Anda di halaman 1dari 10

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

SMK LEMBAH KERAMAT

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN

BAHAGIAN A
[ 30 markah ]

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiaptiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan yang
disediakan.
1.

Kita perlu mensyukuri nikmat kesihatan badan yang dikurniakan oleh ?


A. Ibu bapa
B. Tuhan
C Rakan
D. Guru

2.

Kebersihan fizikal bermaksud kebersihan dan kekemasan ________.


A. Mental
B. Kelas
C. Padang
D. Diri

3.

Perbuatan _________ adalah contoh perbuatan menjaga maruah diri yang digalakkan oleh agama.
A. Beradab sopan
B. Meninggi diri
C. Berlagak sombong
D. Menipu

4.

Stephanie rajin ________ pelajaran sebelum peperiksaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
A. Bercerita
B. Menyesuaikan
C. Mengulangkaji
D. Menyediakan
1

5.

Mereka yang mengamalkan nilai ______ sentiasa beradab sopan dan menggunakan bahasa yang sopan
dalam pergaulan mereka.
A. Kasih sayang
B. Rajin
C. Bertimbang rasa
D. Hemah tinggi

6. Leela dipulaukan oleh rakan-rakannya kerana menghidap penyakit HIV/AIDS. Apakah yang sepatutnya
dilakukan oleh rakan-rakan Leela?
I.
II.
III.
IV.

Mengejek dan mentertawakan Leela


Memberi sokongan moral kepada Leela
Menceritakan penyakit Leela kepada orang lain
Mengajak Leela bermain bersama-sama

A. I dan II
B. I,II dan IV
C. II dan IV
D. II,III dan IV
7.

Berikut merupakan kebaikan amalan jujur dalam kehidupan kecuali


A. Dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling
B. Dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah
C. Dapat membantu orang tua dengan ikhlas
D. Dipandang mulia oleh masyarakat

8.

Rakyat Malaysia yang baik hati telah _________ bantuan kewangan kepada mangsa Tsunami di Acheh.
A. Menghulurkan
B. Mengambil
C. Berkongsi
D. Menggunakan

9.

Kita hendaklah ______ di atas jasa dan pengorbanan bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman

Putra Al-Haj.
A. Bertimbang rasa
B. Mengenang budi
2

C. Berterima kasih
D. Berkongsi cerita
10.

Seorang bapa yang baik tidak akan ______ kasih sayang kepada anak-anaknya.
A. Memberikan
B. Membeza-bezakan
C. Menghulurkan
D. Memberitahu

11. Jessica berdepan masalah dengan rakan-rakan sekelasnya di sekolah. Tindakan yang boleh diambil oleh
Jessica ialah
I.
II.
III.
IV.

Meminta pendapat/pandangan ibunya


Berkongsi masalah tersebut dengan ayahnya
Menceritakan keburukan rakannya kepada guru
Memencilkan diri kerana kesedihan

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. II dan IV
12. Pilih cara-cara yang menunjukkan seseorang individu menyayangi keluarga mereka.
I.
II.
III.
IV.

Bersedia membantu ahli keluarga


Patuh nasihat ibu bapa
Tidak menghiraukan masalah yang dhadapi oleh ahli keluarga
Menghormati ahli keluarga

A. I,II dan III


B. II, III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
13. Pemimpin yang ______ sentiasa mengambil berat akan kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
A. Berfikiran terbuka
B. Jujur
C. Amanah
D. Prihatin
14. Kita boleh mengamalkan nilai semangat bermasyarakat dengan mengamalkan nilai-nilai murni dibawah
kecuali:
3

A. Memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah


B. Hidup bertolak ansur antara satu sama lain
C. Tidak mengambil tahu perihal jiran tetangga
D. Saling bantu-membantu
15. Antara berikut, yang manakah BUKAN masalah gejala sosial yang melanda negara kita?
A. Vandalisme
B. Meniru
C. Gengsterisme
D. Buli
16. Seseorang yang ingin bercuti ke luar negara hendaklah mempunyai ______ terlebih dahulu.
A. Sijil lahir
B. Kad pengenalan
C. Pasport antarabangsa
D. Lesen memandu
17. Antara perlakuan di bawah,yang manakah menunjukkan sikap pemimpin yang bertanggungjawab kepada
negara?
A. Mempertahankan rahsia negara dari pihak luar
B. Memberitahu maklumat sulit kepada negara lain
C. Mendedahkan rahsia negara kepada pihak luar
D. Memburuk-burukkan nama negara
18. Antara berikut, yang manakah kebaikan mengekalkan perpaduan kaum?
I.
II.
III.
IV.

Masyarakat mementingkan diri masing-masing


Dapat hidup aman dan damai
Mengelakkan ancaman luar
Keharmonian negara

A. I,II dan III


B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,II,III dan IV

19. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh perlakuan tidak adil terhadap wanita?
I

Keganasan rumah tangga terhadap wanita

II

Mengerah tenaga golongan wanita dalam pekerjaan

III

Tahap pendidikan dan peluang pekerjaan diberikan sama rata

IV

Wanita dieksploitasi dalam iklan

A I, II dan III

C I, III dan IV

B I, II dan IV

D II, III dan IV

20. Bilakah Hari Wanita Sedunia disambut?


A

8 Mac

C 10 April

10 November

D 11 Jun
Beliau ada kecacatan iaitu buta, pekak dan
bisu, namun mempunyai keistimewaan sebagai
seorang penulis dan suka menolong orang
kurang upaya.

21. Siapakah beliau yang dimaksudkan?


A Albert Einstein

C Helen Keller

B Walt Disney

D J.M. Aziz

22. Apakah hak yang perlu dititikberatkan oleh wanita yang bekerja?
A Hak mengundi dalam pilihan raya umum
B Hak bersuara apabila menjadi mangsa eksploitasi
C Hak mendapatkan layanan yang sama rata dalam masyarakat
D Hak melindungi keluarga apabila diancam
23. Apakah badan yang ditubuhkan untuk melindungi keselamatan dan meningkatkan kesejahteraan pekerja?
A PERWAJA

C KWSP

B SUHAKAM

D PERKESO

24. Antara berikut, yang manakah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan kurang upaya
dalam bidang pendidikan?
I Adanya skim pinjaman pendidikan sepanjang hayat
II Adanya latihan kemahiran untuk golongan yang mempunyai masalah pembelajaran
5

III Terbinanya sekolah khas untuk golongan yang cacat penglihatan dan cacat pendengaran
IV Adanya tempat yang mempunyai peralatan khas untuk bersukan
A I dan II

C III dan IV

B II dan III

D I dan IV

25. Apakah ciri-ciri seorang pengguna yang bijaksana?


I Memastikan tempat-tempat yang paling ramai dikunjungi pelanggan
II Tahu tentang faedah yang boleh didapati daripada barangan dan perkhidmatan yang
diperoleh
III Memilih dan membuat perbandingan sebelum merancang pembelian
IV Memerhati dan prihatin terhadap tarikh luput yang tercatat pada barangan
A I, II dan III

C I, III dan IV

B I, II dan IV

D II, III dan IV

26. Apakah jenis-jenis kesalahan yang biasa dilakukan di jalan raya?


I Mabuk ketika memandu
II Memotong di garisan berkembar
III Berlumba haram
IV Tiada lesen memandu
A I, II dan III

C I, III dan IV

B I, II dan IV

D Semua di atas

27. Apakah sikap penting yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
bangsa dan agama?
A Kesederhanaan
B Kepercayaan kepada Tuhan
C Keadilan
D Bertolak ansur
28. Apakah kelebihan individu yang berfikiran terbuka?
I Mempunyai kebebasan dalam semua perkara
II Mudah memperolehi rakan
6

III Mempunyai pemikiran yang matang


IV Disenangi oleh rakan sebaya
A I, II dan III

C I, III dan IV

B I, II dan IV

D II, III dan IV

29. Kemalangan jalan raya tidak akan berlaku seandainya


A pemandu memotong garisan berkembar
B pemandu tidak mabuk dan bersikap berhati-hati
C pemandu memandu melebihi had laju
D pemandu terlibat dengan perlumbaan haram
30. Apakah reaksi yang patut diberi kepada wanita zaman kini yang mampu melakukan pelbagai perkara
terutamanya kepada pembangunan negara?
A Mengiktiraf dan mengakui jasa mereka
B Masih melabelkan mereka sebagai golongan lemah
C Mengejek akan keupayaan yang mereka miliki
D Memperlekehkan usaha mereka tanpa pengetahuan mereka

BAHAGIAN B
[ 20 markah ]
Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
31. Berkecil hati apabila ibu membelikan baju untuk abang.

32. Memberi kasih sayang yang sama rata kepada anak tiri dan anak kandung.

33. Membiarkan adik menangis setelah dipukul oleh ibu.

34. Enggan menjaga nenek yang sudah tua kerana kuat berleter.

35. Sering memandang rendah terhadap kebolehan orang lain.

36. Sanggup berkorban terhadap keluarga dan saudara mara yang dalam kesusahan.

37. Menjawab soalan yang ditanya oleh ibu dengan suara yang kasar.

38. Sentiasa mendengar nasihat ibu dan bapa setiap masa.

39. Berterima kasih terhadap kawan yang telah memberikan pertolongan.

40. Mengajak kawan supaya ponteng kelas pendidikan moral.

BAHAGIAN C
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan dan tuliskan jawapan pada kertas jawapan yang disediakan.
41. Nyatakan tindakan yang wajar diambil berdasarkan situasi berikut :
a) Rakan anda cuba mempengaruhi anda supaya berbohong terhadap guru anda.
b) Ketika anda pergi ke kantin, anda telah menjumpai wang RM 10 di atas lantai.
c) Adik anda telah berbelanja secara berlebihan. Apakah tindakan anda ?

42. Nyatakan nilai bagi setiap situasi di bawah.


a) Alice selalu mengucapkan ungkapan sayang terhadap ibu dan bapanya sebelum tidur.
b) Suresh seorang anak yang baik dan dia tidak pernah menyinggung perasaan ibu dan bapanya.
c) Andrian tidak pernah menolak setiap kali kawannya meminta pertolongan.
d) Walapun ayah seorang yang sibuk, dia tidak pernah lupa untuk mendidik kami supaya menjadi insan yang
berguna.

43. Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan.


Pendapat
Keputusan
Nasihat
a) Setiap anggota keluarga perlu diberi peluang untuk menyatakan __________ .
b) Setiap anggota keluarga perlu membuat __________ bersama sama .
c) Ibu bapa perlu memberi __________ kepada anak anak jika mereka sering melakukan perkara yang
tidak elok .

44. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah WAJAR atau TIDAK WAJAR
a. Jasmin menjaga ibunya yang terlantar sakit di hospital.
b. Oleh sebab ibunya lumpuh, Peter telah menghantar ibunya ke rumah orang tua.
c. Walaupun Zulkifli mempunyai adik yang cacat pendengaran, dia tetap sayangkan
adiknya.
d. Shazwan mengirimkan wang gajinya ke kampung pada setiap bulan bagi
meringankan beban ibu bapanya.
e. Ahmad seorang pelajar yang pintar tetapi dia selalu merendahkan kebolehan
orang lain.

BAHAGIAN D
[ 20 markah ]
45. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan :

Golongan kurang upaya merupakan seseorang yang tidak berupaya mencapai


sepenuhnya keperluan biasa seperti individu normal akibat kekurangan keupayaan
fizikal dan mental.

a. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan 3 jenis golongan kurang upaya.

[ 3 markah ]

b. Bagaimanakah cara untuk menghormati hak golongan kurang upaya.

[ 2 markah ]

c. Bagaimanakah ciri-ciri seseorang yang kurang upaya penglihatan.

[ 2 markah ]

d. Nyatakan tiga punca kecacatan golongan kurang upaya.

[ 3 markah ]

46. Jawab soalan yang berikut.

a. Jika anda pekerja, nyatakan 3 hak anda sebagai pekerja.


b. Mengapakah keselamatan pekerja harus diambil berat oleh majikan.

[ 3 markah ]
[ 2 markah ]

c. Jika anda seorang majikan, bagaimana anda melayan pekerja anda.

[ 2 markah ]

d. Anda seorang majikan disebuah syarikat. Apakah tindakan anda terhadap

[ 3 markah ]

pekerja yang tidak mematuhi peraturan ?

10

Anda mungkin juga menyukai