Anda di halaman 1dari 85

PENGURUSAN PUSAT PRASEKOLAH

PTR 1033
1.0 Perancangan Pusat Pendidikan Prasekolah
1.1 Perancangan Pusat:
Kepentingan pengurusan adalah bagi melaksanakan perancangan secara
efektif dan tersusun dengan cara menggerakkan struktur organisasi dan
sumber ke arah mencapai matlamat.
Perancangan membawa maksud membentuk imej atau gambaran mental
tentang apa yang hendak dibuat dan bagaimana mahu melaksanakannya
Ia jelas difahami sebagai satu panduan tentang arah tujuan dan bagaimana
mahu mencapai tujuan tersebut.
Terdapat 3 jenis perancangan iaitu
1.

Perancangan strategik bermakna pelan keseluruhan (master plan).

2.

Perancangan taktikal bermaksud pecahan perancangan kepada


matlamat yang lebih spesifik manakala

3. Perancangan operasional adalah langkah atau prosedur tertentu yang


membawa kepada pencapaian matlamat.
Kesimpulannya, perancangan adalah apa yang sepatutnya dilakukan dan
bagaimana hendak melaksanakannya.
Konsep Perancangan
Konsep perancangan merupakan satu dokumen yang mengandungi
kenyataan tindakan ke arah pencapaian objektif. Ia menunjukkan cara
bagaimana untuk mencapai apa yang dirancang. Anda perlu merangka lebih
1

awal apa yang perlu dibuat dan bagaimana cara melakukannya. Ringkasnya, ia
adalah satu proses persediaan untuk melaksanakan tindakan/aktiviti/program.
Pendidikan prasekolah adalah program yang menyediakan pengalaman
dan pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam
jangka masa satu tahun atau pun lebih setahun sebelum masuk ke tahun
satu di sekolah formal.
Prinsip Perancangan
Dalam program pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara
tidak formal melalui bermain sambil belajar. Program ini menekankan kepada
aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor
kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat
hormat-menghormati dan berdisiplin bagi menyediakan kanak-kanak ke arah
pembelajaran yang lebih formal di sekolah rendah nanti.
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif sebagai persediaan memasuki sekolah rendah.
Rasional
Program pendidikan prasekolah bertujuan melahirkan generasi yang
berjaya mengembangkan JERIS mereka ke tahap yang maksima berlandaskan
nilai dan tradisi bangsa yang murni bagi memenuhi keperluan kepada pendidikan
prasekolah.
Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang
berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap

positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah sejajar dengan objektif


pendidikan prasekolah.

2. FALSAFAH MERANCANG
Pendidikan prasekolah boleh disimpulkan sebagai program pendidikan
terancang dan sistematik yang berdasarkan asas-asas perkembangan kanakkanak dengan tujuan mengembangkan potensi kanak-kanak sebelum
masuk tahun satu. Sewajarnya dalam merancang pusat pendidikan awal
kanak-kanak

hasrat, arah tuju dan matlamat Kementerian Pelajaran

Malaysia juga terlaksana.


Kepuasan
Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Memenuhi keperluan kanak-kanak Amalan Bersesuaian Perkembangan
(ABP)
Memenuhi kehendak ibu bapa dan komuniti
Optimun
Melibatkan pelbagai sumber
SMART (specific, measurable, rational, attainable)
Berwawasan
Adaptasi
Boleh melaksanakan perancangan secara rasional dan berkesan
Boleh juga diadaptasi dalam membina modal insan seimbang
Guru

yang

menghayati

FPK

dapat

mengadaptasikannya

pelaksanaan program pendidikan prasekolah


Kekuatan
3

dalam

Teori Produktiviti menerangkan bahawa sikap seseorang yang meliputi


ilmu dan kemahiran akan menghasilkan produktiviti
Keperluan Agensi : bagi prasekolah swasta perkara yang dititik beratkan
adalah nama tadika, pemilikan, kurikulum, kakitangan dan pengurusan
tadika dan kemudahan asas premis atau bangunan,
3. Penulisan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah
Perancangan merupakan satu proses untuk mengenal pasti keperluan bagi
pelaksanaan sesuatu aktiviti atau pertubuhan. Ianya juga merupakan proses
yang pertama memerlukan tumpuan khusus dan kemahiran bagi memastikan
kesemua aspek diteliti. Oleh itu, sebelum menyediakan premis prasekolah,
semestinya kita perlu membuat perancangan yang sesuai sebagai langkah bijak.
Langkah yang utama adalah menyediakan kertas kerja.
Berikut merupakan contoh format kertas kerja penubuhan prasekolah dan isu-isu
utama yang saling berkait dengan penubuhan prasekolah.

KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH


1.0

Latar Belakang/Pengenalan

Menyatakan keperluan pendidikan prasekolah dalam negara Malaysia

Kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak

Pendidikan asas (seimbang & harmoni)

Persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal

2.0

Rasional

Mengapa perlu menubuhkan prasekolah?


Antara contoh-contoh termasuklah :

Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat setempat


4

Pendidikan kurikulum tambahan (selain daripada yang sedia ada).

Kurikulum selaras kehendak negara dan pembangunan modal insan

Yuran yang rasional

Apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan? Kebaikan dan


keistimewaan prasekolah

Mempunyai pengangkutan sendiri

Persaingan dengan prasekolah sedia ada

3.0

Nama, Tema, Visi, Misi, Motto, Logo Prasekolah

Memberi nama prasekolah yang bermakna (pemberian nama prasekolah


mempunyai syarat-syarat tertentu)

Imej prasekolah yang ingin dikenali

Huraian Tema

Visi : Matlamat Jangka Panjang

Misi : Pernyataan yang lebih terperinci dalam menjayakan visi

Loga serta huraiannya

4.0

Objektif Penubuhan

Pecahan-pecahan jangkaan atau harapan bagi menjelaskan tujuan


penubuhan prasekolah

5.0

Lokasi Tapak

Berikan alamat penuh premis (Juga nyatakan lokasi yang sesuai dan tidak
sesuai untuk penubuhan prasekolah)

6.0

Perkaitan lokasi prasekolah dengan pelanggan


Tarikh Mula Pelaksanaan

7.0

Tarikh prasekolah beroperasi


Pelan Pembangunan / Pelan Lantai
Draf lukisan menunjukkan skala betul dan tepat
5

Penggunaan komputer digalakkan

Bahagian dalam : Tampak dengan jelas pembahagian kawasan P&P, meja


kanak-kanak, sudut P&P, dapur, tandas dan kemudahan lain.

Bahagian luar : Tampak dengan jelas sudut permainan, sudut pasir/ air
dan lain-lain.

8.0

Kriteria Pengambilan Kanak-Kanak

Umur

Bangsa

Latar belakang keluarga

Anggaran sosio ekonomi pelanggan

9.0

Kurikulum & Program Pembelajaran

Mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan, KSPK 2010)

Menyediakan kurikulum tambahan

Menyertakan jadual pembelajaran/jadual waktu

Menggunakan buku-buku khas/alat bantu belajar yang digunakan

Menyatakan jika ada program tambahan seperti hari pendaftaran atau


suai kenal, mesyuarat PIBG, sukan tahunan, lawatan sambil belajar,
sambutan hari jadi, sambutan hari kebangsaan, hari anugerah cemerlang,
majlis konvokesyen, hari kebudayaan dan ko kurikulum atau majlis
sambutan perayaan.

10.0

Kemudahan

Keperluan tandas

Ruang belajar

Rekreasi
6

Bilik sakit/rehat

Stor

11.0

Cadangan Inventori
Senaraikan kesemua inventori yang diperlukan seperti meja dan kerusi
murid dan guru, komputer, alat pencetak,rak buku, meja makan, rak beg
dan kasut, rak pinggan mangkuk, katil rehat, peti sejuk, televisyen,
peralatan atau kabinet dapur, peralatan dapur, pemain vcd dan lain-lain.

12.0

Aspek Pemakanan
Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan (menunjukkan kualiti
pemakanan kanak-kanak halal , bersih dan seimbang)

Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Bermasak? Ditempah?

Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu

Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang


disediakan

13.0

Aspek Kebersihan & Keselamatan

Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah

Langkah-langkah kebersihan: Panduan mencuci tangan, menggosok gigi


dan lain-lain

Langkah-langkah keselamatan: Kawasan persekitaran tiada benda tajam/


licin, pengawasan dari kawasan jalan raya dan lain-lain.

14.0

Amalan penerapan rutin kebersihan


Aspek Kesihatan

Penjagaan Kesihatan Tubuh Badan

Menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan,


rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital.

Mengenal pasti masalah-masalah kesihatan yang mengganggu murid di


prasekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan
intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.

Memastikan tahap kesihatan murid sentiasa di tahap memuaskan melalui


promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

15.0

Kos Penubuhan

Kos bangunan

Kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat bantu mengajar)

Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak memperoleh pengalaman

16.0

Pengurusan Pengelolaan/ Staf

Menyatakan bilangan staf

Menyediakan carta organisasi staf

Kelulusan pendidikan staf

Program pembangunan profesionalisme staf (kursus dan lain-lain)

17.0

Pengurusan Kewangan (Belanja Harian, Belanja Bulanan dan Belanja


Aktiviti Tahunan)

Bajet pemasaran

Yuran bulanan

Sewa bulanan

Utiliti - Bil air , bil elektrik dan bil telefon

Peralatan P&P

Makan

Gaji guru /pembantu guru

18.0

Penutup

Menyatakan harapan kertas kerja diangkat bagi kelulusan

Menyatakan harapan sokongan daripada pihak yang dipohon


8

Menyediakan aspek kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada


negara.

2.0 Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak


2.1 Langkah-langkah perancangan
Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah perkara utama yang perlu
diberi perhatian ialah :
Menentukan matlamat & objektif
Tinjauan kebolehbinaan
Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang dan persekitaran
Bangunan
Kewangan
Organisasi pengurusan
Peraturan dan undang-undang
Peralatan dan sumber
2.2

Menentukan Matlamat dan Objektif

Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai


agensi yang berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan
Perpaduan, Prasekolah Kementerian Pelajaran dan agensi keagamaan dan juga
pihak swasta. Memandangkan pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan oleh
pihak-pihak yang berbeza maka dari segi matlamat dan objektif penubuhannya
juga berbeza.
Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang
pentingnya pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba
memilih

pusat prasekolah yang dapat memenuhi harapan dan kehendak


9

mereka. Inilah yang mendorong munculnya pusat prasekolah seperti cendawan


tumbuh pada masa sekarang. Pemilihan pusat prasekolah oleh ibu bapa adalah
berlandaskan kualiti yang dimiliki oleh sesuatu pusat prasekolah yang
menyediakan

pendidikan

kepada

kanak-kanak.

Pusat

prasekolah

yang

mempunyai matlamat dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan
lebih menjadi tumpuan ibu bapa.
Terdapat pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu difikirkan bersama sama
ada penubuhannya menepati matlamat dan objektif atau pun tidak. Di antara
penemuan penubuhan pusat prasekolah adalah seperti berikut:
1.

Ada sesetengah pengusaha pusat prasekolah tidak


melaksanakan program mereka dengan bersungguh-sungguh.

2.

Ada pula yang hanya mementingkan keuntungan


semata-mata.

3.

Ada

pengusaha

pusat

prasekolah

hanya

mementingkan akademik semata-mata


4.

Ada pengusaha pusat prasekolah yang memberi


penekanan kepada aspek sosialisasi kanak-kanak.

Sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat

penubuhan pusat

prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada
semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun.
Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan
jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Di sini mari kita lihat
apakah penentuan matlamat dan objektif pendidikan prasekolah yang telah
dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah.
Pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut :
10

i.

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif


yang menjadi warganegara yang patriotik;

ii.

Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan


kemahiran bahasa untuk berkomunikasi;

iii.

Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk


berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar
bahasa Cina dan bahasa Tamil;

iv.

Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras


dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

v.

Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk muridmurid beragama Islam;

vi.

Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;

vii.

Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran


menyelesaikan masalah;

viii.

Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;

ix.

Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan


amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan

x.

Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan


alam dan warisan budaya

Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa
prasekolah merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan
diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang
berinteraksi

bersama

rakan,

meningkatkan

kemahiran-kemahiran

perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan


berkomunikasi. Peruntukan suatu alam persekitaran yang kaya dan
menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini boleh diwujudkan di
pusat prasekolah
2.2

Tinjauan Kebolehbinaan
11

Tinjauan Kebolehbinaan (Feasibility Study)


Semasa

merancang

penubuhan

sesebuah

pusat

prasekolah

tinjauan

kebolehbinaan perlu dilakukan yang mengambil kira perkara-perkara berikut :

Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah

Kumpulan sasaran/pelanggan

Sumber kewangan

Prasarana/Infrastruktur

Kurikulum/perancangan

Sumber manusia

Peraturan dan perundangan

Peralatan dan perabot

Aspek di atas perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Akta 267
(Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
2.3

Infrastruktur Kawasan, Lokasi, Keluasan, Ruang, Persekitaran


Bangunan dan lain-lain.

Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu difikirkan


ialah adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan prasekolah.
Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak
bangunan prasekolah. Mengikut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan
1982 Seksyen 19); sesebuah bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah
tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik.
Setiap bangunan pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan,
rekabentuk, struktur dan juga keselamatan. Memandangkan di Malaysia
12

kemudahan prasekolah adalah berbeza, maka pihak berkuasa tempatan telah


menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan sebagai prasekolah.
Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah :1. Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki persegi
dan kawasan sekeliling tidak lebih daripada 30%.
2. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah dicantumkan
kedua-dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat prasekolah.
3. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan kawasan
yang tidak kurang dari 3000 kaki persegi.
4. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.
5. Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk
penggunaan prasekolah.
6. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan
madrasah.
7. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan gereja, tokong Cina serta
kuil Hindu.
8. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.
9. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk dijadikan pusat prasekolah.
Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya bangunan/rumah
dua tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu disediakan ke luar dari bangunan
dari tingkat atas.
Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling penting
diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek
keselamatan dan keselesaan kanak-kanak secara keseluruhannya.
2.3 Kewangan

13

Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber
yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk
menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan
awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul.
Sumber

adalah

pasif

sehingga

idea

manusia

dan

tenaga

manusia

menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai matlamat mereka.


Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat
pendidikan kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.
a. M (material)
-

Untuk bahan yang digunakan di pusat tersebut.

b. E (equipment)
-

Untuk peralatan termasuklah alat mainan, dapur, pejabat,


pengangkutan dan hiasan.

c. S (space)
-

Untuk tempat (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan


dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

d. H (human)
-

Untuk tenaga manusia termasuklah pengetahuan, kemahiran dan


kebolehan

semua

untuk

membentuk

dan

menyampaikan

perkhidmatan.
Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan
kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus
kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan
pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan
kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa
dikemas kini.
2.4

Peruntukan Makanan
a)

Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman


14

b)

Perancangan Menu Bulanan

c)

Anggaran Perbelanjaan
i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering

2.5.

2.6

d)

Tuntutan Perbelanjaan Bulanan

e)

Buku Tunai

f)

Fail Kewangan

- Pendapatan & Perbelanjaan

Peruntukan Per Kapita


a)

Perancangan Perbelanjaan

b)

Daftar Stok Bekalan Pejabat


i)

Barang Kekal

ii)

Barang Hapus Kira

Organisasi Pengurusan
Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan penting
pengurusan

sekolah

selain

daripada

perancangan,

penyelarasan,

perhubungan, penyeliaan dan penilaian. Pengelolaan adalah pengaturan,


penyusunan dan perlaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan
pengembelengan semua elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah
yang terdiri daripada manusia ( guru, pelajar dan staf sokongan ), material
( bangunan, kawasan, kewangan dan peralatan )
Menurut Hoy dan Miskel ( Hoy dan Miskel, 2001:288) pengelolaan sekolah
yang berkesan adalah aspek paling asas dalam pengurusan sekolah.
Aspek-aspek yang akan dikelolakan ialah akauntabiliti, pencapaian
akademik, piawaian hasil kerja, skor ujian, aktiviti pembelajaran dan
pengajaran, kadar keciciran pelajar, kepuasan bekerja dan budaya
pembelajaran produktif. Aspek ini sentiasa berubah mengikut keperluan
semasa dan situasi kerana setiap sekolah mencapai keberkesanan dalam

15

pengurusan sekolah dengan kadar yang berbeza. Lantaran itu satu model
organisasi berasaskan garis panduan perlu diwujudkan bagi mengukur dan
menandai aras keberkesanan pengelolaan sekolah serta cara-cara untuk
mempertingkatkan keberkesanan tersebut.
Dalam pada itu Hopskin dan Leask ( Preedy, Glatter dan Levacic, 1997)
turut menyatakan penanda aras pencapaian dalam erti kata pengelolaan
sekolah yang berkesan amat perlu dalam mengelola program dan aktiviti
untuk menentukan matlamat dan objektif. Bagi sesetengah penanda aras
pernyataan ringkas sudah mencukupi namun demikian terdapat juga
penanda aras yang memerlukan perincian spesifik dan merujuk maklumat
tambahan yang melibatkan pengukuran kualiti dan komitmen dalam
bahagian-bahagian tertentu.
Oleh yang demikian, pembentukan penanda aras berbentuk kualitatif
dan kuantitatif. Berdasarkan pernyataan Cameron, ( Hoy an Miskel,
2001) jelas menunjukkan bagi mewujudkan dan membina penanda aras
yang sistematik dan standard. Penanda aras ini dibina berdasarkan
program dan aktiviti yang akan dijalankan.
Menurut Eric A Hanushek, pengelolaan sekolah menjadi tidak efektif
kerana tidak wujud sebarang pertalian yang konsisten antara variasivariasi yang terdapat dalam sumber sekolah dengan pencapaian pelajar.
Hal ini merangkumi nisbah antara guru dengan murid, kelayakan guru,
pengalaman, gaji, perbelanjaan perkapita, input pentadbiran dan
kemudahan fizikal. Ibrahim Mamat ( Ibrahim Mamat, 2001 : 167 ) juga
menyatakan dalam mewujudkan pengelolaan sekolah yang berkesan,
kita hendaklah mengenal pasti enam bidang pengurusan sekolah iaitu
1.

Pentadbiran am

2.

Pengurusan kurikulum
16

2.6

3.

Pengurusan guru

4.

Pelaksanaan kurikulum

5.

Pelaksanaan kokurikulum

6.

Penyeliaan

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undangundang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semua pusat pendidikan awal kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling
yang dikeluarkan dari masa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan
keberkesanan perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan awal kanakkanak mestilah mematuhi dengan Akta Pendidikan (1996) atau Akta 550 dan
Akta 308. Selain daripada kedua Akta tersebut, perkara-perkara berikut perlu
diakuri;
A

PEMILIHAN KANAK-KANAK

1.

Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun layak untuk belajar di

pusat pendidikan awal kanak-kanak.


Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau
penjaganya yang berpendapatan sebanyak RM400.00 ke bawah dan
diikuti dengan pendapatan di antara RM401.00 hingga RM800.00 jika
masih ada tempat. Kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan
sebanyak RM1000.00 ke atas boleh juga diterima atas alasan

tanggungjawab (keramaian anak).


Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal
kanak-kanak ditentukan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru

Besar, Penolong Kanan dan guru prasekolah.


Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 1025 orang.
17

B.
1.
2.
3.

SEMASA DI PRASEKOLAH
Waktu belajar tidak melebihi 4 jam.
Pakaian seragam tidak tetapkan terpulang kepada sekolah masing-masing.
Makanan hendaklah disediakan di sekolah atas kadar RM1.80 sehari
setiap murid. Tuntutan hendaklah sekali setahun sebagaimana telah

ditetapkan.
4. Bantuan per kapita kan diberikan pada kadar RM100.00 bagi setiap kanakkanak.
5. Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak sekolah boleh menetapkannya.
6. Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan di setiap pusat pendidikan
awal kanak-kanak.
7. Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru
opsyen prasekolah.
C. KEMUDAHAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1. Kemudahan yang disediakan termasuk alat permainan di luar bilik darjah
dijaga, dibaiki jika rosak dan digunakan dengan rapi. Alat permainan luar
yang rosak hendaklah dibaiki dengan segera.
2. Keselamatan murid hendaklah diambil perhatian dengan serius.
3. Kawasan dan tempat, alat permainan luar bilik darjah sentiasa dalam
keadaan bersih dan selamat.
4. Menyediakan alatan/permainan yang perlu dan mencukupi seperti bahan
pengajaran, bantal, apron, berus gigi dan ubat gigi.
5. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki.
6. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjagan sebelum
bermulanya sesi persekolahan.
2.7

Perletakan Tadika

a) Taska boleh dijalankan mengikut keperluan masyarakat setempat di


1) Rumah sesebuah
2) Rumah berkembar
3) Rumah Teres(Bahagian Tepi Lot)
4) Rumah Pangsa (di tingkat bawah sahaja)
18

5) Di ruang pejabat ( di tingkat bawah sahaja)


6) Tanah yang direzabkan untuk kegunaan TADIKA
b)

Bangunan-bangunan yang tidak sesuai


1) Rumah teres dan berangkai yang terletak di lot tengah dan lot tepi yang
tidak mempunyai kawasan lapang.
2) Rumah kediaman yang terletak

di persimpangan atau berhampiran

lebuhraya dan jalan-jalan sesak dan sibuk dengan kenderaan /lalulintas.


3) Keutamaan akan diberikan kepada lokasi yang berhampiran dengan
kawasan lapang/permainan awam.
2.7

Lokasi Bangunan
a) Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 33 (10 meter) dari simpang
utama
b) Tidak terletak di kawasan sesak di mana lokasi bangunan tidak terletak di
sebatang jalan yang sibuk/ jalan utama
c) Tiada halangan dari jiran (10 orang) berkaitan bunyi bising dan kesesakan
lalulintas. Surat kebenaran dari lot-lot bersebelahan adalah diperlukan.
d) Mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah.
e) Taburan Tadika di sesuatu kawasan hendaklah ditentukan oleh Majlis.

2.8

Keselamatan Premis
a) Tadika dijalankan hanya dibenarkan di aras satu bagi rumah kediaman
yang bertingkat.
b) Ada tangga laluan bagi masa kecemasan jika premis ditempatkan dalam
bangunan bertingkat jika bukan bukan bangunan kediaman biasa
c) Tangga hendaklah selamat unutk kegunaan kanak-kanak.
d) Tangga hendaklah dipasang dengan pagar(railings) yang tingginya sesuai
dengan ketinggian kanak-kanak.

19

2.9

Peredaran Udara dan cahaya semulajadi bersih


a) perlu ada peredaran udara dan cahaya semulajadi bersih

Luas Ruang

1) Mencukupi dengan kiraan 3.5 m.p. bagi seorang kanak-kanak. Tidak


termasuk jalan, stor, dapur, pejabat tandas atau kakitangan.
2.10

Kegunaan ruang

a) Kemudahan Ruang
Ruang berasingan hendaklah disediakan untuk kanak-kanak
belajar dan bermain
Sediakan ruang untuk perpustakaan
Sediakan kawasan permainan yang lengkap dengan alat-alat
permainan yang tidak merbahaya(di luar banguanan)
b) Tempat rehat untuk kanak-kanak sakit
Ruang berasingan (sick bay) hendaklah disediakan bagi kanakkanak yang kurang sihat
Sediakan kotak perubatan kecemasan
c) Ruang dapur dan penyediaan makanan
Ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka
dan dimasuki oelh kanak-kanak
Dapur mesti berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang
diasingkan untuk aktiviti kanak-kanak
Kanak-Kanak mesti dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada
bila-bila masa.

20

2.11 Keperluan Tandas


Tandas bagi murid-murid lelaki dan perempuan hendaklah berasingan (Tertakluk
kepada keadaan bangunan)
Peralatan dan rekabentuk tandas adalah seperti berikut:
Kemudahan kebersiha; mesti sediakan elbow tap
Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan air tidak
bertakung
Sediakan tempat pemegang untuk kanak-kanak istimewa
Besin cuci tangan hendaklah rendah
Lain-lain peralatan yang sesuai (sekiranya ada kanak-kanak istimewa)
2.12

Kelulusan Perancangan

Perlu hantar 1 pelan tapak


1 salinan pelan bangunan asal
Salinan hakmilik tanah
Surat kebenaran daripada pemilik rumah
2.13

Kemudah kecemasan/keselamatan

Dua pintu yang berasingan (satu diahadapan dan satui di belakang)


hendaklah disediakan
Semua pintu dan tingkat di atas bangunan tidak boleh dipasang dengan
pagar besi(grills)
Tingkap jenis louvres tidak dibenarkan
Semua punca kuasa (power points) hendaklah dipasang dengan plugs
kosong dan berkedudukan di paras yang tinggi
Lampu meja yang berkaki tidak dibenarkan
Kipas meja, kotak dan berkaki tidak dibenarkan
21

Pintu pagar dan grills tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam
dan merbahaya.
2.14

Kriteria Penubuhan
Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu
difikirkan ialah adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan
prasekolah. Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan
untuk dijadikan tapak bangunan prasekolah. Mengikut Akta 267
(Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19); sesebuah
bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan
serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik. Setiap bangunan
pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk,
struktur dan juga keselamatan. Memandangkan di Malaysia kemudahan
prasekolah adalah berbeza, maka pihak berkuasa tempatan telah
menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan sebagai
prasekolah.
Menurut Bustam dan Puteri Zabariah (2005), berikut adalah perkara yang
perlu

diberi

perhatian

untuk

mendapatkan

kelulusan

penubuhan

prasekolah
(i) Fizikal

Konsep

Fizikal merupakan salah satu daripada kriteria utama yang perlu diberi
perhatian dalam penubuhan sesebuah pusat prasekolah. Ia merangkumi
infrastruktur

kawasan,

lokasi,

keluasan,

ruang.

persekitaran

dan

bangunan.
Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah
1. Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki
persegi dan kawasan sekeliling tidak lebih daripada 30%.

22

2. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah


dicantumkan kedua-dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat
prasekolah.
3. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan
kawasan yang tidak kurang dari 3000 kaki persegi.
4. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.
5. Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk
penggunaan prasekolah.
6. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan
madrasah.
7. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan gereja, tokong Cina
serta kuil Hindu.
8. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.
9. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk dijadikan pusat
prasekolah
Mengikut

peraturan

bangunan/rumah

dua

Jabatan

Bomba

tingkat,

sebuah

dan

Penyelamat

tangga

sekiranya

keselamatan

perlu

disediakan ke luar dari bangunan dari tingkat atas. Pihak berkuasa yang
memantau dan meluluskan bahagian ini adalah

Pihak Berkuasa

Tempatan.

Kesan Persekitaran Kepada Murid-murid


Selain daripada spesifikasi bangunan yang sesuai, faktor persekitaran
juga merupakan kriteria penting yang perlu diberi perhatian dalam
penubuhan pusat prasekolah. Berikut adalah perkara-perkara yang
berkaitan dengan persekitaran
-

Tempat yang selamat.


Udara bersih.
Jauh dari pusat hiburan.
Tiada pencemaran bunyi.
Kebenaran bertulis dari jiran.
Kadar tadika iaitu 1 (SATU) tadika bersamaan dengan 300 (TIGA
23

RATUS) buah rumah.


Kesemua perkara di atas memberi kesan kepada murid-murid dan guru agar
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Kemudahan Asas
Kemudahan asas juga perlu dititikberatkan dalam penubuhan pusat
prasekolah. Kemudahan asas yang dimaksudkan di sini adalah seperti
ruang pembelajaran, dapur, ruang makan, bilik air , tandas, bilik sakit dan
padang permainan.
Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling
penting diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah
aspek keselamatan dan keselesaan murid-murid secara keseluruhannya.

Keselamatan
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua buah pintu yang mudah
- dibuka tanpa halangan.
- Dapur perlu diasingkan.
- Alat pemadam api sentiasa diperiksa dan mematuhi peraturan.
- Perabot alat permainan dan bahan pengajaran selamat
digunakan.
-

Semua punca elektrik hendaklah yang tidak mudah dicapai atau


dilindungi.

Kolam atau tempat menampung air hendaklah mengikut ukuran


yang ditetapkan dan berpagar.

Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak


Berkuasa Tempatan, Bomba dan Tenaga Nasional.

Keselesaan dan Kesejahteraan


Semua kemudahan asas yang terdapat di pusat prasekolah bertujuan
memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada murid-murid dan guru
prasekolah. Susun atur perabot serta ruang pembelajaran yang terancang

24

juga memainkan peranan penting bagi memudahkan proses pengajaran


dan pembelajaran.

Persekitaran Yang Kondusif


Persekitaran fizikal yang yang kondusif dapat membentuk sikap dan
tingkahlaku yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada
masyarakat. Persekitaran yang kondusif merangkumi :
-

Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan

bersih

dan selamat.
Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk
murid-murid.

Menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap.


Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.

Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak


Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kesihatan.

2.15

Pelan Lantai

Bahagian Dalam
Pengurusan pelan dalam hendaklah mengambil kira dengan keperluan dan hak
murid-murid. Apabila murid-murid mula melangkah masuk ke dalam bilik
prasekolah secara tidak langsung dia telah mula melebarkan lagi pengalaman
kehidupannya dan persekitarannya. Pengurusan pelan dalam hendaklah dibuat
dengan pelbagai jenis peralatan yang boleh dipelbagai guna dan perlulah
mengikut kehendak guru dan juga ibu bapa murid-murid. Terdapat beberapa
perkara penting yang perlu diambil kira di dalam merancang sesuatu pelan
dalam antaranya ialah memilih sudut-sudut pembelajaran, pengurusan bentuk
pelan penggunaan ruang bilik darjah dan susun atur perabot-perabot. Mengikut
sumber NAEYC kesesuaian sebuah bilik untuk pelan dalam dianggarkan 3.5 kaki
persegi untuk seorang murid-murid.
25

Pelan lantai di pusat prasekolah merupakan satu gambaran susun atur yang
sepatutnya

dirancang oleh

perkembangan

murid-murid

guru prasekolah
prasekolah.

Ia

bagi memenuhi
mudah

proses

keperluan

pelaksanaan

pengurusan prasekolah dan pengajaran dan pembelajaran. Pelan lantai perlu


merangkumi

perkara-perkara

seperti

pusat-pusat

pembelajaran,

ruang

penyediaan, bilik sakit/rawatan, bilik pentadbiran, tandas dan susun atur perabot.
Berikut adalah antara contoh pelan lantai yang sepatutnya terdapat di pusat
prasekolah :

Gambarajah 1: Pelan Keseluruhan Pusat Prasekolah

26

Gambarajah 2: Pelan Lantai Kelas Prasekolah

Menyusun Persekitaran Dalaman

Penyusunan persekitaran dalam kelas prasekolah boleh dilakukan mengikut


rupa bentuk tetap dan rupa bentuk mudahubah. Rupa bentuk tetap biasanya
melibatkan pusat pembelajaran yang mempunyai peralatan atau perabot
yang sukar diubah seperti Ruang Dapur, Pusat Multimedia yang terdapat set
komputer, televisyen dan socket outlet / suis elektrik. Manakala reka bentuk
mudah ubah

pula termasuklah perabot seperti meja dan kerusi murid

yangterdapat di pusat pembelajaran yang boleh disusunatur mengikut


kesesuaian tema.
Guru hendaklah terlebih dahulu menyediakan susun atur ruang dalaman
untuk mengendalikan bilik darjah yang kondusif. Penyusunannya perlulah
mengambil kira keluasan sesebuah bilik kemudian dibuat pembahagian
ruang mengikut domain-domain perkembangan setiap kanak-kanak. Guru
bolehlah mengendalikannya dengan menggunakan daya imaginasi dan
kreativiti sendiri dengan mengambil kira amalan yang bersesuaian dengan
kanak-kanak.

27

Antaranya ialah:
1.

Domain Perkembangan Kognitif:


Penting bagi merangsang proses pemikiran kanak-kanak

2.

Domain Perkembangan Sosio-emosi:


Untuk kanak-kanak membina sosialisasi dan mempertingkatkan
tahap emosi.

3.

Domain Perkembangan Literasi:


Untuk perkembangan dan penguasaan

4.

berbahasa.

Domain Perkembangan Kreatif:

Untuk menjadikan kanak-kanak itu lebih kreatif dan inovatif di dalam


menjalankan kehidupannya.

2.16 Peralatan dan sumber


Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam sesebuah program pendidikan
prasekolah kerana ia memberikan arah untuk pengajaran dan pembelajaran.
Alat-alat pembelajaran boleh membantu memperkembangkan perkembangan
kanak-kanak sama ada dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun
keharmonian. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi, meja,
almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran
seperti pensil, buku, pembaris, gam dan juga dan bantu mengajar yang guru
gunakan.
Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kemahiran
memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika. Bahan-bahan
yang dianggap berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang
serta teguh. Bahan-bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanakkanak. Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak
berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan
guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga

28

selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria
seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.
Kelengkapan-kelengkapan di tadika perlu menyokong aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih baik
menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass.
Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang
terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan
pembelajaran.
Kebanyakannya tadika mempunyai almari dan rak-rak buku yang boleh
menyimpan buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti pensil, kasut,
beg, buku dan lain-lain.

Bahagian Luar

Kawasan permainan
Bermain merupakan satu pendekatan pembelajaran yang utama di kelas
prasekolah. Aktiviti bermain dapat memupuk keyakinan diri murid
prasekolah di samping memperluaskan minda, membentuk sosiolisasi dan
penyelesaian masalah. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan
dengan berhati-hati. Peralatan yang dipilih menjurus kepada aktiviti
permainan imaginasi. Reka bentuk mengambil kira ciri-ciri ketahanan,
keselamatan dan penggunaan jangka panjang.
Ruang luar perlu disusun dan dirancang dengan rapi. Ruang luar kelas
hendaklah

sentiasa

bersih

dan

selamat. Aktiviti

yang

dirancang

bergantung kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas


hendaklah mempunyai permukaan yang sesuai dan selamat untuk
memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan
fizikalnya. Pelan luar yang dirancang perlu mudah dilihat oleh guru atau

29

pembantu untuk memastikan guru dapat mengawasi setiap pergerakan


kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. Segala longkang hendaklah
ditutup.

Kawasan Permainan

30

Gambarajah 3: Pelan luar- Taman Permainan Prasekolah


Jenis Taman Permainan dan Susun Atur
Jenis taman permainan dapat diklasifikasikan mengikut zon aktiviti yang
akan diadakan. Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang
diminatinya semasa berada di ruang luar kelas. Guru perlulah menyediakan
pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklasifikasikan dan diletakkan
kepada zon-zon tertentu. Setiap zon akan memainkan peranan yang unik di
dalam memperkembangkan tahap jasmani, emosi, rohani dan sosial kanakkanak. Adalah diharapkan semasa kanak- kanak ini berada di ruang luar bilik
darjah ia akan dapat mempertingkatkan kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir, mengamalkan
31

sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin,


melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan
kanak-kanak itu seorang yang kreatif dan imaginatif.
Alatan Permainan
Buaian
Gelongsor
Papan Imbangan
Peralatan memanjat
Peralatan motor kasar
Pondok Permainan
Pusat Main Air & Pasir
Stor Peralatan
Landskap
Landskap yang cantik dan ceria dapat menarik minat kanak-kanak untuk
hadir ke prasekolah. Seni bina landskap memberi keutamaan kepada reka
bentuk yang kreatif, inovatif, sensitif dan efektif dengan perancangan dan
pengurusan sesuatu ruang atau kawasan luaran mahupun dalaman agar
ia berfaedah kepada murid-murid prasekolah. Pusat prasekolah yang baik
sepatutnya dilengkapi dengan lanskap seperti taman bunga, kebun sayur
kolam ikan dan mini zoo.

Pagar
Pagar di pusat prasekolah adalah salah satu eleman yang penting yang
perlu diberi perhatian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan aspek
keselamatan murid prasekolah. Antara reka bentuk dan bahan pintu pagar
serta pagar yang diperbuat daripada kayu dan besi. Pemasangan pagar
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa
berdasarkan pengemukaan permohonan pelan perincian cadangan reka
bentuk pagar yang mengutamakan dan menggalakkan fungsi , prestasi
dan inovasi pagar.
32

Ciri-ciri perincian reka bentuk dan pintu pagar serta bahan kemasan seperti
yang berikut:
-

Pagar dibina daripada tanaman pagaran


Bahan kemasan daripada keluli bergalvani, logam lain atau bahan

rencam seperti jejaring kimpal atau kayu


Logam padu atau kayu padat yang menghadang pandangan tidak

dibenarkan.
Warna neutral hendaklah warna monokrom yang menjurus kepada
warna hitam atau kehitaman, putih atau keputihan, warna kayu atau

warna perang kekuningan dan warna asli pelbagai jenis logam.


Reka bentuk hendaklah tidak mempunyai bahagian tajam dan
berbahaya.

TAJUK
3.0 Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.1

Perancangan Mengajar

Pengurusan Mata Pelajaran


1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan
kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang
berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan
menetapkan matlamat yang harus dicapai; iaitu dari segi pengetahuan,
kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal.
3. Mempunyai

sebuah

buku

rekod

mengajar

yang

kemaskini

menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.


33

dan

4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar


dengan lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan
melaksanakan

pengajaran

mengikut

rancangan

pelajaran

yang

disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa
buku latihan dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan /
menunjukkan buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa
yang dikehendaki.
6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.
7. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.
8. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan
alatan.
9. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik
mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
10. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang
digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.
11. Menyediakan

3.2

ruang-ruang

pembelajaran

di

kelas.

Merancang jadual dan rutin harian


a) Jadual waktu
Merancang Jadual Waktu mengikut kehendak KSPK
b) Ketibaan Murid
1. Mengikut slot yang ditentukan
2. Selaras dengan objektif yang hendak dicapai
3. Menyediakan alatan yang mencukupi jika perlu
4. Mengawal murid dan memastikan keselamatan murid pada setiap
masa
c) Merancang waktu aktiviti
34

d) Aktiviti Luar
1. Dilaksanakan mengikut waktu yang dijadualkan
2. Memastikan semua alatan permainan luar adalah dalam keadann
selamat
3. Aktiviti dirancang selaras dengan objektif yang hendak dicapai
4. Murid berpakaian yang sesuai
5. Mengawal keselamatan murid pada setiap masa
e) Makan/minum pagi
1. Disediakan mengikut menu yang telah dirancangkan
2. Mengikut garis panduan penyediaan makanan yang

disediakan

oleh Kementerian
3. Melaksanakan rutin seperti cuci tangan sebelum dan selepas
makan, doa dan sebagainya.
f) Penilaian dan Bersurai
1. Guru mengadakan sesi refleksi mengenai perkara yhang dipelajari
pada hari tersebut.
2. Guru melaksanakan rutin sebelum murid pulang ke rumah seperti
doa, bersalaman, kemas meja, ambil beg dan sebagainya.
3. Guru memastikan keselamatan setiap murid supaya mereka
disambut oleh waris yang berkenaan sahaja.
3.3

Perancangan Penilaian Di Prasekolah


1. Boleh berbentuk tidak formal dan/atau berterusan.
2. Alat-alat pemerhatian termasuk pemerhatian, senarai semak, temu bual,
skala berkadar, berstruktur, rekod kerja dan portfolio serta penilaian
kendiri.

4.0 Pengurusan Perkhidmatan Makanan


Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi

35

membentuk konsep dan tingkah laku pemakanan yang sihat (Lee dan rakanrakan dalam Swadener, 1994). Oleh itu amalan pengurusan perkhidmatan
makanan untuk kanak-kanak prasekolah

sangat penting kerana

kualiti

pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan, perkembangan


serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan.
4.1

Perancangan perkhidmatan makanan


Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi

dan seimbang kerana makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan


kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung
dalam program pemakanan di prasekolah.
Objektif Program Amalan Pemakanan Berkhasiat kanak-kanak adalah
mempromosi hidup gaya sihat untuk kanak-kanak prasekolah. Di samping
memenuhi keperluan sosial, menjadi tanggung jawab pihak pengurusan
prasekolah

untuk

memastikan

perancangan

perkhidmatan

makanan

dilaksanakan dengan kesedaran dan komitmen yang tinggi baik dalam


pemesanan

kelengkapan

pembelian

makanan

mahu

pun

yang

dipertanggungjawabkan untuk memasak di dapur dan menyediakan kemudahan.


Di era moden ini kanak-kanak harus didedahkan dengan kelengkapan dan
penyediaan makanan pelbagai cita rasa seperti makanan bercorak tradisional,
kontinental, barat serta makanan ringan yang berkhasiat. Kepekaan ibu bapa
perlu dalam aspek penyediaan makanan di prasekolah.
Sebagai guru yang mengurus prasekolah anda perlu mempunyai
pengetahuan dalam aspek pemakanan. Terdapat 5 komponen utama yang perlu
dikenal pasti dan dikuasai :
1. Pengetahuan diet
2. Pengetahuan berkenaan vegetarian
3. Pengetahuan keperluan air
4. Pengetahuan keperluan susu
5. Pengetahuan berkenaan keracunan makanan
Seterusnya, anda serta kakitangan yang terlibat dalam mengurus dan
36

merancang makanan seharusnya arif tentang membuat penilaian bagi kanakkanak sihat. Antara beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam
perancangan perkhidmatan makanan adalah :

Merancang menu yang seimbang yang memiliki nutrient yang baik.

Membeli makanan.

Membuat penyeliaan pada makanan yang ditempah dan masukkannya


dalam inventori.

Mengawasi keperluan dapur.

Mengekalkan kepuasan yang tinggi iaitu pengurusan, penyediaan


makanan dan tempat membuang sampah.

Mengawal perbelanjaan dan membuat laporan kepada pengurusan.

Menghargai keperluan dan perbezaan budaya dalam pemakanan


setiap kanak-kanak.

Mengetahui keperluan dan cara komunikasi yang sesuai berkenaan


pemakanan kanak-kanak.

Menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan.

Menyimpan rekod pemakanan kanak-kanak.

Menyediakan rekod dan kapasiti pemakanan.

Membina kerjasama dan persefahaman antara guru, ibu bapa dan


pihak pengurusan.

4.2

Peruntukan dan bantuan kewangan

Prasekolah mempunyai peruntukan kewangannya sendiri. Ia perlu diurus


dengan sempurna mengikut prosedur yang betul. Sebagai pengurus sekolah
Guru Besar perlu mengetahui peranan dan tanggungjawabnya dalam mengurus
kewangan tersebut .
Kewangan
1.

Bantuan perkapita (LPBT) akan diberi pada kadar RM 100.00 ( Ringgit


37

Malaysia : Seratus sahaja ) bagi setiap kanak-kanak setahun. Rujuk


Surat Pekeliling kewangan Bil. 5 Tahun 2002 Lampiran B
perkara A dan Lampiran C Jadual 1
2.

Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan pentadbiran


hal-hal berkaitan pembelajaran prasekolah sahaja.

3.

Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran.

4.

Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta


penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran.

5.

Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape /CD dan lainlain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

6.

Program lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi


pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada
semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

7.

Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

8.

Menguruskan peruntukan tambahan bagi aktiviti prasekolah mengikut


aturan dan peratuan kewangan.

9.

Sumber tambahan : boleh menggunakan mana- mana wang peruntukan


bantuan lain/suwa sekolah untuk keperluan kelas prasekolah jika perlu.

10.

Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah.

Makanan
1.

Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.50


sehari bagi setiap murid. Rujuk Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2002
: Perkara 3.1 (kini dinaik ke RM 1.80)

2.

Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang telah


ditetapkan.

38

3.

Menguruskan peruntukan pembelian makanan tambahan /bekalan bahan


bahan makanan dan minuman mengikut tatacara kewangan yang
ditetapkan.

4.

Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu.

5.

Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.


Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli

sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanakkanak. Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan
pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan
mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan
pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan. Oleh itu pengurusan kewangan
yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.
A. Peruntukan Makanan
1.

Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman

2.

Perancangan Menu Bulanan

3.

Anggaran Perbelanjaan
i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering

4.

Tuntutan Perbelanjaan Bulanan

5.

Buku Tunai

6.

Fail Kewangan

- Pendapatan & Perbelanjaan

- Surat Tuntutan Perbelanjaan


- Baucer Bayaran (sertakan resit)
B. Peruntukan Perkapita ( Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 Tahun
2002
1.

Perancangan Perbelanjaan

2.

Daftar Stok Bekalan Pejabat


- Barang Kekal
- Barang Hapus Kira
39

C. Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan


Perancangan ini hendaklah disediakan sebelum penggal persekolahan
bermula tiap-tiap tahun. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu
disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah
wang yang diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini
dapat

dijadikan

panduan

kepada

pihak

pengurusan

prasekolah

bagi

mengeluarkan wang peruntukan terlebih dahulu kepada guru prasekolah, bagi


keperluan membeli bekalan makanan/minuman, untuk bulan tertentu. Anda tidak
perlu

menggunakan

wang

peribadi terlebih dahulu untuk perbelanjaan

makan/minum murid-murid. Di prasekolah Kementerian Pelajaran, makan minum


murid-murid

prasekolah

hendaklah

diuruskan

dan

disediakan

oleh

guru/pengasuh kelas prasekolah yang bertugas. Pihak pengurusan prasekolah


tidak dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi
sekolah dalam pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah.
D. Penyata Kewangan Bulanan
Di prasekolah Kementerian Pelajaran, status penyata kewangan bagi
catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima oleh
guru /Pembantu Pengurusan Murid(PPM) daripada Guru Besar (sebagaimana
perancangan tahunan), perlu disediakan oleh guru/PPM secara kemaskini tiaptiap bulan. Penyata ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar pada
akhir bulan dan dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan
perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Ianya wajar diteliti dan diperiksa oleh
audit sekolah. Penyata kewangan ini perlu disediakan di dalam suatu buku tunai
khas.
Kesimpulannya,

memang agak sukar merangka bajet, mengurus

pelaksanaannya dan mengawal perbelanjaan. Anda perlu lebih berkaliber


dan mempunyai visi menyelaras dan mengemudi pentadbiran prasekolah
dengan berkesan.

40

4.3

Kemudahan penyediaan makanan


Antara kriteria yang perlu diambil kira adalah dalam mengurus sajian

makanan termasuklah :
1. Perancangan makanan
2. Prosedur-prosedur perancangan makanan
3. Pengetahuan dalam pemakanan
4. Kakitangan pengurusan makanan
5. Pengendalian semasa kanak-kanak makan
Nasihat pemakanan perlu diberikan kepada pihak yang
dipertanggungjawabkan berkaitan pemilihan bahan mentah yang segar dalam
penyediaan makanan kepada kanak-kanak. Makanan yang dibeli mestilah
berkualiti dengan mempertimbangkan harga yang berpatutan. Kenali dan teliti
bahan makanan supaya segar, tidak luput tarikh, busuk, berkulat, hapak dan
seumpamanya. Pastikan kuantiti yang diperlukan dikira secara teliti agar tidak
berlaku pembaziran atau terlebih belanja. Semasa menyediakan makanan
hendaklah

menggunakan

resipi

yang

standard.

Sediakan

ruang

yang

secukupnya bagi makanan yang boleh disimpan. Pastikan ada rekod jenis dan
kualiti makanan yang dibeli, kos yang terlibat dan bagaimana digunakan dan
lain-lain yang difikirkan perlu.

4.4

Mengelakkan keracunan makanan

41

Apa itu makanan yang selamat?


Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran.
Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan
makanan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5 /1995 : Keracunan Makanan Di
Sekolah)
Fakta penting:

Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam


sesuatu masa.

Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan,


usus dan luka yang dijangkiti kuman

Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang


menyediakan makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan
dengan menyentuh makanan.

Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran


makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan
makanan tersebut
Apa yang perlu anda buat untuk memastikan penyediaan makanan
yang selamat?

Menjaga kebersihan diri

Basuh tangan dengan betul, terutama sekali:


o

Selepas keluar dari tandas

Mengendalikan sisa makanan

Selepas makan, merokok atau menghembus hidung

Selepas mengendalikan bahan mentah dan sebelum menyajikan


makanan

Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek

Pakai pakaian yang bersih dan penutup kepala

Balut luka dengan pembalut luka yang kalis air

42

Tanggalkan semua perhiasan seperti cincin, gelang dan jam tangan


sebelum menyediakan makanan

Amalkan tabiat yang sihat apabila menyediakan makanan

Gunakan sudu, garpu atau penyepit (tong) untuk menyajikan makanan

Gunakan kain/tuala yang berasingan untuk mengelap tangan, meja dan


peralatan makan

Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk bahan mentah dan


yang telah dimasak
Dilarang :

Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan

Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa


menyediakan makanan

Batuk atau bersin ke arah makanan

Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas


semasa menghidang makanan.

Menjilat jari semasa menyediakan makanan

Menggaru kepala semasa menyediakan makanan

Menghembus hidung ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang


digunakan untuk makanan dan minuman

Merasa makanan dengan jari atau sudu yang tidak dibasuh

Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan

Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk


membungkus makanan

Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah,


retak atau rosak.

Mengapa memilih makanan yang selamat?


Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan
makanan.

43

Bagaimana untuk memilih makanan yang selamat?


Pilih bahan mentah yang segar

Sayur-sayuran dan buah-buahan


o

Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk

Ikan
o

Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi oleh
lendir yang tebal

Cerah dan matanya tidak tenggelam

Segar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau


kering)

Tidak berbau busuk

Isi yang kenyal

Udang
o

Tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompok-tompok hitam

Tidak berbau busuk

Daging
o

Segar dan tidak berselaput

Tidak busuk

Unggas
o

Segar

Tidak busuk dan tidak bertukar warna

Lihat kepada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya

Telur
o

Tidak retak atau bocor

Tidak terlalu tua atau terlampau banyak najis dan kotoran pada kulit
telur

Bijirin/kekacang
o

Tidak berkulat

Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing

44

Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah

Pilih makanan yang selamat

Makanan dalam tin


o

Tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat

Tudungnya tidak kembung

Tidak bocor

Belum tamat tarikh luput

Makanan yang dibungkus


o

Tidak bocor atau kotor

Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar)


untuk membungkus.

Pilih makanan yang telah dimasak dengan sempurna

Daging yang telah dimasak dengan sempurna, berwarna perang


dibahagian dalamnya

Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak
berwarna merah jambu apabila dicucuk dengan garfu

Ikan yang telah dimasak mesti mudah dipisahkan isi dari tulang dan tidak
berwarna merah jambu

Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar


Pilih makanan yang baru dimasak

Elakan dari memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa
untuk dimakan

Lebih baik untuk makan sebaik sahaja selepas dimasak

Panaskan dengan sempurna makanan yang telah dihidangkan untuk


beberapa lama

45

Pilih makanan yang disimpan dengan betul (lihat website Panduan Untuk

Menyimpan Makanan Dengan Selamat)

Bahan mentah yang mudah busuk (daging, ayam dan ikan) sepatutnya
disimpan pada suhu yang betul

Makanan yang telah dimasak tidak disimpan bersama dengan bahan


mentah

Elakan dari membiarkan makanan terhidang pada suhu bilik terlalu lama
(lebih dari 4 jam)

Bungkus atau tutup makanan untuk disimpan

Makanan yang sedia untuk dimakan yang dipamerkan harus ditutup


dengan sempurna

Panduan Untuk Menyimpan Makanan Dengan Selamat


Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat
untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan
makanan yang betul adalah penting kerana :

Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat


sehingga dimakan

Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut

Untuk kesedapan makanan tersebut

Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut


Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih
dan dimakan sebelum tarikh luput.
Fakta penting

Menyimpan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan


menjadi basi, tercemar dan membazir.

Makanan yang telah dimasak boleh menjadi tercemar walaupun


bercampur dengan sedikit sahaja bahan mentah.

46

Meyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk
menyimpan makanan untuk tempoh yang singkat

Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Simpan mentega atau majerin berasingan dari ikan dan buah-buahan


kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.

Jangan bekukan kembali makanan selepas dinyahbekukan

Simpan telur dan yang berasaskan telur berasingan dari bawang kerana
ia boleh berubah dengan bau bawang.

Makanan untuk bayi mesti segar dan buang lebihan makanan tersebut (ia
tidak sepatutnya disimpan langsung).

Baca label pada pembungkus/bekas makanan untuk cara menyimpan


sebelum dan selepas membukanya.
Bagaimana untuk menyimpan makanan dengan betul?
Ada beberapa cara untuk menyimpan makanan:

Penyejukan

Pembekuan

Penyimpanan pada suhu bilik

Cara untuk menyimpan makanan bergantung kepada jenis makanan.


Bagaimana cara makanan disimpan di dalam peti sejuk?
Peraturan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:
Anda perlu:

Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang


bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau
kertas

aluminium.

(Kenapa? Ini akan mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan


bau dan tumpah)

Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian


yang

berbeza

dengan
47

yang

mentah

(Kenapa? Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran


biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar
makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)

Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas.


Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa?Tumpahan dari bahan
mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak)

Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih
sejuk
(Kenapa? Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan
pembiakan bakteria)

Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang (Kenapa?


Ini akan mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)

Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk


(Kenapa? Untuk mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan)
Jangan :

Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.
Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum
disimpan ke dalam peti sejuk
(Kenapa? Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan
bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)

Simpan

makanan

yang

panas

ke

dalam

peti

sejuk

(Kenapa? Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan


untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di
dalam peti sejuk)

Padatkan

rak-rak

di

dalam

peti

sejuk

(Kenapa? Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar


dengan baik di dalam peti sejuk)

Menyimpan daging, ikan dan unggas di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari
(Kenapa? Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam

48

makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi


busuk)

Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari


Apakah yang dikatakan menyimpan beku?
Menyimpan pada suhu yang mengekalkan makanan dalam keadaan
beku. Makanan yang disimpan dalam bahagian beku boleh disimpan
untuk tempoh yang lebih lama.
Peraturan untuk menyimpan makanan di bahagian beku :
Anda perlu:

Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap
udara

atau

(Kenapa?

dibungkus

Untuk

dengan

menghalang

pembungkus

kehilangan

polyethylene.

kelembapan

dan

untuk

mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)

Potong

daging

dan

ayam

kepada

bahagian

yang

lebih

kecil

(Kenapa? Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam
masa yang singkat)

Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum


disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk

Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di


dalam peti beku.
Jangan :

Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku


(Kenapa? Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan
sayuran)

Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan


hanya

apabila

ingin

dimasak.

(kenapa? Peti sejuk tidak cukup sejuk untuk membekukan daging unggas
yang disumbat itu dalam masa yang singkat)

49

Menyimpan

padat

bahagian

beku

peti

sejuk

anda.

(Kenapa? Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)

Membekukan

makanan

dalam

tin.

(Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang
dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia
tumpah)
Bagaimana untuk menyimpan pada suhu bilik?
Cara untuk menyimpan makanan pada suhu bilik
Anda mesti :

Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di
dalam

bekas

yang

bertutup

rapat.

(Kenapa? Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)

Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk

Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk
dan kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang
makanan tersebut dari bercambah

Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan
di dalam peti sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa
seminggu.

Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan
berangin.

Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan
berangin. Jangan campur tepung yang lama dengan yang baru

Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik

Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari


oleh tikus dan serangga.

Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering dan berangin


Jangan :

50

Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan


dan racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan
sabun

Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada
suhu bilik

4.5

Perancangan menu makanan


Merancang dan menyediakan makanan yang seimbang adalah penting

bagi kanak-kanak yang membesar. Imbas kembali amalan dan rutin berkaitan
perancangan menu makanan di prasekolah anda. Adakah ia menepati kriteria
berikut?
Kriteria Merancang Makanan bagi Kesihatan
1. Kepelbagaian jenis makanan yang bernutrien dan budaya pemakanan
yang sihat.
2. Kolerasi antara budaya dan sistem pemakanan di rumah.
3. Mengamalkan sistem latihan yang sistematik dalam pengendalian
makanan.
4. Menyediakan tempat atau pun suasana pemakanan yang sesuai
dengan keperluan dan kuantiti kanak-kanak.
Mengapa perancangan menu sihat dan seimbang penting untuk
kanak-kanak prasekolah?

Dapat memberi tenaga yang diperlukan serta mencukupi bagi kanakkanak dalam aktiviti belajar sambil bermain.

Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelak daripada jangkitan


virus serta sembuh daripada luka atau pun penyakit.

Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang
bersesuaian justeru baik untuk pembinaan badan dan juga pembesaran..

51

Memastikan

kepelbagaian dalam setiap sajian agar kanak-kanak

mendapat makanan yang seimbang.

Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.

Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan


daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Untuk menjimatkan masa.

Dengan merujuk kepada menu yang

dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.


Kumpulan Makanan Yang Berkhasiat Berasaskan Piramid Makanan.
Amalan makanan yang sihat ialah memilih dan makan pelbagai makanan
berasaskan Piramid Makanan. Menuru Kumpulan Kebangsaan Healthy Eating
(Kementerian Kesihatan , 1997) tidak ada satu jenis makanan yang dapat
membekalkan semua zat makanan yang diperlukan.
Dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan
makanan, semua zat yang diperlukan badan dapat diperoleh. Pengambilan
makanan perlu seimbang, iaitu makanan pada aras bawah piramid perlu
dimakan banyak dan makanan aras atas piramid perlu dimakan sedikit setiap
hari.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam Program Amalan Pemakanan
Berkhasiat

memberi

penekanan

kepada

pemusatan

kanak-kanak

dan

kesesuaian fizikal prasekolah yang terlibat. Fakta berikut boleh membantu anda
meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan yang sihat di
kalangan kanak-kanak prasekolah iaitu
1. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
2. Pilih makanan rendah lemak dan kurang manis
3. Minum banyak air kosong

52

Gambar 2.0 Jenis-jenis makanan seimbang

Saranan pengambilan makanan bagi kanak-kanak perempuan adalah


1800 hingga 2000 Kcal (tenaga) bagi setiap pengambilan manakala bagi
kanak-kanak lelaki pula ialah 2000 hingga 2500 Kcal (tenaga) bagi setiap
pengambilan.
Tutorial
Cadangkan perincian sukatan makanan harian untuk seorang
kanak-kanak perempuan berusia antara 4 hingga 6 tahun.
Pastikan kumpulan makanan terdiri daripada yang memberi
tenaga, membina badan dan menjauhkan penyakit.
Berikut adalah saranan pengambilan makanan untuk kanak-kanak
mengikut kumpulan makanan yang memberi tenaga (kabohidrat), protein,
53

lemak, vitamin, mineral, serat dan air.


Karbohidrat

Vitamin

50 %
5%
25%
12%

A
B1(Thiamine)
B2(Riboflavin)
B3(Niacin)
B5(Folancin)
B6(Pyridoxine)
B9(Folic Acid)
B12

8%

Metabolik basal
Penghadaman makanan
Aktiviti fizikal
Pembesaran tisu
(tissue growth)
Pembuangan najis
(faecal loss)

Mineral
Kalsium
Zat besi
Magnesium
Zink
Iodin
Kuprum
Selenium
Potassium
Klorida
Sodium

700 1000 (ug RE)


1.2 1.4 mg
1.4 1.6 mg
16 18 mg
300 400 mg
1.6 1.8 mg
180 200 mcg
3 ug

Protein
Bayi 6 bulan ke atas (2.2 g/kg),
kanak-kanak 2 g/kg dan menurun
sehingga 0.8 g/kg bagi dewasa.

800 1200 mg
10 18 mg
250 350 mg
10 15 mg
120 150 ug
1.0 1.5 mg
0.02 0.08 mg
550 1650 mg
500 1500 mg
250 750 mg

Air
70 -75 % air di dalam badan.
Bayi mengambil air 10% hingga 15%
daripada berat badan dan orang
dewasa mengambil air 2 % hingga
4% daripada berat badan.

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama

Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam


Piramid Makanan Malaysia.

Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh

Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama.


(contoh : tomato dalam ayam masak merah)

Tambahkan satu sajian makanan dari kumpulan ikan, ayam,daging atau


telur dengan makanan alternatif seperti kacang panggang, kacang peas,
dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resepi ayam
masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.

54

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek

Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan


dalam setiap sajian snek.

Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin


penuh, susu, keju dan dadih.

Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang
boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies
gigi.
Senarai semak pelan perancangan menu sihat
Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang
adalah lengkap:

Adakah kanak-kanak mendapat pelbagai jenis makanan setiap hari?

Adakah kanak-kanak

mengambil makanan daripada setiap kumpulan

makanan?

Adakah kanak-kanak meminum susu dan air kosong setiap hari?

Adakah anda/pembantu pengurusan murid berusaha untuk menyediakan


hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?

Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu


kerap? Contohnya makanan bergoreng 5 kali seminggu.

Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?

Menghidang dan menyediakan makanan


Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di
kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu
anda memilih makanan sihat untuk kanak-kanak agar mereka dapat makan
secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat:
1. Gunakan maklumat yang positif
Beritahu kanak-kanak bahawa semua makanan boleh memenuhi

55

keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik.
Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara
sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang
mudah seperti yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang
kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.
2. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien
Sentiasa galakkan kanak-kanak untuk memilih makanan yang kaya
dengan nutrient. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
o

Buah-buahan berwarna terang sebagai snek berbanding gula-gula.

Sayur-sayuran beraneka warna.

Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi
serat.

Minuman bersusu berbanding minuman kordial.

Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.

Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu


selain ayam, daging dan ikan.

3. Jadi contoh yang baik


Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang
rapat dengan mereka. Sebagai guru, pemilihan makanan yang anda buat akan
mempengaruhi murid. Jika anda memilih makanan yang sihat, kanak-kanak juga
akan mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan
anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan
lazat yang boleh dinikmati.
4. Masak bersama
Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat
apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka
semasa menyediakan hidangan seperti sandwich atau salad buah-buahan dalam
56

slot pengajaran dan pembelajaran. Benarkan mereka menambah apa yang


mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka.
5. Bercucuk tanam bersama
Libatkan murid semasa menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya
melaksanakan projek sains di prasekolah. Pilih makanan yang kaya dengan
nutrien. Bantu murid memilih satu atau dua bungkusan makanan snek
kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sesi lawatan
prasekolah.
Pengendalian semasa kanak-kanak makan.
Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan
berkhasiat agar kanak-kanak prasekolah dapat membesar dan kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan
mereka. :
1. Ruang makan, meja dan kerusi perlu sesuai dengan kanak-kanak.
2. Basuh tangan dengan cara yang betul sebelum makan.
3. Duduk dengan tertib dan bersopan sebelum makan.
4. Mengamalkan membaca doa sebelum dan selepas makan.
5. Tetapkan kumpulan kanak-kanak sebelum makan.
6. Jangan berebut semasa mengambil makanan yang dihidangkan.
7. Guru dan pembantu perlu ada bersama-sama semasa kanak-kanak
makan.
8. Pihak pengurusan perlu merasa makanan sebelum dihidangkan terlebih
dahulu.
9. Semua kanak-kanak terlibat sama dalam aktiviti sebelum, sewaktu dan
selepas makan.
10. Pinggan mangkuk perlu sesuai dengan kanak-kanak.
11. Berikan kanak-kanak masa senggang yang cukup selepas makan.
Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

57

Melihat sebahagian skop fungsi dan bidang tugas, perlu dinyatakan di sini
bahawa dalam urusan penyediaan makanan/mengemas/membersih, Pembantu
Pengurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:
(a)

Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih,


berzat

(b)

seimbang

bagi

murid-murid

prasekolah.

Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan,


peralatan

(c)

dan
dapur,

mangkuk,

cerek,

peti

ais

dan

sebagainya.

Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang
lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan
menjaga

(d)

bilik

darjah

dan

ruang-ruang

lain.

Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan
bahan

4.6

kebersihan
pengajaran

di

dalam

kelas.

Menghidang dan menyediakan makanan.


Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di

kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu


anda memilih makanan sihat untuk kanak-kanak agar mereka dapat makan
secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat:
Gunakan maklumat yang positif
Beritahu kanak-kanak bahawa semua makanan boleh memenuhi
keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik.
Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara
sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang
mudah seperti yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang
kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.
Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien
Sentiasa galakkan kanak-kanak untuk memilih makanan yang kaya
dengan nutrient. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:

58

Buah-buahan berwarna terang sebagai snek berbanding gula-gula.

Sayur-sayuran beraneka warna.

Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi
serat.

Minuman bersusu berbanding minuman kordial.

Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.

Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu


selain ayam, daging dan ikan.

Jadi contoh yang baik


Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang
rapat dengan mereka. Sebagai guru, pemilihan makanan yang anda buat akan
mempengaruhi murid. Jika anda memilih makanan yang sihat, kanak-kanak juga
akan mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan
anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan
lazat yang boleh dinikmati.
Masak bersama
Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat
apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka
semasa menyediakan hidangan seperti sandwich atau salad buah-buahan dalam
slot pengajaran dan pembelajaran. Benarkan mereka menambah apa yang
mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka.
Bercucuk tanam bersama
Libatkan murid semasa menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya
melaksanakan projek sains di prasekolah. Pilih makanan yang kaya dengan
nutrien. Bantu murid memilih satu atau dua bungkusan makanan snek
kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sesi lawatan
prasekolah.
59

Pengendalian semasa kanak-kanak makan.


Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan
berkhasiat agar kanak-kanak prasekolah dapat membesar dan kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan
mereka. :

Ruang makan, meja dan kerusi perlu sesuai dengan kanak-kanak.

Basuh tangan dengan cara yang betul sebelum makan.

Duduk dengan tertib dan bersopan sebelum makan.

Mengamalkan membaca doa sebelum dan selepas makan.

Tetapkan kumpulan kanak-kanak sebelum makan.

Jangan berebut semasa mengambil makanan yang dihidangkan.

Guru dan pembantu perlu ada bersama-sama semasa kanakkanak makan.

Pihak pengurusan perlu merasa makanan sebelum dihidangkan


terlebih dahulu.

Semua kanak-kanak terlibat sama dalam aktiviti sebelum, sewaktu


dan selepas makan.

Pinggan mangkuk perlu sesuai dengan kanak-kanak.

Berikan kanak-kanak masa senggang yang cukup selepas makan.

Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih


Melihat sebahagian skop fungsi dan bidang tugas, perlu dinyatakan di sini
bahawa dalam urusan penyediaan makanan/mengemas/membersih, Pembantu
Pengurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:
(a)

Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih,


berzat

(b)

seimbang

bagi

murid-murid

prasekolah.

Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan,


peralatan

(c)

dan
dapur,

mangkuk,

cerek,

peti

ais

dan

sebagainya.

Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang
lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan
60

menjaga
(d)

kebersihan

bilik

darjah

dan

ruang-ruang

lain.

Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan
bahan pengajaran di dalam kelas.

TAJUK
5.0

Pengurusan Kewangan Pusat Prasekolah

5.1 Sumber/ pemerolehan kewangan


Sumber kewangan merupakan asas penting untuk menguruskan kelas
prasekolah.Sumber kewangan yang kukuh dapat membangunkan kelas
prasekolah dengan serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Terdapat
berbagai cara untuk memperolehi sumber kewangan di prasekolah. Antara
sumber kewangan yang boleh diperolehi melalui:
i. sumbangan dari ibu bapa, atau orang perseorangan
ii. pemberian grant per-kapita oleh kerajaan,
iii. bantuan makanan
iv. pinjaman
v. pertubuhan bukan kerajaan
vi. badan kebajikan
vii. yuran
viii.dana
Pihak Kerajaan mmempunyai peruntukkan kewangan yang khusus untuk
disalurkan kepada prasekolah . Kementerian Kerajaan menyalurkan peruntukkan
kepada Prasekolah Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan
menyalurkan peruntukkan kepada Tabika Perpaduan manakala Kementerian
Tanah dan Luar Bandar menyalurkan peruntukkan kepada Tabika KEMAS. Ia
disalurkan dalam bentuk pemberian grant per-kapita oleh kerajaan. Pemberian
dan Bantuan ,pemberian bermaksud wang atau barangan yang diperuntuk dan
diagihkan kepada sekolah untuk menampung keperluan pembelajaran dan
61

pengajaran misalnya Bantuan Per Kapita. Pemberian juga termasuklah wang


atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk
menampung pembekalan makanan bermasak atau bahan makanan mentah
kepada murid prasekolah iaitu Pemberian Bantuan Makanan Pelajar.Pemberian
Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )Peruntukan ini hendaklah
dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal
PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun
hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan
Wang Kerajaan.
Prasekolah Persendirian menggunakan modal sendiri dan mengenakan
yuran yang tertentu bagi menampung perbelanjaan prasekolah mereka. Yuran ini
tidak sama antara satu sama lain. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar
yuran antaranya lokasi, premis, dan perkhidmatan yang ditawarkan. Berbeza
dengan prasekolah kerajaan di mana perjalanan prasekolahnya tidak mendapat
sebarang bantuan kerajaan atau separa kerajaan semuanya ditanggung oleh ibu
bapa kanak-kanak. Yuran hendaklah dibayar pada setiap awal bulan mengikut
kehendak pengurusan tadika itu sendiri.

Semakin tinggi yuran yang dibayar

semakin baik tahap kualiti pembelajaran diprasekolahnya


Sumbangan adalah satu pemberian secara sukarela dan ikhlas dengan
tanpa adanya imbalan yang bersifat keuntungan, selain itu dengan adanya
sumbangan dapat menjadikan prasekolah yang lebih baik dan kondusif.
Sumbangan boleh di perolehi dari ibu bapa , perseorangan Yang Berhormat ,
Syarikat dan Agengsi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO)
Contohnya : Sumbangan makanan , seperti milo, minuman bijirin dan sebagainya.
Sumbangan peralatan contohnya alat bantu mengajar, perabot, buku ,
permainan luar.
Sumbangan pakaian seragam dan baju sukan

62

Sumbangan kewangan untuk menjalankan aktiviti contohnya Sukaneka ,


Hari Keluarga dan Lawatan
Sumber kewangan juga boleh diperolehi dari aktiviti atau program yang di
dianjur atau dikelolakan oleh pihak prasekolah itu sendiri seperti hari karnival,
jualan kupon, jogathon,

serta jualan bahan terpakai. Sebelum menjalankan

aktiviti, pihak prasekolah perlulah menyediakan satu kertas kerja untuk tujuan
tersebut. Pengurusan prasekolah akan lebih tersusun dan perjalanannya lebih
teratur, jika dana kewangan banyak.Ia juga akan menjadikan prasekolah lebih
kondusif. Contoh format kertas kerja yang dicadangkan ialah:Tajuk : Tajuk projek,nama prasekolah,nama pemohon,alamat,agensi yang
dituju,bajet keseluruhan,tandatangan dan tarikh menghantar.
Abstrak : Lebih kurang 200-500 perkataan,merumuskan segala perkara
penting,kehendak utama,objektif dan anggaran dapatan.
Masalah Utama : Nyatakan dengan jelas masalah yang dihadapi oleh prasekolah
kerana terpaksa meminta bantuan atau derma.
Objektif : Nyatakan dengan jelas kehendak-kehendak guru malah dan keperluan.
Prosuder : Nyatakan bagaimana anda dapat mencapai objektif yang anda
kehendaki secara terperinci.
Penilaian : Nyatakan bagaimana anda akan memberitahu agensi terlibat selepas
objektif tercapai.
Kelengkapan dan peralatan : Prasekolah anda mungkin mengkehendaki pekerja
baru, pastikan anda menyatakan apakah kelayakan atau keperluannya.

63

Keperluan Staf : Pastikan anda mengetahui siapakah yang perlu mengetuai


projek itu jika memerlukan pekerja baru nyatakan kenapa pekerja baru di
perlukan.
Bajet : Tunjukkan keseluruhan anggaran kos projek. (keperluan staf peralatan
yang

digunakan,pengangkutan,cara memungut, dan pengurusan).

5.2 Kegunaan sumber kewangan


Sumber kewangan yang diperolehi ini digunakan untuk menanggung
Perbelanjaan mengurus tadika atau prasekolah yang meliputi makanan,
pembelian peralatan pembelajaran, bahan-bahan untuk aktiviti, gaji kakitangan
dan pengurusan. Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap dan mantap
boleh menjamin perjalanan program prasekolah berjalan dengan lancar.
Pengurusan Kewangan Prasekolah adalah tertakluk kepada pihak
pengurusan sekolah berdasarkan kepada garis panduan penggunaannya.
Contoh: Penggunaan Bantuan Per Kapita(PCG)
Bantuan Per Kapita ( PCG ) merupakan satu bantuan kewangan untuk
pembelajaran yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada
Sekolah Bertaraf Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Kadar-kadar tertentu
ditetapkan bagi memudahkan tuntutan dibuat oleh pihak sekolah
Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran.
Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta
penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran.

64

Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain

yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.


Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi

pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada


semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan ( misalnya melawat
Zoo pada hari persekolahan semasa tema Haiwan Liar, melawat Muzium
semasa tema Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat Taman Bunga
semasa tema Bunga atau melawat ke dusun buah-buahan semasa tema
Buah-buahan )
Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
.
5.3 Merancang ,mengawal dan membelanjakan kewangan Prasekolah
Sebelum satu- satu prasekolah ditubuhkan, adalah perlu untuk guru
membuat perancangan sebelum dan semasa prasekolah tersebut dijalankan.
Perancangan kewangan yang baik dapat membantu perjalanan prasekolah
menjadi tersusun dan lancar.
Tugas untuk merancang, mengawal dan membelanjakan kewangan di pusat
prasekolah adalah menjadi tangungjawab guru. Guru perlu membuat beberapa
perkara seperti di bawah:

Perancangan
-

Menyediakan perancangan perbelanjaan tahunan untuk pihak


pentadbiran.Ia

biasanya

disediakan

sebelum

bermula

persekolahan. Perancangan ini termasuklah perancangan membeli


keperluan makan dan minum. Setiap perancangan ini akan
disemak oleh pihak pentadbir.
-

Guru juga bertangungjawab merancang


perabot

yang

bersesuaian

dengan

keperluan peralatan

kanak-kanak

pembelajaran yang serta kadar insuran yang akan diambil.


65

bahan

Contoh penyediaan peralatan yang digunakan pada permainan luar


dan peralatan dalaman adalah disarankan seperti berikut:

a. Peralatan Dalaman
Bil
1.

2.

3.

4.

5.

6.

Pusat Pembelajaran
Pusat Bahasa

Peralatan
1. Carta poket
2. Buku besar
3. Buku cerita kanak-kanak
4. Buku kecil bergambar
5. Buku Puisi kanak-kanak
6. Buku cerita/ lagu kanak-kanak
Pusat Teknologi
1. Telivisyen
2. CD, DVD & Radio
3. Komputer
4. Pencetak
5. Perisian
Pusat Manipulatif
1. Board
plus
starter
kit
diperbuat dari tech-foam
2. Linking quarter circle block
3. Pelbagai jenis bentuk Blok
Pusat Kognitif
1. Alat pengukur
2. Kanta pembesar
3. Set magnet
4. Set Tabung uji
5. Foam alphabet
6. Foam numbers
7. Alat penimbang
8. Alat formasi bentuk geografi
9. Model haiwan
10. Model Sayur-sayuran
11.
Pusat Pendidikan Islam
1. Carta huruf Hijaiyyah
2. Huruf-huruf jawi
3. Cop huruf jawi
4. Buku cerita
5. Buku cerita pendidikan moral /
tauladan
6. Panduan wuduk/ Solat
7. Kelengkapan solat
Pusat Kreativiti dan
1. Warna air
Estetika
2. Berus
3. Apron
4. Peralatan dan media lukisan
5. Play dough
6. Serbuk warna
66

Unit
1
1
1
1
1
1
1
1
2
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1
1 set
1 set
1 set
1 set
1 set
1 set
1 set
1 set
1 set
1 set
20
20
20
20
10
10 kotak

7. Alat Permainan dalam


8. Alat muzik

2 set
1 set

b. Perabot Prasekolah
Bil Butiran Perabot
1. Meja Trapezium

Spesifikasi bahan
1200mm x 600mm x 560mm tinggi
Papan lapis@ papan solid tebal 18mm
Plastik tak mudah lekok tebal tak kurang
5 mm
Kaki meja- besi bulat 50mm@ kayu beluti
45 x 45 mm
Meja rectangular
Sama seperti diatas
Meja bulat
Garis pusatmn1200mm, tinggi 560 mm
Papan lapis@ papan solid, Tebal tidak
kurang 18mm atau plastik tak mudah
lekok
Kaki meja besi bulat 50mm @ kayu
beluti.
Kerusi Murid
Tinggi 650mm dari lantai. Penyandar
230mm lebar tak kurang 400mm x
360mm.
Kayu@papan lapis tak kurang 12 mm
Kaki kerusi- beluti 40x40mm
Kotak
menyimpan 1015mmx330mmx790mm tinggi
carta
Diperbuat daripada kayu/ plywood.

Unit

Rak buku (Low Book 1220mmx400mmx760mm tinggi


shelf)
Papan lapis-tebal tak kurang 4mm
Rak manipulatif
1220mmx400mmx760mm tinggi
Papan lapis-tebal tak kurang 4mm
Rak Buku (single 1220mmx400mmx760mm tinggi
sided library shelf)
Papan lapis-tebal tak kurang 4mm
Rak serbaguna
1220mmx400mmx760mm tinggi
Papan lapis-tebal tak kurang 4mm

10 Rak ABM beroda

1220mmx400mmx760mm tinggi
Papan lapis-tebal tak kurang 4mm

11 Rak Buku berlipat

1220mmx400mmx760mm tinggi
Papan lapis-tebal tak kurang 4mm

12 Papan Esel

1200mmx300mmx1200mm tinggi

2.
3.

5.
6.
7.
8.
9.

67

4
buah

4
4

25

2
2
2

Papan soft board/ white board


Roda berkunci garispusat 25mm
c. Peralatan Permainan Luar Prasekolah.
Bil Peralatan
1 Papan
jongkit
2 Buaian

Spesifikasi
Jongkang- 3000mm 3600 panjang
300mm 450 mm tinggi
2000-2100 tinggi
Saiz tempat duduk 600x100mm
Tali buai 1250-1800 mm panjang
Gelongsor
Panjang 3200mm x 630mm lebar
Tinggi tangga 1500mm
Bahan berasaskan plastik
Rangka Bergayut
Tinggi 1200-1500mm
Palang 1500mm -2100 mm
Lebar 600mm
Kotak main air
Ukuran 800 x 600 x 300mm tinggi
Kotak Plastik
Kotak main pasir
Ukuran 800 x 600 x 300mm tinggi
Kotak Plastik
Terowong
Ukuran 2500mm panjang x 600-900mm
Komponen utama silender
Tiang bola keranjang
Tinggi 2500mm
Garis pusat gelong lontaran 350mm
Daripada besi@kayu yang kukuh

Unit
1

3.

4.

5.
6.
7.
8.

9.

Pondok

10 Getah pelapik

Ukuran 3180-1830mm
Bahan berasaskan plastik
Mampu menampung 5 kanak-kanak
Saiz 300mm x 300mm
Diperbuat daripada getah

1
1
1
1

16

Rajah 6 : Kelengkapan peralatan dalam dan luaran prasekolah


Setiap barangan atau alatan yang hendak dibeli perlu dinyatakan harga
berdasarkan tawaran pembekal.

Kawalan dan perbelanjaan


68

Mengawal perbelanjaan dan akaun prasekolah supaya segala


perbelanjaan mempunyai akauntibiliti.Kawalan dan perbelanjaan ini
dapat membantu guru berbelanja secara berhemah dan tidak
berlaku pembaziran

5.4 Penyediaan buku stok pembelian dan penerimaan


Dalam pengurusan pusat prasekolah, adalah menjadi keperluan untuk
menyediakan buku stok bagi pembelian atau penerimaan iaitu buku inventori
alatan yang diterima dan menyediakan buku stok bahan basah dan kering
Inventori
Sebagai satu definisi ringkas inventori ialah barang-barang yang disimpan
untuk kegunaan masa depan sama ada untuk dijual atau diproses. Barangbarang ini mungkin terdiri daripada berbagai bentuk, seperti bahan mentah,
barang-barang separuh siap (dalam proses pembuatan) atau barang-barang
yang telah siap. Barang-barang keperluan pejabat, alat kelengkapan dan tenaga
manusia yang diambil khas untuk menampung keperluan sesuatu projek masa
depan juga dianggap satu inventori.
Terdapat beberapa sebab mengapa inventori perlu disimpan. Kerap kali
wujud satu jangka masa di antara waktu pesanan yang dibuat tidak akan tiba
dengan serta merta. Oleh itu untuk menjamin supaya barang yang hendak
digunakan tidak kehabisan, simpanan atau inventori adalah diperlukan.
Sungguhpun pembekal boleh menhantar dengan kadar segera tetapi pelanggan
kerapkali akan dikenakan kos pengangkutan yang tinggi untuk menampung kos
hantaran, misalnya hantaran ekspres.
Pengurusan Inventori Peralatan
Terdapat dua perkara utama dalam pengurusan inventori iaitu bilangan
unit yang perlu dipesan dalam setiap pesanan dan bila pesanan harus dibuat.

69

Objektif utama dalam membuat kedua-dua keputusan ini supaya jumlah kos
pengurusan inventori yang dibincangkan adalah minimum. Kos memberi kesan
yang berlainan. Misalnya kos menyimpan inventori dapat dikurangkan jika
bilangan unit yang dipesan kecil dan dengan itu bilangan unit yang disimpan juga
kecil. Tetapi untuk memenuhi permintaan, jika pesanan adalah kecil, pesanan
perlulah dibuat lebih kerap.Contoh inventori ialah Peralatan dan kelengkapan
pejabat (alat pengira, kipas angin, dsbnya).Perabot, permaidani, langsir,
Definisi Bekalan Pejabat
Termasuk semua barang luak (consumables) (ball pen, kertas am
dsbnya). Alat tulis serta kelengkapan pejabat takluak (non-consumable) yang
rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu
persatu (gunting, stapler dsbnya).
Merancang keperluan
1. Menentukan keperluan
2. Mengkaji penggunaan
3. Membuat anggaran penggunaan
Perolehan / Pembelian
Tujuan untuk mendapatkan nilai yang terbaik.
1. Pembelian yang paling menguntungkan.
2. Pastikan peruntukan mencukupi.
3. Kuasa pembelian diperolehi.
4. Spesifikasi barang ditentukan.
5. Nasihat teknikal diperolehi.
6. Dasar dan pertaturan pembelian dipatuhi.
Penyimpanan
Tujuan untuk mengelakkan daripada kehilangan, kekurangan, kerosakan,
keusangan dan kelusuhan.
70

1. Simpan di tempat yang sesuai dengan jenis barang.


2. Memberi perhatian kepada cara susunan barang-barang.
3. Pastikan keselamatan barang-barang.
4. Sediakan tanda-tanda amaran.
Penyelenggaraan
Tujuan untuk melanjutkan usia penggunaan barang dan sentiasa di
peringkat yang efisyen dan untuk menentukan keselamatan pengguna.
Jenis-jenis penyelenggaraan:
1. Penyelenggaraan dirancang.
2. Penyelenggaraan tidak dirancang.
Pemindahan / Pengeluaran
Tujuan : Bagi mempastikan bahawa kesemua pemindahan atau
pengeluaran dibuat dengan kebenaran.
1. Pemindahan/pengeluaran barang dibuat dengan kebenaran bertulis.
2. Pastikan barang yang dipindah sampai ke destinasinya.
3. Dapatkan perakuan terima pemindahan.
4. Pengeluaran biarlah dalam kuantiti yang munasabah.
Penggunaan
Tujuan: Bagi mempastikan harta Kerajaan digunakan dengan berkesan
untuk mencapai objektif tertentu.
1. Penggunaan mengikut keperluan barang-barang.
2. Penggunaan mengikut cara yang ditetapkan.
3. Penggunaan adalah di bawah kawalan/penyeliaan.
4. Penggunaan hendaklah dibuat secara berhati-hati.
Merekod

71

Tujuan: Kawalan secara dokumen supaya dapat mengesan dan


mengakaun semua harta yang dimiliki.
1. Pastikan semua harta kerajaan direkod dengan kemaskini. (rujuk pekeliling
perbendaharaan 2/1991
2. Wujudkan sistem maklumat yang kemaskini dan berkesan bagi memudahkan
pihak pengurusan mencapai penggunaan yang optima serta pengurusan harta
yang cekap.
3. Pastikan semua harta kerajaan mempunyai label hak milik kerajaan dan
nombor kod.
Jenis daftar rekod
Daftar harta modal - kew 312, 312a
Daftar inventori - kew 313
Daftar stok dan bekalan pejabat -kew 314
Daftar pergerakan harta modal kew 315
Pemeriksaan / Verifikasi
Tujuan : Kawalan secara fizikal supaya dapat mempastikan barangbarang masih ada dalam keadaan yang baik.
1. Verifikasi/pemeriksaan perlu diadakan mengikut lat masa yang ditentukan.
2. Pemeriksa/pemverifikasi stok perlu dilantik secara bertulis.
3. Pemeriksaan dibuat secara sistematik.
4. Sediakan laporan-laporan yang tertentu.
Pelupusan
Tujuan: Bagi membatalkan atau mengeluarkan rekod barang-barang
daripada daftar.
1. Membolehkan jabatan membeli atau mendapatkan barang baru.
2. Menjimatkan ruang simpanan.
3. Mengelakkan susut nilai yang berterusan.
4. Mengelakkan kemungkinan barang disalahgunakan.
72

5. Mengelakkan risiko kehilangan.

Kehilangan
Tujuan: Mempastikan bahawa segala kes kehilangan harta kerajaan
disiasat, dilapor dan tindakan sewajarnya diambil.
1. Semua kehilangan perlu dilaporkan.
2. Kehilangan jenayah memerlukan laporan polis serta laporan awal
3. Siasatan jabatan/kementerian perlu diadakan.
4. Laporan akhir.
5. Dapatkan ganti jika kehilangan wang.
6. Hapuskira jika kehilangan barang/ wang.
Buku Stok Bahan Basah dan Kering
Buku stok pembelian bahan basah dan kering juga perlu direkodkan. Ia
perlu dinyatakan dengan jelas tentang barangan yang diterima berserta
kuantitinya. Buku stok ini juga perlu diperiksa oleh pentadbir bagi mengelakkan
ketidakseragaman dengan perancangan pengurusan perbelanjaan. Pembantu
guru juga bertangungjawab dalam menyempurnakan kelancaran pengurusan
pusat prasekolah ini.

6.0 Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan


Unit

ini

dibahagikan

kepada

dua

bahagian

utama

yang

akan

membincangkan topik merancang persekitaran yang sihat dan aspek-aspek


keselamatan kanak-kanak.
Antara topik yang disentuh dalam merancang persekitaran yang sihat
termasuklah penyimpanan rekod kesihatan kanak-kanak, pengurusan kanak73

kanak sakit, pengurusan bilik darjah (cahaya dan peredaran udara), latihan
penggunaan tandas, rehat dan tidur dan pendidikan kesihatan.
Seterusnya topik keselamatan kanak-kanak akan menghurai dengan lebih
lanjut

berkaitan

merancang

keselamatan

luar

dan

dalam

prasekolah,

keselamatan kanak-kanak di pusat prasekolah (normal dan berkeperluan khas),


penderaan kanak-kanak, peralatan (perabot dan peralatan permainan luar dan
dalam) serta keselamatan ketibaan dan kepulangan kanak-kanak.

6.1

Merancang persekitaran yang sihat


Prasekolah merupakan tempat transit pertama dari rumah ke alam

pendidikan yang lebih formal. Unsur keselamatan sering menjadi persoalan di


prasekolah, lebih-lebih lagi kanak-kanak mudah dan sering ditimpa kemalangan
kerana kurang peka pada bahaya di sekeliling mereka. Sebagai seorang guru
prasekolah

yang

prihatin

mengambil

langkah-langkah

dan

bertanggungjawab

keselamatan

bagi

seharusnyalah

memastikan

anda

kanak-kanak

prasekolah berada dalam keadaan selamat, bersih dan sihat dari aspek emosi
dan fizikal dan sentiasa di bawah pengawasan dan penjagaan orang dewasa.
6.2

Penyimpanan Rekod Kesihatan Kanak-Kanak


Menjadi kewajipan pihak pengurusan prasekolah untuk menyimpan Buku

Rekod Kesihatan dan Laporan Pergigian kanak-kanak. Anda perlu mencatat


segala laporan doktor berkaitan kanak-kanak terbabit sekiranya kanak-kanak
mendapatkan bantuan pakar perubatan. Rawatan yang diterima perlu dicatatkan
supaya mudah merujuk kembali apakah jenis rawatan yang diterima dan ubatubatan yang disyorkan pada kanak-kanak berkenaan. Penyakit ataupun
kemalangan yang pernah dialami

oleh kanak-kanak juga perlu direkodkan.

Begitu surat yang berkaitan seperti cuti sakit.


6.3

Pengurusan Kanak-Kanak Sakit


Apabila kanak-kanak sakit di prasekolah, segeralah menghubungi ibu

74

bapa atau waris/penjaga kanak-kanak. Asingkan kanak-kanak di sudut khas


dengan memantau perkembangan kesihatan sehingga kanak-kanak dijemput
oleh ibu bapa. Bersikap telus dengan ibubapa dan berbincang agar kanak-kanak
yang sakit dapat rawatan yang tepat dan segera. Sebagai guru, anda perlu
rekodkan sebarang masalah kesihatan kanak-kanak. Bertanyalah mereka yang
arif untuk mendapat nasihat kesihatan sekiranya anda cemas dengan situasi
yang dihadapi. Hubungi talian hospital untuk bantuan sekiranya perlu. Sekiranya
kecederaan serius, guru harus membawa pelajar itu ke klinik berhampiran bagi
rawatan selanjutnya.
Apabila kanak-kanak terlibat dengan kemalangan, laporan perlu
disiapkan segera dengan merujuk pada masa, tempat dan mereka yang terlibat.
Anda perlu melaporkan kejadian kemalangan ataupun kebakaran yang serius.
Mereka yang berkhidmat di prasekolah perlu mengetahui cara-cara memberi
pertolongan cemas yang asas seperti membalut luka kecil. Sekurang-kurangnya
anda atau pembantu mengetahui cara-cara memberi bantuan pernafasan CPR.
Pastikan guru dan pembantu menjalani pemeriksaan tahap kesihatan dari
semasa ke semasa.
6.4

Pengurusan Bilik Darjah (Cahaya Dan Peredaran Udara)


Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di

dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu
faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan
emosi, dan faktor teknikal (Mak Soon Sang,2008).
Ruang di dalam premis prasekolah harus menerima pengudaraan dan
pencahayaan yang mencukupi. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan
orientasi

tingkap

yang

terbuka

membolehkan

pengedaran

udara

yang

secukupnya diterima. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan


semangat kepada kanak-kanak dan guru untuk berada lebih lama di prasekolah.
Pengudaraan perlu diadakan di dalam bangunan samaada secara
semulajadi atau mekanikal.
pencahayaan

dan

Peruntukan bukaan minimum untuk tujuan

pengudaraan

secara
75

semulajadi

telah

pun

tersedia

sepertimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Bangunan


Seragam (UBBL) 1984.
Pengaliran udara secara semulajadi ada kaitan dengan kesihatan dan
keselesaan kanak-kanak. Bukan sahaja berlaku penyejukan ruang dalaman
tetapi anda dapat mematuhi kehendak (UBBL) dan kehendak-kehendak
penguasa tempatan. Pihak bertanggung jawab

sepatutnya memperbaiki dan

memperluaskan kefungsian bukaan secara kreatif dan bijaksana untuk


memakmurkan dan memanjangkan hayat bangunan.
Seterusnya keseluruhan elemen-elemen landskap dapat membantu
memberi keselesaan menerusi pengudaraan secara semulajadi juga perlu
disepadukan.
6.5

Latihan Penggunaan Tandas


Menjadi tanggungjawab guru melatih kanak-kanak dengan amalan ke

tandas supaya lama kelamaan kanak-kanak yakin dan boleh berdikari. Pastikan
kanak-kanak mengetahui kedudukan tandas di prasekolah. Latih kanak-kanak
supaya mereka tahu bila masanya mereka perlu ke tandas. Anda perlu
menggalakkan kanak-kanak supaya berani menyuarakan hasratnya. Didik
kanak-kanak supaya mereka tahu tentang aurat dan betulkan tabiat kanak-kanak
yang suka menanggalkan seluar di luar bilik air tanpa segan silu. Kadang kala ini
berlaku pada kanak-kanak berkeperluan khas.
Seterusnya, bimbing kanak-kanak menggunakan tandas dengan betul
dan membersihkannya selepas digunakan. Dalam masa yang sama, anda perlu
pastikan tandas tersebut berfungsi. Pada peringkat awal, guru perlu memastikan
kanak-kanak dapat membersihkan dirinya dengan betul. Tegur kanak-kanak
secara berhikmah apabila pakaian mereka basah kuyup atau tidak menyimbah
selepas menggunakan tandas. Pastikan kanak-kanak mengamalkan tabiat
membasuh tangan selepas ke tandas. Bagi yang beragama Islam, guru boleh
melatih mereka mengamalkan bacaan doa sebelum masuk dan selepas keluar
dari tandas. Cara menjaga kebersihan diri boleh ditekankan dalam penyampaian
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Langkah ini bagus bagi membantu
kanak-kanak serta keluarganya.
76

6.6

Rehat Dan Tidur


Kanak-kanak prasekolah kebiasaannya aktif dan mempunyai

lebihan tenaga. Sebagai guru anda perlu cakna terhadap kebajikan kanak-kanak
di bawah jagaan anda di prasekolah. Menurut Teori Hierarki Maslow, tidur dan
rehat merupakan antara keperluan fisiologi dan biologi individu kanak-kanak.
Kanak-kanak harus diberi masa senggang antara setiap slot sebagai
transisi bagi kesediaan dirinya untuk menerima pembelajaran yang seterusnya.
Begitu juga selepas waktu makan. Terdapat kanak-kanak yang lambat
berkembang dan memerlukan lebih masa berbanding rakan-rakan sebaya. Anda
harus menangani perbezaan individu kanak-kanak supaya keseronokan di
prasekolah dapat dikekalkan.
Wajarlah anda memberi ruang kepada kanak-kanak yang tidak dapat
menumpukan perhatian kerana mengantuk di prasekolah. Berbincanglah dengan
ibu bapa kanak-kanak sekiranya tabiat tidur kanak-kanak tersebut sering tidak
mencukupi dan dikesan berlanjutan.

6.7

Pendidikan Kesihatan
Untuk pengawalan kesihatan yang baik kanak-kanak perlu menjaga

kebersihan tangan, gigi, pengendalian makanan yang betul dan sedikit


berhubung senaman dan kaitannya dengan kesihatan badan.
Tangan yang tidak dibasuh mempunyai banyak kuman yang boleh
menyebabkan kanak-kanak akan sakit. Ini adalah disebabkan kuman berada di
merata-rata tempat termasuk pada tangan yang tidak berbasuh dan kelihatan
bersih. Pastikan juga kuku sentiasa dipotong pendek dan kemas.
Tabiat suka makan makanan yang digoreng yang lazimnya mengandungi
kolestrol ialah salah satu faktor utama berlakunya gejala pelbagai penyakit.
Pengambilan gula yang keterlaluan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular
disamping penyakit-penyaklit lain seperti tekanan darah tinggi, kegendutan dan

77

penyakit kencing manis. Kegiatan sosial yang sentiasa melibatkan jamuan


secara besar-besaran juga merupakan salah satu aktiviti yang kurang sihat.
Faktor-faktor persekitaran banyak mempengaruhi kesihatan kanakkanak. Antaranya termasuklah
a.

Pencahayaan : Kita akan lebih sihat jika tinggal ditempat yang mempunyai
cahaya

yang cukup. Kuman mudah merebak ditempat yang kurang

mendapat cahaya matahari. Walau bagaimanapun cahaya yang terlalu


terang

atau

malap

mungkin

akan

merosakkan

mata.

Oleh

itu

pencahayaan mestilah sesuai.


b.

Pengudaraan : Kita memerlukan udara yang bersih dan segar setiap hari.
Satu cara untuk mendapatkan udara yang bersih ialah dengan menanam
pokok. Ia juga mengurangkan kadar pencemaran udara di rumah dan
sekolah. Selain itu ia akan menjadi sumber bekalan oksigen tambahan di
persekitaran kita.

c.

Tempat tinggal yang selesa: Tempat tinggal yang bersih akan


mencetuskan suasana yang selesa dan harmoni. Rumah yang bersih
juga boleh mewujudkan interaksi yang positif antara keluarga. Jika
keadaan rumah yang sesak penyakit berjangkit mudah berjangkit
terutamanya penyakit selsema, batuk, penyakit kulit dan sebagainya.

d.

Kebisingan : Bunyi yang bising akibat daripada bunyi kenderaan di jalan


raya, bunyi

binaan dan muzik yang keterlaluan boleh menimbulkan

ketegangan dan tekanan.


Sebagai kesimpulannya persekitaran mempengaruhi kesihatan fizikal,
emosi, mental dan sosial dan ini boleh menggugat tahap kesihatan yang tidak
stabil dan boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti darah tinggi mudah
terjebak. Sebuah sudut khas hendaklah disediakan di setiap prasekolah untuk
menempatkan kanak-kanak yang sakit sehingga mereka dijemput oleh ibu bapa
mereka.

78

6.8

Merancang Keselamatan Luar Dan Dalam Prasekolah


Aspek-aspek keselamatan merangkumi

1.

Keselamatan emosi/ psikologi

2.

Keselamatan fizikal
Keselamatan psikologi merujuk kepada persepsi kanak-kanak terhadap

persekitaran mereka. Secara fitrah, kanak-kanak dapat merasakan persekitaran


mereka selamat, selesa, menyenangkan

ataupun sebaliknya. Persekitaran

negatif seperti takut, risau dan ragu semasa berinteraksi boleh berpunca
daripada guru, pembantu ataupun kanak-kanak lain. Anda dan mereka yang
terlibat secara langsung perlu mencipta dan mengekalkan suasana kondusif
agar kanak-kanak bermotivasi ke arah perkembangan yang optimum.
Keselamatan fizikal pula akan sering kali berlaku melainkan setiap orang
di prasekolah sentiasa berwaspada dan boleh membuat jangkaan terhadap
kemalangan seperti tergelincir, terhantuk atau keracunan. Kanak-kanak seumur
4 hingga 6 tahun sangat lincah dan terdedah pada bahaya. Menjadi tanggung
jawab pengurusan prasekolah mengutamakan keselamatan dan keselesaan
kanak-kanak baik di dalam atau di luar bangunan.

6.9

Keselamatan Kanak-Kanak Di Pusat Prasekolah (Normal Dan


Berkeperluan Khas)
Antara langkah-langkah keselamatan yang mesti dititikberatkan adalah :

1.

Pastikan kelas dan kawasan sekeliling premis selamat.

2.

Elakkan kanak-kanak daripada terjatuh daripada aras tinggi yang boleh


mencederakan mereka.

3.

Awasi dan nasihati kanak-kanak supaya tidak menghampiri kawasan yang


bertakung seperti longkang besar atau kolam.

4.

Pastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bermain seorang diri tanpa

79

pengawasan.
5.

Segera mengelap lantai supaya kering untuk mengelakkan kanakkanak tergelincir. Simpan semua barang-barang di tempatnya dan tidak
disepahkan di lantai.

6.

Letakkan peralatan elektrik seperti kipas angin di tempat yang tinggi.

7.

Elakkan daripada menggunakan perabot yang diperbuat daripada kaca.

8.

Tutup semua soket yang berkedudukan rendah dan kemaskan wayar


elektrik yang berselirat.

9.

Kanak-kanak tidak dibenarkan memasuki ruang dapur untuk mengelakkan


terdedah kepada bahan api, air panas dan peralatan elektrik serta alat
dapur yang tajam. Pastikan pintu dapur sentiasa ditutup.

10.

Tidak menyimpan racun dalam botol minuman atau menggunakan bekas


racun

untuk

memasak

atau

menyimpan

makanan

mahu

pun

meletakkannya berdekatan makanan.


11.

Awasi benda-benda halus dan kecil seperti kekacang, manik, peniti, duit
syiling atau mana-mana bahagian kecil mainan supaya tidak memasuki
mulut, telinga dan hidung kanak-kanak. Berwaspada juga memberi
makanan berbiji dan bertulang.

12.

Tidak membiarkan kanak-kanak bermain di sudut air bersendirian. Orang


dewasa harus sentiasa ada semasa kanak-kanak bermain air bagi
mengelakkan kejadian lemas.

13.

Sentiasa awasi kanak-kanak semasa mereka bermain di sudut permainan


luar seperti padang permainan kerana keghairahan mereka bermain boleh
mengundang bahaya akibat peralatan permainan seperti buaian dan
gelongsor. Oleh itu semua peralatan perlu diselenggara dengan baik dan
sentiasa berada dalam keadaan sihat. Pastikan mereka memakai selipar
atau pun kasut semasa bermain.

14.

Awasi kanak-kanak semasa di jalan raya dan jangan biarkan kanak-kanak


melintasi jalan bersendirian. Dedahkan kanak-kanak dengan pengetahuan
dan keselamatan jalan raya.

80

15.

Peti pertolongan cemas perlu lengkap dan tersedia di tempatnya di


prasekolah.

16.

Alat pemadam api perlu berfungsi. Anda boleh mengadakan lawatan ke


pusat bomba dan penyelamat untuk menimbulkan kesedaran kanakkanak atau menjalani latihan kebakaran di prasekolah. Pastikan juga
bangunan prasekolah mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu dan
pengudaraan yang baik.

17.

Sebuah sudut khas perlu disediakan di prasekolah bagi menempatkan


kanak-kanak yang sakit sehingga mereka dijemput oleh ibu bapa.

6.10

Penderaan Kanak-Kanak
Penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik hangat pada

muka depan akhbar. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa ataupun penjaga gagal
memberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan. Mereka sering
mengancam,

mengutuk

atau

menjerit

kepada

anak-anak.

Keadaan

ini

menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan diri, harga diri dan menunjukkan


tingkah laku cemas dan pengasingan diri sehingga kesihatan mental terganggu
(Thompson & Kaplan, 1996). Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang
tertentu iaitu :
1.

Bentuk interaksi

2.

Kerosakan psikolgi

3.

Kelemahan kanak-kanak

4.

Tingkah laku ibu bapa atau pun penjaga yang tidak sihat

Mengikut Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 yang dimaksudkan


dengan penderaan kanak-kanak ialah mereka yang tidak dijaga hak keperluan
sepenuhnya sehingga menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan serta emosi.
Pihak pengurusan prasekolah perlu peka dengan pelbagai aspek

81

penderaan kanak-kanak. Terdapat juga beberapa kes penderaan kanak-kanak


yang pernah berlaku. Semua kelas perlu membuka pintu bilik masing-masing
supaya guru-guru lain dapat melihat murid-murid dari kelas lain dengan jelas.
Penderaan boleh berupa fizikal, mental dan seksual. Bagi mengajar
kanak-kanak, mengenakan hukuman rotan,

tidak dibenarkan sebagai satu

tindakan disiplin. Hukuman dalam bentuk penderaan mental seperti mengejek,


memarahi ataupun mengaibkan kanak-kanak perlu dihindarkan. Guru yang tidak
dapat menangani masalah kanak-kanak tanpa menggunakan hukuman fizikal
dan emosi perlu diberhentikan serta merta.
Simptom-simptom penderaan termasuklah :
1.

Penderaan fizikal
Kecederaan yang bukan akibat kemalangan tetapi dilakukan
secara sengaja mengakibatkan terbakar, melecur, luka atau pun
lebam, patah anggota badan, pendarahan, laserasi atau kulit
terkoyak, kontusil atau terpulas dan lelasan atau melecet.

2.

Pengabaian fizikal
Pengabaian makanan dan kesihatan.

3.

Penderaan emosi
Tindakan-tindakan

negatif

yang

boleh

membahayakan

perkembangan kanak-kanak daripada aspek intelek, emosi, sosial


dan lain-lain.
4.

Pengabaian emosi
Kegagalan penjaga memberi keperluan membesar, sokongan dan
kegagalan mereka merangsang perkembangan kanak-kanak.

5.

Penderaan seksual
Mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak.
Tindakan pencegahan yang boleh diambil oleh orang dewasa bila kanak-

kanak melaporkan telah berlaku pencabulan hak asasi kanak-kanak adalah


o

Percayakan mereka

Bertenang

Tegas
82

Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi

Sokongan

Laporkan kes

6.11

Peralatan (Perabot Dan Peralatan Permainan Luar Dan Dalam)


Aspek keselamatan di prasekolah tidak boleh dipandang remeh oleh pihak

pengurusan prasekolah. Ibu bapa mengharapkan prasekolah dapat


menyediakan ruang yang selamat bagi kanak-kanak sepanjang masa mereka
berada di prasekolah.
Keselamatan di ruang pembelajaran boleh dijamin sekiranya penyusunan
perabot mengambil kira aliran pergerakan kanak-kanak. Susun atur perabot
harus kemas dan selamat dan digalakkan dilabel. Perabot harus diperbuat
daripada bahan yang tidak toksik dan mudah terbakar. Saiz kerusi, meja dan
perabot sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Bagi meja dan rak yang
berbucu gunakan penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan
kecederaan di kepala, lebam dan benjol. Elak daripada menggunakan perabot
yang berkaca atau mempunyai permukaan. Alatan yang berbahaya seperti
gunting digunakan di bawah kawalan guru dan disimpan di tempat yang selamat.
Aktiviti kumpulan ataupun individu sentiasa dikawal selia oleh guru.
Permainan dalam juga perlu menitikberatkan keselamatan kanak-kanak.
Adakan peraturan sistem penggunaan. Ciri-ciri bahan permainan harus berbucu
bulat, saiz tidak terlalu kecil, tajam, memerangkap debu serta habuk dan
diperbuat daripada bahan yang tidak toksik atau mudah lekang atau tanggal
warna. Contoh guru boleh gunakan doh tepung bagi menggantikan plastisin.
Pastikan taman permainan berpagar, tiada objek-objek berbahaya, jauh
daripada ancaman haiwan berbahaya dan alat-alat permainan dalam keadaan
yang selamat dan terurus dengan baik. Perlu dibuat pemeriksaan berkala agar
tiada alat permainan yang rosak dan boleh membahayakan keselamatan kanakkanak apabila bermain di taman permainan. Permukaan longkang dan
permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.Tapak ruang permainan luar harus
83

ditutup dengan rubber tiles untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa
bermain. Rumput mestilah dipotong pendek.

6.12

Keselamatan Ketibaan Dan Kepulangan Kanak-Kanak


Pihak pengurusan prasekolah boleh membantu ibu bapa dan waris

meningkatkan keselamatan kanak-kanak semasa tiba dan

pulang

dari

prasekolah. Jalan sehala dan kawasan menurunkan kanak-kanak perlu hampir


dengan pintu masuk prasekolah. Anda harus menyimpan rekod nama dan talian
yang boleh dihubungi supaya anda maklum tentang mereka yang dibenarkan
mengambil kanak-kanak. Sangat digalakkan sekiranya anda peka dan mengenali
ahli keluarga terdekat kanak-kanak.Sebaik-baiknya ibu bapa memaklumkan
pihak pengurusan sekiranya ada orang lain menjemput balik anak mereka pada
hari berkenaan.
Kanak-kanak harus diberi pendidikan keselamatan diri terutama jika
berhadapan dengan penjahat atau penjenayah. Untuk itu selaku guru, anda
boleh memanggil pegawai polis untuk memberi ceramah mengenai keselamatan
diri. Terapkan kepada kanak-kanak dengan menekankan beberapa perkara
seperti tidak mengikut kehendak orang yang tidak dikenali atau jangan menaiki
kenderaan orang yang tidak dikenali.
Adalah wajar bagi pihak pengurusan prasekolah menyediakan
pengangkutan untuk tujuan aktiviti luar atau lawatan. Anda perlu memohon
kebenaran ibu bapa terlebih dahulu serta mengambil kira insurans perjalanan
dan langkah-langkah keselamatan seperti membawa peti pertolongan cemas
dan yang lain-lain. Keadaan dan keselesaan pengangkutan, pemandu yang
berkelayakan, kehadiran guru pengiring yang mencukupi serta pengawalan
kanak-kanak adalah mustahak.

84

85

Anda mungkin juga menyukai