Anda di halaman 1dari 1

Aku hairan kenapa ada suara-suara yang mengatakan Malaysia bermain bagus malam ini.

Kalau cakap satu team bagus


makna nya Overall bagus. Apa yang bagusnya? Ball Possession lebih 60% untuk Thailand. Lepas 75 minit hanya dua
kali Kawin buat save yang agak bahaya. Gerakan bahaya ketika menyerang tiada langsung, tiada gelecekan Norshahrul,
tiada larian laju dari flankers, tiada through pass yang tepat ketika mengatur gerak dari tengah melainkan hantaran
tersangkut.
Kalau ada sesekali tengah Thai terlepas bola mesti di kawal oleh bek mereka sebelum gerakan Malaysia sempat masuk
ke kotak pasukan lawan. Adakah kerana mengikut rentak pasukan Thai yang santai membuat passing disiplin dan flow
bola tenang tanpa merampas nya boleh di anggap bermain bagus? Adakah kerana Farizal banyak menangkis serangan
dalam kotak sendiri masih di anggap overall bagus?
Apa bengap sangat, kalau Thai berlegar sampai dalam box dan tak gol kerana di tepis Goal Keeper adakah boleh kata
overall defender semua main bagus? Through pass Thai ikut celah-celah dua pemain benteng yang lepas lebih 10 kali,
adakah overall bagus? Adakah tidak bernasib baik dapat referee yang kurang menyebelahi di kira boleh bersimpati
dengan memuji overall persembahan pemain kita bagus? Adakah taktikal coach yang tidak bermain menyerang dan
tidak juga bertahan(kerana banyak terlepas sampai dalam box banyak kali) dikira overall bagus?
Tak ada ball winner macam Gary dan Shakir dikira kawasan tengah bagus kerana mengikut rentak lawan yang bermain
bergerak dalam satu unit? Adakah terlalu mengharap Mahalli membuat cross bermutu tapi tidak bernasib baik kerana
sayap dan penyerang tak membantu Mahalli dikira sudah overall bagus? Adakah coach tidak bernasib baik kerana
hilang 5 pemain yang dari asalnya mahu main 2 pemain Def Mid tapi kerana kecederaan jadi tak apa lah letak 2 pemain
Att Mid dikira overall bagus?
Itu kesilapan yang besar kerana bergantung harap kepada pemain yang bukan di posisi kegemarannya kerap kali maka
dihidu ianya sebuah kegagalan. Bunyamin sekali main kiri tak mengapa, dua kali di kira sengaja menempah bahaya
kerana tak percaya kepada pemain simpanan yang available di posisi tersebut dikira kesalahan yang wajib coach
tanggung. Saya tak percaya Azmi dan Zubir kedua-dua nya cedera. Sama juga bila Fadhli red carded, ada Faizal tapi
tak percaya, coach kena tanggungjawab.
Ingat tak pemotongan Preliminary Squad 28, sanggup membuang 3 orang Cb seperti Irwan, Rizal dan Amirrizuan
sehingga seolah tidak bersedia dengan Back Up Plan yang sepatutnya bagi kawasan Centre back. Nampak saya macam
tunjuk pandai kan?masalahnya puluhan ribu rakyat Malaysia merasakan apa yang saya rasa, mengenai kesilapan coach
dalam sustainable membuat pilihan pemain sebelum kejohanan dan ketika kejohanan.
Ia mengenai coach percaya kepada pemain kegemaran walaupun tak perform, berjuta mata melihat tetap tak di gugur.
Mengenai coach rasa kurang percaya kepada sesetengah pemain simpanan nya sampai di peram menjadi ikan
pekasam. Bila 5 pemain tak mencukupi ianya dizahirkan dengan luahan kekesalan, apa ke bodoh ada 7 orang lagi
simpanan yang boleh tampung 5 yang anda hilang.
Kenapa anda percaya 7 orang ini kalau anda tak percaya dan tak ready yang mereka boleh tampung? lihat list final dua
kali lawan Indonesia dulu, pemain tak cukup dan mereka yang diguna seperti Ashaari dan Sabree boleh membentuk
tampungan yang memberangsangkan? Anda sengaja beralasan. Adakah dengan gaji mantap dan pangkat tinggi anda
berdalih dan malu untuk mengaku salah atau meminta maaf?
Kami dambakan perlepasan jawatan anda kepada orang lain atau majikan anda memecat anda, tetapi apa yang kami
dapat? Bukan permohonan maaf atau pengakuan, malahan putar belit dan alasan serta persediaan masa depan anda
dengan skuad gagal, dengan barisan bintang yang pudar, anda diselamatkan oleh nama-nama baru yang menyinar,
bukan nya pemain bintang skuad lama anda. Shakir, Wan Zack, Azamuddin dan Mahalli bukan skuad utama anda wahai
coach yang bernasib baik, kerana mereka anda masih menerima gaji dan bonus yang lumayan awal Januari nanti.
Terima kasih , terima kasih, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai