Anda di halaman 1dari 5

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI


JALAN CENDERAI, 59100 BANGSAR, KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BIL 01 / TAHUN 2013
Tarikh

: 9 JANUARI 2013 (SELASA)

Masa

: 2.00 PETANG

Tempat

: BILIK KEMAHIRAN HIDUP

Pengerusi

: EN. MOHD ZAIRY FIRDAUS BIN MOHD ASRI

Nama Yang Hadir

: EN. MOHD ZAIRY FIRDAUS BIN MOHD ASRI


: EN. MOHAMAD FARIZAL BIN HASSIM
: EN. ZAHRULLAI BIN MOKHTAR
: PN. ASEELAWATI BT MD SHAH

Nama Yang Tidak hadir

: -Tiada-

Turut Hadir (jika ada)

: EN. SOPIAN BIN MOKHTAR (GURU BESAR SKBP)


: PN. DJUMRIAH BT LAGAIS (GPK HEM SKBP)

Urus Setia
1

: -Tiada-

PERUTUSAN PENGERUSI DAN WAKIL PENTADBIR


1.1

Ucapan pengerusi
1.1.1 Pengerusi berterima kasih kepada semua guru dapat
meluangkan masa untuk bermesyuarat.
Tindakan: Makluman

1.2

Ucapan wakil pentadbir


1.2.1 GPK HEM berterima kasih kepada jawatankuasa panitia kerana
menjemput ke mesyuarat kali ini walau dalam talian sahaja.
1.2.2 Beliau berterima kasih juga kerana telah menjadikan mata
pelajaran KH lebih menarik untuk dipelajari oleh murid SKBP.
Beliau memuji komitmen guru-guru kerana semakin baik.
1.2.3 Walaupun bukan subjek teras, beliau menyatakan ia adalah
asas yang penting untuk membina kemahiran halus yang
semakin kurang dikuasai oleh murid.
Tindakan: Makluman

SPSK PK 07/3

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1

Disahkan oleh : En. Mohamad Farizal B. Hassim

2.2

Disokong oleh : Pn. Aseelawati Bt. Md. Shah


Tindakan: Makluman

PERKARA BERBANGKIT
3.1

Saranan menggunakan pendekatan kreatif oleh Wakil Pentadbir


3.1.1 Ketua Panitia telah membina modul khas bagi murid tahun 5.
Modul tersebut boleh dijadikan sebagai bahan pembelajaran
murid apabila pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
dilaksanakan mengikut jadual.
Tindakan: Makluman
3.1.2 En. Zahrullai mencadangkan budaya berbakti pada tanah untuk
murid SKBP. Panitia menetapkan kawasan yang sesuai
bercucuk tanam untuk setiap kelas. Murid setiap kelas
bertanggungjawab untuk membiak pokok, menjaga dan
menyenggara kawasan tersebut. Penanaman pokok yang sedia
hidup akan memudahkan proses membiak pokok. Penanaman
pokok yang jarang dijumpai juga digalakkan.
Tindakan: Ketua Panitia

3.2

Lawatan Sambil Belajar


3.2.1 Ketua Panitia menyatakan program ini tidak dapat dijalankan
pada tahun lalu dan akan ditunda pada tahun ini. Program ini
dilihat amat penting supaya murid terdedah dengan keperluan
mata pelajaran ini dalam realiti.
3.2.2 Beliau mencadangkan tarikh dan tempatnya adalah pada 13 Mac
2013 (hari persekolahan) di Aquaria KLCC. Penyertaan dibuka
kepada semua murid tahap 2 tetapi diutamakan kepada ahli
kelab Kemahiran Hidup & Reka Cipta SKBP. Penyertaan adalah
terhad kepada 42 orang sahaja.
Tindakan: Ketua Panitia
3.2.3 En. Zahrullai juga bercadang mengadakan lawatan sambil
belajar bagi murid tahun 6. Lawatan tersebut adalah di dalam
bandar raya sahaja yang melibatkan satu hari sahaja. Lawatan

SPSK PK 07/3

ini akan dijalankan sekali setiap 2 bulan bagi memberi murid


lebih fokus dalam pelajaran dan di akhirnya dapat
merealisasikan impian sekolah dalam UPSR.
Tindakan: En. Zahrullai
3.3

Jualan Langsung 2012


3..3.1 Ketua panitia akan menjalankan lagi ia pada tahun ini, tetapi
akan dibuat penilaian murid terlebih dahulu. Ia perlu
dilaksanakan kerana ia adalah salah satu aktiviti lanjutan bagi
murid cemerlang.
3.3.2 Guru Besar mengingatkan supaya mengurus dengan teliti dan
berhati-hati kerana melibatkan keluar-masuk wang.
3.3.3 En. Farizal meminta agar diadakan surat edaran kepada ibu
bapa murid yang terlibat dengan aktiviti ini. Pn. Aseelawati
meminta surat itu diperincikan dengan tujuan dan objektif aktiviti
ini supaya ibu bapa mudah faham.
Tindakan: Ketua Panitia

3.4

LDP Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dan ICT


3.4.1 Guru Besar mencadangkan LDP diselitkan sebagai salah satu
slot dalam minggu Kemahiran Hidup.
4.4.2 Ketua Panitia berharap ia dapat dijalankan dengan gabungan
dari panitia lain supaya ramai jawatankuasa boleh diadakan. Pn.
Aseelawati mencadangkan dan bersetuju untuk bergabung
panitia untuk menjalankan minggu KH, ICT, Sains dan Matematik
kerana semua Ketua Panitia/unit ada dalam organisasi panitia
KH.
4.4.3 Perbincangan semula berkenaan ini akan ditetapkan pada tarikh
yang lain.
Tindakan: Semua guru Panitia

PEMBENTANGAN LAPORAN / KERTAS KERJA


4.1

Tiada

HAL-HAL LAIN
5.1

Perancangan Panitia 2013

SPSK PK 07/3

5.1.1

Ketua Panitia menetapkan semua aktiviti yang dijalankan pada


tahun lepas diteruskan ke tahun ini dengan menyelitkan aktiviti
baru yang dicadangkan dalam mesyuarat ini.
Tindakan: Makluman

5.2

Peperiksaan dan Penilaian KH


5.2.1

Ketua Panitia menetapkan ujian bulanan untuk tahun 6 adalah


sebelum cuti pertengahan penggal 1 dan manakala tahun 4
dan 5 adalah sebelum cuti pertengahan tahun. PKSR adalah
pada akhir tahun dan melibatkan semua tahap 2.

5.2.2

Beliau juga menetapkan Pn. Aseelawati untuk membina soalan


ujian bulanan KH tahun 6. Beliau akan membina soalan ujian
bulanan KH tahun 4 dan 5.

5.2.3

Beliau juga menetapkan sasaran PKSR KH 2013. Bagi tahun 6


adalah 35% gred A dan mahu dikekalkan 100% lulus. Bagi
tahun 5 pula adalah 15% gred A dan 100% lulus. Dan bagi
tahun 4 adalah 5% gred A dan mahu 90% lulus
Tindakan: Makluman

5.3

Belanjawan panitia 2013


5.3.1

Ketua Panitia menyatakan terdapat baki sebanyak RM 541 dari


peruntukan tahun lepas.

5.3.2

Beliau akan membuat pesanan projek berdasarkan peruntukan


tahun lepas. Bagi tahun ini, 1 set projek adalah untuk 3 orang
murid. Projek yang tidak digunakan lagi tidak akan dipesan.
Pengurangan pesanan pada tahun ini juga adalah bagi
menyediakan peruntukan untuk mata pelajaran baru KH yang
akan dilaksanakan pada tahun depan.
Tindakan: Makluman

PENUTUP
6.1

Pengerusi berharap agar jika ada cadangan, maklum balas dan


tindakan segera yang perlu dilakukan berkenaan dengan panitia
dimaklumkan kepadanya. Diharap panitia KH akan lebih baik dari tahun
sebelum ini.

SPSK PK 07/3

6.2

Pengerusi berterima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru


panitia kerana memberi kerjasama.

6.2

Mesyuarat ditangguh pada pukul 5 petang.

Disediakan oleh,

(MOHD ZAIRY FIRDAUS BIN MOHD ASRI)


Pengerusi
Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup
Bil 01 / Tahun 2013

Anda mungkin juga menyukai