Anda di halaman 1dari 4

6.

CARA PENGUMPULAN DATA

6.1

PENGENALAN

Perancangan bagi cara mengumpul data dilakukan bagi mendapatkan maklumat


daripada hasil tindakan yang dilakukan. Maklumat ini diperoleh dengan beberapa
alat kajian bagi memastikan sesuatu maklumat yang diperoleh adalah sahih. Cara
pengumpulan data ini terdiri daripada pengumpulan data sebelum, semasa, dan
selepas intervensi yang dijalankan terhadap tiga orang responden ini mengenai
masalah kesukaran menguasai kemahiran menukarkan ayat matematik kepada bentuk
lazim. Setiap instrumen pengumpulan data yang dilakukan akan dikaitkan dan
bertujuan bagi menyelesaikan persoalan kajian dan objektif kajian yang telah
ditetapkan. Antara cara bagi pengumpulan data-data tersebut adalah seperti berikut:

6.1

PEMERHATIAN

Pemerhatian digunakan untuk merekod beberapa kemahiran kecil yang terlibat dalam
kemahiran asas menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim yang perlu
dikuasai responden dalam kajian yang dijalankan. Pengkaji telah menjalankan
pemerhatian secara berstruktur dengan menggunakan borang senarai semak untuk
49

memudahkan pengkaji merekod maklumat yang dikehendaki. (Rujuk Lampiran C).


Pada borang senarai semak tersebut, pengkaji menggunakan ukuran dalam skala
Gutman iaitu melibatkan skala ya atau tidak. Tujuan skala ini digunakan dalam
borang senarai semak adalah untuk memberi respon yang lebih tegas mengenai
masalah yang dikaji (Dr. Rosinah, 2012).

Antara kemahiran yang diperhatikan adalah seperti kemahiran mengenal


nombor, kemahiran mengenal nilai tempat, kemahiran menukarkan ayat matematik
kepada bentuk lazim secara bertulis, kemahiran menyusun nombor dalam bentuk
lazim mengikut nilai tempat, kemahiran mengira nombor melibatkan operasi tambah,
dan kemahiran menulis simbol tambah betul pada tempatnya.

Proses pemerhatian ini dijalankan selepas intervensi telah dijalankan iaitu


semasa responden membuat latihan pada papan putih. Pengkaji akan merekod pada
borang senarai semak selepas tiap-tiap responden tampil ke papan putih untuk
membuat latihan yang diberi. Tujuan pemerhatian ini dijalankan adalah untuk
melihat peningkatan kemahiran-kemahiran asas yang dikuasai oleh responden dalam
menguasai kemahiran menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim.

6.2

TEMU BUAL
50

Melalui alat kajian temu bual pula, pengkaji telah menjalankan temu bual selepas
intervensi dijalankan. Soalan yang digunakan untuk temu bual ini adalah sama
dengan soalan yang digunakan untuk temu bual sebelum intervensi dijalankan.
Soalan pertama mengenai penguasaan responden terhadap kemahiran yang dikaji dan
soalan kedua mengenai keberkesanan PRUNIT dalam mengatasi masalah yang
dikaji. Tujuan temu bual ini dijalankan adalah untuk mengetahui sama ada wujud
atau tidak masalah yang dikaji serta keberkesanan PRUNIT dalam mengatasi
masalah yang dikaji. Data temu bual ini hanyalah sokongan kepada hasil data-data
yang lain.

6.3

PENELITIAN DOKUMEN

Melalui alat kajian penelitian dokumen, pengkaji telah membuat penelitian terhadap
latihan pada buku tulis dan latihan pada lembaran kerja. Latihan-latihan tersebut
dilabelkan sebagai set soalan. Penelitian dokumen ini telah dibuat semasa intervensi
dijalankan. Semasa intervensi dijalankan, penelitian dokumen telah dijalankan pada
lima set soalan. Tujuan penelitian dokumen ini dibuat adalah untuk melihat
peningkatan kemahiran yang dikuasai responden hasil intervensi dijalankan.

6.4

UJIAN
51

Alat kajian yang terakhir yang digunakan adalah ujian. Ujian dijalankan selepas
intervensi dilaksanakan. Ujian ini menggunkan soalan-soalan yang sama dengan
ujian sebelum intervensi iaitu sebanyak lima soalan. Tujuan ujian selepas intervensi
dijalankan adalah untuk melihat peningkatan kemahiran yang dikuasai responden dan
untuk mengetahui keberkesanan penggunaan PRUNIT dalam intervensi yang
dijalankan.

6.5

RUMUSAN

Keempat-empat cara pengumpulan data sangat penting dalam mendapatkan data


secara sistematik dan ini dapat memudahkan pengkaji mendapatkan data bagi
membuat analisis di mana analisis yang dibuat dapat membuktikan objektif yang
dibina disokong ataupun tidak.

52

Anda mungkin juga menyukai