Anda di halaman 1dari 19

PARADOKS ZENO (ZENOS PARADOX)

Paradoks Zeno ini dipelopori oleh ahli falsafah Greek iaitu Zeno of Ela
(490-430 SM). Zeno dilahirkan di Itali dan merupakan sahabat serta pelajar
kepada ahli falsafah Parmenides yang berusia 25 tahun lebih tua darinya. Zeno
disifatkan sebagai seorang ahli falsafah dan ahli logikal, bukannya seorang ahli
matematik. Pada awalnya Zeno telah menulis satu buku paradoks yang yang
menyokong falsafah Parmenide. Namun demikian, buku tersebut tidak dapat
bertahan dan lenyap begitu sahaja kerana idea-idea tersebut bukan berasal
daripada dirinya sendiri. Hal ini kerana selepas Zeno membuat penemuam ini,
ahli falsafah Greek iaitu Proclus dan Simplicius telah memberi komen dan kritikan
terhadap buku tersebut. Selepas itu, Zeno telah menulis bukunya yang bertajuk
Epicheiremata dan menyerang pihak-pihak yang tidak bersependapat dengan
gurunya Parmenides.

Zeno amat dikenali dengan paradoks-paradoksnya. Paradoks ialah


perkara yang dianggap benar atau betul tetapi sebenarnya salah dalam dunia
realiti. Pada asalnya terdapat sekurang-kurangnya 40 paradoks yang dihasilkan
oleh Zeno tetapi hanya lapan sahaja yang berkekalan. Zeno telah mencipta
paradoks-paradoksnya kerana ahli falsafah lain banyak mengemukakan
paradoks yang bertentangan dengan idea Parmenides. Kesemua idea yang
dikemukan adalah untuk membela idea-idea gurunya. Parmenides percaya
bahawa dunia realiti hanyalah satu dan tidak berubah. Pergerakan, perubahan,
masa dan pluraliti semuanya dianggap hanya sebagai ilusi. Kepercayaan ini telah
membawa kepada banyak kritikan.

Oleh hal demikian, paradoks Zeno telah menunjukkan sisi yang


bertentangan

yang

menyatakan

bahawa

dunia

realiti

adalah

banyak,

bercanggah dan tidak masuk akal. Justeru, penulisan ini akan memfokuskan
kepada Paradoks Pergerakan yang terdiri daripada empat paradoks utama yang
dikemukakan oleh Zeno. Paradoks-paradoks tersebut ialah Paradoks Dikotomi,
Paradoks Achilles dan Kura-kura, Paradoks Anak Panah dan Paradoks Stadium.

PARADOKS DIKOTOMI
Bilakah idea Paradoks Dikotomi diterbitkan?
Paradoks dikotomi telah diterbitkan oleh Zeno sekitar tahun 490 - 430
sebelum Masihi.
Apakah idea Paradoks Dikotomi?
Paradoks ini dinamakan sebagai Dikotomi kerana ia melibatkan
pengulangan pembahagian kepada dua. Paradoks ini bermula apabila Zeno telah
mengambil keputusan untuk berjalan ke sebuah taman setelah penat berfikir
tentang masalah yang dihadapinya. Di dalam paradoks dikotomi, Zeno memberi
hujah bahawa sesuatu objek akan sampai ke jarak tertentu sebelum sampai ke
destinasi. Hal ini disebabkan oleh, beliau mesti sampai 1/2 jarak terlebih dahulu
untuk sampai ke taman. Namun, apabila sampai 1/2 jarak, Zeno masih perlu
menyeberangi

separuh

baki

jarak

untuk

ke

destinasi.

Tetapi

setelah

menyeberangi separuh baki jarak, beliau mesti meliputi separuh daripada baki
baru, dan seterusnya.

Rajah 1

Idea yang dinyatakan oleh Zeno

Rajah 2

Idea tentang pengulangan pembahagian dua

Oleh itu, Zeno telah menyatakan pendapat bahawa sesuatu objek tidak
dapat mencapai matlamat akhir kerana jumlah jarak yang tidak terhingga.

Kenapa idea Paradoks Dikotomi diterbitkan?


Idea berkenaan dengan paradoks dikotomi ini diterbitkan kerana Zeno
menghadapi masalah untuk mentukan jumlah jarak yang perlu dilaluinya untuk
sampai ke destinasi. Setelah berjalan dan berfikir berkenaan dengan pergerakan
dan jarak yang telah dilalui oleh beliau, Zeno telah menyatakan pendapat beliau
tentang jumlah jarak untuk sampai ke destinasinya adalah tidak terhingga.

Sebagai contoh, jika jarak daripada rumah Zeno ke taman yang ditujuinya
adalah 1 batu, beliau mesti meliputi jarak 1/2 batu, 1/4 batu, 1/8 batu, 1/16 batu
1/32 batu, 1/64 batu dan seterusnya sehingga jarak tidak terhingga.

Jumlah Jarak = 1/2 batu + 1/4 batu + 1/8 batu + 1/16 batu + 1/32 batu +...
= infinity

Rajah 3

Paradoks dikotomi

Masalah sesuatu objek sampai ke destinasi boleh dilihat dari perspektif


yang berbeza. Menurut versi regresi daripada paradoks dikotomi, seseorang
pejalan kaki atau pelari tidak dapat mengambil langkah pertama. Hal ini kerana,
sebelum mengambil langkah penuh, pelari mesti mengambil langkah 1/2, tetapi
sebelum itu dia mesti mengambil langkah 1/4, tetapi sebelum itu satu langkah
1/8, dan sebagainya. Oleh itu, Zeno menyatakan bahawa semua pergerakan
adalah mustahil. Buktinya, jika objek boleh dibahagikan, maka ia sebenarnya
tidak wujud.

Pernyataan berkenaan dengan jarak dan pergerakan yang telah


dinyatakan oleh Zeno mengakibatkan Aristotle iaitu ahli falsafah fizik menentang
pendapat beliau. Menurut Aristotle, dikotomi adalah mustahil bagi sesuatu objek
kerana apabila objek bergerak, ia semakin menghampiri destinasi dan masa
yang diperlukan untuk sampai ke destinasi juga semakin berkurang. Oleh itu,
Aristotle telah menyangkal hujah yang telah dinyatakan oleh Zeno bahawa
sesuatu objek tidak dapat mencapai matlamat akhir kerana jumlah jarak yang
tidak terhingga. Kenyataan ini merupakan satu kesalahan dalam Dikotomi.
Aristotle memberi pendapat bahawa jumlah masa yang diperlukan untuk sampai
ke destinasi adalah terhingga.

Selain itu, ahli Matematik dan falsafah Moden telah mengemukakan hujah
yang dapat menyangkal pradoks Zeno ini. Antara hujah yang menyangkal
pendapat Zeno ini adalah :
4

a) Urutan 1, 1/2, 1/4, 1/8, dan lain-lain mempunyai had kepada 0.


b) Urutan

0.9,

0.99.

0.999

dan

seterusnya

mempunyai

had

yang

menghampiri 1.
c) Apabila kita menulis 0.999999... Ianya bermaksud had nombor 9 adalah
sehingga infiniti, maka 0.9999... 1.
d) Dalam erti kata lain urutan yang sebenarnya akan menghampiri had yang
kita kehendaki.
Jadi realitinya, jarak yang terhad memerlukan jumlah masa yang terhad untuk
bergerak.

Bagaimana idea paradoks ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan


seharian?
Pernyataan yang telah diberikan oleh Zeno dalam paradoks dikotomi ini
jelas bertentangan dengan dunia realiti. Oleh itu, terdapat beberapa ahli falsafah
dan ahli matematik telah mengeluarkan hujah mereka untuk menentang dikotomi.
Hujah yang telah diberikan oleh ahli Matematik dan ahli falsafah ini dapat
diaplikasikan dalam dunia realiti. Sebagai contoh, idea yang telah dikemukakan
oleh ahli matematik ini dapat dilihat apabila kita ingin menjatuhkan bola yang
berada pada ketinggian 8 meter ke atas lantai. Apabila bola dijatuhkan, ia akan
memantul pada ketinggian tertentu. Bola memantul dengan syarat r,
0<r<1
Dalam situasi ini, nilai r tidak mungkin negatif karena tidak mungkin bola
menembusi lantai. Tambahan pula, nilai r tidak mungkin 1 atau lebih dari 1
kerana akan melanggar hukum dasar fizik tentang kekekalan tenaga. Pergerakan
bola untuk sampai ke lantai dapat dibuktikan melalui situasi yang dinyatakan ini :

i.

Jumlah gerak maju tak terhingga memberikan rumus seperti berikut :


S = a/(1 r)

ii. Teori limit rn = 0 jika n menuju tak terhingga dapat kita buktikan dengan
situasi ini.
iii. Perhatikan rumus umum jumlah gerak maju geometri.
S = a(1 rn)/(1 r)
iv. Bandingkan dengan kedua-dua rumus gerak maju.
S = a/(1 r) = a(1 rn)/(1 r)
v. Maka
1 = 1 rn
rn = 0 (Terbukti).
Berdasarkan rumus tersebut, pantulan bola iaitu r akan menghampiri 0. Apabila
pantulan

bola

menghampiri

0,

bola

matlamatnya iaitu mencecah lantai.

tersebut

terbukti

dapat

mencapai

PARADOKS ACHILLES DAN KURA-KURA

Bilakah idea Paradoks Achilles dan Kura-kura diterbitkan?

Paradoks ini dikatakan telah diperkenalkan oleh guru kepada Zeno dan
menamakannya sebagai Tortoise and Achilles Paradox. Tidak dapat dipastikan
pada tahun bila ia diperkenalkan tetapi idea ini terus diperkembangkan oleh
Zeno. Paradoks ini merupakan paradoks yang paling terkenal antara lapan
paradoks yang diperkenalkan oleh Zeno dan ia juga menjadi terkenal kerana
orang Yunani gagal menjelaskan paradoks ini.

Apakah idea Paradoks Achilles dan Kura-kura?

Paradoks ini menceritakan hubungan antara jarak dengan masa.


Paradoks ini tercetus melalui kisah perlumbaan antara Achilles dan Kura-kura.
Achilles merupakan seorang pahlawan perang zaman Yunani Kuno yang
diagungkan dan menjadi kegilaan ramai wanita. Kura-kura pula sentiasa
dianggap

sebagai

haiwan

yang

sangat

lambat

pergerakannya.

Dalam

perlumbaan ini, Achilles berusaha untuk menandingi kura-kura yang telah


merangkak jauh darinya. Pada awal perlumbaan, Achilles telah membenarkan
kura-kura untuk memulakan perlumbaan dengan jarak jauh, contohnya 100
meter dari dirinya.

Kedua-duanya berlumba dalam satu jarak yang lurus dan kelajuan yang
sekata. Achilles perlu sampai ke tempat permulaan kura-kura untuk mengejar
kura-kura tersebut. Namun begitu, apabila Achilles sampai ke tempat permulaan
kura-kura, kura-kura telah pun bergerak ke hadapan. Sebagai contohnya, apabila
Achilles telah berlari sejauh 100 meter (tempat permulaan kura-kura), kura-kura
telah bergerak ke hadapan dengan jarak yang lebih pendek, contohnya 10 meter.
Oleh itu, Achilles perlu berlari 10 meter lagi untuk sampai ke destinasi kura-kura
yang baharu. Perkara yang sama berlaku, iaitu apabila Achilles sampai ke titik 10

meter tersebut, kura-kura telah pun bergerak ke tempat baharu yang jauh lebih
ke depan.

Kenapakah idea Paradoks Achilles dan Kura-kura diterbitkan?

Rajah 4

Gambaran perlumbaan antara Achilles dan Kura-kura

Melalui gambaran tersebut, Zeno mengatakan selepas 1 saat, Achilles


telah pun sampai ke tempat permulaan kura-kura tetapi kura-kura telah pun
berada 5 meter di hadapan. Achilles terus mengejar kura-kura sehingga tempat
kedua kura-kura tetapi sekali lagi kura-kura telah bergerak ke hadapan tetapi
dengan jarak 2.5 meter ke hadapan pula. Berikutnya Achilles masih mengejar
untuk sampai ke tempat kura-kura yang seterusnya tetapi kura-kura telah pun
bergerak 1.25 meter maju ke hadapan. Perlumbaan ini berterusan dan setiap kali
Achilles sampai ke tempat kura-kura, kura-kura telah pun maju ke hadapan dan
terus kekal berada di hadapan Achilles.

Oleh hal demikian, Zeno menyifatkan bahawa Achilles tidak akan


pernah dapat untuk mengejar kura-kura. Disebabkan oleh bilangan titik yang
perlu Achilles sampai adalah infiniti, maka Achilles tidak berjaya untuk mengejar
mahu pun menandingi kura-kura. Walaupun jaraknya semakin mengecil, Zeno
tetap mengatakan Achilles tidak akan berjaya memintas kura-kura. Dalam
paradoks ini Zeno ingin membuktikan bahawa ruang dan waktu adalah
berterusan; dan jika ada pergerakan, pergerakan tersebut adalah seragam.
Paradoks ini turut mendapat perhatian Aristotle yang menyimpulkan bahawa In a
race, the quickest runner can never overtake the slowest, since the pursuer must
first reach the point whence the pursued started, so that the slower must always
hold a lead.

Berdasarkan cerita paradoks yang dikemukakan, maka Zeno telah


membuat generalisasi hubungan antara masa dan jarak seperti berikut.

Masa (saat, t)

Selisih Jarak (meter)

=0

10
10
2
10
2.5 =
4
10
1.25 =
8
10
0.625 =
16

=1

5=

1
2
1 1
=1+ +
2 4
1 1 1
=1+ + +
2 4 8
=1+

Dan seterusnya.
dibuat 10
2
1
1
1
1
ialah = 1 + 2 + 22 + 23 + + 2
Kesimpulan

yang

boleh

Jadual tersebut menunjukkan jarak antara Achilles dan kura-kura yang


semakin mengecil. n dalam persamaan tersebut mewakili tidak terhingga
(infinity, ). Apabila n mewakili tidak terhingga maka jaraknya akan semakin
9

menghampiri sifar. Pernyataan ini kelihatan benar tetapi jika dibangdingkan


dengan reality ia adalah tidak logik. Hal ini kerana dalam dunia nyata pasti
Achilles dapat mengalahkan kura-kura dengan mudah. Oleh hal demikian
paradoks ini dikatakan gagal dibuktikan oleh orang-orang Yunani. Paradoks ini
juga dianggap tidak logik.

Bagaimana idea paradoks ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan


seharian?

Namun

begitu,

kehadiran

Isaac

Newton

telah

membantu

untuk

menyelesaikan masalah paradoks ini. Newton telah membuktikannya dengan


menggunakan kaedah had (limit). Oleh itu, pengiraan dapat dilakukan sehingga
n mencapai bilangan tidak terhingga. Persamaan awal menunjukkan bahawa
= 1+

1
1
1
1
+ 2 + 3 + +
2 2
2
2

Disebabkan persamaan tersebut tidak membolehkan kita mencari limit, maka ia


dimanipulasikan dengan membahagikan masa dengan 2.
1
1
1
1
1
= + 2 + 3 + + + +1
2 2 2
2
2
2

Oleh itu dikurangkan dengan 2 dengan cara:

1 1
1
1
1
1 1
1
1
1
1
= ( 1 + + 2 + 3 + 4 + + ) ( + 2 + 3 + 4 + + + +1 )
2
2 2
2
2
2
2 2
2
2
2
2

2+1

=1
=2

2
2+1

10

Jadi, dengan menggunakan had n ialah tidak terhingga,


lim

lim 2

2
2+1

Nombor 2 apabila dibahagi dengan tidak terhingga akan mendekati sifar, 0.


Jadi;
lim 2

2
2+1

= 2

Daripada pengiraan tersebut, dapat disimpulkan bahawa Achilles mampu


menandinggi kura-kura pada saat yang kedua. Hal ini kerana Achilles berlari
dengan kelajuan 10 meter per saat (10ms-1), maka selepas dua saat Achilles
akan berada pada jarak 20 meter. Kura-kura pula bergerak dengan kelajuan 5
meter per saat (5ms-1). Kura-kura akan bergerak sejauh 10 meter dalam masa
dua saat. Namun begitu, pada awalnya kura-kura telah berada 10 meter di
hadapan Achilles. Pengiraan ini membuktikan bahawa pada saat kedua, Achilles
dan kura-kura berada pada kedudukan yang sama. Hal ini bersesuaian dengan
dunia nyata bahawa Achilles sememangnya mudah untuk mengalahkan kurakura.

11

PARADOKS ANAK PANAH

Bila idea Paradoks Anak Panah ini diterbitkan?

Seperti paradoks-paradoks yang lain, paradoks Anak Panah (The Arrow)


ini telah diterbitkan sekitar 2500 tahun yang lalu oleh Zeno dari Elea.

Apakah idea Paradoks Anak Panah?

Paradoks Anak Panah ini memerihalkan perkaitan antara ruang


pergerakan dengan masa. Zeno berpendapat bahawa ruang dan masa adalah
dua perkara yang berjalan seiringan dan tidak boleh dipisahkan. Beliau
menegaskan bahawa apabila terdapat satu objek yang sedang terbang atau
bergerak, objek tersebut selalunya menepati ruang yang sama besarnya dengan
objek tersebut.

Zeno berpendirian bahawa pergerakan bagi sesuatu objek itu adalah


mustahil. Hal ini kerana, beliau percaya bahawa semua objek adalah pegun dan
statik pada satu tempat. Contohnya, pada suatu ketika, apabila ada satu anak
panah sedang dilepaskan daripada busur dan terbang kearah sasaran, ianya
masih tidak dapat dibezakan dengan anak panah lain yang dalam keadaan rehat
atau statik pada kedudukan yang sama. Hal ini kerana masa anak panah itu
dalam keadaan terbang dipanggil waktu sekarang (moment of now).

Zeno tegas memberikan pendapat dalam paradoksnya bahawa anak


panah yang dilepaskan dari busur untuk menepati sasarannya adalah tidak
bergerak. Anak panah hanya berhenti setiap saat pada setiap kedudukannya.
Zeno menyimpulkan bahawa anak panah yang sedang terbang itu sebenarnya
tidak bergerak melainkan dalam keadaan diam pada setiap masa di setiap
tempat anak panah itu berada. Pergerakan yang dilihat hanyalah ilusi mata
sahaja.
12

Rajah 5

Perjalanan antara masa dan jarak anak panah yang sedang


terbang.

Rajah menunjukkan anak panah yang telah dilepaskan dari busur. P ialah
garis permulaan dimana anak panah dilepaskan dari busur manakala Q adalah
garisan penamat dimana sasaran diletakkan. Selepas anak panah dilepaskan,
logiknya, anak panah akan terbang dari P ke Q. Namun, Zeno menyatakan
bahawa anak panah berada dalam keadaan berhenti di setiap tempat anak
panah itu berada. Masa A menunjukkan tempat di mana anak panah bermula.
Masa B pula menunjukkan bahawa anak panah sedang berada pada kedudukan
X dalam keadaan pegun. Begitu juga dengan pada masa C, anak panah berada
di kedudukan Y, pada masa D berada di kedudukan Z dan terakhir sekali pada
masa E anak panah berada di Q, kesemuanya dalam keadaan pegun.

13

Kenapa idea Paradoks Anak Panah diterbitkan?

Idea Paradoks Anak Panah ini diterbitkan adalah untuk meyangkal


perkaitan antara ruang pergerakan dengan masa yang diterima umum sebagai
berasingan. Zeno yang bersetuju dengan pendapat gurunya, melihat bahawa
ruang pergerakan dengan masa adalah tidak boleh dipisahkan. Beliau percaya
bahawa satu objek tidak boleh berada di dua tempat pada satu masa yang sama.
Jika anak panah itu sedang terbang, anak panah tersebut mestilah berada pada
satu tempat pada satu masa sahaja. Jika anak panah itu berada pada satu
tempat, anak panah itu mestilah berada dalam keadaan pegun atau tidak
bergerak. Sesuatu objek yang dalam keadaan pegun mempunyai kelajuan 0m/s
atau tiada kelajuan.

Tegas Zeno, secara logiknya, apabila anak panah berada di satu tempat
pada satu masa tertentu dalam keadaan pegun, maka pergerakan itu tidak
terjadi. Berdasarkan alasan ini, Zeno berpendapat bahawa masa dan ruang itu
adalah sama dan tidak boleh dipisahkan dan masa itu adalah sesuatu yang
hanya berlaku dalam fikiran sahaja sebagai satu ilusi manusia.

Kajian demi kajian telah dilakukan untuk mencari kebenaran tentang


Paradoks Anak Panah yang telah diperkenalkan oleh Zeno. Mereka cuba untuk
berfikir cara Zeno berfikir untuk mencari logik mengapa Zeno menerbitkan idea
paradoks ini. Oleh itu, ada langkah pengiraan yang telah ditunjukkan bagi
membuktikan kebenaran paradoks ini.

14

Katakan purata kelajuan anak panah: s


t
Apabila s dikatakan sebagai jarak yang terhingga, melalui jangka masa
yang terhingga, maka tiada jarak yang dilalui semasa jangka masa ini. Oleh itu,
s = 0
t 0
atau
0.s = 0.t

Dengan kata lain, nilai jarak tidak dapat diperolehi, kerana persamaan
yang ditunjukkan mempunyai penyelesaian yang unik. Oleh kerana itulah Zeno
menyatakan bahawa anak panah itu sebenarnya berada dalam keadaan pengun
di setiap tempat dan tidak mempunyai jarak dan masa perjalanan dan ruang
pergerakan dan masa itu berjalan seiringan, tidak boleh dipisahkan.

Bagaimana idea paradoks ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan


seharian kita?

Paradoks ialah satu idea yang dianggap benar secara logik namun tidak
secara realitinya. Pengaplikasian idea ini terhadap kehidupan sebenar boleh
dibuat berdasarkan hujah dan fakta idea yang membuktikan bahawa Paradoks
Anak Panah ini tidak benar. Hukum yang membuktikan bahawa pandangan Zeno
terhadap ruang pergerakan dan masa adalah sesuatu yang tidak dapat
dipisahkan boleh disangkal melalui:

Distant (d) = Velocity (v) x Time (t)

Realitinya, ruang dan masa adalah berasingan. Ini boleh dibuktikan


melalui pengiraan berikut:

15

Katakan anak panah yang terbang pada jarak, d = 20m dalam masa, t = 4s.
Halaju anak panah: velocity (v) = distant (d)
time (t)
= 20m
4s
= 5m/s
Anak panah yang sedang terbang pada masa 1 saat sebenarnya
mempunyai jarak yang boleh dikira.

distant(d) = velocity(v) x time(t)


= (5m/s) (1s)
= 5m

Melalui pengiraan yang ditunjukkan jarak anak panah dalam masa 1 saat
ialah 5 m. Ini sekali gus menyangkal pendapat zeno yang mengatakan anak
panah yang sedang terbang itu hanya diam pada setiap tempat anak panah itu
berada dan tidak mempunyai jarak. Fakta dalam dunia realiti adalah apabila
sesuatu objek itu bergerak, pastinya ada jarak, masa yang diambil juga kelajuan
objek itu bergerak. Pandangan Zeno terhadap ruang dan masa tidak boleh
dipisahkan hanyalah paradoks semata-mata.

Hukum yang ditunjukkan adalah berkaitan dengan jarak, kelajuan dan


masa. Untuk mencari jarak sesuatu objek yang terbang atau bergerak, kelajuan
objek itu perlu didarabkan dengan masa yang diambil untuk objek itu sampai ke
destinasinya. Melalui hukum ini, jelas dibuktikan bahawa masa dan ruang itu
adalah dua benda yang terpisah. Kita perlu mencari sekurang-kurangnya dua
nilai untuk mendapatkan satu nilai yang dicari, seperti yang ditunjukkan dalam
contoh soalan yang diberikan. Pengaplikasian hukum ini membuktikan bahawa
anak panah bergerak menuju ke sasaran dalam jarak yang tertentu, dengan
kelajuan dan masa yang tertentu. Anak panah bukanlah memenuhi ruang
pergerakan dan diam di setiap tempat anak panah itu berada seperti dakwaan
Zeno dalam paradoksnya.
16

PARADOKS STADIUM / STADION

Bila idea Paradoks Stadium ini diterbitkan?

Paradoks Stadium atau Stadion yang juga dikenali sebagai Paradoks


Pergerakan Barisan diterbitkan oleh Zeno pada tahun 490-430 Sebelum Masihi.

Apakah idea Paradoks Satdium?

Paradoks

ini

membicarakan

berkenaaan

pergerakan

objek

yang

berkedudukan selari yang boleh diilustrasikan sebagai barisan A, B dan C. Zeno


memberikan pendapatnya bahawa ruang dan masa boleh dibahagikan jika ada
jumlah yang pasti. Zeno memberikan bukti bahawa separuh daripada masa
adalah sama dengan dua kali masa. Realitinya adalah ruang dan masa tidak
boleh dibahagikan. Rajah dibawah menunjukkan dengan lebih jelas lagi
mengapa Zeno membuat penyataan tersebut dan bagaimana bukti didapati oleh
beliau.

Rajah 6

Pergerakan tiga baris selari A. B dan C.

Rajah 1 menunjukkan tiga baris A, B dan C sebelum disusun, manakala


Rjah dua menunjukkan ketiga-tiga baris A, B dan C yang telah bergerak dan
tersusun secara selari. Rajah 1 menunjukkan bahawa baris A adalah dalam
17

keadaan pegun iaitu tidak bergerak, baris B dan C bergerak mengikut arah anak
panah dalam keadaan bertentangan antara satu sama lain. Pergerakan baris B
dan C ini akan menyebabkan kedudkan ketiga-tiga baris adalah sama dan selari
seperti yang boleh dilihat pada Rajah 2.

Kenapa idea Paradoks Stadium diterbitkan?

Idea ini diterbitkan untuk menyangkal fakta bahawa masa dan ruang tidak
boleh dibahagikan. Zeno berpendapat, ruang dan masa boleh dibahagikan
melalui proses pergerakan tiga barisan yang selari dan pengiraan yang telah
dilakukannya. Menurut Zeno, untuk kedua-dua baris B dan C bergerak untuk
berada pada kedudukan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2, bahagian
hadapan barisan B mestilah melintasi satu bahagian barisan A. Satu bahagian
bermaksud satu jarak dan satu jarak berlaku pada satu unit masa. Oleh itu, untuk
barisan B perlu bergerak satu jarak ke hadapan untuk menyamakan kedudukan
dengan barisan A. Baris C pula, perlu melintasi dua bahagian atau jarak baris B
untuk menyamakan kedudukan dengan Baris A.

Oleh itu, melalui pergerakan yang berlaku antara baris A, B dan C, dapat
disimpulkan bahawa:

Halaju B menuju A : 1s m/s


Halaju C menuju A : 1s m/s
Halaju C menuju B : 2s m/s
Jarak untuk menghabiskan pergerakan: 2D m (2 jarak/unit)

Oleh itu, waktu yang diperlukan untuk menghabiskan pergerakan,


= 2D m
2s m/s
=Dm
s m/s
= 1 unit waktu (s)
18

Zeno mengemukakan hujahnya berkenaan dengan ruang dan masa boleh


dibahagikan melalui pengiraan yang telah ditunjukkan. Bukti separuh daripada
masa adalah sama dengan dua kali masa telah ditunjukkan melalui rajah
pergerakan tiga barisan A, B dan C supaya tersusun secara selari. Realitinya,
umum menerima bahawa ruang dan masa tidak boleh dibahagikan.

Bagaimana idea paradoks ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan


seharian kita?

Pendapat yang telah dinyatakan oleh Zeno iaitu ruang dan masa boleh
dibahagikan terbukti bertentangan dengan realiti sebenar. Hal ini kerana dalam
dunia sebenar jelas terbukti bahawa ruang dan masa tidak boleh dibahagikan.
Oleh hal demikian, paradok stadium ini tidak dapat diaplikasikan dalam
kehidupan sebenar kerana ia bertentangan dengan realiti yang sebenar.

19

Anda mungkin juga menyukai