Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

1) Masalah emosi atlet dan perkhidmatan daripada ahli psikologi sukan


Masalah emosi atlet
Kemurungan
Anoreksia
Panik
Perkhidmatan daripada ahli psikologi sukan
Imageri
Strategi daya tahan
Daya tindak
2) Pendekatan Teori Motivasi Kecekapan Harter
Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan aspek kecekapan diri atlet.
Penilaian kognitif terhadap kejayaan menguasai sesuatu kemahiran akan memberi kesan
terhadap motivasi seseorang atlet.
Jika atlet berjaya dalam sesuatu kemahiran yang ditunjukkan, maka secara tidak langsung
motivasi kecekapannya akan meningkat, manakala keinginan untuk terus memahirkan diri
dengan kemahiran tersebut juga akan meningkat.
Sekali mereka gagal dalam menguasai kemahiran, maka motivasi kecekapan akan menurun
dan keinginan untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti kemahiran tersebut juga akan
menurun.
3) Perbezaan kebimbangan state dengan kebimbangan trait
Kebimbangan state (state anxiety)
Kebimbangan dalam bentuk sementara yang berbeza dari segi intensitinya, seimbang
dengan kekuatan pada tanda penurunan rasa takut.
Mengandungi komponen kognitif dan somatik. Kebimbangan kognitif seperti kekhuatiran
mempunyai ciri-ciri tanggapan negatif dan imej kegagalan. Manakala kebimbangan
somatik merujuk kepada simptom fizikal dan fisiologi seperti gementar dan berpeluh.
Kebimbangan Trait (trait anxiety)
Adalah lebih lama berbanding kebimbangan state.
Akan mengalami kebimbangan atau ketakutan terhadap sesuatu benda yang tidak
spesifik. Individu jenis ini juga mungkin dihantui oleh kebimbangan akibat peristiwaperistiwa lampau.
4) Cara sukan menjana ekonomi Malaysia
Pelancongan sukan (sports tourism)
Kemudahan dan perkhidmatan (services and facilities)
Pusat sukan (sports centre)
Penajaan (sponsorship)
Hak penyiaran (broadcasting rights)
5) Perbezaan antara prinsip penilaian utama dan prinsip penilaian sekunder
Penilaian Utama
Penilaian utama ialah proses mengenal pasti kesan sesuatu situasi ke atas kesejahteraan
fizikal dan psikologi individu sama ada kesan berbentuk faedah, cabaran, ancaman dan
kemudaratan.
Penilaian Sekunder
Penilaian sekunder pula ialah penilaian kognitif yang berkaitan dengan apa yang boleh
dilakukan oleh individu untuk menangani penilaian utama seperti cuba untuk menguasai
apa yang dinilai pada penilaian utama.

6) Empat tahap yang berlaku dalam proses sosialisasi


Tahap 1
Persiapan anak mula belajar mengambil peranan orang-orang sekelling terutama
dengan orang yang paling dekat (keluarga)
Tahap 2
Meniru anak tidak hanya mengetahui peranan yang harus dijalankan, tetapi harus
mengetahui peranan yang dijalankan oleh orang lain.
Tahap 3
Bertindak anak dianggap mampu mengambil peranan yang dijalankan oleh orang lain
dalam masyarakat.
Tahap 4
Menerima Norma Anak telah siap menjalankan peranan orag lain dan mulai memiliki
kesedaran dan tanggungjawab
7) Definisi stres, eustres, distres dan stresor
Stres adalah tindak balas tubuh badan yang tidak spesifik terhadap kehendak-kehendak yang
dikenakan ke atasnya.
Eustres adalah perubahan akibat stres memberi kebaikan kepada individu.
Distres adalah perubahan akibat stres membawa kepada keburukan seperti mengakibatkan
kemurungan dan kebimbangan.
Stresor adalah keadaan yang memberi cabaran dan mengancam seseorang individu.
8) Ciri masyarakat yang bergiat aktif dalam sukan
Berilmu
Pengetahuan
Berakhlak mulia
Berkeupayaan
Bertanggungjawab
Intelek
9) Bentuk keagresifan yang berlaku dalam sukan
Instrumental
Menyebabkan berlakunya kecederaan kepada pemain-pemain pihak lawan.
Bukan untuk melihat pemain lawannya teraniaya dan mengalami kecederaan tetapi untuk
mencapai matlamat sama ada sebagai ganjaran atau maruah diri.
Dikenali sebagai tingkah laku assertif dalam psikologi sukan (Husman dan Silva, 1984)
kerana pemain bermain mengikut peraturan dengan intensiti dan emosi yang tinggi tanpa
berniat untuk mencederakan sesiapa.
Dikatakan tidak agresif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai kemenangan seperti
melakukan tackling untuk mendapatkan bola dalam permainan bola sepak.
Bermusuhan
Berniat untuk menyakitkan seseorang secara fizikal atau psikologikal (Dollard, et al.,
1939).
Pemain menetapkan matlamat untuk mencederakan pemain pihak lawan dan
menyebabkan pemain tersebut teraniaya.
Satu siri perlakuan secara sengaja dengan mengasari pemain lawan dan ia adalah
terkeluar daripada peraturan atau undang-undang perlawanan.
Banyak berlaku dalam sukan seperti hoki, ragbi dan tinju.

10) Isu professional dalam bidang psikologi sukan


Latihan
Pentauliahan
Perlesenan
Pensijilan
Pendaftaran
11) Jenis stressor dalam sukan
Bimbang akan kekalahan
Bimbang akan kecederaan fizikal
Konflik interpersonal
Tekanan masa
Konflik rakan sebaya
12) Agen sosiolisasi yang mempengaruhi seseorang individu dalam penglibatan sukan
Keluarga
Rakan sebaya
Guru
13) Elemen keseimbangan dalam diri seseorang individu yang terlibat dengan sukan
Jasmani
Emosi
Rohani
Intelek
Sosial
14) Model kitaran kehidupan yang dikenalkan oleh Hersey-Blanchard (1977) dalam bentuk rajah

BAHAGIAN B
1(a)

Langkah untuk mengawal fokus dan tumpuan


Aplikasikan prinsip tumpuan terpilih untuk mengubah pemikiran negatif kepada positif.
Lakukan permusatan dalaman dengan membuat sedikit pengubahsuaian tahap kebangkitan
dan emosi ke tahap yang optimum iaitu dengan cara menarik nafas secara mendalam dan
menghembuskanya secara perlahan-lahan.
Lakukan pengucupan tumpuan terhadap tanda-tanda yang relevan dengan tugasan yang
dilakukan seperti kedudukan jari, kaki, tangan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi
memastikan mengena sasaran yang diharapkan.
Lakukan tugasan yang ingin dilakukan apabila perasaan dan tumpuan telah terkawal.
Mengenalpasti jangka masa antara perasaan dan tumpuan yang telah dikawal.

1(b)

Proses pembelajaran masteri


Tumpuan dan konsentrasi boleh dikurangkan melalui proses pembelajaran masteri.
Sekiranya atlet mahir dan telah mempelajari sesuatu tugasan secukupnya, tindak balasnya
akan menjadi rutin, dan daya tumpuan dan konsentrasi boleh dikurangkan. Teori reaction
time probe menjelaskan bahawa keperluan memberi tumpuan dalam sesuatu perlakuan
motor akan berkurang apabila pembelajaran terhadap perlakuan motor tersebut meningkat,
dan membolehkan atlet memberi tumpuan terhadap maklumat yang lain. Walau
bagaimanapun, ada kalanya, keupayaan memberi tumpuan dan konsentrasi juga bergantung
kepada tahap pemain itu sendiri. Contohnya, bagi pemain bola keranjang peringkat novis,
sukar bagi mereka untuk memberi tumpuan sekali gus terhadap arahan jurulatih, jaringan
bola atau reaksi kawan sepasukan. Pemain novis hanya memberi tumpuan kepada aktiviti
dribbling sahaja kerana pada peringkat novis aktiviti dribbling telah menguasai ruang
keupayaan pemprosesan maklumat pemain tersebut.

2(a)

Empat prosedur relaksasi


Prosedur Relaksasi Imejan
memerlukan atlet membayangkan bahawa mereka berada di dalam satu persekitaran
yang mereka rasakan tenang dan relaks.
Strategi Relaksasi Progresif
mengenal pasti ketegangan atau tekanan yang dihadapi oleh tubuh badan supaya ia
boleh menghalang ketegangan tersebut menjadi masalah fizikal.
Strategi Latihan Relaksasi Auto genik
bergantung kepada perasaan yang dialami subjek terhadap otot dan tubuh badannya.
Biofeedback
teknik moden yang mempercayai bahawa manusia boleh mengawal fungsi sistem
saraf autonomik dengan menggunakan beberapa instrumen seperti alat mengukur
kadar denyutan jantung, Electromyography (EMG), Electroencephalogram (EEG)
dan Galvanic Skin Response (GSR).

2(b)

Prinsip imageri
Imej boleh direka cipta dalam pemikiran tanpa kehadiran lain-lain rangsangan luaran
Pembentukan imej boleh dibentuk oleh satu deria, atau semua deria
Imej direka cipta daripada maklumat yang disimpan dalam memori deria, memori jangka
pendek dan memori jangka panjang.

3(a)

Empat aras dalam Smith Cognitive Affective Model of Stress And Burnout
Aras Pertama
Atlet akan berhadapan dengan keperluan objektif yang melebihi keupayaan atlet itu
sendiri. Keperluan yang menunjukkan ke arah tekanan untuk membuat latihan yang
lebih lama dan banyak berbanding dengan mempunyai masa rehat dan masa terluang
sendiri.
Aras Kedua
Objektif pentaksiran kognitif dibuat dan ditentukan oleh keperluan atlet terbabit.
Hasil daripada penilaian kognitif tersebut mendapati ianya mengancam atau
memberi kesan pada atlet dengan keadaan yang berlebihan, kurang kawalan, kurang
makna dan menimbulkan perasaan tidak berdaya.
Aras ketiga
Ancaman di lihat secara berturutan dengan penilaian kognitif yang menghasilkan
keputusan terhadap tindakbalas fisiologi yang menjadikan atlet merasa kerisauan
atau tekanan, kemurungan, keletihan, insomia dan memberi ruang kepada penyakit
yang mudah berjangkit.
Aras Keempat
Atlet akan memberi tindakbalas terhadap tingkahlaku peniruan atau tindakbalas
seperti tingkahlaku yang tidak bersesuaian, penurunan pencapaian, kepayahan atau
kesusahan dalaman dan juga menarikkan diri dalam aktiviti tertentu.

3(b)

Cara untuk mengelakkan Burnout di kalangan atlet dari aspek


Atlet sendiri
Bermain untuk diri sendiri
Mengimbangi sukan dan kehidupan sendiri Sekiranya sukan tidak mengembirakan,
berhenti dari terus bermain
Berehat dan mengambil masa untuk diri sendiri
Jurulatih
Mengadakan perbualan dan perbincangan dua hala dengan atlet
Penglibatan secara dekat dengan pemain
Menggunakan sepenuhnya bakat yang dimiliki atlet
Ibu bapa
Kenalpasti tahap dorongan yang diberikan tanpa mendorong ke arah paksaan
Menggurangkan tekanan untuk menang sahaja
Menunjukkan sokongan atas usaha anak
Jangan mencampuri urusan jurulatih sekiranya ibu bapa bukan berkelayakkan
sebagai jurulatih

4(a)

Lima istilah semangat kesukanan oleh Shields Bredemeier (1995)


Komitmen yang tinggi terhadap bidang yang diceburi, seperti berlatih dan bekerja keras
semasa latihan dan pertandingan.
Perasaan hormat dan sikap ingin tahu tentang peraturan dan pegawai yang terlibat seperti
tidak membantah pegawai walaupun tidak cekap.
Rasa hormat pada sebarang situasi dan mewujudkan hubungan yang baik, seperti berjabat
tangan dan mengucapkan tahniah kepada pihak lawan tentang persembahannya.
Hormat kepada pihak lawan, seperti memberi pinjam peralatan sukan kepada pihak lawan.
Mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik seperti perasaan iri hati, cemburu dan marah.

4(b)

Sumber keyakinan diri


Kejayaan persembahan (Masteri)
Persembahan yang baik, peningkatan dan pencapaian matlamat individu.
Demonstrasi kebolehan
Demonstrasi yang lebih aktif berbanding pihak lawan.
Sokongan sosial dan masyarakat
Mendapat maklum balas positif daripada kawan-kawan, jurulatih, keluarga dan
rakan sepasukan.
Persediaan fizikal dan mental
Bersedia dari segi fizikal mental dengan fokus yang paling optimum untuk
persembahan
Kepimpinan jurulatih
Percaya dan yakin dengan keputusan dan kebolehan jurulatih
Pengalaman
Menambahkan keyakinan dengan memerhatikan orang lain membuat persembahan
dengan Berjaya
Keselesaan persekitaran
Berasa selesa dan selamat dengan padang atau gelanggang pertandingan serta
persekitaran
Kehendak situasi
Perasaan atau situasi dengan kehendak mereka
Persembahan sendiri
Persepsi para atlet terhadap keadaan fizikal mereka sendiri

5(a)

Jenis sukan yang dianjurkan untuk meningkatkan ekonomi Negara


Le Tour de Langkawi
F1 di Litar Sepang
Pertandingan Bot Laju
Pertandingan Layang-layang Antarabangsa.

5(b)

Cara sukan menjana ekonomi Negara


Perlancongan sukan
Kemudahan dan perkhidmatan
Pusat sukan
Penajaan
Hak penyiaran
Definisi burnout dan empat simptonnya
Definisi
sindrom yang serius yang melibatkan perubahan psikologikal, fisiologikal dan
perubahan hormon dikalangan atlet dan memberi kesan terhadap pencapaian sukan.
Simpton Burnout
Simpton fisiologi
- Peningkatan kadar latihan dan kadar nadi rehat
- Penurunan berat badan
- Penurunan selera makan
- Peningkatan selera makan
Simpton psikologi
- Perubahan negative dalam kualiti tarikan peribadi dengan yang lan seperti
kurang perasan
- Peningkatan perasaan yang mengganggu
- Peningkatan persepsi kepada fizikal, mental, dan kelesuan emosi
- Penurunan keyakinan diri

6(a)

6(b)

Langkah mengelakkan simpton burnout


Kesedaran Diri Atlet
Atlet tersebut harus mengenalpasti simptom masalah burnout yang dialami dan cuba
berkomunikasi dan berkongsi masalah dengan ibubapa, keluarga, jurulatih atau
kaunselor sukan.
Meluangkan Masa
Meluangkan masa untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan
tugas. Dalam proses keluar dari masalah burnout kadang kala memerlukan beberapa
hari.
Strategi Rehat
Strategi rehat perlu dikenalpasti dan memberi manfaat kepada strategi peniruan dan
menyemak kesan yang melemahkan terhadap masalah tekanan dan burnout

7(a) Tiga perbezaan motivasi intrinsic dan ekstrinsik dan contoh


Motivasi intrinsik
Motivasi ekstrinsik
Motivasi yang datang dari dalaman diri
Ganjaran atau faktor luaran yang mendorong
seseorang individu dan tidak dipengaruhi oleh
seseorang individu untuk bertingkah laku
sebarang ganjaran atau faktor luaran yang
dalam sukan sama ada dalam bentuk fizikal
lain.
ataupun verbal.
terbentuk hasil daripada keyakinan diri yang
Ganjaran berbentuk fizikal adalah seperti
tinggi bahawa seseorang individu mampu
hadiah dan wang ringgit, manakala ganjaran
untuk melakukan sesuatu tugasan tanpa
berbentuk verbal adalah seperti kata-kata
mengharapkan dorongan, ganjaran atau
pujian dan semangat
sokongan dari persekitarannya.
Minat yang mendalam untuk menceburkan
Implikasi daripada ganjaran yang berbentuk
diri dalam bidang sukan adalah sejenis
intrinsik ini akan mencetuskan tahap motivasi
motivasi intrinsik yang mendorong seseorang
yang bersifat sementara.
untuk sentiasa bergiat aktif dalam sukan.
7(b)

Perihal teori motivasi


Model McClelland dan Atkinson
Motivasi terbentuk berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut akan
kegagalan.
Motif untuk mencapai kejayaan adalah lahir dari motivasi intrinsik atlet itu sendiri.
Jika atlet tersebut yakin bahawa beliau akan berjaya, maka atlet tersebut akan
memilih untuk melibatkan diri dalam pertandingan.
Namun jika atlet merasa tidak atau kurang yakin dengan kebolehannya dalam
pertandingan tersebut, maka atlet tersebut akan memilih untuk menarik diri.
Teori self Efficacy oleh bandura
Kebanyakan penyelidik melihat pengaruh keyakinan diri sebagai faktor yang
membezakan individu bermotivasi pencapaian tinggi dengan individu yang
bermotivasi pencapaian rendah.
Menjelaskan keadaan yang berkaitan dengan keyakinan individu tentang
kemampuannya untuk melakukan sesuatu tugasan dengan berkesan.
menegaskan bahawa self efficacy adalah mekanisme kognitif yang menjadi
pengantara motivasi, corak pemikiran, dan tingkah laku.
Motivasi kecakapan Harter
Teori ini menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan aspek kecekapan diri atlet.
Atlet yang merasakan bahawa mereka mempunyai kecekapan yang mencukupi dalam
sesuatu tugasan biasanya akan melakukan tugasan tersebut tanpa banyak soa.
Penilaian kognitif terhadap kejayaan menguasai sesuatu kemahiran akan memberi
kesan terhadap motivasi seseorang atlet.
Atlet yang berjaya dalam sesuatu kemahiran yang ditunjukkan, maka secara tidak
langsung motivasi kecekapannya akan meningkat.

8(a)

Lima prinsip semangat kesukanan


Komitmen yang tinggi terhadap bidang yang diceburi, seperti berlatih dan bekerja keras
semasa latihan dan pertandingan.
Perasaan hormat dan sikap ingin tahu tentang peraturan dan pegawai yang terlibat seperti
tidak membantah pegawai walaupun tidak cekap.
Rasa hormat pada sebarang situasi dan mewujudkan hubungan yang baik, seperti berjabat
tangan dan mengucapkan tahniah kepada pihak lawan tentang persembahannya.
Hormat kepada pihak lawan, seperti memberi pinjam peralatan sukan kepada pihak lawan.
Mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik seperti perasaan iri hati, cemburu dan marah.

8(b)

Lima akibat yang berlaku sekiranya tiada semangat kesukanan


Rasuah
Kekasaran dalam permainan
Pergaduhan antara pegawai dan pemain
Pergaduhan penyokong
Melanggar peraturan pertandingan

BAHAGIAN C
1) Prinsip latihan mental dan program intervensi kognitif tingkah laku
Prinsip latihan mental
Lebih sesuai dengan aktiviti yang memerlukan atlet berfikir dan membuat
perancangan.
Lebih efektif pada kemahiran yang mengandungi komponen kognitif yang lebih tinggi
berbanding komponen motor.
Dibuat dalam jangka masa yang pendek.
Dibuat segera sebelum perlawanan bermula.
Program intervensi kognitif tingkah laku
Visual Motor Behavioral Rehearsal (VMBR)
- menggabungkan kaedah relaksasi dan imageri dalam satu prosedur seperti
kaedah relaksasi progresif yang mengandungi unsur relaksasi di samping
melakukan latihan imageri yang berkaitan dengan tugasan yang hendak
dilakukan.
Stress Inoculation Training (SIT)
- Menggabungkan program kognitif-tingkah laku yang mengandungi latihan
relaksasi, imageri dan proses kognitif yang lain seperti persepsi dalam satu
perancangan intervensi.
Stress Management Training (SMT)
- Menggabungkan latihan relaksasi, imageri dan proses kognitif yang lain.
2) Peluang kerjaya dalam sukan
Profesionalisme perguruan
Pengurusan
Pemasaran
Perhubungan awam dan pembangunan
Pengurus atlet
Kejurulatihan
Eksekutif kelab sukan
3) Peranan untuk membudayakan sukan
Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah,
akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik
serta menjadi pengerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan Negara.
Bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakan, pembangunan dan pencapaian
cemerlang dalam sukan dalam pertandingan di peringkat tertinggi.
Pembinaan infrastruktur seperti stadium, arena dan gelangang sukan yang lengkap.
Penganugerahan negara kepada atlet seperti memberi gelaran Datuk kepada beberapa
orang atlet dan bekas atlet yang pernah berjasa dan mengharumkan nama negara Malaysia
di mata dunia

4) Andaian Teori douglas McGregor (1967)


Teori X (negatif)
Teori Y (positif)
Kebanyakan manusia secara semula jadi
Daya usaha kerja dari segi mental dan fizikal
mempunyai perasaan tidak suka bekerja dan
adalah dianggap sebagai sifat semula jadi,
jika diberi pilihan akan mengelakkan diri
sama seperti bermain dan berehat.
daripada bekerja.
Akibat daripada sifat manusia yang tidak
Manusia mampu mengawal diri sendiri dalam
gemar bekerja, dia terpaksa dikawal, diarah
mencapai
matlamat
organisasi
tanpa
dan diugut dengan hukuman agar dia
memerlukan kawalan luaran.
mengeluarkan usaha yang mencukupi ke arah
pencapaian objektif-objektif organisasi.
Kebanyakan manusia lebih suka diarah, ingin
Di dalam keadaan sesuai, kebanyakan
mengelakkan
diri
daripada
beban
manusia bukan sahaja menerima bahkan
tanggungjawab, tidak mempunyai cita-cita
mahukan tanggungjawab.
yang tinggi dan mengutamakan keselamatan
diri daripada perkara-perkara lain.
5) Cara untuk membentuk kesepaduan
Penyokong sukan
Penyokong sukan yang datang mengunjungi stadium menyatukan masyarakat dalam
suasana sukan yang meriah dan harmoni.
Ekonomi
Perniagaan akan membawa keuntungan kepada individu, masyarakat dan Negara.
Pendidikan
Sukan mengajar pelajar atau atlet tentang kepentingan masyarakat dan interaksi
sesame manusia serta bagaimana menjalinkan hubungan yang baik dan positif.
Budaya
Budaya masyarakat mementingkan integrasi kaum, pembudayaan sukan dan konsep
masyarakat yang sihat dan cergas.