Anda di halaman 1dari 5

CONTOH KARANGAN PENGALAMAN UPSR

Tajuk 1: Pengalaman Mengikuti Lawatan


A. Pendahuluan
- Bila pergi melawat
- Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut
- Tujuan lawatan.
- Berapa ramai murid yang mengikuti
- Serta berapa orang guru pengiring
B. Isi-isi penting
ISI 1. Sebelum bertolak
- Pukul berapa.
- Berhimpun di tapak perhimpunan.
- Guru pengiring memberi taklimat .
- Menaiki bas.
- Beratur semasa menaiki bas.
ISI 2. Semasa berada di dalam bas
- Berbual-bual
- Menceritakan pengalaman masing-masing
- Makan dan minum sarapan, kuih dan air
ISI 3. Setelah sampai
- Waktu tiba
- Siapa yang menyambut ketibaan
- Pegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat
mengenai Taman Hidupan Liar
ISI 4. Aktiviti (apa yang di lihat dan di buat)
- Melihat ..(pertunjukkan ,pameran, persembahan)
- Mengambil gambar
- Membeli cenderamata untuk diberi kepada ibu bapa
C. Penutup
- Selepas makan tengah hari
- Waktu pulang
- Tiba di sekolah dijemput ibu bapa
- Perasaan

Pengalaman Mengikuti Lawatan


Pada cuti sekolah yang lepas saya mengikuti lawatan sambil
belajar ke Taman Hidupan Liar. Lawatan tersebut dianjurkan
oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Taman Jaya.
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat
berkenaan haiwan-haiwan yang terdapat di dalam hutan.
Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring
menyertai lawatan tersebut
Sebelum bertolak, murid-murid beratur di tapak perhimpunan
pada pukul 8.00 pagi. Guru pengiring memberi taklimat dan
nasihat supaya menjaga disiplin semasa berada di kawasan
taman. Selepas memberi taklimat, guru-guru pengiring
membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur
semasa menaiki bas tersebut.
Semasa berada di dalam bas kami berbual-bual dengan
rakan-rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang
pengalaman pernah ke Taman Hidupan Liar sebelum ini.
Kami juga menikmati kuih-muih dan air kotak yang diberi
semasa di dalam bas untuk mengalas perut.
Kami tiba di Taman Hidupan Liar pada jam 9.00 pagi. Selepas
turun dari bas, pegawai yang bertugas menyambut
ketibaan kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta
maklumat tentang taman kepada kami.
Selepas itu, kami diberi peluang untuk melihat dari dekat
binatang yang ada di dalam taman. Kami juga sempat melihat
pertunjukkan burung yang telah dilatih untuk menghiburkan
hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang
mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk
dihadiahkan kepada ibu bapa.
Selepas menikmati makan tengah hari kami pulang pada jam
1.00 petang. Tiba di sekolah ibu bapa kami telah bersedia
menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan
pulang ke rumah, saya bercerita pengalaman yang
menyeronokkan kepada ibu. Walaupun agak letih,
saya berasa sangat gembira.
Tajuk 2 : Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga

A. Pendahuluan
- Bila ,siapa dan ke mana pergi
- Dengan apa
- Tujuan
B. Isi-isi penting
ISI 1. Sebelum pergi
- Persediaan
- Bawa bekalan makanan
- Bapa memeriksa kenderaan
- Jam berapa bertolak
ISI 2. Semasa dalam perjalanan
- Berbual-bual
- Melihat pemandangan dari dalam kereta
ISI 3. Semasa tiba
- Suasana tempat tersebut
- Menurunkan barang
- Cari tempat yang sesuai.
ISI 4. Aktiviti-aktiviti lain
- Mandi
- Membina istana pasir
- Membeli cenderamata
- Mengambil gambar
Penutup
- Waktu pulang.
- Perasaan
- Waktu tiba di rumah
Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga
Pada cuti persekolahan yang lalu kami sekeluarga pergi
berkelah ke Pantai Pasir Tengkorak.. Kami ke sana dengan
menaiki kereta yang dipandu oleh ayah . Kami ke sana kerana
ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.
Sebelum pergi kami telah membuat persediaan yang
rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami.
Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di

bawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula


bertolak pada jam 8.00 pagi.
Semasa dalam perjalanan ke tempat perkelahan itu kami
sekeluarga berbual-bual. Saya pula mengambil peluang
mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam
kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam
kereta.
Kami tiba di Pantai Pasir Tengkorak pada jam 9.00 pagi.
Suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan ramai
orang membawa keluarga masing-masing. Kami menolong
ibu mengeluarkan barang-barang perkelahan. Ayah pula
mencari tempat yang sesuai untuk membentang tikar.
Selepas itu saya dan adik-adik menukar pakaian untuk mandi.
Selain mandi saya dan adik juga membina istana pasir.
Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga
menikmati bekalan makanan yang disiapkan oleh ibu.
Setelah selesai makan, kami sempat mengambil gambar
sebagai kenangan. Sebelum balik, kami juga sempat membeli
cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.
Pada jam 6.00 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan
kami pada masa tersebut sangat gembira dan
seronok. Akhirnya, kami tiba di rumah pada jam 7.00 malam.

Tajuk 3 : Perkhemahan Bersama Keluarga


Pada minggu lepas, saya pergi berkhemah. Saya ke Air
Terjum Kota Tinggi, Johor Darul Takzim bersama keluarga iaitu
ayah, emak dan kakak.
Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 11.00 pagi.
Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta Naza Ria yang baru
ayah beli. Perjalanan kami ke tapak perkhemahan kira-kira 170
kilometer. Selepas tiga jam perjalanan, kami sampai di tapak
perkhemahan kira-kira pada pukul 2.00 petang.
Oh, indah sekali pemandangan di tapak
perkhemahan! Udaranya pula sungguh nyaman. Saya dan
keluarga berasa amat gembira kerana dapat berkelah bersamasama. Setiap orang daripada kami sibuk menjalankan tugas
masing-masing. Saya menolong ayah mendirikan khemah
manakala kakak menolong emak menyediakan makanan tengah
hari yang telah dimasak di rumah.

Deruan air menghempas batu menyebabkan saya tidak


sabar lagi untuk bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya,
sehingga menusuk ke tulang membuatkan saya menggigil
kesejukan. Kami semua berasa amat gembira bagaikan itik
mendapat air.
Selepas solat Maghrib, kami pun menikmati makanan
yang disediakan ibu dengan berselera sekali. Aktiviti lasak pada
siang hari menjadikan kami begitu lapar hingga semua yang
terhidang licin dalam sekelip mata. Sebelum tidur ayah
menceritakan pengalaman suka duka berkhemah semasa kanakkanak dahulu. Saya tidur mati oleh sebab keletihan.
Keesokannya, selepas berkemas, kami pulang dengan
perasaan gembira. Kami membawa bersama seribu kenangan
manis.
Tajuk 4 : Pergi ke Pasar Malam
Pada malam Sabtu yang lalu, saya pergi ke pasar malam
bersama keluarga. Pasar malam itu terletak berhampiran dengan
rumah saya. Jaraknya dari rumah saya, kira-kira 100 meter
sahaja. Kami ke sana berjalan kaki.
Saya melihat orang berduyun-duyun ke pasar malam.
Pelbagai barangan dijual di pasar malam dengan harga yang
berpatutan. Antaranya ialah makanan, pakaian, keperluan dapur
dan barang mainan. Saya dan emak membeli barang makanan
dan keperluan dapur sahaja. Sementara itu, kakak dan ayah
pergi ke gerai kuih-muih dan lauk-pauk.
Suasana di pasar malam itu sungguh sibuk dan riuhrendah. Cahaya neon yang berwarna-warni menerangi keadaan
di pasar malam. Suasana di situ hingar-bingar dengan suara
pembeli dan penjual tawar-menawar.
Pasar malam merupakan syurga bagi pembeli manakala
sumber pendapatan bagi penjaja kecil. Walaupun keletihan,
kami pulang dengan perasaan riang dan berhasrat akan datang
lagi pada minggu hadapan.