Anda di halaman 1dari 58

Page |1

1.0 Pendahuluan
Secara umumnya, laut mempuyai kekayaan yang sangat banyak dan merupakan anugerah
terbaik bagi umat manusia membina kejayaan bangsa dan negaranya. Hal ini demikian kerana,
pembinaan sesebuah negara bangsa banyak berkaitan dengan kelautan. Budaya memanfaatkan
laut ini telah secara tidak langsung banyak melahirkan banyak kerajaan maritim yang hebat
dengan ilmu kelautan yang tiada tolok bandingnya di Kepulauan Nusantara khususnya.1
Nusantara atau Kepulauan Melayu atau Alam Melayu sememangnya terkenal dengan
kerajaan-kerajaan maritim yang sangat hebat. Ianya merupakan satu konsep geo-politik di
mana sebelum berlakunya pemecahan wilayah sepertimana yang kita dapat lihat di kawasan
Asia Tenggara pada hari ini iaitu lahirnya negara bangsa seperti Malaysia, Singapura, Filipina,
Brunei dan juga Indonesia.2
Walau bagaimanapun, konsep nusantara ini tidak dapat lari daripada sejarah mengenai
sumpah Patih Gajah Madah iaitu;

Sira Gajah Mada pepatih amungkubimi tan ayun amukita palapa, sira Gajah Mada: Lamun
huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa, lamun kalah ring Gurun, ring Seram,
Tanjungpura, ring Haru, ring Pahang, Dompo, ring Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, samana
ingsun amukti palapa.3
Menurut sumpah ini, Patih Gajah Mada yang telah dilantik menjadi mahapatih telah bersumpah
untuk menakluki Gurun (Maluku), Seram (Borneo), Aru, Pahang (Tanah Melayu), Dompo
(Kepulauan Sumbawa), Bali, Sunda, Palembang dan Temasik (Singapura).
Justeru, dalam esei ini kami akan membincangkan peranan maritim dalam keruntuhan
kerajaan-kerajaan maritim di Nusantara iaitu dari aspek (i) faktor-faktor keruntuhan kerajaan
maritim; (ii) definisi maritim; (iii) teori maritim; (iv) kemunculan kerajaan maritim Nusantara
sehingga kejatuhannya; dan (v) kesan-kesan kejatuhan kerajaan maritim di Nusantara.

Djoko Pramono, Budaya Bahari, Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, 2005, hlm. 9.
M. Nashruddin Anshoriy & Dri Arboningsih, Negara Maritim Nusantara: Jejak Sejarah yang Terhapus,
Yogyakarta: Tiara Wacana, 2008, hlm. 4.
3
Ibid., hlm. 8.
1
2

Page |2
2.0 Faktor-Faktor Keruntuhan Kerajaan Maritim
Kerajaan Maritim di Nusantara mengalami keruntuhan disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya ialah tercetusnya revolusi perindustrian di Eropah. Nusantara atau kini lebih dikenali
sebagai Asia Tenggara memiliki tanah yang subur dan amat kaya dengan bahan mentah.
Sebagai contohnya, Tanah Melayu pernah digelar sebagai swarnabumi yang bermaksud tanah
yang subur. Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah pada abad ke-17 telah memerlukan
bahan mentah seperti bijih timah secara berterusan serta dalam jumlah yang banyak. Hal ini
secara tidak langsung telah menyebabkan kuasa-kuasa asing ini perlu mencari kawasan baru
seperti di Nusantara (Asia Tenggara), China dan India.4
Oleh yang demikian, dengan tercetusnya revolusi perindustrian ini, kuasa-kuasa besar
Eropah bersaing untuk mendapatkan serta mencari kawasan jajahan baru yang kaya dengan
bahan mentah. Maka, dengan penemuan kawasan-kawasan baru di Nusantara yang kaya
dengan bahan mentah ini dilihat mampu untuk memenuhi permintaan tinggi di Eropah. Kuasakuasa ini seperti Sepanyol, Portugis dan Belanda telah menjelajah dan menguasai kerajaankerajaan maritim di Nusantara yang mana diketahui umum telah pun mempunyai sistem
berkerajaan yang tersendiri.5 Justeru, dengan penguasaan kuasa-kuasa Eropah ini telah
menyebabkan kerajaan maritim di Nusantara mengalami keruntuhan.
Kedatangan kuasa Barat ke Nusantara dilihat menjadi salah satu faktor yang membawa
kepada keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara. Kuasa-kuasa Barat ini bersaing sesama
mereka dan berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Nusantara. Kedatangan
kuasa Barat ini ke kawasan Nusantara ini dilihat begitu mudah disebabkan penggunaan
teknologi yang canggih pada ketika itu iaitu penciptaan kapal berkuasa wap. Hal ini demikian
kerana, penggunaan kapal ini telah memudahkan pelayaran kuasa-kuasa Barat ke kawasan
Nusantara di samping dapat mempercepatkan tempoh serta menjimatkan kos pelayaran. Selain
itu, pembukaan Terusan Suez banyak membantu dalam memendekkan jarak perjalanan mereka
ke Nusantara.6

Imperialisme Barat di Asia Tenggara dlm.


http://salamahdevi6.tripod.com/imperialisme_barat_di_asia_tenggara.htm diakses pada 12/12/2011,
jam 4:30 p.m
4

Ibid.

Zainal Abidin Abdul Wahid et al, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 74.

Page |3
Kuasa-kuasa Barat ini juga tidak lari daripada motif 3G mereka iaitu Gold, Gospel dan

Glory. Dalam matlamat mereka ini, mereka berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin
keuntungan daripada tanah jajahan mereka.7 Di samping itu, dalam masa yang sama juga,
penaklukan kawasan jajahan baru di kawasan Nusantara juga adalah bermatlamat untuk
menyebarkan agama Kristian kepada penduduk peribumi seperti mana yang telah berlaku ke
atas penduduk peribumi di Filipina semasa pemerintahan kerajaan Kesultanan Sulu. Galakan
yang diberikan oleh pemerintah negara asal kuasa-kuasa Barat ini banyak membantu mereka
menyebarkan agama Kristian ini.8 Justeru, penyebaran agama Kristian ini dilihat telah
menggugat agama asal penduduk peribumi yang mana telah lama dianuti serta bertapak di
Nusantara. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan keruntuhan kerajaan maritim
Nusantara yang rata-rata merupakan sebuah kerajaan Kesultanan yang menjadkan Islam
sebagai agama rasmi. Dalam masa yang sama, kedatangan Barat ini sering mengutamakan
konsep beban orang putih sebagai alasan mereka untuk menjajah kerana berpendapat
mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan penduduk di Nusantara.9
Di samping itu, teknologi yang canggih telah banyak membantu kuasa-kuasa barat ini
datang untuk menguasai kerjaaan maritim di Nusantara sekaligus telah membawa kepada
keruntuhan keagungan kerajaan maritim awal di Nusatara. Hal ini dapat dilihat melalui usaha
dalam pelayaran yang telah dilakukan oleh kebanyakkan pelayar Sepanyol, Portugis dan
Belanda adalah didukung oleh beberapa rekaan dan juga ciptaan yang baru dan telah direka
khas untuk bidang pelayaran. Antaranya adalah seperti kompas, teropong, dan juga ubat
bedil.10 Sementara itu juga, beberapa kemajuan telah berjaya dicapai oleh orang terutamanya
di dalam hal pembinaan kapal laut mereka. Kemajuan dalam pembinaan kapal agak pesat dan
mendorong aktiviti pelayaran apabila mereka telah membina kapal yang cukup kuat dan juga
besar khusus untuk digunakan dalam pelayaran jarak jauh yang memakan masa agak lama dan
berbahaya. Namun begitu, dengan adanya pertolongan daripada peta yang telah dihasilkan
oleh para pelayar yang sebelumnya membantu para pengembara untuk menentukan haluan,
7
8

Abdul Rahman Hj. Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2007, hlm., 229.

Wan Kamal Mujani et. al, Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 81.
99
Imperialisme Barat di Asia Tenggara dlm.
http://salamahdevi6.tripod.com/imperialisme_barat_di_asia_tenggara.htm diakses pada 12/12/2011,
jam 4:30 p.m
10
Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Pulau Pinang: Peninsular Publication, 36,
Penang Street. hlm. 26.

Page |4
disertai dengan kompas dan astrolable menyebabkan mereka tidak lagi rasa takut akan sesat di
tengah lautan ketika mereka melakukan aktiviti pelayaran.11
Selain itu, alatan perang yang digunakan oleh penduduk peribumi dalam menentang
kuasa Barat ini seperti semasa menentang Portugis semasa di bawah pimpinan dAlburquerque
ialah terdiri daripada alatan perang tradisional seperti lembing, tombak, panah, keris, rentaka
(meriam kecil ) dan juga binatang iaitu gajah.12 Kelengkapan yang seperti ini jika dibandingkan
dengan pihak Portugis sememangnya mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali.
Penggunaan peralatan perang tradisional ini hanya sesuai digunakan untuk pertempuran jarak
dekat dan pihak Portugis tidak diajar dengan teknik pertempuran jarak dekat kerana mereka
bersenjatakan senapang dan meriam yang boleh digunakan dalam jarak yang jauh dan kadar
kematian juga dapat dikurangkan kerana mereka tidak perlu bertempur dalam jarak yang
dekat. Keadaan inilah yang menyebabkan tentera Melaka yang pada ketika itu tidak dapat
menghampiri tentera Portugis kerana kekurangan alatan perang yang lebih moden.13
Tambahan pula, faktor bahan mentah yang banyak yang ada di Nusantara juga telah
menyebabkan kerajan maritim ini jatuh ke tangan kuasa barat. Salah satu daripada sumber
bahan mentah yang terkenal di Nusantara seperti Tanah Melayu ialah seperti rempah ratus dan
emas. Disamping perdagangan emas, bijih timah juga merupakan bahan perdagangan yang
penting dan mendapat permintaan yang tinggi di Eropah selaras dengan tercetusnya revolusi
industri. Contohnya, kedatangan Portugis ke Melaka adalah semata-mata untuk memenuhi
kepentingan mereka iaitu untuk memonopoli perdagangan di bahagian Timur. Portugis telah
bertindak membolot dan menguasai peniagaan rempah di pelabuhan Melaka serta telah
membentuk

undang-undangnya

tersendiri

untuk

mentadbir

pelabuhan

meminggirkan sistem perundnagan Melaka yang telah sedia ada sebelum itu.

itu

dengan

14

Joginder Singh Jessy, op. cit, hlm. 26.


Mohd Jamil Mukim, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara , Ampang: Unique Communication
Sdn. Bhd., 1994, hlm. 75.
13
Joginder Singh Jessy, op. cit, hlm. 26.
14
A.Samad Ahmad, Salatus Salatin: Sejarah Melayu, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003,
hlm. 68.
11
12

Page |5
Seterusnya ialah masalah dalaman politik dan pentadbiran kerajaan-kerajaan awal
Nusantara itu sendiri dilihat menjadi salah satu faktor kepada keruntuhan kerajaan maritim di
Nusantara. Hal ini demikian kerana, kelemahan pentadbiran, perebutan takhta dan persaingan
kuasa antara kerajaan tradisional menyebabkan pentadbiran kerajaan tradisional itu secara
tidak langsung telah menjadi asas kepada keruntuhan empayar maritim di Nusantara. Oleh
yang demikian, pentadbiran yang bermasalah telah memudahkan unsur-unsur kuasa luar ini
masuk dan campur tangan dalam urusan politik kerajaan awal Nusnatara.15

15

Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia: 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn.
Bhd, 2002, hlm. 23.

Page |6
2.1 Definisi dan Konsep Maritim
Dalam kita memahami apa itu maritim, terdapat beberapa istilah yang turut berkaitan dalam
membincangkan mengenai maritim ini. Antaranya ialah laut atau lautan. Lautan juga dikenali
sebagai bahari dalam bahasa Arab dan juga dalam bahasa Melayu. Manakala dalam bahasa
Inggeris pula, lautan dikenali sebagai oceans, yang mana berasal daripada bahasa Latin iaitu

oceanus. Oceanus pula terbit daripada perbendaharaan kata Yunani kuno iaitu okeano yang
merujuk kepada laut yang memisahkan antara daratan Eropah dari Afrika tidak termasuk Laut
Tengah.16
Istilah maritime (barat) hanya wujud pada abad ke-14 iaitu semasa zaman Renaissance
(kebangkitan) yang menjadi simbol kepada tamadun baru dan berkonsepkan moden seperti
tamadun Barat.17 Pada asalnya, terdapat lima lautan utama di dunia iaitu Lautan Hindi, Lautan
Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Antartika, dan Lautan Artik. Namun begitu, terdapat beberapa
pendapat yang berbeza dengan pendapat tersebut, iaitu terdapat sarjana mengatakan bahawa
terdapat tujuh lautan (The Seven Seas) di dunia iaitu seperti mana yang ditulis oleh ahli bumi
Turki bernama Piri Reis dan sarjana Eropah yang bernama R.Kippling iaitu terdiri daripada Laut
Nusantara (Laut China Selatan), Laut Benggala, Laut Arab, Laut Persia, Laut Merah, Laut
Atlantik, dan Laut Tengah. Selain itu juga, lautan sebenarnya meliputi 361 juta kilometer
persegi (139 juta batu persegi) atau 71% daripada permukaan bumi dengan jumlah isipadu
lautan dianggarkan 1348 juta padu kilometer (324 juta padu batu) dengan purata kedalaman
lautan kira-kira 3733 meter.18
Laut mengandungi dinamik yang menciptakan kesatuan, hubungan antara manusia dan
antarabangsa melalui pengangkutan, perdagangan dan pertemuan budaya. Oleh sebab itu
lautan tidak boleh dianggap sebagai pemisah, tetapi perlu dilihat sebagai mempersatukan
pulau-pulau. Dengan menggunakan media laut, berbagai-bagai kelompok sosial dari berbagaibagai daerah di Kepulauan Melayu mengadakan hubungan dengan pihak luar. Dari hubungan
ini tercipta kegiatan-kegiatan pertukaran, perdagangan dan pertemuan budaya, yang
Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18 oleh Professor Dato
Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm.
http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan
%20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20D
R%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.
17
Adrian Lapian, Sejarah Nusantara: Sejarah Bahari, Jakarta: Fakultas Sastera, Universitas Indonesia,
1992, hlm 87.
18
Ibid., hlm. 87-89.
16

Page |7
menghasilkan peradaban yang semakin maju dan budaya setempat yang semakin diperkaya.
Perwujudan dari kemajuan budaya antara lain dapat dilihat dari tumbuhnya kota-kota pantai
dengan pelabuhannya yang menjadi pusat dinamika perdagangan, pelayaran dan teknologi
perkapalan serta pusat kekuatan politik.19
Secara

geografinya,

wilayah

Nusantara

merupakan

kawasan

kepulauan

yang

menempatkan laut sebagai jambatan penghubung, bukan sebagai pemisah. Dengan demikian
penguasaan terhadap laut merupakan suatu keharusan bagi penduduk yang menghuni pulaupulau di sekitar Nusantara. Keadaan sebegini membentuk mereka sebagai manusia yang akrab
dengan kehidupan laut. Di samping itu Kepulauan Nusantara juga sangat strategik dalam
konteks perdagangan laut antarabangsa antara dunia Barat dan dunia Timur.20 Dunia Barat
dalam hal ini mencakupi kawasan dagang yang berada di sebelah barat Selat Melaka seperti
India, Parsi, Mesir dan negara-negara Eropah, sedangkan dunia Timur mencakupi kawasan di
sebelah timur Selat Melaka seperti China, Jepun, Filipina dan sebagainya. Dalam hal ini
Kepulauan Melayu memiliki kedudukan yang strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan
ini dan sekali gus selama berabad-abad menguasai Selat Melaka yang mana merupakan kunci
perdagangan laut antara Barat dan Timur, misalnya pada zaman Sriwijaya dan Majapahit.21
Seterusnya, dalam membincangkan mengenai maritim ini, satu istilah yang amat penting
iaitu istilah masyarakat maritim. Masyarakat maritim merupakam masyarakat yang menjadikan
laut sebagai sumber dan habitat kepada kehidupan mereka. Salah satu aktor utama dalam
masyarakat maritim ialah pelaut. Istilah pelaut dalam istilah maritim bermaksud satu cara hidup
sebuah tamadun atau masyarakat yang memanfaatkan laut sepenuhnya sebagai asas
kehidupan

yang

melibatkan

kebudayaan,

perdagangan,

pengembaraan,

pembukaan

Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18 oleh Professor Dato
Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm.
http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan
%20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20D
R%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.
20
Adrian B. Lapian, Pelayaran dan Perniagaan Nusantara Abad ke 16 dan 17, Jakarta:Komunitas Bambu,
2008, hlm. 89.
21
Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18 oleh Professor Dato
Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm.
http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%20Raduan
%20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_PROF%20DATO%20D
R%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.
19

Page |8
petempatan baru, peperangan, pelabuhan, dan kerajaan.22 Istilah pelaut juga merupakan
sebahagian daripada jati diri bangsa atau tamadun Melayu Kuno (ancient) dan wujud dalam
bahasa Melayu yang telah diguna pakai di Nusantara.23

22

Husni Lain, Mengenal Maritim Angkutan Laut , Kuala Lumpur: Yayasan Bina Maritim, 1998. hlm. 35

23

M. Nashruddin Anshoriy & Dri Arboningsih, op. cit, hlm. 67.

Page |9

2.2 Teori Maritim


Terdapat banyak teori-teori yang amat penting mengenai asal usul kelautan. Antara teori
tersebut ialah Teori Hanyutan Benua. Teori ini menyatakan bahawa permukaan bumi terletak di
atas kerak bumi yang nipis. Kerak bumi ini sentiasa bergerak disebabkan pergerakan magma di
bawah kerak bumi. Segmen kerak bumi ini dikenali sebagai plat tektonik. Selain itu, mulanya
benua ini ialah satu benua yang besar dan berpecah kepada dua bahagian. Oleh itu kesan
daripada perpecahan tersebut kerak Bumi terbahagi kepada dua jenis iaitu kerak benua dan
kerak lautan. Oleh itu, mengikut teori ini, laut terhasil daripada perpecahan benua akibat
daripada pergerakan magma di bawah kerak bumi. Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea
terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah
satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika
dan India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan
Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi
menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.24
Justeru, kerak bumi menutupi seluruh permukaan Bumi. Namun, akibat adanya aliran
panas yang mengalir di dalam astenofer menyebabkan kerak bumi ini berpecah menjadi
beberapa bahagian yang lebih kecil yang disebut sebagai lempeng kerak bumi. Dengan
demikian, lempeng dapat terdiri daripada kerak benua, kerak samudera atau keduanya. Arus
konvensi tersebut merupakan sumber kekuatan utama yang menyebabkan terjadinya
pergerakan lempeng. Gerakan ini terjadi secara terus-menerus sejak Bumi ini tercipta sehingga
sekarang. Benua-benua yang terbentuk seterusnya telah menyebabkan terbelahnya Pangaea
yang kemudiannya telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh
beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan yang amat luas
antara wilayah daratan dan lautan di Bumi. Litosfera yang terdiri dari kulit luar yang lebih
dingin, kuat, dan tegar dengan ketebalan berkisar antara 80 sampai 100 kilometer
menyelubungi bahagian dalam Bumi yang bersifat lebih panas, lembek, dan cair liat. Litosfera
yang baru itu dibentuk di bawah lapisan tengah samudera, tempat zat-zat panas dari mantel
naik dari dalam menuju ke arah permukaan bumi. Bahan-bahan ini tersebar dan menyejuk serta

24

Griffiths, Marin &Terry OCallaghan, International Relations The Key Concept. New York: Routledge,
2002, hlm. 14.

P a g e | 10
proses berikutnya adalah penghancuran litosfera oceanis iaitu laut. Litosfera oceanis yang
merupakan hampir 70% muka Bumi merupakan bahagian atas yang dingin dari arus konveksi.25
Selain daripada teori mengenai asal usul kelautan, terdapat juga teori mengenai
pengaruh kelautan dalam bidang politik. Salah satu teori tersebut adalah teori Sir Halford John
Mackinder. Beliau adalah seorang ahli geografi dan negarawan yang berasal dari Inggeris. Pada
tahun 1904, beliau menulis artikel yang berjudul The Geographical Pivot of History. Dalam
konsepnya, geografi merupakan jambatan antara ilmu alam dan kemanusiaan. Beliau juga
menjelaskan bahawa Bumi yang terbahagi ke dalam dua bahagian yaitu heartland dan maritime

lands (benua-benua lainnya). Teori heartland ini juga dikenali sebagai wawasan benua.
Mackinder berpendapat, apabila kita ingin menguasai dunia, maka kita harus menguasai
jantung nya terlebih dahulu. Justeru itu, diperlukan kekuatan darat dan maritim yang kuat.
Pembahagian bumi menurut Mackinder ialah dunia terdiri daripada 9/12 adalah air.26
Di samping itu, menurut Mackinder juga dalam mempelajari arena geo-politik, tidak
hanya membicarakan mengenai daratan saja, tetapi juga harus memperhatikan wilayah
kelautan.27 Kita tidak boleh menafikan bahawa sebahagian besar wilayah Bumi adalah lautan.
Asas kekuatan laut yang kuat juga dapat menguatkan posisi politik suatu kerajaan.28 Dalam
bidang ini, Mahan adalah salah satu tokoh kunci sepanjang sejarah asas kekuatan laut (sea

power). Manakala Alfred Thayer Mahan adalah seorang geostrategist yang lahir di New York.
Beliau diberi gelar Laksamana Muda U.S. Navy dan sebagai tokoh yang menganjurkan
pembangunan kekuatan laut Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Beliau sangat mahir
dalam bidang geostrategi kelautan. Turut bersama-sama beliau ialah dengan Stephen B. Luce,
Mahan yang telah mendirikan U.S. Naval War College di Newport, Rhode Island. Menurut
beliau, pendidikan mengenai sea power dan strategi kelautan sangat penting demi menjaga dan
memperkuat pertahanan negara. Karya beliau dianggap sangat penting bagi sejarah angkatan
laut. Hal ini seperti mana yang terkandung dalam buku beliau yang berjudul The Influence of
26

Griffiths, Marin &Terry OCallaghan, op. cit, hlm. 14.


Murdoch McKenzie, A Treatise of Maritim Surveying, in Two Parts: With a Prefatory Essay on Draughts
and Surveys, BiblioBazaar, 2010, hlm. 56.

27

Ibid.

28

Ibid., hlm. 57.

25

P a g e | 11

Sea Power Upon History 1660-1783. Bukunya ditulis berdasarkan pada pengalamanpengalaman dari negara-negara di Eropah yang saling berperang selama kurun waktu antara
1660 sehingga 1783. Menurut Mahan, jika dilihat dari peristiwa-peristiwa tersebut, asas
kekuatan laut (sea power) memiliki pengaruh yang cukup besar dalam menentukan arah
kekuatan sesuatu kerajaan. Dalam bukunya juga, Mahan mengatakan ada enam prinsip yang
dapat mempengaruhi kondisi sea power dalam sesuatu kerajaan. Kondisi-kondisi prinsip
tersebut ialah (i) geographical position; (ii) physical conformation; (iii) extent of territory; (iv)

number of population, (v) national character; dan (vi) character and policy of governments.
Beliau sangat memegang pada pendapat bahawa laut merupakan asas kekuatan yang harus
ditingkatkan demi meningkatkan kuasa suatu bangsa. Oceans Unite and Lands Divide, daratan
merupakan tempat yang terpisah-pisah, namun laut adalah pemersatu dan pengintegrasi dari
seluruh permukaan Bumi. Buku ini dijadikan sebagai bahan bacaan wajib untuk para navalist
dan maritime strategist. 29
Satu lagi ilmuan di bidang geopolitik yang tulisan dan karyanya dapat disepadankan
dengan sejarawan Alfred Thayer Mahan dan ahli geografi serta negarawan Inggeris Sir Halford
Mackinder, beliau adalah Nicholas Spykman. Beliau adalah seorang professor dan geostrategist
keturunan Belanda-Amerika dari Universitas Yale. Menurut Spykman, adalah amat merugikan
apabila kita mengabaikan faktor geografi dalam dunia politik. Hal ini bermaksud teori kelautan
adalah amat penting dalam dunia sesuatu kerajaan. Spykman melahirkan dua buku di bidang
politik. Buku yang pertama diterbitkan pada tahun 1942. Dalam buku ini ia berpendapat asas
pertahanan kelautan juga sangat penting untuk melindungi sesebuah kerajaan maritim yang
kuat. Oleh itu, menurut teori-teori tersebut, maritim mempunyai pengaruh yang sangat kuat
dalam faktor kemunculan dan keruntuhan sesebuah kerajaan maritim. Antara contoh kerajaan
tersebut seperti kerajaan Srivijaya, kerajaan Majapahit, kerajaan Melaka, kerajaan Sulu dan
banyak lagi.30

29
30

Murdoch McKenzie, op. cit, hlm. 58.


Ibid., hlm. 60-61.

P a g e | 12
Selain itu juga, terdapat juga beberapa perbahasan tentang kelautan menurut Islam.
Sebagai contoh, dalam akurasi Al-Quran telah membahas soal lautan ini. Hal ini demikian
kerana, setelah dikaji para sarjana, di dalam Al-Quran itu sendiri terdapat 32 ayat yang
menyebut kata 'laut'. Manakala kata 'darat' pula terkandung dalam 13 ayat Al-Quran sahaja.
Jika dijumlahkan, keduanya menjadi 45 ayat. Jumlah 32 ayat itu pula jika diperatuskan daripada
45 ayat bersamaan dengan 71.11%. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada ilmu Sains,
terbukti benar bahawa 71.11% bumi ini adalah lautan dan 28.88% lagi merupakan daratan.
Tambahan pula, fakta-fakta yang terungkap dalam Al-Quran juga merupakan bukti betapa laut
memiliki peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Selain menjadi bukti kuat bagi
keaslian Al-Quran, laut juga menjadi sumber penghidupan yang sangat kaya. Wujudnya wilayah
laut juga, menjadi salah satu penentu kepada tingkat ekonomi sebuah negara. Seorang saintis
Muslim yang banyak sekali menulis tafsir ilmiah bagi ayat-ayat yang membahas fenomena alam
adalah Harun Yahya. Beliau adalah seorang ilmuwan yang berasal daripada Turki ini telah
menulis tafsir ilmiah tentang kehidupan semut, warna-warni tumbuhan dan binatang, keajaiban
sistem kekebalan tubuh, dan sebagainya. Selain itu juga terdapat juga tafsir-tafsir ilmiah yang
selama ini dikembangkan Harun Yahya mengenai kelautan. Data-data faktual tentang lautan
yang menjadi kajian beliau tersebut, menjadi bukti kebenaran Al-Quran.31 Oleh yang demikian,
pemuan-pemuan sains tentang kelautan, ternyata telah diungkapkan oleh Al-Quran sejak 15
abad yang lalu. Hal ini terbukti dalam Surat An Nahl ayat 14 yang bermaksud;

dan Dialah (Allah) yang menundukkan lautan (untukmu) agar kau dapat memakan
daripadanya daging yang segar, dan kamu mengeluarkan dari lautan perhiasan yang kami
pakai. Kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari
kurniaNya supaya kamu bersyukur.

31

Professor Dr. Ahmad Fuad Pasya, Dimensi Sains Al-Quran: Menggali Ilmu Pengetahuan dari Al-Quran,
Solo: PT Tiga Serangkai Pustaka Mandiri, 2004, hlm. 149-150.

P a g e | 13
Justeru, sejak 15 abad yang lalu Al-Quran telah berbicara tentang soal manfaat laut bagi
peningkatan taraf hidup manusia. Kini terbukti, negara-negara yang pandai memanfaatkan
potensi lautnya, bakal mendapat kekayaan. Selain mengandungi banyak makanan, dan
perhiasan, laut juga menyimpan banyak bahan tambang serta boleh menjadi nadi
pengangkutan yang murah, dan sebagainya.32

32

Professor Dr. Ahmad Fuad Pasya, op. cit, hlm 150.

P a g e | 14
2.3 Kemunculan Kerajaan Maritim Nusantara Sehingga Kejatuhannya
2.3.1 Kerajaan Awal Indonesia Sehingga Kedatangan Belanda
Indonesia merupakan sebahagian daripada rantau Asia Tenggara yang terletak di sepanjang
garisan khatulistiwa antara hujung Tanah Besar Asia Tenggara dengan A ustralia.

Oleh

itu,

sebahagian besar Kepulauan Indonesia ini terletak di bahagian selatan garisan Khatulistiwa.
Kepulauan Indonesia ini mempunyai keluasan kira-kira 1.9 juta km persegi yang mana meliputi
13 667 buah pulau.33 Antara pulau-pualau yang terdapat di Indonesia ialah termasuklah
Kalimantan, Sumatera, Jawa, Sulawesi dan Irian Barat. Kedudukan geografi Indonesia ini
merupakan salah satu kedudukan yang strategik kerana ia terletak di kawasan laluan
perdagangan antara Negara China dan India. Hal ini telah menyebabkan Indonesia ini telah
menerima pengaruh daripada India dan China. Sehubungan dengan itu, terdapat dua kerajaan
terawal di Indonesia iaitu kerajaan Srivijaya dan juga Majapahit yang pernah mencapai tahap
keagungan sebelum kedatangan kuasa Barat.34
Sebelum kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, kerajaan Srivijaya merupakan salah
satu kerajaan terawal di Indonesia sebalum kerajaan Majapahit. Hal ini demikian kerana,
menjelang abad ke-6, Selat Melaka telah memainkan peranannya sebagai sebuah laluan
perdagangan bertaraf antarabangsa dari negara China dan India. Sehubungan dengan itu,
kerajaan Srivijaya ini merupakan salah satu kerajaan negara kota yang pertama wujud di
Kepulauan Melayu yang menggantikan kerajaan Funan sebagai pusat perdagangan terpenting
di rantau Asia Tenggara.35 Oleh itu, Srivijaya berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pusat
perdagangan di Selat Melaka melebihi 400 tahun lamanya.36 Selain itu, menjelang abad ke-7
Srivijaya telah berkembang pesat sebagai sebuah pusat perdagangan yang sangat penting dan
secara tidak langsung Srivijaya menghadapi persaingan dari Jambi. Sehubungan dengan itu,
maka Srivijaya telah menyerang Jambi dan berjaya menguasai keseluruhan Jambi sekitar tahun
1689 sehingga 1692. Srivijaya juga telah berjaya menguasai pantai-pantai Tanah Melayu malah

33

A. Zainuddin, A Short History of Indonesia, Melbourne: Cassel Australia, 1968, hlm 3.

34

J. D. Ledge, Indonesia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 34-35.

35

Kunaseelan a/l Muniandy, Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 10.

36

Tate, The Making of Modern SEA, Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977, hlm. 30.

P a g e | 15
Srivijaya juga telah menuntut ketuanannya terhadap timur Sumatera, pantai barat daya Borneo,
Jawa Barat dan Semenanjung Melayu. Tujuan utama Srivijaya menguasai kawasan-kawasan ini
adalah bagi membolehkannya mengawal perairan Selat Melaka dan Selat Sunda sebagai laluan
perdagangan.37
Selain itu, sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting, Srivijaya mempunyai
angkatan laut yang kuat bagi memaksa kapal-kapal yang belayar di rantau ini supaya singgah di
pelabuhan-pelabuhan dan membayar cukai.38 Namun demikian, perlaksanaan dasar-dasar yang
berkaitan dengan perdagangan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati daripada
kerajaan-kerajaan luar terhadap Srivijaya. Umpamanya, hubungan pemerintah-pemerintah
Melayu Srivijaya dengan kerajaan Chola dan kerajaan Jawa sentiasa bermusuhan pada abad ke10 dan abad ke-11.39 Pemusuhan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh sikap Srivijaya yang
mengamalkan dasar perdagangan monopoli sehingga menyebabkan Rajendra Chola dari India
Selatan menyerang Srivijaya pada tahun 1025.40 Serangan yang dilakukan oleh Chola itu telah
berjaya melemahkan pengaruh Srivijaya di rantau Asia Tenggara. Namun demikian. menjelang
abad ke-12 Srivijaya mula meluaskan pengaruhnya dalam aspek perdagangan malah menguasai
kawasan perdagangan di Selat Melaka iaitu dari Pulau Phuket di utara sehingga ke Kepulauan
Riau di selatan. Walau bagaimanapun, pengaruh Srivijaya ini tidak sehebat seperti sebelum
kerajaan Chola melakukan serangan.
Pada abad ke-13, kerajaan Srivijaya ini mula mengalami keruntuhan disebabkan oleh
perkembangan kerajaan-kerajaan baru yang kuat di Pulau Jawa dan Siam. Hal ini boleh
dibuktikan melalui perluasan kuasa oleh kuasa Siam sehingga ke Tanah Melayu manakala
kerajaan Singhasari di Jawa telah menyerang Sumatera. Di samping itu, beberapa bahagian
Srivijaya seperti Jambi dan Kampar juga bertindak mendapatkan kemerdekaan daripada
kerajaan pusat.41 Justeru itu, masalah-masalah seperti ini telah menyebabkan kerajaan Srivijaya
telah mengalami kemerosotan menjelang abad ke-13 malah kenyataan ini juga telah dibuktikan

37

Waddell, SEA Politic, hlm.123.

38

Dr Sardesai, Southeast Asia: Past and Present, London: Macmillan Education Ltd, 1989, hlm.46.

39

Wolters, The Fall of Srivijaya, hlm.2.

40

N. J Ryanm, A History of Malaysia and Singapore, London: Oxford University Press, 1963, hlm. 12.

41

Ibid.

P a g e | 16
oleh Marco Polo yang melawat Sumatera pada tahun 1292 dan beliau tidak menulis mengenai
Srivijaya dalam tulisannya.42
Sehubungan dengan kejatuhan kerajaan Srivijaya ini, maka muncul sebuah kerajaan
yang dikenali sebagai kerajaan Singhasari di Jawa Timur pada tahun 1222 hasil daripada
penyatuan antara kerajaan Kediri dan Janggala. Kerajaan Singhasari ini merupakan sebuah
kerajaan pertama yang berpusat di Jawa yang bertindak mengawal kawasan-kawasan seberang
laut termasuk Sumatera.43 Kerajaan Singhasari ini juga pernah mencapai zaman kegemilangan
iaitu semasa di bawah pemerintahan Kartanegara (1268 sehingga 1292). Hal ini demikian,
semasa pemerintahan beliau, Singhasari telah berjaya menguasai seluruh Pulau Jawa
termasuklah kawasan Srivijaya, malah Singhasari juga telah meluaskan wilayahnya ke bahagian
timur Tanah Melayu, Barat Daya Borneo (Pontianak), Jawa Barat dan Kepualuan Maluku.44
Namun demikian, kegemilangan kerajaan Singhasari ini juga tidak bertahan lama rentetan
daripada serangan tentera Khublai Khan dari negara China malah Kendiri juga telah
memberontak terhadap Kartanegara sehingga menyebabkan beliau terbunuh. Pada tahun 1292
ini telah menyebabkan kerajaan Singhasari dalam keadaan yang sangat terancam malah
menantu Kartanegara iaitu Raden Wijaya telah melarikan diri ke Majapahit setelah Kartanegara
terbunuh dalam pemberontakan yang dilakukan oleh Kendiri.45
Setelah Raden Wijaya berjaya melarikan diri ke Majapahit maka pada tahun 1293 beliau
telah ditabalkan menjadi seorang raja Majapahit.46 Sekitar tahun 1293 hingga 1353 kerajaan
Majapahit membina kerajaannya di Jawa Timur dan pada tahun 1331, Gajah Mada telah dilantik
menjadi Perdana Menteri Majapahit. Oleh itu, semasa Majapahit di bawah pentadbiran Gajah
Mada, beliau telah memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan empayar
Majapahit. Hal ini demikian, sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1369, Gajah Mada
telah berjaya meletakkan Sumatera, Tanah Melayu, Patani, Borneo Selatan dan Barat,
Kepulauan Sulu, Sulawesi dan pulau-pulau Maluku telah diletakkan di bawah naungan kerajaan
Majapahit. Selain itu, kerajaan Majapahit ini juga mencapai tahap kegemilangannya semasa di
bawah pentadbiran Raja Hayam Wuruk (1350 sehingga 1389). Namun, setelah kematian Raja
42
43

N. J Ryanm, op. cit, hlm. 12.


Vlekke, Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, hlm. 53.

44

Ibid.

45

Dr Sardesai, op cit, hlm. 56.


Sartono Kartodhirdjo, Sejarah Nasional Indonesia II, Jakarta: Department Pendidikan dan Kebudayaan,
Balai Pustaka, 1977, hlm. 257.

46

P a g e | 17
Hayam Wuruk, kerajaan Majapahit sebagai sebuah kerajaan Hindu yang terbesar di Asia
Tenggara telah mengalami kemerosotan disebabkan oleh masalah dalaman iaitu berlaku
perebutan kuasa antara saudara-saudaranya.47
Namun demikian, semasa kerajaan Majapahit berada di bawah pemerintahan Raja
Hayam Wuruk, agama Hindu merupakan agama rasmi kerajaan Majapahit yang berpusat di
Jawa Timur. Agama Hindu ini juga telah meninggalkan kesanya kepada masyarakat Indonesia
kerana melalui ajaran agama Hindu ini maka raja telah dianggap sebagai jelmaan Tuhan.48
Namun demikian, pengamalan agama Hindu ini hanya dalam kalangan aristokrasi sahaja iaitu
hanya dalam golongan pemerintah yang menganuti agama ini secara sepenuhnya. Pada abad
ke-13, berlaku perluasan agama Islam di rantau Asia dan kebangkitan kerajaan Siam telah
melemahkan pengaruh empayar Hindu Majapahit dan sekitar tahun 1513 hingga 1528
kerajaaan Hindu Majapahit telah berakhir.49
Salah satu penyebab kepada kemerosotan kerajaan Majapahit ini adalah disebabkan
oleh faktor kemasukan kuasa barat seperti Belanda ke Indonesia. Hal ini bermula setelah
Belanda berjaya mengalahkan Portugis di Melaka pada tahun 1641. Hal ini menandakan
bahawa kekuasaan Portugis di Selat Melaka tamat. Namun demikian, setelah Belanda berjaya
menguasai Melaka, Belanda tidak memajukan Melaka tetapi lebih mementingkan Betawi
(Jakarta) sebagai pusat perdagangan di Kepulauan Melayu.50 Melaka hanya berfungsi sebagai
pusat pengumpulan bijih timah Belanda. Di samping itu, Belanda juga mengamalkan dasar
monopoli dan telah memperkenalkan pelbagai jenis tanaman di Indonesia. Hal ini boleh dilihat
melalui galakan pihak Belanda dalam penanaman gula di sekitar Betawi dan juga lada hitam di
kawasan Sumatera Selatan dan Bantam.51
Namun demikian, sikap Belanda yang suka memaksa dan melakukan penindasan
terhadap rakyat Indonesia telah menyebabkan banyak kesan buruk. Hal ini boleh dibuktikan
apabila Belanda telah menggunakan buruh paksa bagi menggantikan penanaman bebas oleh
petani di Pulan Banda. Selain itu, Belanda juga telah menyekat bekalan beras dari Jawa dan

47
48
49
50
51

Kunaseelan a/l Muniandy, op cit, hlm. 14.


J. D. Ledge, op cit, hlm 33.
Victor Purcell, The Revolution in SEA, hlm. 24.
Kunaseelan a/l Muniandy, op cit, hlm. 22.
J. S Furnivall, Hindia Belanda: Satu Pengkajian Ekonomi Majmuk , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1983, hlm 53-54.

P a g e | 18
memaksa rakyat memakan sagu sahaja. Hal ini telah menyebabkan peningkatan kadar
kematian tetapi Belanda masih memerlukan hamba abdi yang banyak.52
Selain itu, semasa Belanda menduduki Indonesia, Belanda juga telah menggalakkan
penghijrahan orang Cina ke Indonesia. Orang- orang Cina ini berperanan sebagai pemungut
cukai, peniaga kecil, orang tengah dalam perniagaan dan sebagai pegawai kecil dalam
pentadbiran Belanda. Namun demikian, Belanda mula mengalami kemerosotan setelah
berlakunya pembubaran V.O.C, Perang Napoleon di Eropah, Perang Paderi di Sumatera dan
Perang Jawa. Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah tersebut maka Belanda telah
melaksanakan beberapa dasar seperti Sistem Kultur pada tahun 1830.53 Di bawah sistem kultur
ini, petani-petani Jawa dikehendaki menggunakan satu per lima daripada tanah mereka untuk
menanam tanaman komersial seperti kopi, teh, tebu, indigo, tembakau, lada hitam, kapas dan
kulit kayu manis. Namun demikian, sistem kultur ini tidak berjaya kerana mengabaikan
pembangunan pulau-pulau luar dan bagi mengatasi masalah ini maka Belanda telah
memperkenalkan Dasar Liberal bagi menggantikan sistem Kultur. Oleh itu, di bawah Dasar
Liberal ini maka hanya orang Cina dan pemodal-pemodal swasta Belanda sahaja yang
menikmati keuntungan kerana monopoli Belanda telah dikurangkan.54

52

J. S Furnivall, op. cit, hlm. 59-60.


Dr Sardesai, op cit, hlm. 139.
54
Kunaseelan a/l Muniandy, op cit, hlm. 30.
53

P a g e | 19
2.3.2 Kesultanan Sulu Sehingga Kedatangan Sepanyol
Sebelum kedatangan Orang Sepanyol, penduduk Filipina terdiri daripada pelbagai puak dan
hampir keseluruhannya adalah daripada rumpun etnik Melayu. Penduduk Filipina awal ini
merupakan pelaut-pelaut yang tinggal di persisiran pantai dan sungai di mana mereka hidup
dengan hasil-hasil laut serta menjalankan kegiatan pertanian slash and burn dikenali sebagai
kaingin (pertanian pindah). Akibat daripada kedudukan geografinya yang terpencil dan sistem
pengangkutan yang primitif, maka penduduk Filipina dapat mewujudkan sistem kebudayaan
mereka yang unik dan tersendiri serta mempunyai pelbagai dialek. Setiap petempatan,

barangay, diketuai oleh orang yang paling kuat dan berani di antara mereka serta
bertanggungjawab untuk melindungi rakyat di bawahnya iaitu ketua ini yang digelar sebagai
Datu.55
Petempatan-petempatan jiran kadangkala akan bergabung dan membentuk satu
kesatuan untuk menyerang atau menghadapi serangan-serangan daripada pihak luar. Kalau
tidak, barangay-barangay ini merupakan komuniti-komuniti yang berautonomi sendiri. Hal ini
mendorong berlakunya perdagangan dan sistem barter di antara barangay dan kerjasama di
antara mereka. Sebelum kedatangan orang Sepanyol, masyarakat ini telah menjalinkan
perdagangan yang amat luas dengan pedagang-pedagang China dan Melayu di selatan
berhampiran dengan Borneo. Saudagar-saudagar ini akan membawa sutera dan porselin serta
menukar barangan mereka ini dengan emas, perak dan batu permata lain.56
Berbeza daripada negara-negara lain di Asia Tenggara, sejarah awal Filipina tidaklah
bermula dengan kedatangan pengaruh India hingga menyebabkan wujudnya kerajaan-kerajaan
Hindu-Buddha. Jika ada pun pengaruh India ia mungkin datang secara tidak langsung daripada
Empayar Srivijaya dan Majapahit sehingga ianya tersebar sedikit sebanyak pengaruh India
dalam bidang agama, bahasa, sastera dan kesenian. Kekosongan sejarah seperti inilah yang
segera diisi oleh pengaruh Islam hingga mewujudkan kerajaan Islam di Filipina. Kerajaan Islam

55

Cesar Adib Majul, Islam Di Filipina (Terj: oleh Shamsuddin Jaapar daripada buku Muslim In The
Philippines, 1979), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988, hlm. 73.

56

Ibid.

P a g e | 20
di Filipina melibatkan tiga wilayah penting iaitu di Kepulauan Sulu, wilayah Manguindanao di
Pulau Mindanao dan wilayah Manila di Pulau Luzon.57
Seorang pendakwah dari Palembang bernama Abu Bakar telah mendirikan Kesultanan
Sulu dan meninggal dunia pada tahun 1840 M. Akan tetapi, spekulasi mengenai tarikh sebenar
penyebaran Islam di Sulu sentiasa menjadi tanda tanya. Dipercayai juga bahawa Islam datang
ke Kepulauan Sulu sejak abad ke-9 lagi melalui perdagangan, tapi ia tidak menjadi faktor yang
penting dalam sejarah Sulu sehingga abad ke-13 ketika orang yang menyebarkan Islam (dai)
mulai pertama kali tinggal di Buansa (Jolo) dan kemudian ke daerah-daerah lain Kepulauan
Sulu. Kedatangan Islam menurut Cesar Majul (1974: 5) membawa: hukum baru, standard etik
yang luhur, dan pandangan hidup baru. Justeru, Islam menjadi dasar utama bagi menjamin
pembangunan Kesultanan Sulu sekitar tahun 1450. Oleh itu, Islam menjadi sumber hukum dan
institusi mereka yang memberikan orde dan bentuk masyarakat mereka.58
Dengan Islam ia sudah boleh membezakan masyarakat mereka daripada masyarakat
peribumi yang lain yang mendiami pulau-pulau di sekitarnya. Ia mengarahkan Kesultanan Sulu
ke suatu perkembangan yang terpisah dari Visayas dan Luzon contohnya. Hal ini menjadi lebih
jelas ketika Sepanyol datang yang kemudian melakukan kolonialisasi di daerah Luzon tetapi
masyarakat di Sulu tidak terjejas. Institusi Kesultanan Sulu berakhir tahun 1915, dan ini bererti
selama 500 tahun Kesultanan Sulu telah berjaya memerintah Filipina. Majoritu sarjana percaya
Kesultanan Sulu sebagai suatu sistem kesultanan yang terakhir .59
Selain itu, Islam tiba di Filipina melalui kedatangan seorang lagi yang dipanggil sebagai
Tuan Mashaika yang telah datang ke Sulu dan pada waktu tersebut juga penduduk-penduduk
Sulu belum lagi menganut agama Islam sehinggalah tertubuhnya kerajaan Sulu yang
merupakan kerajaan Islam pertama di Filipina.60 Sejarah awal Filpina adalah sejarah Islam oleh
kerana Islam adalah agama yang terlebih dahulu mempengaruhi penduduk tempatan hingga
tertubuhnya kerajaan-kerajaan awal di situ.61 Sungguhpun pernah dibuktikan tentang adanya
pengaruh India, namun ia begitu terbatas sehingga tidak perlu dibincangkan dalam sejarah
Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 73-74.
Ibid., hlm. 74.
59
Saiful Muzani, Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara, Jakarta: PT Pustaka,
1993. hlm. 197.
60
Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 73.
61
Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur:
Penerbitan Pena Sdn. Bhd, 1993, hlm. 118.
57
58

P a g e | 21
Filipina disebabkan tidak pernah ada kerajaan Hindu-Buddha yang diketahui pernah ditubuhkan
di Filipina sepertimana kewujudan pengaruh agama ini negara-negara lain di Asia Tenggara.62
Terdapat juga yang berpendapat kedatangan Islam ke Sulu adalah bermula pada abad
ke-13, dibawa oleh tokoh-tokoh yang dikenali dengan nama Tuan Mashaika serta Tuan
Maqbalu dan kemudiannya pada tahun 1308, tiba pula Al-Makhdum yang mana pada masa
tersebut sudah wujud komuniti Islam di Buansa.63

Sayyid Abu Bakar, seorang yang

berketurunan Arab datang ke Sulu merupakan tokoh yang bertanggungjawab menegakkan


Kesultanan Sulu dan sekaligus menjadi rajanya yang pertama. Tujuan beliau datang ke
Nusantara sebenarnya adalah mengembangkan lagi ajaran tasawuf Abu Ishak al-Shirazi,
pengarang kitab Aa-Durr al-Manzum. Di Sulu, beliau telah berkahwin dengan Paramisuli, puteri
tunggal Raja Baguinda yang juga telah melantiknya menjadi seorang Kadi dan Imam. Apabila
Raja Baguinda meninggal dunia, lalu orang-orang Sulu mengangkatnya sebagai Sultan dengan
gelaran Sultan Sharif al-Hashim dan memerintah sehingga tahun 1480. Kesultanan Sulu adalah
sebuah

kerajaan Muslim yang pernah suatu masa dahulu menguasai Laut Sulu di Filipina

Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini
telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke negeri Sabah.64
Suatu keistimewaan dalam sejarah awal Sulu ini ialah penggunaan khutbah dan kitabkitab sebagai alat propaganda kerajaan yang mana melaluinya para Sultan akan dipuji sikapsikap mereka dan kejayaannya juga.65 Sultan Sharif al-Hashim misalnya disebut sebagai Sayyid
al-Asr atau tokoh zamannya dalam bidang agama. Demikian juga halnya dengan Sultan-sultan
Sulu selepas itu seperti Sultan Alauddin, Sultan Nasiruddin, Sultan Amir al-Ulama, Sultan Muiz
al-Mutawaddin, Sultan Muhammad al-Halim dan sehinggalah kepada Sultan terakhir iaitu Sultan
Jamal al-Kiram yang mangkat pada tahun 1936. Ibu kota kerajaan Sulu semasa pemerintahan
awal Sultan-sultannya adalah di Buansa dan ada juga di Dungun tetapi kebanyakkannya di
Jolo.66
Sepanjang

zaman

kegemilangan

Kesultanan

Sulu

ini,

wilayah

yang

menjadi

kekuasaannya dikatakan amat luas sehingga meliputi seluruh Kepulauan Sulu, selatan

62

Abdul Rahman Haji Abdullah, op. cit, hlm. 119

Ibid.
Ibid., hlm. 120.
65
Ibid.
66
Saiful Muzani, op. cit, hlm. 198.
63
64

P a g e | 22
Zamboanga, Palawan dan Sabah. Walau bagaimanapun, kehadiran Sepanyol di Filipina pada
tahun 1566 merupakan suatu ancaman besar terhadap kestabilan wilayah-wilayah yang berada
di bawah kekuasaan kesultanan ini dan antara ancaman Sepanyol yang terbesar adalah berlaku
pada tahun 1638, iaitu tiga tahun selepas ia bertapak di Zamboanga. Pada tahun tersebut
Sepanyol berjaya menewaskan Sultan Muwallil Wasit I (Raja Bungsu), tetapi 6 tahun kemudian
Raja Bungsu berjaya menghalau Sepanyol dari Zamboanga. Ancaman besar yang kedua berlaku
pada tahun 1749 apabila Sultan Azimuddin I berjaya ditipu oleh Sepanyol sehingga membawa
kepada kejatuhannya daripada takhta.67
Semasa kedatangan Sepanyol, Filipina adalah

terletaknya jauh daripada jalan

perdagangan utama yang telah menghubungkan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan
Indonesia dengan India, dan di mana agama Hindu, Buddha dan Islam telah lalui. Pada akhir
abad ke-15, negeri utamanya adalah di selatan iaitu Kesultan Sulu. Filipina ditemui secara tidak
sengaja oleh kuasa Eropah apabila kuasa-kuasa Eropah ini berlumba-lumba mencari jalan ke
kepulauan Hindi untuk mendapatkan rempah ratus. Didorong oleh kejayaan Marco Polo dalam
perjalannya di Asia, Portugal dan Sepanyol, dua kuasa barat yang besar pada ketika itu, cuba
bersaing untuk menemui jalan baru ke Maluku, kepulauan rempah di Indonesia.68
Ferdinand Magellen, dan ekspedisi-ekspedisi lain yang telah meletakkan kepulauan
Filipina dalam peta dunia. Ferdinand Magellen belayar dari Sepanyol pada 1519 dengan 5 buah
kapal dan 264 anak kapal. Tiga tahun kemudian hanya sebuah sahaja kapal iaitu Victoria yang
kembali ke Sepanyol bersama 18 anak kapal. Ekspedisi Magellen ini telah tiba di Pulau Samar
pada 15 Mac 1521. Magellen disambut oleh dua orang Raja iaitu Kolambu dan Siagu.69
Dengan kebangkitan kuasa Sepanyol yang bermarkas di Manila serta ditambah lagi
dengan kemerosotan kekuatan Kesultanan Brunei, akhirnya Sepanyol berjaya muncul menjadi
kuasa paling dominan di Filipina. Tempoh 300 tahun pendudukan Sepanyol di Filipina
membuktikan Sepanyol merupakan satu-satunya kuasa yang agung di bumi Filipina dan tiada
kuasa Eropah lain yang dapat menandinginya dalam penaklukan dan pemerintahan di Filipina.
Namun begitu, pendudukan Sepanyol berakhir juga dengan kedatangan tentera Amerika
Syarikat di Filipina yang bermula pada tahun 1899 dan selepas itu Amerika Syarikat pula yang
Cesar Adib Majul, op. cit, hlm. 72.
P. Church, A Short History of Southeast Asia, John Wiley& Sons (Asia) Pte. Lt., 2003, hlm. 125-126
69
D. Corpuz Onofre, Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 12-15.
67
68

P a g e | 23
memerintah Filipina sehingga negara tersebut berjaya mencapai kemerdekaannya pada tahun
1946.70
Walau bagaimanapun, sepanjang lebih 300 tahun pendudukan Sepanyol di Filipina dan
tercetusnya banyak peringkat peperangan Moro, yang pasti Sepanyol tidak pernah berjaya
menakluki Filipina secara keseluruhannya terutamanya di Selatan Filipina akibat penentangan
hebat yang diterima daripada bangsa Moro di wilayah terbabit. Sepanyol tidak pernah berjaya
menjajah masyarakat Islam di Selatan Filipina walaupun terdapat banyak peperangan yang
melibatkan kuasa penjajah tersebut dengan masyarakat Islam di wilayah terbabit.71
Bangsa Moro sememangnya mengalami kekalahan teruk akibat ancaman dan serangan
daripada Sepanyol, namun mereka tidak pernah dikuasai atau dijajah oleh Sepanyol dan begitu
juga dengan sebaliknya yang mana Sepanyol juga tidak pernah berjaya menguasai atau
menjajah Selatan Filipina. Demikian juga halnya dengan kedatangan Amerika Syarikat di Filipina
selepas Perjanjian Perancis 1898, orang Amerika juga tidak berjaya menundukkan bangsa Moro
walaupun pelbagai cara telah dilakukan. Malah sebaliknya ia telah mendorong kepada lahirnya
gerakan

pemisahan

kemudiannya

selepas

itu.72

Perjanjian

Perancis

1898

tersebut

ditandatangani berikutan dengan kekalahan Sepanyol kepada Amerika Syarikat dalam satu
peperangan bagi untuk menduduki Filipina.
Perkembangan kerajaan-kerajaan Islam di Filipina juga terbantut. Ia berlaku disebabkan
akibat kedatangan orang Sepanyol yang dengan segera menyekat kemaraan masyarakat Islam
di kerajaan-kerajaan ini. Sepatutnya kerajaan-kerajaan Islam ini dapat berkembang dengan
baik kerana tidak menghadapi sebarang cabaran atau ancaman daripada kerajaan-kerajaan
Hindu-Buddha seperti mana yang dialami oleh wilayah-wilayah lain di Asia Tenggara pada
ketika itu. Walau bagaimanapun, kedatangan kuasa penjajah Sepanyol telah menghalang
perkembangan kerajaan-kerajaan Islam ini disebabkan kerajaan ini selalu menerima cabaran
dan diserang oleh Sepanyol bagi membolehkan kerajaan Sepanyol melebarkan kuasanya di
wilayah-wilayah kerajaan-kerajaan Islam terbabit dan sekaligus menyebarkan agama Kristian

D. Corpuz Onofre, op. cit, hlm. 15.


T.J.S George, Revolt in Mindanao: The Rise of Islam in Phillipine Politics, Kuala Lumpur: Osford
University Press, 1980, hlm. 38.
72
W. K. Che Man, Muslim Separatiosm The Moros Of Southern Phipilines And The Malays Of Southern
Thailand, Singapore: Oxford University Press, 1990, hlm. 23-24.
70
71

P a g e | 24
Katholik mereka. Kerajaan-kerajaan Islam yang terdapat di Filipina ini melibatkan tiga wilayah
penting iaitu Kepulauan Sulu, Pulau Mindanao dan Manila di Pulau Luzon.73
Penjajahan Sepanyol di Filipina juga juga telah menyebabkan penghapusan dan
kemerosotan kekuatan Kesultanan Brunei, Sulu, Midanao dan Manila akibat selalu diserang dan
diancam oleh kuasa Sepanyol. Kemerosotan kekuatan Kesultanan Sulu adalah berkait rapat
dengan Perang Moro yang terakhir apabila meningkatnya pengaruh Sepanyol ke atas SultanSultan Mindanao serta kemerosotan kuasa dan pengaruh-pengaruh tersebut yang berpecah dan
sebagainya. Selain daripada itu juga, kemerosotan Kesultanan Brunei telah membawa Sepanyol
muncul menjadi kuasa paling dominan di Filipina kerana sebelum itu terdapat wilayah-wilayah
tertentu di Filipina yang ditadbir oleh Kesultanan ini. Serangan dan ancaman yang sering
diterima daripada Sepanyol kerana cuba mempertahankan wilayah-wilayah tersebut dan juga
cuba membantu kesultanan-kesultanan Islam yang terdapat di Filipina juga telah membawa
kepada kemerosotan kuasanya. Selain itu, Kesultanan Brunei dengan Kesultanan Sulu dan
Mindanoa mempunyai pertalian persaudaraan serta mempunyai perhubungan yang sangat
akrab.74
Hal ini menyebabkan pihak penjajah Sepanyol amat begitu bimbang dengan keadaan
tersebut. Hal ini memberi kesan ke atas masyarakat Islam di Filipina khususnya di selatan
Filipina.75 Selain daripada itu, dasar Sepanyol pada abad ke-19 yang cuba untuk menakluki
Kesultanan-kesultanan Islam, terutamanya sekali Kesultanan Sulu dan meletakkan kesultanankesultanan ini di bawah pemerintahan Sepanyol juga telah membawa kepada kemerosotan
kekuatan Kesultanan Sulu. Hal ini kerana persaingan di antara kuasa barat yang lain seperti
Belanda dan British yang sering menjalankan aktiviti perdagangan di Sulu menyebabkan
Sepanyol merasakan kedudukannya akan tergugat. Oleh itu mereka perlu bertindak lebih awal
menguasai Kepulauan Sulu sebelum Belanda dan British bertapak kuat dari segi politik dan
ekonominya di wilayah tersebut iaitu dengan cara menyerang Kesultanan Sulu yang merupakan
pemerintah di kepulauan tersebut.76

W. K. Che Man, op. cit, hlm. 24.


---, Ensiklopedia Dunia: F-G: Jilid 7, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 115-116
75
Cesar Adib Majul, op ci, hlm. 118.
76
B. John & B. Herry, Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000,
hlm. 56.
73
74

P a g e | 25
Proses pertapakan dan penjajahan Sepanyol di Filipina sehingga membawa kepada
pendudukannya dalam satu tempoh masa yang lama telah mendapat tentangan hebat daripada
masyarakat Islam di Selatan Filipina sehingga ia telah mencetuskan suatu peperangan yang
memakan masa hampir lebih 300 tahun iaitu dikenali sebagai Perang Moro. Perang Moro ini
melibatkan enam peringkat peperangan yang bermula pada tahun 1571 di antara Sepanyol dan
orang Islam yang digelar bangsa Moro oleh kuasa Sepanyol. Peperangan yang berlaku ini
merupakan tindak balas bangsa Moro terhadap penjajahan Sepanyol melalui dasar-dasarnya
yang jelas bertentangan dengan kehidupan mereka terutamanya dari aspek keagamaan dan
ekonomi. Peperangan yang memakan masa lama ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada
masyarakat Islam dari pelbagai aspek kehidupan mereka.77
Kedatangan orang-orang Sepanyol ke Filipina pada tahun 1521 M, selain untuk menjajah
juga bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian. Dengan kekerasan, pemujukan atau
menundukkan secara halus dengan hadiah-hadiah, orang-orang Sepanyol dapat memperluas
kedaulatannya hampir ke seluruh wilayah Filipina. Namun, ketika Sepanyol menakluk wilayah
utara Filipina dengan mudah dan tanpa perlawanan bererti, tidak demikian halnya dengan
wilayah selatan.Tentera kolonial Sepanyol harus bertempur mati-matian melawan kesultanan
Islam di wilayah selatan Filipina, yakni Sulu, Manguindanau dan Buayan.78
Rentetan peperangan yang panjang antara Islam dan Sepanyol hasilnya tidak nampak
kecuali bertambahnya ketegangan antara orang Kristian dan orang Islam Filipina.79 Sejak
masuknya orang-orang Sepanyol ke Filipina, pada 16 Mac 1521 M, penduduk pribumi telah
menghidu adanya maksud lain dibalik ekspedisi ilmiah Ferdinand de Magellans. Ketika kolonial
Sepanyol menakluki wilayah utara dengan mudah dan tanpa penentangan namun tidak
demikian halnya dengan wilayah selatan. Mereka lantas melihat penduduk wilayah selatan
melakukan penentangan yang sangat gigih, berani dan pantang menyerah. Tentera kolonial
Sepanyol terpaksa bertempur mati-matian kilometer demi kilometer untuk mencapai MindanaoSulu (kesultanan Sulu ditakluk pada tahun 1876 M). Menghabiskan lebih dari 375 tahun masa

Wan Kamal Mujani et. al, Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 81.
78
Cesar Adib Majul, op cit, hlm. 92.
79
Tim Penyusun, Pengantar Studi Islam, Surabaya: IAIN Sunan Ampel Press, Cet. IV, 2006, hlm. 307308.
77

P a g e | 26
kolonialisme dengan perang berkelanjutan melawan kaum Muslimin. Walau demikian, kaum
Muslimin tidak pernah dapat ditundukan.80
Selama masa kolonial, Sepanyol menerapkan politik devide and rule (pecah belah dan
kuasai) serta mision-sacred (misi suci Kristianisasi) terhadap orang-orang Islam. Bahkan orangorang Islam digelar sebagai "Moor" (Moro) (gelaran terhadap hal-hal yang buruk).81 Maksudnya
orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang bunuh). Sejak itu
gelaran Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan selatan Filipina
tersebut.82
Tahun 1578 M terjadi perang besar yang melibatkan orang Filipina sendiri. Bangsa
Sepanyol memberikan layanan yang buruk terhadap orang-orang Islam di Semenanjung Iberia.
Mereka menyerang kerajaan Muslim Sulu, Manguindanau dan Manila dengan fanatisme dan
keganasan yang sama seperti mereka memperlakukan penduduk muslim mereka sendiri di
Sepanyol.83
Menghadapi latar belakang seperti ini, orang-orang muslim Filipina (bangsa Moro)harus
berjuang bagi kelangsungan hidupnya sampai ke saat ini, lebih dari empat abad. Sepanyol tidak
pernah dapat menakluki kesultanan Islam Sulu walaupun dalam keadaan perang terus
menerus, dan harus mengakui keadaan mereka yang merdeka. Agama Islam juga dilihat
sebagai sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol.
Masyarakat Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting
dalam usaha mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran
dakyah Kristian secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad
ke-16 lagi dan sepanjang tempoh itu, kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai
sumber kekuatandan penyatuan rakyatnya. Perang Moro yang berlangsung sepanjang abad
ke-16 hingga abad ke-20 membuktikan hakikat ini. Contohnya pada tahun 1578, apabila tentera

Filipina dlm. http://id-id.facebook.com/note.php?note_id+193239317353495 diakses pada


16/11/2011, jam 1:30 p.m
81
Cesar Adib Majul, Op Cit;.hlm. 113.
82
Jason F. Isaacson dan Colin Rubenstein, Islam In Asia:Changing Political Realities, London: Transaction
Publishers and American Jewish Committee, 2002, hlm. 190-191.
83
Abdul Rahman Abdullah, op cit, hlm. 302-303.
80

P a g e | 27
Sepanyol cuba mengusir orang Moro dari kawasan mereka di Bandar Jolo di Pulau Sulu tapi
gagal bertahan kerana penduduk semakin benci kepada mereka.84
Jalan buntu menimpa kedua-dua belah pihak kerana tiada persefahaman dicapai.85
Malahan dalam kalangan pejuang Moro telah timbul satu amalan yang disebut sebagai

Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu berperang dengan Sepanyol.86


Dari sinilah kemudian timbul kebencian dan rasa curiga orang-orang Kristian Filipina terhadap
Bangsa Moro yang Islam hingga sekarang. Sejarah mencatat,orang Islam pertama yang masuk
Kristian akibat politik yang dijalankan kolonial Sepanyol ini adalah isteri Raja Humabon dari
pulau Cebu. Di Manila pula, kewujudan Islam ada disebut oleh Pigafetta. Keluarga yang
memerintah Manila adalah berketurunan Brunei dan berasal dari Borneo. Buktinya, seorang
rahib pada tahun1630 ialah: pemimpin teragung negara itu pada waktu itu seorang raja tua,
Raja Soliman, dan Lacandola. Kedua orang ini, oleh kerana mereka telah menyembah agama
Mahoma, mereka telah memakai nama Mahomaten, di samping adat resam mereka.87
Rajah Sulaiman, tokoh Islam berketurunan Tausug (keturunan bangsa Moro di selatan
Filipina) terus berjuang mengembalikan kedaulatan kerajaan Manila sehingga mati dibunuh
penjajah pada 1571. Lapu-Lapu yang juga beragama Islam berketurunan Tausug adalah Raja
Mactan, sebuah wilayah di Pulau Cebu dan beliau dikenang kerana berjaya membunuh lagenda
pelayar, penakluk dan penyebar Kristian Sepanyol berbangsa Portugis, Ferdinand Magellan pada
27 April 1521. Lapu-Lapu atau juga dikenali Kalifah Pulaka masyhur sebagai tokoh nasionalis
dan rakyat Filipina yang pertama menentang kolonial Sepanyol. Sebagai mengenang jasanya,
rakyat Cebu menggantikan nama kota Opon di Cebu kepada Kota Lapu-Lapu, selain mendirikan
patung tokoh itu. Semasa Sepanyol memerintah juga, Brunei telah kehilangan kuasa politik dan
perdagangan di Nusantara, dan semakin ramai orang Manila terpengaruh dengan ajaran
Kristian.88
Semasa Filipina berada di bawah Sepanyol, pelbagai usaha untuk menghapuskan
pengaruh dan orang-orang Islam telah dilakukan. Contoh, selepas kekalahan Brunei kepada
Sepanyol pada 1578, Sepanyol telah mengarahkan Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa
Joginder Singh Jessy, History of South-East Asia (1824-1965), Kedah: Penerbitan Darulaman, 1985,
hlm. 29-30.
85
D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, Hlm. 306-307.
86
Abdul Rahman Abdullah, op cit, hlm. 299.
87
Cesar Adib Majul, op cit, hlm. 105.
88
Ibid., hlm. 106.
84

P a g e | 28
untuk pergi ke Sulu menuntut ufti daripada pemimpinnya dan kemudian meneruskan perjalanan
ke Mindanao utnuk memaksa pemimpin-pemimpinnya.89 Antara kekerasan yang digunakan oleh
Sepanyol seperti membakar masjid-masjid, mengarahkan pemimpin Islam supaya tidak lagi
menerima pelajar- pelajar untuk mendalami Islam, pemusnahan Al-Quran dan manuskrip Arab
serta pemusnahan makam-makam sultan dan mubaligh Islam. Dalam usaha menguasai Pulau
Mindanao juga, Sepanyol telah membina kota Zamboanga pada tahun 1635 dan ia telah
membawa kekalahan kepada Maguindanao. Kesultanan Maguindanao telah berakhir semasa
pemerintahan Sultan Mangigin (1899-1900), dengan ketibaan tentera Amerika pada tahun 1899
di Filipina.90
Selain itu, dalam membincangkan mengenai maritim di Filipina, kegiatan perlanunan
tidak dapat dielakkan. Istilah lanun sebagai perompak laut adalah berasal daripada perkataan

Iranun atau Illanun yang merupakan penduduk asal Pulau Mindanao. Kawasan utama bagi
mereka adalah di sekitar Tasik Lanao dan Teluk Illana (Teluk Illanun). Mereka ini terkenal
sebagai puak pengembara laut di mana mereka banyak menjalankan kegiatan merompak di
laut dan turut menyerang perkampungan untuk mendapatkan harta dan juga hamba abdi.
Disebabkan mereka sangat terkenal di seluruh Nusantara sebagai perompak di laut, maka
secara tidak langsung masyarakat Melayu telah mensinonimkan nama suku kaum Iranun atau

Illanun dengan kegiatan perompakan di laut. Justeru, istilah lanun telah diguna pakai oleh
orang Melayu selepas abad ke-19 sebagai ganti kepada istilah perompak laut. Menurut J.P
Warren (1981) dalam bukunya yang bertajuk The Sulu Zone: 1768-1898 , beliau mengatakan
bahawa British dengan sesuka hati telah menggunakan perkataan Illanun ini untuk merujuk
kepada perompak laut manakala orang Belanda menganggap puak Illanun ini sebagai satu
ras yang berperangai keji.91

Cesar Adib Majul, op cit, hlm 120-122.


Abdul Rahman Abdullah, op cit, hlm. 304-305.
91
Ahmad Jelani Halimi, Lanun, Pedagang atau Penguatkuasa: Kes Perlanunan di Wilayah Johor Riau
Sebelum Abad ke-19 dlm Jurnal Warisan Johor: Memeilihara Warisan Budaya, Jil. 4, 2002, hlm.
50-51.
89

90

P a g e | 29
Justeru, maksud asal perkataan Iranun atau Illanun itu tidaklah sebegitu buruk
sepertimana maksud yang digambarkan oleh perkataan lanun itu sendiri. Hal ini demikian
kerana, menurut Datu Bandira Datu Alang, Iranun atau Illanun bermaksud berkasih-kasihan
dan ianya amat berlawanan dengan maksud lanun-perompak laut.92

Ahmad Jelani Halimi, op. cit. hlm. 51.

92

P a g e | 30
2.3.3 Kesultanan Brunei sehingga Kedatangan Rejim Brooke
Brunei merupakan salah sebuah negara yang terdapat di Kepulauan Borneo. Brunei terletak di
bahagian utara barat di Kepulauan Borneo dan terletak di antara negeri Sabah dan Sarawak.93
Kesultanan Brunei memiliki banyak wilayah-wilayah jajahan seperti Sarawak, Labuan, dan
sebagainya.94 Pada abad ke-16 sehingga abad ke-19, negara Brunei mencapai zaman
kegemilangannya disebabkan oleh Sultan-Sultan yang bijaksana.95 Brunei telah melakukan
perdagangan dengan negara China semenjak abad ke-6 lagi. Ketika itu, Brunei berada di bawah
pengaruh Buddha. Pada awal abad ke-15, pengaruh agama Islam telah masuk ke Brunei dan
mengubah pemerintahan negara tersebut kepada Kesultanan.96 Sejarah Kesultanan Brunei
boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu sosial, ekonomi dan politik.
Dari segi sosial, negara Brunei memiliki keluasan sebanyak lebih dari 5765 kilometer
persegi.97 Kebanyakkan kawasan di Brunei terdiri daripada hutan hujan tropika. Jumlah
penduduk di Brunei mencecah sebanyak 395, 027 juta orang dan kebanyakkannya tinggal di
bandar.98 Terdapat banyak bangsa yang tinggal di Brunei seperti bangsa Melayu Brunei,
Kedayan, Tutong, Dusun, Belait, Murut dan Bisaya.99 Majoriti penduduk Brunei terdiri daripada
etnik Melayu Brunei. Penduduk di Brunei secara majoritinya bertutur dalam bahasa Melayu.100
Dari segi agama, Islam merupakan agama rasmi bagi negara Brunei.101 Tetapi agama lain
seperti Buddha, Kristian dan animisme juga turut diamalkan.102

93

Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm.

mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4:00 p.m


94

Ibid,

Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah oleh Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee
dlm. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf, diakses pada 10/12/2011, jam 4:15 p.m
95

96
97

Ibid.
Ibid.

Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.
majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.
98

99

Ibid.

Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah oleh Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee.
eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf diakses pada 10/12/2011, jam 4:15 p.m
101
Perjajjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm.
mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4.00 p.m
100

102

Ibid.

P a g e | 31
Seterusnya, kita lihat pula dari segi ekonomi Brunei. Semasa Kesultanan Brunei, sumber
ekonomi kerajaan tersebut diperolehi hasil daripada cukai, perdagangan, hutan dan
sebagainya.103 Walau bagaimanapun, sumber minyak mentah dan gas asli ditemui pada abad
ke-19 dan menjadi sumber utama ekonomi Kesultanan Brunei kemudiannya

104

Seterusnya, kita lihat pula dari segi politik. Kesultanan Brunei merupakan sebuah
kerajaan yang mengamalkan pemerintahan berbentuk monarki.105 Sultan yang memerintah
dipilih berdasarkan waris atau keturunan. Terdapat sebanyak 29 orang Sultan sejak penubuhan
kerajaan Kesultanan Brunei.106 Antara Sultan-sultan Brunei yang berwibawa adalah seperti
Sultan Bolkiah (1485-1524)

dan Sultan Omar Ali Saifuddein (1740-1795) yang merupakan

zaman kegemilangan Kerajaan Kesultanan Brunei.

107

Kesultanan Brunei menghadapi banyak masalah dalam pentadbiran wilayah-wilayah


yang dimilikinya. Terdapat berbagai masalah yang dihadapi seperti masalah perlanunan,
pemberontakkan dan sebagainya disebabkan oleh pembesar-pembesar Brunei yang tidak
berwibawa. Atas tujuan tersebut, Sultan Brunei telah menjemput James Brooke yang secara
kebetulannya singgah di Kuching bagi membantu Kesultanan Brunei. Dengan itu, James Brooke
telah memulakan pengaruh dan kuasanya ke atas wilayah Sarawak.108
James Brooke merupakan seorang askar Inggeris dan dilahirkan pada 29 April 1803 di
India.109 Beliau merupakan seorang yang kaya dan memiliki sebuah kapal yang diberi nama
sebagai Royalist

103

110

Pada tahun 1838, beliau telah melakukan pelayaran ke Borneo dan singgah

Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.

majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.


104

Ibid,
Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm.
mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4:00 p.m
106
Senarai Sultan Brunei dlm. www.pusat-sejarah.gov.bn/sultanbrunei.htm diakses pada 10/12/2011
jam 5:00 p.m
105

107

Ibid.

108

Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.

majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.


109

Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m
110

Ibid.

P a g e | 32
di Singapura dan seterusnya Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama.111 Ketika itu, Sarawak
merupakan sebuah negeri yang berada dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Namun
begitu, Sultan Brunei menghadapi tentangan daripada kaum Dayak di Sarawak. Untuk itu,
Sultan Brunei telah meminta bantuan daripada James Brooke untuk membantu menamatkan
pemberontakan tersebut.112 Dengan bantuan James Brooke, pemberontakan oleh kaum Dayak
telah dapat dihentikan. Untuk itu, Sultan Brunei telah menjadikan James Brooke sebagai raja
putih yang pertama di Sarawak sebagai menghargai jasa beliau.113 Sultan Brunei telah
memajakkan Sarawak kepada James Brooke . James Brooke telah mengubah pemerintahan di
Sarawak kepada pentadbiran cara Inggeris. Sepanjang pemerintahan James Brooke, beliau
telah mengubah Kesultanan Brunei.
Salah satu perubahan yang dilakukan oleh James Brooke adalah menghapuskan lanun
atau perlanunan.114 James Brooke begitu tidak menggemari kaum Dayak atau Iban di Sarawak.
Beliau menganggap bahawa kaum Iban merupakan lanun.115 Hal yang demikian disebabkan
keengganan penduduk Iban yang tinggal di tepi sungai seperti Sungai Skrang dan Saribas
untuk membayar cukai. Tambahan pula, orang Iban merupakan bangsa yang mengamalkan

headhunting atau pemburu kepala serta pernah bersama-sama dengan kaum Iranun untuk
melakukan maritime raiding di perairan Filipina.116 Bagi beliau, orang Iban telah banyak
mendatangkan kesusahan kepada Sultan Brunei dan perlu dihapuskan. Bagi tujuan tersebut,
beliau telah melakukan ekspedisi ketenteraan ke atas kaum Iban yang tinggal di sungaisungai.117 Beliau telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang-orang Iban di sekitar
Sungai Skrang dan Saribas serta Mukah. Antara tokoh-tokoh yang terbilang adalah seperti

111

A Tale of Two Centuries : The Globalisation of Maritime Raiding and Piracy in Southeast Asia at The
End of Eigteenth n Twentieth Centuries oleh James. F. Warren dlm.
www.ari.nus.edu.sg/docs/wps/wps03_002.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:15 p.m.
112

Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m
113
114

Ibid.

Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.
majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria. diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m
115

Ibid.

116

Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m
117
Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m

P a g e | 33
Rentap, Linggi dan Sharif Masahor.118 James Brooke telah menggunakan kapalnya yang
bernama Royalist dan dibantu oleh Angkatan Tentera Laut British yang menggunakan kapal

HMS Dido untuk menjalankan ekspedisi ketenteraan tersebut antara tahun 1843 sehingga tahun
1844.119 Pada tahun 1849, James Brooke telah menewaskan kaum Dayak Laut di Batang Maru
dengan bantuan kapal HMS Albatros dan kapal SHTI iaitu Nemesis dan Semiramis.120 Hasilnya,
beliau berjaya menghapuskan penentangan orang Iban kepada Sultan Brunei. Orang Dayak
atau Iban telah berpindah ke kawasan pedalaman untuk meneruskan hidup. Selain itu, beliau
juga menjalankan ekspedisi ketenteraan di perairan Kepulauan Filipina bagi menentang lanunlanun di laut seperti kaum Iranun dan Bajau.121
James Brooke juga berjaya menghapuskan petempatan orang Iranun dan Balangingi di
Tunku dan Shilabat dengan bantuan Kapten Edward Belcher.122 Seterusnya, James Brooke
dengan bantuan daripada Angkatan Tentera Laut dan SHTI telah berjaya menghapuskan
petempatan lanun di Teluk Marudu pada tahun 1845 dan Labuan pada tahun 1847. 123 Keadaan
tersebut menunjukkan bahawa James Brooke bersungguh-sungguh untuk menghapuskan
kegiatan perlanunan di Kepulauan Borneo. Hasil daripada semua ekspedisi ketenteraan
tersebut, kegiatan perlanunan di sekitar Kepulauan Borneo telah tamat sama sekali pada abad
ke-19.124 Selain itu, kita lihat pula dari segi sistem percukaian di pelabuhan. James Brooke juga
menguasai kutipan cukai di pelabuhan-pelabuhan di Sarawak. Antara pelabuhan yang diambil
alih adalah seperti pelabuhan Kuching, Sibu dan Labuan.125 Pada 1 Ogos 1848, James Brooke

Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m
119
Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.
majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria. diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.
118

120
121

Ibid.

Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m.
122
A Tale of Two Centuries : The Globalisation of Maritime Raiding and Piracy in Southeast Asia at The
End of Eigteenth in Twentieth Centuries oleh James. F. Warren dlm.
www.ari.nus.edu.sg/docs/wps/wps03_002.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:15 p.m.
123
124

Ibid.

Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m
125

Ibid.

P a g e | 34
telah mengisytiharkan Labuan sebagai pelabuhan bebas.126 Kebanyakan pedagang yang
singgah di pelabuhan tersebut terdiri daripada orang-orang China dan selebihnya adalah
pedagang lain. James Brooke telah menguasai kutipan cukai di pelabuhan-pelabuhan
tersebut.127
Hasil daripada semua keadaan tersebut, Kesultanan Brunei telah berubah. Antara
perubahan yang ketara adalah seperti pengecilan wilayah Kesultanan Brunei. Antara tahun
1846 sehingga tahun 1910, keluasan wilayah Kesultanan Brunei telah berubah menjadi
sebanyak 2226 batu persegi atau 5765 kilometer persegi.128 Pengecilan wilayah Kesultanan
Brunei bermula pada tahun 1846 apabila Kesultanan Brunei menyerahkan Pulau Labuan kepada
Inggeris. Hal yang demikian disebabkan kebanyakan wilayah Brunei telah diambil alih oleh
James Brooke. Antara wilayah-wilayah yang diambil alih adalah seperti daerah Samarahan,
Sadong, Lingga, Skrang, Krian, Saribas Rejang dan pulau-pulau yang terdapat di sekitar
Kepulauan Borneo.129 Keadaan tersebut telah menyebabkan wilayah yang dimiliki oleh
Kesultanan Brunei menjadi kecil berbanding dengan keluasan asalnya. Secara tidak langsung,
keadaan tersebut telah mengubah Kesultanan Brunei.

126

Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.

majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria. diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.


127

Ibid.

Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah oleh Bilcher Bala & Baszley Bee Basrah Bee
dlm. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf, diakses pada 10/12/2011, jam 4:15 p.m
128

129

Ibid.

P a g e | 35
2.3.4 Kesultanan Melayu Melaka Sehingga Kedatangan Portugis
Pada era terdahulu Kerajaan Melaka adalah merupakan sebuah kerajaan maritim yang teramat
agung sehingga digelarkan sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang paling unggul dan
dikagumi oleh segenap pelusuk dunia sehinggakan ia dapat menarik minat pihak barat untuk
memiliki pelabuhan tersebut serta memperluaskan pengaruh mereka di Melaka sehingga
menyebabkan Melaka jatuh tangan Portugis.130
Seperti yang kita tahu, keagungan dan keunggulan kerajaan Melaka pada abad ke-15
dan awal abad ke-16 disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Kegiatan ini merupakan satu
pendapatan bagi kerajaan Melaka. Melaka digelar oleh orang Arab sebagai Malakat iaitu
perhimpunan segala dagang. Perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kerajaan
Sriwijaya yang terletak di Palembang. Kerajaan ini terkenal sebagai pusat perdagangan.131
Pada awalnya, kerajaan ini hanyalah sebuah kampung nelayan yang kecil yang terletak
di Bertam. Kegemilangan ini adalah berpunca daripada kegigihan pemerintahannya iaitu
Parameswara ataupun Sultan Iskandar Shah dalam membangunkan dan mengembangkan
Kesultanan Melayu Melaka.132 Kerajaan baru yang mula tumbuh di Melaka ini perlu dikenali dan
dikagumi. Pada masa inilah Parameswara telah memainkan peranan pentingnya dalam
membangunkan dan mengukuhkan lagi Kesultanan Melayu Melaka.
Melaka telah berada di puncak kejayaan semasa zaman kegemilangannya pada tahun
1458 iaitu apabila Sultan Mansur Shah telah menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang
amat strategik, Melaka telah menjadi sebuah pangkalan luar yang amat penting bagi kapalkapal penyelidikan Laksamana Cheng Ho. Untuk mengeratkan lagi hubungannya dengan
kerajaan Melaka, Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk membawa
Puteri Hang Li Po yang akan dikahwinkan dengan Sultan Melaka pada masa itu.133
Pada abad ke-15 dan 16, Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan
antarabangsa dan telah menjadi tumpuan dan minat para pedagang daripada bahagian timur
dan barat. Sultan yang memerintah pada ketika itu amat bijak dan telah merancang untuk

Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa &Fuziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara,
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, 1994, hlm. 32.
131
Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op. cit, hlm. 75.
132
Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 32-33.
133
Ibid., hlm. 33.
130

P a g e | 36
memajukan pelabuhan Melaka seperti menyediakan pelbagai kemudahan kepada para peniaga
yang telah datang untuk berniaga di Melaka. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah
menyediakan penginapan serta bekalan makanan dan kemudahan bekalan air, menyediakan
tempat membaiki kapal, menyediakan tempat menyimpan barang-barang dan juga memberi
perlindungan kepada para pedagang dari pelbagai bangsa.134 Kejayaan Melaka menjadi sebuah

emporium dan pelabuhan bertaraf entrepot pada abad ke-15 telah disumbangkan oleh
beberapa faktor yang dianggap utama dan penting kepada kemajuan Melaka sebagai
pelabuhan yang paling maju di Kepulauan Melayu pada masa itu.
Seperti yang kita tahu, Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke15 serta 16 semasa di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Namun kerajaan Melaka telah
mengalami kemerosotannya semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah
berbeza dengan Sultan-sultan yang terdahulu. Baginda amat dikenali dengan sikapnya yang
kejam dan zalim.
Terdapat beberapa faktor yang meneybabkan Melaka menjadi kerajaan maritim yang
unggul di Nusantara. Anataranya ialah kedudukan Melaka yang amat strategik iaitu yang di
mana kedudukan Melaka yang berada di perairan Selat Melaka iaitu laluan antara Timur dan
Barat merupakan satu kemudahan dan keistimewaan.135 Keadaan perairan Selat Melaka yang
begitu strategik ini telah menjadikan ia sebagai laluan utama masyarakat luar yang berkunjung
ke Alam Melayu tanpa sengaja sama ada untuk berdagang mahupun mengembara. Perairan
Selat Melaka juga sering digambarkan dengan kehadiran kapal-kapal pengembara, pedagang,
pengembang agama dan kolonial yang datang tanpa putusputus semenjak awal kurun ke-2
masihi lagi.136 Secara ringkas, dapat dijelaskan bahawa Selat Melaka merupakan laluan
alternatif yang paling strategik dalam mempertemukan masyarakatnya terutama dalam
menjalinkan hubungan perdagangan.

Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 34.
Mohd Yusof Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka Pada Abad
ke-15 dan ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989,
hlm. 236.
136
Hanapi Dollah, Latar Belakang Sosio Budaya Selat Melaka dalam Sejarah Di Selat Melaka , Melaka:
IKSEP & PSMCM, 1997, hlm. 64.
134

135

P a g e | 37
Di samping itu, salah satu faktor utama yang membolehkan Melaka menjadi sebuah
kerajaan maritim yang unggul adalah disebabkan kedudukan Melaka itu sendiri yang strategik
dan sesuai dijadikan sebuah pelabuhan entreport.137 Hal ini demikian kerana, Melaka tidak
terkeluar dari jalan pelayaran antara Timur dengan Barat menyebabkan hasil-hasil dari
Kepulauan Melayu dapat dibawa dan dikumpulkan dengan mudahnya. Melaka juga terletak di
tengah-tengah laluan kapal-kapal dagang. Tome Pires pernah mengatakan bahawa pelabuhan
Melaka begitu baik kerana kapal-kapal boleh berlabuh dalam semua musim dan perdagangan
boleh dijalankan dalam keadaan yang selesa.138 Hal ini telah menarik minat pedagangpedangang untuk datang berdagang ke Melaka.
Faktor seterusnya ialah Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang amat tersusun.
Dalam sistem pentadbiran Kerajaan Melaka telah wujudnya satu Majlis tertinggi yang terdiri
daripada pembesar-pembesar Melaka. Di dalam sistem Majlis tertinggi ini, Sultan Melaka telah
dibantu oleh empat orang pembesar iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu
Bendahari. Empat orang pembesar ini juga dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.139
Pada abad ke-15 dan 16, Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan
antarabangsa dan telah menjadi tumpuan dan minat para pedagang daripada bahagian timur
dan barat. Sultan yang memerintah pada ketika itu amat bijak dan telah merancang untuk
memajukan pelabuhan Melaka seperti menyediakan pelbagai kemudahan kepada para peniaga
yang telah datang untuk berniaga di Melaka. Antara kemudahan yang telah disediakan adalah
menyediakan penginapan serta bekalan makanan dan kemudahan bekalan air, menyediakan
tempat membaiki kapal, menyediakan tempat menyimpan barang-barang dan juga memberi
perlindungan kepada para pedagang dari pelbagai bangsa.140
Selain itu juga, peraturan serta undang-undang telah memantapkan serta mengukuhkan
lagi Kesultanan Melayu Melaka. Antara peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti Undang-undang Laut Melaka serta
Hukum Kanun Melaka. Kedua-dua undang-undang dan peraturan ini telah digubalkan

Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 21.


Ibid., hlm. 22.
139
Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, op. cit, hlm. 33.
140
Ibid., hlm. 34.
137

138

P a g e | 38
berasaskan hukum Islam. Hukum syarak juga telah digunakan kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan agama sahaja.141
Seperti yang kita tahu, Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke
15 serta 16 semasa di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah. Namun kerajaan Melaka telah
mengalami kemerosotannya semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud Shah
berbeza dengan Sultan-sultan yang terdahulu. Baginda amat dikenali dengan sikapnya yang
kejam dan zalim.142
Tambahan pula, hubungan baik Melaka dengan kerajaan China. Pada tahun 1403,
Melaka telah dinaungi oleh China. Kerajaan China telah menghantar perlindungan kepada
Melaka. Melaka telah menggunakan perlindungan yang diberikan kepadanya dengan sebaik
mungkin. Serangan-serangan dari pihak musuh dapat dipatahkan dan seterusnya menjadikan
Melaka sebagai sebuah negeri yang kuat. Para pedagang memandang tinggi kepada Melaka
dan yakin bahawa Melaka mampu memberi perlindungan kepada mereka lalu datang ke
Melaka. Kegiatan perdagangan dengan China telah membawa kepada keutuhan hubungan
Melaka-China. China memperdagangkan kapas dan candu serta mendapat pasaran yang meluas
di Melaka pada ketika itu. Melaka yang mempunyai pelbagai barang dagangan dan pusat
pertemuan pedagang dari seluruh Nusantara telah membawa kepada kedatangan pedagang
China ke Melaka.143 Hubungan ini bertambah baik apabila pemerintah Melaka menghantar
bunga emas kepada maharaja China sebagai tanda hubungan baik antara Melaka dengan
China. Hubungan ini dikukuhkan lagi dengan perkahwinan Sultan Mahmud Syah dengan puteri
maharaja China iaitu Puteri Hang Li Po.144
Walau bagaimanapun, kedatangan Portugis ke Melaka telah menyebabkan keruntuhan
keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Kedatangan Portugis ke Melaka pada awalnya adalah
berpunca daripada rasa tertarik dan secara tidak lansungnya ia telah mendorong rasa minat
dan kesungguhan kerajaan Portugis untuk mendekati kota Melaka lantas menjalinkan hubungan
perdagangan dengan Melaka melalui hasrat yang tersirat di mana mereka ingin menguasi terus
Melaka pada ketika itu. Namun begitu, keinginan kuasa Portugis terhadap Melaka bukanlah

141
142
143

144

Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op. cit, hlm. 76.


Ibid. hlm. 76-77.
A.Samad Ahmad, Salatus Salatin, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003,
hlm. 20.

Ibid.

P a g e | 39
sekadar suka-suka sahaja tetapi ianya merupakan satu keinginan yang mempunyai kepentingan
serta objektif yang tersendiri oleh kerajaan Portugis lantas di dorong oleh beberapa faktor yang
menaikkan semangat mereka untuk terus menjelajah ke benua arah Timur termasuklah Melaka.
Di antaranya adalah seperti faktor keagamaan, dorongan dari pihak pemerintah, kemajuan dan
perkembangan teknologi ilmu pelayaran dan pembuatan kapal yang kian canggih serta beban
orang putih dan juga sememangnya di dorong oleh faktor keingingan untuk memonopoli
perdagangan di rantau Asia khususnya dalam perdagangan rempah ratus dan juga kepentingan
yang lain.145
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan di Raja
Portugal telah tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia
Tenggara dan digelar sebagain Benggali Putih oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang
Portugis membuat kacau di Kota Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, di samping
perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang
Portugis dihalau keluar dari Kota Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya
ditahan.146
Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India yang diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque telah datang ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan
Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada
24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau
gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.147
Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas
semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara
barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain
sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka
akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan
Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.148

145
146

147
148

A.Samad Ahmad, op. cit, hlm. 20-21.


Haji Tajuddin Bin Hj. Hussein, Malaysia Negara Kita, Kuala Lumpur:MDC Publishers Sdn. Bhd: 2007,
hlm. 67.
Ibid., hlm. 68.

Ibid.,

P a g e | 40
2.4 Kesan-Kesan Keruntuhan Kerajaan Maritim di Nusantara
Keruntuhan kerajaan maritim di Nusantara ini telah banyak membawa kesan dan perubahan
sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial masayrakat peribumi di Nusantara.
Dari aspek politik dan pendadbiran, umum mengetahui kerajaan-kerajaan maritim awal
di Nusantara sememangnya mempunyai sistem berkerajaan yang tersendiri. Namun,
kedatangan kuasa Barat ini telah menyebabkan berlakunya perubahan pentadbiran dalam
sistem pentadbiran feudal golongan-golongan pemerintah. Contohnya, Sarawak merupakan
salah sebuah negeri yang terletak di bawah naungan Kesultanan Brunei. Segala aspek
kehidupan sama ada aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat peribumi adalah
berlandaskan kepada ajaran Islam serta ditadbir oleh pembesar Islam yang bijaksana. Namun,
disebabkan jemputan oleh Pangeran Muda Hashim terhadap James Brooke itu sendiri untuk
mengatasi keadaan huru hara dan beliau berjanji sekiranya James Brooke berjaya mengatasi
masalah tersebut, maka James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak. James Brooke
telah berjaya mengamankan Sarawak dan hal ini telah menyebabkan James Brooke mentadbir
Sarawak serta meluaskan pengaruhnya serta menukarkan sistem pentadbiran tradisional
peribumi Sarawak kepada pentadbiran ala Barat.149 Perubahan yang dilakukan oleh James
Brooke ini telah menjadi asas kepada pembentukan negeri Sarawak dan pentadbiran Rejim
Brooke yang seterusnya.
Dari segi ekonomi, kesan yang dapat dilihat adalah kuasa-kuasa Barat ini telah
mengamalkan sistem monopoli perdagangan. Mereka memonopoli segala perniagaan dan
perdagangan serta mengawal bahan mentah yang berharga di Kepulauan Nusantara ini.
Contohnya, Belanda yang sememangnya terkenal dengan dasar monopoli perdagangan
sanggup bertindak kejam demi menjaga kepentingan mereka sendiri iaitu Belanda dilihat begitu
bekerja keras menjaga monopoli rempah ratus mereka sehingga sanggup memusnahkan
ladang-ladang cengkih dan pala masyarakat di Kepulauan Maluku untuk mengelakkan barangan
itu jatuh ke tangan kuasa penjajah lain.150

Bab 4: Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke dlm.


http://sibernota.bravehost.com/bab4.htm diakses pada 20/12/2011.
150
Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 55.
149

P a g e | 41
Selain itu, semasa keagungan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bijih timah telah
menjadi satu komoditi utama yang diperdagangkan di Melaka. Perkara ini turut disokong oleh
Noraini Idris dan Nik Pa (2008), di mana mereka berpendapat bahawa pada zaman keagungan
empayar Melaka, saudagar-saudagar dari Asia terutamanya pedagang China dan India serta
Jawa telah mendarat di pelabuhan entreport Melaka untuk tujuan membeli bijih timah. Namun
semasa di zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka ini juga, bilangan perdagangan bijih
timah adalah terhad tetapi ia merupakan satu bahan dagangan yang penting sehinggakan
percubaan dilakukan oleh kuasa-kuasa asing bagi menguasai bijih timah di rantau tersebut.
Menurut Joginder J. S (1978), kuasa asing seperti Belanda telah menjalankan dasar monopoli
perdagangan dan bahan mentah di Tanah Melayu sehingga Belanda telah mengawal daerahdaerah yang mengeluarkan bijih timah seperti di negeri Perak dan Kedah. Buktinya, Belanda
telah mengadakan rundingan pada Julai 1641 dengan Sultan Kedah berkenaaan dengan eksport
bijih timah dan mendapatkan akuan daripada sultan iaitu setengah daripada hasil bijih timah
negeri Kedah hendaklah dijual kepada Belanda serta kapal-kapal tidak dibenarkan masuk
kecuali jika ada membawa surat kebenaran daripada Belanda. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa bernilainya bijih timah terhadap negara-negara penjajah serta Tanah Melayu telah
dijadikan sebagai tempat bagi mendapatkan bahan mentah tersebut.151
Di samping itu, setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, Portugis
telah menjalankan dasar monopoli pelabuhan Melaka dan mengawal segala bahan mentah yang
berada di Melaka dan sekitarnya terutamanya bijih timah yang mana ianya sangat mendapat
permintaan tinggi di Eropah kesan daripada tercetusnya revolusi perindustrian. Portugis juga
telah mengenakan cukai yang tinggi terhadap pedagang-pedagang yang singgah berdagang di
Melaka serta memaksa pedagang-pedagang lain terutamanya dari India dan China serta Arab
yang melalui Selat Melaka untuk singgah berdagang di Melaka. Hal ini secara tida langsung
telah menyebabkan keruntuhan terhadap pelabuhan Melaka yang mana suatu ketika dahulu
pernah menajdi sebuah pelabuhan entrepot.152

151
152

Joginder, S.J, op. cit, hlm. 291.


Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin & Haji Wan Rusik b. W. Yusoff, Sejarah
Kesultanan Melayu, Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pusat Pengajian Jarak Jauh,
UKM 2002, hlm. 59.

P a g e | 42
Dari segi sosial pula, tersebarnya pengaruh agama Kristian ke Kepulauan Nusantara.
Umum mengetahui motif dan matlamat kuasa-kuasa Barat ini juga adalah untuk menyebarkan
agama Kristian selaras dnegan motif 3G mereka iaitu Gospel, Glory and Gold. Penyebaran
agama Kristian ini juga disokong kuat oleh pemerintah negara asal mereka. Contonhya di
Filipina, penyebaran agama Kristian merupakan salah satu tujuan Sepanyol datang ke Filipina
selain daripada memperoleh bahagian dalam perdagangan rempah untuk bersaing dengan
Portugal dan memperolehi pangkalan bagi kegiatan keagamaan di China dan Jepun. Kenyataan
ini disokong sepertimana yang terdapat dalam surat wasiat Ratu Isabella, iaitu;

tujuan utama negara kita adalah sentiasa untuk menukarkan agama penduduk
pulau-pulau HIndia dan Terra Firma kepada agama suci kita dan menghantar mereka biskopbiskop mubaligh dan orang terpelajar yang lain untuk mengajar, mendidik dan melatih mereka
supaya bertata-tertib153
Melalui wasiat Ratu Isabella tersebut, sememangnya tidak dinafikan bahawa tujuan
utama kedatangan Sepanyol adalah untuk menyebarkan agama Kristian. Mereka dilihat seolaholah mahu meneruskan Perang Salib yang pernah berlaku di antara orang Kristian dengan
orang Islam sebelum ini. Walau bagaimanapun, kekayaan ekonomi dan keagungan politik
hanyalah merupakan tujuan kedua dan ketiga sahaja. Hal ini dikuatkan lagi ketika Legapzi
belayar ke timur, beliau telah membawa bersamanya para paderi yang diketuai oleh Father
Andres de Urdanetta.154
Walau bagaimanapun, tujuan mengkristiankan rakyat Filipina mendapat tentangan
hebat terutamanya dari masyarakat Moro yang tinggal di selatan Filipina. Hal ini demikian
kerana, majoriti masyarakat Moro telah pun mempunyai agama yang tetap iaitu agama
Islam.155 Justeru, dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan Sepanyol ini rata-ratanya berkait
rapat dengan dasar menyebarkan agama Kristian. Oleh yang demikian, semangat menentang
kuasa Sepanyol secara tidak langsung telah menyebabkan semangat kebangkitan Islam dalam
kalangan penduduk Moro itu supaya tidak menyekutukan Allah s.w.t. dan melawan menentang
musuh.

D. Corpuz Onofre, Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm. 57.
Wan Kamal Mujani et. al, Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm. 82.
155
D.G.E Hall, op. cit, hlm. 98.
153

154

P a g e | 43
Kesan terhadap penyebaran agama Kristian ialah peningkatan kadar masyarakat Filipina
yang berjaya dikristiankan melalui dasar kristianisasi yang telah dibuat. Hal ini selaras dengan
tujuan utama kerajaan Sepanyol yang mahu mengkristiankan masayarakat di timur. Para
mubaligh Kristian telah berjaya menyebarkan agama Kristian di Filipina kecuali di beberapa
wilayah selatan, kepulauan Sulu dan Mindanao. Mereka juga telah berjaya mengkristiankan
para pembesar tempatan dan secara tidak langsung rakyat bawahan turut juga terpengaruh.
Kedatangan mubaligh Kristian yang berterusan dari Sepanyol telah memperkukuhkan lagi
kedudukan agama tersebut di Filipina. Melalui jadual di bawah, jelas menunjukkan bahawa
penganut agama Kristian di Filipina sentiasa bertambah dari masa ke masa hasil usaha para
mubaligh Kristian.156
Tahun

Jumlah yang dibaptiskan (orang)

1583

100, 000

1586

170, 000

1594

286, 000

1612

322, 000

1622

500, 000

1751

904, 000

1866

4, 000, 000

Awal abad ke 19

12, 000, 000

Berikutan dengan peningkatan populasi masyrakat Filipina memeluk agama Kristian,


maka hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan penduduk Islam menjadi golongan
minoriti di Filipina sedangkan sebelum kedatangan kuasa penjajahan Sepanyol ini, Filipina
merupakan sebuah negara yang ditadbir oleh pemerintah Islam.157 Hal ini disokong oleh Wan
Ahmad D.S dalam bahagian bab dalam buku yang bertajuk Minoriti Muslim di Filipina iaitu
kemasukan Islam ke Filipina merupakan peringkat terakhir proses Islamisasi di Asia Tenggara
dan ia di bawa ke Sulu, selatan Filipina melalui aktiviti pendakwahan dan penguasaan politik.
Pemerintahan Islam tersebut seterusnya semakin tersebar sehingga di Manila. Namun, dasar

156
157

Wan Kamal Mujani et. al, op. cit, hlm. 83.


Ibid.m hlm. 94.

P a g e | 44
kristianisasi kerajaan Sepanyol ini telah menyebabkan masyarakat Islam di Filipina menjadi
golongan minoriti.158
Selain daripada penyebaran agama Kristian ke Nusantara, kesan keruntuhan kerajaan
maritim di Nusantara ini ialah peningkatan kegiatan perlanunan. Terdapat beberapa sebab
berlakunya peningkatan kegiatan perlanunan di Nusantara ini sebelum abad ke-18. Antaranya
ialah (i) monopoli perdagangan dan campurtangan kuasa politik oleh kuasa Barat; (ii)
kekerasan dan pemerasan serta perjanjian yang berat sebalah dibuat oleh kuasa Barat ke atas
rakyat dan pemerintah peribumi; (iii) kuasa Barat menghalang penduduk tempatan berniaga
dan berdagang dengan pedagang asing; dan (iv) keperluan kepada tenaga kerja dari pihak
penjajah telah menyebabkan lanun-lanun ini menawarkan hamba abdi kepada kuasa Barat.159
Namun begitu, berbeza pula yang berlaku di Sarawak iaitu kegiatan perlanunan dapat
dikurangkan oleh James Brooke. Hal ini demikian kerana, James Brooke begitu tidak
menggemari kaum Dayak atau Iban di Sarawak. Beliau menganggap bahawa kaum Iban
merupakan lanun.160 Hal yang demikian disebabkan keengganan penduduk Iban yang tinggal di
tepi sungai seperti Sungai Skrang dan Saribas untuk membayar cukai. Tambahan pula, orang
Iban merupakan bangsa yang mengamalkan headhunting atau pemburu kepala serta pernah
bersama-sama dengan kaum Iranun untuk melakukan maritime raiding di perairan Filipina.161
Bagi beliau, orang Iban telah banyak mendatangkan kesusahan kepada Sultan Brunei dan perlu
dihapuskan. Bagi tujuan tersebut, beliau telah melakukan ekspedisi ketenteraan ke atas kaum
Iban yang tinggal di sungai-sungai. Beliau telah mendapat tentangan yang hebat daripada
orang-orang Iban di sekitar Sungai Skrang dan Saribas serta Mukah. Antara tokoh-tokoh yang
terbilang adalah seperti Rentap, Linggi dan Sharif Masahor.162 James Brooke telah
menggunakan kapalnya yang bernama Royalist dan dibantu oleh Angkatan Tentera Laut British
yang menggunakan kapal HMS Dido untuk menjalankan ekspedisi ketenteraan tersebut antara

158

Wan Kamal Mujani et. al, op. cit, hlm. 81.


Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 54-61.
160
A Tale of Two Centuries : The Globalisation of Maritime Raiding and Piracy in Southeast Asia at The
End of Eigteenth n Twentieth Centuries oleh James. F. Warren dlm.
www.ari.nus.edu.sg/docs/wps/wps03_002.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:15 p.m.
161
Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m
159

162

Ibid.

P a g e | 45
tahun 1843 sehingga tahun 1844.163 Pada tahun 1849, James Brooke telah menewaskan kaum
Dayak Laut di Batang Maru dengan bantuan kapal HMS Albatros dan kapal SHTI iaitu Nemesis
dan Semiramis.164 Hasilnya, beliau berjaya menghapuskan penentangan orang Iban kepada
Sultan Brunei. Orang Dayak atau Iban telah berpindah ke kawasan pedalaman untuk
meneruskan hidup.

Selain itu, beliau juga menjalankan ekspedisi ketenteraan di perairan

Kepulauan Filipina bagi menentang lanun-lanun di laut seperti kaum Iranun dan Bajau.165
Tambahan pula, kesan kejatuhan kerajaan maritim di Nusantara telah menyebabkan
tindak balas daripada penduduk peribumi terutamanya daripada golongan pemerintah. Mereka
bertindak balas melalui peperangan dan pemberontakan ke atas kuasa Barat ini demi untk
mengembalikan maruah dan kerajaan mereka yang telah dirampas. Contohnya, disebabkan
agama Kristian dan pemerintahan Sepanyol mendapat tentangan yang hebat terutamanya
orang Islam di Sulu dan Mindanao, peperangan sering kali berlaku di antara orang Sepanyol
dengan orang Islam. Peperangan tersebut berlarutan sehingga hampir tamat zaman penjajahan
Sepanyol pada akhir tahun 1800-an.166 Contohnya, siri-siri peperangan Sultan Maguindanao
yang telah bersatu dengan Sultan Ternate (Maluku) untuk menentang serangan Sepanyol di
Mindanao. Sultan Ternate telah memberikan bantuan dengan menghantar seramai 800 orang
tentera bagi membantu saudara-saudara seagama di Mindanao. Namun, ianya gagal.167
Selain itu, penentangan Melaka terhadap Portugis yang diketuai oleh Sultan Mahmud
yang ketika itu merupakan sultan Melaka yang terakhir. Baginda telah berundur ke Bentan
setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis. Penaklukan Portugis ke atas Melaka ini telah
menyebabkan Sultan Mahmud dan orang-orang baginda melancarkan beberapa siri peperangan
seperti pada tahun 1510 sehingga 1518 iaitu orang Melayu dibawah pimpinan sultan Mahmud
telah menyerang Melaka beberapa kali. Peperangan ini jelas menunjukkan bahawa orang

163

Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.
majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria. diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.
164
165

Ibid.

Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman dlm.
www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m.
166
---, Ensiklopedia Dunia: F-G: Jilid 7, op. cit, hlm. 117.
167
Perang Moro Menentang Sepanyol dlm. http://www/facebool.com/permalink.php?storyfbid=318149941544847&id=100000495308105&notift=fedd_comment diakses pada 16/11/2011, jam
2:30 p.m

P a g e | 46
Melayu tidak akan duduk diam selagi Melaka berada di tangan Portugis. Serangan demi
serangan dilakukan, namun mendapat kegagalan.168

Penentangan Orang Melayu Ke Atas Portugis dlm. http://pbmum.tripod.com/sejarah/11.html diakses


pada 21/12/2011, jam 8:30 p.m.
168

P a g e | 47
3.0 Penilaian
Laut yang luas ini menjadi satu perbahasan yang hebat oleh ramai tokoh sama ada tokoh sains
dan tokoh agama terutamanya ilmuwan Al-Quran. Laut sepertimana yang terkandung dalam AlQuran adalah tepat dan telah dibuktikan dengan kajian sains. Justeru, fakta-fakta di dalam AlQuran merupakan bukti betapa pentingnya laut itu memiliki peranan yang penting dalam
kehidupan manusia.
Budaya memanfaatkan laut ini dilihat telah berjaya melahirkan banyak kerajaan maritm
yang hebat terutamanya di rantau Nusantara ini iaitu meliputi Kesultanan Sulu (Filipina),
Kesultanan Melayu Melaka (Tanah Melayu), Kesultanan Brunei (Borneo) serta Majapahit dan
Sriwijaya (Indonesia). Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan maritim di Nusantara ini
tidak mampu untuk bertahan lama disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada faktor dalaman
atau faktor luaran.
Kuasa-kuasa maritime Barat seperti Sepanyol, Belanda dan juga Portugis telah bersaing
dan datang ke kawasan Nusantara ini pada mulanya dengan niat untuk menjarah atau mencari
kawasan bagi membekalkan keperluan bahan mentah kepada negara asal mereka. Namun
akibat daripada sikap tamak dan ingin mendapakan keuntungan, niat mereka akhirnya telah
bertukar menjadi kepada aktiviti menjajah serta ingin menguasai keseluruhan sumber bahan
mentah yang ada di Nusantara ini yang mana Nusantara sememangnya terkenal dan kaya
dengan sumber buminya yang beharga. Hal ini telah menyebabkan mereka dengan rakusnya
memonopoli segalanya termasuklah dalam aktiviti perdagangan.
Di samping itu, kuasa maritim Barat ini juga telah menyebabkan keruntuhan kerajaankerajaan maritim yang sememangnya telah lama bertapak di Nusantara dengan pengaruh
kuasa yang sangat kuat. Kedudukan kerajaan maritim di Nusantara ini yang sangat strategik
telah memudahkan lagi kedatangan Barat ini serta dibantu oleh teknologi yang canggih pada
masa itu. Seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, laut bukan menjadi pemisah di
antara satu tempat dengan tempat yang lain sebaliknya ianya adalah penghubung serta laut
yang luas dan tiada sempadan yang jelas lebih memudahkan lagi penerokaan kuasa-kuasa
Barat ini ke Nusantara.

P a g e | 48
Setiap negeri di bawah naungan kerajaan maritim di Nusantara ini mempunyai bahan
mentah dan hasil Bumi yang sangat beharga dan rata-ratanya jarang ditemui di negara Eropah
serta ditambah lagi dengan permintaan yang tinggi kesan dariapda tercetusnya Revolusi
Industri Eropah. Hal ini telah mendorong berlakunya penaklukan ke atas kerajaan-kerajaan
maritim Nusantara.
Di samping itu, kemunculan kerajaan maritim di Nusantara ini sebelum kedatangan
kuasa Barat dapat dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan Dharma dan kerajaan Islam. Kerajaan
Dharma merupakan kerajaan Hindu-Buddha seperti yang dapat dilihat pada kerajaan Sriwijaya
dan Majapahit. Pengaruh Hindu-Buddha adalah sangat kuat pada ketika ini dan ianya tersebar
ke seluruh bahagian pulau di Nusantara. Manakala kerajaan Islam adalah terdiri daripada
Kesultanan Sulu, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Melayu Melaka. Namun perlu diingatkan,
kerajaan Islam ini sebelumnya pernah mendapat pengaruh agama Hindu-Buddha sebelum
kedatangan Islam yang mana pengaruh Islam telah dibawa masuk dan disebarkan melalui
pendakwahan oleh pedagang-pedagang Arab dan juga pedagang lain yang beragama Islam
yang singgah berdagang di pelabuhan-pelabuhan di rantau Nusantara ini.
Aktiviti perdagangan menjadi budaya bahari yang sangat terkenal dan hal ini telah
memartabatkan peranan laut sebagai sangat penting bagi manusia yang hidup di sekitar pulaupulau Nusantara ini di mana pada masa itu masyarakat sudah mampu memahami akan
pentingnya sebuah keperluan dan kehendak

dalam kehidupan mereka. Kebudayaan

perdagangan ini telah tersebar luas dan telah mewujudkan satu aktiviti iaitu sistem barter pada
peringkat awal di mana pertukaran barang dibuat di antara penduduk yang tinggal di pulaupulau yang berhampiran dan penduduk yang berjiran dengan mereka seterusnya telah menjadi
asas kepada perkembangan perdangangan yang mana telah menjadikan serta membentuk
pelabuhan di Nusantara ini menajdi sebuah pelabuahan enterport seperti di pelabuhan Melaka.
Hal ini ditambah dengan kedudukan kerajaan maritim Nusantara itu yang sangat strategik dan
menjadi laluan utama Timur dan Barat.
Walau bagaimanapun, kesemua kerajaan maritim di Nusantara ini tidak mampu untuk
bertahan lama dan akhirnya mengalami kemerosotan dan akhirnya runtuh oleh kuasa maritim
Barat. Banyak kesan dan perubahan yang telah berlaku ke atas kerajaan maritim tradisional
Nusantara. Penaklukan oleh kerajaan maritim Barat telah memberi banyak tekanan kepada
pemerintahan feudal kerajaan maritim Nusantara yang mana suatu ketika dahulu mempunyai

P a g e | 49
kedaulatan, pengaruh serta kuasa yang sangat hebat. Kuasa-kuasa maritim di Nusantara ini
sangat dihormati dan digeruni oleh kuasa-kuasa musuh.
Seiring denagan kemasyhuran kerajaan maritim Nusantara ini yang rata-rata muncul
selepas keruntuhan kerajaan Srivijaya dan Majapahit yang mempunyai pengaruh HinduBuddha, agama Islam telah mula mengambil alih peranan dan telah menjadi pegangan oleh
rata-rata penduduk peribumi Nusantara sama ada golongan pemerintah dan juga yang
diperintah. Agama Islam menjadi asas dalam setiap aspek kehidupan penduduk maritim di
Nusantara sama ada dari aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Setelah kedatangan Barat ini
yang sememangnya mempunyai agenda yang tersendiri iaitu mempunyai niat untuk
menyebarkan agama Kristian di Nusantara serta mentamadunkan masyarakat Timur.
Kedatangan kuasa Barat ini sememangya telah menyebabkan berlakunya penyebaran agama
Krsitian yang sangat meluas di rantau Nusantara ini. Walau bagaimaapun, penyebaran agama
Kristian ini telah menyebabkan berlakunya tindak balas oleh penduduk setempat yang rataratanya telah mengamalkan dan berpegang kepada ajaran Islam walaupun masih ada unsur
adat Hindu-Buddha yang diamalkan oleh penduduk peribumi.
Walau bagaimanapun, secara tidak langsung, kedatangan kuasa barat ini telah
meningkatakan aktiviti perlanunan terutamanya di kawasan Nusantara ini. Namun, apa yang
ingin ditegaskan di sini adalah tidak adil bagi kuasa-kuasa Barat ini untuk melabelkan pelaut
Nusantara dan penduduk tempatannya yang memberontak sebagai lanun. Hal ini demikian
ekrana, dari segi istilah, lanun dimaksudkan sebagai perompak laut atau bajak laut
manakala melanun pula bermaksud melakukan rompakan di laut. Dalam bahasa Inggeris
pula, perkataan lanun ini disama ertikan dengan perkataan pirates (lanun) dan piracy
(melanun). Walau bagaimanapun, dalam istilah Melayu lama sebenarnya tidak wujud perkataan
lanun dan melanun ini. Ianya hanya wujud selepas abad ke-19 kerana sebelum ini, semua
kegiatan mengambil harta orang secara kekerasan sama ada di laut atau darat hanya dipanggil
sebagai merompak dan dilakukan oleh perompak.169
Melihat dari istilah dalam perundangan British, wujud perbezaan dari sudut definisi bagi
perkataan perompak (robber) dan lanun (pirates). Menurut mereka, perompak (robber)
merupakan orang yang merampas atau mengambil harta orang lain secara paksa untuk
kepentingan diri tanpa mempunyai maksud lain manakala lanun (pirates) yang juga merompak
169

Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 49.

P a g e | 50
tetapi perbuatan ini dilakukan di laut. Justeru, dilihat daripada definisi yang diberikan oleh
Inggeris ini, piracy (melanun) mestilah berlaku di laut lepas dan di luar juridiksi wilayah manamana negara. Oleh itu, golongan pemberontak juga kadangkala dianggap sebagai lanun. Hal ini
disokong oleh Rubin, A.P dalam bukunya yang bertajuk Piracy, Paramaountcy and Protectorates
(1974). Beliau berpendapat, pandangan British tentang perlanunan (piracy) pada tahun 1963,
adalah termasuk tindakan yang dilakukan oleh para pemberontak menentang raja-raja atau
pemerintah mereka tetapi bukan menentang rakyat atau harta benda British.170
Menurut definisi tradisional pula, perkataan piracy bermaksud perompakan di laut yang
dilakukan oleh sebuah perahu terhadap perahu lain tanpa kuasa negeri dan juga untuk
kepentingan peribadi. Walau bagaimanapun, di Nusantara semasa abad ke 16 sehingga 19,
perkataan lanun ini tidak dapat di sama ertikan sepenuhnya dengan perkataan pirates kerana
banyak perbezaan iaitu sebab dan motif perlanunan di kawasan Nusantara dengan sebab dan
motif pirates orang Barat adalah berbeza.171
Selain itu, istilah lanun sebagai perompak laut adalah berasal daripada perkataan Iranun
atau Illanun yang merupakan penduduk asal Pulau Mindanao. Kawasan utama bagi mereka
adalah di sekitar Tasik Lanao dan Teluk Illana (Teluk Illanun). Mereka ini terkenal sebagai puak
pengembara laut di mana mereka banyak menjalankan kegiatan merompak di laut dan turut
menyerang perkampungan untuk mendapatkan harta dan juga hamba abdi. Disebabkan
mereka sangat terkenal di seluruh Nusantara sebagai perompak di laut, maka secara tidak
langsung masyarakat Melayu telah mensinonimkan nama suku kaum Iranun atau Illanun
dengan kegiatan perompakan di laut. Justeru, istilah lanun telah diguna pakai oleh orang
Melayu selepas abad ke-19 sebagai ganti kepada istilah perompak laut. Menurut J.P Warren
(1981) dalam bukunya yang bertajuk The Sulu Zone: 1768-1898 , beliau mengatakan bahawa
British dengan sesuka hati telah menggunakan perkataan Illanun ini untuk merujuk kepada
perompak laut manakala orang Belanda menganggap puak Illanun ini sebagai satu ras yang
berperangai keji. Namun, dalam Tuhfat al-Nafis yang dikarang sekitar 1872 masih belum lagi
menggunakan istilah lanun ini tetapi menggunakan perkataan lanun untuk merujuk kepada

170

Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 50

171

Ibid.

P a g e | 51
suku kaum yang datang dari Tempusuk, Kalimantan bagi membantu Sultan Mahmud
menghalau Belanda keluar dari Riau sekitar tahun 1781.172
Justeru, maksud asal perkataan Iranun atau Illanun itu tidaklah sebegitu buruk
sepertimana maksud yang digambarkan oleh perkataan lanun itu sendiri. Hal ini demikian
kerana, menurut Datu Bandira Datu Alang, Iranun atau Illanun bermaksud berkasih-kasihan
dan ianya amat berlawanan dengan maksud lanun-perompak laut.
Maka, tidak dapat dinafikan bahawa perompakan dan keganasan malah pembunuhan
sememangnya wujud di sekitar wilayah Nusantara ini tetapi untuk mengatakannya sebagai
kegiatan perlanunan dengan diperbesarkan motif kecil mereka iaitu untuk mendapatkan harta
rampasan adalah tidak tepat. Oleh yang demikian, sejarah tanah air yang ditulis oleh orientalis
yang bersifat Eurocentric malah penulis tempatan sendiri yang sering menggunakan istilah
lanun dan perlanunan ini untuk menggambarkan kegiatan mereka adalah suatu yang tidak adil
kerana motif dan sebab perompak laut Nusantara dengan motif dan sebab pirates Barat adalah
berbeza.

173

Malah dalam buku-buku teks sekolah turut melabelkan dan memaparkan pelaut-pelaut
Melayu dan Nusantara sebagai lanun tanpa diberikan penjelasan yang sebenar akan motif dan
kedudukan mereka.174 Di samping itu, tuduhan jenayah sebagai lanun dilihat amat berat dan
tidak bertimbang rasa kerana motif mereka hanyalah untuk mendapatkan hak yang telah
dirampas oleh kuasa kolonial. Hal ini bermakna, tindakan yang dilakukan hanyalah sebagai
kesan kekejaman yang dilakukan oleh kuasa kolonial itu sendiri.
Jika ditinjau kembali sejarah tempatan, tidak ada kerajaan Melayu dan Nusantara yang
menyerah kalah kepada pihak penjajah walaupun sememangnya diakui kerajaan maritim
Nusantara itu kalah tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah serta walaupun negeri atau ibu
kota mereka ditakluki, tetapi tidak pada kerajaannya. Hal ini demikian kerana, konsep
berkerajaan dalam masyarakat Nsuantara tradisional

dilihat bukanlah memandang kepada

sesuatu tempat itu tetapi ia mementingkan raja-raja. Contohnya, Kesulatanan Melayu Melaka,
bagi masyarakat Melayu tradisional, di mana ada raja di situlah ada kerajaan. Justeru, segala

172
173
174

Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 50-51.


Ibid., hlm. 67.

Ibid.

P a g e | 52
kegiatan mereka termasuk kegiatan menyerang balas pihak musuh dianggap tidak salah sama
sekali mengikut peraturan antara bangsa ketika itu.175
Dasar-dasar penjajah Barat itu sendiri dilihat telah menyumbang kepada hancurnya
empayar perdagangan Nusantara. Maka, kesan daripada kehilangan perdagangan ini,
menyebabkan mereka beralih kepada kegiatan merompak yang dilihat menjadi lebih giat
dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai satu cara golongan pembesar yang terhalang dalam
mendapatkan sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Selain itu, pihak penjajah yang melabelkan pejuang-pejuang Nusantara sebagai lanun
semata-mata untuk mempermudahkan usaha mereka menghapuskan kegiatan persaing
tempatan dalam kegiatan perdagangan. Maka, tindakan boleh diambil untuk memusnahkan
mereka tanpa banyak persoalan. Hal ini demikian kerana, mengikut peraturan dan undangundang antarabangsa pada masa itu, lanun (pirates) yang ditemui di mana-mana sahaja boleh
diserang atau dimusnahkan. Namun demikian, tidaklah mudah untuk menuduh seseorang
perompak sebagai lanun (pirates) kerana perbuatan merompak hanya akan menjadi perbuatan
jenayah melanun mengikut syarat-syarat tertentu.176
Oleh yang demikian, tuduhan yang dilemparkan kepada mereka sebagai lanun adalah
tidak tepat kerana terdapat sebahgaian besar yang belayar adalah dengan tauliah raja-raja
mereka. Justeru, mereka tidak boleh dikatakam sebagai lanun kerana mereka tidak bertindak
untuk kepentingan sendiri tetapi hanyalah untuk memanjangkan the act of war dan membentuk
serta menubuhkan sebuah kuasa politik dengan cara yang tersendiri. Walau bagaimanapun,
bagi orang-orang Portugis, Belanda dan Inggeris, mereka telah membelakangkan motif para
lanun dan menganggap objektif mereka hanyalah untuk merompak dan menyamun demi
kepentingan sendiri. Namun sebenarnya, serangan-serangan mereka itu hanyalah merupakan
usaha-usaha penduduk peribumi Nusantara ketika itu untuk melumpuhkan kekuatan kuasa
penjajah Barat.177

Ahmad Jelani Halimi, op. cit, hlm. 68.


Ibid., hlm. 69.
177
Ibid., hlm. 70-71.
175
176

P a g e | 53
4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, peranan kuasa-kuasa maritim Barat ini sememanya tidak dapat
dinafikan telah menjadi faktor yang dominan kepada keruntuhan kerajaan-kerajaan maritim di
Nusantara ini.
Penjarahan kuasa-kuasa Barat ini pada mulanya telah bertukar menjadi aktiviti
penjelajahan akibat sikap tamak yang mana ingin menakluki serta menguasai sumber bahan
mentah yang ada di Nusantara ini. Penaklukan mereka ini telah memberi kesan negatif sama
ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial penduduk peribumi terutamanya kepada golongan
pemerintah. Hal ini telah menyebabkan berlakunya tindak balas kesan ketidak puasan hati yang
timbul terhadap golongan kuasa Barat.
Kuasa-kuasa Barat ini menggunakan pelbagai helah dan taktik asalkan memberikan
kejayaan dan keuntungan kepada mereka. Taktik ini adalah selaras dengan politik yang
dianjurkan oleh Machivelli iaitu menghalalkan cara walaupun kekejaman terpaksa dilakukan.
Oleh yang demikian, keruntuhan kerajaan maritim dan penaklukan oleh kuasa Barat ini telah
memberi kesan jangka panjang kepada kebudayaan maritim dan bahari di kawasan Nusantara
sehingga ke hari ini.

P a g e | 54
Rujukan
Buku
A.Samad Ahmad. 2003. Salatus Salatin. Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
A. Zainuddin.1968. A Short History of Indonesia, Melbourne: Cassel Australia.
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1993. Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Kuala
Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Hj. Ismail. 2007. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adrian Lapian. 1992. Sejarah Nusantara: Sejarah Bahari. Jakarta: Fakultas Sastera, Universitas
Indonesia.
Adrian B. Lapian. 2008. Pelayaran dan Perniagaan Nusantara Abad ke 16 dan 17.
Jakarta:Komunitas Bambu
B. John & B. Herry. 2000. Sejarah Asia Tenggara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Cesar Adib Majul. 1988. Islam Di Filipina (Terj: oleh Shamsuddin Jaapar daripada buku Muslim
In The Philippines, 1979). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Djoko Pramono. 2005. Budaya Bahari. Jakarta: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.
Dr Sardesai. 1989. Southeast Asia: Past and Present. London: Macmillan Education Ltd.
D. Corpuz Onofre. 1972. Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
D.G.E Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Griffiths, Marin &Terry OCallaghan. 2002. International Relations The Key Concept. New York:
Routledge.
Hanapi Dollah. 1997. Latar Belakang Sosio Budaya Selat Melaka dalam Sejarah Di Selat Melaka.
Melaka: IKSEP & PSMCM.
Haji Tajuddin Bin Hj. Hussein. 2007. Malaysia Negara Kita. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn.
Bhd.
Husni Lain. 1998. Mengenal Maritim Angkutan Laut. Kuala Lumpur: Yayasan Bina Maritim.

P a g e | 55
Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Pulau Pinang: Peninsular
Publication.
Joginder Singh Jessy. 1985. History of South-East Asia (1824-1965). Kedah: Penerbitan
Darulaman.
J. D. Ledge. 1972. Indonesia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
J. S Furnivall. 1983. Hindia Belanda: Satu Pengkajian Ekonomi Majmuk. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jason F. Isaacson dan Colin Rubenstein. 2002. Islam In Asia:Changing Political Realities.
London: Transaction Publishers and American Jewish Committee.
Kunaseelan a/l Muniandy. 1996. Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
M. Nashruddin Anshoriy & Dri Arboningsih. 2008. Negara Maritim Nusantara: Jejak Sejarah yang
Terhapus, Yogyakarta: Tiara Wacana.
Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Kamal Mujani et. al. 2002. Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Jamil Mukim. 1994. Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara. Ampang: Unique
Communication Sdn. Bhd.
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia: 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Mohammad Idris Saleh, Che Su Mustaffa &Fuziah Shaffie. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa
dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Mohd Yusof Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka
Pada Abad ke-15 dan ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Murdoch McKenzie. 2010. A Treatise of Maritim Surveying, in Two Parts: With a Prefatory
Essay on Draughts and Surveys, BiblioBazaar.
N. J Ryanm. 1963. A History of Malaysia and Singapore. London: Oxford University Press.

P a g e | 56

Professor Dr. Ahmad Fuad Pasya. 2004. Dimensi Sains Al-Quran: Menggali Ilmu Pengetahuan
dari Al-Quran, Solo: PT Tiga Serangkai Pustaka Mandiri.
P. Church. 2003. A Short History of Southeast Asia, John Wiley& Sons (Asia) Pte. Ltd.
Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin & Haji Wan Rusik b. W.
Yusoff.2002. Sejarah Kesultanan Melayu, Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Pusat Pengajian Jarak Jauh.
Sartono Kartodhirdjo. 1977. Sejarah Nasional Indonesia II. Jakarta: Department Pendidikan dan
Kebudayaan, Balai Pustaka.
Saiful Muzani. 1933. Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. Jakarta: PT
Pustaka.
Tim Penyusun. 2006. Pengantar Studi Islam. Surabaya: IAIN Sunan Ampel Press.
Tate. 1977. The Making of Modern SEA, Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
T.J.S George. 1980. Revolt in Mindanao: The Rise of Islam in Phillipine Politics, Kuala Lumpur:
Oxford University Press.
Vlekke. 1967. Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
W. K. Che Man. 1990. Muslim Separatiosm The Moros Of Southern Phipilines And The Malays Of
Southern Thailand. Singapore: Oxford University Press.
Wan Kamal Mujani et. al. 2002. Minoriti Muslim: Cabaran dan Harapan Menjelang Abad ke 21.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
---, Ensiklopedia Dunia: F-G: Jilid 7. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

P a g e | 57
Internet
Imperialisme Barat di Asia Tenggara dlm.
http://salamahdevi6.tripod.com/imperialisme_barat_di_asia_tenggara.htm diakses pada
12/12/2011, jam 4:30 p.m
Filipina dlm. http://id-id.facebook.com/note.php?note_id+193239317353495 diakses pada
16/11/2011, jam 1:30 p.m
Senarai Sultan Brunei dlm. www.pusat-sejarah.gov.bn/sultanbrunei.htm diakses pada
10/12/2011 jam 5:00 p.m
Bab 4: Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke dlm.
http://sibernota.bravehost.com/bab4.htm diakses pada 20/12/2011.
Perang Moro Menentang Sepanyol dlm. http://www/facebool.com/permalink.php?storyfbid=318149941544847&id=100000495308105&notift=fedd_comment diakses pada
16/11/2011, jam 2:30 p.m
Penentangan Orang Melayu Ke Atas Portugis dlm. http://pbmum.tripod.com/sejarah/11.html
diakses pada 21/12/2011, jam 8:30 p.m.

P a g e | 58
Jurnal/Artikel
Ahmad Jelani Halimi. 2002. Lanun, Pedagang atau Penguatkuasa: Kes Perlanunan di Wilayah
Johor Riau Sebelum Abad ke-19 dlm Jurnal Warisan Johor: Memeilihara Warisan
Budaya, Jil. 4.
Pelayaran & Perniagaan Melayu di Nusantara Abad ke-15 hingga ke-18 oleh Professor Dato
Mohammad Reduan Bin Mohd Ariff dlm.
http://majlisilmu.org.bn/ilmu2010/malay/Luar%20Negeri/15.Prof%20Dato'Dr%20Mohammad%
20Raduan%20bin%20Mohd%20Ariff/KERTAS%20KERJA_ILMU%20PELAYARAN%20MELAYU_P
ROF%20DATO%20DR%20MD%20RADUAN.pdf diakses pada 20/12/2011, jam 9:30 p.m.
Perjanjian 1888 : Suatu Harapan dan Kekecewaan oleh Ismail bin Haji Awang Nordin dlm.
mforum.cari.com.my/archiver/?tid-525072.html diakses pada 10/12/2011, jam 4:00 p.m
Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah oleh Bilcher Bala & Baszley Bee
Basrah Bee dlm. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf, diakses pada 10/12/2011, jam
4:15 p.m
Menoleh Sejarah Membetulkan Arah oleh Abdullah Zakaria Bin Ghazali dlm.
majlisilmu.org.bn/...Prof%20Abdullah%20Zakaria diakses pada 10/12/2011, jam 4:20 p.m.
Negara Baru Brunei: 100 Tahun Meniti Cabaran oleh Haji Abdul Karim Bin Haji Abdul Rahman
dlm. www.bruneiresources.com/pdf/nd06_karim.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:00 p.m
A Tale of Two Centuries : The Globalisation of Maritime Raiding and Piracy in Southeast Asia
at The End of Eigteenth n Twentieth Centuries oleh James. F. Warren dlm.
www.ari.nus.edu.sg/docs/wps/wps03_002.pdf. diakses pada 10/12/2011, jam 7:15 p.m.
Pengaruh Kesultanan Brunei kepada Masyarakat Sabah oleh Bilcher Bala & Baszley Bee
Basrah Bee dlm. eprints.ums.edu.my/2715/1/ar0000000018.pdf, diakses pada 10/12/2011, jam
4:15 p.m