Anda di halaman 1dari 2

DAPATAN LAIN

Berdasarkan hasil temu bual juga, kami dapat merumuskan beberapa perkara
mengenai penyeliaan

mengikut perspektif

responden.

Menurut responden,

tujuan

pemantauan dilakukan adalah untuk membantu atau pun menambah baik pengajaran guru
dan bukan untuk mencari kesalahan atau kelemahan guru semata-mata. Melalui sesi
perbincangan dalam pra pemantauan, guru yang hendak diselia dapat berkongsi idea
dengan pengetua atau guru besar dan memperbetulkan sebarang kesilapan yang dikesan
melalui perbincangan pasca pemantauan berkaitan pencerapan pengajaran guru di dalam
bilik darjah. Selain daripada itu, pemantauan digunakan untuk meningkatkan kualiti
pengajaran guru di dalam bilik darjah dengan berkongsi idea dan pengalaman berkaitan
kaedah dan strategi pengajaran. Kelemahan guru yang dikesan akan segera diperbaiki
melalui perbincangan selepas proses pemantauan dilaksanakan. Oleh sebab itu,
pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat perlu
dilaksanakan untuk mengesan dan memperbaiki sebarang kepincangan yang berlaku dalam
usaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran guru di sekolah. Pemantauan
bertujuan memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru
secara berterusan bagi memantapkan tahap pembelajaran murid. Pemantauan proses
pengajaran dan pembelajaran sebenarnya adalah satu usaha jaminan kualiti dan
pembangunan modal insan kerana penambahbaikan perlu senantiasa dibuat.
Dapatan ini selari dengan pandangan Mortimore (1995), Penyeliaan pengajaran
dilihat sebagai salah satu usaha penting dalam memantau keberkesanan pengajaran di
sesebuah sekolah. Ini bertujuan memastikan guru-guru dapat memperkembangkan potensi
diri dan mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada. Responden juga menyatakan
penyeliaan pengajaran juga dilihat sebagai satu usaha mendorong, menyelaras dan
membimbing guru-guru dalam hal pengajaran supaya mereka terus mampu berfungsi
sejajar dengan perkembangan semasa. Kenyataan ini disokong oleh Boardman, Douglas
dan Bent (1953) dalam Ramaiah (1995) menyatakan bahawa penyeliaan sebagai satu
usaha untuk mendorong dan membimbing guru dalam hal pengajaran supaya guru-guru
lebih berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Penyeliaan juga bertujuan
meningkatkan kebolehan guru-guru dalam mendorong dan membimbing perkembangan
berterusan pelajar ke arah penyertaan cergas lagi efektif.
Responden turut menyatakan bahawa pemantauan dan penyeliaan yang sistematik
adalah merupakan salah satu ciri penting yang perlu ada di sekolah berkesan. Pemantauan
dan penyeliaan ini adalah untuk memastikan core business, pengajaran dan pembelajaran

berjalan sebagaimana yang dirancang. Perkara ini disokong oleh Conrath N. (1983), tujuan
pemantauan atau penyeliaan adalah untuk memperbaiki lagi mutu pengajaran. Untuk
melaksanakan aktiviti ini dengan berkesan, pengetua atau penyelia seharusnya menguasai
pengetahuan dan kemahiran teknikal khusus dalam bidang kurikulum pengajaran,
pengesanan dan penilaian serta juga hubungan manusia. Kecekapan Pengetua dalam
melakukan penyeliaan atau pemantauan membolehkannya membuat diagnosis masalah
pendidikan, membantu guru untuk memajukan kecekapan dan amalan mereka dalam
melaksanakan pengajaran (Glickman, 1985).
Hasil temu bual juga, responden turut mengakui bahawa salah satu faktor yang
menjadi penyebab kepada kegagalan melakukan pemantauan sememangnya adalah
disebabkan kekurangan masa untuk memantau. Menurut beliau lagi, perkara ini berlaku
kerana Pengetua atau wakilnya terlalu sibuk mengurus dan mentadbir sekolah. Perkara ini
disokong oleh dapatan kajian Khairul Azran Hussin (2010), pengetua atau wakilnya pada
hari ini bukan sahaja terlibat dengan pengurusan kurikulum tetapi juga terpaksa memikul
tanggungjawab yang lebih dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan
perkeranian sekolah. Kekangan masa dan beban tugas Pengetua atau wakilnya yang
banyak menyebabkan pemantauan dilaksanakan sekadar memenuhi kehendak pihak
tertentu seperti daripada Pejabat Pelajaran Daerah atau pun Jabatan Pendidikan Negeri.
Bebanan yang banyak dalam tugasan pentadbiran Pengetua atau wakilnya menyukarkan
dan mengganggu agihan masa yang cukup dilakukan untuk melaksanakan pemantauan
dengan berkesan.
Responden juga menyatakan bahawa pemantauan di sekolah kadangkala tidak
dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya. Hal ini terjadi disebabkan pemantau tidak
mempunyai kemahiran dan tidak memahami prosedur pemantauan yang patut diikuti. Hasil
kajian Azizan (2006)

turut menyatakan bahawa pendedahan tentang kemahiran

pemantauan guru besar atau wakilnya sangat kurang. Pengetua atau wakilnya menjalankan
pemantauan tanpa garis panduan atau tidak memberi maklum balas kepada guru bagi
tujuan membimbing dan penambahbaikan (Razianna, 2013). Apa yang biasa dilakukan ialah
Pengetua atau wakilnya akan masuk ke dalam bilik darjah dan duduk memerhati dan
merekodkan hasil pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru. Pengetua atau wakilnya
tidak mempunyai kemahiran bimbingan dan mentoring.

Anda mungkin juga menyukai