Anda di halaman 1dari 3

Nilai tudung wanita....

Di sini ana ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa
kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya
dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah
dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita
terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita
berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup
seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,
ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang
berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang
bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan
garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan
dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan
kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai


wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai
tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan
hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar
sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun


pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi
menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai
tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau
berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung
turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula
dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit
pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam
majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya
bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan
fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan
sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai
seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan
bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan
menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus
pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang
tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah


pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin
membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah.
Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-
date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi
masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa


kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan
Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan
syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu
kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh
memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang
yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki .
Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada
orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan
muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-
orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan
sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang
Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat
melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan
bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih
baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap
umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang
bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama
mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.


Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya
pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya
melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan
batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk
disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita
sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai
tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah
kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan
lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab


setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah
antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si
polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat
dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar.
Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan
pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir
dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah
sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan
qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba
jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik
diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka
bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka
mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu
indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi
peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang


bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful."
Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai
wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang
sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Anda mungkin juga menyukai