Anda di halaman 1dari 11

Bukankah kita pernah berjanji dahulu?

Minta dilahirkan untuk mentadbir bumi,


menjadi khalifah…

Lagu : ElSuraya, Atiqah Rahman


Konsep : Hamba Allah(Indonesia) ?
Design & Rearranged by : nizartwork

additional info http://tasekpauh.blogspot.com/2006/10/pembersihan-aqidah-persoalan-mengenai.html/

Just click and click and click to view


Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil


Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Tak ada lagi guna harta


Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela hidup

Janganlah mahu disanjung-sanjung


Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri


Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Bila Izrail datang memanggil


Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan ‘kan kedinginan

Adakalanya sambil berhibur, bekerja,


berniaga, kita dijemput olehNya untuk
ditanya tentang perjanjian dahulu.
Manusia dengan cita-cita dan peristiwa serta bencana yang datang mendadak.
Bila dia selamat dari satu bencana, yang lain datang menggangunya, dan bila dia
terselamat dari yang itu, bencana lain pula datang mengganggunya.
Apabila ia terselamat dari semuanya, dia pun tua bangka.

Tinggallah segala cita-cita dan impian serta pengharapan


Apabila mati seorang anak
adam, maka terputuslah
segala amalannya,
melainkan tiga perkara:
(iaitu pahala amalannya
yang dilakukannya semasa
hayatnya masih diberikan
pahala), sedekah yang
berkekalan, ilmu yang
dimanfaatkan , anak yang
solih yang berdoa
kepadanya .
- Hadis riwayat Muslim
daripada Abu Hurairah.
Kamu telah dilalaikan oleh sikap ingin bermegah-megah
(dengan memperbanyakkan harta, pengaruh, pangkat dan
sebagainya).

Sehinggalah kamu memasuki kubur.

Jangan begitu, kelak kamu akan mengetahui. Kemudian,


janganlah begitu, (kerana) kelak kamu akan mengetahui.
Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan
pengetahuan yang yakin.
Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim.
Kemudian kamu sesungguhnya benar-benar akan
melihatnya dengan ainul yaqin (mata kepala sendiri sehingga
menimbulkan keyakinan yang kuat). Kemudian kamu pasti
akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan .

Surah at-Takasur: 1-8.

Bukankah kita pernah berjanji dahulu?


Minta dilahirkan untuk mentadbir bumi…menjadi khalifah
Kubur itu samada satu taman
daripada taman-taman syurga
atau satu lubang daripada
lubang-lubang neraka .
- Riwayat Tirmizi.
Dan belanjakanlah sebahagian daripada
apa yang telah Kami berikan kepadamu
sebelum datang kematian kepada salah
seorang daripada kamu,

lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku,


mengapa Engkau tidak menangguhkan
(kematian)ku sampai waktu yang dekat,
yang menyebabkan aku mampu
bersedekah dan aku termasuk dalam
golongan yang solih?” .
Surah al-Munafiqun: 10.
Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini,
Hati & fikiran semakin tenang dan aman,
Dibuka olehNya segala pintu rahmat dan keampunan untuk kita semua

Moga kita diberi petunjuk serta hidayah

Mohon kemaafan & insyaAllah jumpa lagi.

Feel free to forward this message to any of our friends(mahupun seteru) out there. Jazakallah

Anda mungkin juga menyukai