Anda di halaman 1dari 7

Nugget/Hot Dog masak 3 rasa

Menu

Bahan-bahan;
Sosej (daging atau ayam)
- direbus terlebih dahulu hingga masak, tos dan ketepikan.
* Sebiji bawang besar
* 3-4 ulas bawang putih
* Sedikit halia
Sos tomato secukup rasa
Sos cili secukup rasa
Lada sulah
1/2 biji lemon
Gula dan garam
Sidekicks;
Ikut suka masing-masing la. Well in this case, Ibu cuma guna 2 batang celeri yang dipotong serong dan
lada benggala (merah & hijau).
Cara-caranya;
1- Semua bahan * dikisar dan ditumis hingga harum.
2- Setelah itu masukkan sos tomato dan sos cili.
3- Masukkan juga sedikit air jika sos terlalu pekat.
4- Masukkan sidekicks dan gaul serata dengan sos.
5- Masukkan sosej lalu perasakan dengan garam, gula dan lada sulah.
6- Perahkan SEDIKIT jus lemon dan gaul serata.
7- Dah siappppp...

Nota kaki;
1) Memandangkan target utama adalah untuk kanak-kanak yang "tidak tahan pedas", so Ibu masukkan
sedikit lada sulah untuk memberikan aroma yang lebih wangi serta sedikit rasa "pedas" (sikit je
pedasnya)
2) Jika menggunakan nugget, hanya perlu goreng dahulu

Ayam Masak Tomato


Bahan-bahan;
Ayam
- Ibu cuma guna bahagian peha dan kepak, anggaran dalam 30 ketul
* 2 biji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Sedikit halia
- Semua bahan * dikisar hingga halus
Tomato puri 2 tray
- Anggaran dalam 400-500grams, juga dikisar halus
3 sudu makan sos tomato
Gula
Garam
2-3 batang kayu manis
Cara-caranya;
1- Perap ayam dengan serbuk kunyit, garam serta sedikit serbuk kari.
(kalau tak suka bau kari, tak perlu la guna serbuk kari)
2- Ayam digoreng separa garing, toskan minyaknya dan ketepikan.
3- Tumis bahan kisar * hingga naik bau.
4- Masukkan pula pes tomato puri yang telah dikisar halus dan masakkan sehingga separa kering atau
sehingga mendapat kepekatan yang dihajati.
5- Untuk mendapatkan warna merah yang lebih cantik, masukkan sos tomato.
(pes tomato asli tidak berapa merah sangat sebenarnya)
6- Kemudian masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi bersama kayu manis.
(fungsi kayu manis, untuk aroma yang lebih wangi)
7- Perasakan dengan garam dan gula.
8- Gaul serata, selesai sudah.

Nota kaki;
Semasa pes tomato hampir mengering ia akan lebih kerap memercik, jadi dinasihatkan agar lebih
berhati-hati. Nanti ada pulak yang berbalut tangan. Kan ke haru...

RESEPI AYAM KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN

500 gm ayam (bahagian paha )


4 sudu teh lada putih
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar madu
150 gm halia (dikisar halus )
100 gm bawang putih (dikisar halus )
100 gm bawang merah (dikisar halus )
50 gm daun sup (dihiris halus )
50 gm daun bawang (dihiris halus )
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1. Bersihkan ayam dan gaul bersama bahan-bahan yang telah dikisar


2. Masukkan dan gaul dengan lada putih ,minyak bijan dan madu
3. Biarkan seketika selama sejam
4. kemudian kukus ayam tersebut sehingga masak

Sambal Belacan

Bahan-bahan:

3 tangkai cili merah


4 tangkai cili padi - tambah ler lagi kalau nak berasap telinga

seketul belacan- belacan tanjung dawai yg sangat la sodap


limau nipis
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam

* sukatan utk gula,garam dan limau nipis tu kena pandai agak2 sendiri, kadang boleh kurangkan,
kadang kena lebihkan
Cara-caranya :

Patah-patahkan cili merah dan cili padi


Masukkan dalam bekas blender kering bersama belacan, gula dan garam. Blend
Blend kejap jer tau.
Perahkan jus limau nipis. Slelaunya cikgu akan perah sampai sambal tu nampak berair
cikit.
Gaul dan rasa.
Kalau masam sangat, tambah gula cikit. Kalau termanis sangat tambah garam dan jus
limau cikit. Alah pandai2la ejas. Korang kan teror masak, cikgu amatur jer. Mak budak
baru belajar la katakann hehehe

sebelum dihidangkan simpan dulu dalam peti. Kalau nak makan tengahari, pagi cikgu dah buat
sambal ni. Lebihan sambal ni boleh disimpan dalam bekas bertutup. Seminggu pun sodap lagi
hohoho

SAMBAL TUMIS SOTONG DENGAN PETAI


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor sotong saiz besar - hiris kecil
5 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili kisar secukupnya - ikut pedas disukai
Petai - buang kulit dan belah
1 asam keping
Gula
Garam
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang bawang yang dikisar dan cili kisar sehingga ianya benar benar
garing.
Masukkan petai dan gula. Kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
Akhir sekali masukkan asam dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Saya tak memasukkan air kerana
sotong mengeluarkan air yang banyak

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn


Oleh: Azie Kitchen
Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam
kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan
sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer.
Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu
masak berwarna keemasan.
Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah
warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak
keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing
dan naik bau.

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk
lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau
margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan
sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann

Anda mungkin juga menyukai