Anda di halaman 1dari 15

Peperiksaan Menengah Rendah merupakan salah satu peperiksaan penting yang perlu

dihadapi oleh semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Tidak kira latar belakang kita,
semua pelajar ingin mendapat keputusan yang cemerlang bagi peperiksaan ini. Kebanyakan
pelajar akan berasa tertekan apabila memikirkan peperiksaan seperti ini. Kita perlu ada
strategi yang tepat bagi menyediakan diri kita untuk menghadapi peperiksaan ini. Salah
satunya adalah dengan mengikuti program motivasi PMR.
Program motivasi PMR selalunya dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada pihak
sekolah atau pihak swasta. Program ini dikendalikan oleh pakar-pakar motivasi yang
berpengalaman luas. Matlamat program ini adalah untuk menimbulkan kesedaran dalam
kalangan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan juga melahirkan
pelajar-pelajar yang bersemangat tinggi untuk belajar.
Program-program seperti ini banyak memberi faedah kepada pelajar. Antaranya,
pelajar akan diajar cara mengurus masa dengan sistematik. Pengurusan masa yang sistematik
adalah penting kerana masa itu emas. Masa yang telah digunakan untuk melakukan perkaraperkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah tidak mungkin dapat dikembalikan.
Selain itu, pelajar juga akan diajar teknik belajar yang efektif. Hal ini akan
memudahkan pelajar memahami sesuatu topik yang telah dipelajari dan juga membantu
pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar yang menggunakan teknik pembelajaran
yang salah hanya akan membazir masa dan tenaga.
Di samping itu, program ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang bersemangat tinggi
untuk belajar. Pelajar yang mempunyai semangat tinggi untuk belajar akan lebih berjaya
daripada pelajar lain. Sifat ini bukan sahaja berguna semasa alam persekolahan malah berguna
juga apabila pelajar-pelajar telah meninggalkan bangku persekolahan dan memasuki alam
pekerjaan.
Akhir sekali, faedah yang dapat diperoleh ialah pelajar dapat meluangkan masa lapang
mereka dengan melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat. Ramai pelajar yang hanya
mementingkan hiburan dan akan memenuhkan masa lapang mereka berhibur sahaja seperti
melepak di kompleks beli-belah.
Konklusinya, banyak faedah yang dapat kita perolehi jika mengikuti program motivasi
PMR. Ibu bapa dan guru-guru haruslah memberi galakkan kepada para pelajar supaya
menyertai program-program seperti ini. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar sendiri haruslah
merebut peluang untuk menyertainya supaya mereka dapat menjadi pelajar yang berkualiti
dan mendapat keputusan yang cemerlang bukan sahaja bagi PMR malah untuk peperiksaanperiksaan lain yang akan dihadapi.

Jalan Semarak 6,
Taman Panchor Jaya,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
18 September 2009.
Ke hadapan saudara Azhar yabg berada di Kota Bharu, Kelantan. Semoga berada
dalam keadaan sihat dan gembira selalu.
Saudara,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa adik
saudara. Sebenarnya, saya mendapat khabar mengejutkan itu melalui berita yang disiarkan
dalam sebuah akhbar harian tempoh hari.
Saya berasa sangat terkejut kerana kemalangan ngeri tersebut sangat menyentuh hati
dan perasaan saya. Lebih menyedihkan apabila kemalangan itu disebabkan oleh pemandu lori
yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Saya sungguh tidak menyangka bahawa adik
saudara pergi dalam usia yang masih terlalu muda. Benarlah kata orang tua- - tua
bahawa malang tidak
berbau.
Semasa saya berkunjung ke rumah saudara tempoh hari, saya da berbual dengan adik
saudara dan kami berbincang tentang pelajaran dan masa depan masing - masing. Semasa
pertemuan tersebut, adik saudara cukup gembira dan ceria. Adik saudara memasang cita - cita
yang tinggi apabila dewasa kelak. Saya cukup kagum dengan cita - cita yang mahu menjadi
usahawan dan dapat mengubah nasib keluarga. Rupa - rupanya, pertemuan saya dengan adik
saudara tempoh hari merupakan pertemuan yang tetakhir.
Saudara,
Walaupun pemergian adik saudara telah seminggu berlalu, namun sya pasti peristiwa
tersebut menjadi igauan ngeri yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saudara. Namun
begitu, saya mengharapkan agar saudara tabah dan menerima dugaan dan ujian daripada
Tuhan. Sesuatu yang berlaku tentu ada hikmah yang kita sendiri tidak menyedarinya.
Akhir sekli , sya mengharapkan agar saudara dapat meneruskan kehidupan dengan
lebih cekal dan menyambung cita - cita yang [pernah diluahklan oleh adik saudara tempoh
hari. Sekian dan sampaikan salam saya kepada keluarga saudara.

Yang benar,

HISHAMUDDIN

Jawatan Kuasa Masjid Asasul Islam,


Kampung Alit,
93500 Kabong Sarawak

YB Encik Abdul Wahab bin Aziz,


No. 621, Lorong 11B,
Jalan Pisang Barat,
93400 Kuching.

1 Oktober 2013

Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MEMOHON SUMBANGAN KEWANGANUNTUK
AKTIVITI GOTONG ROYONG MASJID KAMPUNG ALIT
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Masjid Kampung Alit dengankerjasama
Kolej
Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Cawangan Betong dan Kolej Komuniti Cawangan
Santubong akan menjalankan Program Khidmat Bakti Siswa pada 22 hingga 24Oktober 2010.
Di antara aktiviti aktiviti yang akan dijalankan ialah aktiviti gotong royong yang bakal
diadakan seperti berikut:
Tarikh : 23 Oktober 2010
Masa : 8.00 pagi higga 12 tengahari
Tempat : Masjid Kampung Alit, Betong
3.
Sehubungan itu, saya mewakili AJK Masjid Kampung Alit memohon
jasa baik tuan sekiranya dapat menghulurkan sedikitsumbangan kewangan bagi menjayakan
program tersebut.
4.
Bersama ini saya lampirkan salinan kertas kerja program tersebutuntuk rujukan pihak
tuan.
5.
Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat dihargai dandidahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Yang benar,
.
(MOHAMAD BIN KAMERI )
SetiausahaMasjid Asasul Islam, Kg Alit

Kejayaan pelajar sering dikaitkan dengan kemampuan diri seseorang itu memperoleh
sesuatu yang membanggakan diri dan keluarga dalam pelajaran serta kokurikulum. Antaranya
kejayaan pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan mewakili sekolah
atau negara dalam acara sukan. Jadi, apakah yang membawa seseorang pelajar itu berjaya
dalam bidang akademik dan kokurikulum itu.
Sudah pasti sebab utama melibatkan galakan ibu bapa pelajar itu sendiri. Golongan tua
ini perlulah memberikan galakan kepada anak dengan menyediakan ruang untuk belajar dan
membeli keperluan kokurikulum anak seperti pakain seni pertahanan diri itu. Jelaslah, pelajar
akan lebih berusaha dalam akademik dan kokurikulum jika mereka melihat kesungguhan ibu
bapa dalam memberikan sokongan itu.
Selain itu, kejayaan pelajar juga banyak bergantung pada kemampuan diri sendiri.
Maknanya, pelajar hanya menyedari betapa pentingnya kejayaan dalam akademik dan
kokurikulum akan berusaha untuk mencapainya walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
Ringkasnya, pelajar yang berjaya itu mempunyai naluri ini melakukan sesuatu dengan sebaik
mungkin tanpa mengira masalah yang bakal berlaku.
Malah, pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam membawa kejayaan
kehidupan pelajar itu. Rakan yang baik bukan sahaja memberikan galakan tetapi juga satu
persaingan positif yang membawa pelajar memberikan usaha terbaik mereka dalam akademik
dan kokurikulum. Jelaslah, rakan yang tepat akan memberikan satu kelebihan kepada pelajar
untuk berjaya dalam kehidupannya.
Tambahan pula, kejayaan pelajar turut ditentukan oleh pihak sekolah. Sudah banyak
pihak sekolah yang menganjurkan pelbagai kelas tambahan dan bengkel motivasi serta latihan
kokurikulum tertentu kepada pelajarnya. Sesungguhnya, usaha murni lagi gigih daripada
pihak pengurusan sekolah itu sendiri membawa kejayaan dalam diri pelajar mereka.
Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan bahawa kejayaan pelajar dalam aspek
akademik dan kokurikulum boleh diperoleh dengan baiknya. Pelajar harus menyedari semua
penyebab ini lalu berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan itu. Bak kata
pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya yang membuktikan
kejayaan memerlukan usaha gigih yang tinggi sahaja.

Pada cuti sekolah yang lepas, Jawatankuasa Rukun Tetangga di tempat tinggal saya
telah menganjurkan kempen memerangi nyamuk aedes. Kempen tersebut diadakan di seluruh
kawasan taman tempat tinggal saya. Kempen ini diadakan bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada penduduk tentang bahaya nyamuk aedes.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti mewarna poster, pameran, sesi
ceramah oleh Pegawai Kawalan Vektor yang telah dijemput khas dari Unit Kawalan Vektor di
klinik kesihatan di tempat tinggal saya. Kempen ini telah berlangsung selama sehari suntuk/
Antara yang sempat saya ikuti ialah sesi ceramah yang dikendalikan oleh pegawai tersebut.
Ceramah ini banyak memberikan input tentang nyamuk aedes. Setelah mendengar ceramah
tersebut, barulah saya mengetahui bahawa nyamuk aedes betina yang matang yang membawa
virus denggi.
Selain itu, kami juga telah melakukan gotong-royong bagi membersihkan kawasankawasan yang berisiko tinggi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Kami membuang
segala jenis bekas yang boleh menakung air kerana nyamuk aedes suka membiak di tempat
yang berair.
Aktiviti yang terakhir atau aktiviti kemuncak yang kami lakukan ialah 'fogging'
Pegawai-pegawai kesihatan menyembur asap daripada bahan yang mampu menghapuskan
habitat aedes. Ketika ini, semua rumah wajib menutup tingkap, pintu dan segala lubang angin
supaya asap tidak masuk ke dalam rumah.
Kempen ini berakhir pada pukul 8.00 malam. Semua penduduk telah keletihan. Saya
juga berasa sangat letih tetapi pengalaman yang ditimba tidak dapat saya lupakan. Saya
berharap agar kempen sebegini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia.
Berita-berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi
bersama-sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa
yang tidak berdosa. Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat,
jerebu, tsunami, gempa bumi dan letupan gunung berapi yang sering melanda dunia.
Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada berlaku.
Aktiviti pembalakan memang merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara, namun
antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individuindividu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan tidak memikirkan kesannya sebelum
menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan
hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, pasti
akan terdedah kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan
kerosakan harta benda. Oleh itu, perkara ini membuktikan bahawa masalah ini menjadi
penyebab bencana alam berlaku.
Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan
pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun
asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma akan mengalami
masalah pernafasan dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik.
Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu
dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar
atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak
boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Hal ini demikian
kerana sistem perparitan akan tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai
dan longkang. Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir
kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak
berdosa. Oleh itu, perkara ini jelas membuktikan bahawa sikap angota masyarakat yang tidak
bertanggungjawab menjadi punca becana alam berlaku.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku kebiasaannya disebabkan oleh
aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu
menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku.
Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat
tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini
disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil
langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka
tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina
tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan
mengamalkan peribahasa seperti aur dengan tebing untuk menangani masalah ini.
Janganlah kita mengamalkan peribahasa seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa
menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah
sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan
semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada
kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh,
jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada, tanyalah selera sebelum
bertindak agar kita tidak ditimpa oleh bencana alam akibat tindakan kita sendiri yang tidak
bertanggungjawab.

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semula
jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara kita mampu menjadikan
industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi
itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke
negara kita sejak belakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya
tarikannya yang tersendiri. Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset
penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi
tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja. Saya berpendapat
bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan lebih
banyak pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di negara ini.
Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya
kemudahanprasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana pelancong yang
berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Oleh itu, kerajaan
wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan dan komunikasi yang ada khususnya untuk
memudahkan pelancong sampai ke destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong
yang datang ke negara kita adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu,
kerajaan harus menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa
buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati
keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan
sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan
perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut
menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita. Kemudahan
penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada seseorang pelancong itu akan
tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan selesa dan lengkap, hal ini akan
mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih lama di negara ini sekali gus membolehkan
negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan
yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh
negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke
negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar sewa dan
taraf sesebuah hotel yang dibina itu.
Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat menarik
banyak pelancong datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya dengan pelbagai jenis
kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku kaum di Sabah serta Sarawak
mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada pelancong yang gemar kepada sesuatu
yang baru. Kebanyakan pelancong memang gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu
tempat. Rumah Budaya di Kuching, Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan
kebudayaan suku kaum di negeri berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang
berkunjung ke sana. Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di
negara kita sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan
rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan
oleh LPPM dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi negara ini. Pelbagai
aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah negara di seluruh dunia dan
acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara tertentu adalah antara usaha berkesan
memperkenalkan Malaysia kepada pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan membuka pusat penerangan di beberapa buah negara
membuktikan bahawa usaha yang berterusan telah dilakukan dalam menarik pelancong.
Buktinya, program seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai
pelancong datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata
wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong walaupun
terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga lumayan.
Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh dilakukan dalam
usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak terbabit harus memikirkan
kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar
sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini. Jadi, tanggungjawab
untuk mempromosi keunikan dan keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong
harus dikongsi bersama kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan
di negara ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan
negara jika diusahakan secara lebih profesional.

16 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna bagi pendidik bangsa. Pada
setiap tahun Hari Guru pasti akan diraikan setiap sekolah di Malaysia. Tujuan menyambut
Hari Guru adalah untuk meraikan mereka yang telah banyak berkorban masa dan tenaga
untuk mendidik para pelajar agar menjadi seorang insan yang berjaya dan berguna kepada
bangsa, agama dan negara. Sekolah saya juga tidak ketinggalan untuk menyambut perayaan
Hari Guru yang penuh bermakna walaupun serba sederhana.
Pada 16 Mei yang lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Guru dengan begitu
meriah. Para guru perempuan dan lelaki memakai pakaian yang sungguh menawan dan segak
belaka. Kami dapat menyaksikan wajah-wajah keceriaan yang tergambar pada setiap pendidik
kami. Para pelajar juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Guru. Tanpa paksaan,
masing-masing membawa hadiah yang pelbagai saiz untuk dihadiahkan kepada guru-guru
mereka.
Tepat pada jam 8.30 pagi, semua guru dan pelajar diarahkan masuk ke dewan untuk
bersama-sama menyaksikan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan oleh para guru di sekolah
kami. Dewan sekolah kami juga telah dihias cantik dengan kad-kad ucapan Hari Guru kepada
semua guru dan belon-belon yang diikat cantik bergantungan pada setiap pintu dewan. Para
pengawas yang menjadi jawatankuasa kerja kelihatan berbaris di sepanjang dewan dengan
memegang sekuntum bunga mawar merah untuk dihadiahkan kepada setiap guru.
Acara di dalam dewan bermula pada pukul 9.00 pagi. Acara yang pertama diadakan
ialah memotong kek sempena hari guru secara beramai-ramai dan acara ini dibantu oleh
pelajar-pelajar Tingkatan Lima. Kami terpegun melihat kek besar berbentuk angka sepuluh
sebagai tanda ulang tahun sekolah yang berusia sepuluh tahhun. Selepas acara tersebut, para
guru diminta untuk menyanyikan lagu sempena Hari Guru secara beramai-ramai tanpa
menggunakan mikrofon. Para pelajar bersorak gembira mendengar nyanyian yang
dipersembahkan oleh para guru.
Setelah selesai melakukan aktiviti menyanyikan lagu Guru Malaysia, para guru
dibahagikan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan untuk melakukan aktiviti teka silang
kata yang disediakan oleh pelajar Tingkatan Lima. Aktiviti ini berlangsung selama empat
puluh minit dan markah diambil untuk memenangi hadiah yang disediakan. Kemudian, setiap
guru diberikan sebiji buah epal dan sebilah pisau dan aktiviti membuang kulit epal tersebut
tanpa henti dan tidak terputus.
Aktiviti Hari Guru berkenaan diteruskan dengan eksplorasi yang dimainkan oleh para
guru secara berkumpulan berdasarkan petunjuk yang diberikan. Aktiviti tersebut dilakukan di
dalam kawasan sekolah yang jaraknya tidak jauh dari bangunan dewan supaya tidak
memenatkan para guru untuk mencari barang dikendaki. Ramai pelajar membantu para guru
untuk cepat sampai di dalam dewan dan kira sebagai pemenang aktiviti tersebut..Aktiviti ini
hampir menelan masa satu jam untuk semua guru melepasi cabaran yang diberikan.

Setelah 1 jam 30 minit aktiviti di luar dewan dijalankan, para guru dan murid
dibenarkan untuk keluar rehat. Tepat pada pukul 12.30 tengah hari, semua pelajar dan guru
dikehendaki masuk ke dalam dewan semula untuk melaksanakan aktiviti yang seterusnya.
Para pelajar juga telah membawa hadiah yang hendak diberikan kepada guru-guru mereka.
Setelah para pelajar dan guru duduk di kerusi masing-masing, pengerusi majlis menyuruh
pelajar yang terlibat dalam aktiviti persembahan lakonan dan sajak tampil ke atas pentas
untuk melakukan persembahan mereka.
Sekitar jam 12.30 tengah hari, lakonan yang disampaikan oleh wakil pelajar tingkatan
empat telahberjaya mencuit hati guru dan para pelajar. Selepas babak lakonan
dipersembahkan, aktiviti membalas pantun yang diwakili pelajar Tingkatan Tiga juga
mendapat sorakan yang begitu gemuruh. Kemudian, pengerusi majlis membenarkan pelajar
untuk menyerahkan hadiah yang ingin dihadiahkan kepada guru masing-masing. Setelah
selesai, pelajar memberi hadiah kepada guru, pengerusi majlis mengumumkan pemenang
yang memenangi aktiviti yang telah disediahkan.
Menjelang jam 2.00 petang, puan Pengetua mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih kepada semua pelajar dan guru yang berjaya melaksanakan Hari Guru pada kali ini.
Kemudian, semua pelajar dibenarkan pulang. Kami semua pulang ke rumah dengan perasaan
yang gembira.

Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada
lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah
menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini. Media massa
pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di
negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh
semua pihak.
Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka
terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek
ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan
dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang
lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah
berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.
Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang
berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam
bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli
sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini juga
memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai
impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan
perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam
pembangunan sukan negara.
Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan
kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan
acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini
menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di
negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya.
Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli
sukan yang berwibawa.
Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini.
Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing
dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini
menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan
kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak
penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuanpersatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang
menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi
alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari'
membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

Isu-isu yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kerap menjadi paparan di surat
khabar, khususnya pada bulan Ogos setiap tahun. Hal ini kerana pada 31 Ogos setiap tahun,
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Pada pendapat saya, setiap lapisan
masyarakat mesti bersama-sama menjayakan sambutan kemerdekaan yang diadakan. Pelbagai
program juga turut diatur oleh pihak sekolah untuk menjayakan sambutan Bulan
Kemerdekaan di peringkat sekolah.
Antara program yang diadakan di peringkat sekolah ialah majlis pelancaran. Majlis
pelancaran ini akan diadakan di dalam dewan atau tempat lapang. Majlis pelancaran ini
dihadiri oleh pelajar, guru-guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Dalam majlis
pelancaran ini tuan pengetua akan memberikan ucapan manakala pelajar akan menyanyikan
beberapa lagu patriotik.
Selain itu, terdapat juga program mengibarkan Jalur Gemilang. Jalur Gemilang akan
dipasang di sekeliling sekolah seperti di pintu masuk sekolah, dewan sekolah dan di hadapan
pejabat. Jalur Gemilang juga turut dipasang di dalam kelas supaya kelas bertambah ceria.
Terdapat juga sekolah yang mengadakan pertandingan mengibarkan Jalur Gemilang antara
kelas.
Di samping itu, diadakan juga pertandingan dalaman sekolah. Pertandiangan ini
biasanya dianjurkan oleh Panitia Sejarah atau Persatuan Sejaran sekolah. Antara pertandingan
yang diadakan ialah pertandingan mengarang esei, kuiz, syarahan, pidato, perbahasan dan
deklamasi sajak. Lazimnya, hadiah dan sijil akan diberikan kepada para pemenang semasa
majlis penutup sambutan Bulan Kemerdekaan sebagai tanda penghargaan.
Terdapat juga pihak sekolah yang mengadakan sambutan Ambang Merdeka. Sambutan
Ambang Merdeka diadakan pada malam 30 Ogos. Sambutan Ambang Merdeka ini lazimnya
dihadiri oleh pelajar, guru dan pemimpin masyarakat yang dijemput. Antara aktiviti yang
dijalankan semasa sambutan Ambang Merdeka ialah ceramah dan nyanyian lagu patriotisme.
Acara terakhir sambutan Bulan Kemerdekaan ialah majlis penutup. Majlis penutup
diadakan pada 16 September. Majlis ini dihadiri oleh pelajar, guru dan wakil Persatuan Ibu
Bapa dan Guru. Antara aktiviti yang diadakan ialah ucapan pengetua, persembahan pelajar
dan penyampaian hadia kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang Bulan
Kemerdekaan.
Sebagai kesimpulan, banyak aktiviti yang diadakan dalam sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah. Program-program yang diadakan ini banyak memberikan
kebaikan kepada pelajar dan guru. Pada pendapat saya, program sambutan Bulan
Kemerdekaan telah dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Secara tidak
langsung juga, program sambutan Bulan Kemerdekaan ini dapat memupuk perpaduan kaum
di kalangan pelajar dan guru.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau
kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak
dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap
petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa
dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi
ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawankawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum,
pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin
susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan
mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap
persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan
berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam
melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum.
Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan
kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Kemalangan ialah kejadian buruk yang berlaku tanpa diduga dan boleh menimpa
sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Kemalangan di jalan raya kerap berlaku di
negara ini terutama dalam keadaan jalan raya sesak dengan kenderaan. Kemalangan
melibatkan semua pengguna jalan raya. Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan
ringan, kecederaan parah dan kematian. Banyak sebab berlakunya kemalangan ini.
Punca kemalangan yang pertama ialah sikap negatif pengguna jalan raya seperti suka
memandu dengan laju.Kereta yang dipandu terlalu laju sukar dikawal dan diberhentikan jika
terdapat halangan di hadapan. Kenderaan yang dipandu laju biasanya akan terbabas
melanggar tiang lampu jalan atau jatuh ke dalam longkang.
Selain itu, terdapat juga beberapa perbuatan pemandu yang boleh menyebabkan
kemalangan seperti menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Penggunaan telefon
bimbit menyebabkan seseorang pemandu hilang tumpuan dan perhatian. Mereka juga tidak
dapat mengendalikan kenderaan mereka dengan baik kerana menggunakan sebelah tangan
saja.
Di samping itu, terdapat juga kes kemalangan disebabkan oleh pemandu kenderaan
yang mabuk atau berada dalam keadaan khayal kerana pengambilan arak atau dadah.
Pemandu yang tidak akan dapat berfikir dengan waras tidak akan dapat mengawal pergerakan
tangan dan kaki mereka dengan baik.
Faktor fizikal jalan raya juga menjadi punca kemalangan. Jalan raya yang bengkangbengkok, terlalu sempit, bersimpang-siur dan berlubang-lubang akan mengganggu kelancaran
pemanduan. Keadaan ini lebih berbahaya jika jalan raya tidak dilengkapi lampu jalan.
Keadaan gelap-gelita ini akan menyukarkan pemandu mengawal kenderaannya.
Seterusnya terdapat juga kemalangan disebabkan oleh sikap cuai pengguna jalan raya
seperti pejalan kaki yang tidak memerhati keadaan lalu lintas sebelum melintas jalan raya atau
tidak menggunakan jejantas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Tidak kurang juga
kanak-kanak yang bermain-main seperti bertolak-tolakan semasa di jalan raya.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan banyak faktor.
Faktor sikap dan kelemahan manusia adalah yang paling kerap menjadi punca kemalangan.
Oleh itu, untuk mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya, manusia haruslah terlebih
dahulu mengubah sikap mereka.

Anda mungkin juga menyukai