Anda di halaman 1dari 3
KEMENTERIAN PELAIARAN MALAYSIA BAHAGIAN KEWANGAN ARAS 6 & 7, BLOK E12, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA ‘TELEFON: 03 - 8884 6000 NO. FAKS: 03 - 8884 7679 (PEJ. SUB) “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami: KP(@KEWIBT)1800/G-03 JLD.2 (sk 6) (15) ) Tarik: [JJun 2013 ‘Semua Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Semua Pengarah Bahagian Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Semua Pengetua/Guru Besar Tuan, PINDAAN KE ATAS SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 8 TAHUN 2012 - GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN MURID Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sebagaimana termaklum, Bahagian Kewangan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 8 Tahun 2012 bertarikh 20 Disember 2012 yang telah menggantikan Surat Pekeliling Kewangan Bil, 8 Tahun 2010. Walau bagaimanapun, Jabatan Akauntan Negara (JAN) mendapati terdapat beberapa perkara di dalam SPK tersebut yang tidak selaras dengan Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa dan meminta Bahagian Kewangan melaksanakan pindaan ke atas perkara-perkara tersebut. 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kewangan telah menambahbaik SPK Bil. 8 Tahun 2012 seperti yang berikut: PINDAAN DAN PENAMBAHBAIKAN 3.1 BabA: Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Maksud belanja Bantuan Geran Per Kapita telah diperluaskan seperti yang berikut: a. Bayaran elaun kepada penceramah di bawah PCG Mata Pelajaran; 1 (Sila catatkan rujukan Kementerian ini bila berhubung) HOTLINE 03-7723 707 __FAKS : 03-8884 7701 (Caw. Pentadbiran Kewangan) 03-8884 7509 (Caw, Penian& Sistem), 05-8884 7700, (03-8884 7575 (Caw Baje), 08-8884 7611 (Cv. Bantuan) ‘ney sw mae gov mybkew 3.2 3.3 b. Pembelian inventori di bawah Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun (LPBT) Sekolah dan Asrama; ¢. Perbelanjaan penyediaan makan minum untuk mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah/asrama di bawah LPBT sekolah dan asrama; dan d. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru / warden / kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan _berdasarkan kelayakan tambang teksi di bawah LPBT sekolah dan asrama Bab C: Borang Pengisytiharan Baki Bawa Ke Tahun Hadapan Oleh kerana baki semua peruntukan bantuan persekolahan tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada peruntukan tahun semasa, maka pihak sekolah tidak perlu memulangkan borang ini kepada Ketua PTJ masing- masing. Sehubungan dengan itu, borang ini digugurkan daripada SPK Bil. 8 Tahun 2012 Bab F: Baki Bawa Ke Tahun Hadapan Baki bawa ke tahun hadapan adalah baki akhir tahun semasa dan tahun- tahun sebelumnya (sekiranya ada) bagi semua jenis bantuan persekolahan, Baki tersebut dibenarkan dibawa ke tahun hadapan, tidak perlu dipulangkan ke Akaun Hasil Kerajaan dan tidak dianggap sebagai sebahagian peruntukan tahun hadapan. Pihak sekolah dibenarkan untuk membelanjakan baki tersebut seperti maksud belanja yang berikut (Rujuk Maksud Belanja Baki PCG & BMA); a) Baki Bantuan Geran Per Kapita (PCG) dan Bantuan Makanan Asrama (BMA) i. Perolehan inventori dan harta modal termasuk penggantian perabot bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P); ji, Penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah dan asrama dengan jumlah perbelanjaan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap kerja dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM50,000 (contoh: penggantian pintu dan/atau tombol pintu, jubin lantai pecah/rosak, cermin tingkap pecah, kerosakan tandas, saluran paip bocor/pecah). Pihak sekolah dilarang sama sekali melakukan kerja-kerja ubah suai, menaiktaraf dan binaan baru; ii, Penyelenggaraan dan pembaikan kritikal sekolah dan asrama akibat bencana alam dengan jumlah perbelanjaan tidak melebihi RMB50,000; dan iv. Perolehan peralatan ICT yang tidak memerlukan kelulusan JPICT dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan tidak melebihi RM5,000. Perolehan komputer tablet TIDAK DIBENARKAN. b) Baki Bantuan-Bantuan Persekolahan Lain ‘Semua baki akhir tahun bantuan persekolahan tahun semasa yang lain (sekiranya ada) hendaklah dibawa ke tahun hadapan dan dibelanjakan mengikut maksud perbelanjaan yang sama bagi bantuan tersebut. TARIKH KUAT KUASA 4, Pindaan dan penambahbaikan ke atas SPK Bil, 8 Tahun 2012 ini adalah berkuatkuasa mulai 17 Jun 2013, Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MEMPERKASAKAN AKAUNTIBILITI, MEMBUDAYAKAN INTEGRITI” Saya yang menurut perintah, enon SAID) b.p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sk: 4, Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualit, KPM 2. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalam, KPM. 3. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Sekolah, KPM

Anda mungkin juga menyukai