Anda di halaman 1dari 1

<1/1>

Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printMore Sharing ServicesSHAH ALAM - Malaysia


diminta mengabaikan tarikh akhir di mana perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu dimeterai bersama 12
negara Pasifik lain Oktober depan, hujah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, perjanjian itu adalah muslihat Amerika Syarikat untuk menembusi pasaran domestik negara-negara,
malah
bukanlah
sebuah
perkongsian
yang
sama
rata.
"Kita banyak bercakap mengenai ketelusan. Mari kita lihat ketelusan berkaitan rundingan TPP ini. Amaran Oktober
itu patut diabaikan dan biar China menyertainya," katanya menerusi blog chedet.cc semalam.
Bekas pemimpin utama negara itu turut menasihati Putrajaya supaya berterus-terang dalam isu TPP ini.
Pada

hematnya,

perjanjian

TPP

hanyalah

sebuah

perjanjian

yang

merugikan

negara.

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita,
kita
menentangnya
kerana
pada
masa
itu
kita
masih
bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani perjanjian TPP, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal.
Kita akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," katanya lagi.
Semalam dalam Wacana Sinar Harian siri ke-22, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri
Mustapa Mohamed berkata, pendirian kerajaan dalam rundingan TPP akan mengambil kira tiga perkara utama iaitu
perlembagaan negara, kuasa kerajaan negeri dan dasar negara seperti hak Bumiputera dan perusahaan kecil dan
sederhana.
"TPP masih dalam proses rundingan dan belum pasti akan dilaksanakan. Tetapi kerajaan tidak akan
menandatanganinya
jika
TPP
akan
mengorbankan
kepentingan
negara,"
katanya.
Namun, Mustapa turut mengingatkan semua pihak supaya lebih realistik kerana setiap perjanjian perdagangan, sama
seperti peraturan lain sedikit sebanyak mempunyai kesan negatif di sebalik manfaat yang diperoleh.
"Kita negara perdagangan ketiga di belakang Hong Kong dan Singapura, kita sangat bergantung kepada
perdagangan kerana kita ada (hasil bumi) tapi kita tak mampu buat semua," jelasnya.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan komitmen kepada rundingan yang
bermula sejak lebih dua tahun lalu dan dijangka mencapai kata akhir persetujuan menjelang rangka lawatan Presiden
Amerika Syarikat, Barack Obama ke Asia Tenggara Oktober depan

Anda mungkin juga menyukai