Anda di halaman 1dari 2

4.2 Pandangan saya tentang pembelajaran tentang bab ini.

Wang merupakan salah satu tajuk yang dianggap penting dalam subjek Matematik kerana manusia
menggunakanwang atau duit dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam zaman yang serba moden
ini, segala keperluanmemerlukan wang untuk mendapatkannya. Tanpa wang kita tidak dapat
membeli makanan, pakaian, kemudahantempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. Guru perlu
mengajar kemahiran mengenal jenis dan nilai wang sebelummempelajari tentang keempat operasi
penting untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan wang. Murid-murid perlu mengetahui
nilai wang RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 di samping mengenali wang syiling 5 sen,10 sen dan
50 sen supaya mereka tahu menggunakannya untuk menjalani kehidupan seharian sama ada di
sekolahatau apabila mereka dewasa kelak. Kemahiran mengecam, mengklasifikasi dan
mengasingkan wang kertas danwang syiling mengikut nilai yang diperlukan juga perlu diajar kepada
murid supaya mereka dapat menggunakannyadengan betul apabila perlu.Sewaktu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, penggunaan bahan bantu mengajar menggunakan contoh wangkertas dan
wang syiling akan membantu murid mengetahui nilai sebenar wang mengikut harga barangan
yanghendak dibeli oleh murid. Guru boleh menunjukkannya melalui lakonan jual beli di pasar atau
kedai untukmemastikan murid-murid mengetahui dan memahami penggunaan wang dengan betul.
Guru membimbing muridsewaktu proses menyediakan jumlah wang atau penggunaan wang kertas
dan wang syiling. Dengan cara ini, muridakan lebih mengingati apa yang dipelajari berbanding jika
mereka belajar secara teori tanpa menunjukkan contohsebenar. Pengetahuan mengenai wang
adalah sangat penting untuk memudahkan murid menggunakannya sewaktumembeli makanan di
kantin, di kedai atau sebagainya.

KRM 3013 ASAS NOMBOR

DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)19


4.3 Cadangan untuk penambahbaikan dan pelaksanaan di sekolah.
Pada pandangan saya, pelaksanaan pengajaran tentang tajuk wang hanya melibatkan tentang
pengenalan matawang, jenis mata wang dan operasi yang dilibatkan dalam pengiraan wang. Untuk
menjalani kehidupan seharian dimasa hadapan, murid-murid juga perlu mengetahui bahawa nilai
wang bukan sahaja terletak pada wang kertas atauwang syiling tetapi juga melalui kad kredit, kupon,
baucar, kiriman wang dan sebagainya. Guru kurangmenitikberatkan tentang nilai wang dalam
bentuk-bentuk selain daripada wang kertas dan wang syiling. Pada zamanmoden dan canggih ini,
murid-murid juga perlu didedahkan sejak di peringkat sekolah rendah tentang bentuk-bentuknilai
wang tersebut walaupun tiada dalam sukatan pelajaran. Guru boleh memberikan contoh-contoh
yangbersesuaian agar murid mengetahui kewujudan nilai wang tersebut melalui alat berbantukan
komputer. Sayapercaya murid-murid yang tinggal di bandar besar telah biasa melihat kad kredit, kad
ATM, kupon atau baucar yangboleh didapati daripada ibu, bapa atau ahli keluarga yang lain.Selain
daripada itu, murid-murid juga perlu didedahkan dengan penggunaan wang. Lawatan ke pejabat pos
ataubank perdagangan akan memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara wang
digunakan. Sebagai contohuntuk membayar bil elektrik, bil air, membeli setem, membuat kiriman

wang atau sebagainya. Wang tidak hanyadigunakan untuk membeli makanan, pakaian atau
barangan keperluan sahaja. Perkhidmatan yang murid-muridgunakan juga memerlukan wang untuk
mendapatkannya. Lawatan ke pasar raya juga adalah salah satu cara muriddapat mengaplikasi
pengetahuan yang didapati di bilik darjah. Berikan sejumlah wang kepada murid dan mintamereka
mendapatkan beberapa barangan mengikut nilai yang mereka ada. Beri mereka peluang untuk
membayar sendiri di kaunter agar mereka berasa lebih yakin serta berani berurus niaga tanpa
meminta bantuan daripada orangdewasa. Melalui cara ini, mereka akan memperoleh pengalaman
sendiri yang dapat digunakan sewaktu menjawabsoalan-soalan yang berkaitan ketika menyelesaikan
masalah berkaitan wang.Pengajaran dan pembelajaran tajuk wang akan menjadi lebih seronok jika
guru dan murid melakukan aktiviti lakonanatau melaluinya secara realiti di luar bilik darjah.
Pengajaran yang dijalankan di bilik darjah tidak akan menunjukkankeadaan sebenar cara
perbelanjaan menggunakan wang dan kemahiran tidak akan dapat dikuasai secaramenyeluruh.
Memandangkan wang mempunyai kuasa yang sangat besar dalam kehidupan zaman moden
yangsemakin mencabar ini, corak dan teknik serta kaedah pengajaran juga perlu diubah mengikut
perkembangan dankeperluan semasa. Kaedah lama yang menggunakan bahan bantu mengajar yang
terhad agak membosankan muridseterusnya akan melemahkan semangat mereka untuk belajar.

KRM 3013 ASAS NOMBOR

DALIAH BINTI SINAWI @ SEMAWI (D 20102043284)20


4.4 Kesimpulan
Wang merupakan salah satu tajuk penting dan merupakan asas dalam kehidupan manusia walau di
mana merekaberada. Setiap orang murid mempunyai pengalaman sendiri dalam menggunakan
wang dengan cara yang berbeza.Penekanan dalam pengenalan nilai wang perlu dititikberatkan agar
murid mengenal nilai wang kertas dan wangsyiling sebelum mereka menggunakannya untuk
membeli keperluan seharian sama ada di kantin atau di rumah. Jikamereka tidak mengetahui nilai
wang, urusan jual beli akan menjadi rumit dan nilai wang tidak setanding denganbarangan yang
dibeli. Penggunaan wang tidak terhad kepada wang kertas dan wang syiling sahaja tetapi lebih
luaslagi melalui penggunaan kad kredit, kupon, baucar, kiriman wang dan sebagainya. Murid-murid
perlu didedahkandengan bentuk wang sedemikian memandangkan corak kehidupan semakin
berubah. Lawatan ke premisperniagaan, pejabat pos atau bank perdagangan juga banyak membantu
dalam memberi pendedahan penggunaanwang di kalangan murid-murid. Guru yang kreatif dan
sentiasa memandang ke hadapan tidak akan menghadkanpengajaran di bilik darjah dan minat
murid-murid terhadap subjek Matematik akan dicambah jika teknik pengajaranyang digunakan
berjaya menarik minat murid.

Anda mungkin juga menyukai