Anda di halaman 1dari 7

Kekuatan dan kelemahan teori Konstruktivisme

Menurut Mok Soon Sang, (2006), teori Konstruktivisme dalam Pembelajaran


adalah merujuk kepada pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu ataupun
murid-murid yang berfikir. Di samping itu, individu ataupun murid-murid ini tidak
menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Hal
ini kerana pengetahuan yang dipelajari melalui pengajaran dan pembelajaran adalah
berbentuk secara aktif, iaitu murid-murid aktif dalam sesi pembelajaran. Konteks ini
menerangkan bahawa murid-murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru
dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial ataupun komunikasi secara aktif
dua hala di antara rakan-rakan dan gurunya. Justeru, ada beberapa kekuatan dan
kelemahan yang ada pada teori pembelajaran dan pembelajaran ini.

Berfikir

Seronok

Faham

Kemahiran
Sosial

Ingat

Yakin

Kekuatan teori
Konstruktivisme

Kekuatan teori Konstruktivisme


Menurut Kamus Dewan edisi keempat, (2010: 836), kekuatan ialah
kekuasaan, keteguhan, kekukuhan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia,

(2011), teori Konstruktivisme ada beberapa kekuatan iaitu, murid-murid lebih berfikir
di dalam pembelajaran. Kemahiran berfikir amatlah penting untuk diterapkan dalam
pembelajaran. Hal ini kerana akan menggalakkan murid-murid untuk berfikir secara
aktif dan merangsang pemikiran mereka supaya berupaya memikirkan sesuatu jalan
penyelesaian yang kreatif dan di luar kotak pemikiran.

Melalui proses membina

pengetahuan baru, murid-murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah,


menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran.

Misalnya, situasi ini dapat dilihat atau diperhatikan

melalui perilaku aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti


masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interprestasi, dan
membuat sintesis atau rumusan.

Sebagai contoh, dalam pembelajaran mata

pelajaran matematik, murid mempunyai masalah untuk membahagikan kuih secara


sama rata. Kemudian murid berkenaan mengumpul segala data, iaitu jumlah kuih
dan jumlah orang. Selepas itu, murid membuat interprestasikan maklumat tadi untuk
diaplikasikan sebagai jalan penyelesaian dengan menggunakan pembahagian
(jumlah kuih jumlah orang) serta membuat rumusan jalan penyelesaian yang telah
diperolehi.
Selain itu, murid-murid lebih faham pembelajaran yang dijalankan.

Kunci

untuk berjaya dalam pembelajaran ialah kefahaman tentang konsep pembelajaran


yang dijalankan oleh guru. Oleh yang demikian, dapat dilihat di dalam teori ini amat
menegaskan kefahaman murid-murid terhadap isi pembelajaran yang diajar oleh
guru. Justeru, kefahaman murid-murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas
apabila mereka terlibat secara langsung dan aktif dalam pembinaan pengetahuan
baru. Hal ini dapat dilihat jika seorang murid yang memahami konsep pelajaran yang
dipelajari semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan oleh guru akan dapat
diaplikasikannya ke dalam kehidupan dan situasi baru.

Contohnya, murid diajar

operasi pengiraan matematik iaitu bahagi dan murid berkenaan faham dengan
konsep bahagi tersebut serta konsep bahagi ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan
harian murid seperti membahagikan sama rata kuih mengikut jumlah orang.

Selanjutnya, murid-murid lebih ingat pembelajaran yang dipelajari. Situasi ini


menerangkan kepentingan dalam pembelajaran sebagai seorang pelajar yang
ditekankan dalam teori Konstruktivisme. Proses mengingat pembelajaran amatlah
penting untuk dititikberatkan dalam pembelajaran yang dijalankan oleh guru.
Sesuatu pembelajaran akan dapat diingat oleh murid setelah memahami sesuatu
konsep.

Konteks menerangkan murid akan dapat mengingati lebih lama konsep

tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Sebagai contoh, murid sudah memahami konsep bahagi dalam mata pelajaran
matematik, murid tadi mengaplikasikan pengetahuan bahagi dalam kehidupan harian
seperti menolong orang lain untuk membahagikan bahan-bahan dengan kuantiti
yang sama bagi setiap orang, dan jika perbuatan ini dilakukan secara berulang-ulang
ataupun secara aktif, murid tadi akan senang mengingat konsep bahagi.
Tambahan lagi, murid-murid lebih yakin dalam pembelajaran.

Keyakinan

adalah aspek penting yang mesti ada dalam diri murid-murid. Oleh yang demikian,
dalam teori ini juga turut menekankan aspek keyakinan dalam pembelajaran semasa
pengajaran yang dijalankan oleh guru.

Murid-murid yang belajar secara

Konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri tahap kefahaman terhadap


apa sahaja yang diajarkan kepada mereka untuk membentuk satu tahap keyakinan
diri dalam pembelajaran.

Justeru, hal ini akan menjadikan mereka lebih yakin

kepada diri sendiri dan berani menghadapi serta menyelesaikan masalah dalam
situasi baru. Sebagai contoh, murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk
menyelesaikan masalah pembahagian kuih secara sama rata semasa aktiviti
pembelajaran di kelas dijalankan oleh guru dan situasi ini akan menjadikan murid
tersebut akan lebih yakin terhadap diri sendiri kerana murid berkenaan mencuba
untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan tahap keyakinan diri sendiri.
Lantaran itu, murid-murid lebih berkemahiran sosial dalam pembelajaran.
Kemahiran sosial merupakan kemahiran yang amat penting dalam pembelajaran dan
pengajaran. Konteks ini menerangkan bahawa kemahiran ini akan membiasakan
murid-muird bergaul sesama sendiri dan seterusnya berhubung atau berkomunikasi
dengan baik dengan guru. Hal demikian adalah merupakan salah satu kekuatan
teori pembelajaran Konstruktivisme, iaitu murid-murid yang berkemahiran sosial
boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan

masalah. Kemahiran sosial ini diperolehi apabila murid-murid berinteraksi sesama


sendiri dan dengan guru yang mengajar dalam membina pengetahuan mereka.
Situasi ini dapat menggambarkan dalam pembelajaran murid-murid amat aktif dalam
berkomunikasi dan berinteraksi untuk membentuk kemahiran bersosial. Misalnya,
guru memberikan tugasan berkumpulan tentang tajuk tempat perlancongan, muridmurid di dalam kumpulan akan berbincang bersama-sama dan secara tidak langsung
konsep pembelajaran yang disarankan dalam teori Konstruktivisme ini menerapkan
nilai kerjasama, komunikasi dua hala, dan murid-murid bebas untuk berkongsi idea di
dalam kumpulan.
Akhir sekali, murid-murid lebih seronok dalam pembelajaran. Keseronokan
merupakan aspek penting dalam teori ini yang akan merangsang pemikiran pelajar
untuk terus berlajar dan menumpukan segala perhatian setiap perkara dalam
pembelajaran.

Situasi

ini

menggambarkan

dalam

pembelajaran

secara

Konstruktivisme, murid-murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea


secara aktif tanpa kekangan. Hal ini akan menjadikan mereka lebih faham, lebih
yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi
pelbagai kemungkinan dan cabaran. Misalnya, pembelajaran dalam bahasa Melayu,
murid merasa sangat seronok kerana aktiviti yang dijalankan melibatkan semua
murid untuk bersama-sama belajar tanpa merasa bosan serta bahan bantu mengajar
yang menarik juga digunakan dalam pembelajaran. Konteks ini menerangkan, murid
akan merangsang minda mereka untuk menerima apa sahaja isi pembelajaran yang
diajarkan oleh guru kerana mereka akan aktif dalam aktiviti yang dijalankan oleh
guru berkenaan dan seterusnya ilmu tadi akan dibawa sepanjang hayat murid
tersebut.

Kelemahan teori Konstruktivisme


Menurut Kamus Dewan edisi keempat, (2010: 915), kelemahan ialah perihal
lemah: mempunyai berbagai-bagai dan kekurangan.

Menurut Mok Song Sang,

2006, pengajaran Konstruktivisme turut mempunyai kelemahanya yang tersendiri,


iaitu menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana
tidak selaras dengan pandangan saintifik.

Situasi ini menggambarkan timbulnya

kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.

Hal ini merujuk kepada pengalaman sedia ada murid terhadap pembelajaran.
Perkaitan ini amat jelas dalam pembelajaran secara Konstruktivisme, iaitu
mengambil kira pengalaman sedia ada pelajar sebelum memulakan pembelajaran.
Namun demikian, konsep kefahaman dalam pembelajaran dalam pembelajaran
amatlah penting dan mestilah selari dengan pendangan saintifik.

Konteks

menerangkan bahawa ia akan menjadi penghalang murid untuk mengikut


pandangan saintifik dan terpaksa mengikut idea saintifik yang baru.
Seterusnya, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir, dan
menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri.
menerangkan

bahawa

dalam

teori

pembelajaran

Konteks ini

Konstruktivisme

amat

menitikberatkan pengalaman murid untuk dikaitkan semasa proses pembelajaran


dan pengajaran dijalankan oleh guru. Justeru, hal ini dapat dilihat tidak semua murid
mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru.
Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi tidak berkesan.

Seterusnya akan membawa impak yang negatif dalam

pembelajaran murid-murid itu tadi.


pelancongan.

Sebagai contoh, guru mengajar tajuk

Dalam situasi ini dapat disimpulkan bahawa tidak semua murid

mempunyai pengalaman melancong dan hal ini akan mengakibatkan kesan negatif
kepada pelajar kerana tajuk pembelajaran yang diajarkan oleh guru tersebut tidak
pernah dilalui oleh pelajar. Oleh itu, pengalaman sedia ada murid terhadap tajuk
pembelajaran mestilah ada supaya murid dapat bersama-sama berkongsi maklumat
atau perkara yang dibincangkan dalam kelas.
Lantaran itu, murid-murid perlu memeriksa idea-idea sedia ada secara kritis
sebelum memahaminya. Melalui situasi ini, guru sedar bahawa idea-idea sedia ada
perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh
murid.

Perkaitan hal ini menerangkan perkara inilah yang kadang-kadang tidak

difahami oleh murid. Hal ini mengakibatkan murid terpaksa mengenal pasti idea-idea
alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka
memahaminya.

Sebagai contoh, murid-murid mempunyai idea-idea tentang isi

pembelajaran dalam penulisan Bahasa Melayu.

Sehubungan itu, murid juga

terpaksa memeriksa semula idea-idea yang telah difikirkan secara kritis supaya
dapat dikembangkan dan dihuraikan dengan tepat mengikut penulisan yang hendak
dihasilkan. Namun demikian, hal ini akan merumitkan murid-murid jika idea-idea tadi

tidak dapat diguna pakai dan terpaksa memikirkan idea-idea yang lebih jelas dan
bertepatan dengan pembelajaran.
Melalui laman sesawang (2012/http://duniayuukichan.blogspot.com), kelemahan teori
Konstruktivisme ialah peranan guru sebagai pendidik kurang mendukung murid.
Selalunya guru adalah pendidik utama dan mempunyai autoriti dalam pembelajaran
kepada murid.

Namun demikian, dapat dikesan dalam teori ini memperlihatkan

peranan guru sebagai pendidik itu amatlah kurang. Konteks ini cuba mengaitkan
dengan proses pembelajaran dan pengajaran guru kepada murid.

Hal ini dapat

dilihat bahawa pembelajaran berjalan secara aktif dan murid-murid boleh membina
komunikasi sosial meraka. Tetapi peranan guru hanya sebagai orang tengah sahaja
dalam pembelajaran kerana murid sendiri akan meluahkan idea dan cuba
menyelesaikan masalah, guru hanya akan membantu murid sekiranya murid tidak
dapat menyelesaikan masalah itu dengan tepat.

Contohnya, guru menjalankan

pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu, dalam pembelajaran yang dijalankan


tersebut murid-murid paling aktif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran jika
dibandingkan dengan peranan guru yang hanya menjadi pihak yang berada
ditengah-tengah pembelajaran, iaitu murid sendiri menyelesaikan masalah dengan
idea sendiri dan guru hanya akan membantu jika ada sebarang kesukaran yang
dialami murid dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Akhir sekali, melalui laman sesawang (2012/ http://books.google.com.my).
Kelemahan teori ini dilihat dari aspek jika kesamaan diperlukan (conformity).
Masalah akan timbul jika individu mengutarakan pendangan masing-masing yang
mereka kata betul.

Sehubungan itu, dapat dilihat dalam teori ini mementingkan

pelajar untuk bergiat aktif semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
Hal ini akan menjadikan satu kelemahan yang amat ketara dalam teori ini kerana
murid-murid akan aktif, kemungkinan besar suasana kelas akan menjadi bising
kerana murid masing-masing memberikan pendapat dan idea mereka serta
mengatakan bahawa idea meraka betul. Impak yang dapat dilihat dari perspektif
pengajaran ini akan mengakibatkan pembelajaran kucar-kacir kerana suasana yang
bising.

Justeru itu, peranan guru penting dalam memastikan pengajaran dan

pembelajaran dapat dikawal dengan baik. Sebagai contoh, guru mengajarkan tajuk
buah-buahan tempatan. Melalui pengajaran itu, guru meminta murid berbincang di
dalam kumpulan tentang buah-buahan tempatan. Dalam perbincangan kumpulan itu

murid

bersama-sama

rakan-rakan

lain

untuk

berbincang

mengenai

tajuk

pembelajaran. Masing-masing memberikan pendapat yang berbeza mengenai tajuk


pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai