Anda di halaman 1dari 1

Pengajaran Situasi Sebenar Melibatkan Wang.

Pengajaran Situasi sebenar adalah pengajaran-dan pembelajaran


dirancang yang melibatkan aktiviti luar darjah. Output pembelajaran ini adalah
hasil daripada pengalaman murid secara terus terhadap sesuatu topik.
Sebelum tahap prosese pengajaran situasi sebenar, murid perlu didedahkan
kepada konsep-konsep asas berkaitan wang dan 4-operasi asas.
Peringkat pengajaran dan pembelajaran situasi sebenar yang dilalui.
i)
Pembelajaran Simulasi dalam bilik darjah iaitu aktiviti jual beli
menggunakan model dan wang mainan.
ii)
Pembelajaran Situasi Sebenar iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di kantin dan di kedai kooperasi sekolah.
iii)
Pembelajaran lawatan sambil belajar ke kedai-kedai atau gedung
dengan izin kebenaran daripafda pihak peniaga.
Kaedah Pengajaran Situasi sebenar melibatkan wang ini sangat penting
dan dapat membantu murid untuk membina kefahaman konsep.
(i)

Pengajaran situasi sebenar melibatkan aktiviti psikomotor yang menjurus


kepada pembelajaran pengalaman kerana murid dapat berinteraksi
terus dengan objek (jualan) dan wang. Proses pembelajaran melalui
pengalaman cukup membantu murid untuk memahami konsep
kefahaman terhadap
(a)
penukaran wang melibatkan wang kertas dan wang syiling.
(b)
penggunaan operasi dalam kiraan baki, untung rugi dan diskaun.
(c)
kemahiran membuat rekod dalam perniagaan
(d)
nilai murni yang terlibat dalam proses jual beli

(ii)

Pengajaran situasi sebenar bermaksud juga proses pengajaranpembelajaran terbuka dan pembelajaran secara tidak formal. Ini
memberi ruang dan peluang kepada setiap murid untuk melibatkan diri
secara aktif dengan mengajukan soalan-soalan.

(iii)

Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi murid dalam


pengajaran-pembelajaran situasi sebenar akan mereka parktikkan
dalam kehidupan sebenar. Dalam erti kata lain murid tidak was-was
untuk membeli belah di kedai atau di pasar raya kerana mereka
mempunyai kefahaman konsep terhadap penukaran wang, baki,
untung, rugi dan diskaun.

Kesimpulan:
Saya dengar saya lupa, Saya lihat saya ingat, Saya buat saya faham.