Anda di halaman 1dari 53

Tajuk 7

PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH

Sinopsis
Bab ini merangkumi mengandungi konsep-konsep asas pentaksiran dalam pendidikan,
prinsip dan ciri-ciri utama pentaksiran,pentaksiran sekolah rendah dan pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah. Beberapa konsep asas tentang perangkaan asas dalam
pentaksiran dan interpretasi data serta pelaporan data akan dibincangkan. Dengan
pengetahuan ini, guru akan mempunyai asas yang kukuh untuk mengendalikan pentaksiran
yang berkesan dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca babl ini, diharap anda dapat:
1.

Menerangkan konsep dan tujuan pentaksiran

2.

Mengaplikasikan prinsip dan ciri-ciri pentaksiran dalam mentaksir pengetahuan dan


kemahiran

3.

Menerangkan konsep pentaksiran berasaskan sekolah, pentaksiran holistik dan


pentaksiran autentik

4.

Membanding beza pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang


pembelajaran

5.

Menjelaskan langkah-langkah pelaksanaan pentaksiran

6.

Membina alat-alat pentaksiran yang sesuai untuk mentaksir murid sekolah rendah

7.

Menghuraikan asas asas statistik dalam pentaksiran

8.

Menerangkan jenis-jenis pemarkahan dan pelaporan yang sesuai digunakan


disekolah

9.

Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pentaksiran di


sekolah

117

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pentaksiran Sekolah
Rendah

Konsep Asas
Prinsip dan Ciri-Ciri
Utama Pentaksiran

Definisi& Tujuan :
Pengujian
Pengukuran
Penilaian
Tujuan
Pentaksiran

7.1

Kesahan

Kebolehpercayaan

Kebolehtadbiran

Kemudahtafsiran

Keobjektifan

Pentaksiran
Berasaskan Sekolah

Konsep
Pentaksiran
berasaskan
sekolah
Pentaksiran
untuk
pembelajaran
Pentaksiran
tentang
pembelajaran

Perangkaan Asas
Dalam Pentaksiran
dan Interpretasi data

Jenis-jenis alat
pentaksiran
sekolah rendah:
Item Objektif
Item Subjektif
Senarai
Semak
Skala
pemeringkatan

Perangkaan
Asas
Interpretasi
data dan
pelaporan data

Konsep dan Tujuan Pentaksiran


7.1.1

Pengujian:
Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur
perubahan sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang
individu terhadap pembelajarannya.

Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang murid dalam


sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan murid dalam
kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara
mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan. Pengujian biasanya
dilaksanakan selepas satu atau beberapa pelajaran diajar.
7.1.2

Pengukuran
Pengukuran adalah suatu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi
menentukan

peringkat

pencapaian

dan

kedudukan

murid

dalam

pembelajaran.

Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan


kedudukan antara murid dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran

118

amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan murid dalam


jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu mulai
dengan pengiraan markah. Biasanya pengukuran diadakan selepas beberapa
pelajaran dilaksanakan.
7.1.3

Penilaian
Penilaian merupakan proses memperoleh maklumat dan menggunakannya
untuk membuat keputusan. Penilaian bertujuan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian murid, objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan
pelaksanaan kurikulum.

Penilaian

berguna

untuk

membaiki

rancangan

mengajar,

kurikulum,

pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian dibuat


berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan
(statistisk). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas satu
atau beberapa pelajaran. Penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian,
pengukuran, penganalisaan, dan penyimpulan.
7.1.4 Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi
pelajar dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar dalam pembelajaran.

Tujuan Pentaksiran
(a)

Pelaporan Pencapaian
Pentaksiran

memberi maklum balas kepada guru dan pelajar. Dengan

mendapatkan maklumat, guru dapat tahu setakat mana objektif pelajaran


telah dicapai. Guru juga dapat menentukan kemajuan dan prestasi pelajar
dalam pembelajaran. Maklum balik ini membantu guru membuat penilaian
tentang

pengajarannya.

pengajarannya. Pelajar

Ia

bertujuan

membantu

guru

membaiki

dapat tahu tentang kekuatan dan kelemahan

mereka. Maklumat balik ini menentukan pelajar yang memerlukan pendidikan


pemulihan

119

Pentaksiran merupakan punca penggerak/motivasi untuk pembelajaran.


Pentaksiran dapat menggerakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh
supaya dapat lulus. Suatu kebiasaan di mana pelajar akan belajar jika
mereka tahu bahawa pembelajaran mereka dinilai.

Pentaksiran

berguna sebagai cara

untuk memperoleh pembelajaran

lampau. Pembelajaran lampau membantu dalam pembelajaran pelajar.


Pelajar diuji perkara-perkara yang telah dipelajari sebagai menyediakan
mereka untuk menerima pelajaran yang baharu. Pelajar-pelajar dibimbing
untuk mengaitkan pembelajaran yang lampau dengan pelajaran yang baharu.

Pentaksiran diguna untuk mengesan punca kelemahan. Ujian bersifat


diagnostik dalam bilik darjah dapat mengesan punca kelemahan pelajar.
Maklumat pentaksiran ini dapat menolong guru menyediakan rancangan
pemulihan bagi pelajar yang memerlukannya.
(b)

Pemilihan/Penempatan
Keputusan daripada ujian atau peperiksaan digunakan sebagai asas untuk
memilih dan menempatkan pelajar dalam satu-satu kursus yang sesuai. Ujian
dalam bilik darjah juga boleh digunakan. Ujian yang khusus seperti ujian
kesediaan membaca boleh digunakan untuk mengelaskan pelajar dalam
kumpulan kecil yang sesuai.

Sebagai contoh, keputusan ujian menjadi kriteria untuk mengumpulkan


pelajar kepada kumpulan kecil untuk aktiviti pengajaran berdasarkan tahap
kebolehan mereka. Ujian bakat dan ujian kecerdasan digunakan untuk
mengenal pasti pelajar yang pintar atau kanak istimewa.

Keputusan pentaksiran juga boleh digunakan untuk memilih pelajar yang


layak untuk melangkau kelas dan keputusan SPM dan STPM menjadi kriteria
untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keputusan pentaksiran juga
digunakan untuk memilih pekerja dalam sektor swasta dan kerajaan.
(c)

Keputusan-Keputusan bimbingan
Kita tidak dapat nafikan bahawa pelajar anda perlu dibimbing dalam peluang
vokesyenal, dalam program pendidikan dan masalah peribadi mereka. Ujian

120

tentang aptitud dan pencapaian; inventori minat dan personaliti

akan

membantu dalam menyediakan maklumat yang berguna tentang ciri-ciri


signifikan

yang

dimiliki

mereka.

Ini

akan

membantu

mereka

memperkembangkan konsep kendiri yang realistik.


(d)

Keputusan-keputusan Penyelidikan
Keputusan

penyelidikan dibuat apabila maklumat dikumpul daripada

pentaksiran sebagai

langkah awalan

sebelum membuat keputusan.

Biasanya penyelidikan tidak dituju kepada

penentuan

spesifik

gambaran yang luas

tetapi

lebih kepada

memberi

keputusan

yang
untuk

keputusan-keputusan masa depan.


(e) Tujuan tujuan lain
Pentaksiran berbentuk soalan dan pemerhatian penting untuk menentukan
kesediaan murid untuk mempelajari kemahiran baharu. Ini berlaku sebelum
guru mula sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hasil pentaksiran akan memberi input kepada guru tentang keberkesanan


pengajarannya. Melalui maklum balas murid, guru boleh menilai sama ada
pengajarannya berkesan atau sebaliknya.

Pentaksiran guru bertujuan memberi maklum balas tentang kemajuan dan


pencapaian murid kepada ibu bapa dalam mata pelajaran
sahsiah.

dan aspek

Ibu bapa boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap

pencapaian anak mereka.

Buat carian internet untuk membuat perbezaan antara pengujian,


pengukuran dan penilaian.

7.2

Prinsip dan Ciri-Ciri Utama Pentaksiran


Untuk membina ujian yang baik, setiap guru harus memahami prinsip pentaksiran
dan ciri-ciri penting suatu ujian yang baik. Antara prinsipprinsip yang perlu diambil
kira termasuk instrumen atau alat yang digunakan untuk pentaksiran, kumpulan
murid

yang ditaksir, respons murid, kumpulan yang menaksir serta skor yang

diperoleh selepas pentaksiran.

121

Ciri ciri ujian yang baik termasuk:

Kesahan

Kebolehpercayaan

Keobjektifan

Kemudahtadbiran

Kemudahtafsiran

7.2.1 Kesahan
Kesahan merujuk kepada sejauh manakah sesuatu ujian itu benar-benar menguji
perkara-perkara yang hendak diuji itu. Secara ringkasnya, ia bermaksud sesuatu
ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur Kesahan ujian adalah
berdasarkan tujuan ujian itu diadakan. Kesahan terdiri daripada empat jenis kesahan
seperti berikut:

Kesahan
Kandungan

Kesahan
Konstruk

Kesahan

Kesahan
Ramalan

Kesahan
Serentak

Kesahan Kandungan
Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang ujian yang
hendak diuji. Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur. Untuk
mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah ditentukan dan selaras dengan
tujuan ujian itu diadakan, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk
dan sebagainya. Antara ciri ciri kesahan kandungan ialah kandungan ujian mewakili
perkara yang hendak diukur atau diuji,

mengukur penguasaan pengetahuan atau

kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu. Tambahan pula, guru perlu

122

memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting pelajaran yang
diajar dan cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Kesahan Ramalan
Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar
seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa
depan. Kesahan ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana
ramalan yang dibuat masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan
pada masa hadapan. Contohnya, seorang murid memperoleh 4 A dalam
Peperiksaan Percubaan di sekolah juga memperoleh pencapaian yang sama dalam
peperiksaan UPSR yang sebenar. Dalam kes ini, Peperiksaan Percubaan di sekolah
dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi untuk menentukan pencapaian
murid berkenaan dalam peperiksaan UPSR tersebut.

Untuk mendapat kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian, item-item yang
dibina hendaklah benar-benar menguji perkara berkaitan dengan kebolehan,
kemahiran atau kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa depan.
Kesahan Konstruk/Gagasan
Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang
digunakan untuk mengukur tret, tingkah laku atau tret mental manusia. Tujuan ujian
ini diadakan adalah untuk mengukur sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur
konstruk hipotetikal berkenaan dengan sifat semula jadi dan tingkah laku manusia,
misalnya, kecerdasan, kreativiti, atau ketidaktentuan perasaan. Ini kerana tret tidak
boleh diperhatikan secara langsung tetapi boleh dibuat telahan berdasarkan kepada
kesan tingkah laku yang boleh diperhatikan.
Kesahan Serentak
Kesahan serentak merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu
sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Ia
merupakan hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan murid berdasarkan
kriteria tertentu. Ujian ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang
pendek. Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan serentak yang tinggi jika itemitem ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau menunjukkan ketekalan
dalam pengukuran. Contoh lain termasuklah kesahan serentak yang tinggi untuk

123

ujian Matematik dan Sains

tetapi kesahan

serentak yang rendah untuk

ujian

Matematiks dan Bahasa Inggeris. Contoh lain adalah jika anda membuat kesilapan
tertentu dalam satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan anda masih mengulangi
kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan mempunyai kesahan serentak.

Rehat seketika dan buat renungan:


Fikirkan apakah yang akan berlaku jika sesuatu ujian itu tidak mempunyai
kesahan gagasan?

7.2.2

Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang ada ketekalan
atau ketetapan dalam skor ujian. Secara ringkas, kebolehpercayaan ujian dirujuk
kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada
masa yang berlainan. Sebagai contoh, seorang calon memperoleh 80 markah untuk
ujian Matematik dan kemudian memperoleh markah yang sama apabila ujian yang
sama ditadbirkan selepas seminggu. Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.

Satu sifat yang perlu diberi perhatian adalah bahawa kebolehpercayaan merupakan
satu keperluan tetapi bukan satu syarat yang cukup untuk kesahan. Satu ujian yang
memberi keputusan yang tidak konsisten tidak mungkin merupakan maklumat sah
tentang prestasi yang diukur. Pada satu pihak yang lain, keputusan-keputusan ujian
yang konsisten mungkin mengukur sesuatu yang salah atau digunakan dalam cara
yang tidak sesuai. Akhirnya, kebolehpercayaan ujian mudah dipengaruhi oleh faktorfaktor seperti emosi, tempat ujian, situasi sekitar, kesihatan, masa dan keselamatan
item ujian.
Secara umumnya, empat cara untuk menentukan kebolehpercayaan iaitu:

Uji- Ulang uji (test-retest)

Cara bentuk setara (equivalent forms method)

Cara bahagi dua (split half)

Cara Kuder-Richardson

124

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan


Antara faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan termasuk yang berikut:
(a) Panjang ujian.
Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut. Ini bermaksud
lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi kebolehpercayaannya. Ujian yang
lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan yang mencukupi tentang
tingkah laku yang diukur, dan skor adalah sesuai dan kurang diseleweng oleh
faktor-faktor peluang seperti meneka.

(b) Pentadbiran dan Format Ujian


Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan seterusnya
kebolehpercayaan ujian. Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa
kepada kebolehpercayaan yang rendah. Selain itu, arahan yang jelas, mudah
difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberi kesan
kepada kebolehpercayaan ujian. Juga, ujian hendaklah ditadbirkan dalam
suasana yang sesuai:

Mengikut masa yang ditetapkan

Bebas daripada gangguan/ bising

Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan

Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada kelajuan


dijadikan sebagai satu faktor pengujian

(c) Kesukaran ujian


Ujian yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kumpulan ahli yang
mengambilnya

berkecenderungan

menghasilkan

skor

yang

mempunyai

kebolehpercayaan yang rendah. Ini kerana kedua-dua ujian yang menghasilkan


sebaran skor yang terhad. Untuk ujian yang mudah, skor-skor akan berada rapat
sekali pada bahagian atas skala. Manakala, untuk ujian yang sukar, skor-skor
berkelompok di bahagian bawah skala. Untuk kedua-dua ujian,

perbezaan

individu adalah kecil dan tidak boleh dipercayai.

(d) Keobjektifan ujian


Ini merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi keputusan
yang sama. Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang diperolehi tidak
dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa. Kebolehpercayaan
ujian objektif akan meningkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan
bagi setiap item.

Ujian jenis item Betul-Salah atau dua pilihan jawapan pada

125

item soalan adalah paling kurang kebolehpercayaannya.

Untuk ujian bilik darjah yang dibina oleh guru, keobjektifan memainkan peranan
penting. Dalam pengujian esei, ia bergantung kepada pemeriksa dan pemeriksa
yang tidak konsisten akan mempengaruhi kebolehpercayaan pengukuran.

7.2.3

Keobjektifan
Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana pemeriksa dapat
memberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang mempunyai jawapan
yang sama. Sekiranya pemeriksa boleh memberikan markah yang sama kepada
jawapan-jawapan yang sama mengikut skema pemarkahan, maka ujian ini boleh
dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang amat tinggi.

Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi kerana
pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan emosi seseorang
pemeriksa. Manakala ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana
skor yang diberi mungkin akan berbeza daripada seorang pemeriksa dengan yang
lain walau pun mereka diberi kertas jawapan yang sama.

Maka, guru perlu mempastikan keobjektifan dalam ujian subjektif dengan menyedia
dan membekalkan skema pemarkahan untuk digunakan oleh semua pemeriksa bagi
sesuatu ujian berkenaan. Tambahan pula, mesyuarat penyelarasan pemeriksaan
diadakan supaya pemeriksa boleh dilatih dan moderasi pemarkahan dilaksanakan
untuk mengurangkan perbezaan dalam skor yang diberikan oleh mereka.

7.2.4

Kemudahtadbiran

Kebolehtadbiran merupakan kelicinan pelaksanaan ujian itu di dalam bilik darjah atau
di dewan peperiksaan. Ini bermakna ujian itu harus dapat memenuhi syarat-syarat
dan keperluan menguji. Dalam hal ini, pentadbiran ujian itu tidak harus menimbulkan
kesukaran kepada pelajar.

Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan bilik peperiksaan,


pengedaran kertas soalan, memberi arahan, pengawasan, pengutipan skrip-skrip
jawapan serta pemarkahan. Tambahan pula,arahan yang jelas dan mudah serta
tempoh masa ujian perlu diberi perhatian.

126

7.2.5 Kemudahtafsiran
Ciri-ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil
pencapaian calon dapat ditafsirkan dengan

jelas mengikut objektif penilaian. Ini

bermakna keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya
dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat bagi aspek-aspek berikut:

Pencapaian murid dalam kelas

Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid

Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan bantuan mengajar yang


digunakan

Kesesuaian aras kesukaran item ujian

Secara ringkasnya, kemudahtafsiran bermaksud bahawa markah yang diperolehi


dapat ditukar kepada data statistik seperti min, sisihan piawai dan skor

piawai

dengan mudah. Data yang ditafsir dengan betul dan diaplikasikan secara berkesan
akan menyumbang ke arah keputusan-keputusan pendidikan dan tindakan
selanjutnya.

7.2.6

Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)


Untuk memastikan kesahan ujian dan kebolehpercayaan, guru harus menyediakan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) jika ingin membina ujian atau peperiksaan. Satu
jadual spesifikasi ujian ialah satu pelan bertulis yang terperinci mengenai sesuatu
ujian yang mana merangkumi huraian tujuan ujian dan sasaran; kandungan atau
bidang-bidang prestasi yang diliputi, jenis-jenis item dan bilangan item untuk setiap
bidang kandungan/prestasi, aras kesukaran item dan jumlah item yang diuji.

JSU mengandungi butiran berikut:

Bentuk dan tempoh masa ujian

Kandungan topik-topik

Aras kemahiran

Peruntukan peratusan item/soalan

Bilangan soalan

Aras kesukaran

Tujuan Penyediaan JSU

Ujian akan dibina dengan lebih terancang dan bukan sembarangan

127

Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan ujian

Menjadi panduan dan penentu bagi penggubal soalan

Menyeimbangkan tajuk-tajuk, objektif pelajaran serta aras kemahiran


memberi pemberatan yang seimbang

Sebagai panduan kepada penggubal soalan yang lain agar soalan yang
bermutu dapat dihasilkan
Membolehkan guru-guru membuat perbandingan terhadap aras kesukaran
antara satu ujian dengan ujian yang lain.

dengan

Panduan menyedia Jadual Spesifikasi Ujian


Di sini ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian apabila menyediakan satu
jadual spesifikasi ujian:

(a) Topik-topik yang dipilih


Topik-topik yang dipilih harus mencerminkan kepentingan sukatan

pelajaran

dan pengajaran dalam bilik darjah


(b) Kemahiran-kemahiran yang hendak diuji
Kemahiran-kemahiran yang akan diuji harus dipilih dan disenaraikan. Taksonomi
objektif pengajaran Bloom

boleh digunakan untuk menguji domin kognitif.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) digalakkan. Kemahiran-kemahiran yang


diuji harus mencerminkan pengajaran dalam bilik darjah dan memadan dengan
perkembangan kognitif murid.

(c)

Jenis-Jenis Item Ujian


Kedua-dua item ujian objektif dan subjektif diutamakan untuk mengoptimumkan
kekuatan item-item berkenaan

(d) Bilangan item mengikut topik, kemahiran dan jenis


Bilangan harus mencerminkan kepentingan topik dan kemahiran
Bilangan item yang sesuai untuk mempastikan interpretasi tingkah laku calon

(e) Aras kesukaran item ujian


Kesukaran harus mencerminkan tujuan ujian. Untuk ujian rujukan norma, item
mudah, sederhana dan sukar harus mengikut taburan normal iaitu anggaran
1 :3:1. Untuk ujian rujukan kriteria, item mudah atau sukar bergantung kepada
kumpulan sasaran.

128

(f) Agihan markah


Taburan markah harus mencerminkan kepentingan topik dan kemahiran yang
diuji.

Berikut disertakan carta alir pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian :

Tentukan objektif ujian

Tentukan kandungan ujian

Lukiskan matriks dua arah

Lengkapkan kandungan/topik dalam kolum


menegak

Lengkapkan pelbagai kemahiran dalam kolum


melintang

Tentukan jenis-jenis dan bilangan soalan untuk


kandungan dan kemahiran

Semak taburan & peratus soalan untuk topik-topik


dan kemahiran-kemahiran

7.3

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang


bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani),
psikomotor(jasmani)

dan

sosial

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan (FPK). PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan

129

sumatif iaitu mengamalkan konsep Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment


for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. Ia merupakan satu
bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori

akademik

terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran

Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran


Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK).

Pentaksiran untuk Pembelajaran


Secara umumnya, pentaksiran untuk pembelajaran

merupakan sebahagian

daripada pengajaran dan pembelajaran dan maklumat yang diperoleh daripada


aktiviti-aktiviti pentaksiran boleh digunakan untuk membentuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia direka bentuk untuk merangsang pengajaran serta menambahbaik
pembelajaran. Ia memberi murid peluang untuk menghasilkan sesuatu hasil yang
akan memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman mereka.

Dalam konteks sekolah di Malaysia, pentaksiran untuk pembelajaran merujuk


kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk
membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh
itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses
pembelajaran.

Maklumat

tersebut

diguna

sebagai

maklum

balas

dalam

mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan


semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.

Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti
pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah
atau tugasan dalam kelas.

Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh

digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran.

Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk
membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan

130

cara yang betul. Maklum balas

tidak sepatutnya mengandungi pernyataan

perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan.

Maklum balas perlu mengandungi tiga elemen berikut:

Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang


ditetapkan;

Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan

Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap
pembelajaran yang diharapkan.

Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan


pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu,
pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah
mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila
masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.

Secara ringkasnya, pentaksiran untuk pembelajaran akan:

Menyediakan maklumat pembelajaran murid untuk kedua-dua murid dan guru

Menggalakkan kejayaan untuk semua

Membolehkan refleksi berterusan tentang apa yang murid tahu masa kini dan
apa yang mereka perlu tahu selepas ini.

Menggalakkan intervensi semerta dan hubungkaitkan penghakiman kepada


kehendak pembelajaran

Pentaksiran tentang Pembelajaran


Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan maklumat untuk
mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar selesai
mengikuti sesuatu kursus, unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang
ditetapkan. Ia dilaksanakan pada akhir segmen pengajaran, contoh, pada akhir
semester, atau pada akhir tahun akademik. Tujuan ialah untuk menentukan sama
ada pembelajaran disempurnakan secukupnya untuk mengalih pelajar ke segmen
pengajaran berikut. Ia digunakan untuk memberi gred kursus atau untuk pensijilan
tentang penguasaan pelajar dalam hasil pembelajaran yang diingini.

Dalam konteks bilik darjah sekolah Malaysia, pentaksiran tentang pembelajaran


merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan

131

prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua
eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio.
Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan
dan pengesahan.

Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara


bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian
atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan,
profil atau testimoni.

Antara tujuan pentaksiran tentang pembelajaran :

Menyediakan satu rumusan penghakiman mengenai apa yang telah dipelajari

Menentukan tanda aras mengenai apa yang murid boleh buat dan prestasi
sekolah

Menggalakkan intervensi selanjutnya

Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding beza pentaksiran untuk


pembelajaran dengan pentaksiran tentang pembelajaran

132

7.4

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah


Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran di sekolah

Rajah 7. 1 Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah Rendah

TUGASAN TERARAH
Layari laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum
http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id
=216:pentaksiran-berasaskan-sekolah&catid=53 . Dengan menggunakan
pengurusan grafik, terangkan jenis dan ciri-ciri pentaksiran berasaskan
sekolah yang dikendalikan pada Tahap 1 di sekolah. Bincangkan sejauh
manakah PBS berjaya dilaksanakan.
Sebagai guru di sekolah, bincangkan bagaimana pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah dijalankan di sekolah anda. Kongsikan
pengalaman dengan rakan anda.

133

Jenis jenis alat pentaksiran untuk sekolah rendah termasuk:


a. Ujian
Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar.

Ia membolehkan guru

mengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang
sama.

Pentaksiran

ini

mengemukakan

eviden

tentang

pembelajaran

berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan


peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia
memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah dipelajari.

Ujian dalam Pentaksiran Sekolah boleh dilaksanakan secara manual seperti


kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online
atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat
Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan
tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada secara manual atau
berbantukan komputer.

Pembinaan item Objektif


Item objektif biasanya mengukur hasil pembelajaran yang mudah. Item objektif
adalah item di mana pemeriksa akan memberi markah yang sama apabila
memeriksa kertas jawapan yang sama. Jenis item objektif memerlukan jawapan
yang pendek. Respons yang betul telah ditetapkan.
Setiap item objektif mempunyai satu jawapan sahaja. Terdapat dua jenis item
ujian objektif, iaitu jenis melengkapkan dan pilihan.

(i) Jenis Melengkapkan

Jenis item ujian ini dibahagikan kepada dua, iaitu (i) jawapan pendek dan (ii)
item melengkapkan / kloz. Satu contoh untuk setiap jenis adalah diberi dibawah:

Jawapan Pendek
Namakan gunung tertinggi di Malaysia?
Cari nilai 8 x 8 =
Item Melengkapkan/Kloz
Gunung tertinggi di Malaysia ialah
Dalam persamaan matematik 8 x 8 ialah

134

(ii)

Jenis Pilihan

Sebagai perbandingan, item objektif jenis pilihan dikategorikan kepada (i) item
respons alternatif, item padanan, dan (iii) item aneka pilihan. Satu contoh untuk
setiap jenis diberikan di bawah.
Item Respons Alternatif
Perdana Menteri Malaysia pertama ialah Dr. Mahathir
Mohamad.
Betul/Salah
Jika 2x 3 = 7, maka x = 5.
Betul/Salah
Ikan adalah sumber baik protin
Ya/Tidak

Item Padanan

(iii)

Ikan
Roti
Margerin

karbohidrat
Lemak
Protin
Garam galian

Item Aneka Pilihan (MCQ)

Apakah tujuan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada


tahun 1896?
A
B
C

Menyelaraskan pentadbiran
Mengembalikan kuasa sultan
Menghapuskan kuasa residen

Memperkenalkan sistem demokrasi

Garis Panduan Pembinaan Item Objektif


CIRI-CIRI
Soalan menguji isi
kandungan dan
kemahiran yang
sepatut diuji.

Pokok soalan
berfokus pada suatu
tugas atau
permasalahan
sahaja.

SENARAI SEMAK
(a) Adakah soalan menguji satu hasil pembelajaran
yang penting?
(b) Adakah soalan menepati Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) dari segi kandungan dan aras kemahiran?
(c) Adakah soalan menguji lebih daripada hanya
pengetahuan fakta?
(a) Adakah pokok soalan mengemukakan satu
permasalahan yang jelas sahaja?
(b) Adakah pokok soalan mengandungi maklumat yang
relevan sahaja?
(c) Adakah kehendak dan aras soalan dapat
diperjelaskan/ditingkatkan lagi dengan gambar rajah,

135

CIRI-CIRI

Pokok soalan yang


positif dan berbentuk
pertanyaan
diutamakan.

Jawapan adalah
tepat / paling sesuai
dan tidak boleh
dipertikaikan
Tiada petunjuk atau
bayangan kepada
jawapan

Penggunaan
petikan, istilah dan
tatabahasa yang
sesuai, tepat dan
tekal

Pilihan-pilihan
jawapan disusun
secara logik dan
berdasarkan sistem
yang ditetapkan

SENARAI SEMAK
scenario situasi benar, jadual dll?

(a) Adakah pokok soalan dalam bentuk positif?


(b) Adakah perkataan negatif (jika digunakan) dalam
pokok soalan ditonjolkan.
(c) Adakah dihitamkan/diboldkan perkataan yang
hendak ditonjolkan dalam pokok soalan spt bukan,
paling dan bilangan (cth: dua)
(a) Adakah pakar bidang setuju dengan jawapan?
(b) Adakah pilihan-pilihan jawapan yang bertindantindih?
(c) Adakah jawapan (dan soalan) berasaskan pendapat
dielakkan?
(a) Adakah distraktor berfungsi /munasabah?
(b) Adakah pilihan-pilihan jawapan homogen?
(c) Adakah pilihan jawapan dalam lingkungan sukatan
pelajaran
(d) Adakah semua pilihan jawapan selaras/selari dari
segi tatabahasa dengan pokok soalan?
(e) Adakah terdapat pembayang jawapan pada pilihan
jawapan (verbal clues)?
(f) Adakah terdapat pembayang jawapan pada soalansoalan lain?
(g) Adakah pilihan jawapan Semua di atas atau
Tiada jawapan yang betul dielakkan?
(h) Adakah pilihan-pilihan jawapan hampir sama
panjang?
(a) Adakah bahasa mudah difahami?
(b) Adakah struktur bahasa dan istilah betul/sesuai?
(c) Adakah ejaan betul dan tekal?
(d) Adakah singkatan perkataan (akronim) digunakan
dengan betul dan telah dinyatakan sebelumnya?
(e) Adakah petikan atau bahan rujukan dinyatakan
sumbernya?
(a) Adakah pilihan-pilihan jawapan disusun mengikut
kronologi /numerik /abjad / panjang-pendek?
(b) Adakah perkataan yang berulang-ulang dalam
semua pilihan jawapan dipindah ke pokok soalan?
(c) Adakah 4 pilihan jawapan (A),(B), (C) dan (D) sahaja
ditetapkan untuk setiap soalan?
(d) Adakah terdapat lima unsur (I, II, III, IV dan V)
disediakan sebagai pilihan bagi soalan berbentuk
pelbagai cantuman?
(e) Adakah lima unsur (I, II, III, IV dan V) dicantum dan
disebarkan secara seimbang

136

CIRI-CIRI

SENARAI SEMAK

Format (layout)
soalan adalah
konsisten, kemas
dan jelas.

(a) Adakah seluruh soalan yang lengkap berada pada


satu halaman yang sama?
(b) Adakah terlalu banyak soalan pada satu muka
surat/halaman?
(c) Adakah gambar rajah dalam soalan dibingkaikan
(jika boleh), diberi ruang yang mencukupi dan
dilabel?
(d) Adakah ruang jawapan di pangkal atau di tengah
pokok soalan jenis pelengkap dielakkan?
(e) Adakah pokok soalan dijarakkan dari pilihan-pilihan
jawapan?
(f) Adakah pilihan jawapan menggunakan huruf besar,
dalam kurungan penuh dan ditulis 1 tab dari nombor
soalan serta dijarakkan daripada pokok soalan?

Tanda bacaan ( . , ?
; : ) digunakan
dengan betul.

(a) Adakah pokok soalan atau pilihan jawapan


berbentuk penyataan lengkap diakhiri dengan
noktah?
(b) Adakah tanda bacaan digunakan dengan betul?
(c) Adakah mengelakkan sebarang tanda bacaan pada
hujung pokok soalan berbentuk pelengkap?.
(d) Adakah huruf besar digunakan dalam permulaan
ayat, nama khas, selepas tanda noktah dan tanda
soal?

Sebaran jawapan
adalah secara rawak

(a) Adakah kelihatan pola pada senarai jawapan?


(b) Adakah bilangan A, B, C dan D hampir sama
banyak?

(a) Adakah terdapat kesilapan typo ?


Kertas ujian
(b) Adakah arahan menjawab soalan dan ujian jelas
mengandungi
dan lengkap?
maklumat yang
lengkap dan teratur.
(c) Adakah masa mencukupi untuk menjawab ujian ini
Jadual 7.1 Garis Panduan Pembinaan Item Objektif

Item Ujian Subjektif


Item ujian subjektif memerlukan calon untuk menjawab item-item dengan
menggunakan perkataan sendiri. Terdapat dua jenis

yang asas, iaitu jenis

respons terhad dan jenis respons lanjutan (terbuka).

(i)

Jenis Respons Terhad

Jenis item ini menghadkan kandungan dan gaya jawapan. Ia memerlukan calon
untuk menjawab secara tepat, dalam satu frasa, ayat atau pernyataan pendek.
Biasanya soalan-soalan ini bermula dengan perkataan seperti Apa.. Nyata..,
Senarai., Hurai.., Definisi.., dan sebagainya. Sebagai contoh: Dalam satu
ayat, definisikan istilah penilaian

137

Nyatakan dua tujuan penubuhan Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu pada tahun 1896?

Berikan maksud untuk fotosintesis?

(ii) Jenis Respons Lanjutan(Terbuka)


Secara perbandingan, jenis respons lanjutan/ terbuka memberi calon peluang
untuk memilih tujuhala dan skop jawapan. Calon bebas untuk melanjutkan
jawapannya,

menggunakan

pemikiran-pemikiran

sendiri

dan

pendapat,

menggunakan gaya penulisan sendiri tetapi menepati topik. Biasanya, soalan


jenis ini menggunakan perkataan seperti Bincangkan

sebab-sebab yang

mungkin.. , Bandingbeza , Bagaimana , pada pendapat anda ..


Sebagai contoh, Bincangkan kepentingan penilaian dalam bilik darjah

Pada pendapat anda, mengapa berlakunya kesesakan lalu lintas di


Kuala Lumpur?

Pembelajaran koperatif yang berasaskan model pengajaran sosial


mementingkan penyelesaian tugasan bersama demi mencapai
matlamat yang sama.
Bincangkan sejauh manakah pembelajaran koperatif merupakan
kaedah pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah di Malaysia.

138

Langkah-Langkah Pembinaan Item


Prosedur yang betul dan sistematik amat penting untuk mempastikan rekabentuk
sesuatu ujian yang berkualiti. Berikut adalah langkahlangkah pembinaan item yang
perlu diikuti:

1. Spesifikasikan objektif ujian

2. Bina Jadual Spesifikasi Ujian

3. Gubal item ujian

4. Susunatur item ujian

5. Ubahsuai item ujian

6. Tentukan agihan markah

7. Simpan bahan ujian dan item di


tempat yang selamat
Rajah 7.2 : Langkah Langkah Pembinaan Ujian

Senarai Semak
Senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi senarai item yang
disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran,
sikap, kebolehan dan tingkah laku murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada:
(a) Sesuatu tingkah laku/ciri ada atau dapat diperhatikan
(b) Sesuatu perlakuan telah dilakukan
(c) Kekerapan sesuatu tingkah laku

139

Aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam penyediaan dan penggunaansenarai semak
termasuk :

Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat

Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.

Digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.

Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan


tingkah laku yang akan diperlihatkan

Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat/amalan


yang lebih tepat/ kekal.

Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau hasil pembelajaran atau
tingkah laku murid.

Kelebihan menggunakan senarai semak dalam pemerhatian atau pencerapan


adalah alat ini mudah dan praktikal. Ia boleh diigunakan oleh individu yang
kurang mahir. Tambahan pula, ia dapat dilakukan semasa atau selepas
pemerhatian dilakukan dan boleh dilakukan oleh beberapa orang pemerhati bagi
memastikan

kesahihan pemerhatian

dari

segi

kebolehpercayaan

antara

pemeriksa. Seperkara lagi, senarai semak dapat menfokus kepada tingkah laku
tertentu.
Skala Pemeringkatan (Rating Scale)
Skala pemeringkatan merupakan alat untuk mengukur suatu kuantiti yang sukar
diukur secara objektif. Misalnya, mengukur perlakuan seseorang murid. Skala
pemeringkatan memberi peluang kepada responden merekodkan pendapatnya
tentang darjah perlakuan itu. Skala pemeringkatan biasanya diletakkan di atas
satu baris dari rendah ke tinggi atau sebaliknya. Terdapat jenis skala iaitu skala
ordinal, interval(sela) dan nisbah.
Skala ordinal menunjukkan urutan atau pangkat dan skala ordinal sebenarnya
membolehkan seseorang mendapat maklumat lebih dari sekadar maklumat asas
sahaja seperti yang diperolehi dalam skala nominal. Perbezaan magnitud antara
setiap nilai atau tidak diketahui atau tidak tetap. Contohnya ialah skala likert :
Pernyataan : Saya tidak boleh hidup tanpa komputer riba saya
Opsyen:
1. Sangat Tidak Setuju ( Strongly disagree)

140

2. Tidak Setuju (Disagree)


3. Setuju (Agree)
4. Sangat Setuju (Strongly agree)
Skala interval(sela) merupakan skala yang membezakan kategori dengan
selang atau jarak tertentu dengan jarak antara kategorinya sama. Skala interval
tidak memiliki nilai sifar mutlak . Misalnya, membahagi sampel berat badan ke
dalam 4 interval iaitu: 40-49, 50-59, 60-69, dan 70-79.
Skala nisbah mempunyai kesemua ciri yang dipunyai oleh skala-skala nominal,
ordinal dan interval yakni mempunyai kategori, urutan dan juga perbezaan
magnitud yang sama dan mempunyai nilai 0 (sifar) yang mutlak. Nilai 0 (sifar) ini
merupakan nilai yang mempunyai makna umur, pendapatan, berat, bilangan
anak merupakan skala yang mempunyai kuasa statistik yang tinggi dan datadata yang diperolehi menggunakan skala ini berupaya dianalisis menggunakan
analisis statistik
.
Kaedah lain untuk Pentaksiran Sekolah Rendah

Pencerapan/Pentaksiran
Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan
selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam
tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu
mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen
cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti
senarai semak dan skala kadar (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit
catatan dan masa untuk merekod.
Tugasan atau Pentaksiran Prestasi
Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian)
dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi
meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan
bagaimana

murid

menggabungkan

teori

dalam

amalan.

Ia

merupakan

pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk
belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan lisan,
debat, simulasi komputer dan persembahan.

141

Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan


Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana
mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk
menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu
dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan
kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari
bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas ringkasan kerja. Refleksi ke
atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam
pembelajaran murid yang perlu dilakukan oleh murid.

Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu


murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk
pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri
dan juga rakan mereka.

Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama,


bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui
satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain
daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial,
pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja
kumpulan.

Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua


pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran.
Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden
yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan
kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk
pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.
7.5

Perangkaan Asas dalam Pentaksiran

Statistik asas merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun,


menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif.
Dalam pentaksiran, kaedah statistik digunakan untuk analisis dan membuat
kesimpulan. Data yang dikumpul dalam pentaksiran biasanya tidak disusun dengan

142

teratur. Maka, untuk memudahkan guru merujuk kepada data ini, data seharusnya
direkodkan secara teratur dan bersistem.
7.5.1

Jadual Kekerapan
Apabila skor ujian diperolehi dari sekumpulan murid, skor akan berada dalam
susunan rawak seperti yang ditunjukkan:

50, 65, 90, 55, 75, 80, 83, 90, 95, 70


Kesemua ini adalah skor-skor mentah. Seorang guru perlu mengorganisasi dan
mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya ia bermakna. Guru perlu
membuat pengiraan mudah untuk mentafsirkan data secara tepat.
Taburan Secara Menaik dan Menurun
(a) Susunan Menaik
Data-data disusun daripada yang terendah kepada tertinggi seperti:
50 , 55,

65, 70, 75, 80, 83, 90, 90, 95

(b) Susunan Menurun


Dalam susunan menurun pula, data-data disusun daripada yang tertinggi
kepada yang terendah. Contohnya:
95, 90 90, 83, 80, 75, 70, 65, 55 , 50,

Taburan Kekerapan
Sebelum kita beralih kepada taburan kekerapan, kita mesti faham istilah kekerapan.
Lihat data berikut:

Skor
50%
70%
90%

Bilangan Murid
mendapat skor
4
7
3

yang

Kekerapan merujuk kepada berapa kali sesuatu skor wujud dalam taburan. Dalam
contoh di atas, kekerapan untuk skor 70% ialah 7 ( kekerapan tertinggi) manakala
kekerapan untuk 90% ialah 3 ( kekerapan terendah)

143

Akan tetapi dalam kumpulan murid yang ramai, bilangan skor akan banyak. Maka,
adalah berguna untuk membina taburan kekerapan secara berkumpul dan graf
taburan. Untuk tujuan ini, skor-skor dikumpulkan dalam sela kelas, dan bilangan skor
yang ada dalam setiap sela digundalkan. Gundal-gundal ini dikira untuk memperoleh
kekerapan, iaitu bilangan skor dalam setiap sela kelas.

Sebagai contoh, perhatikan bagaimana skor-skor berikut disusun dalam taburan


kekerapan dengan julat kelas sebanyak 5
43

40

55

64

70

60

80

67

85

82

51

59

70

55

78

65

83

57

88

45

44

76

80

77

55

44

88

56

44

54

Jadual 7.3 : Jadual Taburan Kekerapan


Skor
(Sela Kelas)
85 89
80 84
75 79
70 - 74
65 - 69
60 - 64
55 - 59
50 - 54
45 -49
40-44
Jumlah

Gundalan

Kekerapan

///
////
///
//
//
//
//// /
//
/
////

3
4
3
2
2
2
6
2
1
5
30

Jadual taburan kekerapan merupakan taburan dalam bentuk jadual yang


menunjukkan
mengurangkan

susunan
bilangan

data

secara

baris,

kita

sistematik
boleh

dan

kekerapannya.

mengumpulkan

skor-skor

Untuk
atau

menggabung skor yang berbeza ke dalam sela kelas.


Di sini ada beberapa garis panduan semasa menyediakan sela kelas. Pertama, sela
kelas harus dipilih sebegitu agar ia meliputi kesemua skor-skor. Kedua, jika boleh
saiz sela kelas seharusnya merupakan angka ganjil supaya nilai tengah merupakan
angka bulat. Ini akan memudahkan perwakilan grafik dan pengiraan.

144

7.5.2

Histogram, Poligon kekerapan dan Ogif


Sekarang kita akan meneroka bagaimana menukar data dalam jadual taburan
kekerapan kepada perwakilan grafik. Dua jenis graf yang paling kerap digunakan
ialah histogram dan poligon kekerapan.

(a)

Histogram

Histogram mempersembahkan data dalam bentuk lajur-lajur empat segi bujur. Asas
setiap kolum ialah julat kelas dan ketinggian lajur menunjukkan kekerapan
berlakunya skor tersebut.

Contoh:
Jadual 7.4 : Jadual Taburan Kekerapan 1
Skor
(Sela Kelas)
45 - 49
40 - 44
35 - 39
30 - 34
25 - 29
20 - 24
15 - 19
10 - 14
5-9
0-4

Had Sela Kelas

Kekerapan (f)

44.5 49.5
39.5 44.5
34.5 39.5
29.5 345
24.5 29.5
19.5 24.5
14.5 19.5
9.5 14.5
4.5 9.5
0 4.5

2
2
3
8
12
12
7
6
2
1

145

12

Kekerapan

10
8
6
4
2

4.5

9.5

14.5 19.5 24.5 29.5 34.5 39.5 44.5 49.5

Skor
Rajah 7.3 : Histogram untuk Jadual Taburan Kekerapan 1
Poligon Kekerapan
Poligon kekerapan dibina dengan memplotkan titik di nilai tengah setiap sela kelas ke
ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan. Kemudian,
sambungkan kesemua poin-poin dengan garis lurus. Poin awalan dan akhir harus
berada pada paksi-X

12

Kekerapan

(b)

10
8
6
4
2
0

4.5

9.5

14.5 19.5 24.5 29.5 34.5 39.5 44.5 49.5

Skor
Rajah 7.4: Histogram dan poligon kekerapan untuk Jadual Taburan Kekerapan

146

(c)

Kekerapan Himpunan (Ogif)


Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data
sebelumnya. Mari kita perhati jadual 1.6 untuk melihat bagaimana kekerapan
kumulatif dikira.

Berdasarkan kepada jadual di atas, kita boleh menentukan bilangan murid yang
memperolehi skor yang sama atau kurang daripada sesuatu skor yang tertentu.
Contohnya, kita boleh katakan bahawa bilangan murid yang memperolehi skor
antara 15 19 skor atau kurang daripadanya ialah 16.

Jadual 7.5 : Kekerapan Kumulatif


Skor(X)
(Sela Kelas)

Kekerapan
(f)

Pengiraan
Kekerapan
Himpunan

Kekerapan
Himpunan
(cf)

45 - 49

53 +2 = 55

55

40 - 44

51 + 2 = 53

53

35 - 39

48 + 3 = 51

51

30 - 34

40 +8 =48

48

25 - 29

12

28 + 12=40

40

20 - 24

12

16 + 12=28

28

15 - 19

9 + 7 =16

16

10 - 14

3 +6=9

5-9

1+2= 3

0-4

Kekerapan 2 di
tambah kepada
kekerapan
sebelumnya,
iaitu 1

Berhenti dan Renungkan :


Berdasarkan Jadual 7.5 di atas, berapa jumlah murid memperolehi markah
kurang daripada 25? Berapa murid gagal jika markah lulus ialah 20?

Taburan kekerapan himpunan digunakan untuk melukis graf yang dinamakan ogif dan ogif
digunakan untuk mentafsir data yang diperolehi. Untuk melukis ogif, nilai data berada di
paksi-x, manakala kekerapan himpunan berada pada paksi-y. Ogif yang dilukis di bawah
adalah berdasarkan kepada Jadual 7.5 Taburan Kekerapan Himpunan di atas.

147

Kekerapan Himpunan

Lengkung Kekerapan Himpunan (Ogif)

60
50
40
30
20
10
0
0

20

40

60

Skor

Rajah 7.5: Lengkung Kekerapan Himpunan (Ogif)

Cuba latihan berikut :


Berdasarkan Gambarajah 7.3, tentukan kekerapan himpunan untuk nilai skor
kurang daripada 35?.

Tahukah anda bagaimana hendak buatnya? Jika boleh, syabas! Jika tidak, hanya ikut
arahan ini: Lukis garis tegak dari skor 35. Pada titik persilangan garis ini dengan lengkung,
lukiskan garis mengufuk untuk bertemu dengan paksi-y. Baca kekerapan himpunan pada
titik itu. Itulah jawapannya

6.3

Ukuran Kecenderungan Memusat Min, Median, Mod


Ukuran kecenderungan memusat

adalah satu nilai purata sesuatu set skor.

Terdapat tiga jenis ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, median dan mod.

Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu
taburan. Simbol statistik mod ialah M0

Median ialah skor tengah dalam satu susunan taburan menaik atau menurun.
Median boleh dikirakan dengan membahagikan satu set skor yang tersusun
kepada dua bahagaian yang sama.

Min menunjukkan purata markah yang diperolehi oleh murid dalam sesuatu
ujian. Ia juga mengambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan perbandingan.

148

Prestasi antara murid atau kumpulan dalam ujian yang sama. Min juga berguna
semasa mengira sishan piawai dan skor sishan.
Pengiraan Mod
Nilai mod boleh diperolehi dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara
menaik atau menurun.

Mengikut perbincangan awal, mod ( M0 ) adalah skor yang mempunyai kekerapan


yang paling tinggi dalam satu taburan. Satu taburan mungkin mempunyai satu atau
lebih mod. Walaubagaimana pun, ia mungkin langsung tidak mempunyai

mod.

Beberapa contoh boleh diperlihatkan daripada skor-skor ujian Matematik berikut:

Contoh 1:

66, 55, 33, 81, 60, 40, 70


Taburan skor ini tidak mempunyai mod

Contoh 2:

86, 75, 59, 75, 75, 68, 75

Taburan skor ini mempunyai satu mod ( unimod) sahaja. Nilainya


ialah 75.
Contoh 3:

76, 66, 56, 68, 62, 56, 88, 66

Taburan skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod ialah
66 dan 56.
Pengiraan Median
Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai
purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap
dalam satu susunan taburan menaik atau menurun. Sebagai contoh, median untuk
skor ujian Matematik (44,56,37,77, 87) dan ujian Sains (57,68,96,40,74,80) adalah
berikut:

Contoh 1: (Skor Ujian Matematik)


37, 44, 56, 77, 87 (susun secara menaik)
Median = 56

149

Contoh 2 : (Skor Ujian Sains)


40, 57, 68, 74, 80, 96 (susun secara menaik)
Median =

68 74
2

= 71

Pengiraan Min
Min penting kerana ia memudahkan kita menggunakan rumus statistik untuk mengira
sishan piawai, skor z dan skor t yang kita akan belajar selepas ini.

Untuk data tidak terkumpul, min dikira dengan menjumlahkan semua skor dalam set
dan bahagikan jumlah ini dengan bilangan skor. Contohnya, min untuk skor-skor 70,
85 dan 100 dalam satu ujian ialah:
70+85+100
3

= 85

Min data dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:

Min, X =

di mana

X
N

X = min, = jumlah, X = skor individu dan N = jumlah bilangan skor.


Cuba latihan berikut.
Dalam satu ujian Matematik, skor untuk 10 orang murid adalah: 35, 42, 55,
67, 75, 88, 90, 94, 96 and 98. Kirakan min dengan menggunakan formula di
atas.

Pengiraan:
Min, X =

X
N

= 35 +42 +55+67+75+88+90+96+98
10
= 646
10
= 64.6

150

Aplikasi Min, Median dan Mod dalam Kehidupan Harian


(a) Mod memberi satu gambaran umum tentang taburan. Sebagai contoh, dalam
penghasilan baju-T untuk murid-murid sebuah sekolah, pengetahuan tentang mod
akan membantu pengusaha menentukan saiz baju-T yang paling dikehendaki.
(b) Median berguna jika terdapat skor yang ekstrim (melampau) dalam taburan
tertentu. Contohnya, terdapat 3 skor dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Min
taburan ini ialah 40 dan ini tidak

menggambarkan ukuran kecenderungan

memusat. Dalam kes ini, nilai median 20 adalah lebih berguna sebagai ukuran
kecenderungan memusat.
(c) Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor dalam taburan
dan ia sangat jitu. Contohnya, min digunakan oleh guru-guru untuk mengira nilai
purata skor yang diperolehi oleh murid-murid dalam ujian buatan guru.
6.4

Ukuran Serakan : Julat dan Sisihan Piawai


Setelah memeriksa skrip peperiksaan murid, guru mungkin berminat hendak
mengetahui perbezaan skor antara muridnya yang mencapai skor tertinggi dalam
sesuatu ujian dan jurang perbezaannya dengan murid yang berpencapaian paling
rendah. Maka di sini disarankan guru mengira julat untuk melihat sama ada prestasi
muridnya amat berbeza ataupun lebih kurang sama sahaja.

Julat merujuk kepada jurang atau perbezaan di antara skor tertinggi dengan skor
terendah dalam satu taburan skor yang diperolehi oleh kumpulan murid.
Contohnya: Dalam satu ujian Bahasa Inggeris, skor untuk muridnya adalah 43, 56,
70, 66, 80, 97, 74, 30 dan 68.
Julat skor = Skor tertinggi skor terendah
= 97 30
= 67
Sisihan

piawai

adalah

satu

jenis

purata

yang

digunakan

bagi

melihat

kecenderungan memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya bagi set skor yang
terkumpul. Sisihan piawai boleh memberi gambaran tentang ukuran sebaran atau
serakan skor sama ada tersebar atau terkelompok dari min.
Simbol bagi sisihan piawai ialah

151

Ada beberapa rumus yang kerap digunakan untuk pengiraan seperti di bawah:

1.

2.

(X X )

fX 2

fX

BEBERAPA CONTOH PENGIRAAN SISIHAN PIAWAI


CONTOH 1:
Sekiranya skor mentah bagi suatu ujian ialah: 30, 50, 60,60, dan 70, maka rumus
sisihan piawai yang mudah boleh digunakan.
Pengiraan Min :
Min, X =

X
N

= 30 +50 + 60+ 60 +70


5
= 270 / 5
= 54
Skor

(X-

X)

30 54 = -24
50 54 = -4
60 54 = 6
60 -54 = 6
70 -54 = 16

30
50
60
60
70

(X-

X)

(-24) x(- 24) = 576


-4 x -4 = 16
6 x 6 = 36
6 x 6 = 36
16 x 16 = 256
2

( X - X ) = 920

Aplikasi rumus
=

(X X )

N
920
5

152

184

= 13.56
= 13.6 ( satu titik perpuluhan)

CONTOH 2
Pengiraan sisihan piawai bagi set skor yang ada beberapa kekerapan dan tidak terkumpul:
Jadual 7. 6: Skor bagi satu ujian
SKOR X

KEKERAPAN f
2
4
8
4
2
N= 20

70
60
50
40
30

fx

Aplikasi rumus =

52400 1000

20
20

2620 50

=
=

fx
140
240
400
160
60

fx= 1000

fx

x2
4900
3600
2500
1600
900

fx 2
9800
14400
20000
6400
1800

fx

= 52400

2620 2500
120

= 10.95
Tafsiran Prestasi Murid

Sekiranya nilai sisihan piawai ialah 10 dan min bagi skor itu 50, maka
sebaran skor itu dikatakan normal sebab 50% calon yang menduduki ujian itu
berada di atas min dan 50% lagi di bawah min.

Sekiranya nilai sisihan piawai itu kecil iaitu bernilai kurang daripada 10
misalnya 5, maka taburan atau serakan skor itu adalah terkelompok sekitar
min bagi set skor itu. Pencapaian kelompok calon itu dikatakan homogen iaitu
tidak ada perbezaan ketara antara calon. Prestasi mereka hampir sama
antara satu dengan yang lain, kalau tinggi, sama-sama tinggi dan begitulah
sebaliknya.

153

Sekiranya nilai sisihan piawai itu melebihi 10, skor antara calon yang
menduduki ujian itu dikatakan tersebar atau berserakan. Pencapaian calon
menjadi tidak begitu sama (heterogen)

LATIHAN
Berikut ialah data suatu ujian yang sudah diproseskan ke bentuk jadual taburan seperti di
bawah ini.
Jadual 7.7: Skor bagi satu ujian
SELA KELAS
80-89
70-79
60-69
50-59
40-49

NILAI TENGAH X
84
74
64
54
44

f
3
4
8
5
2

a) Apakah nilai Min bagi skor di atas? _______________________


b) Lengkapkan Jadual kekerapan di bawah ini dan kira sisihan piawainya
Jadual 7.8: Skor bagi satu ujian
Jeda
Kelas
80 - 89
70 - 79
60 - 69
50 -59
40 -49

Nilai Tengah x

84
74
64
54
44

3
4
8
5
2
22

fx

x2

fx 2

c) Nyatakan pandangan anda mengenai sebaran/taburan/serakan skor bagi ujian


berkenaan.
______________________________________________________________
______________________________________________________________

154

TUGASAN TERARAH
Sekiranya anda ingin menggunakan program Microsoft Excel untuk
memproses data di atas, anda dipersilakan berbuat demikian.
Tunjukkan hasil kerja iaitu hardcopy kepada pensyarah mentor anda.
Sila semak jawapan anda dengan pengiraan yang dibuat secara manual
untuk soalan di atas.

Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul


Untuk data terkumpul, rumus di atas masih boleh digunakan kecuali nilai X ialah nilai tengah
sela kelas dalam taburan data. Rumus yang digunakan ialah:

Sisihan Piawai, =

di mana

fX
f

fX

ialah jumlah kekerapan

X ialah nilai tengah sela kelas


Mari kita cuba mengira sisihan piawai skor-skor berikut yang diperolehi dalam satu ujian
sains.

Jadual di bawah menunjukkan data terkumpul untuk ujian sains. Kirakan sisihan piawai.

Sela Kelas
40 44
45 - 49
50 - 54
55 - 59

Kekerapan (f)
4
3
4
5

Pengiraan:
Sela
Kelas
40 44
45 - 49
50 - 54
55 - 59

Kekerapan
(f)
4
3
4
5
f=16

Nilai
Tengah(X)
42
47
52
57

fX
168
141
208
285
fX=802

155

X2
1764
2209
2704
3249

fX 2
7056
6627
10816
16245
fX 2
=40744

fX 2

Sisihan Piawai, =

fX

40744 802

16
16

2546.5 2510

36 .5

= 6.04

7.6 Interpretasi Data dan Pelaporan Pentaksiran


Pentafsiran Nilai Sisihan Piawai
Sisihan Piawai adalah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia merupakan sejauh
mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil
sebaran/serakan skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah
berhampiran antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai sisihan
piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar luas
antara satu sama lain (heterogen).
Skor Piawai
Skor Piawai z dan skor piawai T biasanya digunakan untuk membanding pencapaian
seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar yang lain. Skor-z adalah salah satu jenis skor
piawai. yang menunjukkan kedudukan sesuatu skor berkait dengan min taburan berkenaan.
Skor z menyatakan kadar sisihan piawai di atas atau di bawah min.
Rumus untuk mengira skor z ialah

Skor-z =

xx

Skor piawai T ialah skor yang mempunyai min 50 dan sisihan piawainya 10.

Rumus untuk mengira skor-T ialah

Skor T = 50 + 10z

156

Kedua-dua skor piawai itu amat berguna untuk membanding pencapaian antara mata
pelajaran yang min dan sisihan piawa masing-masing berbeza sekali. Sekiranya tidak
ditukar ke skor piawai bagi pelbagai mata pelajaran, maka perbandingan yang dibuat
mungkin kurang tepat.
Pengiraan Skor Piawai

Contoh: Skor-skor untuk 5 orang murid dalam satu ujian ialah 5,8,10,4 dan 3. Cari skor-z
dan skor-t untuk murid yang mempunyai 10 markah.

X =

5 8 10 4 3
5

= 6

Skor (X)

(X-

5
8
10
4
3
N=5

X)

(X-

-1
2
4
-2
-3

1
4
16
4
9
(X -

Sisihan piawai, =

X)

(X X )

X )2 = 34

N
34
5

6.8

= 2.61
Skor-z untuk murid yang mempunyai 10 markah =

(X X )

10 6
2.61

4
2.61
= 1.53
=

157

Skor-T dikira dengan menggunakan rumus berikut:


T = 50 + 10z

Skor-T untuk murid yang mempunyai 10 markah = 50 + 10z


= 50 + 10 (1.53)
= 50 + 15.3
= 65 .3

Contoh 2:
Berdasarkan jadual di bawah ini, pencapaian dalam mata pelajaran manakah lebih baik?
Kita mungkin berkata pencapaian pelajar itu sama baik dalam Perakaunan dan Kimia kerana
markah mentahnya

sama iaitu 80 bagi kedua-duanya. Sebenarnya

perbandingan itu

kurang tepat kerana asas perbandingan tidak mengambil kira min dan sisihan piawai.
Jadual 7.9: Skor bagi satu ujian
Mata Pelajaran

Bahasa Melayu
Matematik
Sains

80
80
66

70
88
56

5
8
5

Apabila data dalam Jadual 7.9 di atas ditukar ke bentuk skor piawai, maka intepretasi kita
mungkin berubah.
Proses pertukaran skor pelajar Y ke skor piawai: Pertama kirakan skor-z dan selepas itu
kirakan skor-T dengan menggunakan rumus-rumus yang berkenaan.

1.

Skor-Z dalam Bahasa Melayu =


=

xx

80 70
10
=
5
5

= +2
Skor-T dalam Bahasa Melayu = 50 + 10Z
= 50 + (10 x 2)
= 50 + 20
= 70

158

2.

Skor-Z dalam Matematik


=

8
8

80 88
8

= -1

Skor-T dalam Matematik= 50 + 10 ( -1)


= 50 + (-10)
= 50 - 10
= 40
3.

Skor-z dalam Sains

66 56
5

= +2
Skor-T dalam Sains

= 50 + 10 (+2)
= 50 + 20
= 70
Jadual 7.10: Skor bagi satu ujian
Skor piawai

Mata Pelajaran

Bahasa Melayu
Matematik
Sains

80
80
66

70
88
56

5
8
5

Skor-z
+2
-1
+2

Skor-T
70
40
70

Terbuktilah bahawa prestasi pelajar Y tersebut adalah sama baik dalam Bahasa Melayu dan
Sains kerana skor piawainya 70. Pelajar ini mendapat skor piawai yang rendah ialah 40
walaupun skor mentahnya ialah 80 jauh lebih tinggi daripada Sains iaitu 66. Malah, nilai
negatif 1(-1) bagi Matematik menampakkan pencapaian pelajar itu dalam Matematik adalah
di bawah min dan sekiranya markah lulus ialah 50, maka pelajar itu dikatakan gagal dalam
Matematik.

159

Pengukuhan Diri:
Jadual di bawah ini menunjukkan pencapaian murid M dalam dua mata pelajaran.

Murid M
Skor mentah (X)

Matematik
60
45
5

(a)

Bahasa Inggeris
50
40
8

Kirakan skor-z dan skor-T murid M bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris dengan melengkapkan Jadual di bawah:
Murid M
Skor mentah (X)

Matematik
60
45
5

Bahasa Inggeris
50
40
8

z
T
Skor piawai

(b)

Dalam mata pelajaran manakah murid M lebih baik?

Maklum balas prestasi murid kepada pihak tertentu

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maklum balas daripada guru adalah
penting. Terdapat empat jenis

maklum balas iaitu maklum balas prestasi

(performance feedback), maklum balas motivasi (motivation feedback), maklum


balas attribut (attributional feedback) dan maklum balas strategi (strategy feedback)
(Pintrich & Schunk, 1996).
Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu tentang
kesesuaian tindakan atau respons mereka. Ia sebahagian daripada proses
komunikasi

biasa

dan berfungsi sebagai pengawalan. Maklum balas adalah

160

maklumat yang membolehkan pelajar menyemak prestasi mereka dan memantau


kemajuan

pembelajaran. Ia diberi selepas pelajar

terhadap suatu tugasan pembelajaran. Pelajar

berusaha memberi respon

perlu tuju hala tambahan

serta

penerangan lanjut untuk meneruskan pembelajaran. Dalam bilik darjah, apa jua
bentuk komunikasi yang cuba memberi maklumat kepada pelajar tentang prestasi
pelajar dalam situasi pembelajaran dirujuk kepada maklum balas.

Maklum balas prestasi merupakan maklum balas guru terhadap tahap ketepatan
dan kemajuan dalam ujian, peperiksaan, dan tugasan yang dilakukan oleh murid. Ia
juga melibatkan pembetulan kesilapan mereka dalam melakukan tugasan tersebut.
Jenis pemarkahan biasanya dalam bentuk markah mentah dan gred. Maklum balas
yang menyatakan bahawa pencapaian di dalam ujian, peperiksaan dan tugasan
murid adalah dipercayai dapat meningkatkan motivasi murid . Ini kerana ia
menyebabkan murid merasa lebih kompeten dan mampu meneruskan pembelajaran
pada masa hadapan. Maklum balas yang menyatakan kesilapan mereka dalam
menjawab soalan dan tugasan juga dipercayai mampu meningkatkan motivasi murid
sekiranya disusuli dengan pembetulan yang sepatutnya. Ini kerana murid percaya
bahawa mereka boleh meningkatkan prestasi mereka dengan mengikuti pembetulan
yang disediakan oleh guru.

Maklum balas merangkumi


komen-komen

keputusan peperiksaan yang diberi kepada pelajar,

yang dicatat pada kertas ujian,

kata-kata daripada guru tentang

prestasi kerja pelajar dan komen-komen mengenai pembelajaran sesuatu kumpulan


atau individu.

Dari perspektif kognitif, maklum balas dianggap sebagai satu punca maklumat yang
perlu untuk

verifikasi, huraian, pembentukan konsep dan adaptasi metakognitif

Mengikut Guskey (2001), maklum balas haruslah diagnostik, preskriptif dan sesuai
untuk aras pembelajaran pelajar. Seperti yang kita tahu, maklum balas bukan hanya
merupakan pemerosesan maklumat tetapi ia harus mempunyai pengaruh terhadap
proses-proses afektif dan motivasi pelajar. Maklum balas dalam bentuk isyarat,
penglibatan

dan

peneguhan

pengajaran. Ia merupakan

adalah

unsur-unsur

untuk

menentukan

mutu

aspek penting untuk menambahbaik pengajaran dan

prestasi.

161

Antara jenis maklum balas yang paling biasa digunakan ialah maklum balas positif
dan negatif, maklum balas jenis menilai dan tanpa penilaian ,maklum balas lisan dan
tidak lisan. Kita akan membincang setiap jenis secara ringkas.

Maklum balas positif digunakan untuk memberi maklumat kepada pelajar mengenai
aspek yang sesuai dan betul tentang pembelajaran atau prestasi. Guru-guru boleh
memberi respons lisan untuk memaklumkan bahawa pelajar menjawab dengan betul
atau mencatat komen-komen yang menggalakkan dalam buku kerja. Kadang kala
guru-guru

memberi maklum balas negatif untuk memaklumkan

pelajar bahawa

jawapan mereka tidak betul. Sebagai contoh, guru boleh menyatakan bahawa
jawapan tidak betul atau membetulkan kesilapan-kesilapan ejaan dalam tugasan.
Maklum balas ini adalah efektif dalam jangka masa pendek tetapi tidak seharusnya
menggunakannya dengan kerap.

Maklum balas jenis menilai mengandungi nilai penghakiman implicit atau eksplisit
mengenai prestasi yang diperhatikan. Sebagai contoh, pernyataan seperti baik
atau lemah adalah berbentuk penilaian. Ia boleh dinyatakan secara lisan dengan
senyuman untuk menunjukkan prestasi pelajar atau bermasam muka menunjukkan
keadaan

tidak senang hati. Disebaliknya, maklum balas tanpa penilaian

menumpukan kepada kriteria sebenar. Sebagai contoh, anda mungkin kata Anda
memperoleh 9 daripada 10 untuk tugasan ini tanpa membuat penghakiman sama
ada skor adalah baik atau lemah.

Selain daripada itu, maklum balas lisan dan tanpa lisan diberi untuk memaklumkan
pelajar-pelajar
komunikasi

tentang betul atau tidak betul

lisan seperti senyuman atau

jawapan mereka. Ini termasuk

bermuka masam secara tindakbalas

terhadap prestasi pelajar.

Secara umumnya, selepas apa jua tugasan atau penilaian yang dilaksanakan, guruguru harus menganalisis

prestasi pelajar dan memberi maklum balas tentang

kesesuaian dan mutu tugasan pelajar atau prestasi penilaian. Ia bermakna kerana ia
bukan sahaja memberi maklumat tentang kemajuan kepada pelajar tersebut tetapi
kepada semua pelajar yang memerhati pelajar menerima maklum balas tersebut.

Maklum balas akan berkesan jika ia berdasarkan kepada analisis tepat

tentang

prestasi pelajar dalam situasi pembelajaran. Dengan maklum balas, pelajar-pelajar


dapat menilai kemajuan pembelajaran dan merancang modifikasi dan pembetulan

162

yang

boleh dibuat pada peringkat

pembelajaran yang berikut.

Maklum balas

haruslah semerta untuk mengelakkan pelajar daripada mengamalkan kesilapankesilapan yang sama. Tambahan pula, maklum balas harus spesifik, dan bukan
umum

supaya pelajar perlu tahu

secara eksplisit

aspek-aspek yang perlu

ditambahbaik.

Maka, semua guru perlu menggunakan satu pelan penilaian yang sistematik dalam
mentadbir penilaian yang sesuai, mengesan kemajuan dengan menganalisis prestasi
dan memberi maklum balas kemajuan kepada pelajar. Apabila maklum balas yang
berkesan diperolehi, banyak pengubahsuaian dan modifikasi dilaksanakan oleh guru
untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran.

Rekod dan Pelaporan Pentaksiran


Semua maklumat daripada pentaksiran bilik darjah harus direkod untuk membantu
guru

merancang pengajaranpembelajaran

membuat

tindakan

susulan

dan

pelaporan.

Merekod merupakan aktiviti mencatat maklumat secara tertib untuk memperjelaskan


tahap perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar.

Maklumat

yang tercatat dalam rekod perlu jelas dan dikemaskinikan agar guru dapat membuat
keputusan yang wajar. Maklumat dalam rekod hendaklah ditafsirkan dan dianalisis
agar tindakan susulan dapat diambil oleh guru. Guru boleh memastikan agar murid
yang lemah

dalam pembelajaran diberi aktiviti pemulihan manakala murid yang

pintar diberi aktiviti pengayaan.

Maklumat yang direkod boleh dibuat dalam bentuk

pernyataan misalnya ditulis dalam rekod Seorang murid yang cemerlang

simbol: contoh: atau X untuk menyatakan betul atau salah


markah: contoh: 80% untuk menunjukkan markah yang diperoleh ialah 80 per
seratus.
Gred: contoh A, B, C atau I, II, dan III.

Terdapat beberapa jenis rekod, antaranya buku catatan guru, rekod prestasi, laporan
kemajuan murid, senarai semak, sijil penghargaan, rekod profil, buku rekod mengajar
dan sebagainya.

163

Aktiviti merekod dilakukan dari masa ke masa supaya maklumat menyeluruh tentang
tahap perkembangan, pencapaian atau prestasi pelajar dapat dibuat rujukan oleh
pihak yang berwajib seperti PIBG, Guru Besar, Pegawai di Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pihak Kolej Matrikulasi, Maktab, Politeknik,
Universiti dan sebagainya.

Melapor adalah suatu proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke masa
tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.

Maklumat untuk tujuan pelaporan boleh diperoleh daripada rekod penilaian seperti
rekod profil murid, rekod prestasi, rekod mengajar guru dan sebagainya. Pelaporan
seperti ini perlu dilakukan selalu untuk disampaikan kepada pihak yang ingin
mengetahui tentang kemajuan, kelemahan dan bakat seseorang murid. Ibu bapa dan
pihak lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, agensi
swasta dan awam memerlukan maklumat ini untuk kepentingan masing-masing.

Tujuan pelaporan dibuat adalah untuk pihak atasan membuat keputusan yang wajar
dari segi penempatan pelajar dalam pelbagai aliran pembelajaran seperti aliran
Sains, Sastera, Perakaunan).

Pelaporan dibuat juga dengan tujuan untuk membolehkan guru mengambil tindakan
susulan iaitu menentukan sama ada seseorang pelajar perlu diberi aktiviti pemulihan
ataupun pengayaan. Pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan murid-murid
boleh dilaporkan supaya tindakan susulan boleh dilaksanakan.

Pelaporan mengenai prestasi pelajar dibuat antara ibu bapa, pelajar dan guru dalam
konferens merupakan cara yang berkesan. Untuk guru, pelaporan dapat:

Membolehkan

tanggungjawab

pembelajaran

pelajar,

pentaksiran

dan

pelaporan dikongsi bersama antara guru, ibu bapa dan pelajar

Mengukuhkan

komunikasi dengan ibu bapa melalui perbincangan hasil

pembelajaran dalam kurikulum serta bagaimana pelajar berkembang

Untuk pelajar, pelaporan bersama tiga pihak dapat:

Merangsang konsep kendiri melalui peluang berkongsi pencapaian dan


kemajuan pembelajaran dalam satu persekitaran positif

164

Melibatkan pelajar secara langsung dalam pentaksiran dan membolehkan


mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka

Member autoriti kepada pelajar untuk memandu arah diri ke arah pencapaian
hasil pembelajaran kurikulum

Untuk ibu bapa pula, pelaporan sebegini dapat:

Meningkatkan pemahaman mereka tentang pembelajaran dan pentaksiran


dalam pendekatan berasaskan hasil

Memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses


pelaporan, bukan hanya member respons kepadanya

Membekalkan bukti untuk menyokong laporan bertulis

Pelaporan harus meliputi:

Pencapaian pelajar dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap

Kekuatan dan kelemahan pelajar

Cadangan mengatasi kelemahan pelajar dan mempertingkatkan lagi


pembelajaran
(New South Wales Department of School Education, 1997)

Pelaporan dibuat secara lisan dan bertulis dalam bentuk pernyataan dan gred.
Perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar tidak diperlukan.
Pelaporan secara umumnya memberi gambaran menyeluruh tentang perkembangan
pelajar dalam penguasaan ,pencapaian

pengetahuan dan kemahiran ,sikap dan

amalan.

Antara rekod pelaporan termasuklah:

rekod kemajuan murid

rekod anekdot

senarai semak kemahiran

Rekod kemajuan merupakan rumusan penilaian kemajuan pembelajaran murid


yang akan digunakan maklumatnya oleh ibu bapa dan guru untuk memandu arah
pembelajaran dan perkembangan murid.

Rekod kemajuan boleh menggunakan sistem markah di mana rumusan penilaian


terdiri daripada gred dan peratusan, sistem lulus atau gagal dan senarai semak
kemahiran. Gred boleh dalam bentuk A, B, C dan D untuk menggredkan prestasi

165

murid . Terdapat juga bentuk numerical yang bersamaan dengan A

seperti 90-

100%; B: 80 89%; C: 70 79% ; D:60 69% dan E : 50 -59% dan F: kurang


daripada 50%.

Tambahan pula, peratus juga digunakan dalam rekod kemajuan. Ini terutamanya
dalam ujian di mana peratus jawapan yang dijawab dengan betul. Contohnya, dalam
ujian Matematik berbentuk objektif, jumlah peratus item yang dijawab dengan betul.
Contohnya, 93% yang diperolehi daripada ujian tersebut akan dicatatkan dalam
rekod kemajuan. Skor ini mudah dikira, rekod dan boleh digabungkan untuk
mendapat peratus keseluruhan pada akhir peperiksaan.

Satu alternatif kepada rekod kemajuan yang tradisional ialah senarai semak yang
boleh digunakan untuk memberi maklumat tentang prestasi kemahiran dalam setiap
aspek pembelajaran. Guru menyediakan satu set pernyataan yang menerangkan
aspek prestasi murid dan satu ruang untuk ditanda oleh guru (/) semasa menaksir
tingkahlaku yang dipamerkan oleh murid berkenaan.

Selain itu, pelaporan boleh

dinilai berdasarkan kepada skala pencapaian di mana guru tanda mengikut tahap
pencapaian murid tersebut.

Selain itu, huraian bertulis dalam bentuk anekdot boleh digunakan. Ia mengandungi
komen dan pernyataan tentang prestasi setiap murid secara individu. Rekod
anecdotal ini berkesan kerana huraian akan menonjolkan kekuatan dan kelemahan
murid. Maklum balas cara ini memberi maklumat yang amat berguna dan bermakna
kepada murid untuk menambahbaik kelemahan mereka

Kini dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah, pelaporan murid dalam bentuk


laporan deskriptif dan formatif dapat diperoleh melalui Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) pada bila- bila masa sekiranya
diperlukan.

Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada

Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base).

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid
mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki,
bagaimana

perlu

diperbaiki

untuk

166

memberi

hasil

yang

lebih

baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan
perkembangan

pembelajaran

mereka.

Keadaan

inilah

yang

memberi

motivasi kepada pelajar untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di
masa hadapan.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pentaksiran


Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) dalam proses pentaksiran
kian diberi perhatian. Kini istilah pentaksiran berasaskan web digunakan dan ia
merangkumi pelbagai kegiatan di mana teknologi digital digunakan dalam aktivitiaktiviti yang terdiri daripada perancangan dan penggubalan instrumen pentaksiran,
pemeriksaan

oleh komputer dan alat-alat atas talian. Ia juga melibatkan semua

proses perekodan dan pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang


berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses pentaksiran secara elektronik yang
mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan
aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Oleh itu, Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah(SPPBS) juga menggunakan TMK untuk pelaporan
markah kepada murid dan pihak berkenaan seperti ibu bapa. Penggunaan teknologi
dicadangkan untuk diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah.

Murid boleh melaksanakan pentaksiran ini pada bila-bila masa di mana sahaja
mengikut kesesuaian masa murid itu sendiri. Bull (1999) telah mendapati bahawa
murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer kerana dapat memberi
maklum balas serta membuat analisis statistik dengan cepat dan tepat berikutan dari
penandaan secara automatik. Penggunaan teknologi maklumat dan pembelajaran
berasaskan web dapat membantu ke arah pentaksiran pengajaran dan pembelajaran
yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000). Menurut Vendlinski dan Stevens
(2002) pula, teknologi menawarkan kaedah pengukuran baharu bagi mentaksir
pembelajaran yang berupaya memberikan maklum balas serta merta prestasi
pencapaian murid.

Pentaksiran berasaskan web membolehkan guru untuk membina instrument


pentaksiran, membentuk bank soalan dan menyediakan ujian formatif dan sumatif
atas talian (Liang & Creasy, 2004). Sistem sebegini member peluang kepada guru
untuk mengurus, menyusun dan memuat naik bahan pengajaran dan pentaksiran

167

berasaskan kurikulum dan keperluan murid. Guru dan murid boleh menggunakan
keputusan

yang

dijana

secara

automatic

untuk

membuat

refleksi

agar

menambahbaik pencapaian murid. Penggunaan teknologi juga akan member


peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara online dengan guru mengenai
mata pelajaran yang diajar serta memberi maklum balas serta merta (Vendlinski &
Stevens, 2002).
Portfolio Elektronik
E-portfolio atau portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan
menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web
ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM). E-portfolio merupakan
satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang
tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun
organisasi. E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkan perkembangan diri
dan pengetahuan individu. Berdasarkan tugasan yang dilakukan ,e-portfolio sangat
berguna kepada pelajar untuk menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari.
Justeru itu, e-portfolio bolehlah dikatakan sebagai buku elektronik peribadi kepada
mereka yang membangunkanya. Misalnya untuk guru, e-portfolio boleh digunakan
sebagai medium pengajaran. Ia membolehkan guru dan pelajar untuk berkolaborasi
dan memberi peluang kepada guru untuk membekalkan contoh-contoh hasil kerja
pelajar yang konkrit serta mempunyai hubungan jelas dengan hasil pembelajaran
kurikulum. Manakala bagi pelajar , e-portfolio boleh digunakan sebagai tempat untuk
menyimpan segala bahan pembelajaran dan hasil pentaksiran.

Ia juga member

peluang

dan

pelajar

untuk

membuat

refleksi,

menilai

kendiri

memantau

perkembangan diri dalam pembelajaran.

Jika e-portfolio digunakan untuk pentaksiran untuk pembelajaran, ia seharusnya


membolehkan pelajar untuk menceritakan pembelajaran mereka. Ia satu kaedah
untuk menyimpan hasil kerja mereka dan boleh dijadikan evidens pentaksiran dalam
merekod perkembangan murid. Ini seterusnya akan menggalakkan fasa refleksi dan
pembelajaran secara mendalam(deep learning) (Barrett & Carney, 2005)

Penutup
Secara keseluruhan, bab 7 telah membincangkan konsep-konsep asas pentaksiran
dalam pendidikan, prinsip dan ciri-ciri utama pentaksiran, pentaksiran sekolah rendah
dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Konsep asas tentang perangkaan
asas dalam pentaksiran seperti kekerapan, ukuran

168

kecenderungan memusat,

sisihan piawai dan skor piawai turut diterangkan. Bab berakhir dengan interpretasi
data dan pelaporan data serta perbincangan tentang penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pentaksiran.

Rujukan
Barret, H.,& Carney, J. (2005) Conflicting paradigms and competing purposes in
electronic portfolio development Retrieved 20 June 2005, from
http://electronicportfolios.org/portfolios/LEAJournal-BarrettCarney.pdf,
Bennett, M. 2000. Assessment to promote learning. The Law Teacher 34 (2) : 167 174.KA1 JALT (LW Cur Periodical)
Bahagian Pendidikan Guru.(2005). Unit 3 Penilaian. Dalam Modul LPBS.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Bahagian Pendidikan Guru. (2000). Modul 3: Ilmu Pendidikan, Pengetahuan dan
Ketrampilan Ikhtisas. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Bull, J. (1999) Update on the National TLTP3 Project The Implementation and
Evaluation of Computer-assisted Assessment, in: M. Danson (Ed.), 3rd
International CAA Conference,Loughborough University, 1617 June 1999.
Guskey, T. R. (2001). Mastery learning. In J. S. Neil & B. B. Paul (Eds.), International
Journal of the NUS Teaching Academy Encyclopedia of the Social & Behavioral
Sciences (pp. 9372-9377). Oxford: Pergamon.
Liang, X. & Creasy, K. (2004). Classroom assessment in web-based instructional
environment: instructors experience. Practical assessment, research &
evaluation,
9(7).
Retrieved
April
8,
2009
from
http://PAREonline.net/getvn.asp?v=9&n=7.
New South Wales Department of School Education.(1997). Strategies for
assessment and reporting primary schools. NSW: Department of School.
Pintrich, P. R., & Schunk, D. H. (1996). Motivation in education: Theory, research and
applications. Englewood Cliffs: Prentice-Hall Inc.
Vendlinski, T. & Stevens, R. (2002). Assessing student problem-solving skills with
complex computer based tasks. Journal of Technology, Learning and
Assessment,
1(3).
Retrieved
November
20,
2008,
from
http://escholarship.bc.edu/jtla/vol1/3

169