Anda di halaman 1dari 2

Miskonsepsi Murid Dalam Perpuluhan

Perpuluhan merupakan antara topik yang mendatangkan masalah kepada murid


Sekolah Rendah terutama murid-murid kumpulan sederhana dan kumpulan lemah.
Antara kesukaran murid yang menjadi cabaran guru Matematik ialah;

1. Miskonsepsi Nilai Digit dan nilai tempat.


Kesukaran murid yang pertama dalam nombor perpuluhan ialah ketidakupayaan untuk
memahami konsep nilai digit dan nilai tempat bagi persepuluh, perseratus dan perseribu.
Mengikut pengalaman saya, murid dapat mengerti konsep persepuluh dengan
berpandukan rajah tetapi sukar mengerti bagi konsep perseratus dan konsep perseribu.
Bagi murid cerdas, konsep persepuluh, perseratus dan perseribu tidak menjadi masalah
besar kerana mereka dapat memahami konsep berkenaan secara abstrak.

2. Miskonsepsi Properties dan Fungsi Titik Perpuluhan.


Kesukaran murid yang kedua ialah kesukaran memahami properties (sifat-sifat) dan
fungsi titik perpuluhan. Titik perpuluhan kadang-kadang diabaikan menyebabkan kesan
berikut:2.1 Nombor perpuluhan disamakan dengan nombor bulat. Contohnya, nombor
perpuluhan 34.56 dianggap sebagai 3456 kerana titik perpuluhan diabaikan atau
dianggap tidak bermakna untuk memberi nilai nombor perpuluhan.
2.2 Miskonsep properties titik perpuluhan ini juga dapat dikesan apabila murid cuba
menyusun ayat Matematik ke bentuk lazim. Contohnya, ayat matematik 34.56 + 52.7
akan disusunatur mengikut prinsip nilai tempat sa, puluh, ratus dan ribu. Titik
perpuluhan tidak tersusun sebaris secara vertical
2.4 Murid juga gagal meletakkan titik perpuluhan pada nombor bulat.

3. Miskonsepsi magnitud nombor perpuluhan


Kesukaran murid yang ketiga ialah kesukaran menentukan dan membezakan magnitude
saiz (nilai) nombor perpuluhan kerana terpengaruh dengan bilangan digit.
3.1 Murid membuat generalisasi bahawa 34.56 adalah lebih besar berbanding 52.7
memandangkan bilangan digit 34.56 adalah lebih banyak berbanding bilangan digit
dalam 52.7.
3.2 Dalam menentukan nilai 52.7 dan 52.75, murid meneka bahawa 52.75 lebih besar
berbanding 52.7 tanpa memahami konsep sebenar.
3.3 Murid menganggap bahawa 5.78 adalah lebih besar daripada 57.8 dan ini adalah
satu generalisi murid lebih banyak digit selepas titik perpuluhan maka lebih besarlah
nilai nombor perpuluhan itu.

4. Miskonsepsi Sifar.
Kesukaran yang keempat ialah kesukaran dengan sifar. Contohnya, jika nombor 527
ditambahgabungkan dengan sifar maka ia menjadi 5270, maka sudah tentu 5270 lebih
besar berbanding 527. Murid menggunapakai peraturan nombor bulat untuk nombor
perpuluhan dan hasilnya adalah seperti contoh berikut;
4.1 Murid membuat generalisi bahawa 52.70 lebih besar daripada 52.7
4.2 Murid membuat generalisasi bahawa 0.052 lebih besar berbanding 0.52
Pengetahuan tentang jenis kesilapan dan miskonsepsi murid di samping miskonsepsi
yang berpunca daripada cara penyampaian guru sangat penting kepada kita. Dengan
pengetahuan ini dan ditambah dengan pengalaman mengajar, maka kita dapat membuat
penambahbaikan dalam PDP kita dengan mengambilkira kaedah dan teknik mengajar
serta bahan yang digunakan

Anda mungkin juga menyukai