Anda di halaman 1dari 32

1

1.0

PENDAHULUAN

Hukum syariah merupakan dustur perundangan yang termaktub di dalam Al Quran dan sunnah
Nabawiyah. Demikianlah ketetapan Allah kepada hambaNya dalam menjalani dan menguruskan
kehidupan yang fana ini. Demi merealisasikan perkara tersebut Dia mengutuskan rasul yang
mulia dalam menerangkan dan memberi pencerahan bagaimana mempraktikkannya.
Perundangan Islam terbahagi kepada 4 bahagian iaitu ibadat, muamalat, munakahat dan
jinayah. Dalam perbahasan ini, skop munakahat sahaja yang akan dibincangkan dan dikupaskan
melalui sudut pandangan ahli pemikir Islam liberal. Konsep dan doktrin mereka yang
meletakkan kebebasan berfikir dalam mentafsirkan nas ayat-ayat Al Quran atau di namakan
sebagai tafsir bil rai yang melangkaui batas-batas syariah demi mengejar pembangunan moderat
semata-mata.
Kebebasan berfikir yang tergelincir daripada norma dan metode ahli fuqaha
mendatangkan pelbagai masalah. Jika dinilai terdapat 2 jenis kebebasan yang berdasar beberapa
pertimbangan, lazimnya dinisbatkan kepada manusia: kebebasan manusiawi, dan kebebasan
haiwani atau kebebasan nafsu dan naluri yang bila kita ingin menggunakan istilah klasik harus
kita namakan dengan kebebasan amarah dan syahwati.(Afif 1990:4)
Islam mengajar kita supaya memperhambakan diri kepada Allah semata-mata, serta
bertoleransi sesama makhluk dengan akhlak yang mulia. Ini merupakan kebebasan sebenar
secara fitrah insaniyah dalam membina ketamadunan yang seimbang diantara fizikal dan
kerohanian. Namun begitu terdapat manusia meletakkan nafsu sebagai kayu pengukur dalam
menilai sesuatu ilmu justeru mereka berfikir di luar dari kotak pemikiran yang sihat. Hal tersebut
terzahirlah pemikiran demi pemikiran yang telah merosakkan kesucian agama disebabkan
ketidak puashatian mereka.
Elemen tersebut mencetuskan kelompok yang dilabelkan sebagai ahli pemikir Islam
liberal yang sentiasa mengatakan bahawa kemajuan ketamadunan manusia terbatas kerana
sekatan yng telah dibuat oleh pemikiran sarjana agama. Maka penilaian semula hukum hakam
melalui akal merupakan jalan terbaik untuk transformasi kehidupan ini ke arah yang lebih baik.
2.0

ISLAM LIBERAL

Liberal mengikut kamus dewan bermakna condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang
demokratik. Agama Islam telah sempurna pada zaman Rasulullah s.a.w kemudian diikuti oleh
para sahabat kemudian para tabiin kemudian para tabi tabiin kemudian di ikuti oleh para ulama
sehingga pada hari ini.
Begitulah rangkaian ajaran agama Islam bergembang keseluruh iklim dan zaman.
Ajarannya yang bersifat wahyu yang sememangnya relevan diguna pakai dalam apa jua keadaan
miskipun perubahan waktu dengan kecanggihan teknologi. Oleh kerana kemajuan peradapan
dunia dan kecanggihan teknologi telah mengubah persepsi sebahagian manusia berdasarkan
pendidikan dan kajian yang dianalisis. Natijahnya maka lahirlah golongan pemikir liberal yang
ingin mengubah disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama yang muktabar.
Agenda-agendanya yang sangat halus namun dapat dikenal pasti ciri-ciri golongan ini:
i.

Menghancurkan akidah Islam dengan menyebarkan fahaman pluralism agama.

ii.

Meruntuhkan bangunan syariat Islam dengan program kontekstualisasi ijtihad dan


penggunaan metodologi interpretasi hermeneutika terhadap Al Quran.

iii.

Membongkar konsep Al quran sebagai wahyu Allah, lafaz dan makna daripada Allah
yang suci dari kesalahan.

iv.

membongkar konsep-konsep dasar Islam seperti makna iman, kufur, murtad, Islam dan
sebagainya.

v.
vi.

Meruntuhkan otoritis ulama dalam pemahaman Islam.


Mendokong kerosakan akhlak, dengan berpegang pada kefahaman liberal dan
relativisme moral.(Husaini 2005:xi)

Demikianlah di antara ajaran-ajaran asas golongan ini yang telah merosakkan akidah umat Islam.

3.0 PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Perkahwinan merupakan salah satu sunnatullah yang umum berlaku pada setiap makhluk Allah,
sama ada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Firman Allah s.w.t pada surah Az-Zariat
ayat 49:









Maksudnya: dan segala sesuatu Kami jadikan berpasang-pasangan, agar kamu
sekalian mahu berfikir
Perkahwinan merupakan satu cara yang dipilih oleh Allah bagi makhlukNya untuk
beranak, berkembang biak dan melestarikan kehidupan, setelah setiap pasangan melaksanakan
peranan yang berkesan dalam merialisasikan tujuan perkahwinan.
Perkahwinan menurut kamus dewan iaitu perikatan yang sah antara lelaki dan perempuan
menjadi suami isteri. Perkahwinan difahami dari sudut bahasa bahawa perhubungan di antara
lelaki dan perempuan dan tidak terjadinya perkahwinan di antara lelaki sesama lelaki begitu juga
di antara perempuan sesama perempuan. Perkahwinan yang diwar-warkan sebagai sejenis tidak
mencapai kretiria sebagai perkahwinan dari sudut bahasa. Ianya hanya boleh dinamakan sebagai
hubungan semata-mata.
Perkahwinan dari sudut syara bermakna akad yang mengharuskannya persetubuhan
dengan lafaz menikahkan. Bangsa Arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad dan
persetubuhan. Tetapi jika dikatakan seorang lelaki telah menikahi seorang perempuan bermakna
akad, manakala jika dikatakan seorang lelaki telah menikahi isterinya bermakana bersetubuh.
Maka makna yang terlebih sahih dalam mazhab Al Syafie pada istilah syra bahawa makna
hakikat perkahwinan ialah akad manakala makna majaz baginya ialah persetubuhan. Kerana
lafaz yang terdapat dalam Al Quran secara amnya dengan membawa makna akad bukan makna
persetubuhan.(Al Zuhaily 2008:16)
Namun terdapat syarat dan rukun yang wajib dituntut untuk menyempurnakan dan
mengsahihkan pernikahan tersebut. Terdapat 5 rukun perkahwinan iaitu:
1) Suami
2) Isteri

3) Wali
4) Dua orang saksi
5) Sighah (ijab dan qabul)
Di antara rukun tersebut, menjadi permasalahan adalah mengenai wali, saksi dan mahar.
Ini kerana pandangan pemikir liberal berpendapat bahawa ketiga-tiga syarat tersebut tidak wajib
dan tidak perlu ditunaikan dalam menjalani majlis penikahan.
3.1

Wali:
Wali dalam nikah adalah orang yang menentukan sahnya akad. Akad nikah tidak sah

dengan ketiadaannya. Wali itu seperti bapa, orang yang diwasiatkan, karib kerabat dekat, orang
yang membebaskan hamba, penguasa dan raja.(Al Jazairi 2012:41). Dari Abu Musa bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda:


Maksudnya: tidak sah nikah tanpa wali

Syarat-syarat wali:
i.

Islam: Orang kafir tidak boleh mengkahwinkan perempuan Islam kerana tidak ada al
wilayah (kekuasaan) orang kafir terhadap orang Islam.

ii.

Baligh: Kanak-kanak tidak boleh menjadi wali kerana dia tidak boleh menguruskan
dirinya sendiri. Oleh itu, dia tidak boleh menjadi wali kepada orang lain adalah lebih

iii.

utama.
Adil: Maksud adil ialah wali tidak melakukan dosa-dosa besar, tidak berterusan
melakukan dosa-dosa kecil dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan
maruah seperti kencing di jalan-jalan raya.

iv.

Berakal: Orang gila tidak boleh menjadi wali kerana dia tidak boleh menguruskan
dirinya. Oleh itu dia tidak boleh menjadi wali kepada orang lain adalah lebih utama.

v.

Bukan orang yang berihram: Orang yang berihram haji atau umrah tidak boleh
mengahwinkan orang lain sebagaimana yang difahami daripada maksud hadis: orang

yang berihram (lelaki dan perempuan) tidak boleh berkahwin, tidak boleh
mengahwinkan.
vii.

Wali bukan orang yang dilarang oleh syarak membelanjakan hartanya disebabkan safih:
Maksudnya ialah mereka yang membazirkan hartanya. Mereka tidak boleh menguruskan
dirinya, tentulah lebih utama lagi mereka tidak boleh menguruskan orang lain.( .(Al
Khin, Al Bugho, Asy Syarbaji 2005 :797)

Pembahagian wali:
Wali mujbir: Iaitu wali yang berhak mengahwinkan wanita yang masih perawan tanpa izin
wanita tersebut. Wali mujbir ialah bapa dan datuk sebelah bapa.(ketika ketiadaan bapa)
Wali nasab: Dikenali sebagai wali tidak mujbir iaitu mereka yang berada dalam susunan wali
selain bapa dan datuk sebelah bapa. Wali tidak mujbir boleh mengambil tugas perwalian apabila
tidak ada wali mujbir berdasarkan giliran atau taraf masing-masing dalam susunan wali.
Wali hakim: Iaitu wali yang diberi tauliah oleh pemerintah untuk menikahnya perempuanperempuan yang tidak mempunyai wali.

3.3

Saksi:

Seseorang yang mengetahui dan melihat sesuatu peristiwa. Dia boleh mengesahkan peristiwa
tersebut serta memberi keterangan apabila dikehendaki.
Syarat saksi:
i.

Islam: Akad nikah seorang perempuan yang bersaksikan orang bukan Islam adalah tidak
sah kerana akad nikah dianggap urusan agama. Ia mesti disaksikan oleh saksi yang
beragama Islam dan kerana orang kafir tidak boleh menjadi saksi ke atas orang Islam.

ii.

Lelaki: Akad nikah tidak berlaku dengan penyaksian saksi perempuan atau seorang saksi
lelaki dan dua orang saksi perempuan.

iii.

Berakal dan baligh: tidak sah akad nikah dengan kehadiran orang-orang gila dan kanakkanak sahaja kerana akad nikah adalah satu akad yang besar. Kehadiran orang gila dan
kanak-kanak sahaja meremehkan perkara yang besar itu.

iv.

Adil walaupun zahir sahaja: kedua-dua orang saksi mestilah adil walaupun luaran sahaja.
Maksudnya kefasikannya dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak zahir.

v.

Mendengar: akad yang disaksikan oleh orang pekak atau tidur adalah tidak sah kerana
matlamat menjadi saksi tidak tercapai. Juga kerana akad yang disaksikan adalah
perkataan yang dilafazkan. Oleh itu saksi mesti mendengar.

vi.

Melihat: Akad tidak berlaku jika saksi buta kerana perkataan yang dilafazkan tidak
diperakui kecuali dengan menentukan penuturnya (memerlukan saksi yang tidak buta)
dan didengari.(Al Khin, Al Bugho, Asy Syarbaji 2005 :805)

Definisi mahar: iaitu sejumlah harta yang layak diperolehi oleh isteri daripada suaminya
selepas akad atau persetubuhan. Manakala Imam Syafie pula mentakrifkan mahar sebagai harta
yang wajib diserahkan kepada isteri selepas penikahan atau persetubuhan sama ada secara rela
atau dengan paksaan.
Hukum mahar: mahar diwajibkan ke atas suami sebaik sahaja berlakunya akad
perkahwinan (akad nikah) dan diwajibkan sama ada disebut secara jelas kadarnya dalam akad
ataupun tidak disebut.(Siti Zalikhah 2013:79)
4.0

KEDUDUKAN WALI MENURUT ISLAM LIBERAL

Di dalam pemikiran Islam liberal berkenaan dengan kedudukan wali pernikahan, ianya dilihat
sebagai satu sekatan untuk para wanita memilih bakal suami yang disukainya itu. Golongan ini
menegaskan bahawa di dalam perkahwinan seseorang lelaki dan perempuan ianya tidak lebih
dari satu siri kontrak yang berlaku sejak dari zaman klasik lagi hinggalah ke zaman sekarang.

Oleh itu, beberapa perkara perlu diubah berdasarkan kesesuaian zaman bagi menjamin keadilan
diantara lelaki dan juga perempuan.
Seorang tokoh Islam liberal yang terkenal di Mesir iaitu Jamal al Banna membahaskan di
dalam bukunya bertajuk al-Marah al-Muslimah baina Tahrir Al-Quran wa Taqyid al Fuqaha,
bahawasanya kitab-kitab fiqh banyak membincangkan secara panjang lebar berkaitan tentang
kepentingan adanya wali di dalam sebuah pernikahan, akan tetapi di dalam al-Quran tidak ada
perbincangan dan penerangan sedemikian. Oleh kerana itu, maka Jamal Al-Banna mengeluarkan
satu ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa tiada kewajipan berwali di dalam sebuah
perkahwinan. Firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa ayat 25:




........
Maksudnya :
Dan sesiapa di antara kamu Yang tidak mempunyai kemampuan Yang
cukup untuk berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang baik-baik
(yang merdeka, Yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka
bolehlah kamu berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan Yang beriman
Yang kamu miliki. dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu
masing-masing (suami Yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu)
adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). oleh itu
berkahwinlah Dengan mereka Dengan izin walinya .

Berdasakan ayat ini, Jamal Al-Banna memahaminya bahawa hamba sahaja yang perlu meminta
izin tuannya sebagai wali untuk melangsungkan perkahwinan. Lalu beliau memberi keputusan
bahawa ayat ini bermaksud tiada syarat wali untuk wanita yang merdeka tetapi dihadkan untuk
golongan hamba wanita sahaja ( Jamal Al-Banna, 1998 : 41).
Selain daripada ayat al-Quran sebagai hujahnya, Jamal Al-Banna juga telah
mendatangkan beberapa situasi atau keadaan yang menunjukkan tidak perlunya wali di dalam
perkahwinan, situasi ini diambilnya daripada hadis dan difahaminya menurut kefahamannya

sahaja. Beliau menyatakan hadis berkenaan menggambarkan Rasulullah SAW juga tidak
membenarkan paksaan wali dalam perkhahwinan seperti hadis tentang wanita dan lelaki yang
telah berjumpa Rasulullah SAW untuk berkhahwin lalu Rasulullah SAW menanyakan keduanya
adakah keduanya setuju lalu lelaki dan perempuan tersebut masing-masing mengatakan setuju
dan Rasulullah SAW terus mejawab maka kahwinlah kamu(Jamal Al-Banna, 1998: 42).
Hadis yang dikemukakan oleh Jamal Al-Banna ini amatlah ringan kerana tidak
menjelaskan sumber hadis yang dibawa mahupun periwayat hadis tersebut. Menurut beliau lagi
situasi hadis tersebut menunjukkan perkahwinan itu tidak perlu disertakan dengan wali, saksi,
mahar atau apa-apa yang diberikan kepada perempuan tersebut, apa yang penting baginya
hanyalah persetujuan di antara lelaki dan perempuan.
Selain daripada Jamal Al-Banna ini, terdapat lagi tokoh lain yang cuba untuk
menghapuskan sistem wali ini, Seorang tokoh liberal yang berasal daripada India Dr Asghar Ali
Engineer telah menafikan peranan wali dalam pernikahan sepertimana yang ada pada agama
Islam kini. Bagi beliau konsep wali ini merupakan penganiayaan bagi kaum wanita kerana
mereka tersekat daripada memilih bakal suami yang mereka kehendaki. Di dalam bukunya Islam
and Liberation Theology, Asghar Ali telah menulis bab yang dinamakan sebagai Hak-Hak
Wanita Dalam Islam di mana di dalam bab ini dihurai secara panjang lebar mengenai kebebasan
wanita di dalam isu penceraian, pernikahan, mahar dan juga nafkah.
Berbalik kepada isu wali , Asghar Ali melihat bahawa kedudukan lelaki dan wanita di sisi
Islam adalah sama kerana kedua-keduanya merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah yang
memerlukan antara satu sama lain. Untuk mengukuhkan hujah ini, maka Asghar Ali
mengemukakan dalil dari al-Quran. Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 228 :

......
Maksudnya:
Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya
menurut cara yang maaruf.

Berdasakan pada dalil ini lalu Asghar Ali telah menyimpulkan bahawa hak wanita di
dalam perkahwinan adalah tertakluk kepada keputusan dirinya sahaja tanpa mengira keputusan
wali. Bagi beliau hadis yang digunakan oleh Rasulullah SAW yang menyebut tentang
kepentingan wali tidak dapat disesuaikan dengan keadaan zaman yang sentiasa berubah, dengan
kata lain setiap apa yang berlaku di zaman yang baru mestilah mengikut hukum yang sesuai
dengan zaman itu.
Oleh itu, seorang wanita mempunyai hak untuk menerima atau menolak perjanjian nikah
mengikut keinginannya. Tambah beliau lagi, menurut Sahih Bukhari, Nabi membatalkan
pernikahan Khansa binti Khizam, ketika ayahnya memaksakan pernikahan yang tidak sesuai
dengan kehendaknya, Sehingga dia menjadi janda. Berdasarkan hadis ini, Asghar Ali telah
memutuskan bahawa konsep wali tidak lagi relevan dengan kesesuaian zaman sekarang dan hal
ini menurutnya tidak pernah disebut di al-Quran secara jelas. Seorang wanita bebas untuk
menikah sendiri tanpa wali jika dia menghendakinya. Dalam isu janda dan penceraian pula, para
hakim dilihat oleh beliau telah menyetujui bahawa para wanita tidak lagi memerlukan wali dan
bebas untuk menikahkan diri sendiri (Asghar Ali 1999 : 241).
Seorang lagi tokoh Islam Liberal dari Indonesia iaitu Dr. H. Yunahar Ilyas yang menulis
di dalam penulisannya yang bertajuk

Kesetaraaan Gender Dalam Al-Quran , yang

menjelaskan bahawa tiada ayat-ayat jelas yang menerangkan keperluan wali di dalam
pernikahan. Beliau membawa dalil dari al-Quran, Firman Allah di dalam Surah An-Nur ayat 32 :




Maksudnya :
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu,
lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan
kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.

10

Kontrovesi ayat ini secara umumnya menurut Yunahar Ilyas bersangkut paut adakah ayat
ini ditujukan kepada para wali secara khusus atau kepada semua orang beriman secara umum.
Menurutnya ayat ini mengikut beberapa tafsiran yang di fahami di dalam at-Thabari dan Hamka
menyatakan bahawa ianya hanyalah seruan yang bersifat umum kepada orang-orang yang
beriman, sesiapan sahaja untuk membantu baik lelaki atau perempuan yang belum mendirikan
rumahtangga agar mereka cepat berkahwin dan bukanlah dituju kepada wali. Ayat ini juga
menerangkan

bahawa yang dianjurkan untuk dinikahkan itu hanyalah difokuskan kepada

golongan hamba lelaki dan wanita sahaja ( Yunahar Ilyas 2006 : 209).
Daripada ketiga-tiga hujah ini maka dapat diketahui oleh kita bahawa golongan Islam
liberal telah bersepakat menolak peranan wali di dalam perkhahwinan kerana bagi mereka wali
ini merupakan satu sekatan yang ditimbulkan di dalam Islam untuk menghalang lelaki dan
wanita berkhahwin dengan bebas. Mereka juga berfahaman bahawa kebanyakan ayat di dalam
al-Quran hanyalah dikhusukan kepada golongan hamba sahaja dan bukanlah kepada kaum lelaki
dan perempuan yang merdeka.
4.1 Dalil Menolak Hujah Islam Liberal Mengenai Wali
Berdasarkan hujah yang dibawa tokoh-tokoh Islam liberal ini, maka kita seharusnya meneliti
balik isi yang digunapakai oleh mereka dengan berbalik kepada sumber utama di dalam Islam
iaitu al-Quran dan Sunnah. Hujah yang dibawa oleh Jamal al Banna mengenai tiadanya wali bagi
wanita yang merdeka dengan membawa dalil dari al-Quran iaitu dari surah An-Nisa ayat 25
seharusnya dikaji secara mendalam ayat tersebut dengan berdasarkan tafsir-tafsir yang dikarang
oleh para muffasirin yang berautoriti.
Ibnu Kathir contohnya di dalam tafsirnya tentang surah An-Nisa ayat 25. Firman Allah.





Maksudnya:

11

Dan Barang siapa di antara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup
perbelajaannya untuk mengahwini wanita merdeka yang beriman,maka
(dihalalkan mengahwini perepuan) yang beriman dari hamba sahaja yang
kamu miliki. Allah mengetahui keimananmu. Sebahagian dari kamu adalah
sebahagian dari yang lain (sama-sama dari keturunan Adam dan hawa),
kerana itu khahwinlah mereka dengan izin tuannya.

Ibnu Kathir menyatakan bahawa Allah SWT berfirman bahawa barang siapa diantara
kamu yang tidak dapat mengahwini wanita-wanita merdeka yang beriman disebabkan kerana
tidak cukup perbelanjaannya, hendaklah ia mengahwini wanita-wanita yang beriman yang
dimiliki oleh orang-orang mukmin dengan majikan yang juga menjadi walinya yang sah. Kerana
seorang wanita atau lelaki tidak boleh berkhahwin tanpa izin majikan masing-masing yang
sekaligus menjadi wali baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis :

Maksudnya: Seorang hamba yang berkhahwin tanpa izin majikanya


adalah penzina.
(Riwayat Abu
Daud)

Jika majikan hamba seorang perempuan, maka ia harus dinikahkan oleh wali (majikan)
dengan izinnya, kerana seorang perempuan tidak dapat menikahkan sesama perempuan bahkan
tidak pula dapat menikahkan dirinya sendiri.. Untuk mengukuhkan hujah ini, maka kita lihat
kepada satu lagi sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis :

Maksudnya : Seorang perempuan tidak dapat menikahkan sesama


perempuannya dan tidak pula dapat menikahkan dirinya dan hanya
perempuan penzinalah yang menikahkan dirinya.
( Riwayat Abu Daud)

12

Berdasarkan kepada penerangan ini, penulis mendapati Jamal Al-Banna hanya


menafsirkan ayat berdasarkan makna zahir dan kefahamannya sahaja tanpa merujuk kepada
mana-mana sumber lain yang dapat menjelaskan dengan lebih jelas berkaitan penafsiran ayat ini.
Maka untuk menjawab isu yang ditimbulkan oleh Asghar Ali yang menyatakan bahawa al-Quran
tidak menyebut tentang keadaan wali di dalam perkahwinan maka kita boleh melihat firman
Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 232:






Maksudnya:
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah
mereka ' maka janganlah kamu (Wahai wali-wali nikah) menahan mereka
daripada berkahwin semula Dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka
(lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri Dengan cara Yang
baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan
pengajaran Dengan itu kepada sesiapa di antara kamu Yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu
dan lebih suci. dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua Yang baik
untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Sebab turunnya ayat ini adalah berdasarkan kisah Maqil bin Yasar.
Ahmad bin Abu Amr meceritakan kepada kami, dia berkata: Bapaku
menceritakan kepadaku dari Yunus, dari Al-Hassan, dia berkata
Janganlah kamu menahan mereka. Beliau berkata, Maqil bin Yasar
menceritakan kepadaku sesungguhnya ayat itu turun berkenaan dengan
dirinya. Dia berkata: Aku menikahkan saudara perempuanku dengan
seorang lelaki lalu lelaki itu menceraikannya hingga ketika idahnya
berakhir dia datang kembali untuk meminangnya. Maka, aku katakana
kepadanya:

Aku

telah

mengahwinkan

menyiapkan

tempat

13

tidurmu,memuliakanmu, namu engkau menceraikannya dan kemudia


engkau datang meminangnya. Tidak demi Allah dia tidak akan kembali
kepadamu selamanya !Sementara orang itu adalah lelaki yang tidak
mengapa, dan si perempuan juga ingin kembali kepadanya. Maka Allah
SWT menurunkan ayat ini, Janganlah kamu (parawali) menahan mereka
Aku berkata, Sekarang aku aku akan melakukannya wahai Rasulullah.
Dia berkata aku pun menikahkan saudara perempuanku itu dengan lelaki
tersebut.
( Sahih Al-Bukhari)
Jumhur ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil keharusan (wajib) adanya wali dalam
pernikahan seorang wanita. Ini kerana Allah SWT telah menyebut bahawa wali tidak boleh
menghalang. Ini menunjukkan bahawa dia (wali) memiliki hak di dalam pernikahan, kerana jika
tidak, maka penyebutannya disini tidak memiliki apa-apa makna.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan ayat ini adalah satu ayat yang paling jelas tentang
perwalian dalam pernikahan. Antara dalil yang lain pula ialah, Firman Allah di dalam surah alBaqarah ayat 221:


Maksudnya :
Dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir
musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam).
Penetapan dalil dari ayat ini dan yang sesudahnya bahawa Allah mengarahkan
pembicaraan tentang pernikahan kepada kaum lelaki dan bukan kaum perempuan. Seakan-akan
Allah berfirman Wahai para wali, janganlah kamu menikahkan orang-orang dalam perwalian
kamu kepada orang-orang musyrik . Selain itu, jumhur ulama bersandarkan kepada dalil-dalil
hadis di antara seperti yang diriwayatkan oleh az-Zuhri dari Aisyah r.a maksudnya:

14

Dari Aisyah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Seorang


wanita yang menikah tanpa izin walinya maka pernikahannya adalah batil,
batil, batil. Dan apabila mereka bersengketa maka pemerintah adalah wali
bagi wanita yang tidak memiliki wali.
( Riwayat Tirmidzi)
Hadis-hadis yang dijelaskan merupakan antara dalil-dalil kuat yang digunakan jumhur
ulama sebagai dasar wajibnya keberadaaan seorang wali bagi wanita, dan tidaklah seorang
wanita memiliki hak untuk melakukan sendiri nikah itu tanpa disertai seorang wali.(Imam Jaziri
2003 : 15)
Berkenaan hujah yang dibawa oleh Dr Yunahar Ilyas pula yang mengatakan bahawa
ayat al-Quran di dalam surah An-Nur ayat 32 itu merupakan ayat yang menjelaskan ketiadaan
wali di dalam perkahwinan selepas dirujuk dari kitab tafsir at-Thabari dan Hamka, maka
pendapat ini boleh di bahaskan kerana beliau hanya meujuk 2 tafsir ini sahaja tanpa
membandingkannya dengan tafsir-tafsir yang lain.
Di dalam Tafsir al-Qurtubi karangan Imam al-Qurtubi di dalam jilid 12, Firman Allah di
dalam surah An-Nur ayat 32:




Maksudnya :
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu,
lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan
kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.

Perintah di dalam ayat ini termasuk ke dalam masalah bertabir dan memperbaiki diri.
Maksud di dalam ayat ini menurut al-Qurtubi, kahwinkanlah orang-orang yang tidak memiliki
pendamping di antara kamu. Perintah ini jelas ditujukan kepada wali. Tetapi menurut satu

15

pendapat ia ditujukan kepada suami. Namun pendapat yang benar ialah pendapat yang pertama.
Sebab jika Allah SWT menghendaki suami, maka Allah akan berfirman ( ) iaitu
nikahilah tanpa huruf hamzah dan alif tersebut adalah alif wasal.( Qurtubi 2009 : 600)
Firman Allah ini merupakan dalil bahawa seorang wanita tidak boleh menikahkan dirinya
tanpa wali. Ini adalah pendapat jumhur ulama. Imam Abu Hanifah berkata , Apabila seorang
janda atau dara menikahkan dirinya kepada orang yang sekufu dengannya tanpa wali,maka hal
itu boleh. Hal ini sudah dijelaskan secara lengkap di dalam tafsir surah al-Baqarah ayat
221,Firman Allah:







Maksudnya :
Dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir
musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan
Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik
daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati
kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam)
Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk
ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih
baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati
kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke
neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan
izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan
hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil
pelajaran (daripadanya).

Selain daripada tafsir al-Qurtubi hujah lain yang boleh digunakan untuk menolak
pemahaman yang dibuat oleh Yunahar Ilyas ini, maka kita boleh melihat tafsiran ayat surah AnNur ini di dalam satu lagi kitab tafsir iaitu kitab Tafsir Al-Mishbah karangan M.Quraish Shihab

16

yang merupakan seorang mufassirin dari kalangan moden. Di dalam tafsirnya M.Quraish Shihab
menjelaskan bahawa Firman Allah di dalam Surah An-Nur ayat 32 :

Maksudnya:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan
kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka
dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah
kurniaNya), lagi Maha mengetahui.

Ayat ini memerintahkan untuk memelihara kesucian diri dan jiwa kaum mukminin baik
lelaki ataupun wanita serta memelihara pandangan, kemaluan dan menutup aurat, maka kini para
pemilik hamba dan para wali diperintahkan untuk membantu hamba-hamba mereka bahkan
semua yang tidak memiliki pasangan hidup agar mereka juga memelihara diri dan kesucian
mereka. Ayat ini menyatakan , Hai para wali, para penanggung jawab bahkan seluruh kaum
muslimin : Perhatikanlah siapa yang berada di sekeliling kamu dan kahwinkanlah yakni bantulah
agar dapat mengahwinkan orang-orang yang sendirian di antara kamu, agar mereka dapat hidup
tenang dan terhindar dari perbuatan zina dan yang haram lainnya dan demikian juga orang-orang
yang layak membina rumah tangga dari kalangan hamba-hamba baik hamba itu lelaki mahupun
perempuan. Mereka juga manusia yang perlu menyalurkan nafsu mereka seperti yang lain. Allah
menyediakan buat mereka kemudahan hidup terhormat kerana jika mereka miskin Allah akan
memampukan dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui
segala sesuatu.( M.Quraish Sihab 2002 : 335)

5.0

PANDANGAN GOLONGAN LIBERAL TERHADAP MAHAR

17

Kebebasan dalam berfikir merupakan salah satu ideologi yang dibawa dalam gerakan
liberal ini. Penafsiran ayat-ayat al Quran menurut pandangan rasional golongan liberal ini
membawa kepada beberapa penafsiran hukum-hukum didalam Islam termasuklah hukum mahar
perkahwinan. Hal ini menyebabkan berlaku kekeliruan dikalangan umat Islam kerana golongan
liberal ini terdiri dari kalangan golongan professional iaitu dari golongan sarjana dan pemikir
Islam( Muhammad Ariffin t.th:7).
Mengenai isu mahar ini, terdapat perbezaan pendapat dikalangan golongan liberal ini
sendiri. Terdapat sebahagian dari mereka menerima ia sebagai perkara wajib yang perlu diberi
oleh suami kepada isteri, manakala sebahagian yang lain pula yang agak ekstrimis mengatakan
bahawa mahar tidak wajib diberi oleh suami kepada isteri. Maka disini timbul kecelaruan dalam
masyarakat Islam tentang kedudukan mahar disisi Islam yang sebenar.

5.1

Perkahwinan Tanpa Mahar

Penafsiran terhadap teks al Quran dan al Hadith hanya berdasarkan free thinker dan human right
membawa kepada penafsiran yang salah terhadap kedua teks tersebut. Hal ini dapat dilihat oleh
pandangan beberapa pandangan dari tokoh mereka seperti Jamal al Banna, Mahmud
Muahammad Taha dan lain-lain lagi. Kenyataan Jamal al Banna dalam bukunya Al Marah al
Muslimah baina Tahrir al Quran wa Taqyid al Fuqaha, beliau telah menyatakan pandangan
beliau mengenai mahar didalam Islam:
Dan Islam tidak menjadikan proses perkahwinan itu satu kewajipan yang
sukar pada pasangan suami isteri, kerana ia hampir kepada kontrak sivil,
dan telah datang seorang lelaki dan seorang perempuan kepada Rasulullah
s.a.w untuk dikahwinkan mereka berdua maka Rasulullah s.a.w bertanya
kepada lelaki itu: adakah kamu redha aku kahwinkan kamu dengan si
fulanah ini? Lelaki itu menjawab: Ya, dan rasulullah s.a.w bertanya kepada
perempuan itu pula: adakah kamu redha aku kahwinkan kamu dengan si
fulan ini? Perempuan itu menjawab: Ya. Maka Rasulullah s.a.w
mengahwinkan mereka dan lelaki itu tidak membayar mahar atau dia tidak
memberikan sesuatu pun kepada perempuan itu.(Jamal al banna 1998:40)
Berdasarkan situasi yang beliau telah datangkan itu, beliau telah mengulas penafsiran hadith itu
mengikut kefahaman beliau:

18

..berdasarkan situasi ini bahawa ia menolak kewajipan yang


dinyatakan oleh fuqaha iaitu menunjukkan perkahwinan ini tidak di
sertakan dengan wali, saksi, mahar atau apa-apa untuk diberikan kepada
perempuan tersebut, apa yang penting ialah persetujuan di antara lelaki
dan perempuan.(Jamal al Banna 1998:41)
Pendapat mengenai bahawa mahar itu bukan kewajipan seorang suami terhadap isteri ini
turut dinyatakan oleh Mahmud Muhammad Taha dalam bukunya (Muhammad Taha 1969:153).
Beliau telah berkata:
Prinsip dasar dalam Islam adalah wanita setara dengan lelaki dalam
masalah pernikahan. Lelaki secara keseluruhan adalah milik wanita secara
keseluruhan, tanpa harus membayar mahar, tanpa ada penceraian antara
keduanya.

Beliau yang mendokong konsep kesamarataan antara lelaki dan perempuan telah
mengeluarkan pendapat bahawa mahar ini tidak perlu didalam perkahwinan. Ini adalah
disebabkan konsep kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Beliau juga turut menyatakan
kewajaran ketiadaan mahar dalam perkahwinan di dalam penulisan beliau (Muhammad Taha
1969: 154) :
Islam menolak, pada dasarnya, konsep mahar apabila mahar dianggap
sebagai harga pembelian wanita tatkala dikatakan bahawa wanita dinikahi
melalui tiga cara: ditawan, diratah, atau dibeli. Dengan demikian, mahar
merupakan sisa-sisa dari era di mana wanita direndahkan oleh
masyarakat. Tidak sepatutnya mahar disertakan bersama wanita ketika ia
memasuki masa kehormatannya yang sedang dipersiapkan oleh Islam,
tatkala dasar-dasar Islam memasuki era aplikasi.

Kenyataan ini menggambarkan bahawa mahar itu satu tradisi jahiliyah yang perlu kita
tinggalkan kerana zaman sudah berubah. Gambaran yang diberi adalah mahar itu adalah harga
pembelian seorang wanita sebelum seorang lelaki itu mengahwininya. Maka tradisi ini perlu
ditinggalkan kerana wanita itu bukanlah asset untuk dijual beli.

19

5.2

Hujah Menolak Pandangan Liberal

5.2.1

Hadith
Pandangan dan tafsiran Jamal al Banna terhadap hadith Rasulullah s.a.w adalah

bercanggah dan terpesong dari maksud hadith sebenar. Jamal al Banna didalam mengeluarkan
pendapat tersebut, beliau hanya mengambil sebahagian hadith sahaja tanpa mengambil hadith itu
sepenuhnya lalu menafsirkan mengikut pemikiran beliau. Hadith lengkap yang dinyatakan oleh
Jamal al Banna terdapat didalam kitab Sunan Abu Daud:


"


. "
" . . "


.








.

- -
. " "
.

.
Maksudnya: Dari 'Uqbah bin 'Amir, bahwa Nabi s.a.w bertanya kepada
seorang laki-laki: "Apakah engkau rela aku nikahkah engkau dengan
Fulanah?" Ia berkata; ya. Beliau bertanya kepada wanita tersebut:
"Apakah engkau rela aku nikahkan engkau dengan Fulan?" Wanita tersebut
berkata; ya. Kemudian beliau menikahkan mereka berdua. Kemudian laki
laki tersebut bercampur dengannya (menggaulinya) dalam keadaan belum
menentukan mahar dan belum memberikan sesuatupun kepadanya. Ia
termasuk orang-orang yang menyaksikan perdamaian Al Hudaibiyah,
orang yang menghadiri perdamaian Al Hudaibiyah, dan memiliki saham di
Khaibar. Kemudian tatkala kematian menjemputnya ia berkata;
sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah
menikahkanku dengan Fulanah dan aku belum menentukan mahar

20

untuknya dan belum memberikan sesuatupun kepadanya, dan aku


meminta persaksian kalian bahwa aku telah memberikan kepadanya
sahamku di Khaibar sebagai mahar. Kemudian wanita tersebut
mengambil saham tersebut dan menjualnya seratus ribu. Abu Daud
berkata; dan Umar bin Al Khathab menambahkan pada awal hadits, dan
haditsnya lebih sempurna; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah." Ia
berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada laki-laki
tersebut: Kemudian ia menyebutkan hadits tersebut dengan maknanya. Abu
Daud berkata; hadits ini dikhawatirkan merupakan hadits tambahan
kerana kondisinya tidak demikian.
(Sunan Abu Daud, Kitab al Nikah, Bab fi Man Tazawwaj wa Lam Yusamma
(laha) Sadaqan hatta Mata, no. hadith 2117)

Jika dilihat kepada hadith ini secara keseluruhan, maka jelas tafsiran dan pandangan
bahawa mahar tidak perlu itu adalah salah dan tertolak. Lelaki yang diceritakan di dalam hadith
ini telah membayar mahar isterinya sebelum beliau meninggal dunia dengan memberi harta yang
diperolehinya ketika di Khaibar.

5.2.2

Kesamarataan Jantina
Konsep samarata di antara jantina lelaki dan perempuan adalah isu yang sering

dibangkitkan oleh golongan Muslim Liberal. Konsep samarata tanpa ada bias gender turut
dibahaskan dalam isu perkahwinan. Sehinggakan tidak perlu seorang lelaki membayar mahar
seumpama seorang wanita tidak perlu memberi mahar didalam Islam. Maka konsep ini telah
mempengaruhi Mahmud Muhammad Taha dalam penulisan beliau.
Jawapan kepada persoalan dan pandangan yang ditimbulkan oleh Mahmud Muhammad
Taha itu telah di jawab oleh Dr Yusuf Al Qardhawi. Menjawab persoalan ini, alQaradawi menegaskan perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam
sesetengah hukum tidak bermakna jenis lelaki lebih mulia dan lebih hampir
kedudukannya di sisi Allah s.w.t. daripada jenis perempuan. Sebaliknya
perbezaan ini berkehendakkan tugas dan tanggungjawab yang sesuai

21

dengan fitrah setiap lelaki dan perempuan (Nasr Salman & Suad Suthi 2007:574).
Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisiNya adalah mereka yang
paling bertaqwa sama ada seorang lelaki atau wanita.
Pemberian mahar oleh seorang suami kepada isterinya merupakan satu kewajipan yang
telah ditetapkan didalam al Quran dan al Hadith. Allah s.w.t telah berfirman:




Maksudnya: kemudian mana-mana perempuan Yang kamu nikmati
percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah
kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan
(yang Diwajibkan oleh Allah). dan tiadalah kamu berdosa mengenai
sesuatu persetujuan Yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri),
sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar
pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
(An Nisa 4:24)
Berdasarkan ayat al Quran ini maka sudah jelaslah bahawa mahar itu wajib diberi oleh suami
kepada isterinya. Bukanlah sebagaimana yang dikatakan oleh Muslim Liberal bahawa mahar itu
tidak perlu dibayar oleh suami atas dasar kesamarataan jantina.

5.2.3

Tradisi Jahiliyah

Mahar ini merupakan satu kemuliaan yang diberikan oleh Islam kepada wanita. Sebagai hadiah
seorang suami kepada isteri di dalam memasuki alam perkahwinan. Akan tetapi wujud beberapa
penafsiran yang salah terhadap konsep mahar ini. Mahmud Muhammad Taha, seorang tokoh
liberal beranggapan bahawa mahar ini merupakan harga pembelian ke atas diri wanita itu.
Bahkan beliau mendakwa bahawa mahar itu adalah sisa-sisa tinggalan masyarakat jahiliyah.

22

Jika kita melihat didalam Islam, mahar merupakan pemberian wajib berupa harta atau
manfat daripada seorang suami kepada isteri sama ada dengan sebab akad pernikahan (A. Karim
Zaydan 1993, 7:49) atau persetubuhan. Mahar juga digambarkan didalam al Quran sebagai
Saduq, nihlah, faridah, hibbah dan ajr. Namun, semua istilah tersebut membawa maksud dan
pengertian yang hampir sama (Abd Rahman 2001, 4:224). simbol kejujuran, tanda persetujuan
dan pemberian wajib yang tidak mengharapkan imbalan dan balasan merupakan antara
rangkuman nilai di sebalik pengertian mahar (Hasbi & Raihanah Azhari 2013:60).
Pensyariatan mahar dalam al-Quran telah memberikan hak pemilikan mahar secara
eskslusif kepada wanita (Jamal al Badawi 1980:21) tanpa membenarkan sebarang campur tangan
sama ada daripada suami, wali (Haifa 1998:35), penjaga mahupun pemerintah bertujuan
memberikan perlindungan dan keselamatan kepada wanita

daripada aset yang diterima

sebagai mahar.
Salah satu daripada usaha Islam dalam mengangkat kedudukan dan martabat wanita
adalah dengan memberikannya hak dalam pemilikan dan pengurusan harta. Salah satu daripada
hak pemilikan tersebut ialah dengan sebab perkahwinan, iaitu hak menerima, memiliki dan
mengurus mahar. Pada zaman pra-Islam, wali atau penjaga tidak memberikan hak kepada wanita
untuk menguruskan harta apatah lagi memilikinya. Pensyaritan mahar telah menzahirkan prinsip
dan sistem Islam yang adil dan telus berbanding amalan masyarakat zaman Jahiliyyah yang
menafikan hak wanita dalam aspek pemilikan mahar (Yazbek Haddad & John 1998:149). Dalam
memastikan wanita mendapat manfaat daripada pensyariatan mahar, para fuqaha menegaskan
bahawa mahar mestilah daripada mal mutaqawwam (al Zuhayli 1989, 7:260) iaitu harta yang
bernilai, laku dan sesuatu yang boleh diambil manfaatnya oleh si pemilik seperti emas, perak,
tanah dan seumpamanya (al Zuhayli 1989, 7:257). Mereka bersepakat bahawa sekiranya mahar
yang diberikan tidak bermanfaat, maka ia tidak diterima (Abd Allah 2003, 5:257)
Oleh itu, jika diteliti tuduhan yang dilontarkan oleh Mahmud Muhammad Taha bahawa
mahar itu adalah sisa jahiliyah maka ia adalah tidak benar sama sekali. Penafsiran sebegitu
adalah berdasarkan pemahaman yang cetek terhadap pensyariatan mahar dan menganggap ia
sebagai berat sebelah. Penafsiran dan pensyariatan itu haruslah diperhalusi dengan manhaj yang

23

ditetapkan oleh ulama supaya ia tidak lari dari maksud yang dikehendaki oleh Islam.
Wallahualam.

6.0 PANDANGAN LIBERALISME TERHADAP PERKAHWINAN TANPA SAKSI


Menurut Jamal Banna dalam dialog bersama Arabiah.net: Tidak sempurna sesuatu perkahwinan
itu melainkan dengan redha si perempuan. Dan perempuan itu boleh melakukan akad tanpa
adanya wali ketika berlakunya perkahwinan tersebut, dan ianya bukanlah suatu kekurangan bagi
perkahwinan tersebut jika perkahwinan tersebut dijalankan tanpa wali. Perempuan tersebut juga
turut bebas untuk memilih calon suami pada bila-bila masa yang mereka inginkan selagi mana
mereka mampu menguruskan harta hak miliknya sendiri serta perkara-perkara lain. Dalam hal
ini, Jamal Banna berpandangan bahawa jika seseorang perempuan itu telah mampu menguruskan
harta mereka dengan baik, maka perempuan tersebut juga mampu mengendalikan akad dengan
sendirinya tanpa perlunya wali ketika berlangsungnya akad tersebut.
Bagi Jamal Banna, masalah saksi dalam sesuatu akad perkahwinan bukanlah suatu
tuntutan dalam agama. Saksi pada pandangan Jamal Banna hanyalah berfungsi sebagai
pengesahan dan penguat ketika berlakunya akad. Dalam masa yang sama ia bertanggungjawab
jika berlakunya kes talaq, kematian , pembahagian harta dan nasab keturunan selepas berlakunya
sesuatu perkahwinan tersebut.
Menurut Jamal Banna juga, sesuatu akad itu adalah terhasil daripada keredhaan keduadua mempelai dari sebelah lelaki dan perempuan. Oleh itu, jika kedua-dua mempelai tersebut
saling meredhai di antara satu sama lain, maka saksi, mahar dan wali tidak lagi menjadi sesuatu
syarat dan rukun dalam sesuatu perkahwinan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para
fuqaha terdahulu.
Menurut pandangannya lagi, dalam perihal ini, isu saksi, mahar dan wali bukanlah suatu
yang mempunyai perkaitan dalam persoalan halal dan haramnya sesuatu perkahwinan tersebut.
Jika perempuan dan lelaki itu tidak berada dalam tegahan syarak, maka kedua-dua mereka sah
untuk berkahwin. Dalam hal ini, Jamal Banna meletakkan unsur keredhaan sebagai suatu unsur
utama dalam sesuatu perkahwinan mengatasi segala yang lainnya. (al-Banna, 1998:45)

24

Daripada suatu sudut yang lain, Dr. H. Yunahar Ilyas, dilihat mempersetujui pendapat
mazhab hanafi yang memperakui bahawa perempuan boleh menjadi saksi dalam sesuat akad
perkahwinan. Namun, Dr. H. Yunahar Ilyas mempertikaikan nisbah dua orang saksi perempuan
bersamaan dengan seorang saksi lelaki sepertimana firman Allah s.w.t:















Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka
hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menulisnya Dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis
enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. oleh itu, hendaklah ia menulis
dan hendaklah orang Yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu Dengan
jelas). dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia
mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. kemudian jika orang Yang berhutang itu
bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka
hendaklah direncanakan oleh walinya Dengan adil benar); dan hendaklah kamu
mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau tidak ada saksi
dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orangorang Yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika Yang seorang lupa dari saksi-saksi
perempuan Yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh Yang seorang lagi. dan jangan

25

saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. dan janganlah kamu jemu
menulis perkara hutang Yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar
jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan
(menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan
keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu edarkan
sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. dan adakanlah saksi
apabila kamu berjual-beli. dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan.
dan kalau kamu melakukan (Apa Yang dilarang itu), maka Sesungguhnya Yang demikian
adalah perbuatan fasik (derhaka) Yang ada pada kamu. oleh itu hendaklah kamu bertaqwa
kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah
sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Baginya, nisbah seorang lelaki bersamaan dua orang perempuan boleh merendahkan
martabat perempuan, dan dia mempersoalkan kenapakah nisbah tersebut tidak menjadikan
seorang lelaki bersamaan seorang perempuan. Walaupun ayat diatas menerangkan secara jelas
berhubung dengan diri wanita yang kadang-kadangnya pelupa, Dr. H. Yunahar Ilyas turut
menyatakan bahawa lelaki turut sama berpotensi untuk lupa. (Yunahar Ilyas, 2006:178)
Kesimpulannya, dalam persoalan saksi ini, golongan liberal sendiri tidak bersependapat
dalam menyatakan bahawa keperluan saksi dalam sesuatu perkahwinan. Oleh itu, ulama
sebenarnya telah lama menjaga hak-hak perkahwinan dengan berlandaskan al-Quran dan Hadis
Rasulullah s.a.w dalam menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak sama ada pengantin lelaki
mahupu pengantin perempuan.

6.1 Pandangan Syarak Tentang Saksi


Walaupun akad nikah sama dengan akad-akad yang lain yang mensyariatkan keredaan,
ijab dan qabul, tetapi Islam amat memuliakan akad nikah. Islam menjadikannya sebahagian
daripada agama dan pengabdian diri kepada Allah. Oleh keran akad nikah dan kesannya amat
besar dan berat iaitu menghalalkan kehidupan suami isteri, wajibnya mas kahwin, nafkah,

26

jelasnya keturunan anak-anak, hak harta pusaka, kewajipan penjagaan dan ketaatan, semua ini
terdedah kepada keengganan suami dan isteri untuk melaksanakannya. (Mustofa Al-Khin et al.
2009)
Islam mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan kehadiran sekurang-kurangnya
dua orang saksi untuk menyaksikan akad nikah tersebut. Dalil mewajibkan dua orang saksi
dalam akad nikah ialah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Tidak sah perkahwinan tanpa wali dan dua orang saksi yang adil (tidak fasik). Maka
mana-mana perkahwinan selain daripada itu adalah batal.

6.2 Pendapat Ulama Mazhab Berkaitan Saksi


Ulama Shafie, Hanbali dan Hanafi bersepakat tentang pentingnya saksi ketika melakukan akad,
apabila tiada dua orang saksi maka akadnya batal, berbeza pula pada pendapat ulama Maliki,
mereka berkata keberadaan dua orang saksi itu penting, tetapi keduanya tidak harus hadir pada
akad, tetapi harus mengetahui bahawa keduanya (suami dan isteri) telah berhubungan intim,
kehadiran keduanya adalah sunat (Sheikh Abdul Rahman 2002).
Menurut mazhab Shafie dan mazhab hanbali, sesuatu akad perkahwinan mesti disaksikan
oleh dua orang saksi lelaki dan saksi wanita dalam akad perkahwinan adalah tidak sah. Hal ini
berdasarkan kepada athar berikut:
Sunnah Rasulullah menegaskan bahawa perempuan tidak boleh menjadi saksi dalam
bidang hudud, nikah dan talak.
Bagi Imam Shafie dan Hanbali, akad nikah bukanlah satu transaksi yang melibatkan urusan
harta benda, bukan pula bertujuan untuk memperoleh harta dan ia selalunya dihadiri oleh kaum
lelaki. Oleh yang demikian itu, tidak sah akad nikah yang disaksikan oleh dua orang perempuan,
sepertimana dalam perkara menetapkan hukum hudud.
Manakala menurut mazhab hanafi mengharuskan kesaksian dua orang wanita dalam akad
perkahwinan jika saksi lelaki dalam perkahwinan tersebut hanya seorang sahaja. Hal ini
demikian kerana mazhab hanafi berhujah bahawa akad nikah adalah sama dengan akad jual beli

27

yang mana ia turut merupakan sama-sama mengandungi akad pertuakaran dan ia dianggap sah
dengan disaksikan oleh dua orang perempuan disamping seorang lelaki. ( Sayyid Sabiq, 2008:
80-81)
Dalam persoalan ini, golongan liberal yang mempersetujui pendapat mazhab hanafi ini
dilihat mempersoalkan nisbah bilangan dua orang saksi perempuan bersamaan dengan seorang
saksi lelaki. Hal ini demikian kerana mereka sangat berpegang teguh kepada prinsip utama
mereka iaitu kesamarataan gender diantara lelaki dan perempuan.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang menyatakan bahawa perempuan lebih terdedah
kepada sifat lupa. Menurut Imam Al-tabari dalam mentafsir ayat tersebut, beliau berpegang
kepada makna asal iaitu jika seseorang perempuan itu lupa, maka seorang lagi akan
mengingatkannya. (al-Tabari, 1991:124)
Manakala, menurut al-Razi, sifat pelupa kebanyakan terjadi kepada perempuan. Jika
berdua, maka kemungkinan utuk lupa itu adalah lebih kecil berbanding berseorangan. Oleh
sebab itu, kesaksian dua orang perempuan setara dengan kesaksian seorang lelaki supaya jika
seseorang perempuan itu lupa, maka seorang perempuan lagi akan mengingatkanya. (al-Razi,
1995:124)
Manakala, menurut Ibn Katsir, kesaksian dua orang perempuan itu kerana kaum perempuan
mempunyai akal yang kurang berbanding kaum lelaki. Beliau menyatakan hujah tersebut
berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Dari Abdullah bin Umar, dari Rasulullah s.a.w: Kurangnya akal perempuan adalah
kerana kesaksian dua orang perempuan bersamaan dengan kesaksian seorang lelaki.
Kesimpulannya, ulama-ulama tafsir dan fuqaha telah memperjelaskan sebab-sebab yang
kukuh dalam menjaga golongan wanita daripada terjerumus kepada bahayanya sifat pelupa.
Oleh sebab itu, mazhab shafie dan hanbali yang berpegang teguh kepada kesaksian lelaki adalah
kerana keprihatinan mereka terhadap golongan wanita yang lemah daripada sudut akal fikiran
serta tubuh badan berbanding lelaki. Oleh itu, kesamarataan gender dalam hal ini bukanlah

28

suatu perkara yang perlu dipersoalkan lagi kerana dunia tidak akan pupus daripada kaum lelaki
sehinggalah kiamat.

7.0

PENUTUP

Kesimpulannya, perkahwinan dengan wali,mahar dan saksi adalah wajib di dalam sesebuah
perkahwinan berpandukan bukti-bukti nas Al-Quran, As-Sunnah dan Fuqaha. Didapati fuqaha
juga bersepakat wali,mahar dan saksi adalah wajib untuk memenuhi tuntutan rukun nikah dalam
menyempurnakan majlis perkahwinan. Namun ada juga beberapa dalil yang menyatakan
keharusan berkahwin tanpa wali. Dalam hal ini, kita perlu memahami dan merujuk perkaraperkara yang wujud kekeliruan pada sandaran yang betul agar tidak terpesong fahaman dan
praktik terhadap perintah dan amanah yang telah digariskan syariat.
Berdasarkan perbincangan ini juga dapatlah disimpulkan bahawa, dalil-dalil atau contohcontoh yang diketengahkan oleh golongan Islam liberal ini bukanlah untuk menegakkan satu
kebenaran yang tidak pernah di tegakkan, tetapi hanya untuk memperlihatkan bahawa ulamaulama silam dahulu penuh dengan kesilapan dalam menentukan hukum yang terdapat dalam
Islam. Penulis mengandaikan bahawa ini adalah fenomena biasa pemikir Islam liberal. Justeru
itu, perancangan sebenar yang ingin diketengahkan oleh mereka adalah mengeluarkan isu
pembaharuan dalam fiqh sama ada hukum yang dilakukan oleh fiqh bahkan metodologi juga
perlu di ubah. Maka tidak hairanlah mereka mengeluarkan berbagai fatwa berdasarkan
pemahaman dan pemikiran mereka sahaja tanpa merujuk sumber-sumber yang muktabar

29

RUJUKAN
Al-Quran
Abd Allah bin Abd al-Rahman al-Bassam. 2003 Tawdih al-Ahkam min Bulugh al-Maram.
Makkah : Dar al-Asadi.
Abd al Karim Zaydan. 1993 al Mufassal fi Ahkam al Marah wa al Bayt al Muslim fi al
Shariah
al Islamiyyah. Beirut : Muassasah al Risalah.
Abd al Rahman al Jaziri. 2001 al fiqh ala al madhahib al Arbaah . Lubnan: Dar Ibn Hazm

Abu Daud. Sunan Abi Daud. Pentahkik : Muhammad Muhyidin Abd Hamid. Beirut : AlMaktabah Al-Asriyyah.
Adian Husaini. 2005. Islam Liberal, Pluralisme Agama dan Diabolisme Intelektual. Surabaya
:Risalah Gusti, Surabaya.

30

Al-Jaziri , Abdul Rahman. 2003. Fiqh ala Mazahib al-Arbaah. Beirut :


Darul Al-Kutub Al-Ilmiyyah
Al Jaziri, Abdul Rahman. 2012. Fiqh 4 Mazhab. Johor : Perniagaan Jahabersa
Al Khin, Mustofa, Al Bugho, Mustofa, Asy Syarbaji, Ali. 2005. Al fiqhul Manhaji.
Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd
Al-Razi, Fakhr al-din. 1995. Mafatih al-Ghaib, Beirut : Dar al-Fikr
Al-Tabari, Abu Jafar Muhammad Ibn Jarir. 1988. Jami al-Bayan an Tawil al-Quran, Beirut :
Dar al-Fikr
Al-Tirmizi, Imam Abu Isa. Sunan Al-Tirmizi. 1975. Cetakan Ketiga. Mesir : Maktabah
Al-Mustafa.

Al-Qurtubi 2008, Tafsir Al-Qurtubi. Jakarta : Pustaka Azzam.


Asghar Ali. 1999 Islam and Liberation Theology. Yogyakarta : Pustaka Pelajar.
Haifaa A. Jawad. 1998 The Rights Of Women In Islam: An Authentic Approach. Wiltshire:
Antony Rowe Ltd. Chippenham.
Hasbi Muhd. Ali, Raihanah Azhari. 2013 Objektif Syariah dalam Pemberian Mahar, Jurnal Fiqh,
No 10 (2013) 57-76.
Ibn Katsir, Imad al-Din Abu al-Fada Ismail. 1997.Tafsir al-Quran al-Azim, Riyadh : Dar Alam
al-Kutub
Jamal al-Badawi. 1980 The Status of Women in Islam. Riyadh: International Islamic Publishing
House.

31

Jamal al Banna. 1998. Al-Marah al-Muslimah Baina Tahrir al-Quran wa Taqyid al-Fuqaha,
Kaherah : Dar al-Fikr
Kamus Dewan. 1994. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md.Nor, Siti Zalikhah. 2013. Fiqh Munakahat : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
M.Quraish Shihab 2002, Tafsir Al-Mishbah, Jakarta : Perpustakaan Umum Islam Iman Jama
Mahmud Muhammad Taha, 1969. Ar Risalah Ast Tsaniyah min al Islam, Sudan:t.pt.
Muhammad, Afif. 1990. Kebebasan Berfikir : Risalah Masa.
Mohammad Ariffin t.th, Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal, Kuala Lumpur: Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan.

Nasr Salman & Suad Suthi (eds.). 2007 Fatawa al-Nisa li Ashab al-Fadilah Yusuf
al-Qaradawi, wa Mahmud Syaltut, wa Abd al-Halim Mahmud, wa Muhammad
Mutawalli Syarawi wa Ahmad Hamani. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Sayyid Sabiq. 2008. Fiqh Sunnah. Jil4. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publication
Wahbah al-Zuhayli. 1989 al- Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damshiq: Dar al-Fikr
Yunahar Ilyas. 2006. Kesetaraan Gender dalam al-Quran, Landa Press, Yogyakarta
Yvonne Yazbeck Haddad and John L. Esposito, 1998 Islam, Gender & Social Change :
New York: Oxford University Press.

32

Anda mungkin juga menyukai