BAPA KEMERDEKAAN
Nama : Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Tarikh dan Tempat Lahir : 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana
Pagoda).
Kelulusan dan Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Pengalaman dan Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim
dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden
Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian
Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah
disemadikan di Makam Di Raja Langgar.
BAPA PEMBANGUNAN
Nama : Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein
Tarikh dan Tempat Lahir : 11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Kelulusan dan Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan.
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK.
1940 - Raffles College Singapura - Pentadbiran
1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang.
1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.
Pengalaman dan Kerjaya :
1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan - bertanding pilihanraya pertama dan menang,
Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yang menentukan sistem
Pelajaran Negara pada 16.05.1956. Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha
gigih beliau naikkan taraf luar bandar.
1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yang berhemah
tinggi, jujur dan amat disegani.
14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazahnya
dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
BAPA PERPADUAN
Nama : Tun Hussein bin Dato Onn
Tarikh dan Tempat Lahir : 12 Februari 1922, di Johor Bahru.
Kelulusan dan Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge.
1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India.
1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.
Pengalaman dan Kerjaya :
1942 - Bertugas di Mesir.
1945 - Pemerintah Polis Depot, Johor Bahru.
1946 - Masuk UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama.
1950 - ADO, Kuala Selangor, Klang.
1970 - Menteri Pelajaran.
1973 - Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri.
1976 - Perdana Menteri Malaysia Ketiga.
1981 - Bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia.
29 Mei 1990, Tun Hussein Bin Dato Onn kembali kerahmatullah di rmahnya, di Kuala
Lumpur. Terkenal seorang yang berhemah tinggi, merendah diri, jujur dan amat disegani.
Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
BAPA PEMODENAN
Nama : Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad.
Tarikh dan Tempat Lahir : 20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah.
Kelulusan dan Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar.
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran
Perubatan MBS - 1953.
Pengalaman dan Kerjaya :
1945 - Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO.
1954 - Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis.
1957 - Membuka klinik sendiri di Alor Setar.
1964 - Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.
1973 - Dilantik Pengerusi FIMA.
1975 - Naib Presiden UMNO.
1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri.
1981 - Perdana Menteri Malaysia Keempat