Anda di halaman 1dari 1

Etnografi merupakan sejenis bentuk kajian lapangan yang melibatkan satu metod penelitian

kualitatif. Etnografi juga dirujuk sebagai satu penyelidikan saintifik yang bersifat
semulajadi(field research). Menurut Creswell (2005) etnografi merupakan satu bentuk kajian
yang praktikal untuk mengkaji suatu kelompok atau kumpulan tertentu. Melalui kajian
berbentuk etnografi, bentuk bentuk maklumat kualitatif dapat digunakan untuk
menerangkan dan menginterpretasi sesuatu bentuk budaya yang dikongsi bersama di dalam
sesebuah kumpulan. Kajian etnografi juga turut digunakan dalam memahami dan
menjelaskan budaya dan cara hidup sesuatu komuniti. Sebagai contohnya, pelopor kajian
etnografi iaitu Bronislaw Malinowski di dalam kajiannya mengenai masyarakat di Kepulauan
Trobriand. Kajian beliau adalah untuk menjelaskan budaya masyarakat di kepulauan tersebut
sebagai contohnya ritual Kula Ring.
Dalam kajian etnografi, penelitian yang dilakukan oleh penyelelidik adalah bersifat kritis dan
mendalam. Kajian ini mampu menggali maklumat secara mendalam dengan sumber sumber
yang ditonjolkan di sekelilingnya. Melalui teknik pemerhatian ikut serta atau participant
observation dan temubual secara mendalam in-depth interview penyelidik berupaya
memahami budaya dan ciri ciri sosial yang ada pada kelompok yang dikaji secara
mendalam. Selain itu, kekuatan kajian berbentuk etnografi juga adalah disokong oleh
keabsahan dan kebolehpercayaan (reliability) yang tinggi terhadap maklumat yang
disampaikan memandangkan penyelidik menjadi sebahagian daripada kelompok kajiannya
untuk jangka masa yang lama. Lantas, maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian ikut
serta adalah sesuatu yang unik.
Manakala kajian etnomonologi pula adalah kajian perihal kehidupan sosial yang bersifat
abstraktif. Hal ini kerana kajian yang bakal dijalankan adalah berasas fenomenologi iaitu
berkiblatkan kepada realiti sosial yang dibina atas andaian dan hipotesis pengkaji. Melalui
kajian ini, sesuatu fenomena atau realiti sosial yang terlindung dalam kehidupan masyarakat
itu dapat dilihat dengan jelas. Selain itu, Berbeza dengan kajian etnografi dimana maklumat
yang diperolehi adalah melalui pemerhatian ikut serta atau temubual mendalam, sebaliknya
kajian etnomonologi dikukuhkan melalui pendekatan dialetik berasaskan pengetahuan lokal.
Sebagai contohnya, jika dari sudut etnomonologi mereka mengandaikan seseorang itu gagal
di dalam peperiksaannya adalah disebabkan faktor luarannya seperti malas dan tidak
berusaha. Namun jika dari sudut etnografi pula, andaian yang dibuat akan diuji keabsahannya
melalui teknik pemerhatian ikut serta dan temubual mendalam untuk menyelidiki dengan
lebih lanjut perihal faktor kegagalan pelajar terbabit.

Anda mungkin juga menyukai