Anda di halaman 1dari 15

KBK 6014

KANAK-

KANAK

BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK TUGASAN
TUGASAN 2: MENGKAJI MASALAH TUMPUAN DI KALANGAN
MURID-MURID BERMASALAH ADHD

NAMA PELAJAR
PRASANNA NAIR A/P PERMISARAT
M20141000625

PENSYARAH
PROF. DR. NORFISHAH BT MAT RABI

TARIKH SERAHAN
NOVEMBER 2014
1.0 Pengenalan

Sudah menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang

berpotensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila
mereka dewasa kelak Namun begitu, tidak semua kanak-kanak ini dilahirkan normal dan
mengalami masalah pembelajaran yang perlu dikesan kekurangan tersebut dari peringkat awal
lagi oleh ibu bapa dan guru. Ibu bapa perlu peka dengan setiap aktiviti atau tindak balas yang
tidak normal yang dilakukan oleh kanak-kanak ini.
Menurut Barkley (1990), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau Attention
Deficit Hyperactive (ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di
kalangan kanak-kanak. Menurut beliau lagi, ia adalah satu kecelaruan perkembangan yang
berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan
hiperaktif impulsif yang kerap dan teruk berbanding dengan keadaan biasa diperhatikan pada
individu di peringkat yang normal. Menurut Paul Cooper dan Katherine (2002), ADHD berlaku
mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif, dan tidak memberi perhatian.
Merujuk kepada Wintraub (1997), dalam Natural Treatments For ADD and
Hyperactivity, bunyi imej, warna dan pergerakkan semuanya berterusan bergerak dan berterusan
mengganggu. Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan
menyelesaikan segala tugasan. Manakala menurut Lahey (1997), ADHD adalah masalah kanakkanak

yang

mempunyai

kesukaran

untuk

menumpukan

perhatian

kerana

terhadnya

kebolehanuntuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tingkah laku tidak sabar.
Manakala menurut Azizi Yahaya (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan
atau ADHD merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku pada zaman kanak-kanak
yang mempunyai ciri-ciri kurang tumpuan , keadaan hiperaktif yang kerap dan teruk berbanding
biasa. Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) berlaku dengan begitu ketara pada
sesetengah kanak-kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan juga murid-murid sekolah
rendah. Gejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku
mereka bagi memberi tumpuan yang sepenuhnya.
2.0 Latar Belakang Kajian
Kajian tentang masalah tumpuan di kalangan murid murid bermasalah ADHD ini

telah lam dikaji oleh penyelidik. Antara penyelidik yang mengkajinya ialah Azizi Yahya
(2006) , Wintraub (1997) , Lahey (1997) dan sebagainya. Kajian tersebut mendapati
sememangnya murid-murid bermasalah ADHD ini mengalami masalah tumpuan. Masalah
tumpuan yang dikenalpastinya dapat disenaraikan berikut :
Kurang tumpuan
Tidak memberi perhatian
Terlalu aktif
Sukar mengawal diri
Tingkah laku yang tidak sabar
Satu kajian telah dilakukan ke atas kanak-kanak Malaysia yang berumur di antara
5-15 tahun menunjukkan bahawa seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkan yang
dihidapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. National Insitute of Mental
Health (NIMH) menjangkakan sebanyak 3% sehingga 5% kanak-kanak akan mengalami ADHD.
Dan sesetengah pakar psikiatri mengatakan bahawa ADHD terjadi 8% hingga 10% pada usia
kanak-kanak sekolah.
Terdapat 25 orang murid-murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Sungai
Buloh , Teluk Intan. Murid-murid tersebut ditempatkan di 3 buah kelas mengikut tahap kebolehan
masing-masing. Salah sebuah kelas tersebut mempunyai 6 orang murid-murid yang mempunyai
cirri-ciri ADHD yang disahkan oleh doktor. Sebuah kajian telah dijalankan terhadap 5 orang
murid-murid yang berciri-ciri ADHD. Kajian tersebut dijalankan untuk mengenalpasti masalah
tumpuan di kalangan murid-murid tersebut.

3.0 Kumpulan Sasaran


Terdapat 6 orang murid-murid yang mempunyai ciri-ciri ADHD di kelas yang
dikaji. Dalam tempoh masa kajian dijalankan , hanya masalah tumpuan 5 orang murid dapat

dikaji kerana salah seorang murid mengalami demam campak dan tidak hadir ke sekolah.
Kesemua responden tersebut berumur 10 tahun. 2 orang daripada mereka merupakan murid
lelaki dan selebihnya merupakan murid perempuan. Kesemua responden tersebut mempunyai
ciri-ciri ADHD yang disahkan oleh doktor. Antara ciri-ciri yang terdapat oleh mereka ialah :
Sukar mengawal diri
Sukar memberi perhatian
Terlalu aktif.
Tidak menumpukan perhatian.

4.0 Tempoh Kajian


Kajian tersebut telah dijalankan selama 3 minggu. Pengkaji telah mengumpul
maklumat tentang masalah tumpuan terhadap responden-responden semasa waktu belajar dan
juga melalui guru-guru Pendidikan Khas. Sebuah jadual pelaksanaan bagi menjalankan kajian
ini telah disediakan . Pada minggu pertama , pengkaji telah memerhati dan mengenalpasti
masalah yang terdapat pada responden yang dipilih. Pada minggu kedua pula , sesi
pemerhatian dan pengumpulan data telah dijalankan. Pada minggu terakhir, data atau
maklumat yang telah diperoleh , dianalisis dan dirumuskan.

5.0 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan :
a) Untuk mengenalpasti masalah tumpuan di kalangan murid-murid bermasalah ADHD.
b) Untuk mengenali ciri-ciri murid-murid ADHD.

6.0 Persoalan Kajian


a) Adakah murid-murid bermasalah ADHD mempunyai masalah tumpuan di dalam bilik
darjah ?
b)

Bagaimanakah guru-guru menangani masalah tumpuan murid-murid di dalam bilik

darjah ?
c) Adakah semua kanak-kanak bermasalah ADHD mempunyai masalah tumpuan ?

7.0 Batasan Kajian


Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang besar secara
lebih khusus, jadi pengkaji membataskan kajian ini supaya dapatan kajian adalah
memuaskan. Pengkaji meletakkan skop dan ruang yang agak sempit dalam batasan kajian,
namun begitu keseluruhan aspek dalam teks karya tersebut merupakan intipati yang
menyeluruh. Dalam kajian ini, pengkaji membataskan bahan kajian kepada skop yang sempit
iaitu pengkaji hanya melakukan pemerhatian terhadap 5 orang pelajar yang mempunyai ciriciri ADHD . Murid-murid yang mempunyai ciri-ciri ADHD ini mempunyai pelbagai jeni
masalah namun pengkaji hanya menfokuskan kepada masalah tumpuan sahaja.

8.0 Kepentingan Kajian


Pengkaji merasakan kajian seumpama ini penting dan perlu dilakukan untuk
kegunaan khasnya guru-guru Pendidikan khas agar dapat mendidik murid-murid ADHD yang
mempunyai masalah tumpuan.Hasil Kajian ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang
masalah tumpuan di kalangan murid-murid bermasalah ADHD. Justeru itu , kajian ini
dirasakan wajar untuk dijalankan supaya hasilnya boleh membantu guru-guru melengkapi diri
mereka dengan langkah-langkah penyelesaian bagi masalah tumpuan. Hasil kajian ini juga
boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru terhadap
murid-murid yang mempunyai masalah tumpuan.
.
9.0 Definisi Operasional
ADHD : Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperkinesis iaitu Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD) digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak
yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka
merosakkan harta benda, dan mudah mengalihkan perhatian terhadap sesuatu perkara.

Berdasarkan definisi yang diberikan, kami dapat merumuskan Attention Deficit


Disorder (ADD) ialah satu tingkah laku kanak-kanak yang menunjukkan kurang daya
tumpuan terhadap sesuatu perkara. Seterusnya, kami dapat merumuskan Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD) ialah masalah kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan
perhatian, terlalu aktif, impulsif ataupun gabungan antara tidak dapat menumpukan
perhatian, terlalu aktif dan impulsif.

Masalah Tumpuan : Sukar memberikan tumpuan pada apa yang dipelajari


Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran
Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan
kena panggil banyak kali untuk mendapat perhatian
Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidak dapat menghabiskan
sesuatu tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa yang lama,
ini termasuk makan, mandi dan memakai pakaian
Sukar menguruskan tugas dan aktiviti
Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang
memerlukan otak untuk berfikir
Kerap hilang barang
Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran
Pelupa
Menghadapi masalah dalam membaca, mengeja dan mengira

10.0 Sorotan Kajian


Menurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak ADHD terbahagi
kepada dua jenis, iaitu Sensory Hyperactive (pancaindera) dan Motor Hiperaktif (motor kasar
dan motor halus). Kanak-kanak Sensory Hyperactive ini biasanya lemah dalam akademik,
kerana terlalu suka bermain, dan pemikiran hanya tertumpu pada sesuatu yang menghibur
walaupun seketika. Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya di dalam proses

P&P. Jika mereka dapat memberikan tumpuan pada proses P&P, itupun hanya seketika
sahaja atau beberapa minit sahaja. Beberapa minit kemudian, mereka akan mengalihkan
tumpuan mereka kepada sesuatu yang lebih memberikan perasaan yang menghiburkan
hatinya. Mereka kerap kali menumpukan tumpuannya terhadap pandangan dan pendengaran
yang berulang kali. Kanak-Kanak ADHD jenis ini kebanyakkannya tidak dapat membuat
gambaran, membezakannya atau menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait.
Suasana atau keadaan persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang, mereka tidak
dapat membezakan juga.
Kita boleh memetik definisi penumpuan yang diketengahkan oleh William James
(1890) iaitu penumpuan itu adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu
perkara pada satu masa. Penumpuan itu juga adalah terpilih sifatnya kerana manusia boleh
memilih satu tumpuan pada satu perkara dan penumpuan itu juga adalah berkait rapat dengan
konsep kesedaran yang merupakan satu situasi yang kita sedar dalam apa juga masa. Malahan
William James juga menekankan kesedaran adalah satu falsafah yang mempunyai konsep
sukar untuk diukur kerana ia berkait dengan konsep mengawal yang melawan proses
automatik kognitif.

11.0 Metodologi Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk mendapatkan data. Sampel
kajian terdiri daripada 5 orang murid-murid yang bermasalah ADHD. Kajian dijalankan
dengan kaedah kualitatif.
Pengkaji

telah

menggunakan

borang

pemerhatian

untuk

merekodkan

pemerhatiannya terhadap murid-murid tersebut, Pengkaji menyediakan borang pemerhatian


yang selaras dengan masalah tumpuan murid-murid. Pengkaji memerhatikan tingkah laku

murid-murid tersebut semasa proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa


Melayu. Pemerhatian ini dilakukan dengan keizinan guru matapelajaran tersebut. Pengkaji
mencatatkan segala yang diperhati di dalam borang pemerhatian.
Bagi mengukuhkan

maklumat yang diperolah daripada borang pemerhatian ,

kajian lapangan ke sekolah tersebut juga dilakukan. Semasa kajian lapangan ke sekolah ,
analisis dokumen telah digunakan bagi mendapatkan data. Pengkaji telah membuat
pemerhatian terhadap Rancangan Pendidikan Individu bagi mengetahui secara terperinci
tentang tingkah laku murid-murid bermasalah ADHD semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Kedua-dua kaedah yang digunakan ini merupakan kaedah pengumpulan data
kualitatif. Reka bentuk kajian yang digunakan bergantung kepada tujuan dan soalan kajian.
Oleh sebab tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti masalah tumpuan di kalangan muridmurid ADHD , maka reka bentuk penyelidikan kualitatif adalah yang paling bersesuaian.
Penyelidikan kualitatif memerlukan penyelidik bertindak sebagai instrumen yang
utama (Bogden & Biklen, 2007; Merriam, 2001) dan bermakna pengkaji terlibat dalam kerja
lapangan. Bersesuaian dengan tujuan kajian, pengkaji memainkan peranan sebagai pemerhati
sepenuhnya iaitu memisahkan diri daripada perkara yang dikaji dengan menjalankan
pemerhatian dari jauh. Peranan ini

memerlukan kepekaan yang tinggi bagi memahami

maksud dan kefahaman yang baik terhadap data yang dikumpul (Strauss ,1990).
11.1 Prosedur Pengumpulan Data
Pemerhatian
Kaedah pengumpulan data secara pemerhatian memberi peluang kepada pengkaji
mendapat maklumat secara langsung terhadap program, proses atau sesuatu perkara yang
ingin dikaji dalam situasi semula jadi (Merriam, 2001). Bagi kajian ini, protokol pemerhatian
(Lampiran A) digunakan di mana protokol tersebut bertindak sebagai panduan terhadap
perkara yang ingin diperhatikan dan dirakamkan.
Dalam kajian ini, pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian yang tidak turut
serta. Pengkaji telah menempatkan diri di sudut yang bersesuaian dan bertindak memisahkan

diri daripada perkara yang dikaji iaitu dengan menjalankan pemerhatian dari jauh. Pengkaji
bertindak dengan membuat pemerhatian iaitu memerhatikan perkara-perkara yang berlaku
secara global, mendeskripsi secara menyeluruh, tepat dan terperinci serta cuba memberi
fokus kepada perkara yang mampu memberi makna kepada kajian, dengan mengisi senarai
semak berdasarkan protokol pemerhatian.
Analisis Dokumen
Menurut Meriam ( 2001) , dokumen merupakan sumber sedia ada yang dapat
membantu dalam penyelidikan . Dokumen terdiri daripada bahan-bahan brcetak ,bahan
bertulis , rekod audio dan visual , sama ada yang bersifat umum atau peribadi yang di
dalamnya terkandung maklumat tentang sesuatu aktiviti , perkara atau sejarah. Dalam kajian
ini , dokumen yang releven seperti Rancangan Pendidikan Individu , Catatan Guru dan
sebagainya dikumpulkan dan dirujuk bagi membantu kajian.
Oleh kerana , dokumen yang hendak dirujuk merupakan dokumen rasmi yang
penting bagi seseorang murid Pendidikan Khas , pengkaji telah memohon keizinan guru
untuk meneliti dokumen dokumen tersebut. Dokumen dokumen tersebut penting untuk
mendapatkan data bagi kajian yang dijalankan. Analisis dokumen juga membolehkan
triangulasi dilakukan terhadap data yang dipungut daripada kaedah pemerhatian.

12.0 Dapatan Kajian


Secara keseluruhan , dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid ADHD
mengalami masalah tumpuan di dalam bilik darjah . Individu ADHD mungkin mempunyai
tahap impulsitiviti yang tidak sesuai dengan umur mereka Bila dibanding dengan rakan
sebaya, murid ADHD kerap dikatakan sebagai tidak boleh diam dan sangat aktif. Murid
ADHD menunjukkan kecelaruan tanpa mengira keaadaan dan tempat. Namun begitu
petunjuk-petunjuk ADHD lebih menonjol di sekolah disebabkan struktur dan juga jangkaan
di situ.
Mnegikut analisis borang pemerhatian yang digunakan bagi mengumpul data ,
didapati murid-murid ADHD ini sangat sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu

perkara walaupun seketika. Seorang manusia yang mempunyai tahap berfikiran yang normal
dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara dalam jangkamasa 45 minit hingga 1
jam. Malah , kanak-kanak bermasalah ADHD pula hanya dapat menumpukan perhatian di
bilik darjah hanya dalam lingkungan 2 -5 minit sahaja.
Mengikut hasil pemerhatian , semasa guru sedang mengajar matapelajaran Bahasa
Melayu , kelima-lima orang murid-murid tersebut telah menunjukka masalah tumpuannya
dengan lebih jelas. Dr Nor Hamidah Mohd Salleh mengistilahkan bahawa ADHD sebagai
masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak bersikap terlampau
aktif sejak lahir lagi. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak sebegini mudah terganggu
dengan bunyi-bunyian dan benda-benda di sekeliling mereka. Mereka tidak boleh memberi
tumpuan untuk tempoh jangka panjang.
Selaras dengan itu , melalui pemerhatian pengkaji mendapati murid-murid
bermasalah ADHD ini menjerit-menjerit dan juga berbahasa kesat apabila mereka tidak dapat
menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Murid murid ini juga mencari alasan untuk
keluar dari kelas pada waktu pengajaran. Antara alasan mereka ialah cikgu , nak pergi
tandas. , cikgu , nak minum dan sebagainya. Kebanyakan murid-murid bermasalah ADHD
ini berbuat demikian.
Selain itu , murid-murid ADHD juga membaling benda-benda kepada kawan
apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran. Ini
menunjukkan tumpuan mereka telah beralih ke perkara lain . Mereka juga suka mengganggu
rakannya seperti mengambil barang kepunyaan rakan , bermain dengan rakan dan sebagainya.
Melalui pemerhatian , pengkaji mendapati murid-murid bermasalah ADHD suka
menyanyi , bersiul dan ketawa bersendirian apabila pengajaran yang tidak menarik perhatian.
Mereka juga seperti bercakap dengan rakan imaginasinya . Tingkah laku sebegini bertambah
teruk apabila guru tidak mempedulikannya . Murid-murid tersebut cuba menonjolkan dirinya
dengan menyanyi dengan kuat dan ketawa bersendirian.
Dapatan daripada analisis dokumen pula menunjukkan guru-guru sentiasa menulis
tentang masalah tumpuan kanak-kanak bermasalah ADHD ini dalam Rancangan Pendidikan

Individu. Pengkaji mendapati aspek-aspek yang ditulis pada Rancangan Pendidikan Individu
selaras dengan borang pemerhatian yang disediakan. Ini menunjukkan murid-murid ini kerap
kali menunjukkan ciri-ciri yang sama apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian.
Melalui Rancangan Pendidikan Individu , pengkaji mendapati guru Pendidikan
Khas menulis tentang salah seorang murid bermasalah ADHD yang mencederakan rakannya
apabila dia tidak dibenarkan untuk keluar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Situasi ini timbul akibat daripada kehilangan tumpuaannya terhadap pelajaran dan pelajar itu
mampu melakukan apa sahaja untuk mengalihkan tumpuannya.
Guru Pendidikan Khas juga menulis bahawa murid-murid bermasalah ADHD ini
suka termenung semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila pengajaran tidak
menarik minatnya , murid-murid tersebut akan berkhayal akan perkara imaginasinya. kanakkanak ADHD juga didapati mempunyai emosi yang tidak menentu.

13.0 Perbincangan Kajian

Masalah kurang tumpuan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity


Disorder/ADHD) adalah merupakan salah satu daripada ketidakupayaan dalam
pembelajaran. Kanak-kanak ini seringkali dianggap sebagai murid yang mudah
terangsang, lasak, tidak mendengar cakap dan hiperaktif oleh ibu bapa mereka dan juga
guru. Istilah ADHD ini ialah istilah diagnostik huraian semasa dalam edisi semakan
ketiga American Psychiatric Associations Diagnostic and Statistical Manual (1987).
Penilaian tingkah laku kana-kanak ADHD. Elemen ini mampu dikenalpasti secara
pemerhatian antaranya seperti suka memberontak, tidak duduk diam, suka mengganggu kawan
dan sebagainya. Penilaian tingkah laku kanak-kanak ADHD dapat dijelaskan melalui pernyataan
Duhaney (2005). Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak ADHD ialah :
pelajar yang dilihat kerap mengasah pensel berbanding

rakan kelas yang lain, melihat sesuatu di atas rak buku berulang kali dan
menggeliat atau
bermain dengan pensel di atas meja semasa guru mengajar.
Apabila bila berada di sekolah, gangguan yang berlebihan pada diri
merekaakan jelas dibaca atau diperhatikan.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai sifat hiperaktif dan impulsive, tingkah
laku mereka
mungkin akan menyebabkan ibu bapa atau guru tidak dapat bersabar.
Antara yang mungkin dilakukan adalah seperti memanjat perabot di rumah,
menjerit dan berlari tanpa tujuan yang jelas yang boleh mengancam
keselamatan diri mereka.
Oleh itu , kajian ini menyokong ciri-ciri yang dinyatakan tentang kanak-kanak
bermasalah ADHD . Mengikut kajian ini , pengkaji dapat memerhati sebahagian besar ciriciri ini terdapat pada kanak-kanak bermasalah ADHD.

15.0 Kesimpulan
Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian menunjukkan kanak-kanak bermasalah ADHD mengalami masalah tumpuan semasa di
bilik darjah atau semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan kajian mungkin
dapat membantu guru-guru Pendidikan Khas lebih mengenali tingkah laku murid-murid
bermasalah ADHD ini apabila mereka hilang tumpuan. Adalah juga diharapkan , guru-guru
dapat bahan bantu mengajar yang dapat membantu menarik minat dan perhatian kanak-kanak
bermasalah ADHD.

16.0 Bibliografi
Supiah saad. (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings.

PHD

Thesis. University of Warwick.Unprinted.


Jamilah K.A Mohamed.(2005).Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Percetakan
Zafar Sdn. Bhd. Batu Caves
Laman web:
Norliza Abdullah : Kanak-kanak Hiperaktif Tagih Perhatian. Dipetik daripada
http://www.tasputraperkim.org.my/press_harian-metro.htm
Cikgu Kaunseling: Ciri-ciri kanak-kanak Hiperaktif. Dipetik daripada
http://www.cikgukaunseling.com/2013/02/ciri-ciri-anak-hiperaktif.html
http://thetoleherbs.com/akupunktur-herba/tag/kanak-kanak-hiperaktif/
cik siti fairuzah: Ulasan Jurnal : Kecelaruan hiperaktif kurang tumpuan . dipetik daripada
http://yehyehyehyeh.blogspot.com/2011/03/ulasan-jurnal_23.html

Borang Pemerhatian ( Lampiran A)


Nama :
Kelas :
Tarikh :
Nama Pemerhati :
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

Jenis Tingkah Laku


Agresif
Hiperaktif
Suka Menjerit-jerit
Cepat Marah
Suka Menconteng
Tiada Kontak mata
Melihat ke arah lain semasa mengajar
Membuang pensel
Asyik ke bilik air
Menyanyi , bersiul , dan ketawa bersendirian
Suka mengganggu kawan
Membaling benda-benda kepada kawan
Mengoyang-goyangkan badan

Ya

Tidak

14
15
16
17
18
19
20

Mengetuk meja dan kerusi


Cuba menonjolkan diri untuk diberi perhatian
Menggunakan bahasa kesat
Enggan duduk
Enggan membuat kerja yang diberi
Duduk di bawah meja
Suka meracau

Anda mungkin juga menyukai