Anda di halaman 1dari 3

Mata pelajaran

: Sains

Masa

: 1 jam

Kelas

: Tahun 4

Tema

: Menyiasat Alam Fizikal

Tajuk

: Konduktor dan Penebat

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-muris

dapat :1)

Menerangkan apa itu bahan konduktor

2)

Menerangkan apa itu bahan penebat

3)

Memberikan contoh-contoh bahan konduktor dan penebat

4)

Mengelaskan bahan konduktor dan penebat


Kemahiran proses sains : Mengelas, mengeksperimen
Kemahiran Generik

: Menjana Idea, mencirikan, kemahiran ICT

Bahan bantu belajar

: komputer dan modul online.

Set Induksi (7 minit)


1) Murid mendengar skrip cerita - ada sari kata (Rujuk Lampiran 1)
2) Murid berfikir kenapa kayu yang digunakan oleh Hanif dapat menyelamatkan
rakan-rakannya.

Pencetusan Idea (10 minit)


1) Murid melihat gambar wayar elektrik yang dilukakan penebatnya.
2) Murid menjawab beberapa soalan. (mencungkil idea murid)
3) Murid pilih jawapan yang betul.
4) Soalan 1 : Apakah yang dapat kamu perhatikan kepada wayar itu?
Cadangan jawapan 1 : A) Terdiri daripada 2 bahagian
B) Terdiri daripada 3 bahagian
5) Soalan 2 : Bahan apakah yang digunakan untuk membuat wayar elektrik itu?
Cadangan jawapan 2 : A) Aluminium dan besi
B) Logam dan plastik
6) Soalan 3 : Mengapa wayar itu disalut dengan bahan plastik pada bahagian
luarnya?

Cadangan jawapan 3 : A) Mengelakkan terkena kejutan elektrik


B) Mengelakkan ia terbakar

Penstrukturan Semula Idea (18 minit)


1) Murid-murid diberi penerangan mengenai bahan konduktor dan contohnya.
2) Murid-murid diberi penerangan mengenai bahan penebat dan contohnya.
3) Penerangan diberi melalui slide powerpoint.

Aplikasi Idea (20 minit)


1) Murid-murid menjawab soalan kuiz tentang konduktor dan penebat.
2) Murid-murid mengelaskan bahan-bahan konduktor dan penebat.
3) Murid dapat menilai kefahaman mereka melalui aktiviti tersebut kerana pencapaian
mereka akan disiarkan dalam online selepas mereka habis jawab soalan-soalan
tersebut.

Refleksi ( 5 minit)
1) Murid merumuskan apa yang mereka belajar melalui menjawab beberapa soalan.
2) Soalan 1 : Apa itu konduktor?
Cadangan jawapan : A) Bahan yang mengalirkan tenaga elektrik dinamakan
konduktor.
B) Bahan yang tidak mengalirkan tenaga elektrik dinamakan
konduktor.
3) Soalan 2 : Apa itu penebat?
Cadangan jawapan : A) Bahan yang mengalirkan tenaga elektrik dinamakan
penebat.
B) Bahan yang tidak mengalirkan tenaga elektrik dinamakan
penebat.

4) Apakah yang akan berlaku jika semua benda di sekeliling kita terdiri daripada
konduktor sahaja? Carikan jawapannya..

Lampiran 1
Pada suatu pagi, hujan turun dengan lebatnya, angin bertiup kencang disertai
dengan petir dan guruh yang sabung-menyabung. Ada lima orang sahabat Aiman,
Hanif, Fairuz, Shuhada dan Ela terkandas dalam hujan lebat tersebut. Mereka
berteduh di sebuah perhentian bas.
Tidak berapa lama kemudian, sebatang pokok yang berdekatan tumbang
menimpa wayar elektrik lalu menyebabkan ia putus. Hujung salah satu wayar
tersebut telah mengenai bumbung perhentian bas tersebut. Shuhada yang kebetulan
pada ketika itu sedang bersandar pada tiang perhentian bas itu terkena kejutan
elektrik.
Aiman tanpa berfikir panjang terus menarik Shuhada dengan tujuan untuk
menolong tetapi malangnya dia turut terkena kejutan elektrik tersebut. Sementara
rakan-rakan lain tergamam seketika.
Kemudian Fairuz terpandang batang besi yang berada berdekatan lalu
menghulurkan kepada Shuhada dengan tujuan untuk menariknya tetapi dia juga
turut terkena kejutan. Ela terpaku dengan fikiran yang buntu, namun Hanif tetap
berusaha untuk menolong. Dengan menggunakan ikhtiar yang terakhir dia
mengambil sebatang kayu dan menolak rakan-rakannya ke tempat yang selamat.
Selepas Shuhada, Aiman dan Fairuz salama berada di hospital, Hanif dan
Ela tertanya-tanya sesama sendiri mengapakah batang besi dan batang kayu yang
digunakan dalam usaha menyelamatkan rakannya memberi kesan yang berbeza?
Bolehkah anda membantu Hanif dan Ela mencari jawapan??????

Anda mungkin juga menyukai