Anda di halaman 1dari 4

INTERVENSI AWAL DALAM PENDIDIKAN KHAS

ASPEK-ASPEK DALAM KHIDMAT INTERVENSI AWAL


1.1

Definisi dan Konsep

Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi
dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah Bivi, 2002). Dunst (1996)
menyifatkan intervensi awalan sebagai to a range of services provided to children, parents and
families during pregnancy, infancy and/or early childhood.
Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk mengambil
langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan dan mengurangkan
keterukan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu
berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains
sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi program
pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang boleh diperolehi
oleh seseorang anak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk
mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi
lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan.
Program intervensi awalan juga dapat menyediakan sokongan kepada anak dan keluarga dalam
pencegahan kepada pertambahan masalah atau keterukan kecacatan yang dialami (Kaiser 2000).
Melalui program tersebut bantuan keluarga membuat penyesuaian ke atas anak mereka dapat
diberikan. Selain itu, Program Intervensi Awalan juga memberi latihan kemahiran kepada ibu
bapa mengikut keperluan anak untuk dikendali di rumah dan membantu keluarga mengenal pasti
khidmat sokongan tambahan yang bersesuaian seperti kaunseling, pembantu perubatan atau
peruntukan kewangan. Program Intervensi Awalan juga merupakan kaedah paling baik
mewujudkan kolaborasi antara ibu bapa dengan kumpulan pelbagai disiplin dan komuniti (Cook,
Tessier & Klein, 1992).
1.2

Kepentingan Intervensi Awal

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak
kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di
Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanakkanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990).
Mengapa?

Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak


berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.

Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan
masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanakkanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu
sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan khas (Lerner,
2003).

Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.


Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa

isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk
dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa.

Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi
awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada
peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan
pendidikan khas mungkin berkurangan.
Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan
meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang
sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan
mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan
untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan
perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
1.3

Bentuk intervensi awal yang sesuai

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas
bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.
Terdapat tiga bentuk intervensi awal iaitu;
a) Berasaskan pusat
Kanak-kanak yang menerima perkhidmatan intervensi awal berasaskan pusat mungkin
melaksanakan intervensi di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Intervensi awal yang
dilaksanakan di dalam bilik darjah memerlukan satu kaedah yang direka khas mengikut
keperluan atau ketidakupayaan kanak-kanak. Aktiviti yang sering disediakan dalam konteks bilik
darjah adalah seperti terapi cara kerja, terapi fisio, aktiviti bermain, simulasi dan interaksi tidak
formal antara kanak-kanak dan dewasa. Aktiviti berbentuk interkasi yang banyak dapat
membantu kanak-kanak dari aspek sosialisasi, tingkah laku dan komunikasi.
Pelbagai pusat samada dari agensi kerajaan atau agensi swasta ada menyediakan perkhidmatan
intevensi awal kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Program intervensi awal yang
disediakan kebanyakan mengikut kategori ketidakupayaan murid. Perkhidmatan intervensi awal
di pusat dilakukan oleh kakitangan yang terlatih. Namun begitu, penglibatan ibu bapa adalah
sangat digalakkan untuk menyokong program intervensi awal yang dilaksanakan. Penglibatan
ibu bapa dalam program intervensi awal di pusat memperlihatkan kewujudan konsep kolaborasi.
b) Berasaskan hospital
Selain daripada pusat, pihak hospital juga ada menyediakan perkhidmatan intervensi awal. Jenisjenis intervensi yang terdapat di hospital adalah terapi fisio, terapi cara kerja, terapi pertuturan.
Intervensi awal yang dilaksana di hopsital dikendalikan oleh ahli-ahli terapi yang terlatih.
c)

Berasaskan rumah

Bagi sesetengah kes, kanak-kanak disediakan khidmat intervensi awal berasaskan rumah.
Keadaan ini khusus kepada kes kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua tahun dan
mempunyai kecacatan fizikal atau ketidakupayaan pelbagai. Program berasaskan rumah dapat
menyediakan peluang kepada kanak-kanak bersama-sama dengan ahli keluarga dan komuniti
setempat perkhidmatan dalam persekitaran utamanya iaitu rumah. Situasi tersebut menjadi fokus
kekuatan dan keutamaan kepada ibu bapa dan komuniti sebagai penyedia perkhidmatan utama.
Kebanyakan perkhidmatan intervensi berasaskan rumah menekankan kepada lawatan kakitangan
profesional untuk memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa cara terbaik mengikut keperluan anak.
Tambahan lagi, program intervensi berasaskan rumah adalah berorientasikan anak.
Pendekatan intervensi berasaskan rumah melibatkan penglibatan keluarga. Kanak-kanak dilihat
sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibu bapa dilibatkan dalam proses
intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanakkanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan
dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli
sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan
kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.
Urutan, tanam kaki di dalam pasir dan berdiri di dalam embun merupakan contoh-contoh
intervensi awal berpusatkan rumah yang menggunakan kaedah tradisional. Terdapat juga
intervensi awal berpusatkan rumah yang menggunakan kaedah spiritual seperti meminum dan
menyapu air yang sudah dijampi, sembahyang hajat dan lain-lain. Penggunaan kaedah spiritual
merupakan usaha ibu bapa dan kepercayaan mereka terhadap kuasa Tuhan atau kuasa lain yang
boleh membantu anak yang mengalami masalah, kecacatan atau ketidakupayaan.
1.4
Agensi-agensi yang memberi perkhidmatan
a)

Agensi kerajaan

i)
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) dikendali oleh Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia
ii)
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
ii)
Wisma Harapan dikendali oleh Jabatan Kebajikan Masyakat.
b) Agensi bukan kerajaan
i)
Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia (NASOM)
ii)
TASPUTRA PERKIM
iii)
NURY
iv)
Cleft Lip and Palate Association of Malaysia
v)
Yayasan Sindrom Down Kiwanis
vi)
Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB)
vii)
Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas
viii)
Malaysian Care
ix)
Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (YMCA)
Terapi kanak-kanak autisme

Cosmo yang diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh dan pengaktifan
suara memberi harapan baru kepada kanak-kanak autisme. ROBOT bernama Cosmo ini
menjadi kawan hampir setiap hari kepada Kevin Fitzgerald yang berusia enam tahun. Kevin

adalah seorang kanak-kanak yang berdepan dengan masalah gangguan tumbesaran. Di dalam
sebuah klinik di kawasan perumahan di Maryland, Amerika Syarikat, Kevin seakan-akan berasa
ragu dengan usaha terbaru untuk merawat simptom-simptom autisme, serebral palsi dan pelbagai
gangguan pembesaran menggunakan robotik serta komputer kerja.
Di klinik itu, dia duduk di atas sebuah kerusi untuk melihat robot setinggi setengah meter yang
terletak di atas meja di hadapannya. Sambil menekan empat butang berwarna terang berhampiran
kaki robot tersebut, Kevin kemudian mengarahkan mesin itu berjalan ke arah monitor komputer.
Sesekali, dia menjeling robot itu untuk mendapatkan semangat.
Kevin menunjukkan tanda-tanda awal mengalami masalah pembelajaran ketika berusia 18 bulan.
Dia kemudiannya didiagnosis menghidap masalah tumbesaran dispraksia."Saya berasa seakanakan mendapat strok. Otaknya berfungsi, cuma tubuhnya tidak melakukan apa yang mahu
dibuatnya," ujar ibunya, Patty Fitzgerald. Beberapa kemahiran tertentu seperti menyebut
konsonan, memadankan sebab dan akibat atau memahami konsep relatif seperti apa yang lebih
baik atau lebih cepat, menjadi amat sukar buat Kevin untuk menguasainya. Tetapi pada tahun
lalu, android kecil berwarna biru dan kuning bernama Cosmo itu menawarkan sedikit harapan.
Robot tersebut diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh, pengaktifan
suara dengan panel empat butang itu meniru ciri kawalan. Cosmo turut direka untuk mengajar
tingkah laku asas dan kemahiran fizikal. Ia boleh melambaikan tangan, menyebut kembali frasa
dan bergerak apabila ditekan. Cosmo juga berupaya menepuk tangan dan memberikan
pembayang untuk membantu kanak-kanak menyempurnakan tugasan-tugasan khas. Sebagai satu
hasil kejuruteraan, Cosmo cukup ringkas. Ia cuma memiliki sembilan sambungan (sendi) yang
boleh bergerak. Jumlah itu mungkin tidak mengujakan peminat robot. Namun, potensi Cosmo
untuk membantu kanak-kanak telah menarik perhatian pusat perubatan terkemuka di Minnesota,
Mayo Clinic.
Para pengkaji menjalankan ujian perubatan fasa kedua untuk melihat sama ada robot itu mampu
membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pergerakan atau serebral palsi. Ini termasuklah
memusingkan pergelangan tangan dengan lebih cepat berbanding kaedah tradisional. "Ia berjalan
dengan baik," kata ahli terapi fizikal dari makmal biokimia dan analisis pergerakan di Mayo
Clinic, Krista Coleman-Wood. Memakai sarung tangan yang dipasang dengan alat pengesan,
kanak-kanak diminta untuk membuat pergerakan yang meniru atau akan ditiru oleh Cosmo.
Aktiviti itu sekali gus membina tisu-tisu otot dan meningkatkan perancangan motor tubuh.
Menurut Coleman-Wood, adalah terlalu awal untuk menyatakan jika kanak-kanak menunjukkan
lebih banyak kemajuan dengan robot berbanding terapi fizikal tradisional. Namun, keseronokan
sememangnya ada pada robot ini. "Bayangkan mengangkat dan menggerakkan pergelangan
tangan secara berulang kali akan membuatkan kanak-kanak mudah bosan. Dengan Cosmo,
wujud hubungan kognitif," kata Coleman-Wood. Pereka Cosmo berharap, kejayaan kajian itu
akan membawa perubahan besar ke arah terapi yang dibantu oleh robot.