Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

Perkara

Halaman

1. PENGENALAN
2. SOROTAN KAJIAN LEPAS
3. SOROTAN LITERATUR
3.1. Konsep Penyeliaan
3.2. Objektif penyeliaan
3.3. Gaya Penyeliaan
i.

Directive Control Behaviors

ii.

Directive Informational Behaviors

iii.

Collaborative Behaviors

iv.

Non Directive Control Behaviors

4. KEHENDAK TUGASAN
5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1. Teknik Mengumpul Data
5.1.1. Soal Selidik
5.1.2. Pemerhatian
5.1.3. Temu Bual
6. DAPATAN
6.1. Pendekatan Penyeliaan
6.2. Maklumat Responden
6.3. Kejayaan Pendekatan
6.4. Kegagalan Pendekatan
7. KESIMPULAN
8. REFLEKSI KENDIRI
a. Nur Izzaty Binti Khalil
b. Azuanurhuda Binti Abdul Rahman
c. Hafiza Binti Kadir
9. BIBLIOGRAFI

1. PENGENALAN

Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan


perancangan rapi, sistematik dan holistik. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif dalam
kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi
meletakbetulkan (reposition) dan merekayasa (reengineer) sistem pendidikan kita supaya
Kami berpeluang menyorot beberapa kajian terdahulu yang berkaitan dengan isu
yang timbul dalam penyeliaa. Kajian luar negara menunjukkan dalam kajian mereka
mendapati isu yang timbul dalam penyeliaan merupakan rentetan isu yang wujud dalam
pendidikan itu sendiri.
Antara isu pendidikan yang berkaitan dengan penyeliaan ialah (i) kompetensi minima
yang dikenakan dalam pengambilan guru baru, (ii) pembaharuan dalam sistem pentaksiran,
9iii) campur tangan ibu bapa dalam pengurusan sekolah, (iv) kaedah penggredan sekolah
dan sebagainya. Isu-isu yang timbul dalam sistem pendidikan ini sedikit sebanyak telah
mempengaruhi pendekatan yang digunakan oleh pihak pentadbir dalam melaksanakan
proses penyeliaan. Isu ini telah menyebabkan timbul beberapa persoalan yang
membangkitkan tentang apakah fungsi penyeliaan dan bagaimanakah kesannya kepada
pendidikan itu sendiri.(Pawlas & Olivia, 2008).
Antara kajian dalam negara yang sempat dikaji selidik adalah kajian yang dijalankan
oleh Hamdan dan Rahimah (2011) untuk mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan
pengajaran terhadap profesionalisme guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru
mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan. Ini kerana amlan penyeliaan yang
dijalankan adalah tinggi dan pendekatan penyeliaan adalah berkesan. Kesannya telah dilihat
apabila wujudnya hubungan profesionalisme yang kukuh antara penyelia dan guru.
Nurahumah (2010) dalam kajian yang bertajuk 'Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran dan
Pembelajaran di Bilik Darjah dengan Efikasi Guru' telah mendapati wujudnya hubungan yang
signifikan antara kualiti penyeliaan pengajaran dengan efikasi guru. Kajian ini melihat aspek
hubungan dari perspektif faktor pengetahuan, kemahiran interpersonal dan kemahiran
teknikal penyelia.
Walaupun begitu, terdapat juga guru yang bukan sahaja takut serta ragu-ragu untuk
diselia malah kurang percaya serta yakin terhadap kesignifikanan proses penyeliaan dalam
menyumbangkan profesionalisme keguruan. Terdapat sebilangan guru masa kini merasakan
bahawa mereka sudah cukup terlatih di institut-institut perguruan serta di universiti-universiti
dan mereka tidak perlu diselia lagi. Ada juga guru yang ragu-ragu terhadap kewibawaan,
kebolehan, kemahiran, dan kepakaran penyelia dalam penyeliaan (Ramaiah, 1995). Walau
bagaimanapun terdapat juga guru yang berpandangan positif dan yakin bahawa penyeliaan
akan membawa manfaat dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran sekiranya ia dapat

dilakukan dalam suasana berkerjasama (Zainuddin Muhammad, 1998). Sebenarnya,


penyeliaan pengajaran bukan sahaja sekadar menilai, tetapi juga menyokong dan membantu
guru dalam proses pengajaran.

Di samping itu, beberapa kajian telah dijalankan menjelaskan ketidakyakinan guru


terhadap proses penyeliaan. Antaranya adalah seperti pandangan daripada Bajunid, Ibrahim
Ahmad (1995) yang mengatakan bahawa penyeliaan masih belum dapat memperoleh
kepercayaan para guru serta pandangan Muaz Abd Karim (2002) pula mengatakan bahawa
terdapat ramai guru masih ragu-ragu terhadap penyeliaan yang dijalankan terhadap mereka.
Hasil pembuktian kajian-kajian yang dinyatakan di atas jika diteliti menjelaskan hakikat
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyeliaan dilihat sebagai satu bentuk
pemantauan dan bukan berbentuk perbincangan (Sullivan dan Glantz , 2000). Penyeliaan
yang dijalankan seharusnya lebih berbentuk klinikal daripada developmental.
Berdasarkan

dapatan

kajian-kajian

lepas,

dapatlah

disimpulkan

bahawa

sememangnya wujud isu dalam pelaksanaan penyeliaan. Namun begitu, melalui penyeliaan
yang

kerap

dengan

penggunaan

pendekatan

yang

sesuai,

penyeliaan

mampu

mengurangkan isu yang timbul. Kesan yang positif dapat dilihat daripada terbinanya
hubungan profesional yang tinggi dalam organisasi serta tanggapan positif terhadap
penyeliaan itu sendiri.

2. SOROTAN LITERATUR

2.1. Penyeliaan secara umum


Menurut Glatthorn (1984), 'supervision' ialah

"a process designed to improve instruction by conforming with the teacher or lesson
planning, observing the lesson, analyzing the observation, elate and giving the teacher
feedback, about the observation".

Beliau juga menyatakan bahawa penyeliaan pengajaran adalah:

"a process of facilitating the professional growth of a teacher, primarily by giving the
teacher feedback about classroom instructions and helping the teachers make use of that
feedback in order to make teaching more effective...."

Secara umumnya penyeliaan yang baik, menurut Light dan Cox (2001) dapat
memenuhi empat dimensi utama, iaitu intelektual, personal, sosial dan praktikal. Inskipp dan

Proctor (2001, dalam Murphy 2004) pula mengkategorikan fungsi penyeliaan yang baik
sebagai aktiviti mendidik, membimbing dan menasihati. Seterusnya Glickman et al. (2004:
9), menegaskan ukuran kualiti penyeliaan adalah berasaskan keberkesanan amalan
penyeliaan. Menurutnya lagi, penyeliaan yang berkesan memerlukan pengetahuan,
kemahiran interpersonal, dan kemahiran teknikal. Ketiga-tiga faktor ini diaplikasi dalam
tugasan penyeliaan yang menawarkan bantuan langsung guru dan berupaya untuk
memenuhi keperluan mereka di samping membantu meningkatkan kualiti pembelajaran.
Selanjutnya, Sullivan dan Glanz (2000: 23) menegaskan penyelia memerlukan
kepakaran pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran
dalam bidang pendidikan. Sehubungan dengan itu, mereka perlu berinisiatif tinggi, fleksibel,
sabar, bekerjasama dan berfikiran positif. Sebaliknya, dalam situasi penyeliaan yang kurang
memberangsangkan, pengetua perlu mempunyai visi, tahap ketabahan dan kesabaran yang
tinggi serta konsisten (Nolan & Hover, 2004). Oleh itu, dalam menangani perubahan menuju
kepada penyeliaan yang berkualiti, pengetua selaku penyelia dikehendaki menguasai segala
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta merombak sistem yang ada agar amalan
penyeliaan menjadi lebih berkesan dan menjurus kepada matlamat utama, iaitu peningkatan
kualiti pembelajaran murid. Jelasnya, penyeliaan yang berkualiti akan membawa kepada
kelangsungan kualiti di sekolah.

2.2. Objektif Penyeliaan

Objektif utama penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu


guru membina dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, efisen dan
pragmatik. Penyeliaan boleh menjana perkongsian pintar melalui perbincangan dan teguran
semasa penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di bilik darjah.
Penyeliaan bukan untuk mencari kesilapan dan memberi hukuman kepada guru kerana
kurang keberkesanan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyeliaan
seharusnya menjadi satu transformasi bagi mengukuhkan lagi sistem pendidikan untuk
melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Penyeliaan menjadi satu agenda teguran yang telus, halus dan tulus ke arah
memartabatkan lagi profesion keguruan agar menjadi kompetitif seiring dengan perubahan
era globalisasi. Instrumen itu boleh diguna pakai oleh Pengetua dalam proses penyeliaan
proses pengajaran dan pembelajaran serta guru-guru akur dengan elemen-elemen yang
perlu diberi keutamaan dalam pengajaran di bilik darjah.
Pengetua berfungsi sebagai kepimpinan instruksional dan pelaksana utama
kurikulum di sekolahnya. Tugas penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah
merupakan tugas utama terpenting yang perlu dilaksanakan. Tugas ini akan menjadikan

pengetua dapat meningkatkan profesionalisme kepengetuaan dalam pengurusan kurikulum


sekolah sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.
Pengetua dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta dapat memperbaiki
dan mempertingkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. Di
samping itu dapat menggunakan sumber maklumat hasil penyeliaan untuk menilai kualiti
guru dan kemajuan pelajar hasil dari pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengetua
juga dapat menjalin hubungan profesionalisme dan berinteraksi secara positif serta
memupuk semangat espirit decorp di kalangan guru dan pelajar di sekolahnya. Sekaligus
dapat membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif. Pelajar dapat manfaat dan menikmati
proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Menurut Sergiovanni (2001) dan Pajak (2008), mereka melihat penyeliaan dari sudut
menghasilkan profesional guru. Oleh itu mereka membahagikan objektif penyeliaan kepada
tiga ketegori yang mengarahkan kepada peningkatan profesionalisme guru iaitu :
i.

Kawalan Kualiti

ii.

Pembangunan Profesional

iii.

Memotivasi Guru

2.3. Gaya Penyeliaan

Gaya penyeliaan adalah pendekatan yang akan mempengaruhi perkembangan


mental guru pelatih dalam meningkatkan atau menurunkan kebolehannya di dalam konteks
pembelajaran (Zepeda, 2007). Hoover et al. (1988) pula menyatakan bahawa gaya
penyeliaan yang diguna pakai pendekatan secara langsung ataupun sebaliknya adalah
bergantung kepada sejauh mana penekanan terhadap tugas yang diberikan (contoh:
membaik pulih kemahiran pelajar). Glickman (1981) telah mengelaskan empat gaya
penyeliaan iaitu gaya kawalan direktif (directive control), direktif informational (directive
informational), kolaboratif (collaborative) dan tidak direktif (nondirective).

i.

Pendekatan Tingkah Laku Terarah (Directive Control Behaviors)


Dalam pendekatan directive control behaviors, arahan, kawalan dan penyeliaan

digunakan dengan jelas oleh pengetua. Pendekatan ini perlu digunakan oleh pengetua
kerana mereka berasakan perlu berterus terang dengan guru dalam usaha untuk membantu
guru mengatasi segala isu yang berbangkit.
Pendekatan directive control behaviors ini adalah penting dan perlu digunakan oleh
pengetua dan apabila mereka beranggapan bahawa mereka sedang berhadapan dengan

guru yang sukar dikawal. Pendekatan ini juga digunakan apabila pengetua berasa mereka
mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang lebih tinggi berbanding dengan guru.
Pendekatan ini juga menjadikan pengetua lebih berkuasa dan akan memberikan tekanan
kepada guru. Pemilihan pendekatan ini bersesuaian dengan gaya kepemimpinan kontigensi
yang mana pengetua terpaksa menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan situasi
yang dihadapi oleh mereka.
Walaubagaimanapun pendekatan directive control behaviors harus digunakan dalam
keadaan terhad oleh pengetua. Pengetua

dianalogikan sebagai hakim atau polis yang

memberi arahan untuk dipatuhi oleh guru. Pendekatan directive control behaviors
digunakan apabila peranan dan fungsi guru berada pada tahap sangat rendah. Guru juga
didapati tidak mempunyai kesedaran, pengetahuan dan keinginan tinggi untuk bertindak.
Pendekatan ini juga sesuai digunakan apabila guru kurang bersedia untuk terlibat dalam
program praktikum yang dijalankan.
Pelaksanaan pendekatan directive control behaviors

memerlukan pengetua

mengenalpasti masalah dan membentangkannya kepada guru yang diselia. Seterusnya guru
diminta untuk mengenal pasti sendiri masalah yang dihadapi dan pengetua akan mendengar
dengan teliti setiap masalah yang dibincangkan. Pengetua kemudiannya memaklumkan apa
yang diharapkan dari guru berkenaan dan memberikan panduan untuk mencapai apa yang
diharapkan.
Setelah semua proses dilaksanakan, maka guru diminta membuat refleksi kendiri
sementara pengetua akan menyarankan beberapa perubahan untuk penambahbaikan dalam
pengajaran seterusnya kelak. Semasa sesi perbincangan diadakan, pengetua berasakan
mereka perlu berterus terang untuk mengatasi setiap kelemahan guru dengan menggunakan
kuasa dan kewibawaan sebagai seorang pembimbing. Sebagai pembimbing, pengetua
mengambil alih sepenuhnya permasalahan guru dan memindahkan ekspektasi mereka
kepada guru.
Pendekatan directive control behaviors

boleh berisiko jika ia digunakan secara

berlebihan. Pendekatan ini meletakkan tanggungjawab kepada pengetua atas keputusan


yang dibuat. Disamping itu penggunaan pendekatan ini secara berlebihan juga boleh
membawa kepada konflik dalam perhubungan antara pengetua dengan guru.
ii.

Pendekatan Tingkah Laku Terarah Bermaklumat (Directive Informational


Behaviors)
Pendekatan directive informational behaviors digunakan untuk mengarahkan guru-

guru menimbang dan memilih daripada tindakan-tindakan alternatif yang dicadangkan


kepada mereka. Pengetua masih bertindak sebagai sumber maklumat, tetapi mereka juga

meminta dan mempertimbangkan maklum balas yang diberikan oleh guru. Pengetua juga
berhati-hati untuk membenarkan beberapa tindakan alternatif bagi tujuan peningkatan
pengajaran yang akan dilaksanakan.

Pendekatan

directive

informational

behaviors

diamalkan

apabila

pengetua

berasakan diri mereka mempunyai kepakaran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh guru. Kedua-dua pihak perlu berkongsi keyakinan dalam pengetahuan yang diserap
untuk menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit. Peranan dan fungsi guru pada peringkat
ini dianggap berada pada tahap sederhana. Pendekatan ini sesuai diamalkan apabila guru
berkeyakinan tinggi terhadap kredibiliti pengetua.
Pendekatan directive informational behaviors menjadikan pengetua sebagai sumber
maklumat kepada guru untuk membuat penambahbaikan dalam pengajaran. Pengetua
mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dan mengarahkan guru melaksanakan aktiviti
yang dapat mencapai matlamat berkenaan. Di samping itu pengetua akan menstrukturkan
arahannya dalam bahasa yang lebih mesra dengan guru. Pengetua mestilah cukup mahir,
berkeyakinan dan berautoriti dalam bidang masing-masing.
iii.

Tingkah Laku Kolaboratif (Collaborative Behaviors)


Pendekatan collaborative behaviors memainkan peranan penting dalam mentoring

praktikum. Pendekatan ini melibatkan pelbagai teknik yang terdiri daripada penyelesaian
masalah, perundingan dan mengarah. Teknik ini digunakan dalam kombinasi dan
persetujuan bersama antara pengetua dan dengan guru untuk mendapatkan idea-idea bagi
menyelesaikan masalah yang berbangkit ketika praktikum dijalankan.
Melalui pendekatan collaborative behaviors,

pengetua boleh menggunakan

rundingan untuk meneroka kesan daripada tindakan yang dicadangkan dan menjuruskan
kepada pilihan yang ada. Matlamat utama penyelesaian masalah adalah untuk
menyenaraikan semua penyelesaian yang mungkin kepada guru. Semasa penyelesaian
masalah, pengetua mengambil inisiatif dalam membuat keputusan yang telah dipersetujui.
Penggunaan arahan adalah teknik yang ketiga untuk melaksanakan pendekatan
collaborative behaviors. Semasa menggunakan pendekatan mengarah, pengetua boleh
meminta guru membuat pilihan terhadap alternatif yang ada, sebelum pengetua membuat
keputusan terhadap alternatif dan tindakan mana yang akan diambil. Ketiga-tiga teknik iaitu
penyelesaian masalah, rundingan dan arahan, merupakan sebahagian daripada kontinum
tingkah laku dalam mentoring praktikum. Setiap teknik yang digunakan dalam usaha untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh guru.

Pendekatan collaborative behaviors adalah penting untuk berurusan dengan guru


dan pelajar dalam bilik darjah dan bersesuaian dengan organisasi sekolah. Pengetua dan
guru perlu mengamalkan tingkah laku jujur, terbuka dan sering bertukar-tukar idea semasa
mengadakan perbincangan. Semasa perbincangan antara pengetua dengan guru diadakan,
perbezaan pendapat adalah digalakkan supaya konsesi bersama boleh berlaku. Sesuatu
keputusan bersama adalah sangat penting untuk sebarang tindakan yang akan diambil.
Pendekatan collaborative behaviors digunakan apabila peranan dan fungsi guru semakin
menggalakkan. Pengetua dan guru terlibat bersama dalam membuat keputusan. Ini akan
menjadikan perkembangan guru berada pada tahap menggalakkan.

iv.

Tingkah Laku Tanpa Arahan (Nondirective Behaviors)


Pendekatan nondirective behaviors adalah berdasarkan andaian bahawa setiap

guru mengetahui apakah perubahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap
proses pengajaran. Guru dianggap mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak untuk
mengatasi masalah yang dihadapi.
Dengan menggunakan pendekatan nondirective behaviors, pengetua memahami
bahawa setiap guru lebih mengetahui apa yang dilaksanakannya. Pengetua tidak mencelah
ideanya sendiri ke dalam perbincangan kecuali apabila diminta. Semua pandangan yang
diberikan oleh pengetua adalah bertujuan sebagai maklum balas atau untuk membantu
memperkembangkan lagi pemikiran guru.
Pengetua tidak mempengaruhi keputusan yang diambil oleh guru. Melalui
pendekatan nondirective behaviors, pengetua hanya bertindak sebagai pemberi panduan
dan sekadar bertanya soalan yang bertujuan untuk memimpin, membantu guru untuk berfikir
secara mendalam dan analisis, dan akhirnya yang menawarkan idea-idea atau jawapan
sendiri. Pendekatan ini digunakan apabila kefungsian guru berada pada tahap tinggi.
Penggunaan pendekatan nondirective behaviors juga digunakan setelah guru menunjukkan
pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam mengatasi sesuatu isu atau masalah ketika
menjalani pengajaran. Guru juga sudah boleh mengambil tanggungjawab penuh untuk
membuat keputusan dalam setiap isu yang berbangkit.

3. KEHENDAK TUGASAN
Observe an educational supervisor or the other leader whom you know to posses a directive
control orientation in dealing with individual and/or groups. On the basis of your observation
and/or an interview with the leader, write a paper describing both successes and failures the
selected leader has experienced while using cirective control behaviours. Include possible
reasons why the directive leader has been more successful in some situations than in others.

Berdasarkan kehendak tugasan diatas, maka tujuan kajian kami adalah untuk :
a) Membuat

pemerhatian

terhadap

penyelia

pendidikan

yang

menunjukkan

kecenderungan menggunakan pendekatan Directive Control Orientation dalam


pengurusan sekolah dan penyeliaan guru.
b) Menghuraikan faktor kejayaan dan kegagalan penggunaan pendekatan tersebut
bedasarkan pengalaman beliau.

4. PELAKSANAAN KAJIAN
4.1. Teknik Mengumpul Data
Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data
deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam
kajian ini diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga teknik utama yang biasa digunakan dalam
penyelidikan tindakan kami gunakan iaitu:
4.1.1. Soal Selidik
Untuk mengetahui pedekatan penyeliaan yang digunakan oleh penyelia, kami telah
mengedarkan soal selidik kepada 5 orang pentadbir iaitu, Pengetua, Guru Penolong
Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelia
Petang. Dapatan yang kami dapat dari soal selidik ini, kami akan memilih seorang
responden yang menggunakan pendekatan Directive Control Orientation untuk kami buat
pemerhatian dan temu bual. Soal selidik yang kami gunakan dibuat oleh Glickman dan
Tamashiro (1981) yang bertajuk "Determining Ones Beliefs Regarding Teacher
Supervision,

4.1.2. Pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian
merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian,
kami melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat
serta untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, kami
dapat merapatkan diri dengan responden di samping memerhati cara yang digunakan
oleh responden dalam penyeliaan pengajaran dan pembelajaran.
4.1.3. Temubual
Kami juga menggunakan teknik temu bual dalam pengumpulan data. Temu bual
melibatkan perbualan antara penemubual dengan guru setiap matapelajaran yang berada
dibawah penyeliaan responden untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan
kajian dan menyokong dapatan soal selidik kami. Dalam kajian ini, kami menemu bual
responden tentang pengalaman berada di kelas semasa membuat penyeliaan dan
apakah kejayaan dan kegagalan yang dihadapi oleh responden sepanjang menggunakan
pendekatan yang diamalkan sejak dulu.
5. DAPATAN KAJIAN
5.1. Pendekatan Yang Digunakan
Bil

Responden

Pendekatan

Responden 1

Collaborative approach

Responden 2

Non-Directive approach

Responden 3

Directive approach

Responden 4

Collaborative approach

Responden 5

Collaborative approach

5.2. Maklumat Responden


Responden: 3
Jawatan : Guru Penolong Kanan 1
Gender : Wanita
Umur : 54 Tahun
Pengalaman Mengajar : 23 Tahun
Bidang Pengkhususan : Sastera Inggeris
Pendidikan Tertinggi : Sarjana Pendidikan (Pentadbiran)

Melalui temubual dan pemerhatian yang dijalankan, kami mendapati responden


memang menggunakan pendekatan Directive Approach apabila menjalankan

sesuatu

penyeliaan

pengajaran

dan

pembelajaran

ke

atas

guru-gurunya.

Kebanyakan guru-guru yang pernah diselia olehnya memberi maklum balas yang
positif terhadap responden.

5.3. Kejayaan pendekatan Directive Control behaviour

5.4. Kegagalan pendekatan Directive Control behaviour

6. KESIMPULAN

7. REFLEKSI KENDIRI ( Nur Izzaty Binti Khalil)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat kesihatan dan masa serta
kekuatan yang diberikan kepada saya dalam proses pelaksanaan tugasan ini. Saya bersama
2 orang lagi rakan iaitu Azuanurhuda Binti Abdul Rahman dan Hafiza Binti Kadir
bekerjasama dalam proses pelaksanaan tugasan ini.
Pada mulanya, tugasan ini dilihat sebagai sesuatu yang agak baru bagi saya.
Penulisan tugasan yang berbentuk kajian ringkas dengan ulasan berserta hujah yang
menyokong menyebabkan saya terpaksa mencari pelbagai sumber maklumat bagi
menyokong pernyataan saya sepanjang kajian yang dibuat berkaitan isu tersebut. Apabila
saya berbincang dengan rakan kumpulan, saya mendapati ianya pasti mudah jika kita
pandai mengaitkan dapatan kajian kepada hujah-hujah yang menyokong. Tetapi saya tetap
bimbang sekiranya saya tersilap langkah dalam memilih dan mengemukakan hujah-hujah
yang diperolehi bagi menyokong dapatan kajian yang diulas.
Saya diberi tugas untuk membuat kajian ringkas bagi mendapatkan maklumat
mengenai penyeliaan pendidikan di sekolah. Jadi untuk menyempurnakan tugasan itu, saya
perlu menyediakan set soal selidik dan soalan temubual. Untuk set soal selidik, saya berjaya
mendapatkannya daripada buku "Supervision of Instruction" oleh Glickman, Stephen Gordon
(1995). Saya tidak menterjemahkan kepada Bahasa Melayu kerana saya berpendapat
bahawa soal selidik ini akan diberikan kepada pihak pentadbir dari sekolah kluster yang ratarata mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, pasti tiada masalah dalam memahami soalan
pada soal selidik tersebut. Untuk temu bual, saya menyediakan beberapa soalan terbuka
yang perlu dijawab oleh responden yang terpilih. soalan-soalan temu bual adalah berkisar
kepada pemahaman konsep penyeliaan dan aplikasi kaedah penyeliaan daripada perspektif
responden. Temu bual juga adalah untuk mengetahui apakah kejayaan dan kegagalan
dalam melaksanakan penyeliaan berdasarkan pendekatan yang dipilih oleh responden.
Proses mengedar soal selidik dan menemu bual tidak mengambil masa yang lama
memandangkan saya melaksanakan kajian ini pada sebelah petang.
Antara kejayaan yang saya peroleh melalui pelaksanaan tugasan ini ialah saya dapat
mendalami bagaimanakah pelaksanaan penyeliaan yang sebenarnya apabila saya berusaha
mencari maklumat dan sekali gus mengulas isu ini. Ini adalah penting supaya saya dapat
bersedia dengan baik sebelum mengupas dengan lebih lanjut dalam penulisan nanti.

Sebagai kesimpulannya, saya akan menggunakan kemahiran yang telah saya peroleh
melalui tugasan ini pada masa akan datang. Saya juga akan terus menambah kemahiran
melalui media dan teknologi serta cuba untuk menghasilkan inovasi yang manfaatnya dapat
digunakan oleh guru-guru khususnya untuk tujuan penyeliaan. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI
Acheson, K. A. and Gall, N. D. (2003). Clinical supervision and teacher development:
Preservice and inservice applications. (5th ed.). United States: John Wiley & Son.
Alfonso, R. J., Firth, G. R. and Neville, R. F. (1981). Instructional supervision: A behavior
system (2nd ed.). Boston: Allyn and Bacon.
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Standard Guru Malaysia. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Glickman, C .D., Gordon, S. P. & Ross-Gordon, J. M. (2001). Super vision and instructional
leadership (Ed. ke-4). Boston: Allyn and Bacon.
Glickman, C. D. (1981). Developmental supervision: Alternative practices for helping
teachers improve instruction. Alexandria, VA: Association for Supervision and
Curriculum Development.
Glickman, C. D. (1998). Supervision of instruction: A developmenalt approach. Georgia:
Allyn and Bacon Inc.
Glickman, C. D., Gordon, S. P. and Ross-Gordon, J. (2004). Supervision and instructional
leadership: a developmental approach (6th ed.). Boston: Pearson.
Glickman, C., Gordon, S., And Ross-Gordon, J. (2007). Supervision and instructional
leadership:A development approach. New York: Pearson.
Hart, G. (1982). The process of clinical supervision. Baltimore: University Park Press.
Hussein Mahmood. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1987). Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 3/1987:
Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh pengetua/guru besar
sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan induk pembangunan pendidikan 20062010.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sergiovanni, T. J. & Starratt, R. J. (1993). Supervision a redifinition fifth edition. New York:
Mcgraw Hill, Inc.
Sergiovanni, T.J. (1977). Handbook for effective departmen leadership: Concepts and
practices in todays scondary school. Boston, MA: Allyn & Bacon.