Anda di halaman 1dari 13

SOALAN

Encik Rahim telah dilantik sebagai seorang Ketua Pengarah di sebuah Jabatan
kerajaan ;
A) Bagaimanakah dapat ditentukan bahawa beliau mempunyai kepimpinan
yang unggul?

Dalam setiap negara, organisasi, syarikat, pasukan sukan mahupun keluarga


mesti ada yang dilantik menjadi pemimpin. Malah apabila ada dua orang atau lebih
mesti ada seorang diplih atau bertindak sebagai pemimpin. Jawatan pemimpin amat
penting yang bertanggungjawab mengawal, mengurus, mentadbir, merancang,
membuat keputusan dan menjadi contoh kepada orang dipimpin.

Individu yang bergelar pemimpin menanggung amanah kepimpinan yang


berat. Setiap pemimpin akan menghadap Allah dan disoalkan apakah yang telah
dilakukannya sebagai pemimpin. Justeru, jawatan pemimpin hanya layak disandang
oleh orang yang benar-benar amanah, mempunyai kekuatan, kemampuan,
kemahiran dan ketahanan dalam soal kepimpinan. Kelayakan ini paling penting bagi
pemimpin peringkat negara dan organisasi besar.

Pemimpin yang baik ialah mengasihi dan mengambil berat soal kebajikan
orang yang dipimpin, menyediakan keadaan selamat, selesa dan sentiasa
mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi. Oleh itu, setiap
pemimpin perlu mempunyai visi dan misi untuk kepentingan semua pihak. Semua
perancangan dilakukan dengan teliti, bijak, fleksibel, berasas dan memahami
keperluan semasa bagi membantu kejayaan apa yang dilakukan.
1

Pemimpin yang baik tidak sekadar melaungkan slogan retorik. Pemimpin


hendaklah memahami kebenaran dan kesan terhadap setiap apa yang diucapkan.
Pemimpin perlu menjauhkan diri daripada melakukan amalan menabur fitnah dan
janji dusta. Perbuatan itu wajib dijauhi kerana ia bersifat kezaliman lidah yang
melenyapkan kebenaran dan menyembunyikan unsur-unsur kebenaran. Sesiapa
yang berjanji sedangkan mengetahui tidak mampu melaksanakan apa yang
dijanjikan itu adalah seburuk-buruk sifat pemimpin. Mereka melakukan sifat orang
munafik yang berpura-pura baik sedangkan dalam hatinya tersimpan niat jahat.

Satu sifat mulia yang perlu dimiliki setiap pemimpin ialah sanggup menerima
kritikan daripada orang bawahan. Kritikan merupakan satu cara untuk memperbaiki
keburukan yang dilakukan oleh pemimpin. Sebenarnya, pemimpin juga tidak terlepas
daripada melakukan kesalahan.Kedudukan pemimpin amat penting sebagai tunjang
kekuatan kepada organisasi atau negara. Tanpa pemimpin yang berhemah,
berwibawa dan berwawasan akan mengakibatkan organisasi tidak mampu
berkembang

dan

tidak

mendatangkan

kebiakan

kepada

ahli-ahlinya.

Insan yang bergelar pemimpin tidak seharusnya menjadikan matlamat diri


sendiri sebagai agenda perjuangan. Sebenarnya, jawatan yang disandang adalah
satu bebanan amanah berat yang perlu dilaksanakan. Pemimpin layak meletakkan
dirinya sebagai hamba kepada orang yang dipimpin. Sebab itu pemimpin perlu
memberi sepenuh tumpuan dan tenaga untuk berkhidmat.

Pemimpin yang baik juga perlu mengelak diri daripada mengamalkan sikap
mementingkan kroni. Sepatutnya semua orang bawahan mesti dilayan sama rata.
Tidak ada golongan yang mendapat keistimewaan atau diberi keutamaan untuk
mendapat sesuatu yang bukan haknya.

Dalam hal ini, pemimpin tawaduk tidak runsing hilang sokongan disebabkan
tidak memberi layanan istimewa kepada penyokong setia. Pemimpin mengamalkan
kroni biasanya tidak mempunyai kekuatan sendiri. Jadi terpaksalah memberi
keistimewaan kepada kroninya agar dia terus mendapat sokongan.

Sesungguhnya, pemimpin yang baik akan sentiasa melihat dan menilai diri
sendiri. Sekiranya dirasakan tidak mampu melaksanakan tugas. Maka jawatannya
diserahkan kepada orang lain yang dirasakan mampu melaksanakan amanah
kepimpinan melaksanakan tugas dan amanah.

Selain itu, seseorang pemimpin dapat dikatakan mempunyai sifat kepimpinan


yang unggul sekiranya beliau tidak menggunakan kuasa yang ada padanya
sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya menggunakan kuasa yang ada untuk
meningkatkan prestasi, produktiviti dan reputasi jabatannya. Pemimpin yang unggul
perlu mempunyai kemahiran yang dapat mendorong pekerja bawahan meningkatkan
prestasi dan produktiviti mereka.

Pemimpin yang unggul perlu memiliki penampilan diri sebagai pemimpin yang
dihormati dan bukan ditakuti dalam memimpin sesebuah jabatan. Pemimpin yang

mempunyai sifat kepimpinan yang unggul mestilah bijaksana, adil, tegas, berani,
bertanggungjawab, sabar dan baik hati dalam membuat sebarang tindakan.

Pemimpin yang unggul juga perlu dapat memberikan teladan yang baik
keepada orang bawahannya dan sekaligus dapat mengembelingkan sumber-sumber
manusia di organisasinya ke arah mencapai objektif organisasi.

Kesimpulannya, pelantikan Encik Rahim sebagai Ketua Jabatan tidak perlu


dipertikaikan sekiranya Encik Rahim mempunyai sifat-sifat sebagai seorang
pemimpin unggul dan sekaligus dapat menerajui jabatannya dengan sifat
kepimpinannya yang unggul.

B) Jelaskan ciri-ciri seorang Ketua Jabatan yang mempunyai kepimpinan


yang berkesan

Semua orang boleh menjadi pentadbir tetapi bukan semua boleh menjadi
pemimpin. Pemimpin yang berkaliber memerlukan ciri-ciri positif bagi dirinya diiktiraf
sebagai seorang pemimpin. Pemimpin yang baik bukan lahir dengan sendirinya
tetapi diperoleh melalui latihan berterusan, pengalaman mahupun ilmu.

Memimpin

sesebuah

organisasi

bukanlah

satu

tugas

yang

mudah.

Sungguhpun begitu, bersama-sama gabungan ilmu, pengetahuan, personaliti dan


visi, kepimpinan bukanlah satu misi yang mustahil bagi setiap orang yang mahu
menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Seseorang pemimpin berkesan sentiasa
melihat kejayaan organisasinya sebagai satu usaha yang berterusan antara dirinya
dengan semua anggota dalam organisasi itu.

Dalam erti kata lain, kejayaan sesebuah organisasi itu adalah kejayaan
bersama. Namun begitu, keberkesanan, keunggulan dan kecemerlangan bergantung
kepada kepimpinan sesebuah organisasi. Sarjana disiplin pengurusan dan
kepimpinan ada berkata apa yang berada di belakang kita dan apa yang berada di
hadapan kita adalah perkara yang kecil berbanding dengan apa yang ada di dalam
diri kita. Jadi, diri pemimpin dan apa yang tersirat di dalam dirinya adalah penting
dalam memanifestasikannya menjadi sebuah realiti.

Kepimpinan berkesan perlu dalam sesebuah organisasi kerana mempunyai


kaitan dengan jatuh bangun sesebuah organisasi, keberkesanan dan kecekapan
5

organisasi, prestasi kerja orang bawahan, dan juga mempunyai kaitan dengan
kepuasan kerja orang bawahan.

Pemimpin berkesan mestilah mempunyai pengikut, dapat mempengaruhi dan


memotivasikan orang lain, dapat membuat perubahan kepada organisasi dan ke
atas sikap dan tingkah laku orang bawahan.

Seorang

pemimpin

berkesan

haruslah

berperanan

sebagai,

pemikir,

perancang, pengurus , pengerak perubahan, pendidik, pembimbing, penasihat dan


juga sebagai pendorong. Dalam usaha menjadi pemimpin berkesan, individu itu
harus menguasai tiga kemahiran:
1.

Kemahiran konseptual iaitu kemahiran menganalisi, berfikir secara logik,


kreatif dalam menjana idea dan penyelesai masalah.

2.

Kemahiran tektikal iaitu kemahiran berkaitan dengan kaedah-kaedah,


prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta
kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalanakan
aktiviti tersebut.

3.

Kemahiran hubungan kemanusiaan- iaitu kemahiran berhubung dengan


orang lain serta boleh memahami perasaan dan sikap orang lain.
Terkandung dalam kemahiran ini ialah kemahiran berkomunikasi dengan
jelas dan berkesan.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar boleh mempengaruhi


orang bawahan supaya menjadi pengikut yang setia bukanlah suatu perkara yang
senang. Untuk itu, seseorang pemimpin yang berkesan hendaklah menguasai
6

kemahiran-kemahiran tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai dengan


memadankannya dengan keadaan-keadaan tertentu.

Seseorang Ketua Jabatan itu boleh dikatakan telah berjaya memberikan


kepimpinan berkesan terhadap organisasi apabila beliau telah dapat mencapai
matlamat organisasi

sepenuhnya, dan dapat mewujudkan suasana harmoni dan

tenteram dalam organisasi ke arah peningkatan kreativiti dan inovasi dalam jabatan.
Ketua Jabatan yang mempunyai kepimpinan yang berkesan juga mestilah berjaya
membuatkan organisasinya dipercayai oleh pelanggan, orang ramai dan pihak
atasan selain berjaya meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja-pekerjanya
dengan program latihan berterusan.

Ketua Jabatan juga mestilah dapat mengelakkan pertembungan kepentingan


peribadi dengan tugas rasmi jabatan dan dalam membuat sesuatu keputusan
perlulah secara mesyuarah agar dapat mewujudkan kerjasama dan kerja
berpasukan dalam organisasi.

C) Huraikan cara-cara untuk mengelakkan perbuatan pilih kasih dalam


tindakan-tindakan di kalangan ketua organisasi

Pilih kasih adalah dua perkataan yang bergabung membawa satu makna iaitu:
dalam makna seseorang bersifat bias atau berat sebelah pihak. Sifat pilih kasih
adalah antara sifat semulajadi manusia dan berlaku tanpa kita sedari. Ia berlaku
hampir disetiap dimensi kehidupan kita. Pilih kasih juga menjangkau ke setiap
perkara, sama ada terhadap harta, terhadap orang lain, terhadap ilmu, terhadap
jawatan dan sebagainya. Hal ini berlaku berpunca daripada tindakan melakukan
pilihan. Kadang-kadang tindakan membuat pilihan bukan sahaja berlaku atas dasar
suka-suka sahaja, tetapi juga berlaku atas sebab ianya suatu kemestian.
Perbuatan

pilih

kasih

dalam

tindakan-tindakan

dikalangan

pemimpin

merupakan amalan yang tidak sihat dan boleh menjatuhkan kredibiliti seorang ketua.
Justeru, bagi mengelakkan perbuatan tesebut, jabatan hendaklah menggunakan
kaedah penilaian prestasi, faedah, ganjaran dan tindakan disiplin. Dengan ini semua
kelakuan pekerja adalah dibawah kawalan dan berlandaskan peraturan syarikat dan
organisasi.
Penilaian prestasi ialah penilaian yang dibuat secara sistematik terhadap
kemampuan pekerja untuk mencapai standard kerja yang telah ditetapkan. Lazimnya
pada awal tahun, pekerja akan diminta untuk membuat sasaran kerja tahunan
dengan sendiri atau diberitahu tentang apa yang perlu mereka capai pada tahun
tersebut oleh penyelia masing-masing. Pada pertengahan atau akhir tahun penilaian
akan dilakukan untuk melihat sama ada mereka mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Tujuan penilaian prestasi adalah untuk memberi maklum balas tentang
tahap pencapaian kepada pekerja, membentuk data yang sah bagi tujuan pemberian
8

gaji dan kenaikan pangkat, memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha,
memberi pengiktirafan kepada pekerja, mengukuhkan hubungan pengurus dengan
pekerja, menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan.
Penilaian prestasi pekerja yang dibuat secara adil dan sistematik akan memberi
banyak faedah kepada organisasi. Ini membolehkan ketua organisasi:
i. Membuat keputusan berkenaan kenaikan gaji dan pangkat kepada pekerja.
ii.
Mengenal pasti keperluan latihan berdasarkan kelemahan.
iii.
Mengendalikan kes-kes disiplin pekerja dengan adil.
iv. Menggalakkan pekerja untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki
v.

kesilapan.
Mengadakan saluran komunikasi yang formal antara pekerja dengan
pengurus.
Melalui penilaian prestasi, ketua dapat melakukan penilaian terhadap pekerja

secara berterusan dimana ketua tidak perlu tunggu hingga ke akhir tahun, jika
penilaian dibuat pada akhir tahun hanya prestasi akhir dilihat. Selain itu, penilaian
dibuat dengan adil dan dengan ini dianggap adil oleh pekerja berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan.
Faedah dan ganjaran adalah cara lain untuk mengelakkan tindakan pilih kasih
di kalangan ketua dalam sesuatu organisasi. Ganjaran dan faedah adalah semua
bentuk pulangan kewangan dan bukan kewangan yang diterima oleh pekerja
sebagai sebahagian daripada kontrak pekerjaan mereka. Ganjaran juga merujuk
kepada gaji atau upah asas yang diberikan berdasarkan prestasi atau kekananan
seseorang manakala faedah ialah ganjaran tambahan selain daripada upah atau
gaji. Ganjaran yang diberikan ini adalah berdasarkan ekuitidalaman dan luaran.
Setiap ganjaran yang diberikan mestilah adil dan diterima sebagai satu sistem adil
oleh pekerja. Sekiranya pekerja menganggap ganjaran yang diberikan adalah tidak
adil, ia akan bertukar ke organisasi lain. Ekuiti dalaman merujuk kepada kesetaraan
ganjaran kepada semua ahli dalam organisasi yang sama. Hal ini bermakna semua
9

pekerja dalam sesebuah organisasi menerima gaji yang adil berasaskan kriteria
tertentu seperti kemahiran, pengalaman dan kelayakan akademik.
Misalnya, pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama
harus diberi ganjaran yang sama. Ekuiti luaran pula merujuk kepada kesetaraan
dengan pekerja di organisasi lain dalam industri yang sama. Hal ini bermakna
pekerja-pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama tetapi dalam
organisasi yang berlainan harus menerima ganjaran yang sama atau lebih kurang
sama. Dalam kontek sini, jika perbezaan ganjaran adalah besar, pekerja akan beralih
ke organisasi yang menawarkan ganjaran yang lebih tinggi. Bentuk tugas bermakna
tugas yang rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi akan diberikan ganjaran
yang lebih tinggi berbanding dengan kerja-kerja rutin. Ganjaran juga akan ditentukan
oleh nilai sesuatu pekerjaan kepada organisasi. Sekiranya sesuatu pekerjaan itu
dianggap penting oleh sesebuah organisasi, ganjaran bagi pekerjaan tersebut adalah
tinggi.
Tindakan disiplin akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar
peraturan syarikat. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah kedatangan lewat
yang kerap, ponteng kerja,mencuri harta syarikat, minum arak di tempat kerja,
memfitnah orang lain dan tidak menyiapkan tugas yang diberikan. Tindakan disiplin
ialah hukuman yang diberikan kepada pekerja yang melanggar peraturan organisasi.
Disiplin boleh diberikan oleh berbentuk positif atau negatif bergantung kepada
kaedaan. Disiplin positif ialah cara pembetulan melalui nasihat, kaunseling dan
memberi peluang kepada pekerja untuk menghentikan perbuatannya selepas
dinasihati.

Disiplin

negatif

atau

progresif

diberikan

kepada

pekerja

yang

gagalmengubah gelagat mereka ke arah yang lebih positif atau menjadi semakin

10

teruk. Jadi, tindakan yang akan dikenakan kepada salah laku pekerja adalah
berdasarkan peraturan yang elah ditetapkan bagi mengelakkan pilih kasih.
.

Rumusan :

Encik Rahim telah dilantik menjadi seorang Ketua Pengarah di sebuah


Jabatan Kerajaan. Sifat yang perlu ada pada En Rahim adalah seperti mengambil
berat, tidak sekadar berjanji, Sanggup menerima kritikan, mengelak dari sikap
mementingkan kroni, dan sentiasa melihat dan menilai diri sendiri. Selain itu En.
Rahim juga perlu memiliki ciri-ciri sebagai pemimpin yang unggul seperti bijaksana,
adil, tegas, berani, bertanggungjawab, sabar dan baik hati dalam membuat sebarang
tindakan dan sekaligus menjadi teladan yang baik kepada orang bawahannya.

11

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan , beberapa


kesimpulan

dapat

dibuat.

Diantaranya

ialah

kepimpinan

ialah

perlakuan

seseorangyang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak


dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui
keperluan

dan

menitikberatkan

motif

orang-orang

pencapaian

yang

matlamat

berkerja

kumpulan.

dengannya
Dia

juga

dan

harus

harus
berjaya

mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah


dan mencapai matlamat masa depan. Seseorang pemimpin boleh menonjolkan
kepimpinannya hanya melalui penglibatannyadalam kumpulan. Dalam kumpulan
pula

kekerapan

interaksi

bersama

kakitangan

membolehkan

keberkesanan

kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa bersembunyi dalam biliknya dan


tidak

mempunyai

masa

untuk

berinteraksi

dengan

kakitangannya,

maka

kepimpinannya kurang berkesan.Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada


jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi
kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa secara formal
melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu
penerimaan orang-orang bawahan .

Akhir sekali, mengenai cara-cara mengelakkan perbuatan pilih kasih, dapat


dirumuskan peranan dan kepentingannya adalah untuk mengukuhkan hubungan
pengurus dengan pekerja, mengatasi masalah pekerja tanpa timbulnya isu pilih
kasih, menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan semasa
berkerja dalam organisasi dan ketua juga dapat menetapkan jangkaan prestasi baru
terhadap pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka

12

Rujukan :
1. Ciri-ciri Pemimpin Unggul Al-Islam, Mac, 2007
2. Kepimpinan Berkesan Unit Sekolah Rendah JPNT
3. Keadilan

dalam

organisasi

elak

(http://ahmadzaki.wordpress.com/)

13

salah

kuasa

dan

penindasan

Anda mungkin juga menyukai