Anda di halaman 1dari 20

21

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan penelitian bahan ilmiah yang berkaitan dengan


pelaksanaan PBS. Diantara tajuk-tajuk yang akan disentuh ialah definisi, tujuan
dan bentuk penilaian, perbezaan antara penilaian, pengukuran dan pentaksiran.
Selain itu, bab ini juga memperincikankan perkembangan PBS di Malaysia.
Disamping itu, kejayaan pelaksanaan PBS di negara China, Amerika, London
dan juga Australia turut dibincangkan dalam bab ini.

22

2.2 Penilaian
Stufflebeam (1971), menyatakan penilaian adalah proses mengenalpasti,
memperoleh

dan

menyediakan

maklumat

berguna

bagi

keputusan

pertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang


perbezaan antara perkara yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan daripada
sesuatu program pendidikan. Ini bermaksud penilaian dalam pendidikan
merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang sistematik dan
membolehkan seseorang membuat keputusan dengan melihat sejauhmana
tercapainya objektif yang disasarkan.
Seorang murid perlu dinilai dengan penilaian yang standart dan
bersistematik bagi mengukur penguasaan ilmu dalam kalangan murid. Dalam
menentukan keberkesanan dan mutu kurikulum, ia perlu bermula dengan
perubahan konsep, hala cara sistem penilaian dan peperiksaan (Hussein Ahmad,
1983). Penilaian dapat membantu guru untuk mengukur kebolehan seseorang
murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Hussein (1993), usaha yang wajar perlu dilakukan supaya dapat
mengurangkan sistem penilaian pusat diperingkat pendidikan rendah dan
menengah rendah. Hal ini kerana penilaian pusat hanya mengambilkira
penguasaan ilmu seseorang murid sahaja dan tidak mengambilkira kemahiran
komunikasi, fizikal dan kerohanian. Guru perlu menilai murid kerana mereka
mengetahui keperluan dan kelemahan seseorang murid. Penilaian ini dapat
memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh.

23

Pendapat ini turut disokong oleh Mok soon Sang (1993), penilaian
berasaskan sekolah (PBS) adalah penilaian yang berterusan, tidak formal,
tindakan susulan, formatif, dalaman dan menyeluruh. PKBS merupakan satu
intipati proses penilaian yang dijalankan di sekolah rendah.
Menurut Mok Soon Sang (1993), penilaian dalam bidang pendidikan adalah satu
proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk membuat analisa keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya
seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang berkesan.

2.2.1 Tujuan Penilaian

Penilaian menilai status kemajuan dan penguasaan pelajar terhadap kandungan


kurikulum secara formatif dan sumatif. Penilaian juga mengesan kelemahan pelajar dan
menentukan cara meningkatkan pemahaman pelajar terhadap kandungan kurikulum. Disamping
itu, penilaian juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas bagi meningkatkan strategi
pengajaran dan pembelajaran guru. Penilaian juga boleh dilakukan sendiri oleh pelajar sebagai
langkah persediaan ke alam kehidupan yang sebenar. Dengan mempromosikan teknik penilaian
kendiri, pelajar dapat menilai maklumat bagi mengatasi masalah, membuat keputusan dan
menjadi pelajar berdikari setelah tamat alam persekolahan.
Selain itu, pelajar boleh mewujudkan satu set strategi penilaian dan kriteria untuk
memantau tugas mereka sendiri. Penilaian juga membantu pelajar membaiki dan mendidik
pelajar. Ini bermakna penilaian menjadi alat ukur prestasi pelajar berdasarkan tugas yang
berkaitan dengan kehidupan sebenar (Baron, 1995).

24

Seterusnya, penilaian juga meningkatkan kualiti hasil pelajar dan proses pengajaran
seseorang guru. Penilaian membolehkan guru menyampaikan proses pengajaran dengan
berkesan untuk mencapai objektif pelajaran. Manakala murid pula mempelajari sesuatu
maklumat yang disampaikan oleh guru untuk kerjayanya. Penilaian membantu guru untuk
menilai murid dari aspek ujian, lisan, kerja kursus dan praktikal.

2.2.2 Bentuk Penilaian

Terdapat tiga bentuk penilaian iaitu lisan, penulisan, pemerhatian.


Bentuk yang dipilih dapat membantu seseorang guru melaksanakan penilaian ke
atas seseorang murid dengan berkesan.

1.

Lisan

Lisan ialah satu proses keupayaan mendengar, memberi


tumpuan dan seterusnya membalas dengan sebutan, nada, intonasi
serta kefasihan yang betul. Sebutan adalah membunyikan hurufhuruf, perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Murid-murid
yang mahir dalam lisan dapat melahirkan perasaan dan pendapat

25

dengan baik, lebih yakin untuk berinteraksi dengan rakan sebaya,


guru, ibubapa dan masyarakat di sekitar itu.

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) memang dilaksanakan di


sekolah rendah untuk murid-murid tahap 2 iaitu kepada murid tahun 4 hingga 6.
PLBS dilakukan sebanyak 6 kali dalam setahun. Guru matapelajaran
melaksanakan PLBS bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa
Tamil dan Bahasa Cina. Guru akan menggunakan modul sebagai panduan
menjalankan PLBS di peringkat sekolah. Murid-murid akan diberi bahan
bacaan, gambar atau situasi dan guru akan mengemukakan beberapa soalan
berkaitan bahan yang diberi. Guru memberikan markah berdasarkan idea,
pandangan, pendapat dan cara murid menjawab soalan. Keputusan PLBS ini
perlu difailkan untuk memudahkan pemantauan daripada pihak pengurusan
sekolah, pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri serta pihak nazir daripada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
memastikan perjalanan PLBS di peringkat sekolah berjalan dengan berkesan.
PLBS membantu guru mengenalpasti perkembangan seseorang murid kerana
murid dinilai dari segi kemahiran komunikasi, fizikal, rohani dan kebolehan
menjawab melalui pengalaman yang dilalui oleh mereka.

2.

Penulisan

26

Penulisan adalah satu komponen yang sangat penting dalam


pembelajaran. Penulisan melibatkan ketepatan memberikan takrifan
tajuk, persembahan isi atau buah fikiran, penggunaan bahasa yang
tepat serta gramatis, pengolahan dan penyampaian yang berkesan.
Penulisan berkait rapat dengan tahap pembacaan (Howie 1989).

Bagi kemahiran menulis, pengajaran pada Tahap I (Tahun 1 hingga


Tahun 3) tertumpu pada kemahiran menulis asas, iaitu mengenal dan menulis
abjad, mencantumkannya menjadi kata, frasa, dan ayat. Sementara Tahap II
(Tahun 4 hungga Tahun 6) menekankan kemahiran menulis fungsian, iaitu untuk
melahirkan idea dan perasaan bagi memenuhi fungsi komunikasi. Penekanan
pengajaran kemahiran menulis amat penting bukan sahaja untuk tujuan
pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam
aktiviti kehidupan harian. Bagi tujuan itu, murid sekolah haruslah mencapai
suatu tahap literasi yang sesuai untuk memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan
(Pusat Perkembangan Kurikulum).
Penilaian penulisan adalah dalam bentuk penulisan karangan, laporan,
kerja kursus, latihan dan ujian bertulis. Guru menilai hasil penulisan dengan
rubrik dan skema tertentu. Manakala hasil kerja seperti buku skrap dan kerja
kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan seseorang murid
dalam sesuatu kemahiran.

Penulisan ini digunakan untuk mengesan penguasaan hasil pembelajaran


dengan serta-merta dalam pengajaran harian tanpa instrumen yang khusus.

27

Selain itu, kaedah tersebut juga digunakan untuk mengesan kemajuan seseorang
murid dengan mengesan kekuatan dan kelemahan selepas pembelajaran.
Dengan ini guru boleh membuat perancangan secara individu atau kumpulan
dengan menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja,
ujian bertulis. Akhirnya kaedah penilaian juga membantu mengesan pencapaian
murid selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program. Sekiranya
wujud masalah, guru perlu menggunakan cara altenatif bagi memastikan murid
mencapai objektif pembelajaran.

3.

Pemerhatian

Pemerhatian

membantu

guru mendapat

maklum

balas

tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek yang diperhatikan


menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Pemerhatian boleh
dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang dengan
menggunakan instrumen seperti senarai semak dan rubrik. Pemerhatian
dilakukan dalam jangkamasa tertentu mengikut keperluan dan keadaan tertentu.

Penilaian melalui pemerhatian digunakan oleh guru untuk mengikuti


perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru merancang tindakan susulan

28

yang sesuai dengan proses pembelajaran dan seterusnya menjalankan aktiviti


pemulihan atau pengukuhan, mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri
yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar. Selain itu,
pemerhatian juga membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan
peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

Guru sains sekolah rendah menilai murid dengan pemerhatian semasa


mereka membuat eksperimen. Penggunaan bahan ujikaji, cara murid membuat
eksperimen, kerjasama antara murid, penerangan mengenai eksperimen dan
keputusan eksperimen adalah antara aspek yang diambilkira oleh guru untuk
memberikan semasa pemerhatian. Eksperimen ini biasanya dilakukan selepas
guru mengajar sesuatu tajuk. Eksperimen ini dapat membantu guru bagi menilai
kebolehan murid mengaplikasikan apa yang diajar oleh guru.

Kesimpulannya, penilaian merupakan kegiatan yang tidak terpisah


dengan pembelajaran dan dilakukan secara terus menerus dalam setiap
pembelajaran baik di dalam kelas mahupun di luar kelas. Penilaian merupakan
proses pengumpulan maklumat yang menyeluruh, iaitu mengembangkan
berbagai jenis penilaian, pengukuran dan pengujian tingkat kognitif, psikomotor
dan afektif. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal
pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program
penambahbaikan pendidikan. Selain penilaian, pengukuran juga penting bagi

29

meningkatkan lagi pelaksanaan PBS di sekolah. Konsep pengukuran ini akan


dijelaskan dalam tajuk yang seterusnya.

2.3

Pengukuran

Pengukuran merupakan suatu proses atau prosedur kuantitatif


dengan memberi nilai angka kepada sesuatu instrumen dalam
penilaian . Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
kefahaman seseorang murid dapat diukur dengan skor yang diperoleh
dalam sesuatu peperiksaan (Nunnally & Bernstein, 1994). Hasil
pengukuran dapat memberi gambaran yang jelas kepada guru
mengenai pencapaian seseorang murid. Pengukuran boleh dilakukan
kepada semua murid dengan menetapkan instrumen yang tertentu.
Kenyataan ini disokong oleh Mahrens (1994). Menurut beliau
pengukuran ialah maklumat yang berbentuk berangka setelah melalui
beberapa proses tertentu. Dalam pendidikan, pengukuran dilakukan
untuk menilai kebolehan dan kemahiran seseorang murid setelah
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam perspektif pendidikan, pengukuran ialah satu proses
pengumpulan

data

melalui

pengamatan

emperikal.

Proses

pengumpulan data ini dilakukan untuk mentaksir apa yang diperolehi


oleh seseorang pelajar setelah mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran dalam tempoh yang tertentu. Proses ini dapat dilakukan

30

dengan memerhati dan menilai hasil kerja mereka sama ada secara
lisan atau bertulis (Cangelosi, 1995).
Menurut Mardapi (2004), pengukuran pada dasarnya adalah
kegiatan penentuan angka terhadap suatu objek secara bersistematik.
Kriteria yang terdapat dalam objek yang diukur dan ditukar dalam
bentuk angka untuk memudahkan proses penilaian. Aspek-aspek
seperti kognitif, afektif dan psikomotor seseorang manusia boleh
diukur dengan menetapkan alat ukur dan cara ukuran tertentu.

2.3.1 Tujuan Pengukuran

Pengukuran dilaksanakan untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan


seseorang pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat melakukan latihan pengukuhan
dan pemulihan mengikut keperluan murid. Selain itu, pengukuran juga membantu penempatan
murid ke aliran yang sesuai dilakukan dengan mengambil kira markah yang diperolehi dalam
sesuatu ujian. Di Malaysia murid-murid akan ditempatkan ke aliran sastera dan sains dengan
mengambil kira gred yang diperolehi dalam sesuatu subjek.

2.3.2 Bentuk Pengukuran

31

Pengukuran dalam bidang pendidikan biasanya dilakukan


dengan

mengadakan

penguasaan

pelajar

ujian.
dalam

Ujian
sesuatu

digunakan
subjek.

bagi

Ujian

mengukur
merangkumi

pelajaran yang diajar oleh guru dalam kelas untuk menunjukkan tahap
penguasaan murid dalam subjek berkenaan. Tahap penguasaan
pelajar biasanya ditetapkan dengan memberi skor kepada jawapan
yang diberi. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering
digunakan untuk mendapatkan bukti empirikal bagi tujuan penilaian
pengajaran dan pembelajaran, tumpuan perlu diberi bagi membina
ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan
mentafsir dapatannya dengan tepat.
Pengukuran

merupakan

satu

proses

yang

menentukan

peringkat pencapaian dan kedudukan seseorang pelajar. Tujuannya


adalah untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan
dalam pembelajaran. Ia dilakukan dengan set ujian bertulis dengan
mengira markah dan gred. Pengukuran adalah berbeza dengan
penilaian kerana penilaian merupakan satu proses menentukan
perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai dalam
kalangan pelajar. Penilaian dilakukan untuk memberi maklumat
tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar dan
kurikulum. Selain penilaian dan pengukuran, terdapat satu lagi konsep
yang sangat penting dalam PBS iaitu pentaksiran. Tajuk seterusnya
akan membincangkan mengenai konsep dan tujuan pentaksiran.

2.4 Pentaksiran

32

Pentaksiran adalah proses pembelajaran yang merangkumi


aktiviti

menghurai,

mengumpul,

merekod,

memberi

skor

dan

menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar


bagi sesuatu tujuan. Guru mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat keputusan tentang hasil sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran

juga

merupakan

satu

proses

untuk

mendapatkan

gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang murid dalam


sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
biasanya dijalankan secara berterusan.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan
iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua
tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat,
menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan
membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat.
Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan
pentaksiran adalah hasil daripada penggabungan pengukuran dan penilaian.

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat


dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang
produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran juga adalah suatu
proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap
sesuatu ciri yang diperolehi seseorang individu.

33

2.4.1 Tujuan Pentaksiran

Terdapat

beberapa

tujuan

melaksanakan

pentaksiran

di

sesebuah sekolah. Antaranya ialah pentaksiran adalah proses menilai


prestasi seseorang murid dalam pembelajaran secara berterusan.

Guru dapat mengetahui kelemahan pembelajaran murid dan boleh mengambil


tindakan susulan bagi memperbaiki kelemahan murid tersebut . Selain itu,
pentaksiran juga memberi dan menetapkan penggredan bagi sesuatu subjek
yang dinilai. Penggredan ini dilakukan oleh guru untuk mengetahui penguasaan
murid dalam matapelajaran yang diajar. Guru dapat mempelbagaikan kaedah
penyampaian mengikut kemampuan murid tersebut.

2.4.2 Bentuk Pentaksiran

Pentaksiran dalam pendidikan dilakukan dengan ujian bagi


mengukur tahap penguasaan murid. Set ujian bertulis digunakan
untuk menilai pemahaman seseorang murid setelah guru melakukan
proses pengajaran dan pembelajaran. Markah dan gred digunakan
untuk membezakan penguasaan murid dalam sesuatu subjek. Tujuan
penggredan

untuk

mengklasifikasikan

penguasaan

murid

dan

seterusnya

murid

mengikut

membimbing

murid

mengatasi kelemahan mereka secara berperingkat-peringkat.

tahap
bagi

34

Dasar pelajaran negara kita menekankan pentaksiran peringkat sekolah.


Pentaksiran

ini

mewujudkan

keyakinan

dalam

kalangan

guru

untuk

menjalankan penilaian peringkat sekolah. Pentaksiran ini menjadi kaedah yang


penting untuk menilai guru dan pendidik untuk menjayakan pencapaian sesuatu
kurikulum. Secara tidak langsung pentaksiran juga menggalakan
penglibatan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara
efektif kerana murid perlu bersaing antara satu sama lain untuk
mendapatkan keputusan yang baik.

Pentaksiran terdiri daripada penilaian dan pengukuran. Ketiga-tiga


elemen ini berkaitan dan tidak dapat dipisahkan semasa menilai sesuatu objek.
Pentaksiran, penilaian dan pengukuran memainkan peranan penting dalam PBS
kerana ia memberi gambaran yang jelas mengenai tahap pencapaian seseorang
murid kerana dalam PBS guru menilai seseorang murid dari segi akademik,
kokurikulum, personaliti dan kemahiran interpersonal. Di samping itu,
pentaksiran, penilaian dan pengukuran juga memberi impak terhadap
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.
Guru perlu mengambilkira kaedah terbaik untuk menilai seseorang murid
dengan mengetahui sikap dan minat seseorang murid. Ini akan membantu
memperkembangan diri seseorang murid daripada alam pendidikan.

2.5

Kajian Lepas

35

Penilaian berasaskan sekolah (PBS) adalah perubahan paradigma


daripada kaedah tradisional kepada konstruktivisme dengan mempelbagaikan
penilaian. Ia adalah satu proses progresif dan berterusan (Maxwell,G 2004).
Penilaian pusat hanya boleh menilai kebolehan murid menjawab soalan dalam
peperiksaan. Murid hanya menghafal dan menulis jawapan mengikut konteks
dan kehendak soalan dalam penilaian pusat. Manakala PBS adalah satu bentuk
penilaian yang digunakan untuk menilai kebolehan dan kemahiran seseorang
murid secara berterusan. Guru sentiasa memerhati dan mentaksir murid
daripada pelbagai sudut. Dalam PBS, pembelajaran adalah satu perubahan
dalam pengetahuan, kemahiran dan strategi yang canggih yang digunakan oleh
seseorang guru dan murid. Perubahan ini dapat membentuk murid yang
berfikiran kreatif dan inovatif dalam pembelajaran.

PBS juga adalah satu proses menggunakan sesuatu maklumat,


membangunkan teknologi dan menyelesaikan semua masalah dan cabaran
dalam sistem pendidikan tradisional. Secara keseluruhannya, para pendidik
berkemampuan

menganalisis,

kreatif

dalam

menyebarkan

maklumat,

menyelesaikan masalah dengan mudah dan cekap, mempunyai gaya


penyampaian dan kebolehan komunikasi yang berkesan (Torrance, H dan Pryor,
J 1998). Pendidikan juga meningkatkan perkembangan seseorang murid dengan
mengitegrasikan satu sistem pendidikan yang holistik.
Di Australia, PBS telah dilaksanakan lebih daripada 30 tahun.
Kajian pada tahun 1990 di New South Wales, Australia menunjukkan PBS
menghasilkan murid, ibubapa dan pekerja yang bermotifkan pencapaian. Hal ini

36

menunjukkan pelajar diasuh berdasarkan kemahiran yang dimiliki. Kajian ini


juga menunjukkan PBS membolehkan mereka menceburi dan meningkatkan
pengetahuan dalam bidang yang diminatinya. Jelaslah bahawa PBS lebih
menekankan Teori Humanistik iaitu mengambil kira minat dan kemahiran yang
ada pada daripada seseorang murid. Guru berperanan menjadi pembimbing dan
penunjuk ajar kepada murid tersebut untuk meningkatkan potensi dirinya. PBS
di Australia berjaya melahirkan buruh mahir sekaligus mengawal kadar
pengangguran di negara tersebut (Journal of education Studies 2003).

Di Fiji, PBS dijalankan kepada kanak-kanak yang berumur lima


hingga sepuluh tahun. Kurikulum yang disediakan mengambil kira aspek sosial,
fizikal, emosi, kebudayaan dan keperluan akademik murid. Guru mentaksir
seseorang murid melalui penilaian formatif, penilaian sumatif, penilaian lisan
dan portfolio.
Kajian PBS di Fiji oleh Kings (2000), menunjukkan bahawa
pencapaian ujian dan peperiksaan hanya dapat mengukur prestasi akademik
murid sahaja. Di kebanyakkan negara pencapaian peperiksaan menjadi penanda
aras kemajuan sesebuah sekolah dan kemajuan ini mencerminkan maruah
sesebuah keluarga. Maka perlulah ada perubahan sikap dalam kalangan
masyarakat untuk mengubah persepsi mereka terhadap peperiksaan. PBS adalah
satu altenatif bagi menggantikan kelemahan sistem peperiksaan tersebut
(Journal of education Studies vol 25, 2003).

37

PBS membolehkan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan


mengenalpasti kemahiran dan pengetahuan murid secara keseluruhannya.
Segala aktiviti yang dilakukan bergantung kepada tahap dan kemampuan
seseorang murid untuk menerimanya. PBS direka bentuk mengikut kebolehan
dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang pelajar.

Kurikulum ini akan membantu murid mencungkil pengetahuan,


minat dan bakat dalam alam persekolahan. Manakala kurikulum di negara kita
adalah secara menyeluruh. Ini menyebabkan ramai murid tidak boleh menerima
kebanyakkan isi kandungan dan terus ketinggalan. Selain itu, kurikulum pada
masa ini lebih memberi penekanan kepada penilaian pusat tanpa mengambil
kira kemahiran dan kelebihan seseorang murid. Maka PBS adalah satu daripada
cara untuk menggantikan kelemahan sistem pendidikan yang sedia ada.

2.6 Perkembangan PBS Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang memberi keutamaan dalam


bidang pendidikan. Bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Dato seri Hishamuddin
Tun Hussein mengilhamkan pelaksanaan PBS di Malaysia. Cadangan ini
dikemukakan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara.

38

Cadangan ini turut disokong oleh Datuk Dr. Ahamad Sipon, bekas
Pengarah Pelajaran Malaysia, PBS adalah satu usaha untuk menjana modal
insan yang cemerlang, oleh itu guru wajar mengenal pasti potensi pelajar dan
mengembangkannya. PBS adalah satu kaedah terbaik kerana guru sentiasa
berada di barisan hadapan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta
mengenali pelajarnya (KPM).
Terdapat beberapa konsep dalam PBS. Pertama ialah PBS dirancang di
peringkat sekolah. Siapa akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan
pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran,
pengredan dan pelaporan dibuat oleh guru. Dengan ini guru boleh membuat satu
perancangan yang terbaik untuk melicinkan proses PBS sejak awal lagi.

Kedua ialah PBS ditadbir di peringkat sekolah. Ini adalah satu usaha
mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang
terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan bahan bukti. Sementara itu
pemantauan dilakukan keatas perkembangan potensi murid memastikan
program PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Akhirnya laporan perlu disediakan diperingkat sekolah. Laporan ini


merupakan rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap

39

penguasaan pelajar. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan


yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

PBS adalah satu jenis penilaian yang bersifat dinamik iaitu


pertambahan dan pengurangan kandungan ujian boleh dilakukan tanpa
menjejaskan keseluruhan kurikulum yang dirancang. Guru boleh melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran yeng fleksibel kerana mereka ada pilihan
menggunakan modul mengikut kesesuaian murid. Kelebihan PBS membolehkan
guru menjalankan tugasnya dengan lebih efektif. PBS membolehkan guru
menilai seseorang murid daripada segala aspek dan bukan hanya menilai
berdasarkan sistem peperiksaan pusat. PBS juga membolehkan guru membina
atau memilih instrumen yang sesuai dengan pentaksiran yang merujuk kepada
standard prestasi seseorang murid.

2.7 Penutup

PBS merupakan satu daripada cara untuk meningkatkan lagi


pelaksanaan kurikulum yang sedia ada. PBS membantu guru untuk mengenali
potensi dan kemahiran serta pengetahuan seseorang murid. Dengan ini guru
dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan lagi kemajuan

40

murid. Selain itu, PBS juga membantu guru menyediakan suatu rancangan
pengajaran yang berkualiti berdasarkan kehendak dan kemahuan seseorang
murid. Secara tidak langsung PBS menggalakkan komunikasi dua hala antara
guru, murid dan ibubapa. Hal ini membolehkan ketiga-tiga pihak berkerjasama
bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai