Anda di halaman 1dari 2

Islam dan Melayu cabaran dakwah di Malaysia

1. Apakah cabaran dakwah terbesar yg perlu diberikan perhatian oleh masyarakat Melayu sbg
kaum majoriti di Malaysia? Dan bagaimana kita harus respon kpd cabaran2 ini?
2. Sejak saban tahun, rakyat Malaysia hidup harmoni dan bertoleransi. Namun beberapa tahun
kebelakangan ini sentiment perkauman sering menjadi perdebatan hangat terutama tentang
identiti dan pelbagai hak keistimewaan orang Melayu. Bagaimana dapat kita pastikan
survival dakwah dapat bertahan tanpa menggugat keharmonian antara kaum?
Relate dgn pengaruh modernism.

http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/islam-dan-melayu-menatap-wajah-citrabangsa-dalam-sejarah-siddiq-fadzil
Islam dan Melayu: Menatap wajah citra bangsa dalam sejarah Siddiq Fadzil
Pengislaman telah mentransformasikan Melayu dari bangsa yang terkurung dalam kekarutan tahyul dan
dongeng menjadi bangsa rasional yang responsif terhadap rangsangan al-Quran agar berfikir (tafakur) dan
merenung (tadabur).
Ungkapan tradisi alam terkembang dijadikan guru adalah penjelmaan kesedaran Melayu tentang hakikat alam
sebagai al-kitab al-maftuh (kitab terbuka) yang memuatkan pelbagai rahsia dan hikmah yang bermanfaat bagi
manusia yang dapat memahaminya.
Memang alam adalah ayatu'llah (tanda yang mengisyaratkan keesaan, kebesaran dan kekuasaan Allah).
Justeru, berguru kepada alam dalam tradisi Melayu dapat diertikan sebagai usaha memaknai tanda-tanda pada
alam ciptaan Tuhan (ayat al-kawn) dan mengambik iktibar untuk panduan hidup.
Peribahasa Melayu yang mengungkapkan wisdom pusaka bangsa banyak sekali mengangkat objek-objek
kealaman: langit, tanah, gunung, bukit batu, air, angina, flora dan fauna.
Pada hakikatnya, bangsa ini mewarisi kekayaan nilai-nilai budaya yang dapat menjadi teras pembinaan watak
yang ampuh dan tangguh. Bukankah pada zaman silam bangsa Melayu terkenal sebagai bangsa pelaut?
Justeru watak bangsa ini banyak terbentuk dalam budaya kelautan yang serba mencabar. Tradisi bahari atau
budaya kelautan telah membentuk watak yang kuat, berdaya tahan dan berdaya juang. Di darat banyak tempat
selamat, banyak pilihan untuk berteduh dan berlindung, bersembunyi dan berdiam diri, mengelak dan
menghindar.
Tetapi di laut tidak banyak pilihan sama sekali. Anak laut tidakdapat lari dari gelombang dan taufan, tidak dapat
menghindar dari ribut dan badai. Tidak ada pilihan bagi anak laut selain menghadapi dan menaklukinya dengan
sepenuh keberanian dan kekuatan.
Kehidupan dan budaya kelautan mendidik bangsa ini menjadi bangsa bijaksana yang mampu membaca tanda,
menafsir isyarat dan menangkap pesan yang dibisikkan oleh angin dan ombak, burung dan ikan.
Demikianlah hakikatnya, tradisi bahari dan etos kelautan telah berperanan besar sebagai wahana pembinaan
kekuatan watak yang dicirikan oleh sifat-sifat unggul kemandirian, keberanian, kecekalan, ketangkasan,
kepekaan, ketelitian, keyakinan, dan semangat kebersamaan yang kental.
Dalam sebuah kapal di tengah gelora samudera, seluruh warganya dari nakhoda, juru mudi, kelasi hingga
seluruh anak kapal dan penumpangnya terpadu dalam kebersamaan menghadapi nasib, timbul atau tenggelam,
hidup atau mati.

Ke mana menghilangnya watak bahari yang sedemikian itu? Mungkin kita sudah tercabut dari tradisi besar
tersebut. Kita bukan lagi bangsa pelaut yang jaya merajai Samudera, dan tamadun kita pun bukan lagi tamadun
maritime yang berpaksikan negara kota perdagangan jalur laut.
Memang kita semakin mengecil di laut, mengecil di darat, dan lebih kecil lagi di angkasa. Tetapi Melayu belum
hilang di dunia, dan kerana itu masih ada harapan untuk bangsa ini kembali unggul.
Dalam kaitan inilah relevannya sejarah masa lalu sebagai inspiratory kebangkitan semula. Yang penting adalah
usaha membina kekuatan dengan menggali nilai-nilai luhur dari tradisi kita sendiri, termasuk tradisi bahari dan
budaya kelautan.
Kembali mengakar pada nilai-nilai luhur warisan tradisi adalah strategi kebangkitan yang telah terbukti
kejayaannya dalam sejarah pelbagai bangsa. Dalam masa singkat Jepun mampu bangkit dari kehancuran Perang
Dunia Kedua dengan meminjam teknologi moden Barat tetapi tetap mengakar kuat pada nilai-nilai budaya
Busyido-Samurai.
Mereka telah menterjemahkan nilai-nilai kepahlawanan tradisional itu menjadi etos keusahawanan dan displin
kehidupan sehari-hari.
Demikian juga di sebalik kebangkitan China sebagai kuasa besar dunia hari ini sebenarna bukan faham
komunisme yang baru mereka kenal beberapa dekad yang lalu, tetapi lebih dilatari oleh nilai-nilai tradisi seperti
ajaran Konfusius, agama Buddha dan lain-lainnya yang jauh lebih lama mengakar sejak berabad-abad.
Nilai-nilai luhur warisan tradisi seperti semangat persaudaraan, kebersamaan, gotong-royong dan tolong
menolong telah semakin lesu dalam ghairah semangat individualistik dan mementingkan diri.
Pada zaman menggilanya nafsu kebendaan sekarang ini, kita menyaksikan semakin pupusnya amal sukarela,
dan semakin mengurangnya sesuatu yang boleh diperolehi secara percuma.
Serba-serbinya harus dengan wang, there is no such thing as free lunch. Gejala seperti itulah yang disebut oleh
Malik Bennabi sebagai al-fikr al mayyit, pemikiran dan nilai positif yang mati dilanda al-fikr al-mumit atau
pemikiran dan nilai asing yang mengganas dan meluluh-lantakkan. Mungkin akan banyak lagi pemikiran dan
nilai-nilai luhur warisan tradisi yang akan mati sebagai korban rempuhan globalisasi ketika ini.
Pembinaan watak dan citra bangsa harus meliputi usaha memlihara nilai-nilai luhur warisan bangsa, menggali
yang telah lama tertimbus dalam peredaran zaman, dan menyegarkan yang telah layu dalam pertukaran musim.
Secara budaya, sebenarnya bangsa kita bukan tidak memilikki kesedaran tentang keperluan menghidupkan
semula warisan yang telah ditinggalkan. Kesedaran seperti itu dapat dirasakan dalam ungkapan tradisional,
mambangkit batang tarandam.
Ungkapan yang bererti menegakkan semula pohon yang telah tumbang dan ditenggelami air itu
mengekspresikan semangat memugar warisan silam. 25 November, 2014.
* Datuk Dr Siddiq Fadzil merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/islam-dan-melayu-menatap-wajah-citrabangsa-dalam-sejarah-siddiq-fadzil#sthash.Ptd6auQT.dpuf

Anda mungkin juga menyukai