Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Tugasan kali ini adalah berkaitan dengan perancangan strategi

berpusatkan murid.

Perancangan strategi berpusatkan murid pula perlulah disejajarkan dengan pemilihan bahan
bantu pembelajaran yang sesuai. Perkara yang perlu dibincangkan dalam tugasan ini
termasuklah definisi, konsep dan ciri-ciri strategi berpusatkan murid, definisi, konsep dan
ciri-ciri pemilihan bahan bantu pembelajaran serta faktor-faktor dan cara-cara sesuatu bahan
bantu pembelajaran dapat disesuaikan dengan strategi berpusatkan murid. Saya juga
dikehendaki melampirkan bersama Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk menampilkan
keselarasan antara aplikasi strategi berpusatkan murid dengan pemilihan bahan bantu
pembelajaran.

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi pengajaran adalah cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam
konteks pendidikan iaitu cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Contohnya, objektif
pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu pelajaran.
Manakala menurut Mok Soon Sang (1992) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi muka
surat 8 mengatakan bahawa strategi pengajaran ialah suatu susunan pendekatan-pendekatan
dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa
serta kemudahan secara optimum. Bermakna strategi pengajaran adalah gabungan di antara
kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti untuk menghasilkan suatu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Perkataan strategi pembelajaran memang tidak asing lagi dikalangan kaum pendidik tetapi
sejauh manakah seseorang pendidik itu serius dengan pelaksanaan strategi pengajaran yang
dirancang itulah yang menjadi persoalan. Pendidik faham bahawa strategi yang sesuai boleh
menarik perhatian pelajar dan seterusnya pelajar mudah memahami apa yang disampaikan.
Dalam masa yang sama tanpa mereka sedari ada strategi yang jika dilaksanakan dengan
serius boleh membina kemahiran pelajar secara menyeluruh yang mampu menyediakan
pelajar dengan nilai tambah (value-added) apabila mereka mencari pekerjaan nanti.

Strategi pembelajaran yang dipilih juga tidak akan dapat memberi impak yang besar kepada
murid-murid sekiranya bahan bantu pembelajaran yang dipilih tidak sesuai dengan strategi
tersebut. Oleh yang demikian, peranan pemilihan bahan pembelajaran yang sesuai juga amat
penting dalam melaksanakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Jenis-Jenis Strategi dan Bahan Pembelajaran
i.

Strategi Direktif
Murid belajar melalui penerangan tentang konsep atau kemahiran oleh guru dan
diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru.
Contoh: kuliah dan latih-tubi.

ii.

Strategi Pemerhatian
Murid-murid belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan
sesuatu kemahiran. Contoh: Demontrasi dan modeling.

iii.

Strategi Mediatif
Murid belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong murid.
Contoh: dialectical reasoning, concept formation.

iv.

Strategi Generatif
Murid digalakkan menjana idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar
menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.
Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda.

v.

Strategi Kolaboratif
Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Pembelajaran Koperatif

vi.

Strategi Outside-context
Murid belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa.
Contoh: Seminar, bengkel dan projek.

vii.

Strategi Metakognitif
Murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran,
pemantauan dan penilaian kendiri.

Manakala strategi pengajaran dan pembelajaran dapat diklasifikasikan kepada 3 iaitu;


i.

Strategi Berpusatkan Guru

ii.

Strategi Berpusatkan Murid

iii.

Strategi Berpusatkan Bahan Pelajaran

Namun, untuk tugasan kali ini, saya hanya akan membincangkan tentang klasifikasi yang
kedua iaitu Strategi Berpusatkan Murid.

STRATEGI BERPUSATKAN MURID/STUDENT CENTRED LEARNING (SCL)


Banyak huraian dapat dibuat tentang pembelajaran berpusatkan murid. Bagaimanapun, ia
akan menjurus kepada satu idea asas iaitu murid. SCL ialah satu pendekatan pembelajaran
yang meluas termasuk teknik-teknik seperti menukarkan pengalaman belajar secara aktif,
menyelesaikan masalah yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif, melibatkan pelajar
dalam simulasi dan main peranan, menggunakan teknik kadar kendiri dan pembelajaran
koperatif. Dalam SCL, guru menyediakan pelajar peluang belajar secara bebas. SCL akan
meningkatkan motivasi, pemahaman, dan pelajar akan lebih meminati pelajaran yang diajar
oleh guru (Meyes dan Jones 1993).

DEFINISI SCL
Menurut Thorburg (1995), pembelajaran berpusatkan murid boleh didefinisikan sebagai
disiplin yang melibatkan interaksi antara pasukan pelajar yang mengalami pembelajaran
kreatif yang akan diaplikasikan dalam situasi sebenar. Menurut beliau, dalam pembelajaran
berpusatkan murid guru bukanlah tarikan utama.
Alley (1996). Pendekatan ini juga menjadikan murid diistilah sebagai pasangan dengan guru
yang mana guru hanyalah sebahagian dalam proses pembelajaran.

Csete dan Gentry (1995), menggunakan istilah pembelajaran berpusatkan murid sebagai
pengajaran yang dikawal oleh pelajar. Kawalan disini bermaksud pelajar mengawal prosedur,
masa dan penilaian untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza.
Penjelasan Definisi
Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya, melibatkan pelajar secara terus dalam
menemui pengetahuan; menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan
pemahaman konsep baru yang mendalam; pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial;
menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos; menggunakan aktiviti
luar untuk meningkatkan pembelajaran.

KONSEP SCL
Pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan pelajar adalah satu
pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian
berfokuskan kepada pelajar. Pelajar merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran
berpusatkan pelajar. Bagi model pembelajaran berpusatkan pelajar, fungsi kurikulum bukan
hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran
belajar dan self-awareness.

Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu), memberi pilihan


kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari), mewujudkan kolaborasi
(membina pengetahuan dan persekitaran positif), terlibat dalam penilaian berterusan; sikap
guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.

PRINSIP PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID

i.

Daya berfikir, minat dan perbezaan individu murid merupakan pertimbangan


utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan murid


secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.

iii.

Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.

iv.

Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Murid

i.

Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta


menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan
kelas.

iii.

Melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan


berasaskan kekuatan dan kelemahan murid.

iv.

Memberi murid kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.

v.

Mewujudkan prosedur pemantauan agar murid bertanggungjawab ke atas apa


yang dipelajari oleh mereka.

vi.

Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN MURID

1. Dalam aktiviti pengajaran dna pembelajaran

murid memainkan

peranan yang

penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang memimbing murid


menjalankan aktiviti pembelajaran.
2. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru
menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindak
balas dengan memberi jawapan kepada mereka
3. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakan memberi
pendapat mereka Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid.

5. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,
rohani, sosial dan jasmani.
6. Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap sekali digunakan untuk
mengkaji kelemahan-kelemahan murid.
7. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya muridmurid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
kesimpulan.
8. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif
seperti tolong-menolong bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk.
9. Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah kumpulan.
10. Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif

Kepentingan SCL

Banyak kajian membuktikan kebaikan amalan pendekatan SCL. Lebih penting lagi ia boleh
membantu mencapai matlamat pendidikan negara dengan membantu mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kerana penerapan nilai sosial
boleh disediakan melalui kaedah ini. SCL secara umumnya dapat membina individu yang
akan memiliki fikiran berdaya tinggi (higher-order thinking) kerana:
1. pendekatan ini (SCL) melatih pelajar tentang kemahiran menyelesaikan masalah iaitu
melibatkan 'reasoning' untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.
2. Pengajaran berpusatkan guru hanya sesuai untuk menyampaikan maklumat berfakta,
menggunakan mnemonic dan latihan dan sekali gus membina pemikiran aras rendah.
3. Pengunaan teknik-teknik seperti simulasi, inkuiri-penemuan, penyelesaian masalah,
pembelajaran koperatif boleh membina kemahiran berfikir aras tinggi.
4. Dapat menghayati masalah dan cara penyelesaiannya. Oleh itu pelajar perlu melibatkan
diri dengan pelbagai sumber.

Tidak seperti pembelajaran berpusatkan guru (Teacher-Centered Learning), strategi SCL


mengandungi pelbagai kaedah latihan yang mampu membina kemahiran sosial pelajar.
Individu belajar dengan cara yang berbeza, dan dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah
akan meningkatkan kemungkinan pelajar akan .terkena. dengan sekurang-kurangnya satu
daripada kaedah yang dilaksanakan. Dengan menggunakan satu kaedah sahaja ia akan
membosankan pelajar. Perlu diingat bahawa pelajar berlainan dan matlamat latihan yang
berlainan memerlukan pendekatan yang fleksibel.

BAHAN BANTU PEMBELAJARAN


DEFINISI
Menurut Atan Long (1981:179-203), membahagikan bahan bantu pengajaran kepada tiga
kumpulan iaitu alat-alat pendengaran, alat pandangan dan alat pandang dengar.
Norziah Abdul Hamid (1981), menggolongkan bahan bantu mengajar kepada dua kumpulan
iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.
Manakala Hanapiah Sudin (1979:51-52) dan Khairiah Ahmad (1980:13), mengkelaskannya
kepada dua iaitu bahan-bahan software dan bahan-bahan hardware.
Ngui Kuen Sang (1981:35), menerangkan bahawa bahan bantu mengajar tidak dapat
ditakrifkan dengan tepat, walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran adalah
pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau pandangan seseorang.

KONSEP
Bahan bantu pengajaran ialah segala kelengkapan, perkara atau benda yang digunakan oleh
guru untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Bahan bantu
mengajar dapat dikategorikan kepada lima bahagian seperti berikut;
i.

Media elektronik

ii.

Media cetak

iii.

Media tiga dimensi (3D)


7

iv.

Persekitaran

v.

Manusia

CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN


Pemilihan ialah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan untuk pengajaran. Pemilihan
bahan biasanya dipengaruhi oleh tujuan dan kegunaan serta tingkat pencapaian murid-murid.
Beberapa perkara perlu difikirkan apabila memilih bahan sama ada dari segi bahan, bentuk,
taraf, peranan, unsur-unsur bahasa dan kemahiran yang terkandung di dalamnya. Penyesuaian
dan penggunaan juga perlu dititik beratkan.
Berikut adalah ciri-ciri pemilihan bahan bantu mengajar;
i.

Bahan bantu mengajar hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran,
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, keadaan murid, suasana pembelajaran
dan minat murid.

ii.

Salah satu ciri pemilihan bahan bantu mengajar yang baik adalah bahan tersebut
dapat mencabar pemikiran murid.

iii.

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah menunjukkan perkaitan di antara aspek


kandungan dan bahasa, proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid tidak
hanya melihat bahan sebagai satu alat pengajaran semata-mata tetapi murid-murid
juga diberikan maklumat tentang proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri.

iv.

Sesuatu bahan pengajaran yang dipilih mestilah menarik.

v.

Bahan pengajaran yang disediakan tidak semestinya mahal tetapi sesuatu yang
mudah didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakannya
(jimat dan mudah).

vi.

Bahan yang digunakan dalam proses pengajaraan dan pembelajaran adalah


praktikal. Bahan tersebut boleh digunakan sama ada kepada guru atau murid.

vii.

Bahan pengajaran yang dipilih mestilah sentiasa berfungsi, boleh dibawa ke


mana-mana dan ringan.

Faktor-Faktor Pemilihan Bahan Bantu Pengajaran


Bahan bantu dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan sesuatu elemen
yang sangat penting untuk membantu sesuatu pelajaran itu supaya mudah disampaikan. Ia
juga penting untuk menarik minat serta menambah keseronokan belajar dan mengelakkan
rasa bosan dikalangan pelajar. Oleh itu pemilihan bahan pengajaran yang sesuai adalah
dititikberatkan dan mengambil kira factor-faktor seperti yang berikut.
1. Berdasarkan tahap kebolehan pelajar atau faktor perbezaan individu,minat dan gaya
pembelajaran
2. Bahan hendaklah menepati dan berkaitan objektif dengan pelajaran
3. Mudah difahami atau mudah dibawa/boleh diaplikasikan
4. Bahan hendaklah menyoronokkan dan sesuai dengan kemudahan yang ada
5. Bahan mencabar minda pelajar/setara dengan umur pelajar/murid
6. Menggunakan bahan seperti modul, program, buku teks
7. Menyediakan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus
(Pusat akses kendiri)
8. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan bahan

Kepentingan Bahan Bantu Pengajaran


Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat
penting. Penggunaannya akan dapat menambah pemahaman murid terhadap objektif
pengajaran yang hendak dicapai. Beberapa kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar
adalah seperti berikut;
i.

Menarik minat murid untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sesuatu isi
pelajaran dan sekaligus mengelakkan kebosanan dan ketegangan.

ii.

Mengekalkan tumpuan pemerhatian dan pemikiran murid kepada apa yang hendak
diajar dan sekaligus dapat mengelakkan masalah disiplin di dalam bilik darjah.

iii.

Mencetuskan pemikiran murid dan sekaligus mengelakkan suasana mengantuk


dan fikiran yang buntu.

iv.

Menyeronokkan emosi dan rohani murid dan sekaligus mengelakkan kebosanan


dalam kalangan murid.
9

v.

Memudahkan pemahaman murid terhadap apa yang diterangkan oleh guru serta
dapat menggalakkan kemahiran berfikir.

vi.

Membantu guru menjelaskan konsep dan mengawal urutan idea guru serta dapat
melancarkan penyampaian guru dengan lancar.

LAPORAN ANALISIS TEKS


Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan dalam kelas, saya telah memilih
objektif pembelajaran seperti murid-murid dapat melagukan syair dengan nada dan intonasi
yang betul dengan menggunakan bahan bantu mengajar iaitu media elektronik, murid-murid
dapat memadankan sekurang-kurangnya dua daripada empat maksud syair dengan betul
mengikut urutan, murid-murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya dua ciri dan
maksud syair melalui perbincangan kumpulan dan objektif afektifnya, murid-murid
bekerjasama, gembira dan seronok sepanjang mengikuti pembelajaran.
Berdasarkan kepada objektif di atas, saya telah memilih strategi pemngajaran yang lebih
berpusatkan kepada murid-murid. Melalui pendekatan strategi ini, murid-murid lebih banyak
memainkan peranan sepanjang pembelajaran berlangsung.
Saya juga telah memilih kaedah atau teknik pengajaran yang bersesuaian dengan objektif
pembelajaran di atas. Kaedah atau teknik yang saya pilih ialah demontrasi, perbincangan dan
latihan. Kaedah atau teknik demontrasi diaplikasikan dengan cara, guru hanya menunjuk cara
iaitu melagukan syair tetapi peranan murid untuk melaksanakannya adalah lebih besar.
Penggunaan teknik ini juga dapat menarik minat pelajar pada awal pembelajaran supaya para
pelajar mempunyai keinginan yang tinggi untuk langkah pembelajaran yang seterusnya.
Perbincangan dalam kumpulan dapat menunjukkan berlaku interaksi dalam kalangan murid
itu sendiri yang berlaku dalam kumpulan. Guru hanya menjadi fasilitator. Manakala latihan
yang diberi dapat menduga pemikiran murid yang mana murid berfikir untuk mencari
penyelesaian masalah. Kaedah atau teknik yang saya gunakan diatas amat bersesuaian dengan
strategi pembelajaran berpusatkan murid.
Dalam pengajaran saya, saya telah memilih beberapa jenis media seperti media elektronik
dan media cetak seperti yang dapat dilihat dalam bahagian lampiran tugasan ini. Dengan
penggunaan media ini, murid akan lebih seronok semasa pembelajaran berlangsung. Murid10

murid akan lebih mudah dan minat belajar jika disertai dengan penggunaan media seperti ini.
Apatah lagi jika disertai dengan muzik.

Dari segi pemilihan bahan supaya sesuai dengan strategi pengajaran, tajuk pembelajaran dan
isi kandungan pelajaran, saya telah memilih bahan bantu mengajar seperti kad tapak, kad
maksud syair, lembaran kerja dan teks KOMSAS selain bahan media yang disebut di atas.
Semua bahan bantu mengajar yang digunakan dapat menggalakkan murid-murid berinteraksi
sesama mereka untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai melalui strategi pengajaran
yang dipilih.
Contohnya penggunaan media elektronik seperti komputer, LCD, CD dan skrin putih
digunakan dalam langkah 1 pengajaran saya. Penggunaan media ini

bertujuan untuk

menarik minat pelajar untuk langkah pembelajaran yang seterusnya. Media ini juga akan
digunakan dalam langkah 2 dan langkah 3 . Tujuannya supaya pelajar akan merasa terus
tertarik dan seronok mengikuti pembelajaran. Keseronokkan tersebut akan dibawa ke langkah
pembelajaran

yang

seterusnya. Penggunaan media ini dalam langkah 1 juga dapat

mempermudahkan lagi para pelajar memahami cara atau teknik melagukan syair dengan
betul.
Buku teks digunakan dalam set induksi dan dalam langkah 3. Dalam set induksi, buku teks
KOMSAS digunakan oleh pelajar yang dijemput menyampaikan syair di hadapan kelas untuk
diperdengarkan kepada rakan-rakannya. Manakala dalam langkah 3, buku teks dijadikan
sebagai rujukan atau panduan oleh para pelajar ketika memilih kad maksud syair yang betul
ke dalam kad tapak yang diletakkan di hadapan kelas.
Lembaran kerja pula digunakan dalam langkah 2. Aktivitinya adalah perbincangan dalam
kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan satu lembaran kerja kosong yang berlainan.
Pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Lembaran kerja kosong ada
dilampirkan bersama sebagai rujukan. Selepas perbincangan, setiap kumpulan akan
membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.
Bahan seperti kad tapak dan kad maksud syair akan digunakan dalam langkah pembelajaran
yang ke-3. Tujuan bahan ini digunakan supaya para pelajar akan lebih seronok ketika
melaksanakan aktiviti ini. Murid-murid akan berbincang dalam kumpulan terlebih dahulu
kemudian bergilir-gilir ke hadapan kelas untuk memasukkan jawapan mereka ke dalam kad
11

tapak. Dengan penggunaan bahan seperti ini juga, dapat membantu pelajar mempelajari
tajuk dengan lebih cepat dan mudah.
Secara keseluruhannya bahan bantu mengajar yang digunakan telah mendorong penglibatan
muris secara aktif bermula daripada langkah 1 hinggalah dalam sesi penutup. Keadaan ini
menunjukkan bahawa bahan yang dipilih adalah bersesuaian dengan strategi pengajaran yang
telah ditentukan oleh guru iaitu berpusatkan murid.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, semua pelajar telah menunjukkan minat
dengan topik yang diajar bermula dari set induksi sehinggalah sesi penutup. Secara
keseluruhannya, para pelajar telah mempamerkan penglibatan yang sangat memuaskan.
Semua murid yang hadir iaitu seramai 35 orang pada hari tersebut telah melibatkan diri.
Tambahan pula, pelajar-pelajar sentiasa dipantau oleh guru untuk memastikan semua pelajar
melibatkan diri dalam semua aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

RUMUSAN

Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk


mencapai kesan pengajaran yang paling optimum sekali. Pemilihan strategi pengajaran yang
baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan
pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.
Pendekatan, strategi dan teknik yang digunakan oleh guru juga mampu menanam dan
membina keinginan untuk belajar selain memupuk minat murid. Secara tidak langsung, ia
juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pelajaran.
Manakala strategi pengajaran berpusatkan murid di sekolah membolehkan murid-murid
memainkan peranan yang aktif dalam proses pembelajaran dengan bekerja secara
berpasukan, menggunakan pelbagai sumber dan belajar cara menyelesaikan masalah. Apa
yang lebih penting ialah murid-murid mampu berdikari dalam membuat analisis, sintesis dan
penilaian. Sekiranya strategi pengajaran ini dilaksanakan dengan betul, ianya boleh
menukarkan corak pendidikan kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Hal ini kerana
murid-murid berkemampuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul tanpa bergantung
kepada guru.
12

Namun demikian, strategi pengajaran yang dipilih tidak akan berfungsi dengan baik
sekiranya tidak disejajarkan dengan pemilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
Kedua-dua aspek ini adalah sangat berkait rapat untuk tujuan meghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.

13

BIBLIOGRAFI

-----------------------------------------------------------------------

Abdullah Yusuf Ali (1991),Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud,
Terjemahan Uthman El-Muhammady, KL,DBP.

Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan asas Pendidikan Bermutu, Jurnal
Dewan Bahasa, KL,DBP.

Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan
Bahasa, KL, DBP

RUJUKAN INTERNET

http://lestari-intelek.blogspot.com/2010/09/pembelajaran-berpusatkan-murid.html

http://pendekatanpembelajaran.blogspot.com/

http://eprints.utm.my/6575/1/suhaimiMFP.pdf

http://www.slideshare.net/baharnizam/teknik2mengajarwww.scribd.com/doc/5386574/strategi-pembelajaran-konsep-contoh

http://www.slideshare.net/Dr22s/strategi-pendekatan-pp-272853

http://sarjana.tripod.com/komunikasi3.html

14

Anda mungkin juga menyukai