Anda di halaman 1dari 13

Simen

Simen bertindak balas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponenkomponen konkrit.
Terdapat pelbagai jenis simen seperti:
o Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan;
o Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)
o Simen bewarna;
o Simen cepat mengeras.

Batu-baur

Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam
bancuhan konkrit. Ia biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan:
1. Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi 5mm.
Ia boleh didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.
2. Batu baur kasar: Saiznya antara 5 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari
kuari.
Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit

Air
Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit:
1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.
2. Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
3. Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam sime untuk mengikat semua batu
dalam bancuhan konkrit.

Sifat konkrit

Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam
pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.
Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau
serangga lain.
Konkrit boleh dibancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut
acuan.
Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

Kualiti campuran konkrit bergantung kepada:

Kualiti bahan-bahan bancuhannya.


Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir:
batu baur) ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.
Cara mencampur dan mengangkut.
Kualiti acuan yang digunakannya.
Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.
Pengawetan yang digunakan.

Jenis konkrit
Konkrit biasa

Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.


Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive
stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).
Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak
tembok, lantai atas tanah.

Konkrit bertetulang

Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli
didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.
Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

Konkrit tuang dahulu

Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam bengkel atau tapak
pembinaan dengan kuantiti yang banyak.
Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih
dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

Konkrit tegas-dahulu

Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan


tinggi.
Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung
beban yang lebih tinggi.
Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,
Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:
1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu
hujung lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit
dituang.
2. Tegas kemudian (post-tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan
sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos
dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang
kemudiannya.
Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya
panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb.

Konkrit ringan

Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen
perangkap udara (seperti CO2) supaya hasilnya lebih ringan.
Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur
yang tidak memegang beban

Konkrit selular

Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang kosong diantaranya bagi
membolehkan rumput atau tumbuhan hidup.
Kegunaanya utamanya adalah untuk menyokong cerun bukit. Juga digunakan bagi
kawasan letak kereta (occasional use), driveway;
Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya.

Konkrit in-situ

Merupakan permukaan kejur yang paling murah;


Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik dan mudah retak;
Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan letak kenderaan;

Konkrit pre-cast

Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di kilang;


Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan;
Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak kenderaan.

Konkrit mampat giling


Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah satu konkrit kaku
kandungan simen rendah yang diletakkan dengan menggunakan teknik yang dipinjam
daripada kerja tanah dan penurapan. Konkrit diletakkan pada permukaan yang hendak
dilitupi, dan ia dipadatkan pada tempatnya dengan menggunakan jengiling (jentera
pengiling), penggolek berat besar yang lazimnya digunakan dalam kerja tanah. Campuran
konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan akan mengeras bagi membentuk satu kepingan
blok yang teguh. Konkrit mampat giling lazimnya digunakan untuk turapan konkrit,
tetapi juga digunakan untuk membina empangan konkrit, kerana kandungan rendah
simen menghasilkan kurang haba semasa pengerasan berbanding kebiasaanya bagi
penuangan konkrit biasa yang banyak.

Pengukuhan konkrit
Bagi mengukuhkan lantai konkrit, pengeras lantai (floor hardening) boleh
digunakan dalam perapian terakhir lantai konkrit. Pengeras lantai menawarkan
pengukuhan tambahan pada kos yang jauh lebih rendah. Ia juga boleh digunakan bagi
mengukuhkan lantai konkrit sedia ada, dengan itu mengelak keperluan bagi
menggantikan lantai konkrit yang baru.
Selain itu kesemua bahan berasaskan simen mengeras apabila air ditambah
kepadanya dan proses pengeringan bermula. Pengeringan optima simen berlaku dalam
tempoh 28 hari. Pada awalnya kekuatan terbentuk agak pantas; simen mencapai 50%
kekuatannya dalam tempoh 3-5 hari. Bagaimanapun, kekuatan jangka panjang simen
didapati dalam tempoh 28 hari dan memerlukan kelembapan bagi mencapai kekuatan
optimanya. Oleh itu ianya amat penting bagi pembina bagi memahami kaedah perapian
(curing) bahan berasaskan simen.

CIRI-CIRI KONKRIT
Sebagai bahan binaan yg penting, konkrit mempunyai cirinya yg tertentu.
Konkrit yg masih basah dikenali dengan konkrit baharu/ konkrit segar
fresh Concrete dan konkrit yg sudah keras dikenali sebagai konkrit
terkeras.
Ciri utama konkrit segar ialah kebolehkerjaan dan konkrit terkeras ialah
kekuatan dan ketahanlasakan.
A. KEKUATAN

Konkrit terkeras mempunyai kekuatan mampatan yg tinggi.


Kekuatan mampatan konkrit ialah beban mampatan maksimum yg boleh
ditanggung per unit luas.
Kekuatan konkrit yg tinggi boleh dicapai dgn menggunakan bahan yg bermutu,
nisbah bancuhan dan kaedah penyediaan yg betul. Selain itu proses
kuring/pengawetan juga boleh mempengaruhi kekuatan konkrit.

Faktor yang mempengaruhi kekuatan konkrit


a. Kehalusan dan komposisi simen
b. Sifat batu baur yg digunakan.
c. Nisbah air simen.
d. Kaedah penempatan konkrit.
e. Kaedah pemadatan konkrit yg dilakukan.
f. Suhu persekitaran semasa kerja menempatkan
konkrit.
g. Kaedah kuring/pengawetan yang dilakukan.
Kebolehkerjaan ( workability )

Kebolehkerjaan ialah sifat konkrit sama ada senang atau susah untuk dikendalikan
dari peringkat membancuh sehingga ke peringkat pemadatan.

Pengukuran bagi kebolehkerjaan konkrit ialah dengan melaksanakan ujian


kebolehkerjaan konkrit, iaitu :
UJIAN PENURUNAN,
UJIAN FAKTOR PEMADATAN,
UJIAN KEKONSISTENAN VEBE

3 CIRI UTAMA PENGUKURAN KEBOLEHKERJAAN BAGI KONKRIT


Ciri Ciri
Keterangan
1. Ketekalan

Ukur kebasahan dan kebendaliran konkrit.

2. Kemudahgerakan Kebolehan bancuhan konkrit mengalir dengan mudah dan memenuhi kotak bentuk.
3. Kebolehpadatan Kebolehan bancuhan konkrit dipadatkan sepenuhnya dalam masa yang singkat.

KETAHANLASAK (DURABILITY )

Ketahanlasakan ialah rintangan kemerosotan kekuatan konkrit akibat drpd faktor


luaran spt tindakan fizikal dan terbalas kimia.

Faktor dalaman yg mempengaruhi ialah terbalas alkali silika yg sedia ada dlm
konkrit.

Nisbah dan kualiti bancuhan yg digunakan mempengaruhi ketahanlasakan konkrit


terhadap perubahan cuaca, serangan kimia dan api. Penyarapan air dan
kebolehtelapan yg tinggi juga akan mempengaruhi ketahanlasakan konkrit.

NISBAH BANCUHAN DAN KEGUNAANNYA


KEKUATAN MAMPATAN
NISBAH
KONKRIT PADA HARI JENIS
BANCUHAN
KE 28 [ N /mm 2 ]
BINAAN
1:3:6
[ Gred 15 ]

15.0

Lantai tanpa tetulang dan konkrit jisim.

1:2:4
[ Gred 20 ]

21.0

Konkrit bertetulang spt struktur berangka spt tiang dan


rasuk.

1 : 1 1 /2 : 3
[ Gred 25 ]

25.5

Tangki air atau takungan air.

1:1:2
[ Gred 30 ]

30.0

Konkrit prategasan.

Nisbah Bancuhan
Konkrit
Nisbah Bancuhan
Konkrit Nominal

Keterangan

@ Nisbah bancuhan yg biasa ialah 1:2:4 dan 1:3:6


@ Pengukuran/penyukatan bahan menggunakan kaedah
isi padu atau berat.
@ Menggunakan cara tangan ( kaedah insani ) atau mesin.
@ Bancuhan dibuat di tepi tapak pembinaan.

Nisbah Bancuhan konkrit @ Nisbah bancuhan adalah mengikut gred spt gred 15,20
Direkabentuk
dan 25 mengikut keperluan reka bentuk.
[ Concrete Mixed Design ] @ Dikenali juga dgn konkrit siap bancuh Ready Mixed .
@ Bancuhan dibuat di loji khas.
@ Sesuai digunakan utk projek pembinaan konkrit spt
jambatan, jalan raya dan lantai.

CARA MENYUKAT NISBAH BANCUHAN


@ Terdapat dua cara utk menyukat nisbah bancuhan iaitu melalui kaedah reka bentuk
bancuhan konkrit bagi konkrit siap bancuh dan kaedah nominal.
@

Kaedah nominal terbahagi kepada dua, iaitu


1. Kaedah Isi Padu : Kaedah ini mengambil kira isi padu konkrit yg perlu
dihasilkan.
2. Kaedah Berat : Kaedah ini menggunakan timbangan berat bagi mendapatkan
jumlah bahan konkrit.

KAEDAH MEMBANCUH KONKRIT


Terdapat 3 kaedah membancuh konkrit yang di praktikkan mengikut keperluan
kerja iaitu :
1. Kaedah Insani @ Tangan @ Tenaga Manusia.
2. Kaedah Mesin @ Mixer.
3. Konkrit Siap Bancuh @``Ready
1.

Kaedah Insani @ Tangan @ Tenaga Manusia.


digunakan utk kerja-kerja kecil.
biasanya menggunakan kotak sukat.

2.

Kaedah Mesin @ Mixer


Cepat dan jenis mesin yg digunakan :
i.) Mesin Campur Jungkit
ii.) Mesin Campur Tetap

3. Konkrit Siap Bancuh @``Ready


- dibancuh di loji dan dihantar ke tapak binaan menggunakan lori
berdram.
- sesuai utk kerja konkrit bagi projek yg besar
KAEDAH MENEMPATKAN KONKRIT
Konkrit yg telah siap dibancuh hendaklah dituang secepat mungkin selepas
dibancuh.
A. Menuang Konkrit
- Kaedah penuangan konkrit boleh dilakukan dgn kaedah mesin atau insani
bergantung pada saiz struktur atau binaan.
-

Kaedah insani lazimnya menggunakan baldi juru bina, kereta sorong atau papan
gelongsor.

Kaedah Mesin, iaitu menggunakan kren bergerak bagi mengangkut crane


bucket.

KAEDAH MENUANG KONKRIT

KAWALAN MUTU KONKRIT

Kawalan mutu konkrit dibuat untuk memastikan konkrit yg dihasilkan bermutu


dan memenuhi piawaian serta sesuai utk pembinaan.

Ujian bagi kawalan mutu konkrit terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :-

1. Ujian Penurunan : dilakukan keatas konkrit segar utk tentukan


kebolehkerjaan/workability.
2. Ujian Pemadatan : dilakukan utk menentukan kekuatan mampatan bagi konkrit.
A. UJIAN PENURUNAN

Tujuan ujian penurunan dilakukan utk mengukur kebolehkerjaan konkrit.


Ujian ini dilakukan terus ditapak bina.
Keputusan ujian dinilai dari segi keadaan penurunan secara fizikal.
Terdapat 3 jenis penurunan yg berlaku iaitu penurunan sebenar, penurunan ricih
dan penurunan runtuh

KEPUTUSAN UJIAN PENURUNAN

Penurunan Sebenar :- iaitu konkrit berkualiti tinggi dgn kejelekitan dan campuran
yg baik.
Penurunan Ricih :- iaitu campuran yg mengandungi kurang simen dan tidak
jeleket.
Penurunan Runtuh :- iaitu konkrit yg bermutu rendah dgn nisbah air simen yg
berlebihan.
Keputusan Ujian Ini Dipengaruhi Oleh :

a. Nisbah air simen yg digunakan.


b. Masa yg diambil selepas konkrit dibancuh.
c. Alat yg digunakan perlu dlm berkeadaan baik.
B. UJIAN MAMPATAN

Ujian ini menggunakan kiub bersaiz 150mm X 150mm X 150mm.


Ujian ini dilakukan dgn menggunakan mesin ujian mampatan dengan
menggunakan unit bacaan P kN.
Kekuatan mampatan konkrit diukur pada kekuatan mampatan ( kekuatan tahan
hancur ) pada hari ke 28.

Kekuatan mampatan ( N/mm2 ) = P/A dimana :


P = Beban yg dikenakan.
A = Luas permukaan kiub.

KADAR NISBAH AIR SIMEN

Nisbah air simen ialah ukuran kuantiti air simen dlm bancuhan konkrit
berbanding dengan kuantiti simen yg digunakan.

Nisbah air simen yg lazim digunakan utk kerja biasa adalah antara 0.45 hingga
0.65.

Cara pengiraannya :Nisbah air simen = Berat Air / Berat simen.

4.6 KONKRIT BERTETULANG

Struktur binaan konkrit kuat dari segi daya mampatan tetapi lemah kepada daya
tegangan.
Oleh itu struktur konkrit perlu dipasang tetulang bagi merintangi daya tegangan
yang dikenakan.
Konkrit ini dikenali sebagai konkrit bertetulang.

JENIS TETULANG
Tetulang merupakan bahan utama utk menerima daya tegangan di dalam struktur
konkrit bertetulang.

Sifat tetulang yg mempunyai daya tegangan yg tinggi dan mampu menjadikan


konkrit tahan pada daya tegangan.

Jenis tetulang yg biasa digunakan adalah seperti berikut :JENIS TETULANG


KETERANGAN

1. KELULI LEMBUT /
MILD STEEL
(R)

Mempunyai kekuatan Gred 25 berdasarkan tegasan alah 250 N/mm2


Digunakan untuk tetulang pencekak / Link bagi kerja kecil spt tiang.

2. KELULI TEGANGAN
TINGGI /
HIGH YIELD STEEL
(Y)

Tegasan alah yg tinggi.


Digunakan sebagai tetulang utama dlm struktur konkrit bertetulang.

3. TETULANG ANYAMAN /
BRC

Tegasan alah 510 N/mm2.


Juga dikenali sebagi tetulang jejaring.
Diguna untuk papak konkrit yang luas spt pembinaan lantai.

BINAAN BERANGKA
Konsep binaan ini dinamakan binaan berangka.

Struktur dlm binaan ini mempunyai fungsi utk menanggung beban yg dikenakan
dan seterusnya mengagihkan serta menyebarkan beban tersebut ke tanah.

Jenis beban yg diterima oleh struktur ini ialah : BEBAN MATIBEBAN


HIDUPBEBAN ANGINBEBAN SALJI.

Struktur bangunan terdiri daripada asas, tiang, rasuk, papak lantai dan rangka
bumbung.

JENIS-JENIS BEBAN
JENIS BEBAN

KETERANGAN

Beban Mati

*Berat beban struktur binaan itu sendiri.

Beban Hidup

*Beban yg boleh dipindahkan.


*Contoh spt perabot,penghuni bangunan.

Beban Angin

*Daya yg dihasilkan oleh tiupan angin.


*Berubah mengikut kelajuan angin
*Diambilkira dlm mereka bentuk
bangunan.

Rasuk

anggota yg dibina secara mengufuk utk menerima beban


lantai,dinding, bumbung yg kemudiannya memindah dan
mengagihkan beban pada tiang dan seterusnya memindahkan beban
ke asas.

Tiang

= struktur yg dibina secara pugak dan menerima beban secara paksi.


Fungsi tiang ialah mengagihkan beban dari rasuk dan bunbung ke
asas

Lantai

= ialah struktur yg dibina secara mengufuk utk menenggung beban.


Terdapat 2 jenis lantai iaitu lantai bawah padu dan lantai atas.

Lantai atas

Sambungan Binaan = diperlukan apabila pemberhentian sementara dibuat dlm


kerja konkrit terdahulu atau akan disambung pada masa
lain.

lantai atas menggunakan konkrit bertetulang. Jenis tetulang yg


digunakan adalah keluli lembut atau tetulang anyaman BRC
dan mestilah ditutup dgn penutup konkrit.

Kaedah sambungan dibuat dlm 2 cara iaitu :


i. Jika masa terhenti pendek : sebarkan turap simen sebelum sambungan dibuat.
ii. Jika konkrit dahulu telah lama mengeras : kasarkan dahulu permukaan yg hendak
disambung dgn tukul. Kemudian dibina lurah kunci dipermukaan lama dan bolehlah
diturap permukaan tersebut dgn turapan simen.

Penutup Konkrit Concrete Cover = merupakan perlindungan pd tetulang yg


dipasang dlm konkrit utk mengelakkan tetulang daripad berkarat dan rintangan
api semasa kebakaran. Penutup konkrit ini mempunyai ketebalan 25 mm.
Ketebalan ini boleh ditetapkan dgn memasang blok jarak spacer block [ 25 mm
tebal ] yg diikat dibawah tetulang.

Sambungan Pengembangan = ia dibuat apabila binaan besar atau panjang


kerana konkrit mengembang dan mengecut disebabkan oleh :
i. Pengecutan semasa konkrit membeku.
ii. Perubahan cuaca.
iii. Perubahan kandungan air.

Cara atasi adalah dengan membuat sambungan pengembangan dgm membuat lurah utk
mengawal keretakan. Lurah ini kemudiannya diisi dgn bahan kedap sambungan seperti
bitumen.

4.7 KONKRIT PRATEGASAN

Konkrit prategasan adalah suatu bentuk binaan yg terkini dlm bidang kejuruteraan
struktur.

Terdapat 2 kaedah konkrit pra tegasan iaitu :


i.
Konkrit prategangan
ii.
ii. Konkrit pascategangan

Kebaikan konkrit prategasan adalah seperti :


i. Bilangan tetulang boleh dikurangkan sehingga .
ii. Beban dari struktur boleh dikurangkan dengan
pengurangan kuantiti konkrit.
iii. Pembinaan struktur konkrit cepat dan bermutu.

A. KONKRIT PRATEGANGAN

Penghasilan konkrit pra tegangan adalah spt berikut :-

a. Tendon keluli ditegangkan terlebih dahulu


sebelum konkrit dituang.
b. Tendon keluli ditegangkan antara dua penambat hujung.
c. Konkrit dituang di sekeliling tendon.
d. Setelah konkrit mengeras, penambat hujung dilepaskan.
e. Daya tegasan dipindahkan kepada konkrit melalui ikatan
antara keluli dan konkrit.
f. Hujung tendon dipotong setelah hujung tendon ditambat.
g. Proses ini biasanya dihasilkan di kilang dimana kawalan
mutu dijaga.

B. KONKRIT PASCATEGANGAN

Penghasilannya adalah dengan cara menuang konkrit ke dalam acuan dan


membiarkan konkrit mengeras sebelum tendon ditegangkan.

Daya tegangan dikenakan dgn membicu/menarik tendon keluli melawan anggota


konkrit. Kaedah ini sesuai utk konkrit prategasan in situ.[ konkrit dituang di
situ /ditapak ]

Kaedah penghasilannya adalah seperti berikut :


a. Tendon dimasukkan melalui salur/kondiut yg dipasang dalam konkrit.
b. Tendon ditegangkan sehingga mencapai daya tegangan yg direka bentuk dan
dipindahkan pada konkrit melalui penambat khas.
c. Pegangan boleh dilakukan secara serentak atau berperingkat (satu-satu tendon
ditarik)

4.8 KOTAK BENTUK KONKRIT

Kotak bentuk ialah binaan sementara yg direka dan dibina utk menbentuk binaan
konkrit spt tiang, rasuk, asas dan lantai.

Ia dibuat drpd kepingan papan,papan lapis atau kepingan keluli.

Ciri-ciri kotak bentuk adalah spt berikut :

a. Kukuh dan mampu menahan sebarang anjakan.


b. Mempunyai sambungan yg baik.
c. Tidak telap air.
d. Mudah ditanggalkan.
e. Boleh digunakan berulangkali- 3 @4 kali.
f. Mudah dibentuk mengikut rekabentuk.
CARA MEMBINA KOTAK BENTUK
1. Asas
- Pembinaan kotak bentuk bergantung kpd jenis asas.
- Biasanya papan lapis digunakan dan ia disokong oleh beroti.
2. Tiang
- Kotak bentuk tiang dibina berdasarkan saiz reka bentuknya.
- Bahan yg digunakan ialah papan lapis yg dikuatkan dgn pemasangan beroti.
- Komponen pugak dipasang dan dikukuhkan dgn pemasangan beroti pelapik dan beroti
penetap.
3. Rasuk
- Kotak bentuk rasuk lazimnya dibuat menggunakan kepingan papan, papan lapis atau
keluli.
- Kotak bentuk utk rasuk atas mempunyai dua sempadan yg bersebelahan iaitu sisi rasuk
dan bahagian bawah rasuk.
- Manakala kotak bentuk rasuk bumi mempunyai dua bahagian sahaja.
4. Lantai
- Kotak bentuk lantai adalah spt pembinaan lantai kayu yg mempunyai pelantar yg
disokong oleh gelagae dan pelaras yg dipaku terus.
- Kotak bentuk bahagian bawah disokong oleh tiang dan rembat serta diketatkan dgn
menggunakan baji.
- Kayu penyokong mestilah mampu utk menanggung berat konkrit.