Anda di halaman 1dari 22

PENGENALAN :

Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan
bahasa Jawa kuno iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Penggunaan kata ini
sememangnya lebih tepat bagi Negara Kepulauan Indonesia yang bertempat di
antara dua lautan dan negara-negara

lain. Dalam penggunaan bahasa moden

istilah Nusantara merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan linguistik orang


melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura , bahagian
paling selatan Thailand, Filiphina, Brunei dan Timor Timur.
Di dalam Bahasa Malaysia istilah untuk Nusantara ialah Alam Melayu ,
manakala di dalam Bahasa Indonesia ialah Nusantara ( kepulauan di antara),
walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.
Setelah kita kenalpasti pengertian Nusantara dan siapakah atau Negara
manakah yang dikatakan penduduk Nusantara , bolehlah kita perbincangkan
mengenai Perkembangan Islam Di nusantara .
Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama
sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi
memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang
terlebih dahulu menyebarkan Islam.
Walau bagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu
bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah
membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara . Antara

teori-teori

kedatangan Islam ke Nusantara yang dikatakan ahli sejarawan tempatan ialah :


Teori kedatangan Islam melalui China

Teori kedatangan Islam melalui India


Teori kedatangan Islam melalui Arab

Agama Islam mula berkembang di alam Melayu atau Nsantara dalam abad ke
13 Masihi. Menjelang abad ke 15 Masihi, agama Islam berjaya meluaskan
pengaruhnya hampir ke seluruh alam Melayu atau Nusantara dan menamatkan
pengaruh agama Hindu dan Buddha yang menguasai daerah tersebut sejak abad ke
15 Masihi. Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan agama Islam ke
alam Melayu atau Nusantara telah memahami permasalahan budaya yang dihadapi
Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 1

oleh penganut-penganut Islam di daerah tersebut. Pemikir-pemikir budaya melayu


dengan Islam telah menyesuaikan pelbagai aspek dari kebudayaan Melayu dengan
ciri-ciri

keislaman,

sehingga

dengan

itu

lahirlah

peradaban

Melayu

yang

memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal.


Perkembangan Islam di Nusantara seiring dengan perkembangan pendidikan
atau pengajian Islam . Pendidikan dalam Islam bertunjangkan pengajian agama itu
sendiri dan menjadi subjek dasar (fundamental) yang diajar samada secara tidak
formal atau formal.
Kedatangan dan perkembanagn Islam di Nusantara berhubung kait dengan
perkembangan pendidikan atau pengajian Islam di Nusantara. Ianya memberi kesan
dan pengaruh ke Tanah Melayu atau Malaysia dengan tertubuhnya madrasahmadrasah, pondok-pondok dan pusat tahfiz .
Di sini kami telah memilih Maahad islam Ll Tarbiah Wat Tahfiz (MITT),
Taman Mawar, Pasir Gudang

sebagai kajian kami . Sejarah penubuhan sekolah

tahfiz ini amat menarik dan satu-satunya sekolah tahfiz terbesar di Pasir Gudang.
Penubuhannya menepati kehendak dan keperluan masyarakat setempat.

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 2

0.1 TEORI PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA


Ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam
ke Nusantara . Antara teori-teori kedatangan Islam ke Nusantara yang dikatakan
ahli sejarawan tempatan ialah :
Teori kedatangan Islam melalui China

Teori kedatangan Islam melalui India


Teori kedatangan Islam melalui Arab

0.1.1 Teori Kedatangan Islam Melalui China :

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin
Affan

lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah s.a.w yang

bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara
China yang luas itu.
Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah pula , Khalifah Al-Walid telah
menghantar pasukan tenteranya

ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan

tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut
catatan Cina, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China
khususnya Yunan, China telah memeluk Islam.
Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai
Muslim berhijrah ke Asia Tenggara . Maka bermulalah perkembangan Islam di
NusantaraAntara mereka ada yang menetap di Champa , Kemboja dan ada juga
yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu .Oleh sebab itulah,sesetengah
seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak , Indonesia mempunyai senibina
Cina.
Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangan Islam ke
Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke11 Masihi.

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 3

Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan


beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka
pada abad ke-13 Masihi.

0.1.2 Teori Kedatangan Islam Secara Langsung Dari Tanah Arab


Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7
Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa . Pada tahun 684, mereka
telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera .
Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun
Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1
orang

dari

kalangan

mereka

berketurunan

Quraisy

belayar

menuju

ke

Nusantara untuk menyebarkan Islam . Apabila mereka sampai di Perlak, mereka


mengadap Raja Perlak Acheh

dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja

Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara
mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish
dengan puteri raja tersebut, Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama
Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.
Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717
Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari
Tanah Arab menuju ke China . Dalam perjalanan ke China, kapal-kapal itu telah
berhenti sebentar di Ceylon, Sri Lanka , Srivijaya dan Palembang .Ketika mereka
berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

0.1.3 Teori Kedatangan Islam Melalui India


Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.
Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian
barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan
sahaja sebagai pelabuhan , bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur
dengan barat.

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 4

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari


Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus
menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan
kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di
Malabar, India bukan Gujerat.
Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan
pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam terulung di India. Ramai pelajar yang
lulus di pusat pengajian tersebut merantau ke Nusantara untuk mengembangkan
ajaran Islam bermazhab Syafie. Ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita
tempatan lalu menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji al-Quran

dan

fardhu ain .

0.2 PERKEMBANGAN ISLAM DAN PENGARUH EROPAH


DI NUSANTARA
Semenjak datangnya bangsa Eropah pada akhir abad ke-15 Masihi ke
kepulauan subur makmur ini, memang sudah terlihat sifat rakus mereka untuk
menguasai , malahan apabila

mereka mendapati kenyataan bahawa penduduk

kepulauan ini telah memeluk Islam yang merupakan agama seteru mereka sehingga
semangat Perang salib pun selalu dibawa-bawa setiap kali mereka menawan
sesuatu daerah.
Dalam memerangi Islam mereka berkerja sama dengan kerajaan-kerajaan
pribumi yang masih menganut Hindu / Budha. Satu contoh, untuk memutuskan jalur
pelayaran kaum muslimin, maka setelah menguasai Melaka pada tahun 1511,
Portugis menjalin kerjasama dengan Kerajaan Sunda Pajajaran untuk membangun
sebuah pangkalan di Sunda Kelapa.
Namun niat Portugis ini gagal setelah pasukan gabungan Islam dari
sepanjang pesisir utara Pulau Jawa bersatu dan bergabung menggempur mereka
pada tahun 1527 M. Kedatangan bangsa Eropah telah membangkitkan semangat
jihad kaum Muslimin Nusantara. Sejarah telah mencatat jutaan syuhada Nusantara
yang gugur pada berbagai pertempuran melawan Belanda, British & Portugis di
abad 16 dan 17 seperti Melaka (Malaysia), Sulu (Filipina), Pasai, Banten, Sunda
Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 5

Kelapa, Makasar, Ternate, hingga perlawanan para ulama di abad 18 seperti Perang
Cirebon (Bagus Rangin), Perang Jawa (Diponegoro), Perang Paderi (Imam Bonjol)
dan Perang Aceh (Teuku Umar).

0.3 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI


NUSANTARA
Kedatangan dan perkembanagn Islam di Nusantara berhubung kait dengan
perkembangan pendidikan atau pengajian Islam di Nusantara. Pendidikan dalam
Islam bertunjangkan pengajian agama itu sendiri dan menjadi subjek dasar
(fundamental) yang diajar samada secara tidak formal atau formal. Ianya memberi
kesan dan pengaruh ke Tanah Melayu atau Malaysia dengan tertubuhnya
madrasah-madrasah, pondok-pondok dan pusat-pusat tahfiz.
Ianya masih diguna pakai hingga kini , malahan permintaan masyarakat
terhadap madrasah-madrasah, pondok-pondok dan pusat-pusat tahfiz semakin
meningkat dan menjadi keutamaan ibubapa kini di Malaysia. Sebagai bukti
tertubuhnya Maahad islam Ll Tarbiah Wat Tahfiz (MITT), Taman Mawar di Pasir
Gudang.
Perkembangan institusi pendidikan islam di rumah, masjid, kuttab (pondok)
dan sekolah telah tersebar ke seluruh dunia Islam bersama-sama dengan
perkembangan agama Islam ke kawasan-kawasan berkenaan. Perkembangan
sistem pendidikan ini telah menjalar sehingga ke Timur termasuklah Nusantara.
Struktur dan kurikulum pengajian Islam dan institusi-institusinya yang ada di
kawasan-kawasan ini adalah sama dengan yang wujud di negari-negari Arab di
Timur Tengah.
Di Acheh, struktur pengajian Islam seperti ini telah wujud sejak zaman awal
kedatangan Islam lagi. Antara pelopor pengajian Islam ini ialah wali Songo dan
para ulama yang lain. Menurut kebiasaan kaum muslimin apabila kanak-kanak
mereka mencapai umur tujuh tahun, mereka akan dihantar ke surau untuk mengaji
Al-Quran, ibadat, tauhid dan akhlak. Sistem pendidikan Islam dilihat lebih jelas di
Acheh, apabila kerajaan Islam Acheh di bawah Sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam ( 1607-1636 M ) telah menyusun sistem pendidikan secara lebih teratur
Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 6

dengan

menubuhkan Munasah dan Rangkang untuk

pelajar-pelajar

peringkat

rendah dan Jamiat Baitur Rahman sebagai sebuah universiti yang setaraf
dengan Universiti universiti di Timur Tengah.

Manakala di Filipina, kanak-kanak yang berumur antara enam hingga


sepuluh tahun mula belajar membaca dan menghafaz Al-Quran di rumah.
Di Brunei pula, sistem pengajian tradisi orang Islam wujud sehingga
diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada
pendidikan Islam di peringkat universiti.
Di

Singapura,

pendidikan

tradisional

Islam

juga

wujud

sehingga

diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak ada
pendidikan Islam di peringkat universiti sehingga sekarang di Singapura.
Di Tanah Melayu, struktur pendidikan tradisional Islam juga wujud sejak Islam
bertapak di Tanah Melayu, sebagaimana yang disebutkan oleh Abdullah Munsyi
dalam Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

0.4 SISTEM PENDIDIKAN ISLAM SECARA FORMAL

0.4.1 Institusi Pondok :


Sistem sekolah pondok merupakan tempat pelajaran agama berasingan
daripada petempatan masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama
secara aktif dan menghafal Al-Quran secara insentif.
Di Tanah Melayu dan Selatan Thai institusi pondok yang dikenali seperti
pondok Tok Kenali, pondok Tokku Pulau Manis di Trengganu. Di Minangkabau
dikenali sebagai surau. Di Jawa pula dikenali sebagai pesantren. Aceh dan Pasai
dikenali sebagai Dayah Kot Kuala.
Kurikulum menghafaz Al-Quran, ilmu agama seperti tafsir Al-Quran,
hadith,tasawuf dan mantiq. Lepasan sekolah pondok-belajar di pondok lain untuk
menambah ilmu, ada yg melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah seperti

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 7

tokoh Tok Kenali. Terdapat juga di kalangan mereka menjadi tenaga pengajar di
pondok.
Institusi pondok dianggap sekolah berasrama penuh, dilengkapi rumah murid,
rumah tok guru, tempat beribadat, tempat menghadiri sekolah agama. Hubungan
erat berlaku antara guru dan murid. Pelajar tidak dikenakan bayaran. Pelajar
membantu seperti menyediakan kayu api, air, membersihkan rumah guru dan
mengerjakan sawah untuk guru.

0.4.2 Sistem Pendidikan Madrasah :


Perkembangan sistem pendidikan Islam di Nusantara berkembang dengan
wujudnya madarsah. Pelajar masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama
dan teras pendidikan adalah sebagai asas sebelum pelajar melanjutkan
pendidikan ke Timur Tengah.
Madrasah terkenal seperti Madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam,
Madrasah Iqbal di Singapura, Madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan,
Madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang dan Madrasah Mahad
Mahmud di Kedah.

0.4.3 Pengajian Islam Di istana :


Peranan istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk ilmu
agama hanya disentuh dalam kitab sastera Melayu seperti Sejarah Melayu. Kerja
menyalin sastera asing telah dilakukan terhadap kitab Amir Hamzah, Hikayat
Muhammad al Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.
Sultan Alauddin,Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai
tempat mempelajari agama. Sultan Mansur pernah menjemput ulama datang ke
istana untuk menyampaikan ajaran termasuk tasawwuf,

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 8

0.5 PENUBUHAN MAAHAD ISLAM LI TARBIAH WAT


TAHFIZ ( MITT) DAN PEKEMBANGAN ISLAM DI
NUSANTARA
Penubuhan Maahad islam Ll Tarbiah Wat Tahfiz di Taman Mawar, Pasir
Gudang amat bertepatan dengan cara hidup sebagai muslim yang

inginkan

kejayaan dunia dan akhirat dengan mengikuti atau berpegang kepada Al- Quran &
Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Jika

diamati

sejarah

kedatangan

dan

perkembangan

Islam

serta

perkembangan pendidikan Islam di Nusantara seperti yang dibincangkan di atas ,


ianya amat berkait rapat dengan penubuhan Maahad islam Li Tarbiah Wat Tahfiz ini.
Setelah dikaji sejarah perkembangan dan pendidikan Islam di Nusantara serta
sejarah penubuhan , misi, visi , falsafah pendidikan MITT dan hala tuju Maahad
Tahfiz Lis islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) dapat dilihat di sini bahawa
pendidikan dalam Islam sentiasa mendapat perhatian dan kepekaan ibubapa
terhadap kurikulum berteraskan syariat Islam yang sebenar.
Sistem pembelajaran Maahad Tahfiz Lis islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT)
mencakupi sistem pendidikan pekembangan Islam di nusantara dahulu. Ia
menggabungkan kurikulum atau sistem pondok (kuttab) dan madrasah. Setelah
memasuki pendidikan tahap rendah seterusnya ke tahap menengah, murid di
persiapkan

atau

dibekalkan

persiapan-persiapan

ilmu

untuk

melanjutkan

pembelajaran peringkat yang lebih tinggi samada kolej-kolej Islam, universiti dalam
negara atau luar negara khususnya ke Timur Tengah.
Seperti kita maklum negara kita majoriti penduduknya adalah Bangsa Melayu
beragama Islam , malahan Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia. Walaupun
demikian, sebagai negara yang pernah dijajah oleh British , namun sebenarnya
Malaysia masih lagi dijajah dan dicengkam pemikiran Barat. Kita masih mengagungagungkan cara hidup termasuklah sistem pendidikan dari Barat. Boleh dikatakan
masih menjadi Pak Turut kepada Barat.
Sekolah yang ada sekarang ini di bawah Kementerian

Pendidikan

sebenarnya kurang menepati kehendak dan keperluan sepenuhnya sebagai sebuah


Negara Islam . Namanya pun Sekolah Kebangsaan

dimana sistemnya tidak

Islamic sepenuhnya.
Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 9

Ini dikuatkan sendiri oleh kata-kata Tuan Hj. Selamat b Sadijo salah
seorang pengasas dan merupakan Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan
Pendidikan Maahad islam Ll Tarbiah Wat Tahfiz .

0.5.1 Menurut Tuan Haji Selamat B Sadijo :


Sekolah yang ada sekarang mempunyai banyak pengaruh dan rintangannya
untuk benar-benar mendidik dan menghidupkan Ruh Islam di dalam jiwa dan diri
murid itu sendiri. Ini kerana kita sebagai guru Pendidikan Islam mengajar dan
mendidik mereka mengikut al-Quran dan Sunnah tetapi jiwa dan pemikiran murid
diganggu dengan persekitaran yang bertentangan dengan nyanyian-nyanyian,
program-program atau aktiviti-aktiviti yang tidak menepati syarak. Ini berbeza
dengan sekolah-sekolah berbentuk madrasah, tahfiz, maahad atau sekolah-sekolah
pondok. Ini kerana persekitaran murid sentiasa dikelilingi dengan amalan-amalan
sunnah dan menepati syarak sebagai Islam.
Bahkan menurut Tuan Hj Selamat , beliau mendapat respon yang amat baik
daripada penduduk

kawasan Pasir Gudang dimana terdapat masyarakat yang

mengatakan Maahad islam Lil Tarbiah Wat Tahfiz (MTT)

sedikit sebanyak

menaikkan nama atau mengubah tanggapan umum mengenai Pasir Gudang kepada
imej yang lebih baik . Ini kerana Pasir Gudang dikenali sebagai kawasan perkilangan
dan pelabuhan yang majoriti penghuninya ialah pekerja-pekerja kilang atau
perindustrian. Ini memberi implikasi dari segi pergaulan bebas mereka yang
kebanyakannya anak-anak muda tempatan dan juga dari luar Johor, malahan
terdapat ramai warga asing di persekitaran penempatan Pasir Gudang ini.
Di sini kita dapat lihat bagaimana Maahad islam Lil Tarbiah Wat Tahfiz (MITT)
memainkan peranan , kesan dan pengaruh yang besar kepada penduduk
penempatan kawasan Pasir Gudang ini.
Menurut beliau lagi, penubuhan Maahad islam Lil Tarbiah Wat Tahfiz (MTT)
berpunca daripada keperluan masyarakat terhadap sekolah-sekolah berbentuk
Islamic dan ketika itu amat kecil sekali jumlah sekolah-sekolah berbentuk Islamic
ini, sedangkan permintaannya amat tinggi. Maka berpunca dari inilah tertubuhnya
Maahad islam Li Tarbiah Wat Tahfiz . Walaupun pada peringkat permulaan
penubuhannya dari sebuah organisasi yang kecil dan hanya menumpang

di

belakang sebuah rumah sahaja.


Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 10

0.5.2 Sejarah Penubuhan


Hasrat penubuhan sebuah sekolah sendiri di kawasan Johor Bahru telah
mula timbul sejak pertengahan tahun 1990-an. Pada permulaan ia hanyalah di
bawah sebuah organisasi dibuka di Larkin menumpang di belakang sebuah rumah
sahaja. Kemudian berpindah ke Kampung Melayu dengan menyewa sebuah banglo.
Destinasti seterusnya berpindah ke Kangkar Tebrau di sebuah tanah waqaf.
Akhirnya Pengasas Maahad islam Ll Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) Ustaz Abd
Razak bin Borhan mengambil langkah nekad keluar daripada organisasi dan
membuka sendiri pusat Tahfiz ini , dengan sokongan banyak pihak

mengambil

langkah permulaan dengan menyewa sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman
Daya, Johor Bahru dengan pendaftaran pelajar seramai 30 orang pelajar , manakala
pendidik diterajui hanya 4 orang guru.
Pada tahun berikutnya , pelajar Maahad islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT)
telah bertambah kepada 480 orang pelajar dan perkembangan ini memaksa operasi
Maahad islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) dipindahkan ke empat unit rumah kedai
tiga tingkat di Jalan Sena 2, Taman Rinting Masai Johor.
Menjelang tahun 2001, pola pertumbuhan pelajar meningkat sebanyak 1400
orang pelajar. Ini mendorong pihak pengurusan mencari alternatif untuk menyewa
bangunan yang mampu menampung pertambahan pelajar tersebut Lot PTP 697,
Jalan Mesjid di Taman Mawar , Pasir Gudang, Johor.
Sekolah Rendah islam At-Tahfiz Parit Raja merupakan cawangan pertama
MITT dan mula dan mula beroperasi di 5 unit rumah kedai di Taman Pintas Jaya,
Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 1 Januari 2010 .
Pada tahun pertama beroperasi, bilangan pelajar adalah seramai 53 orang, 4
orang tenaga pengajar dan seorang staf pentadbiran. Sekarang menurut Tuan Hj
Selamat ia akan melebarkan sayapnya untuk berpindah di bangunan yang dibina
khas untuk Sekolah Rendah islam At-Tahfiz Parit Raja bagi menampung
pertambahan jumlah murid di sebuah tanah waqaf . In sha Allah mereka akan
berpindah pada bulan Disember 2014 ini.

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 11

Sehingga kini Maahad Tahfiz Lis islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) masih
meneruskan usaha murni dalam melahirkan insan yang berilmu dan mampu
menghafaz al-Quran yang pastinya akan menjamin kearah pendekatan Islam yang
lebih mendalam lagi sesuai serta memenuhi hasrat masyarakat setempat.

0.5.3 VISI

Membentuk Generasi al-Quran

0.5.4 MISI
Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berkhlak mulai.
Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
Mewujudkan suasana yang harmonis di kalangan masyarakat maahad
melalui semangat permuafakatan dan kekitaan.
Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.

0.5.5 FALSAFAH PENDIDIKAN MITT


Falsafah Pendidikn Negara Menjadi Teras Kepada Falsafah Pendidikan MIT Dan
Diperkuatkan Dengan :

Penanaman dan penukuhan Aqidah Islamiyah yang sebenar


Penghayatan terhadap ajaran-ajaran al-Quran dan As-sunnah
Pembentukan sahsiah melalui amalan akhlak mulia.
Melahirkan generasi berketerampilan berasaskan kecemerangan ilmu
Menyemai dan memupuk Ukhuwwah Islamiyah
Penggbungan antara unsur-unsur ilmi dan amal, iman dan akhlak serta teori
dan praktikal dalam kehidupan

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 12

0.5.6 HALA TUJU MITT


Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kami memudahkan al-Quran untuk pelajaran,
maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran
(al-Qamar ayat 17)
Di Darul Quran MITT, pelajar berpeluang menghafaz al-Quran yang
dianggarkn boleh menghafaz 30 juzuk dalam jangkamasa 3 tahun. Pelajar juga
berpeluang menimba ilmu akademik dan Diniah dan boleh melanjutkan pelajran
dengan seterusnya ke peringkay Diploma atau Ijazah dengan syarat menduduki
peperiksaan SPM dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) di MITT.

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 13

0.5.7 SEKOLAH RENDAH ISLAM AT TAHFIZ (SRIT)

Di SRIT, pelajar berpeluang menimba ilmu dalam bidang akademik mahupun


diniah serta tahfiz bermula dari Tahun 1-6. Pelajar akan menduduki peperiksaan
UPSR semasa TAhun 6 dan peperiksaan SDEA (peperiksaan Darjah Khas, Jbatan
Agama Johor) serta peperiksaan kelayakan ke SMKA bagi pelajar cemerlang UPSR.

0.5.8 SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT TAHFIZ(SMIT)

Di SMIT, pelajar berpeluang menduduki peperiksaan dari Kementerian


Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Johor seperti peperiksaan SRA (Sijil
Rendah Agama), PMR(Penilaian Menengah Rendah), SMA (Sijil Menengah Agama),
SPM serta mmengikti pelajaran tahfiz. Pelajar yang layak mengambil STAM dan
lulus

mengikut

syarat,

berpeluang

mmelanjutkan

pelajaran

ke

Universiti

Antarabangsa, Universiti Tempatan atau Swasta

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 14

0.6 KESIMPULAN :
Di zaman ini, walaupun bumi Nusantara kesemuanya bebas dari jajahan
British,Belanda, Portugis & Amerika namun hati dan minda penduduknya masih di
kongkong oleh pemikiran Barat (non Muslim). Apa saja yang datang dari Barat dilihat
lebih bagus, hebat dan sesuai dengan edaran zaman dan lain-lain lagi.
Sebenarnya inilah yang meyebabkan kemunduran kita, bukan sahaja di
Nusantara tetapi di seluruh permukaan alam. Apabila umat Islam mengabaikan
kehidupan suci murni Nabi Muhammad s.a.w , kemunduran dan kemusnahan akan
menimpa umat Islam. Islam merupakan cara hidup samada dari aspek Imaaniah,
Ibaadah, Muamalaah, Muasyarah & Akhlak (tingkah laku)

hendaklah diamalkan

100% mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Maka barulah umat Islam akan
dimuliakan dan disanjung oleh Allah s.w.t

sebagaimana Allah s.w.t

telah

memuliakan dan meredhai sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w . Tidak ada


jalan lain untuk mendapat kejayaan (dunia & akhirat) melainkan dengan mengikuti
Al Quran & Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Sistem pendidikan awal Islam di Nusantara berkembang mengikut masa.
Tahap awal pendidikan lebih bersifat tidak formal. Penghayatan terhadap Islam telah
mendorong pendidikan Islam di Nusantara berkembang. Sultan yang memerintah
turut memainkan peranan mengembangkan sistem pendidikan Islam di Nusantara.
Pendidikan dalam Islam bertunjangkan pengajian agama itu sendiri , inilah
yang diinginkan oleh ibubapa yang sebenarnya. Ia sama seperti perkembangan
pendidikan Islam di Nusantara dahulu. Dimana dahulu pendidikan lebih kepada
bertunjangkan pengajian agama itu sendiri . Sekolah-sekolah dibina menggunakan
sistem pondok dan madrasah dimana pengajiannya lebih bersandarkan kepada
kurikulum menghafaz al-Quran dan ilmu agama.
Maahad Tahfiz Lis islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) merupakan bukti
bahawa masyarakat masih dahagakan dan mementingkan pendidikan berteraskan
agama Islam itu sendiri. Lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia akhir zaman kini ,
hanya agama yang dapat menyelamatkan sahsiah dan akhlak anak-anak kita. In sha
Allah Amin.

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 15

LAMPIRAN

Tuan Haji Abd Razak Bin Borhan


(Chief Exxecutive Officer MITT)

PENGETUA SMIT

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

GURU BESAR SRIT

Page 16

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 17

Pendaftaran Pelajar Pada Tahun 1998

Bangunan Yang Disewa Di Taman Rinting, Masai, Johor


Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 18

Perpindahan MITT dari Taman Rinting Ke Taman Mawar, Pasir Gudang Tahun 2001

Bangunan Maahad Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) Pasir gudang , Johor

Bangunan Maahad Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) ,Parit Raja, Batu Pahat,
Johor
Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 19

Bertemubual Bersama Tuan Haji Selamat B Sadijo


( Lembaga Pengelola MITT - JK Penyelidikan Dan Peangunan Pendidikan )

Salah Satu Kelas Tahfiz Perempuan (SMIT)

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 20

Salah Satu Kelas Tahfiz Perempuan (SMIT)

Murid-murid Sekolah Rendah Islam At Tahfiz

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 21

RUJUKAN
1.Tuan Haji Selamat B Sadijo , antara pengasas dan Ahli Pengelola MITT Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Maahad islam Li
Tarbiah Wat Tahfiz Maahad Tahfiz Lis islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT)
2.Rosni Samah ,Sejarah Perkembangan Pengajian Islam. Universiti Sains Islam
Malaysia,Negeri Sembilan. 2014
3.Ahmad Hj. Hashim, B.S. (hons) U.M. STPM Sejarah Islam, Pustaka Sri Murni,
1989 halaman 1352. Azhar bin Mad Aros, Sejarah Islam untuk STPM, IBS Buku
Sdn. Bhd. 1991
4.Abdul Rahman Hj. Abdullah . Sejarah & Tamadun Islam Pustaka Ilmi, 2002
5.Dusuki bin Hj. Ahmad,Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan
Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia, 1987
6.www.members.tripod.com/PBMUM/sejarah/26.html

Sejarah Perkembangan Pengajian Islam

Page 22

Anda mungkin juga menyukai