Anda di halaman 1dari 4

Muhammad di dalam Alkitab?

Tidakkah Kitab Suci orang Kristian meramalkan kedatangan Nabi Muhammad?

Muhammad mengajar bahawa kedatangannya telah dinyatakan oleh kitab-kitab yang


lebih awal. Dia mengharapkan orang Kristian dan Yahudi untuk menerimanya sebagai
nabi baru yang memenuhi kesemua ramalan yang ada dalam kitab-kitab suci mereka.
Apabila mereka menolaknya, Muhammad bertindak dengan berkata bahawa mereka telah
mengubah tulisan suci mereka.

Di antara orang-orang Yahudi ada pendengar-pendengar perkataan bohong,


pendengar-pendengar untuk kaum lain yang tidak datang kepada engkau (ya
Muhammad). Mereka telah mengubah perkataan dari pada tempatnya. (Surah Al-Maa-
Idah 5:41)

Orang Muslim biasanya mengungkapkan kata-kata Allah kepada Musa dalam Ulangan
18:18-19 sebagai ayat penyokong kepada soalan yang sedang kita bahaskan:

Aku akan mengutus seorang nabi kepada mereka, nabi seperti engkau, dan yang
daripada bangsa mereka sendiri. Aku akan menyampaikan firman-Ku kepadanya, dan
dia akan menyampaikan segala perintah-Ku kepada umat itu.

Orang Islam percaya bahawa "nabi" yang disebutkan dalam petikan di atas ialah
Muhammad. Ahli-ahli tafsir Islam merujuk kepada ayat berikut sebagai ayat penyokong:

Seorang saksi dari Bani Israil, telah mengakui (kebenaran) yang seumpamanya. (Surah
Al-Ahqaaf 46:10)

Ulangan 18:18-19 telah diberi oleh Allah kepada Musa dalam Taurat dan menurut Injil,
janji ini telah dipenuhi dengan kedatangan Isa Al-Masih enam ratus tahun sebelum Al-
Quran ditulis. Ini disahkan dalam Kisah Para Rasul 3:18-23 yang berkata:

Dahulu kala melalui semua nabi, Allah memberitahu bahawa Penyelamat yang diutus-
Nya harus menderita. Demikianlah perkara itu berlaku seperti yang dikehendaki-Nya. . .
Tuhan akan menyuruh Isa Al-Masih datang kepada saudara-saudara, kerana dia sudah
ditetapkan oleh Tuhan menjadi Penyelamat saudara-saudara. Dia harus tinggal di
syurga sehingga tiba masanya bagi Allah menjadikan semuanya baru, seperti yang
difirmankan oleh Allah melalui nabi-nabi-Nya yang suci pada zaman dahulu. Musa
pernah berkata, ‘Tuhan, Allah kamu akan mengutus seorang nabi kepada kamu seperti
Dia mengutus aku. Nabi itu akan datang daripada bangsa kamu sendiri. Kamu harus
mendengar semua yang dikatakannya. Sesiapa yang tidak mahu mentaati kata-kata nabi
itu, akan disingkirkan daripada umat Allah dan dibinasakan.’
 

Stefanus mengulangi janji ini dalam khutbahnya sebelum dia mati syahid (Kisah Para
Rasul 7:37).Jadi, rasul Petrus dan Stefanus mengakui bahawa Ulangan 18:18-19 merujuk
secara khusus kepada Isa Al-Masih, seorang berbangsa Yahudi, "yang daripada bangsa
mereka sendiri". Mustahil ayat ini merujuk kepada Muhammad kerana dia seorang
berbangsa Arab dari keturunan Ismail.

Di dalam Injil, ada beberapa ayat di mana orang Yahudi memanggil Isa Al-Masih "Nabi"

 Apabila Isa masuk ke Yerusalem, seluruh kota menjadi gempar. Orang bertanya,
"Siapakah dia?" "Dia Isa, nabi dari Nasaret di Galilea," jawab orang ramai
yang mengiringi Isa Al-Masih.

(Matius 21:11)
 "Perkara-perkara yang berlaku kepada Isa, orang Nasaret itu," jawab mereka.
"Dia seorang nabi. Di sisi Allah dan pada pandangan semua orang."

(Lukas 24:19)
 Apabila orang ramai melihat mukjizat yang dilakukan oleh Isa Al-Masih, mereka
berkata, "Sesungguhnya dia Nabi yang diharapkan datang ke dunia!"

(Yahya 6:14)

Akhir kata, kenabian seseorang tidak hanya bergantung hanya kepada ramalan-ramalan
tentang nabi itu tetapi atas sifat dan perbuatannya. Melalui perbuatan-perbuatannya yang
ajaib, pengikut-pengikut Isa Al-Masih dapat lihat bahawa dia adalah nabi yang telah
dinyatakan dalam Kitab Suci.

Bukankah perkataan Yunani "Paracletos" dalam Injil satu rujukan kepada


Muhammad?

Di dalam petikan-petikan berikut, Isa Al-Masih berjanji untuk menghantar seorang


Penghibur. Orang Muslim mengambil janji-janji ini sebagai ramalan Isa Al-Masih
tentang kedatangan Muhammad.

Aku akan mohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi Penolong lain, yang akan
bersama-sama kamu selama-lamanya. (Yahya 14:16)

Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang
akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Apabila dia datang, dia akan memberi
kesaksian tentang aku. (Yahya 15:26)
Tetapi apa yang aku katakan kepada kamu benar: Untuk kebaikan kamu, lebih baik aku
pergi. Jika aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepada kamu. Tetapi jika aku
pergi, aku akan mengutus dia kepada kamu. (Yahya 16:7)

Kesimpulan ini dibuat ialah kerana pakar-pakar agama Islam mengajar bahawa perkataan
Yunani paracletos (yang diterjemahkan Penolong) sebenarnya satu pengubahsuaian
perkataan Yunani periclytos. Paracletos bermaksud seorang pembela, pembantu atau
penghibur atau secara literal "orang yang dipanggil ke sisi untuk menolong." Menurut
pakar-pakar agama Islam, perkataan periclytos yang apabila diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab boleh diterjemahkan sebagai Ahmad, yang bermaksud "Dia yang terpuji",
iaitu nama untuk nabi Muhammad. Walaupun begitu, kalau senarai kata-kata Yunani
diperiksa, kita akan dapati bahawa perkataan periclytos tidak pernah wujud dalam bahasa
Yunani Perjanjian Baru! Perkataan ini sebenarnya satu pengubahsuaian perkataan Yunani
kleos yang bermaksud "mulia" atau "puji".

Jika kita membaca konteks Yahya 14:16, dengan cepat kita akan melihat bahawa
Penolong yang disebut di sini ialah "Roh kebenaran" (ayat 17) atau "Roh Kudus (ayat
26). Hal ini sama untuk Yahya 15:26 dan 16:7 apabila dibaca dalam konteksnya. Roh
Kebenaran ini bukan satu manusia tetapi Roh yang dikirimkan oleh Isa Al-Masih melalui
Allah setelah dia bangkit dari kematian. Seperti yang tertulis tentang Roh ini: Dia akan
diam bersama kamu dan akan berada di dalam kamu (Yahya 14:17).

Orang Muslim percaya bahawa "paracletos" itu merujuk kepada Muhammad kerana
tafsiran ayat berikut dari Al-Quran:

Ingatlah, ketika Isa anak Maryam berkata: hai Bani Israil, sesungguhnya aku rasul Allah
kepadamu, serta membenarkan apa yang sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar
gembira dengan seorang rasul, yang akan datang kemudianku, namanya Ahmad
(Muhammad). (Surah Ash-Shaf 61:6)

Petikan ini mengesahkan bahawa Isa Al-Masih ialah rasul kepada bani Israil yang
mengesahkan Taurat Musa. Ini secara tidak langsung juga mengesahkan Isa Al-Masih
sebagai nabi yang dijanjikan dalam Ulangan 18:18-19.

"Rasul", yang bermaksud "dia yang diutus" dalam surah ini, menurut Injil Yahya bab 14
hingga 16, ialah Roh Allah dan bukan manusia bernama Muhammad. Yusuf Ali dalam
huraiannya akan surah ini mengaku bahawa perkataan Yunani asal dalam Injil Yahya itu
mungkin sekali "paracletos" dan bukan "periclytos". Pandangan seorang pakar agama
seperti Yusuf Ali menampilkan kelemahan teori periclytos yang diheboh-hebohkan
selama ini.

Satu daripada kelemahan Islam ialah ketidakupayaannya menerima penyataan Allah


dalam Roh Kudus. Allah dalam Islam hanya boleh menyatakan dirinya melalui orang
tengah, sama ada malaikat atau nabi dan rasul. Kebanyakan pakar agama Islam mengajar
bahawa Roh Kudus adalah malaikat Jibrail. Dalam kes "paracletos" mereka telah
berusaha melarikan diri dari konteks asal dengan tujuan menjadikan ayat-ayat ini satu
ramalan tentang kedatangan Muhammad. Apa yang dijanjikan dan dinubuatkan oleh
hazrat Isa Al-Masih sebenarnya sesuatu yang jauh lebih mulia, iaitu kedatangan Roh
Allah Sendiri yang suci dan murni.

Anda mungkin juga menyukai