Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan

Latar Belakang

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan

Definisi Konsep

Tarian Tradisional

Tarian Cina

Tarian India

Tarian Kotemporari

10

Tarian Senamrobik

11

Contoh Rancangan Mengajar Harian

12

Langkah-Langkah Pengajaran

13

Kesimpulan

14

Rujukan

15

PENGENALAN

Ekspresi adalah proses ungkapan emosi atau perasaan. Ekspresi juga boleh
didefinisikan sebagai pengungkapan atau proses menyatakan atau memperlihatkan perasaan
diri atau emosi. Menurut Kamus Dewan Bahasa pula, ekspresi merupakan pandangan air
muka yang memperlihatkan perasaan atau emosi seseorang.
Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi
ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Menurut kamus
Websters (1976) pemikiran kreatif ialah, The ability to bring something new existence.
Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru
sama sekali. Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang
baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994).
Kanak-kanak sememangnya memiliki sikap, tingkah laku dan pemikiran yang kreatif.
Mereka sentiasa ingin mengetahui banyak perkara seperti manusia dan tentang alam sekitar
mereka. Oleh itu, kanak-kanak amat memerlukan peluang, ruang, dan masa untuk memenuhi
keperluan ingin tahunya itu. Menurut De Bono kanak-kanak sering mengemukakan
persoalan tentang kenapa dan kena tidak. Mereka juga selalunya mahukan peluang untuk
menyentuh, peluang untuk melihat, peluang untuk bertanya, peluang untuk mencuba dan
sebagainya. Kanak- kanak akan berasa amat seronok untuk menjelajah atau mencari sesuatu
yang baru, yang aneh atau yang luar biasa. Justeru itu, kanak-kanak itu perlulah didedahkan
dengan pelbagai pengalaman baru yang bersifat multi etnik, multi budaya dan komuniti.
Mereka juga hendaklah didedahkan dengan budaya ingin tahu dan mengetahui sendiri
keunikan pengalaman itu.
Justeru itu, mendedahkan mereka dengan pengajaran tarian dapat memberikan peluang
merasai pengalaman baru yang bersifat multi etnik, kepelbagaian budaya dan komuniti. Di
samping itu mereka juga dapat merasai keseronokan melakukan aktiviti yang melibatkan
gerakan badan dan belajar bekerjasama serta saling bantu-membantu.

LATAR BELAKANG
Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan
definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia
melalui gerak geri berirama yang indah. Tarian merupakan pergerakan anggota badan
mengikut rentak muzik. Tarian boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau
berkumpulan. Penyanyi juga sering mengiringi sesuatu persembahan tarian.

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Dari segi bahasa, menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993)
Perkataan Pengajaran dan Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu
ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud
segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan ( seperti caranya, sistemnya dan
lain-lain).

Pembelajaran pula ialah suatu gerak balas kepada rangsangan-rangsangan yang


membawa kepada satu perubahan. Menurut Shea (1994) dalam Juhazren Junaidi et al. (2005)
pembelajaran ialah satu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah
laku. Eh Ah Meng (1993) pula mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses
memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.

Banyak pendapat para sarjana tentang maksud pengajaran berkesan. Menurut Tuner,
R. (2001) Pengajaran berkesan itu ialah pengajaran pakar dan cemerlang. Terdapat
penggunaan istilah lain seperti mengajar dengan baik (Brown et al., 1993), mengajar dengan
kreatif (Woods et al., (1996) dan Pengajaran Berkualiti (Stones, 1992).
Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan mempunyai penafsiran yang agak
berbeza jika dibandingkan senario pendidikan abad ke-21 dan sebelumnya. Ini kerana faktor
perubahan teknologi serta keperluan dalam pembangunan modal insan. Pada Tahun-tahun
1960 hingga 1990, pengajaran dan pembelajaran berkesan dinilai berdasarkan kepada gaya
pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, didaktif atau penerokaan, tradisional
atau progresif. Hanya bermula pada tahun 1991 hingga 2000, pengajaran dan pembelajaran
3

berkesan dinilai melalui 5 dimensi iaitu pengetahuan kurikulum, kemahiran pedagogi,


refleksi, empati dan kecekapan mengurus (OECD, 1994).
Pada tahun 1997 terdapat penambahbaikan terhadap ciri-ciri pengajaran dan
pembelajaran berkesan iaitu seperti yang dicadangkan oleh Anderson (1991) dalam Expert
Teaching (Turner, R. 2001) iaitu peranan guru dalam menentukan halatuju kelas, mewujudkan
kelas berasaskan fungsi dan memperbaiki serta mengekalkan momentum pelajar. Selepas
Tahun 2000 iaitu memasuki era ke 21, pengajaran dan pembelajaran berkesan turut
dipengaruhi oleh penggunaan peralatan bantuan mengajar ICT yang melibatkan penggunaan
komputer dan komponen lainnya.
Pengajaran dan pembelajaran berkesan agak berbeza dari segi konteks berdasarkan
tahap pelajar yang boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu, peringkat rendah, menengah dan
tinggi. Terdapat kajian sarjana yang melihat gaya pengajaran dan pembelajaran berkesan di
sekolah rendah dan menengah sebagaimana yang dilakukan oleh University Of Hertfordshire,
London (2001) lihat Turner. R (2001) dan Shahril (2005). Terdapat juga kajian mengenai
pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi pelajar di peringkat kolej dan universiti seperti
Allan et al., (2009), Kanika (2009), dan Juhazren et al., (2007) Didapati strategi, kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran berkesan agak berbeza jika dilihat dari tiga kumpulan
pelajar ini.
Sebagai guru yang berketrampilan dan kreatif, guru perlu mempunyai pengetahuan
dalam bidang drama, muzik dan pergerakan kreatif untuk diaplikasikan di dalam p&p dengan
berkesan. Kepakaran dalam bidang ini akan menghasilkan p&p berkesan dan menjadikan
penerimaan ilmu pengetahuan lebih dinamik dan efisyen, tidak bosan dan minat pelajar akan
ditingkatkan.
Proses pengajaran melibatkan tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru
dan muridnya. Pengajaran

dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk

melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ini ditambah lagi dengan adanya
bahan media yang sesuai bagi mendekatkan pelajar kepada konsep yang disampaikan oleh
guru.
Penggunaan media melalui teknologi maklumat secara tidak langsung dapat membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring
dengan kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui
4

sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkatkan lagi
usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia.
Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa juga
turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini .
Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan media dalam proses pengajaran
sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan
pendidikan.
Dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan contohnya, apabila
guru mengajar tajuk Kenali Budaya Malaysia, guru boleh mengaplikasikan tayangan video
pendek di internet seperti youtube.com dan memuat turunkannya dengan menggunakan
perisian Internet Download Manager (IDM) bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi
kandungan pelajaran tersebut. Selain itu guru boleh menggunakan pergerakan kreatif dari
tayangan video tersebut untuk menyampaikan maklumat tentang perbezaan antara jenis-jenis
tarian.
Charles B.Klasek (1972), menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur
sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar.
Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap
pelajaran mereka. Pendapat ini disokong pula oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan
bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran sebanyak
30% sahaja. Menurut teori lain, pengajaran melalui pengalaman muzik, tarian dan drama
membuka peluang pembelajaran melalui sesi pengalaman, pembelajaran sensori dan
melibatkan emosi. Kaedah pengajaran ini mampu memberi kesan untuk memori jangka
panjang. Kajian mengenai perbezaan individu pelajar dalam tiga gaya pembelajaran telah
mendapati pembelajaran secara auditori, pelajar mampu mengingat 15%, gaya pembelajaran
visual sebanyak 40% dan gaya pembelajaran kinestetik lebih kurang 45% .
DEFINISI KONSEP
TARIAN
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4,Cetakan Ketiga 2010), tarian diertikan sebagai
gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Tarian terbahagi
kepada beberapa jenis tarian secara umumnya, iaitu tarian tradisional, tarian kotemporari dan
tarian senamrobik.
5

TARIAN TRADISIONAL
Terdapat kepelbagaian jenis tarian tradisional di Malaysia berikutan Malaysia terdiri
dari berbilang bangsa. Antaranya ialah Melayu, Cina, India dan kaum atau etnik-etnik lain.
Tarian Ulik Mayang
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian
ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang
penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai
persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu
mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang
pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila
penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
Tarian Kuda Kepang
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari
menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam,
diiringi paluan gendang, gong dan angklung
Tarian Zapin
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana
setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada
masa itu negeri Johor Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.
Pengaruh tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di
Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei
Darussalam.
Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini
diilhamkan oleh peranakan Arab Yaman, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir
yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. Tarian zapin
telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah
Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga
kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami
pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.

Di Johor khususnya, tarian zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan
berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan
hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri,
Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab
secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih
kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa
persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama
mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai.
Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya
usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan
mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan
keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.
Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab
dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat
anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab
mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Tarian Lilin
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam
piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan
kelembutan
Tarian Gamelan
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia
mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun
1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang
memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari
Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang
puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin
dari Terengganu.
7

Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di
pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi
seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk
tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu
TARIAN CINA
Tarian Singa
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan
kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di
bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak
seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong,
dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah Tarian Singa


Dalam sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara
China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai
corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang
Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat
popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian
ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan
kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan
akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
TARIAN INDIA
Tarian Bharat Natyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik
Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan

tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan
lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara
tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu
persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai
Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi).
Sejarah Taria Bharat Natyam
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu,
kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India
boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya
yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali,
Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan
cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah seni bercerita,
dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India dan
dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20 rekonstruksi
Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentuk-bentuk tarian
zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling banyak diamalkan
di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya
dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual,
upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak
dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar yang
merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan penari
Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.
Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan alam
semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik dalam
Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan, raja-raja
setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di istana,
peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi
harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki
menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata
Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya
Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para penonton.
9

Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua aspek, pertama
ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu aspek maskulin,
yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan
menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan
zaman.
TARIAN KOTEMPORARI
Pengistilah yang wujud selepas pembentukkan tari Pasca moden. dan terus
berkembang dari setiap aspek; literatur, tatabahasa gerak, falsafah dan lain lain. Antara tarian
kotemporari yang terkenal masa kini ialah:
Tarian Shuffle
Shuffle bermaksud sejenis tarian yang menggelungsur kaki dengan diiringi rentak
muzik tekno. Ianya bermula era 1980an dan berasal dari Melbourne, Australia. Namun di
Malaysia, tarian ini diolah dengan kreativiti dan identiti anak muda tempatan.
Tarian Breakdance
Tarian ini bermula di Bronx, New York pada era 1970an. Tarian ini memerlukan
momentum, kekuatan, keseimbangan badan dan kreativti yang tinggi serta memiliki muzik
dimana ia dikawal oleh seorang DJ. Penari lelaki digelar 'b-boying' dan penari perempuan
pula dipanggil 'b-girling'.
Tarian Hip Hop
Tarian in bermula era 1970an dan dikembangkan oleh masyarakat Afro-Amerika dan
Latin-Amerika. Bunyi hip hop pula merupakan tiruan bunyian hentakan kaki tentera serta
diisi juga dengan tarian patah-patah yang dikenali sebagai breakdance.
TARIAN SENAMROBIK
Tarian Aerobik
Tarian aerobik atau dipanggil senamrobik dilakukan oleh sekumpulan orang dengan
pergerakan atau kareografi yang telah diatur mengikut muzik dengan beat atau kelajuan
tertentu dengan dimulakan dengan memanaskan badan, kareografi tarian, kondisasi otot dan
menyejukkan badan. Kebiasaannya senamrobik disertai oleh satu kumpulan yang besar.

10

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN


MATA PELAJARAN
DARJAH
MASA

: PENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN


: 5 AKTIF
: 9.10 10.10 PAGI ( 60 MINIT )

HASIL PEMBELAJARAN :
Pada akhir unit ini, murid diharap dapat:
1.
2.
3.

Mengenal pasti pelbagai warisan budaya masyarakat


Mengamalkan adab sosial warisan budaya malaysia.
Mengapresiasi dan berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia

AKTIVITI :
1.

Menghasilkan buku skrap, asal-usul tarian mengikut negeri

2. Mempelajari dan mengadakan persembahan tarian pelbagai kaum.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Langkah
Set Induksi
( 5 minit )

Aktiviti
Catatan
- Guru menayangkan satu video tarian Memperkenalkan
tradisional.
- Murid menonton video tersebut.
- Guru bersoal jawab dengan murid
11

tarian

tradisional sebagai warisan


budaya Malaysia

Langkah 1
( 15 minit )

- Murid

dikehendaki

menggunakan

imaginasi mereka untuk membuat


pergerakan bebas seekor rama-rama.
- Buat tanda menggunakan kapur atau
pelekat tapak kaki.
- Minta wakil murid setiap kumpulan
dengan

menggunakan

kreativiti

mereka melakukan aksi rama-rama


Langkah 2
( 20 minit )

Langkah 3
( Pengukuhan )
( 15 minit )

Penutup
( 5 minit)

mengikut tanda tapak kaki


- Guru memperkenalkan kepelbagaian Murid membuat buku skrap
tarian

tradisional

di

Malaysia menerangkan secara ringkas

menggunakan kad-kad bergambar.


tentang tarian tradisional
- Setiap kumpulan diberi satu jenis
mengikut jenis tarian yang
tarian.
diberikan oleh guru.
- Hasil kerja dibentangkan oleh wakil
setiap kumpulan.
- Guru mengedarkan soalan
- Murid menjawab soalan

yang

diedarkan guru
- Perbincangan
- Guru menayangkan satu lagi video
jenis tarian tradisional
- Rumusan

KESIMPULAN
Sistem pendidikan Negara berkembng secara revolusi dan evolusi berterusan mengikut
peredaran masa dan zamannya. Sehubungan dengan itu, cabaran yang dihadapi oleh warga
pendidik semakin mencabar. Selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan
komunikasi, serta harapan melahirkan masyarakat berilmu, berkhlak mulia, berketrampilan
dalam pelbagai bidang yang berdaya saing, warga pendidik perlu mencari idea baru serta
membuat inovasi bidang masing-masing.
Potensi pelajar perlu dicungkil seiring dengan kreativitinya supaya dapat digarap dan
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang
12

berkesan, mampu merialisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha berterusan
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..

RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran, Mata Pelajaran Pendidikan
Sivik dan Kenegaraan. Pusat Perkembangan Kurikulum.
http://ilmu.edublogs.org/2011/06/27/apakah-pengajaran-dan-pembelajaran-berkesan/
http://www.scribd.com/doc/61264850/7/Tarian
http://www.bobezani.tripod.com/budaya.htm

13

Anda mungkin juga menyukai