Anda di halaman 1dari 17

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
1.0

PENGENALAN

2.0

JADUAL FIIT

3.0

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)


3.1

FASA 1 : PERSEDIAAN
3.1.1 TINJAUAN
3.1.2 PENYOALAN

3.2

FASA 2 : IMAGINASI
3.2.1 MENEROKA
3.2.2 MERAMAL

3.3

FASA 3 : PERKEMBANGAN
3.3.1 MENEROKA
3.3.2 MEMBUAT PROTOTAIP

3.4

FASA 4 : TINDAKAN
3.4.1 MELAPOR
3.4.2 MENGUJI PROTOTAIP

3.4.3 MENTAKSIR
3.4.4 MENGANALISIS MAKLUMAT
3.4.5 DOKUMENTASI
4.0

SURAT MEMOHON SUMBANGAN

5.0

PELAN PROJEK KIT PECAHAN

6.0

ANGGARAN KOS PROJEK

7.0

REFLEKSI INDIVIDU

8.0

7.1

REFLEKSI 1

7.2

REFLEKSI 2

BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat


kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Setinggi penghargaan ditujukan
kepada

para pensyarah

menyiapkan tugasan ini .

atas kesudian memberi bimbingan dan

idea dalam

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan sekumpulan dan juga di sekolah yang banyak membantu sama ada
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini .
Pelbagai ilmu dapat kami timba sepanjang tugasan disiapkan. Selaras dengan
cabaran era globalisasi, guru guru perlu mengambil tindakan proaktif untuk
memperbaharui ilmu sedia ada bagi

mempastikan

murid murid lahir sebagai

individu yang kritis dan kreatif bukan hanya menjadi penerima ilmu . Kementerian
Pelajaran melalui Bahagian Pendidikan Guru telah merangka pelbagai program
inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bagi menyiapkan para pendidik
untuk menyahut cabaran ini. Oleh itu dengan adanya tugasan seperti ini, dapat
membantu guru guru menghayati usaha murni kementerian dalam menyediakan
pendidikan negara menghadapi wawasan 2020. Sesungguhnya ilmu umpama perigi
di padang pasir dan bintang di malam yang gelap.Dari itu kejarilah ilmu seberapa
daya yang dapat.

1.0

PENGENALAN
Sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah mula dilaksanakan
secara rasminya pada tahun 1993. Pelaksanaannya adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara iaitu mengembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Selaras dengan itu Matematik telah dijadikan
salah satu daripada mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah dan
sekolah menengah. Menurut Kamaludin Ahmad, kelemahan murid-murid
dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa
kini. Di kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu
koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang
memberi makna secara langsung kepada mereka.
Manakala menurut Judd, Piaget dan Dewey, pengajaran melibatkan
lebih daripada mengajar pelajar-pelajar melakukan respon khusus pada masa
dan tempat yang tepat; ia melibatkan pembelajaran strategi penyelesaian
masalah, heuristik dan strategi belajar. Kini terdapat perubahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran daripada sekadar menghafal dan rutin latihan
kepada memahami konsep matematik. Ianya betujuan supaya murid dapat
belajar matematik dengan lebih berkesan dan bermakna. Dalam usaha
menyahut cabaran ini, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian
Pendidikan Guru telah merangka pelbagai program, di antaranya ialah
Program Peningkatan Profesionalisme Guru Matematik Sekolah Rendah.
Natijah daripada program tersebut terhasil satu Modul Pedagogi Guru
Matematik Rendah.

Di dalam modul tersebut dinyatakan beberapa

pendekatan iaitu model proses kreatif yang terdiri daripada model proses
kreatif terarah, model konstruktivisme, model inkuiri penemuan, model
pembelajaran berasaskan masalah, model membuat keputusan dan model
pembelajaran berasaskan projek.

Melalui model, urutan, perkaitan, corak,

aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Proses kreatif terarah dalam


pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula
daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Strategi - strategi yang dikemukakan amat praktikal untuk dilaksanakan


untuk membantu murid murid memahami suatu konsep matematik.
Berdasarkan kepada situasi masalah yang dihadapi oleh guru matematik di
sekolah model pembelajaran berasaskan projek amat sesuai untuk diserap ke
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui model ini murid

berpeluang untuk membina bahan bantu pembelajaran yang bersesuaian


dengan tajuk yang dipelajari di samping menggunakan bahan sedia ada yang
boleh didapati di pasaran sekarang.
Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran
yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid
memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan
penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai
tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada
matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid
menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat
berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran
sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan
secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang
minima oleh guru.
Melalui kaedah ini murid murid diharap dapat menjana idea terhadap
sesuatu topik matematik khususnya dalam memahami konsep matematik dan
bukan hanya menghafal algoritma matematik semata mata. Selain itu, ia
juga membantu guru menyerap unsur unsur nilai murni dalam pengajaran
iaitu menerima dan menghormati perbezaan individu terutamanya sewaktu
proses kolaborasi berlaku. Dengan adanya inovasi seperti ini pastinya bidang
pendidikan Negara dapat melahirkan individu yang kreatif dan kritis untuk
menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran.

3.0

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL)


Satu masalah yang sering dihadapi oleh guru guru Matematik ialah
untuk membantu murid muridnya memahami konsep penambahan pecahan
tanpa menghafal algoritma Matematik semata mata.

Oleh itu dalam

mengatasi masalah ini, satu pembelajaran berasaskan projek telah dirancang


di mana; murid akan membina sebuah Kit Pecahan yang akan membantu
murid memahami penambahan pecahan yang tidak sama penyebut. Berikut
adalah proses pembelajaran yang dilalui oleh murid murid dalam
memperolehi ilmu dan kemahiran PBL berdasarkan pemasalahan yang timbul.
3.1

Fasa 1 : Persediaan
3.1.1 Tinjauan
Menurut Omardin Ashaari (1999), kemahiran menyediakan murid
dan menarik perhatian awal merupakan permulaan sesuatu
proses pengajaran. Ini bertujuan untuk membina aliran fikiran
dan mencetuskan minat pelajar terhadap pengajaran yang
hendak disampaikan oleh guru.

Pada bahagian ini guru

menunjukkan kepada murid setengah gelas air ditambah dengan


dua pertiga gelas air. Apabila ditambah ia menghasilkan lebih
daripada segelas air.
3.1.2 Penyoalan
Dalam sesi penyoalan ini, murid menyatakan hasil yang didapati.
Guru mengemukakan beberapa soalan untuk membantu murid
mendapatkan gambaran tentang konsep penambahan pecahan
dan apakah maksudnya menambah satu pecahan kepada
pecahan yang lain.

Selain daripada tindak balas aktif murid,

guru juga perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran terhadap


tajuk pecahan yang dibincangkan, untuk memastikan soal jawab
dapat berjalan dengan lancar dan jaya.

3.2

Fasa 2 : Imaginasi
3.2.1 Meneroka
Pada peringkat kedua, guru menarik perhatian murid dengan
mengaitkan hasil penambahan air di dalam gelas dengan kad
pecahan. Aktiviti dilanjutkan dengan menunjukkan kad pecahan
seperti di bawah :

3.2.2 Meramal
Penambahan dua pecahan yang penyebutnya tidak sama
memerlukan kemahiran menukar kepada pecahan setara.
Guru mengemukakan masalah :
1

Guru membimbing murid menukarkan kedua dua


pecahan tadi supaya mempunyai penyebut yang sama
seperti berikut:
1

dan

Kemudian,

guru

membimbing

4
6

murid

menyelesaikan

pengiraan mengikut langkah langkah di bawah:


3

4
6

= 3 + 4
6
= 7
6
3.3

Fasa 3 : Perkembangan
3.3.1 Meneroka
Murid murid diedarkan pelan Kit Pecahan dan cara pembinaan
kit tersebut. Guru memberi masa selama 10 minit kepada murid
murid untuk meneliti dan memahami proses kerja yang akan
dilakukan. Setelah itu, mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan
dengan tugasan seperti berikut:

a. Kumpulan 1 Menyediakan Kit Pecahan I


b. Kumpulan 2 Menyediakan Kit Pecahan II
c. Kumpulan 3 Menyediakan cip pecahan 1/2, 1/3 dan 1/4.
d. Kumpulan 4 Menyediakan dip pecahan 1/6, 1/8 dan 1/9.
Guru menyediakan bahan bahan yang diperlukan dan murid
murid memilih bahan yang diperlukan untuk kumpulan masing
masing berdasarkan tugasan yang telah diberikan.
3.3.2 Membuat prototaip
Bagi Kumpulan 1, murid murid perlu menyediakan 2 keping
bod lekap yang berukuran 30cm x 21cm dan dilabelkan sebagai
A dan B.

Pada kepingan A, satu lubang berbentuk bulatan

(diameter = 10cm) dibuat pada bahagian tengan kepingan.


Selepas itu kepingan A dilekatkan di atas kepingan B.(Rujuk
Rajah 1 dan Rajah 2 dalam Bahagian 5.0).
Bagi Kumpulan 2, murid murid perlu menyediakan 2 keping
bod lekap yang juga berukuran 30cm x 21cm dan dilabelkan A
dan B.

Pada kepingan A mereka membuat dua lubang

berbentuk bulatan dan setiap bulatan berdiameter

10cm.

Kepingan A tadi dilekatkan di atas kepingan B dengan gam.(


Rujuk Rajah 3 dan Rajah 4 dalam Bahagian 5.0).
Bagi Kumpulan 3 dan Kumpulan 4, murid murid menyediakan
cip pecahan berjejari 5cm daripada bod lekap mengikut pecahan
yang

diberikan

bagi

setiap

kumpulan.

Nilai

pecahan

kemudiannya ditulis di belakang setiap cip pecahan. Spesifikasi


cip pecahan yang perlu disiapkan boleh dirujuk pada Jadual 1
dalam Bahagian 5.0.

3.4

Fasa 4 : Tindakan
3.4.1 Melapor
Setelah semua kumpulan menyelesaikan tugasan masing
masing, guru meminta murid membentangkan hasil kerja yang
telah dibuat.

3.4.2 Menguji prototaip.


Guru memeriksa Kit Pecahan yang disiapkan dengan memeriksa
ketepatan ukuran, tampalan dan kuantiti cip pecahan mengikut
spesifikasi yang dikehendaki.

3.4.3 Mentaksir
Sebagai percubaan, guru mengemukakan masalah berikut:
1
3

1
2

Seorang murid tampil ke hadapan dan memilih cip pecahan


bernilai 1/3 dan 1/2. Cip pecahan tersebut diletakkan ke dalam
acuan bulatan seperti rajah di bawah.

1/3

Kemudian guru membimbing murid memilih cip pecahan yang


sepadan dengan acuan bulatan yang masih kosong.

Murid

mendapati cip 1/6 adalah sepadan. Cip 1/6 disusun sehingga


memenuhi bahagian acuan yang telah diisi tadi. 5 keping cip 1/6
diperlukan bagi memenuhi ruang.
Berdasarkan cip pecahan yang digunakan, guru membimbing
murid untuk menentukan bilangan cip 1/6 yang setara dengan
1/3 dan 1/2.

Akhir sekali murid dibimbing untuk membuat

kesimpulan berikut:
1

6
=

5
6

Guru mengemukakan beberapa soalan untuk dijawab oleh murid

murid

berdasarkan

menggunakan

Kit

aktiviti

pecahan.

yang

dijalankan

Tujuannya

adalah

dengan
untuk

mendapatkan gambaran awal tentang penerimaan mereka


terhadap penggunaan bahan tersebut.

3.4.4 Menganalisis maklumat


Setelah

aktiviti

selesai

dijalankan

guru

meminta

murid

memberikan pendapat dan pandangan mereka mengenai


kesesuaian Kit Pecahan ini digunakan sebagai bahan bantu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kit Pecahan ini akan digunakan sepanjang pengajaran topik
penambahan pecahan bagi membimbing murid memahami
konsep penambahan pecahan.
3.4.5 Dokumentasi
Di akhir pengajaran, murid murid diminta mempamerkan hasil
kerja mereka di sudut matematik untuk digunakan pada masa
luang bagi memudahkan lagi mereka memahami konsep
penambahan pecahan.

4.0

SURAT MEMOHON SUMBANGAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KETING


16390 BACHOK
KELANTAN DARULNAIM
Pejabat Am : 097531700 Faks : 097531701
Email : skketing@gmail.com

Tarikh

: 15 Ogos 2011

Persatuan Matematik,
Seolah Kebangsaan Keting,
16390 Kota Bharu.

Koperasi Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Keting,
16390 Bachok,
Kelantan.
Tuan,
POHON SUMBANGAN PROJEK KIT PECAHAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Matematik SK.Keting ingin memohon
sumbangan dalam bentuk bahan bernilai RM66.00 untuk tujuan di atas.
3.
Projek ini bertujuan untuk menambah koleksi bahan bantu mengajar sedia ada
dalam usaha memperkasakan mata pelajaran Matematik Tahap 2 di samping
memenuhi objektif pembelajaran berasaskan projek.
4.
Panitia Matematik bagi pihak sekolah
penghargaan dan terima kasih atas sumbangan ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

..................................
(SITI ZALEHA BT RAHMAN)

Setiausaha Persatuan Matematik

mengucapkan

setinggi-tinggi

6.0

ANGGARAN KOS

Jenis Bahan

Kuantiti

Harga

Jumlah

Seunit

Harga

1. Bod lekap (berlainan warna)

8 keping

RM 6.00

RM 48.00

2. Pen penanda

1 kotak kecil RM 5.00

RM 5.00

3. Gam pelekat

1 botol kecil

RM 8.00

RM 8.00

4. Pelekat blue-tac

1 paket

RM 5.00

RM 5.00

Jumlah Besar

RM 66.00

7.0

REFLEKSI INDIVIDU
7.1

REFLEKSI 1

7.2

REFLEKSI 2

8.0

BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Guru, 1998. Konsep Dan Aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik : Pecahan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan

Pustaka.
Bahagian Pendidikan Guru, 2011. Modul Pedagogi Guru Matematik
Sekolah Rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru, 1998. Panduan Pembinaan Sumber
Pengajaran Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah : Nombor. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mok Soon Sang, 2004. A Primary Education Course in Mathematics for
Post Graduate Diploma (K.P.L.I).

Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn

Bhd.
Omardin Ashaari, 1999. Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
http://www.akademikpahang.edu.my
http://www.ipgmktar.edu.my

Anda mungkin juga menyukai

  • Lawat
    Lawat
    Dokumen10 halaman
    Lawat
    Wahida Ibrahim
    Belum ada peringkat
  • Jom Masak
    Jom Masak
    Dokumen2 halaman
    Jom Masak
    Wahida Ibrahim
    Belum ada peringkat
  • Jom Masak
    Jom Masak
    Dokumen2 halaman
    Jom Masak
    Wahida Ibrahim
    Belum ada peringkat
  • Jom Masak
    Jom Masak
    Dokumen2 halaman
    Jom Masak
    Wahida Ibrahim
    Belum ada peringkat
  • Strategi Membaca
    Strategi Membaca
    Dokumen5 halaman
    Strategi Membaca
    Wahida Ibrahim
    Belum ada peringkat
  • Kaji Selidik PPBK
    Kaji Selidik PPBK
    Dokumen17 halaman
    Kaji Selidik PPBK
    Wahida Ibrahim
    Belum ada peringkat