P. 1
LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

LAPORAN PENUH PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT 2009 GDW KG. SAMAN

|Views: 6,129|Likes:
Dipublikasikan oleh aeSALNO

More info:

Published by: aeSALNO on Jan 08, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

02/20/2014

PROGRAM GOTONG-ROYONG MESRA RAKYAT GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) KG. SAMAN TUARAN, SABAH.

Pada : 25 DISEMBER 2009 - 01 JANUARI 2010 Disediakan Oleh :

S/u Jawatankuasa Penganjur Program

MAZLIE BIN NORINAH

GERAKAN DAYA WAWASAN (GDW) Kampung Saman, Peti Surat 432, 89207 Tuaran, Sabah. Tel : 088-793554 / 016-8414342 Fax : (+6088) 794 911 Emel : jkkk_kampungsaman@yahoo.com

www.kampungsaman.blogspot.com

1

1.0

PENDAHULUAN

Laporan ini adalah berkenaan Program Gotong-Royong Mesra Rakyat GDW Kg. Saman. Program yang pada awalnya, diilhamkan oleh KEMAS Daerah Tuaran ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 1000 telah diperincikan oleh GDW Kg. Saman dengan kerjasama JKKK Kg. Saman. Matlamat utama program adalah: MEMBERI KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT KG. SAMAN KHUSUSNYA BERKENAAN KEPENTINGAN UNTUK MEWUJUDKAN SUASANA BERSIH DALAM KAWASAN KAMPUNG, DISAMPING UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA YANG LEBIH UTUH ANTARA PENDUDUK DENGAN PEMIMPIN. Objektif program yang digariskan untuk mencapai matlamat di atas adalah : a. Memastikan semua penduduk Kg. Saman terlibat dengan aktiviti gotongroyong yang diadakan. b. Memberi kuasa pada ketua-ketua blok GDW yang dilantik untuk memimpin blok masing-masing dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan. c. Mengadakan aktiviti sampingan yang mewujudkan semangat kekitaan dalam diri setiap penduduk Kg. Saman, Tuaran. Program Gotong-Royong Mesra Rakyat GDW Kg. Saman ini diadakan secara berperingkat-peringkat seperti berikut : TARIKH/HARI AKTIVITI PROGRAM CATATAN - Penduduk bekerjasama membersihkan - Kawasan padang padang dan kawasan perkuburan (bekerjasama - Penduduk membersihkan kawasan dengan penduduk rumah masing-masing Kg. Jembulang) 25-30 Dis 2009 - Kawasan (Jumaat) Perkuburan (bekerjasama dengan penduduk Kg. Berungis) Aktiviti 1 : Sila rujuk : - Sukaneka LAMPIRAN 1 : Aturcara Aktiviti 2 : program pada 01 01 Jan 2010 - Majlis Perasmian/Penutupan Januari 2010 (Jumaat) - Serahan Watikah Perlantikan Ketua Blok - Penghargaan Pelajar Cemerlang PMR - Cabutan Bertuah

2

2.0

AHLI JAWATANKUASA PENGANJUR PROGRAM PENAUNG Pn. Nazarinah Binti Awang Pegawai KEMAS Daerah Tuaran PENASIHAT 1 En. Baklin Bin Poloh Penyelia KEMAS N.10 Sulaman PENASIHAT 2 En. Jamlah Bin Hj. Matullah Ketua Kg. Saman PENGERUSI En. Mazlan Bin Norinah Pengerusi GDW Kg. Saman TIMBALAN PENGERUSI En. Rubin Hj. JIjat Pengerusi KRT Jembulang Saman SETIAUSAHA/BENDAHARI En. Mazlie Bin Norinah

PENGURUS GOTONG-ROYONG Tn. Hj. Maddeli Bin Madsuarin PENGURUS JAMUAN Pn. Rosnah Hj. Jijat

PENGURUS SUKANEKA En. Noor Rezam B. Jamlah PENGURUS TEMPAT En. Sabri Bin Hj. Betar

KETUA BLOK GDW KG. SAMAN, TUARAN Ketua Blok Sinar Bunda En. Razali Bin Amit Ketua Blok Sinar Tasenta En. Lamat Bin Majid Ketua Blok Sinar Damburi En. Awang Basar Bin Diki Ketua Blok Sinar Petatap En. Sudin Bin Sipai Ketua Blok Sinar Dempulau En. Awang Bin Hj. Matullah

3

3.0 BIL

TINDAKAN YANG TERLAKSANA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PROGRAM MATLAMAT / OBJEKTIF Memastikan Semua Penduduk Kg. Saman terlibat dengan aktiviti gotong-royong yang diadakan Memberi Kuasa Pada Ketua-Ketua Blok GDW Yang Dilantik Untuk Memimpin Blok MasingMasing Dalam Aktiviti Gotong-Royong Yang Diadakan. TINDAKAN Menjemput semua penduduk untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti program. (Sila rujuk LAMPIRAN 2 & 3) Memaklumkan pada setiap ketua blok GDW berkenaan tugas mereka sepanjang aktiviti gotong-royong dijalankan. Antara aktiviti yang diadakan untuk mencapai objektif ini adalah : a. Sukaneka b. Cabutan Bertuah c. Penghargaan Pelajar PMR Cemerlang.

01

02

03

Mengadakan Aktiviti Sampingan Yang Mewujudkan Semangat Kekitaan Dalam Diri Setiap Penduduk Kg. Saman Tuaran.

4

4.0 4.1

LAPORAN AKTIVITI GOTONG-ROYONG Perjalanan Aktiviti Gotong-Royong

25 DISEMBER 2009 (JUMAAT) Sesi Pagi Aktiviti gotong-royong dijalankan pada 25 Disember 2009 dengan memberikan tumpuan utama kepada kawasan-kawasan major seperti kawasan padang dan kawasan perkuburan. Sekitar jam 8.00 pagi, aktiviti gotong-royong dimulakan dengan kerjasama penduduk Kg. Berungis dan Kg. Jembulang. Sebanyak 4 atau 5 buah mesin pemotong rumput kepunyaan penduduk digunakan untuk membersihkan kawasan padang. Aktiviti ditangguhkan pada jam 11.30 untuk memberi laluan kepada penduduk mengerjakan Solat Jumaat. Sesi Petang Aktiviti gotong-royong disambung semula selepas Solat Jumaat iaitu kira pada pukul 2.00 petang. Pada sesi petang ini, penglibatan belia dilihat amat memberangsangkan sehingga pada lewat petang pada hari itu, kira-kira jam 5.30 petang, hampir ke semua kawasan padang telah dibersihkan.

5

26 DISEMBER 2009 (SABTU) Pada hari kedua, aktiviti gotong-royong ini diadakan, keseluruhan kawasan padang Kg. Saman telah habis dibersihkan sepenuhnya termasuk kawasan sekitar tanah perkuburan. 27-31 DISEMBER 2009 (AHAD HINGGA KHAMIS) Sebanyak lima (5) hari diperuntukkan untuk semua penduduk membersihkan kawasan sekitar rumah masing-masing sebelum acara kemuncak program pada 01 Januari 2010 (JUMAAT ) diadakan.

6

4.2 BIL 01 02 03 04

Perbelanjaan Aktiviti Gotong-Royong PERKARA Minyak Mesin Pemotong Rumput (25 Disember 2009) Minyak Mesin Pemotong Rumput (26 Disember 2009) Jamuan Lain-Lain JUMLAH JUMLAH (RM) 50.00 50.00 50.00 20.00 170.00

Antara penduduk yang terawal membersihkan kawasan padang dengan menggunakan mesin pemotong rumput mereka sendiri.

7

5.0 5.1

LAPORAN AKTIVITI SUKANEKA Perjalanan Aktiviti Sukaneka

01 JANUARI 2010 (JUMAAT) Sekitar jam 7.30 pagi, ahli jawatankuasa penganjur melakukan persiapan untuk dua aktiviti iaitu : Aktiviti Sukaneka dan Majlis Perasmian/Penutupan Program. Pendaftaran peserta sukaneka diadakan pada jam 7.45 pagi iaitu terlewat hampir sejam dari jangkaan awal. Jam 8.00 pagi, acara sukaneka dimulakan mengikut aturan berikut : ACARA ACARA 1 : Cari Duit Dalam Tepung KATEGORI Lelaki Tahap 1 Perempuan Tahap 1 Lelaki Tahap 2 Perempuan Tahap 2 Lelaki Tahap 1 Perempuan Tahap 1 Lelaki Tahap 2 Perempuan Tahap 2 Terbuka Lelaki Dewasa Terbuka Wanita Dewasa Terbuka Wanita CATATAN - Kategori lelaki dan perempuan bagi tahap 1 dan tahap 2 dijalankan serentak. - Kategori dewasa yang sepatutnya menggunakan palang, diubah saat akhir untuk kesesuaian peserta. - Daun kelapa yang digunakan sedikit menyukarkan peserta. - Berjalan dengan lancar.

ACARA 2 : Makan Buah Epal

ACARA 3 : Menganyam Ketupat ACARA 4 : Menimang Bola

-

- Terbuka Lelaki

Meskipun terlewat daripada jadual asal, dengan beberapa pindahan saat akhir yang dibuat oleh AJK Penganjur, acara sukaneka dapat diselesaikan kira-kira jam 9.40 iaitu sebelum Majlis Perasmian/Penutupan Program diadakan.

8

Ahli Jawatankuasa Penganjur membuat persiapan untuk Majlis Penutupan/Perasmian Program

Peserta kanak-kanak yang lengkap dengan baju khas paling terhujah ketika aktiviti sukaneka dijalankan. 9

Semangat Warga Emas : Tn. Hj. Maddeli antara golongan warga emas yang bersemangat untuk sama-sama menjayakan aktiviti sukaneka.

Sukaneka Kategori Terbuka : Menganyam Ketupat.

10

Bermacam-macam gelagat semasa aktiviti sukaneka diadakan. 5.2 BIL 01 02 03 04 05 06 06 Perbelanjaan Aktiviti Sukaneka PERKARA Tali Rafia Buah Epal (30 biji) Tepung (1 Kg) Pinggan Kertas (20 keping) Bola Sepak Baju Kanak-Kanak GDW Kg. Saman (30 helai) Hadiah Bagi Kategori Kanak-Kanak (8 acara) Pertama : RM 5 Kedua : RM 3 Ketiga : RM 2 Hadiah Bagi Kategori Dewasa (4 acara) Pertama : RM 10 Kedua : RM 7 Ketiga : RM 5 Lain-Lain JUMLAH JUMLAH (RM) 3.50 21.00 2.00 2.00 55.00 360.00

80.00

07

88.00 20.00 611.20

08

11

6.0 6.1

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN / PENUTUPAN PROGRAM Perjalanan Majlis Perasmian / Penutupan

01 JANUARI 2010 (JUMAAT) Majlis dimulakan sebaik sahaja aktiviti sukaneka selesai iaitu kira-kira jam 10.00 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh En. Baklin Bin Poloh, Penyelia KEMAS N.10 Sulaman, selaku wakil kepada Pn. Nazarinah Binti Awang, Pegawai KEMAS Daerah Tuaran yang mempunyai urusan lain untuk dibereskan seperti yang dimaklumkan oleh Encik Baklin Bin Poloh dalam ucapan perasmian/penutupan beliau.

Penyelia KEMAS N.10 Sulaman, En. Baklin Bin Poloh selaku wakil Pegawai KEMAS Tuaran menyampaikan ucapan perasmian/penutupan program. Penyerahan Watikah Perlantikan Ketua Blok GDW Dalam majlis serba ringkas ini juga, seramai lima (5) orang Ketua Blok GDW Kg. Saman yang baru dilantik menerima watikah perlantikan masing-masing yang diserahkan sendiri oleh En. Baklin Bin Paloh. Lima (5) orang yang dilantik adalah :-

12

BIL 01 02 03 04 05

NAMA KETUA En. Razali Bin Amit En. Sudin Bin Sipai En. Lamat Bin Majid En. Awang Bin Hj. Matullah En. Awang Bin Basar

BLOK Sinar Bunda Sinar Petatap Sinar Tasenta Sinar Dempulau Sinar Damburi

Wajah ceria En. Baklin sambil diperhatikan oleh Ketua Kampung Saman, En. Jamlah Bin Matullah, semasa menyampaikan Watikah Perlantikan Ketua Blok GDW kepada lima (5) orang yang dilantik. Penghargaan Pelajar Cemerlang PMR 2009 Selain itu juga, pihak JKKK Kg. Saman mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada dua (2) orang pelajar cemerlang dalam PMR 2009 yang masing-masing mendapat keputusan 8A 1B iaitu : Adik Abdul Aziz Bin Abdul Noor dan Adik Mohd. Syukri Bin Radin.

13

Naib Ketua Pemuda UMNO Tuaran, En. Norjaip Bin Hj. Daip menyampaikan hadiah kepada bapa salah seorang pelajar cemerlang PMR 2009, sambil diperhatikan oleh Pengerusi GDW Kg. Saman, En. Mazlan Bin Norinah (Kiri). Cabutan Bertuah Tidak cukup memberi hadiah kepada pemenang sukaneka, penganjur turut menyediakan acara cabutan bertuah khas untuk kanak-kanak sekolah rendah. Sebanyak lima belas (15) cabutan bertuah telah diberikan kepada kanak-kanak yang bertuah pada hari itu. Majlis berakhir kira-kira jam 10.40 pagi, selepas penyerahan cenderahati khas daripada GDW Kg. Saman kepada En. Baklin Bin Poloh. 6.2 BIL 01 02 03 04 05 05 Laporan Perbelanjaan Majlis Perasmian / Penutupan PERKARA Bendera Mini (8 set) Khemah & Kerusi PA Sistem Kertas Sijil (5 keping) Topi JKKK Kg. Saman (20 buah) Saguhati Pelajar PMR JUMLAH (RM) 52.00 50.00 50.00 3.50 320.00 60.00

14

06 07 08 09

Hadiah Cabutan Bertuah Jamuan Cenderahati Pegawai KEMAS Lain-Lain JUMLAH

170.00 400.00 40.00 20.00 1165.50

Majlis Perasmian/Penutupan Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua orang Ketua Kampung bersebelahan iaitu dari kiri berbaju hijau, Tn. Hj. Nin B. Hj. Madurah (Ketua Kg. Jembulang) dan duduk ditengah berbaju putih, En. Looh Bin Bakti (Ketua Kg. Berungis)

15

7.0 BIL

LAPORAN PENUH PERBELANJAAN KESELURUHAN PROGRAM PERKARA AKTIVITI GOTONG-ROYONG Minyak Mesin Pemotong Rumput Disember 2009) Minyak Mesin Pemotong Rumput Disember 2009) Jamuan JUMLAH HARGA SEUNIT (RM) (25 (26 JUMLAH (RM)

01 02 03

50.00 50.00 50.00 150.00 3.50 0.70 2.00 0.10 55.00 12.00 10.00 3.50 21.00 2.00 2.00 55.00 360.00 80.00

04 05 06 07 08 09 10

11

AKTIVITI SUKANEKA 1 Gulung Besar Tali Rafia 30 Biji Buah Epal Tepung (1 Kg) Pinggan Kertas (20 keping) Bola Sepak Baju Kanak-Kanak GDW Kg. Saman (30 helai) Hadiah Bagi Kategori Kanak-Kanak (8 acara) Pertama : RM 5 Kedua : RM 3 Ketiga : RM 2 Hadiah Bagi Kategori Dewasa (4 acara) Pertama : RM 10 Kedua : RM 7 Ketiga : RM 5 JUMLAH MAJLIS PERASMIAN/PENUTUPAN Bendera Mini (8 set) Khemah & Kerusi PA Sistem Kertas Sijil (5 keping) Topi JKKK Kg. Saman (20 buah) Saguhati Pelajar PMR Hadiah Cabutan Bertuah Jamuan Cenderahati Pegawai KEMAS JUMLAH LAIN-LAIN PERBELANJAAN

22.00

88.00 611.20

12 13 14 15 16 17 18 19 20 21

6.50

0.70 16.00 30.00

52.00 50.00 50.00 3.50 320.00 60.00 170.00 400.00 40.00 1165.50 60.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

1986.70
16

8.0

PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Gotong Royong Mesra Rakyat 2009 GDW Kampung Saman ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif seperti yang disasarkan. Bermula dengan aktiviti gotong-royong yang melibatkan seluruh penduduk kampung, seterusnya aktiviti sukaneka berbagai kategori dan Majlis Perasmian/Penutupan yang ringkas tetapi padat dengan berbagai acara seperti penerimaan watikah perlantikan ketua blok, penerimaan penghargaan pelajar cemerlang dan cabutan bertuah, menjadikan program yang dilaksanakan oleh GDW Kg. Saman ini memenuhi keperluan dua (2) fokus utama program iaitu membersihkan kampung dan mesra rakyat. Pihak GDW Kg. Saman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada manamana pihak atau individu yang membantu sepanjang program dilaksanakan. Semoga semangat kerjasama dan perpaduan dalam diri bukan saja penduduk Kg. Saman malah penduduk kampung berhampiran juga mereka yang memimpin dalam memastikan komuniti kita sentiasa bekembang secara positif dalam apa jua aspek, pada masa akan datang. Siapa lagi kalau bukan kita!!

17

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->