat kajian dijalankan.
Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar. Semua murid berusia lebih kurang sebelas
tahun. Kelas yang dijalankan ialah kelas 5 Baiduri iaitu kelas yang sederhana dan terlibat
dalam kalian ini. Murid di dalam kelas ini bercampur lelaki dan perempuan. Kebanyakan
murid kelas ini terdiri daripada keluarga petani dan nelayan.
1.11 Rumusan
Bab ini menghuraikan latar belakang, tujuan, objektif, soalan kajian, kepentingan dan batasan
kajian. Kemahiran asas membaca dan menulis amat penting kepada murid mengusai sebarang
tajuk dan kemahiran yang akan diajar. Ketidakbolehan dalam menguasai kemahiran membaca
dan menulis akan menjejaskan pengusaan murid dalam kemahiran seterusnya. Bagi
memastikan kemantapan murid mengusai kemahiran asas ini, proses pengajaran dan
pembelajaran harus diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan
5

pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Ini akan mengyebabkan murid
akan mudah berasa bosan dan hilang tumpuan sewaktu proses pembelajaran Bahasa Melayu
Penulisan dijalankan. Oleh itu kajian yang dilakukan akan membantu meningkatkan
pencapaian murid. Di akhir kajian kita akan dapat melihat perbezaan kemajuan murid dalam
menguasai kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
dijalankan.
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, akan membincangkan tentang kajian-kajian yang berkaitan dengan
pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang
melibatkan murid secara aktif. Kajian ini merupakan satu kajian yang akan menentukan
hubungan pengajaran koperatif dengan pencapaian murid. Di dalam satu kumpulan, murid
akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Bab ini memberikan tinjauan penulisan
oleh individu atau kumpulan yang telah membuat kajian dan mempunyai kaitan dengan
keberkesanan pembelajaran koperatif dalam pembelajaran bahasa Melayu Penulisan dalam
kelas Tahun 5.
2.2 Literatur Yang Berkaitan
Terdapat beberapa tokoh yang menyokong kaedah pembelajaran Koperatif.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk
diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Pembelajaran koperatif secara
keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian'' seseorang individu dengan lebih ``bestari''.
Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh
mana seseorang murid dapat meluah kembali apa yang dipelajari tetapi memberi peluang
menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru
yang lebih kreatif. ( Ismail Zain) dalam members.tripod.com/skypin/pendik/pendidik12
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
1. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif.
2. Saling berinteraksi secara bersemuka.
3. Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri.
4. Kemahiran koperatif.Pemprosesan kumpulan.

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam
kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan
berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa
cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya
Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement
Division),Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered
Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
2.2.2 Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
Menurut Mok Soo Sang (2002) terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran koperatif. Antaranya
ialah :
i. Pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.
Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan
pelajar berfikir secara aktif. Pelajar digalakkan berfikir sendiri kemudian berbincang secara
berkumpulan. Para pelajar juga diminta memberi pendapat atau pandangan dan banyak
bertanyakan soalan mengenai topk pembelajaran yang telah dipelajari. Pelajar juga digalakkan
mencari maklumat tambahan atau bahan rujukan lain bagi memantapkan lagi pemahaman
dalam bahasa Melayu Penulisan.
ii. Pelajar dilatih dengan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab berkongsi.
Dalam pembelajaran koperatif sikap akauntabiliti dan tanggungjawab berkongsi adalah tinggi.
Pelajar yang lemah akan sentiasa dibantu oleh pelajar kumpualan koperatif lain. Antara ahli
kumpulan akan berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
iii. Kemahiran sosial dapat dipupuk dalam pembelajaran koperatif.
Pembelajaran koperatif merupakan satu sosial. Ini adalah disebabkan pembelajaran kopertif
berupaya menghasilkan perasaan yang positif antara satu sama lain, mengurangkan rasa
tersisih dan kesunyian, membina perhubungan saling membantu, meningkatkan pencapaian
melalui aktiviti-aktiviti kognotif sera memperbaiki kemahiran sosial.
iv. Kesedaran bahawa pembelajaran koperatif adalah kunci pencapaian yang
lebih baik daripada pembelajaran diri sendiri.
Di dalam pembelajaran koperatif , kesedaran motivasi dapat ditingkatkan melalui
perbincangan bersama ahli kumpulan yang lain. Pelajar akan mudah faham menerusi
pembelajaran koperatif kerana jika maklumat atau konsep yang tidak fahami asalah seorang
ahlli kumpulan, ahli kumpulan yang lain akan menolong menerangkannya.
2.2.3 Model-model Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran koperatif yang telah digunakan dalam pendidikan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,
misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement
Division),Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered
7

Heads), dan Meja Bulat (Round Table) yang dipetik daripada www.usm.my/ education
/kaunseling /tips/Kaedah Pembelajaran Koperatif .Menurut dapatan Unversiti John Hopkin
Amerika Syarikat (Nor Azizah Salleh,1995) terdapat tiga jenis pembelajaran kumpulan kecil
iaitu:
i. Student Teams Achievement Divisions (STAD) (Slavin 1980)
Kaedah ini melibatkan guru mengajar seluruh kelas , diikuti dengan pe;ajar belajar dalam
kumpulan heterogenus yang telah ditetapkan. Kemudian kumpulan kumpulan tersebut diberi
tugasan serta diminta membuat perbincangan.
ii. Teams Games Tournament (TGT) ( De Vries & Slavin 1978)
Kaedah ini pula guru akan mengajar seluruh kelas. Guru akan memberi beberapa soalan
kepada pelajar. Pelajar akan belajar dan berbincang dalam kumpulan masing masing dengan
soalan yang diberikan. Kumpulan mestilah heterogenus. Kemudian salah seorang daripada
kumpulan duduk dalam kumpulan homogenus untuk menjawab soalan dan akhirnya pelajar
tadi akan kembali ke kumpulan yang asal untuk member laporan markah. Pemenang dikira
melalui markah yang paling tinggi.
iii. JIGSAW ( kaedah cantuman )
Menurut Esah Sulaiman ( 2003) kaedah JIGSAW terbahagi kepada dua bahagian iaitu
cantuman I oleh Aronson dan Snapp dan cantuman II oleh Robert E.Salvin.
a. Cantuman 1
Kumpulan-kumpulan kecil dibentuk. Setiap ahli kumpulan hendaklah mengamalkan sikap
saling bergantung antara satu sama lain dan tolong-menolong dalam mendapatkan bahan,
maklumat dan menyiapkan tugasan.
b. Cantuman II
Setelah masalah dapat diselesaikan dan tugasan diserahkan kepada guru, ahli-ahli kumpulan
akan diberikan kuiz.
2.3 Review Kajian-kajian Lepas.
Terdapat banyak kajian-kajian yang lepas yang ada berkaitan dengan pembelajaran koperatif
yang dijalankan oleh penyelidik sama ada dari dalam negara dan luar negara. Kajian-kajian
lepas yang telah dijalankan merupakan kajian yang berkaitan dengan tahap amalan
pembelajaran kopertif di sekolah-sekolah.
2.3.1 Kajian Dalam Negara
Dalam konteks di Malaysia, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat
pembelajaran serta aktiviti dalam Pembelajaran Koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga
mendapati pendekatan Pembelajaran Koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai
murni, mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian

akademik di kalangan murid, maka Pembelajaran Koperatif adalah amat sesuai dilaksanakn di
sekolah-sekolah di Malaysia.
Dalam kajian Zulkifli bin Abd Wahab daripada Universiti Putera Malaysia yang telah
menjalankan kajian tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran bahasa
Melayu Penulisan adalah berkisar di tiga buah sekolah di sekitar Daerah Muar. Kajian ini
dilakukan pada 2007. Menurut beliau,tahap amalan pembelajaran koperatif dikalangan murid
adalah tinggi dan manakala menurut perspetif guru adalah sederhana. Bagaimanapun,
pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian murid.
Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam Pembelajaran Koperatif ialah murid
dilatih untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan,
semuanya merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa
depan.
Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah Pembelajaran
Koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil
adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan
Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah Pembelajaran Koperatif .
Pembelajaran Koperatif mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam
pembelajaran bahasa Melayu Penulisan. T. H. Gan (1999). D. W. Johnson dan R. T. Johnson
(1989) dari tiga ratus tujuh puluh lima kajian luar negeri yang dijalankan dalam jangka masa
sembilan puluh tahun mendapati pendekatan Pembelajaran Koperatif adalah paling berkesan
dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea kreativiti, applikasi dalam
dunia sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah. Selain itu, juga didapati
hubungan antara individu menjadi lebih positif termasuk mereka yang berbeza dari segi
kebolehan intelek, kumpulan ethnik, kelas sosial dan keadaan fizikal. Jurnal Penyelidikan
IPBL, Jilid 8, 2008 54
Kajian yang dibuat terhadap kesan Pembelajaran Koperatif dalam matapelajaran bahasa juga
menunjukkan kesan yang positif. Sherman & Thomas (1986), mendapati Pembelajaran
Koperatif dapat meningkatkan pencapaian murid cergas, sederhana dan lemah dalam bahasa.
Kajian Slavin (1990), Davidson (1985) dan Webb (1985), mendapati murid lebih bersikap
positif terhadap bahasa dan kebolehan untuk menjawab soalan penulisan juga meningkat.
Dapatan Nellson (1996) yang telah melaksanakan Pembelajaran Koperatif dalam mata
pelajaran Kimia, Sains dan Teknologi menunjukkan amalan Pembelajaran Koperatif
menyebabkan murid menjadi lebih gigih dan menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti.
Dees (1991), melaporkan murid dapat mencari isi untuk penulisan dengan baik apabila dapat
bekerja dalam kumpulan kecil. Selain itu, beliau juga mendapati Pembelajaran Koperatif
adalah sangat sesuai untuk mereka yang tidak yakin dan lemah dalam mencari isi untuk tajuktajuk penulisan.
Di dalam persidangan Tech Prep , menurut Wan Absah (1997), menyatakan bahawa
pendekatan pembelajaran koperatif adalah antara kaedah pembelajaran yang berkesan dalam
pendekatan pengajaran konteksual. Kaedah pembelajaran koperatif boleh digunakan secara
berkesan dalam banyak matapelajaran terutama kelas yang mempunyai pelajar yang memiliki
kebolehan yang sama. (Roshidi dan Abdul Razak, 1995)

2.4 Rumusan
Daripada tinjauan litature yang dibuat, ketidakbolehan menguasai teknik menulis karangan
memang merupakan suatu fenomena yang perlu diatasi sebelum murid mempelajari sesuatu
ke peringkat yang lebih lanjut. Berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif mampu memberikan kesan yang positif terhadap murid. Ini adalah
kerana pembelajaran koperatif ini dapat membentuk sifat keyakinan pada diri sendiri dan ini
membantu para murid untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajaran. Guru juga dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kesimpulan yang
dapat kita buat di sini ialah peningkatan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan
adalah bergantung kepada kesesuaian kaedah yang digunakan.

BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh manakah keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif dapat meningkat minat serta prestasi murid dalam tajuk Penulisan
Karangan Bahasa Melayu Tahun Lima. Kajian ini juga akan membuktikan bahawa koperatif
adalah salah satu cara pembelajaran yang berkesan di dalam kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Kajian ini juga membincangkan mengenai reka bentuk kajian,
sampel kajian, prosuder pungutan data, responden kajian dan teknik penganalisis data.
3.2 Rekabentuk kajian
Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan kelas Tahun 5 iaitu
kumpulan pertama disebut sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan kedua disebut sebagai
kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan diberi ujian
pra sebelum kajian dijalankan. Masa kajian dijalankan ialah selama 5 minggu dan pengkaji
akan menjalankan pengajaran kedua-dua kumpulan agar dapat mengurangkan ralat dalam
kajian ini. Untuk menjalankan kajian eksperimen ini, pengkaji memilih murid dari satu kelas,
kumpulan rawatan menerima pembelajaran secara koperatif manakala kumpulan kawalan
akan menerima pengajaran secara kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. Al (2007),
kumpulan eksperimen biasanya menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang
dalam kajian, manakaala kumpulan kawalan menerima kawalan yang berbeza ataupun
dikekalkan dalam bentuk biasa. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi ujian pra dan ujian
pos sebelum dan selepas kajian dijalankan. Walaupun sampel tidak dipilih secara rawak,
pengkaji akan memastikan bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai
taraf pencapaian yang hampir sama berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun
bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Tujuan reka kuasi eksperimen ini dipilih ialah untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian
bahasa Melayu bagi kemahiran membina ayat tanya bagi kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Di dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua
pembolehubah yng dikaji iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak
bersandar.Di dalam kajian ini pembolehubah bersandar ialah pencapaian Kajian Tempatan
bagi tajuk Kepentingan Rumah yang diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala
10

pembolehubah tak bersandar ialah kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahya et.al (2007),
satu bahagian daripada persekitaran yang dimanpulasikan adalah pembolehubah tak bersandar
manakala kesan tingkah laku manipulasi adalah pembolehubah bersandar.
Selain pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar, terdapat pembolehubahpembolehubah luaran yang mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel,
interaksi antara kumpulan, jangka masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal
pembolehubah ekstranus tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya
pemilihan sampel yang terdirri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap
pencapaian yang hampir sama. Selain itu, min ujian pra untuk kedua-dua kumpulan akan
dianalisis melalui ujian pos untuk melihat bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan dari
segi kebolehan atau pencapaian Kajian Tempatan sebelum kajian dijalankan.
Kajian ini juga berdasarkan jadual di bawah. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan
diberi ujian pos sebelum dilakukan kepada pendedahan kaedah koperatif. Jawapan pelajar
akan diproses untuk mencari min selepas dilakukan rawatan selama 5 minggu dan dilakukan
ujian pos. Selepas itu, dicari perbezaan min skor ujin pos berbanding dengan ujian pra bagi
melihat keberkesaanan terhadap kemahiran membina ayat-ayat gramatis. Ujian-ujian ini
dijalankan untuk 16 orang murid yang telah dipilih untuk kumpulan rawatan dan 14 orang
telah dipilih untuk kumpulan kawalan.
KUMPULAN UJIAN PRA UJIAN POS BEZA
PRA-POS
Rawatan Tahun 46.1 66.1 20
5 Bestari
Kawalan Tahun
5 Bestari 78.6 88.3 9.7
Jadual 3.1 : Perbandingan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
3.3 Populasi dan Persampelan
Sampel kajian ini terdiri daripada tiga puluh orang pelajar murid Tahun Lima Baiduri
daripada Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang Terengganu. Kumpulan ini akan diajar
tajuk penulisan Bahagian A yang sama oleh guru yang sama dengan kaedah yang berbeza
bagi setiap sesi pembelajaran. Sampel yang dipilih adalah berdasarkan pencapaian prestasi
dalam bahasa Melayu yang agak setara. Mereka ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu 16 orang dalam kumpulan rawatan dan 14 orang dalam kumpulan kawalan. Walau
bagaimanapun keputusan kajian ini tidak boleh digunakan sebagai satu generalisasi kerana ia
merupakan satu kajian kes sahaja.
3.4 Instrumen Kajian
Pelbagai instrument kajian telah digunakan dalam kajian ini. Dalam kajian ini ada dua jenis
soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Soalan ini diambil daripada soalan OTI 1 yang
11

mengandungi bahagian A, iaitu memindahkan maklumat daripada gambar. Borang kaji selidik
juga merupakan salah satu insrtrumen dalam kajian ini. Lembaran kerja yang dibuat untuk
mendapatkan maklamat tentang kefahaman murid sebelum dan selepas pembelajaran
dilakukan. Gred pencapaian murid mengikut gred di dalam UPSR sebenar. Murid pula akan
menulis lima ayat berpandukan gambar yang diberi bagi mendapat maklum balas mengenai
kaedah pembelajaran yang diikuti.
3.4.1 Borang Kaji Selidik
Borang kaji selidik ini mengandungi maklumat latar belakang sampel kajian. Maklumat yang
dikehendaki ialah nama, umur, bangsa, jantina , alamat rumah, pekerjaan ibu/ayah /penjaga
dan keputusan PKBS 4 ( Tahun 4 - 2011). Dalam soalan selidik yang dibuat soalan yang
dibina berdasarkan soalan untuk menjuruskan kepada minat murid terhadap pembelajaran
yang dipelajari. Berikut adalah sebahagian contoh pengumpulan data dalam borang soal
selidik.
BIL ITEM SOALAN Ya Tidak
1. Anda suka belajar bahasa Melayu.
2. Anda kenali rakan anda.
3. Anda kenali keluarga rakan anda.
4. Anda kenali guru anda.
5. Adakah cara belajar meningkatkan
6. Anda suka cara guru BM mengajar .
7 Adakah guru mengenali kebolehan murid.
8 Anda suka belajar berkumpulan
9. Anda suka belajar secara individu
10. Anda suka BBM yang guru sediakan

1 : Ya 2 : Tidak
Jadual 3.2 : Borang soal selidik
3.4.2 Soalan Ujian
Dua set ujian yang sama iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian ini akan diberi kepada kesemua
murid. Ujian pra yang diberikan kepada murid ialah soalan yang diberi sebelum pembelajaran
berlaku. Ujian ini mengandungi soalan karangan. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap
kefahaman murid sebelum pembelajaran koperatif berlaku. Ujian pos pula ujian yang
diberikan kepada murid setelah pembelajaran berlaku. Ujian pos yang dilakukan adalah
12

bertujuan untuk melihat peningkatan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan
menggunakan pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah.
3.4.3 Pemerhatian
Pemerhatian yang dilakukan sepanjang pembelajaran berlaku. Pemerhatian ini dibuat untuk
melihat minat dan kesungguhan murid belajar semasa pembelajaran koperatif dibuat.
Perubahan tingkahlaku akan diperhati dan direkod oleh pengkaji.
3.5 Prosedur Kajian
Pada mulanya, kelas ini telah diberikan ujian pra terlebih dahulu sebelum pendekatan
pembelajaran secara koperatif dijalankan. Ujian ini hendaklah dijawab secara individu dan
murid tidak dibenarkan berbincang. Setelah itu, ujian pasca pula diberikan. Pada akhir kajian,
kelas ini dikehendaki menduduki satu ujian pasca. Bentuk ujian pasca ini adalah sama dengan
ujian pra. Peningkatan pencapaian akademik akan diukur berdasarkan perbezaan pencapaian
mereka dalm ujian pra dan ujian pasca. Masa yang diberikan untuk menjawab ujian pra dan
pasca ialah 30 minit.
Dalam melaksanakan kajian, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang
terdiri daripada dua atau empat orang. Kumpulan tersebut adalah ditentukan sendiri oleh guru
supaya murid yang lemah dapat dibimbing oleh murid yang pandai. Jangka masa untuk kajian
ini adalah selama lima minggu iaitu kumpulan ini akan didedahkan dengan kaedah
pembelajarn koperatif.
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah dikendalikan mengikut prinsipprinsip pembelajaran koperatif yang disarankan oleh Slavin (1990) iaitu:
i. Penyampaian isi kandungan pelajaran oleh guru.
ii. Pembentukan kumpulan murid.
iii. Setiap kumpulan bekerjasama menyempurnakan tugasan yang diberi.
iv. Setiap murid mengambil bahagian dalam kuiz.
v. Pasukan yang memperoleh purata skor kumpulan yang tinggi akan diberi pengiktirafan.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data


Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsan Gong Balai, Marang, Terengganu. Kajian
ini melibatkan 16 orang sampel kumpulan rawatan dan 14 orang sampel kumpulan kawalan.
Pengkaji akan meminta kebenaran daripada Guru Besar dan guru kelas untuk menjalankan
kajian ini. Setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan guru kelas, kedua-dua
kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji akan meminta bantuan guru kelas
untuk menjalankan kajian ini kerana ia melibatkan dua kumpulan. Setelah selesai ujian pra,
pengkaji akan menyemak skor yang diperoleh oleh sampel kedua-dua kelas.

13

Kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan


rawatan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Kedua-dua pengajaran ini di jalankan
dalam tempoh 5 minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan rawatan
dan kumpulan kawalan akan menduduki ujian pasca, dengan mernggunakan set soalan yang
sama dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh
pengkaji.Kedua-dua kumpulan yang terlibat akan mengikut langkah-langkah pengumpulan
data berikut:
Bagi mendapatkan min minat murid tentang kaedah pembelajaran koperatif, pengkaji telah
membina sepuluh soalan soalselidik tentang kajian. Soalan soalselidik ini diberikan pada
akhir kajian. Soalan ini hanya diberikan kepada kumpulan rawatan sahaja. Soalan-soalan
hanya bertumpukan kepada minat murid mengenai kaedah pembelajran koperatif dan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mengumpul segala maklumat yang didapati dan
membuat analisis.
3.7 Prosedur menganalisis data
Data-data yang dikutip bagi ujian pra dan ujian pos akan diproses dengan perisian Microsoft
Excel-Data Analisis untuk tujuan deskriptif itu mendapatkan peratus, min dan perbezaan min.
3.8 Rumusan
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasa eksperimen. Sesi tradisonal dan koperatif
terdiri daripada murid tahun lima seramai tiga puluh orang. Pelbagai instrumen dipilih bagi
memastikan kajian ini berjaya. Segala data yang diperolehi dari murid akan membuktikan
peningkatan pencapaian dan minat murid terhadap pembelajaran kopertif. Reka bentuk kajian
digunakan untuk membuat justifikasi kepada peningkatan pencapaian dan minat murid
menggunakan pembelajaran koperatif dalam tajuk penulisan karangan Bahagian A Bahasa
Melayu Tahun Lima.
BAB IV
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan melaporkan semua keputusan dan dapatan dalam kajian berkenaan tajuk yang
telah dipilih. Ia melibatkan laporan tentang profil responden, laporan prestasi murid dan
persepsi murid terhadap penggunaan kaedah koperatif dalam penulisan Bahasa Melayu Tahun
Lima. Dalam bab ini juga akan mengkaji apakah pendekatan koperatif berjaya ataupun tidak
meningkatkan tahap pencapaian murid tahun lima dalam bahasa Melayu Penulisan Bahagian
A bagi kumpulan rawatan. Di samping terdapat perubahan tingkahlaku dari yang kurang baik
kepada sikap yang suka memberi idea dan cuba menjawab soalan walaupun tidak tepat
dengan itu, wujud nilai-nilai murni seperti kerjasama, rajin , hormat menghormati serta
disiplin yang tinggi dapat dipupuk. Kaedah dan pendekatan yang diamalkan seperti
pengajaran dan pembelajaran secara koperatif boleh diketengahkan untuk menjadi asas yang
baik di dalam kaedah belajar. Ini kerana, kaedah ini dapat menarik minat murid dan dapat
menjadi penyambung idea guru untuk mengajar dengan penuh kasih sayang. Ini kerana
kaedah ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi terhadap prestasi pencapaian murid.

14

4.2 Profil Responden


Bahagian ini akan melaporkan beberapa perkara berkaitan dengan maklumat latarbelakang
responden.
4.2.1 Bilangan Responden, Jantina dan Kaum
Taburan responden mengikut jantina dan kaum ditunjukan dalam jadual 4.1 di bawah
Kaum\Jantina Lelaki Perempuan Jumlah
Melayu
Jumlah
20
20
10
10
30
30
Peratusan 66.67% 33.33% 100%
Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden Mengikut Jantina Dan Kaum.
Seramai 30 orang pelajar telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Responden terdiri
daripada 20 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan.
Bilangan pelajar lelaki lebih ramai daripada bilangan pelajar perempuan, dimana 20 oang
pelajar terdiri daripada pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Jika dilihat
dari segi pecahan peratus, bilangan pelajar lelaki mewakili 66.67 % dan pelajar perempuan
pula mewakili 33.33 %. Kesemua responden adalah berbangsa Melayu. Murid yang dikaji
ialah murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu tempat kajian dijalankan.
Murid terdiri daripada murid luar bandar. Semua murid berusia lebih kurang sebelas tahun.
Kelas yang dijalankan ialah kelas 5 Baiduri iaitu kelas yang sederhana dan terlibat dalam
kalian ini. Murid di dalam kelas ini bercampur lelaki dan perempuan. Kebanyakan murid
kelas ini terdiri daripada keluarga petani dan nelayan.
Rajah 4.1: Pecahan Bilangan Responden Mengikut Jantina.
4.2.2 Pemilihan responden
Jadual 4.2 :Keputusan ujian pra dan ujian pos.

15

Responden Jantina Skor


(Pra) % Skor
(Pasca) % Peningkatan
%
R1 Lelaki 26 48 22
R2 Lelaki 44 76 32
R3 Lelaki 36 70 34
R4 Lelaki 28 44 18
R5 Lelaki 58 78 20
R6 Lelaki 74 82 09
R7 Lelaki 30 52 22
R8 Lelaki 90 90 0
R9 Lelaki 78 88 10
R10 Lelaki 46 62 24
R11 Lelaki 58 76 18
R12 Lelaki 90 90 0
R13 Lelaki 48 60 12
R14 Lelaki 64 78 14
R15 Lelaki 66 76 10
R16 Lelaki 66 80 14
R17 Lelaki 62 80 18
R18 Lelaki 56 68 12
R19 Lelaki 70 86 16
R20 Lelaki 36 58 22
R21 Perempuan 64 80 16

16

R22 Perempuan 22 46 22
R23 Perempuan 62 82 20
R24 Perempuan 80 96 16
R25 Perempuan 68 80 12
R26 Perempuan 84 92 08
R27 Perempuan 90 90 0
R28 Perempuan 80 90 10
R29 Perempuan 94 100 06
R30 Perempuan 70 96 26
Jumlah Min 63.33 78.33 15.00
Jadual 4.3. : Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Jenis Ujian Min Sisihan Piawaian
Ujian pra 63.33 22.90
Ujian pasca 78.20 17.25
Rawatan
14.87
5.65

Rajah 4.2 : Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca


Jadual 4.4. : Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos mengikut gred
Kategori Gred
Pra Ujian
Pos Ujian
80-100 (Cemerlang)
08 ( 26.26 %)
16 ( 53.33 %)
17

60-79 (Sederhana)
10 ( 33.33 %)
09 ( 29.59 %)

40-49 (Lulus)
07 ( 23.33 %)
05 ( 17.08 %)

00-39 (Gagal)
05 ( 17.08 %)
00 ( 00.00 %)

Jadual 4.4. pula adalah analisis ujian pra dan juga ujian pasca mengikut kategori gred yang
telah ditetapkan. Bagi ujian pra, bilangan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang
adalah sebanyak 8 orang ataupun sebanyak 26.26 %. Bilangan calon cemerlang meningkat
sekali ganda dalam ujian pasca berbanding ujian pra, dimana seramai 16 (53.33%) daripada
30 orang pelajar telah berjaya dengan cemerlang. Sementara itu, seramai 10 orang pelajar atau
33.33 % telah mendapat markah sederhana di dalam ujian pra. Keadaan agak berbeza dengan
ujian pasca apabila hanya ada 9 orang pelajar atau 29.59 % memperoleh gred sederhana.
Bilangan calon gred lulus dalam ujian pra adalah sebanyak 23.33 % yang melibatkan 7 orang
pelajar dan terdapat 5 orang pelajar ( 17.08 %) pula telah gagal. Dalam ujian pasca pula,
seramai 5 daripada 30 orang pelajar telah berjaya mendapat gred lulus.
Rajah 4.3 : Perbezaan min
Rajah 4.4 : Perbandingan Analisis Data Ujian Pra dan Pasca.
4.3 Laporan Dapatan Kajian
4.3.1. Adakah pendekatan koperatif meningkatkan bahasa Melayu penulisan tahun lima bagi
kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan?
Bil Responden
(Kumpulan Rawatan) Jantina Ujian
Pra
( % ) Ujian
Pos
18

( % ) Markah
Peningkatan
Kumpulan 1
1. Responden 1 L 26 48 22
2. Responden 2 L 44 76 32
3. Responden 3 L 36 70 34
4. Responden 4 L 28 44 18
Kumpulan 2 1. Responden 5 L 58 78 20
2. Responden 7 L 30 52 22
3. Responden 10 L 46 62 24
4. Responden 11 L 58 76 18
Kumpulan 3 1. Responden 13 L 48 60 12
2. Responden 14 L 64 78 14
3. Responden 17 L 62 80 18
4. Responden 18 L 56 68 12
Kumpulan 4 1. Responden 20 P 36 58 22
2. Responden 21 P 64 80 16
3. Responden 22 P 22 46 22
4. Responden 23 P 62 82 20
Purata Markah ( Min ) 46.1 66.1 20.4

Jadual 4.5 : Analisis Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos


Bil Responden
(Kumpulan Kawalan) Jantina Ujian
Pra

19

(%) Ujian
Pos
(%) Markah
Peningkatan
1 Responden 6 L 74 82 09
2 Responden 8 L 90 90 00
3 Responden 9 L 78 88 10
4 Responden 12 L 90 90 00
5 Responden 15 L 66 76 10
6 Responden 16 L 66 80 14
7 Responden 19 L 70 86 16
8 Responden 24 L 80 96 16
9 Responden 25 P 68 80 12
10 Responden 26 P 84 92 08
11 Responden 27 P 90 90 00
12 Responden 28 P 80 90 10
13 Responden 29 P 94 100 06
14 Responden 30 P 70 96 26
Putara Markah (Min) 78.6 88.3 11.3

Jadual 4.6 : Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Kumpulan Kawalan.
Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
A 80-100 0 3
B 60-79 4 8
C 40-59 6 5
20

D 20-39 6 -

Jadual 4.7 : Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan Mengikut Gred


Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
A 80-100 7 13
B 60-79 7 1
C 40-59 - D 20-39 - -

Jadual 4.8 : Analisis Pencapaian Kumpulan Kawalan Mengikut Gred


Jika dibandingkan dengan markah purata bagi kumpulan kawalan dalam ujian pra adalah 78.6
peratus manakala purata markah ujian pos adalah 88.3 peratus. Perbezaan purata markah
sebanyak 9.7 peratus sahaja. Ini menunjukkan satu peningkatan markah yang kurang
berbanding kumpulan rawatan sebanyak 20.4 peratus. Di mana kebanyakan murid
menunjukkan peningkatan markah.
Ini adalah kerana kumpulan kawalan hanya menerima latihtubi dari guru dan mereka belajar
sendiri sahaja berbanding kumpulan rawatan yang menerima pembelajaran secara koperatif.
Berdasarkan kepada analisis pencapaian kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan. Ini kerana hasil latih tubi dan ulangkaji
pelajaran yaang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu,
pengajaran dengan kaedah koperatif menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi..
Rajah 4.5 : Perbezaan Min Pencapaian Kumpulan Kawalan Dengan Kumpulan Rawatan.
Ini menunjukkan pencapaian murid kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding dengan
kumpulan kawalan. Berdasarkan analisis markah kumpulan rawatan, min markah ujiaan pra
ialah 46.1 manakala purata markah ujian pos ialah 66.1. Perbezaan min markah ialah ialah
20.4. Manakala min markah kumpulan kawalan untuk ujian pra ialah 70.0 berbanding min
markah untuk ujian pos ialah 78.6 dan min perningkatan markah hanya sebanyak 11.3. Ini
jelas menunjukkan bahawa pendekatan koperatif berjaya meningkatkan markah bahasa
Melayu tahun lima bagi kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Perbezaan
min sebanyak 9.1.
Oleh itu, perbezaan min markah antara kedua-dua kumpulan ini cukup jelas. Maka dengan itu,
ia menjelaskan kepada persolaan yang dibina menjadi satu kebenaran iaitu pencapaian murid
kumpulan rawatan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan adalah jelas dan tidak dapat
dinafikan lagi. Ia juga menunjukkan bahawa kaedah pengajaran koperatif menggunakan
model STAD adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu.

21

4.3.2. Adakah pencapaian murid perempuan lebih tinggi berbanding murid lelaki bagi
kumpulan rawatan dalam pembelajaran koperatif di kalangan murid Tahun Lima?
Bil Responden
(Kumpulan Rawatan) Jantina Ujian
Pra
( % ) Ujian
Pos
( % ) Markah
Peningkatan
Kumpulan 1
1. Responden 1 L 26 48 22
2. Responden 2 L 44 76 32
3. Responden 3 L 36 70 34
4. Responden 4 L 28 44 18
Kumpulan 2 1. Responden 5 L 58 78 20
2. Responden 7 L 30 52 22
3. Responden 10 L 46 62 24
4. Responden 11 L 58 76 18
Kumpulan 3 1. Responden 13 L 48 60 12
2. Responden 14 L 64 78 14
3. Responden 17 L 62 80 18
4. Responden 18 L 56 68 12
Purata Markah ( Min ) 46.3 66.0 20.5

22

Jadual 4.9 : Analisis Pencapaian Murid Lelaki Dalam Kumpulan Rawatan


Bil Responden
(Kumpulan Rawatan) Jantina Ujian Pra
( %) Ujian Pos
( % ) Markah
Peningkatan
Kumpulan 4 1. Responden 20 P 36 58 22
2. Responden 21 P 64 80 16
3. Responden 22 P 22 46 22
4. Responden 23 P 62 82 20
Purata Markah ( Min ) 46.0 66.5 20.0

Jadual 4.10 : Analisis Pencapaian Murid Perempuan Dalam Kumpulan Rawatan.


Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
A 80-100 0 1
B 60-79 2 8
C 40-59 6 3
D 20-39 4 -

Jadual 4.11 : Analisis pencapaian murid lelaki dalam kumpulan kawalan mengikut gred
Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
A 80-100 0 2
B 60-79 2 0
C 40-59 0 2
D 20-39 2 -

23

Jadual 4.12 : Analisis pencapian murid perempuan dalam kumpulan kawalan megikut gred
Analisis pencapaian kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan murid lelaki dan murid perempuan
yang memaparkan bahawa terdapat beberapa peningkatan yang ketara di antara respondenresponden tersebut. Di dalam ujian pra tidak terdapat responden lelaki dan tidak seorang pun
responden perempuan mendapat A. Gred B dua responden perempuan. Dua lelaki yang
mendapat gred B. Gred C enam orang responden lelaki, manakala tidak ada responden
perempuan mendapat gred C. Empat orang responden lelaki mendapat gred D , manakala dua
responden perempuan mendapat D.
Jika dibandingkan dengan ujian pos , seorang responden mendapat gred A bagi responden
lelaki manakala dua orang responden perempuan mendapat gred A. Lapan orang responden
lelaki telah mendapat markah B dan tidak ada seorangpun perempuan yang mendapat markah
B. Sementara tiga orang responden lelaki telah mendapat C dan dua perempuan yang
mendapat C. Tidak ada lagi responden lelaki dan perempuan yang mendapat D. Ini
menunjukkan terdapat sedikit perbezaan di antara responden lelaki dan responden perempuan
dari segi pencapaian. Jelaslah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif berkesan dalam
meningkatkan pencapaian murid terhadap kemahiran membina ayat tanya dalam bahasa
Melayu Tahun Lima.
Rajah 4.6: Perbezaan Min Pencapaian Murid Lelaki Berbanding Murid Perempuan Dalam
Kumpulan Rawatan
Ini membuktikan bahawa min pencapian murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan
adalah hampir sama. Ini berdasarkan min markah murid lelaki dalam kumpulan rawatan
adalah 20.5.Ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan markah yang tinggi dan patut
diteruskan kaedah ini. Manakala min markah bagi murid perempuan dalam kumpulan rawatan
adalah 20.
Perbezaan min markah yang diperoleh oleh murid perempuan dalam kumpulan rawatan juga
menunjukkan peningkatan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara
dari segi pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan dengan perbezaan min
sebanyak 0.5. Terbuktilah bahawa murid lelaki dan perempuan dapat menerima pengajaran
secara koperatif dan mereka menunjukkan pencapaian yang tinggi di dalam ujian pos.
4.3.3 Adakah pendekatan koperatif berjaya menarik minat murid tahun lima terhadap Bahasa
Melayu penulisan Bahagian A?
Bil Pernyataan Ya Tidak
1 Saya sangat meminati Bahasa Melayu. 29 1
2 Adakah anda selalu bertanya rakan semasa belajar?. 26 4
3 Saya berasa bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara berkumpulan. 26 4
4 Saya amat meminati belajar secara berkumpulan. 23 7
5 Saya dapati cara berkumpulan yang digunakan oleh guru dapat meningkatkan penguasaan
penulisan. 27 3
24

6 Saya memberi sepenuh tumpuan ketika guru mengajar. 18 12


7 Saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan saya menguasai kemahiran
menulis. 10 20
8. Guru selalu membantu saya apa yang tidak saya faham 21 9
9 Anda sentiasa menyiapkan tugasan secara kumpulan? 30 0
10 Saya dapat menulis dengan baik setelah mengikuti cara yang digunakan oleh guru. 24 6

Jadual 4.13 : Analisis soal selidik persepsi murid terhadap pendekatan koperatif
Berdasarkan analisis data soalan kaji selidik iaitu saya sangat meminati Bahasa Melayu,
seramai 29 (97.66%) sangat bersetuju mengatakan bahawa mereka sangat meminati mata
pelajaran Bahasa Melayu. Seorang pelajar (3.33%) pula menyatakan bahawa mereka tidak
bersetuju.
Bagi item nombor 2 iaitu saya meminati Bahasa Melayu sejak tahun 1 menunjukkan
perbezaan yang agak ketara walaupun bagi skala tidak setuju dan setuju.Namun begitu,
bilangan pelajar yang memilih setuju bilangannya agak berkurangan. Seramai 26 (86.66%)
pelajar memilih setuju dan seramai 4 (13.33%) pelajar pula memilih tidak setuju.
Jika dilihat pada item ke 3 iaitu saya sangat bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara
berkumpulan, didapati seramai 26(86.66%) pelajar memilih bersetuju. Bagi tidak setuju pula,
bilangan pelajar yang memilih ialah seramai 4 orang ataupun 13.34 %.
Berdasarkan item nombor 4 iaitu saya amat meminati cara yang digunakan oleh guru. Bagi
skala bersetuju, seramai 23 orang pelajar atau 79.99% telah memilih bersetuju. Bilangan
pelajar yang memilih skala tidak setuju adalah seramai 7 orang pelajar iaitu mewakili 20.01%
sahaja.
Item nombor 5 iaitu saya dapati cara yang digunakan oleh guru dapat meningkatkan
penguasaan penulisan, menunjukkan taburan skala yang dipilih oleh pelajar agak menyeluruh.
90% iaitu kira-kira 27 orang pelajar bersetuju manakala seramai 3 pelajar (10.00%) telah
menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.
Taburan skala bagi item nombor 6 iaitu saya memberi sepenuh tumpuan ketika guru
mengajar, menunjukkan adanya taburan yang agak sekata. Bagi setuju seramai 18 orang
pelajar atau 54% telah memilih bersetuju. Namun begitu bilangan pelajar yang memilih
kenyataan tidak bersetuju mencatat bilangan yang agak besar ia seramai 12 orang.
Bagi item no 7 iaitu saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan saya
menguasai kemahiran menulis, taburan skala responden tidak menentu, dimana 10 responden
telah memilih setuju dan 20 orang lagi memilih tidak bersetuju.

25

Berdasarkan item 8 iaitu guru selalu membantu saya memahami apa yang tidak saya faham,
didapati taburan skal pilihan responden agak sekata. Bagi skala setuju seramai 21 orang
pelajar ataupun 63% telah memilihnya. Sementara itu bilangan responden yang menyatakan
bahawa guru membantu mereka memahami apa yang tidak difahami adalah seramai 9 orang.
Bagi item 9 iaitu bahasa amat penting dalam kehidupan saya, taburan skala pilihan responden
adalah sekata iaitu semua pelajar memilih untuk bersetuju. Item terakhir iaitu item ke 10 iaitu
saya dapat menulis dengan lancar setelah mengikuti cara yang digunakan oleh guru,
menunjukkan taburan skala pilihan responden amat tidak sekata. Bagi skala tidak setuju 6
orang pelajar telah memilihnya iaitu 18%. Manakala selebihnya seramai 24 telah memilih
bersetuju mewakili 82%.
Rajah 4.7 :Minat murid terhadap pendekatan koperatif
Jadual 4.6 : Analisis soal-selidik persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
melalui pendekatan koperatif

BIL PERNYATAAN Setuju Tidak Setuju


01. Saya dapati menulis berkumpulan sangat menyeronokkan. 29
96.66 % 01
3.34 %
02. Saya lebih berminat belajar setiap topik dengan kaedah kumpulan mengikut kemampuan .
29
96.66 % 01
3.34 %
03. Saya dapati belajar penulisan berkumpulan lebih jelas dan mudah difahami. 30
100 % 00
0%
04. Saya mendapati belajar berkumpulan dapat memberi rangsangan kepada saya serta
memberi tumpuan yang lebih. 25
83.33 % 05
16.67 %
05. Saya dapati pembelajaran penulisan berkumpulan tidak membuang masa dan
meyeronokan. 28
93.33 % 02
26

6.67 %
06. Saya dapati alat bantu belajar dapat memberi motivasi untuk saya terus maju di dalam
Bahasa Melayu. 26
86.66 % 04
13.34 %

07. Saya dapati ransangan gambar yang disediakan dapat memudahkan saya belajar.
29
96.66 %
01
3.34 %
08. Penerangan yang disampaikan oleh guru mudah difahami. 29
96.66 % 01
3.34 %
09. Saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian dengan mudah. 27
90.00 % 03
10.00 %
10. Saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran
kendiri. 22
73.33 % 08
26.67 %
Jumlah Min 27.3 2.6

Rajah 4.8 : Analisa persepsi murid item 1: Saya dapati menulis berkumpulan sangat
menyeronokkan.
Berdasarkan analisis data soalan kaji selidik item 1 iaitu saya dapati menulis berkumpulan
sangat menyeronokan, seramai 29 (97.66%) bersetuju mengatakan bahawa mereka sangat
seronok ketika mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu. Seorang pelajar atau 3.33% pula

27

menyatakan bahawa mereka tidak pasti, manakala bagi tidak setuju, tiada pun pelajar yang
memilih skala berkenaan.
Rajah 4.9 : Analisa persepsi murid item 2 : Saya lebih berminat belajar setiap topik
menggunakan kaedah koperatif.
Bagi item nombor 2 iaitu saya lebih berminat belajar setiap topik menggunakan kaedah
koperatif. Iaitu kaedah berkumpulan mengikut kemampuan telah menampakkan jurang
perbezaan yang agak ketara walaupun bagi skala tidak setuju, pelajar yang memilihnya.
Bilangan pelajar yang memilih skala setuju adalah seramai 29 orang responden. Bagi skala
tak pasti pula, bilangan responden yang memilih pernyataan ini adalah seramai seorang dan
jika dilihat dari segi pecahan peratusan, ia cuma melibatkan 3.33 % sahaja.

Rajah 4.10 : Analisa persepsi murid item 3: Saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah
koperatif lebih jelas dan mudah difahami.
Jika dilihat pada item ke 3 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif
lebih jelas dan mudah difahami, kesemua responden bersetuju dengan pernyataan. Ini
bermakna ,pernyataan berkenaan telah dipersetujui oleh 30 orang responden berbanding
dengan pernyataan tak pasti dan tak setuju.

Rajah 4.11 : Analisa persepsi murid item 4 : Saya mendapati pembelajaran menggunakan
kaedah koperatif dapat memberi rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih.
Berdasarkan item ke 4 iaitu saya mendapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif
dapat memberi rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih, didapati taburan
skala yang dipilih oleh pelajar lebih kepada setuju iaitu seramai 25 orang (83.33%) manakala
pelajar yang memilih tak pasti seramai 5 (16.67%) orang sahaja .

Rajah 4.12 : Analisa persepsi murid item 5 : Saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah
koperatif tidak membuang masa dan dan menyeronokkan.
Item ke 5 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif tidak membuang
masa dan menyeronokan, taburan skala yang dipilih oleh responden agak menyeluruh. Bagi
skala setuju, didapati bilangan pelajar yang memilihnya adalah seramai 28 orang ataupun
93.33 % daripada keseluruhan pelajar. Seramai 2 orang responden (6.67%) telah memilih
skala tak pasti. Keadaan ini adalah lebih baik berbanding skala tidak bersetuju, dimana bagi
pernyataan tak setuju, tiada seorang pelajar pun yang memilihnya.
Rajah 4.13 : Analisa persepsi murid item 6: Saya dapati alat bantu belajar dapat memberi
motivasi untuk saya terus maju di dalam Bahasa Melayu.
Taburan skala bagi item ke-6 iaitu saya dapati alat bantu belajar dapat memberi motivasi
untuk saya terus maju di dalam Bahasa Melayu, menunjukkan adanya jurang perbezaan yang
agak besar diantara kenyataan bersetuju dan tak pasti. Bagi kenyataan setuju, seramai 26
responden telah memilih bersetuju dengan pernyataan berkenaan berbanding tak pasti yang

28

hanya ada 4 orang responden sahaja. Namun begitu,jurang perbezaan diantara keduanya telah
dapat dikecilkan berbanding item nombor 5.
Rajah 4.14 : Analisa persepsi murid item 7 : Saya dapati gambar rangsangan yang disediakan
memudahkan.
Item ke-7 iaitu saya dapati gambar ransangan yang disediakan memudahkan, rata-rata
responden telah bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Seramai 29 orangresponden
mengakui keberkesanan kaedah ini berbanding hanya seorang sahaja yang memilih kenyataan
tidak pasti.
Rajah 4.15 : Analisa persepsi murid item 8 : Penerangan yang disampaikan oleh guru mudah
difahami.
Berdasarkan item ke-8 iaitu penerangan yang disampaikan oleh guru mudah difahami,
didapati taburan skala pilihan responden menunjukkan jurang perbezaan yang masih ketara.
Kenyataan ini disokong dengan pilihan responden dimana seramai 29 daripada 30 orang telah
bersetuju dengan kenyataan ini. Hanya seorang pelajar yang memilih skala tak pasti. Bagi
skala tak setuju pula, tiada seorang pun yang telah memilihnya.
Rajah 4.16 : Analisa persepsi murid item 9: Saya dapat memahami setiap penerangan dan
penyampaian dengan mudah.
Bagi item ke-9 iaitu saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian dengan
mudah, rata-rata responden telah memilih bersetuju berbanding dengan skala lain. Bilangan
pelajar yang menyetujui pernyataan, saya dapat memahami setiap penerangan dan
penyampaian teks dengan mudah setelah menggunakan kaedah koperatif adalah seramai 27
orang berbanding tidak pasti yang hanya melibatkan 3 orang responden sahaja.

Rajah 4.17 : Analisa persepsi murid item 10 : saya dapati bahan bantu mengajar yang
digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri.
Item terakhir iaitu item ke-10 iaitu saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh
dijadikan panduan pembelajaran kendiri, menunjukkan taburan skala pilihan responden tetap
tidak berubah. Namun begitu, jurang perbezaan diantara skala setuju dan tidak pasti mula
mengecil. Bagi skala setuju, bilangan responden yang bersetuju dengan pernyataan saya
dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri
adalah seramai 22 orang ataupun 73.33 % daripada keseluruhan responden seramai 30 orang.
Penurunan bilangan responden yang bersetuju dengan pernyataan berkenaan telah
menyebabkan bilangan responden yang memilih skala tidak pasti telah meningkat dengan
ketara berbanding dengan pernyataan pada item pertama hingga ke 9. Didapati seramai 8
orang responden menyatakan bahawa mereka tidak pasti dengan pernyataan yang diberi.
4.3.3 Min persepsi murid terhadap pendekatan koperatif
Rajah 4.18: Min persepsi murid terhadap pendekatan koperatif.

29

Untuk analisa secara keseluruhan min persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif ini
mendapati bahawa 27.4 atau 91% bersetuju dan hanya 2.6 atau 9% tidak bersetuju. Ini
menunjukkan bahawa pendekatan koperatif ini sangat berkesan dan berguna dalam
menjayakan pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar tahun lima.
4.4 Rumusan
Bab ini telah melaporkan secara menyeluruh mengenai prestasi pelajar, keberkesanan
pembelajaran penulisan dengan menggunakan kaedah koperatif di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang.
Namun begitu pendapat pelajar tentang pengajaran dan pembelajaran serta beberapa
kelemahan yang dapat dikesan dalam proses pengajaran tidak diabaikan. Perbincangan yang
berterusan mengenai keputusan dan dapatan yang diperoleh dalam penyelidikan ini akan
diterangkan dalam bab 5.

BAB V
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan.
Ianya merangkumi ringkasan kajian, perbincangan tentang persepsi pelajar terhadap
penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif, pencapaian
pelajar hasil dari pembelajaran menggunakan keadah tersebut, implikasi kajian dan juga
saranan untuk kajian selanjutnya.
5.2 Rumusan Hasil Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang Terengganu. Seramai
30 orang murid tahun lima di sekolah tersebut telah dipilih untuk menjadi sampel kajian ini.
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif untuk pengajaran
Bahasa Melayu Penulisan Tahun Lima bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam
kalangan murid. Diharap kajian ini dapat memberi peluang serta keyakinan kepada murid
untuk membina pengalaman mereka bagi menyelesaikan masalah penulisan di sekolah
rendah. Dengan menggunakan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah
diharapkan murid dapat membuat keputusan secara bersama berdasarkan pengetahuan sedia
ada, pengalaman yang lepas dan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah, seterusnya
membolehkan mereka menyelesaikan masalah dengan lebih baik lagi. Besarlah harapan,
bahan ini akan digunakan sebaik mungkin dengan tujuan agar proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan sistematik.
Empat instrumen telah digunakan ketika menjayakan kajian ini, iaitu soal selidik tentang
persepsi murid terhadap Bahasa Melayu dan kaedah koperatif, soal selidik tentang
keberkesanan kaedah keperatif juga instrument ujian pra dan ujian pasca. Soal selidik
digunakan untuk mengkaji persepsi mereka terhadap penggunaaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah koperatif untuk Bahasa Melayu Tahun Lima. Ujian pra
dan ujian pasca pula digunakan untuk mengkaji pencapaian mereka sebelum dan selepas
rawatan dijalankan. Set soalan ujian pra dan pasca itu mengandungi beberapa aras kesukaran.
30

Sepanjang tempoh kajian, kaedah belajar berkumpulan telah digunakan oleh pengkaji semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ujian pra telah diberi sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk
mengesan sejauh mana pencapaian pelajar sewaktu menggunakan kaedah tradisional . Pada
peringkat seterusnya adalah memberi pelajar ujian pasca. Dapatan keputusan menunjukkan
prestasi pelajar semakin meningkat hasil dari proses pembelajaran menggunakan kaedah ini.
Persepsi murid juga didapati positif setelah mengunakan bahan bantu mengajar berkenaan
ketika proses pembelajaran dijalankan. Bahagian seterusnya akan melaporkan keputusan yang
diperolehi melalui analisis soal selidik dan keputusan yang diperolehi dalam ujian pra dan
ujian pasca.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Keberkesanan Pendekatan Koperatif Bagi Meningkatkan Kemahiran Menulis Dalam
Kalangan Murid Tahun Lima.
Jadual 4.2 menunjukkan keberkesanan kaedah terhadap semua pelajar kecuali pelajar P8, P27
dan P28, kesemua pelajar dalam kajian ini telah menunjukkan peningkatan prestasi mereka
dalam kadar yang berbeza-beza hasil dari proses pembelajaran. Keputusan ujian juga
menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam min ujian pra dan ujian pasca. Ini
menunjukkan hipotesis null, Ho ditolak dan hipotesis alternatif, Ha diterima.
Keputusan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dalam prestasi pelajar
selepas mereka mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah koperatif. Dapatan ini adalah
selari dengan dapatan beberapa ujian contohnya sepertimana yang di jalankan oleh Toh(1994)
dan Sabrina Bakar(1996) ada perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan antara
pelajar-pelajar yang telah didedahkan kepada berbagai mod pengajaran yang berbeza. Kajian
mereka juga mendapati bahawa mod pengajaran yang dikendalikan dengan mod pengajaran
yang menggunakan kaedah koperatif sebagai yang paling berkesan.
Min skor ujian pra ialah 63.33 dan min skor ujian pasca ialah 78.20. Peningkatan ini adalah
besar. Salah satu sebab peningkatan yang besar adalah kerana murid-murid yang terlibat
dalam kajian ini menunjukkan minat yang tinggi setelah bahan bacaan yang disediakan dapat
menarik perhatian mereka biarpun murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada
pelajar pelbagai kebolehan . Adalah dipercayai jika keadah ini digunakan oleh murid yang
pintar, dijangkakan peningkatan prestasi adalah lebih tinggi lagi. Peningkatan prestasi murid
yang kurang memberangsangkan juga mungkin disebabkan masa pengajaran yang singkat.
Perkara ini adalah berkaitan dengan waktu pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Sebenarnya, ujian ini telah diberikan selepas perperiksaan akhir tahun dimana mood murid
untuk belajar menurun. Adalah dijangka sekiranya kaedah ini dilaksanakan secara berterusan
prestasi murid akan bertambah baik lagi apabila mereka dapat menghayati dan menguasai
kemahiran.
Berdasarkan jadual 4.2 terdapat beberapa orang murid yang prestasinya berubah sedikit dalam
ujian pasca. Perkara ini mungkin berkaitan dengan sikap murid yang kurang kesungguhan
untuk membaiki kelemahan mereka. Kesilapan menyebut perkataan mengikut suku kata telah
menyebabkan perkataan yang diberi tidak dapat dijawab dengan tepat. Dalam beberapa kajian
didapati pelajar kembali semula kepada miskonsepsi yang asal buat beberapa lama kerana
pengajaran baru tidak memberi kesan kepada perubahan konsep.
31

5.3.2 Keberkesanan Pendekatan Koperatif Dalam meningkatkan Minat Murid Dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan.
Persepsi pelajar terhadap pengajaran Bahasa Melayu dapat dirumuskan kepada dua tema iaitu
minat murid terhadap Bahasa Melayu dan penerimaan murid dalam pembelajaran Bahasa
Melayu penulisan oleh guru mereka. Berdasarkan jadual 4.5.1 minat terhadap Bahasa Melayu
dikesan melalui item pertama iaitu saya sangat meminati Bahasa Melayu dan item ke-2 iaitu
saya meminati Bahasa Melayu sejak tahun 1. Peratusan yang memberi reaksi sangat setuju
ialah 29(97.66%,) dan 26 ( 86.66% ) berbanding tidak pasti ialah 1 ( 3.33 %,) dan 4 (13.34 %
) . Ini menunjukkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu amat tinggi sekali.
Melalui item ke-3 iaitu saya berasa bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara
berkumpulan dan item ke-7 iaitu saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan
saya menguasai kemahiran membaca membuktikan pendekatan kaedah koperatif semasa
rawatan amat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca. Ini di perkukuhkan lagi
dengan peratusan yang diberikan iaitu 86.66% dan 76.66% untuk reaksi setuju.
Melalui item ke-10 iaitu saya dapat membaca dengan lancar setelah mengikuti cara yang
digunakan oleh guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru mereka
amat berkesan. Peratusan yang memberi reaksi setuju ialah 25(83.33 % ) berbanding tidak
setuju ialah 16.67%.(5). Bagi meningkatkan prestasi murid, diharapkan pada masa akan
datang, guru-guru lebih kerap mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk mengatasi
miskonsep terutamanya bagi perkataan-perkataan yang sukar seperti perkataan yang
mengandungi lebih daripada tiga patah perkataan di dalam satu-satu ayat.
5.3.3 Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Pendekatan Koperatif Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran .
Persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif
berwarna dapat dirumuskan kepada dua iaitu penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pendekatan koperatif bagi meningkatkan prestasi dan juga
tafsiran mereka terhadap penggunaan kaedah ini berkenaan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Antaranya ialah persepsi mereka terhadap pembelajaran berbantukan kawankawan dalam mempertingkatkan minat dan motivasi untuk belajar, peranannya sebagai
motovasi belajar dan mengajar yang berkesan, juga sebagai satu alat yang membantu
membantu meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran terutama kemahiran
menulis.
Keputusan ini adalah selari dengan dapatan kajian lain. Abdul Rahman Abdul Rashid(1995)
bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan
dalam kelas adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebihlabih lagi untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Melayu. Pendapat ini disokong dengan
satu pendapat lain yang menyatakan bahawa motivasi dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang sesuai merupakan faktor awal dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam
membaca dan menulis.
Untuk itu,seharusnya ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
terutamanya ketika menjalankan P&P terhadap murid-murid tahun lima yang penguasaan
membaca dan menulisnya masih lemah.Taksiran murid terhadap keupayaan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan rakan sebaya membantu pembelajaran Bahasa Melayu dapat
32

dikesan melalui item ke- 4 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kawan-kawan di
sekeliling dapat member rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih dan item
ke-7.
Keputusan ini menunjukkan bahawa murid percaya kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan koperatif berjaya membantu mereka meningkatkan prestasi
penulisan dalam Bahasa Melayu Bahagian A di samping membantu mereka menguasai
berbagai kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Toh(1994) dan Sabrina
Bakar(1996) ada perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan antara murid-murid yang
telah didedahakan kepada berbagai mod pengajaran yang berbeza. Kajian mereka juga
mendapati bahawa mod pengajaran yang dikendalikan dengan mod pengajaran yang
menggunakan pendekatan ini sebagai yang paling berkesan.
Seterusnya tafsiran murid terhadap pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan kaedah kaedah koperatif ditunjukkan dalam reaksi mereka dalam item ke-8
penerangan yang disampaikan oleh guru mudah difahami, item ke-9 saya dapat memahami
setiap penerangan dan penyampaian teks lebih mudah, item ke-10 saya dapat bahan bantu
mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri.
Berdasarkan nilai peratusan dalam item-item tersebut bolehlah dirumuskan bahawa mereka
percaya keberkesanan penggunaan kaedah dengan cara yang paling berkesan. Namun begitu,
mereka mahukan kepelbagaian dalam pelaksanaannya ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Murid juga memerlukan masa untuk memahirkan diri dengan
kaedah ini. Keputusan ini menunjukan bahawa penggunaan kaedah koperatif seharus
diamalkan oleh guru secara berterusan supaya murid biasa dengannya serta dapat
meningkatkan keberkesanannya kerana sesuatu kemahiran memerlukan masa yang panjang
untuk dikuasai oleh murid.
5.4 Implikasi Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan prestasi murid bertambah positif selepas mengikuti
pembelajaran menggunakan kaedah koperatif. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti
gambar-gambar ransangan juga telah berjaya meningkatkan minat serta motivasi murid untuk
mempelajari Bahasa Melayu terutama bacaan dan penulisan. Rakan sebaya juga didapati
memainkan peranan yang besar dalam menjayakan proses pembelajaran menggunakan kaedah
koperatif sebegini. Antara implikasi kajian terhadap pendidikan Bahasa Melayu ialah :
5.4.1 Implikasi Terhadap Murid
Alternatif terbaik yang dapat dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan bacaan murid adalah dengan
menggunakan BBM . Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju menyatakan
keseronokan belajar setelah menggunakan ransangan gambar. Pelajar didapati dapat membina
ayat sendiri berpandukan gambar yang diberi. Keadaan ini jelas menggambarkan tentang
kesediaan pelajar untuk menerima pembelajaran berbantukan kaedah koperatif sebagai salah
satu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu.

33

5.4.2 Implikasi Terhadap Guru


Guru-guru Bahasa Melayu juga perlu lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas agar murid lebih seronok dan
bersedia agar pencapaian responden dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Justeru itu,
kepelbagaian strategi pengajaran amat digalakan agar penyampaian isi kandungan pengajaran
secara langsung dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan seterusnya sukatan pelajaran
dapat dihabiskan dengan mengambil kira tahap kefahaman murid dan juga tumpuan kepada
latih tubi secara individu dan kumpulan. Disamping itu juga, guru perlu lebih kerap
menggunakan bahan bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
cara tersebut telah menunjukkan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan
pencapaian murid. Guru juga perlu tahu menggunakan dan mengaplikasikan persekitaran
murid untuk menambahkan keyakinan murid terhadap proses pengajaran.
5.4.3 Implikasi Terhadap Pentadbiran Sekolah
Sokongan pihak pentadbiran sekolah amat penting dalam merielisasikan kejayaan kaedah ini.
Bagi memastikan kejayaan murid menguasai kemahiran membaca, pihak pentadbiran sekolah
memainkan peranan yang cukup penting. Cara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan
memberi pendedahan mengenai pembelajaran koperatif ini dengan lebih meluas kepada
semua guru tidak kira sama ada secara formal atau pun tidak.
Selain itu juga, pengajaran dan pembelajaran sebegini seharusnya diterapkan dalam kursus
dalaman yang dijalankan oleh sekolah. Usaha ini tidak akan berjalan dengan lancar
seandainya tiada usaha berterusan dilaksanakan di peringkat atasan. Lantaran itu, kaedah
pembelajaran koperatif juga perlu dipraktikkan seawal tahun pertama mengajar bagi
membiasakan guru mendapat pengalaman, teknik pengajaran serta pembelajaran yang lebih
berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh pihak pentadbiran perlu berterusan agar masalah yang
terbeban dibahu para pendidik dapat diatasi. Galakan yang berterusan dari pihak pentadbir
untuk guru yang menggunakan kaedah ini semasa P&P dijalankan, terutamanya bila mengajar
murid tahap satu boleh menyumbang impak yang besar terhadap dunia pendidikan.
Penggunaan pendekatan dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
pelajar secara berkesinambungan dan berterusan sudah semestinya dapat meningkatkan
pencapaian murid dari masa ke semasa. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokan serta dapat meningkatkan kemahiran menulis dikalangan murid, satu garis
panduan sama ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru perlu disediakan oleh
pihak pentadbiran agar masalah membaca dapat dikurangkan. Apa yang perlu diperhatikan
adalah konsep dan perlaksanaan kaedah pembelajaran koperatif amat berbeza jika
dibandingkan dengan kaedah pengajaran secara tradisional yang tidak berstruktur.
Bagi memastikan masalah buta huruf dikalangan pelajar terhapus, satu modul pembelajaran
yang baik perlulah disediakan dengan segera bagi menghasilkan penulisan yang baik lengkap
yang pada masa sekarang yang masih menggunakan kaedah lama iaitu `talk n chalk` sahaja
dimana ayat-ayat ditulis dengan cara lama dan amat membebankan pelajar terutamanya
terhadap murid yang mempunyai masalah membaca dan menulis.

34

5.5 Cadangan Kajian


Berdasarkan pengalaman mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan
kaedah koperatif dengan pelajar selama enam minggu, beberapa kajian lanjutan perlu
dijalankan bagi meningkatkan prestasi murid. Antaranya cadangan kajian adalah:
5.5.1 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif ini di dalam penulisan
sepatutnya dimulakan seawal pelajar di tahun 1 lagi.
Masa kajian yang diperuntukan selama enam minggu adalah terlalu singkat jika dibandingkan
dengan hasil yang diharapkan oleh pengkaji kerana dalam tempoh yang begitu singkat telah
menyebabkan peningkatan prestasi murid tidak begitu memberangsangkan. Kajian lebih
mendalam, diharap dapat dilaksanakan di masa depan terutamanya ketika pengajaran dan
pembelajaran penulisan berbantukan kaedah koperatif dilaksanakan oleh pengkaji.
Selain itu juga, kajian ini perlu dijalankan lebih awal iaitu sebelum peperiksaan akhir tahun
agar semangat murid untuk belajar masih tinggi. Guru juga seharusnya menmanfaatkan
kemajuan bidang sain dan teknologi agar bahan bacaan yang bermutu seperti menghasilkan
bahan bacaan menggunakan perisian komputer dan teknologi terkini dapat dilaksanakan
sendiri. Dalam usaha memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran penulisan, perisian
yang lebih bermuta amat diperlukan oleh pendidik bagi memastikan perlaksanaan pengajaran
dan pebelajaran berjalan dengan lancar selaras dengan peningkatan prestasi pelajar. Oleh itu,
adalah menjadi harapan warga pendidik agar Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta
Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan dapat menyediakan
perisian ini. Kerjasama kerajaan negeri Terengganu dengan membekalkan e-book kepada
pelajar ternyata berjaya membuka minda pelajar tahun lima kepada teknologi maklumat.
5.5.2 Kajian Dalam Kumpulan Sasaran Yang Lain
Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang murid sekolah rendah sahaja. Untuk mengetahui
keberkesanannya kaedah pembelajaran dan pengajaran koperatif di dalam penulisan dengan
lebih mendalam, kajian seharusnya dilakukan pada bilangan murid yang lebih ramai.
Seterusnya kajian juga boleh dilakukan untuk mencari perbandingan keberkesanan kaedah ini
dari aspek demografi seperti perbandingan antara kawasan bandar dan luar bandar, jantina,
taraf sosio ekonomi dan sebagainya. Di samping itu kajian boleh dilakukan pada perkataan
lain agar keberkesanannya dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan
perkataan-perkataan yang lebih mencabar dapat ditentukan.
5.5.3 Pendekatan Kajian
Kajian ini berkenaan satu kumpulan eksperimen yang diberi ujian pra dan ujian pasca.
Melalui pendekatan ini keberkesanan kaedah ini dapat ditentukan dengan lebih baik lagi.
Adalah dicadangkan supaya reka bentuk eksperimental yang melibatkan kumpulan kawalan
dan kumpulan rawatan dijalankan. Seterusnya kajian ini dilakukan dalam bentuk tinjauan
secara kuantitatif. Melalui pemerhatian ke atas aktiviti pembelajaran pola interaksi yang
berlaku boleh dianalisis untuk mengetahui apakah yang sebenarnya proses-proses yang
terlibat yang menyebabkan peningkatan prestasi murid. Untuk memahami proses
pembelajaran dengan lebih mendalam satu kajian berbentuk kualitatif harus dilakukan.
Melalui pendekatan ini justifikasi terhadap kekuatan dan kelemahan kaedah ini boleh dibuat

35

dengan lebih baik lagi. Selain itu, melalui temubual perasaan murid dan apa yang mereka
fikirkan boleh diketahui dengan lebih mendalam.
5.5.4 Memantau Prestasi Murid
Dapatan kajian menunjukkan terdapat murid yang tidak berubah prestasinya dalam ujian
pasca. Satu kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti punca masalah ini. Muhamad
Kasim(2003) masalah ini ada kemungkinan juga disebabkan murid tersebut tidak dapat
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran penulisan dengan menggunakan kaedah ini
kerana mereka menghadapi masalah kesihatan seperti rabun warna, rabun dekat, rabun jauh
atau mungkin mereka beranggapan bahawa mempelajari penulisan adalah tugas yang
membebankan. Walau bagaimanapun, persoalan sama ada perkara ini juga berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran harus ditentukan melalui satu kajian khas yang lain.
5.5.5 Ibu bapa
Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa anak-anak yang kurang cemerlang dalam aktiviti
menulis seharusnya memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih daripada mereka
berbanding dengan anak-anak mereka yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Dalam
hal ini ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran anak-anak
mereka di rumah. Antara cadangan yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa ketika mengajar
anak-anak mereka menulis ialah melalui:
a) Ibu bapa perlulah sentiasa berhubung serta mendapatkan kerjasama dari pihak sekolah dan
juga guru Bahasa Melayu untuk mengetahui pencapaian anak-anak mereka supaya amalam
pengajaran yang digunapakai oleh guru dapat dijalankan di rumah sendiri tanpa wujudnya
masalah yang rumit.
b) Bagi memastikan kemahiran menulis bertambah baik, ibu bapa disarankan agar
bekerjasama dengan guru untuk mengajar anak mereka ketika berada di rumah. Latih tubi
menulis pekataan dan ayat mudah secara berterusan akan mengukuhkan lagi ingatan anakanak mereka dan seterusnya dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran menulis.
c) Bahan tulisan yang sesuai juga boleh diberikan kepada responden yang bermasalah agar
minat anak-anak kecil untuk menguasai kemahiran menulis terus meningkat. Galakkan yang
berterusan secara tidak langsung akan memberi kepada rangsangan anak-anak untuk terus
berusaha menguasai kemahiran menulis.
5.6 Rumusan
Proses penulisan adalah satu proses yang berterusan dan berkesinambungan daripada bacaan.
Dalam membantu mencipta satu teknik serta kaedah pengajaran penulisan yang lebih
berkesan dan afektif, guru memainkan peranan yang penting. Pelbagai cara boleh digunakan
oleh guru bagi meningkatkan pemahaman murid seperti menggunakan kaedah latih tubi,
tutorial juga permainan bahasa. Kebijaksanaan guru menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran dapat membantu pelajar memahami konsep dengan lebih baik jika dibandingkan
kaedah tradisional yang banyak menghafal berbanding faham konsep. Di sini kerjasama dan
pertimbangan yang sewajarnya daripada ibubapa dan masyarakat juga perlu.

36

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, kaedah pembelajaran penulisan menggunakan
kaedah koperatif memang dapat meningkatkan lagi prestasi dan minat murid terhadap Bahasa
Melayu. Kaedah pengajaran ini dapat menjana idea murid secara kumpulan mahu pun
individu. Oleh itu kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran penulisan yang sesuai amat
perlu diaplikasikan dengan betul dan berterusan. Perkembangan pengajaran menggunakan
kaedah koperatif adalah cepat serta dapat meningkatkan minat murid. Selain itu,
penggunaannnya yang berterusan akan memberikan keyakinan kepada guru dalam
menyampaikan pengajaran dan secara tidak langsung serta menggalakkan para guru mencipta
sendiri bahan bantu mengajar sebagai sumber utama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal ini, guru perlulah bertindak sebagai fasilitator bagi memantau perkembangan
murid. Bahan Bantu Mengajar yang mencukupi akan menyebabkan murid menjadi aktif dan
seterusnya meningkatkan input. Dalam hal ini, guru harus menyedari bahawa kefahaman
sesuatu konsep Bahasa Melayu boleh disemai dikalangan murid-murid lemah sekiranya
kaedah yang digunakan bersesuaian dan dapat menarik minat mereka. Lantaran itu, guru
perlulah memperbanyakkan lagi bahan rujukan demi meningkatkan keberkesanan kaedah ini
berbanding dengan kaedah tradisional .
Disamping juga, guru haruslah mempertingkatkan kemahiran dan mempelbagaikan kaedah
pengajaran bagi mengatasi masalah murid yang merasa bosan serta dapat menarik minat
murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam menangani masalah
membaca di kalangan murid. Selain itu juga, penggunaan kad kad perkataan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran menjadikan guru lebih bersedia untuk memulakan tugas mereka.
Oleh itu, sebagai seorang guru yang berdedikasi, kita perlulah bijak memilih kaedah yang
sesuai dengan murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan serta
dapar melahirkan insan yang seimbang yang selalu mahu berusaha mengatasi sebarang
cabaran yang mendatang dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar.

37