Anda di halaman 1dari 10

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

PENGENALAN
Negara Myanmar merupakan salah satu negara di Asia Tenggara. Myanmar dahulunya dikenali
sebagai Burma. Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam, serta Malaysia boleh dikatakan sebagai
satu unit geografi dibawah lingkungan Asia yang sama.
Negara Myanmar boleh dikatakan salah satu negara yang dibawah kuasa tentera Junta
mankala Cambodia pula kerajaan yang dipilh secara demokrasi.Maka boleh dikatakan bahawa
setiap negara di Asia tenggara ini mempunyai ciri yang berbeza serta keunikannya yang
tersendiri.
Salah satu ciri-ciri unik dalam sesuatu negara boleh dikatakan tentang sejarah negara
tersebut, budaya negara tersebut serta kaum-kaum yang berada di negara tersebut. Agama
Buddha dan kaum yang menganut agama ini merupakan rakyat negara Myanmar, Thailand dan
Cambodia. Ciri yang kedua penting adalah ciri bahasa ataupun lingustik yang dituturkan oleh
rakyat negara tesebut. Contohnya rakyat negara Myanmar akan bertutur dalam bahasa yang
dikatakan sebagai bahasa Tai dan bahasa ibunda yang lain.
Myanmar merupakan salah satu anggota dalam pertubuhan negara-negara Asia Tenggara
(ASEAN). Negara ini menganggotai pertubuhan ASEAN pada Julai 1997 kerana ia ingin
menjadi salah satu negara yang ingin meningkatkan kecekapan dalam bidang politik serta
ekonominya.
Maklumat lanjut dari segi sejarah negara Myanmar, konflik yang melanda negara
Myanmar, serta cara-cara mengatasinya akan dibincangkan. Secara ringkasnya, Myanmar
merupakan negara Asia yang kini berada di tangga perubahan.
SEJARAH AWAL NEGARA MYANMAR
Negara Myanmar yang dikenali sebagai Burma pada dahulunya mempunyai tanah seluas
676,000 persegi yang diduduki lebih daripada 50 juta penduduk. Negara ini berkongsi
sempadan antara 6000 kilo meter panjangnya dengan negara China, India, Bangladesh,
Thailand, dan Laos.

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

Negara Myanmar mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom pada 4 Januari


1948. Banyak perubahan nama dilakukan oleh tentera Junta ini seperti menukar nama Burma
menjadi Myanmar, nama Ranggon menjadi Yanggon dan sebagainya. Hal ini dilakukan oleh
tentera

Junta

tersebut.

disebabkan mereka mahu rakyat. Burma merasai kewujudannya di negara

Namun

begitu, bukan semua negara menerima perubahan nama negara tersebut

terutamanya Amerika Syarikat, dan sebahagian daripada negara Jerman masih lagi menggunakan
nama Burma yang merujuk kepada negara Myanmar.
Sistem politik di Myanmar dikawal oleh Majlis Pembangunan Dan Keamanan Negara
yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan tentera Junta di bawah Jeneral
Than Shwe. Sejak pemerintahan British, negara ini banyak berhadapan dengan ketegangan
kaum, kebudayaan Myanmar dan sebagainya. Kini, pemerintahan tentera telah berakhir pada
tahun 2011, dan digantikan dengan kerajaan awam.
Negara ini mempunya tiga sistem sungai iaitu Sungai Irrawadi, Sungai Sittang, dan
Sungai Thalwin. Panjang sungai ini adalah dalam linkungan 2,170 kilo meter dan memainkan
peranan yang sangat penting dalam pengangkutan negara serta komunikasi.
Negara Myanmar ini dibahagikan kepada tujuh bahagian atau boleh dikatakan sebagai
region iaitu bahagian Chin, Kachin, Karen, Kayah, Mon, Rakhine, dan bahagian Shan.Etnik
negara ini adalah Karen, Arakan, Buddha, Kristian,dan Islam. Sejarah mengatakan bahawa etnik
terbesar di negara ini ialah etnik Buddha, yang kedua ialah etnik Karen,ketiga ialah etnik
Arakan, dan yang paling kurang etniknya ialah etnik Islam.
MYANMAR KAYA DENGAN SUMBER ALAM SEMULAJADI
Negara Myanmar tekenal dengan sumber

alam semulajadi seperti sumber

hutan, sumber

mineral dan juga sumber makanan seperti ikan.dan sebagainya. Sumber hutan negara ini meliputi
sebahagian daripada negaranya. Hutan Myanmar ini mempunyai banyak spesies yang jarang
ditemui seperti pokok buluh, pokok kayu-kayan, pokok kayu jati,pokok kelapa, dan sebagainya.
Selain itu, negara ini juga kaya dengan sumber mineralnya seperti silver, zink, kopurem,
timah, emas, batu-batu yang bernilai seperti rubies, sapphires, permata berlian, dan sebagainya.
Dari segi sumber manusia, ia kaya dengan buruh-buruh kasar. Justeru itu, negara ini mempunyai
2

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

tanah yang luas untuk penanaman semula pokok-pokok yang ditebang, tanaman sayur seperti
sayur sawi, bawang ditanam di Zon kering dan tanah pamah pula digunakan untuk tanaman
buah-buahan. Tanah ini juga digunakan untuk pertanian.
Sektor perikanan juga memainkan peranan yang sangat penting di negara ini.
memberikan sumbangan dalam bidang ekonomi, pemakanan serta merupakan punca pendapatan
dan sumber pelaburan asing. Terdapat dua jenis sektor perikanan iaitu sektor Marin dan juga
sektor perairan.
KERAJAAN BARU MYANMMAR
Seperti yang telah dibincangkan, Myanmar sebelum ini adalah dibawah kuasa tentera Junta yang
diketuai oleh jeneral Than Shwe. Namun, kerajaan dibawah tentera ini telah berakhir pada tahun
2011 serta kini ia menjadi kerajaan awam.
Situasi politik Myanmar sedang dalam alam perubahan Kini, Pada 19 Ogos 2012,
Presiden U Thein Sein bertemu dengan pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD),
Aung San Suu Kvi di Nay Pvi Daw. Kini, banyak pihak menganggap pertemuan ini sebagai
salah satu langkah yang penting kearah perdamaian dan dasar buka pintu negara Myanmar. Pada
bulan November yang lalu, telah diadakan pilihan raya yang pertama selepas 20 tahun.
Jawatankuasa Kedamaian Dan Pembangunan Negara, yang dahulunya merupakan kuasa teringgi
di negara itu telah pun mneyerahkan kuasanya kepada kerajaan baru. Hal ini menunjukkan
bahawa kerajaan bertentera telah beralih kepada kerajaan pilihan rakyat. Kerajaan baru ini
diketuai oleh presiden Thein Sein
Menurut kerajaan baru di bawah pimpinan presiden Thein Sein, beliau menyarankan
bahawa kuasa eksekutif presiden akan melantik menteri-menteri kerajaan, peguam negara, dan
ketua hakim negara. Parlimen boleh mengemukakan bantahan jika calon-calon ini dianggap
tidak layak. Presiden dan pejabat beliau tidak bertanggungjawab kepada parlimen atau
mahkamah kehakiman, dengan syarat semua bantahan itu terkandung dalam perlembagaan
Myanmar. Presiden akan mempengerusikan sebuah entiti baru, pertahanan negara, dan majlis
keselamatan yang dianggotainya akan membuat keputusan-kepurusan yang penting.Presiden
boleh menukarkan bilangan menteri dan kementerian mengikut budi bicaranya, melantik dan
memecat diplomat dan meluluskan atau meminta penyingkiran diplomat asing.
3

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

KONFLIK NEGARA MYANMAR


Penduduk Di Myanmar
Seperti yang sedia maklum, kaum terbesar di Myanmar adalah kaum Buddha yang menganut
agama Buddha, golongan ini tidak diklasifikasikan sebagai kaum cina tetapi disebut sebagai
etnik atau kaum Buddha. Kaum kedua yang terbesar di Myanmar adalah kaum Karen,diikuti
dengan kaum Arakan dan penduduk atau kaum yang paling minoriti adalah kaum Islam.
Negara Myanmar ini mempunyai komposisi penduduk yang terbesar iaitu 89% yang
beragama Buddha,dan etnik Burma sebesar 68%. Majoriti penduduk ini hidup bergantung
dengan etnik lain iaitu Shan ,Kayin, Rakhine, Mon, Kayah dan Kachin, Kristian,serta Islam.
Myanmar dikatakan sebgai negara terbesar Asia Tenggara yang penduduknya beragama Buddha.
Namun begitu, terdapat sumber yang mengatakan bahawa kaum Rohingya merupakan
salah satu kaum yang telah wujud di Myanmar sebelum kemerdekaan negara tersebut.Orang
Rohingya ini merupakan etnik beragama Islam di Utara Negeri Rakhine yang dahulunya dikenali
sebagai Negeri Arakan.Sejarah juga mencatatkan bahawa kaum ini merupakan penduduk asal
Rakhine yang membentuk gugusan besar.
Kaum ini dikatakan terdiri daripada pendatang-pendatang Arab, orang Parsi, yang
berhijrah ke negeri Arakan semasa empayar Mughal dan kaum ini mempunyai persamaan fizikal,
bahasa, dan budaya dengan orang Asia Selatan.
Punca Berlakunya Penindasan Kaum Rohingya (Islam) dengan
Kaum Buddha Di Myanmar
Kaum Buddha merupakan kaum yang paling terbesar di Myanmar. Maka mereka mula menindas
kaum yang paling minoriti iaitu kaum Rohingya atau Islam atas sesuatu peristiwa yang
berlaku.Penindasan ini berlaku dalam pelbagai bentuk seperti wanita Rohingya dirogol, menjadi
buruh paksa , diseksa, dizalimi serta tidak memberikan hak untuk mendapatkan pelajaran dan
paling kejamnya ialah tidak diiktiraf sebagai penduduk Myanmar.Kaum Rohingya disytiharkan
sebagai pendatang asing di negaranya sendiri.

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

Penindasan ini dikatakan berlaku kerana terdapat seorang wanita yang beragama Buddha
mengatakan bahawa dia telah dicabul penghormatannya oleh lelaki dari kaum rohingya. Akibat
daripada isu ini, tercetuslah pertempuran antara kedua-dua kaum ini. Malangnya, kejadian ini
tidak disiasat oleh mana-mana pihak berkuasa. Semasa kejadian ini berlaku, Myanmar berada di
bawah kuasa tentera Nu Win.
Akibat daripada isu yang ditimbulkan oleh wanita Buddha tersebut, tentera-tentera
Buddha bersikap zalim ke atas kaum rohingya tanpa mengambil kira wanita atau kanakkanak.rumah-rumah mereka dibakar, tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit, tidak boleh
memiliki pisau walaupun untuk tujuan kegunaan di rumah, dan sebagainya. Kaum Buddha juga
bersifat keras dan menzalimi kaum rohingya apabila masjid-masjid mereka dibakar, seterusnya
digantikan dengan pembinaan Pagoda Buddha di negeri Arakan (Rakhine).
Kaum ini ditindas melaui undang undang Burma citizenship law of 1982. Sejak
diluluskan undang-undang ini, banyak penindasan yang berlaku seperti penindasan dalam hak
asasi manusia, pendidikan, hartanah, agama dan sebagainya. Kaum wanita Rohingya tidak
dibenarkan memakai hijab. Kaum ini tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di hospital atau di
klinik-klinik. Jikalau dibenarkan, rawatannya akan dibayar harga yang sangat tinggi oleh kaum
ini. Mereka juga tidak dibenarkan berkahwin atau menunaikan haji tanpa kebenaran tentera.
Kaum ini juga dipaksa menganut agama Buddha.
Kesan Pertempuran Kaum Rohingya Dan Kaum Buddha
Akibat daripada pertempuran ini, kaum Rohingya mengambil keputusan untuk melarikan diri
daripada Myanmar ke negara-negara jiran seperti Bangladesh, Thailand, Laos, Kemboja Dan
Malaysia.
Peristiwa yang paling sedih ialah, apbila kaum ini melarikan diri ke negara jirannya
Bangladesh, negara ini tidak memberikan perlindungan kepada kaum pelarian ini, malah
menghantarnya pulang melaui laluan laut ke negara Myanmar. Malah negara Bangladesh juga
memperketatkan keselamatan dan langkah-langkah berjaga di sempadannya dan ia tidak ingin
menerima kaum pelarian ini. Apabila kaum ini dihantar pulang, mereka tidak dibekalkan dengan
makanan dan minuman yang secukupnya.

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

Kini, kaum rohingya ini berada di kem pelarian Thailand, Pakistan dan di Malaysia. Kem
pelarian ini diberikan bantuan makanan dan minuman dan negara-negara ini serta kaum ini
masih menanti dengan harapan konflik ini boleh diberhentikan dengan segera dan kaum ini boleh
pulang ke negara asal mereka.
Akibat daripada pertempuran ini juga,

pelaburan asing terjejas menyukarkan usaha

kerajaan baru pimpinan Presiden Thein Shein untuk menarik pelaburan asing. Konflik ini
menjejaskan hasrat presiden yang ingin menjadikan Yangon sebagai pusat pelaburan asing yang
stabil dan selamat. Terdapat juga pihak pihak yang mengatakan bahawa pelabur-pelabur asing
haruslah berhati-hati dalam melabur di negara Myanmar. Keganasan yang masih lagi berlarutan
ini memburukkan imej Myanmar dan menjejaskan kempen pelaburan yang kini dijalankan oleh
presidennya.
Kawasan yang terjejas akibat daripada konflik ini ialah pekan pelabuhan Thandwe yang
kini dalam perintah darurat di mana ia merupakan industri pelancongan bagi negara
Myanmar.Bandar Kyaukphyu juga terjejas yang merupakan pusat pelaburan utama dari China
uintuk membina kompleks pelabuhan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KONFLIK
Sejak kerajaan baru negara ini dibentuk selepas pilihan raya umum 2010, yang diketuai oleh
puncak pimpinan presiden Thein Sein yang telah banyak melakukan transformasi, bukan sahaja
untuk memulihkan demokrasi negara itu tetapi untuk memupuk perpaduan antara pemberontak.
Thein sein dikatakan bersungguh-sungguh untuk mwujudkan perdamaian antara kumpulan
pemberontak di utara dan timur ke arah penyatuan Myanmar.
Thein Sein meneraju kerajaan baru Myanmar dan telah mengadakan rundingan dengan
kumpulan pemberontak yang mewakili penduduk-penduduk etnik di negara itu. Antara
rundingan yang Berjaya ialah dengan Kesatuan Nasional Karen yang mewakili penduduk kaum
Karen, Kaum Shan, Dan Kaum Chin, yang bersetuju untuk mendatangani perjanjian damai dan
gencatan senjata untuk kedamaian negara Myanmar. Myanmar kini berada di senarai yang
mempunyai rekod hak asasi manusia yang paling teruk, maka, presidennya mengambil langkah
kearah menuju perdamaian serta ingin memperbaiki hak asasi manusia.

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

Usaha Theins Sein untuk manyatupadukan rakyatnya serta yang inginkan kedamaian
telah membuka arah positif yang dikatakan akan mempengaruhi Kesatuan Eropah dan Amerika
Syarikat menarik balik sekatan ekonomi ke atas negaranya. Kaum -kaum pelarian terutamanya
kaum Rohingya berharap agar presidennya akan menunaikan tanggungjwabnya serta membawa
pulang ke negara asal mereka dan seterusnya mengiktiraf mereka sebagai warganegara
Myanmar.
Dasar baru telah diwujudkan oleh presiden Thein Sein iaitu menjalankan kerjasama
dengan negara Indonesia untuk membantu konflik kaum ini di atasi. Negara indonesia baru-baru
ini telah melawat Myanmar dan besetuju untuk memberikan bantuan dan kerjasama dalam
menghentikan konflik ini. Delegasi rasmi dan tidak rasmi telah melawat Myanmar dan telah
memberikan bantuan kemanusiaan dari segi pakaian, makanan, dan minuman kepada penduduk
yang mengalami konflik itu.
Presiden Thein Shein amat berharap agar konflik ini diselesaikan dengan segera dan
Myanmar menuju ke arah perdamaian serta ke arah kemajuan negara tersebut. Konflik ini harus
diselesaikan dengan kadar yang segera demi nilai kemanusiaan.
KAITAN ANTARA RUSUHAN KAUM DI MYANMAR DAN RUSUHAN KAUM DI
MALAYSIA
Malaysia hari ini merupakan negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada rakyat
yang berbilang kaum serta hidup dalam keadaan yang harmoni.pelbagai budaya, pakaian,
makanan serta masyarkatnya yang beramah mesra yang turut menjadi perhatian pelancong asing.
Namun begitu, telah berlaku satu peristiwa hitam di Malaysia pada tahun 1969 iaitu
rusuhan kaum antara kaum cina dan kaum melayu. Punca rusuhan ialah ketidakseimbangan
agihan kekayaan antara kaum.akibat daripada rusuhan ini, banyak harta benda, kedai-kedai runcit
dibakar da nada juga yang kehilangan nyawa. Maka, kerajaan Malaysia pada masa itu adalah di
bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Apabila terjadinya rusuhan seperti ini, maka semua
pihak termasuk perdana menteri sendiri memikirkan satu langkah untuk memulihkan keadaan
dan kembali untuk menenangkan rakyatnya.

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

Hasil daripada rusuhan itu, pada tahun 1973, telah diperkenalkan satu dasar yang dikenali
sebagai Dasar Ekonomi Baru iaitu dengan matlamat serampang dua mata iaitu membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Setelah dilaksanakan dasar ini, kadar kemiskinan
mutlak dapat dikurangkan serta kesimbangan ekonomi anatara kaum dapat diwujudkan.
Maka, negara Myanmar perlu mengambil atau mewujudkan dasar seperti ini untuk
mendamaikan konflik kaum yang wujud antara kaum di negara itu. Setiap langkah yang diambil
oleh presiden negara itu haruslah merupakan langkah untuk membuat perdamaian antara kaum
dan bukannya untuk mencetuskan rusuhan kaum.
Dengan ini, boleh dikatakan, negara-negara yang terdiri daripada pelbagai kaum haruslah
mengambil kira emosi, budaya, serta menitikberatkan nilai bertoleransi antara kaum demi
perpaduan, keharmonian sesuatu negara tersebut.

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

KESIMPULAN
Daripada apa yang telah dibincangkan mengenai negara Myanmar, konflik yang berlaku di
negara tersebut, presiden negara tersebut boleh meminta bantuan idea, cadangan dan pelbagai
langkah alternatif yang lain untuk menyelesaikan isu tersebut.
Konflik ini haruslah diselesaikan dengan kadar yang segera sepertimana ia dilakukan di
Malaysia apabila berlaku rusuhan kaum di sini. Pucuk pimpinan sesuatu negara tersebut harus
sedar bahawa selagi rakyatnya tidak hidup dalam keadaan yang bersatupadu, harmoni dan aman,
maka, sesuatu negara itu tidak boleh mencapai kemajuan dari segi politik,ekonomi, dan sosial.
Langkah-langkah mengatasi untuk sesuatu isu haruslah difikirkan segera kerana isu
seperti ini akan membawa impak yang sangat besar kepada negara seperti impak politik,
ekonomi, dan sosial dan boleh mencetuskan pelbagaai masalah yang lain. Sesuatu negara boleh
mencapai kemajuan dan perpaduan hanya jikalau semua rakyatnya berganding bahu dan
membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya serta bukannya
meningkatkan masalah lagi kepada negara tersebut. Sikap patriotism harus ada pada setiap
rakyat dan sikap boleh mengorbankan nyawa demi negara harus dipupuk dalam jiwa setiap
rakyat sesuatu negara.
Maka,bolehlah disimpulkan bahawa setiap masalah yang timbul dalam sesuatu negara
akan mempunyai jalan penyelesaian yang tersendiri. Cuma, ia terletak pada tangan pemimpin
samaada jalan penyelesaiaan itu difikirkan dengan segera ataupun lambat. Pemimpin harus sedar
bahawa rakyat negara adalah aset yang sangat penting untuk menubuhkan atau untuk membentuk
kerajaan dan harus sentiasa memikirkan kebaikan serta kebajikan rakyat negara itu.

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

RUJUKAN
Than. M. (2005). Myanmar in Asean. Institute of Southeast Asian Studies, Singapore.
J, P, Perry. (2007). Myanmar (Burma) Since 1962: The Failure Of Development, Hampshire,
England.
Tanpa Khilafah Umat Islam Rohingya Tidak Mempunyai Negara Untuk Melindungi Mereka.
Diakses pada 14 April, 2013, daripada, http://www.mykhilafah.com.
Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar. Diakses pada 15 april, 2013, daripada,
http://billyinfo.blogspot.com/2012.
Sejarah Agama Buddha di Myanmar. Diakses pada 15 april, 2013, daripada,
http://yasodharaputeri.wordpress.com/2009/02/08/
Sejarah Konflik Etnik Rohingya. Diakses pada 16 april, 2013, daripada
http://studiokini.blogspot.com.
Konflik Etnik Dan Agama Jejas Pelaburan Asing Di Myanmar, (2012, Jun 25). Diakses Pada
16 April, 2013, daripada http://www.utusan.com.my.
Kerajaan baru Myanmmar bersungguh-sungguh mahu berdamai, (2012, April 17). Diakses
pada 17 April, 2013, daripada, http://www.utusan.com.my.

10